Tetamu Rindu

Novel Pewaris Takhta Cinta



SINOPSIS :

Benarkah pangkat dan keturunan itu amat penting dalam hidup? Benarkah hanya pangkat dan keturunan yang dapat menentukan kebahagiaan seseorang itu?

TAN SRI SYED UMAR - Cinta antara dua darjat membuatkan dia tersepit di antara keluarga dan cinta. Kasih dan sayangnya pada Soleha, gadis kampung yang cukup sempurna di matanya tidak pernah berubah walaupun terpaksa berkorban dengan berkahwin dengan perempuan yang tidak dicintai. Satu saja motif mengapa dia bersetuju untuk mengahwini Sharifah Mastura hanyalah untuk janji. Ya, janji yang dia ciptakan bersama dengan Soleha. Janji yang akan menyambung cinta mereka yang tidak kesampaian.

PUAN SRI SHARIFAH MASTURA : Dendam! Hanya itu yang dia tahu apabila cinta si suami tidak dapat direbut daripada seorang gadis kampung yang sudah lama meninggalkan dunia yang fana. Berpuluh tahun hidup bersama tetapi dia hanya mendapat jasad Tan Sri Syed Umar bukannya cinta dan kasih. Puan Sri Sharifah Mastura bertekad, cinta itu tidak boleh bersatu walaupun dia tahu, karma hidup sedang mempermainkannya.

SYED ARYAN HAIDAR : Kerana cinta papanya yang tidak kesampaian, dia menjadi galang gantinya. Dia mengahwini Wafiya hanya untuk memenuhi permintaan terakhir papanya demi menyambung sebuah cinta yang terhalang satu ketika dulu. Namun, kehadiran Wafiya tidak diendahkan walaupun gadis itu ada di hadapan mata. Nak kata benci, dia tak rela untuk melepaskan gadis itu. Nak kata sayang, dia tidak kisah kalau mamanya memperlakukan gadis itu seperti bola, disepak dan diteranjang sesuka hati. Apa yang ada dalam fikiran Syed Aryan, dia tidak peduli siapa pun gadis itu. Sakit hati apabila papanya melebih- lebihkan gadis itu walhal gadis itu hanyalah anak angkatnya sahaja.

“ Perempuan macam kau tak layak mendapat hormat aku. Aku bagi amaran yang terakhir pada kau, kalau perkara ini terulang lagi kau tahulah akibat yang berlaku pada kau. Aku nasihatkan, kau jangan sesekali cuba menguji kesabaran aku sebab kau akan menyesal!” 

WAFIYA KHADEEJA : Menjadi anak miskin bukan salahnya. Menjadi anak yatim piatu juga bukan salahnya. Dia hidup kerana ditakdirkan Allah, dia hadir dalam hidup Syed Aryan juga kerana takdir Allah tetapi mengapa setiap apa yang berlaku dia yang dipersalahkan? Dia di hina, di caci dan di maki seolah- olah dia tidak punya perasaan. Cinta ibu dan Tan Sri Syed Umar tidak kesampaian juga bukan salahnya. Segalanya sudah ditakdirkan. Dia tidak pernah bermimpi untuk berdampingan dengan Syed Aryan. Hadirnya di istana emas itu hanya untuk menjunjung amanah yang telah diserahkan kepadanya. Tetapi kehadirannya telah di salah ertikan oleh Puan Sri Sharifah Mastura sehingga dia di dera mental dan fizikal. Namun, Wafiya tetap tabah dalam mencari sedikit kebahagiaan walaupun kebahagiaan itu belum tentu untuknya.

" Berkenaan dengan syarat tuan yang tidak suka saya berkawan atau jatuh cinta dengan mana- mana lelaki, baiklah saya takkan jatuh cinta dengan sesiapa pun termasuk tuan sebab hati saya tak pernah terbuka untuk lelaki dan takkan terbuka buat selamanya. Saya harap tuan puas hati.” 

NAMUN, masa berlalu dengan pantas. Perpisahan yang dinantikan menjadi satu beban dalam diri Syed Aryan. Rasa yang mula mekar dalam hatinya menyebabkan dia tidak sanggup berpisah dengan gadis itu. Tetapi dendam Puan Sri Sharifah Mastura menghalang rasa itu. Dek kerana tidak sanggup melihat isterinya menjadi mangsa dendam mamanya, Syed Aryan terpaksa berkorban. Ya, berkorban meskipun dia terpaksa menerima kebencian gadis itu.


“ Saya dah maafkan awak tapi saya tak boleh terus bersama dengan awak…”

“ Kenapa tak boleh sayang? Fiya nak tinggalkan abang?”

 “ Apa lagi pilihan yang saya ada. Kita berdua bukan daripada dunia yang sama. Saya mungkin tidak akan dapat setaraf dengan awak dan awak tak mungkin merendah diri awak semata- mata untuk bersama dengan saya. Apa yang jelas, kita harus berpisah…”


 “ Mengarut! Itu semua mengarut. Abang takkan sekali- kali melepaskan Fiya dari hidup abang. Fiya tetap akan jadi milik abang sampai bila- bila,”

Mereka disatukan kerana harta, mereka berpisah kerana cinta tapi janji Syed Aryan tidak akan pernah berubah.

“ Takdir yang membuatkan aku benci pada kau, takdir juga yang menyatukan kita malah takdir juga yang buatkan aku jatuh cinta pada kau jadi takdir yang merubah hati aku untuk terus mencintai kau…” - Syed Aryan.

Mampukah karma ini menyatukan cinta yang tidak pernah hadir dalam diri? 

9 comments:

  1. wsalam, spatutnya epsod CK ni smpai 35 je slebihnya kena tunggu dlm versi cetak pulak..:-)

    ReplyDelete
  2. bila nk publish? rindu la aryan n wafiya..hikhik

    ReplyDelete
  3. novel ni ada kat pasaran dah ke????

    ReplyDelete
  4. bila nk publish CK ni? x sabar nk tahu kesudahan nasib fiya...

    ReplyDelete
  5. novel CK ni takde entry istimewa macam R.D.S punya novel ke?

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.