Tetamu Rindu

Novel Rasa Yang Tertinggal


SINOPSIS:
Indahnya kehidupan jika mempunyai sahabat yang sentiasa ada sisi kita di kala senang mahupun susah.  Perkara itu turut dirasakan oleh Tuan Ryan Zhariff. Mempunyai sahabat yang baik seperti Ummu Balqis merupakan anugerah terindah padanya walaupun gadis itu seorang yang agak kasar berbanding dengan perempuan lain namun Ryan Zhariff tetap senang berdampingan dengan Ummu Balqis. Persahabatan yang mereka jalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka tambah erat hingga membawa mereka ke alam dewasa di mana mereka harus terus melangkah ke alam perkahwinan yang sememangnya tidak dinantikan oleh Ryan Zhariff mahupun Ummu Balqis.
Ummu Balqis yang mempunyai prinsip hidupnya yang tersendiri mengenai cinta berkeras hati tidak mahu terikat dengan ikatan pernikahan. Namun, masalah yang melanda sahabat baiknya, Ryan Zhariff membuatkan Ummu Balqis terpaksa melupakan sebentar prinsip hidupnya tetapi dengan syarat hanya sekadar lakonan. Namun, takdir berkehendak lain apabila lakonan yang mereka ciptakan memakan diri mereka sendiri hingga membuatkan mereka di satukan dalam ikatan tanpa pengetahuan mereka berdua. Mereka terperangkap!
Dalam kesukaran menukarkan ikatan persahabatan kepada sebuah ikatan perkahwinan, Ryan Zhariff tetap redha dengan ketentuan itu dan menerima kehadiran Ummu Balqis sebagai pendamping hidupnya kerana satu rasa yang pernah ditinggalkan itu muncul kembali. Namun, kehadiran Zarryn membuatkan hati Ryan berbelah bahagi tetapi bagi Ummu Balqis, pengakuan cinta daripada Daniel, satu- satunya lelaki yang dapat mencuit rasa hatinya tidak mengoyahkan perasaan yang terbenam buat sahabat baiknya itu.

 RYAN ZHARIFF - “ Kalau aku mengakuinya pun ia tak beri apa- apa makna. Dia tak cintakan aku malah tak pernah cintakan aku. Apa yang berlaku antara aku dengan dia hanya hubungan seorang sahabat dan tidak lebih daripada itu.”

UMMU BALQIS – “Aku takkan bercinta selagi aku tak temui lelaki yang ditakdirkan untuk aku. Bagi aku cinta itu suci dan hanya layak diberi pada yang berhak dalam ikatan yang suci iaitu nikah. Aku tak berminat dengan cinta yang sementara seperti ni. Hati aku ada satu biarlah aku bagi pada yang selayaknya.”

DANIEL – “ Qis,tak semua lelaki pandang kecantikkan je kalau nak pilih isteri. Banyak perkara lain lagi yang dipandang seperti agamanya, pandai masak atau tidak, pandai berdikari atau tidak. Kadang- kadang kecantikkan itu perkara yang last sekali. Bagi saya cukuplah kalau gadis itu sedap mata memandang macam awak ni. Sejuk mata turun ke hati.”

ZARRYN – “ Kalau aku tak cintakan Ryan aku takkan kembali semula ke Malaysia ni. Aku pulang semula ke Malaysia ni semata- mata nak cari dia. Cari cinta yang aku tinggalkan dulu. Aku tak sangka yang jodoh aku kuat dengan dia.”

Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang sukar. Ummu Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu ada pada gadis lain tetapi pada Ryan Zhariff rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Benarkah kata orang lelaki dan wanita tidak boleh berkawan baik?

p/s : gambar tu sekadar hiasan je..:-)


6 comments:

  1. nak tanya..novel rasa yang tertinggal dah dibukukan ke?

    ReplyDelete
  2. belum lagi...novel ini masih menunggu giliran untuk diterbitkan..

    ReplyDelete
  3. Baru beli tadi..tp blom baca..

    ReplyDelete
  4. Saya telah baca novel ini. Tahniah, sebuah novel yang menarik. Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  5. ceritanya memang bagus..
    tapi, dalam novel saya terdapat beberapa halaman yang kosong..
    kecewa betul..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.