Serahkan segala cinta hanya untuk DIA nescaya kau akan dapat cinta yang selayaknya.- SitiKhadijah -
Tetamu Rindu
Thursday, 29 September 2016
Wednesday, 28 September 2016
PESTA BUKU!
BAGI YANG MASIH MENCARI NOVEL NI TAPI MALAS BELI SECARA ONLINE, BOLEH DAPATKAN DI PESTA BUKU SOGO. CARI BOOTH GOJES NOVELIS TAU. PESTA NI BERLANGSUNG DARI 22 SEPTEMBER - 3 OKTOBER. JANGAN LEPASKAN PELUANG! NOVEL NI MEMANG TAK ADA KAT KEDAI BUKU. DIULANG! TAK ADA KAT KEDAI BUKU JADI SK BAWAKAN KHAS DI PESTA BUKU SOGO. JANGAN LUPA DAPATKAN SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK!
KALAU NAK TAHU CERITANYA MACAM MANA, BOLEH BACA KAT ENTRY YANG ADA KAT DALAM BLOG NI. NILAI DULU BARU BELI! ;-)
Friday, 23 September 2016
QARTAL... PEMUSNAH HATI (BAB 15)
QARTAL
menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil matanya tidak lepas memandang
Aisy yang masih pengsan tidak sedarkan diri.
“Apa
aku nak buat ni? Time inilah dia nak
pengsan.” Bebel Qartal lantas membongkokkan tubuhnya.
Dia
mencapai seketul batu besar lalu diletakkan di hujung kepala Aisy. Dengan
berhati-hati dia mengangkat kepala Aisy lalu diletakkan di atas batu. Anak matanya
menangkap dahi dan pinggir bibir Aisy yang berlumuran darah. Pasti akibat
terhantuk di pokok sewaktu gadis itu jatuh tadi.
Qartal
mengetap bibir. Dia meraup wajahnya yang kelesuan. Dia harus lakukan sesuatu
agar Aisy sedar. Tetapi dia perlu membersihkan kesan darah itu terlebih dahulu.
“Aku
nak cuci dengan apa? Aduhhh…” Keluh Qartal. Kemudian dia memandang baju t-shirt
yang dipakainya. Lalu tanpa berfikir panjang, Qartal mengeluarkan pisau lipat
jenis browning folding yang tersimpan
di dalam poket seluar sebelum mengoyakkan hujung baju t-shirt miliknya.
Cebisan
t-shirt yang telah dikoyakkan diambil lalu dia menuju ke pinggir sungai.
Cebisan kain tersebut dicelup ke dalam air lalu diperah sebelum dibawa ke
tempat Aisy terbaring. Lantas, Qartal menarik lembut kepala Aisy lalu
diletakkan di atas ribaannya.
Sisa
darah merah yang mula mengering di dahi Aisy dicuci dengan cukup berhati-hati.
Wajah gadis itu yang sedikit kotor turut dilap dengan lembut. Qartal mengambil
kesempatan untuk merenung wajah Aisy yang masih tidak sedarkan diri. Tanpa
sedar dia tersenyum kecil.
“Kau
ni nampak aje lembut tapi boleh tahan garangnya.” Desis Qartal sambil tangannya
turun ke pinggir bibir Aisy.
Kesan
calar-balar di pipi Aisy turut dicuci dengan berhati-hati. Bimbang akan
menyakiti gadis genit itu. Riak wajah Qartal berubah apabila melihat kelopak
mata Aisy bergerak-gerak sebelum mata itu terbuka luas.
Aisy
memegang kepalanya yang terasa berpusing sebelum anak matanya tegak memandang
ke atas.
Duppp!
Jantungnya
berdetak secara tiba-tiba apabila anak matanya bersabung pandang dengan
sepasang anak mata yang cukup tajam. Aisy menelan air liur sebelum dia bingkas
bangun lalu menjarakkan tempat duduknya.
Dia
memandang ke belakang. Bola matanya membulat apabila menyedari dia terbaring
sambil kepalanya beralaskan peha Qartal.
“Kau
nak buat apa kat aku?” Soalnya spontan. Dia memegang kolar bajunya yang
ditutupi tudung.
Qartal
mencebik. Dia duduk mencangkung di belakang Aisy yang kelihatan tidak keruan.
Jelas wajah gadis itu berubah rona. Merah. Malu mungkin.
“Kau
rasa aku buat apa? Kau pengsan, bukannya kau sedar apa yang aku buat kat kau.”
Usik Qartal sambil berbisik di telinga Aisy.
Aisy
tersentak. Spontan, dia menolak dada Qartal supaya menjauhinya. Dia bingkas
bangun dan berundur ke belakang.
“Lebih
baik kau cakap apa yang kau dah buat pada aku masa aku pengsan tadi. Kalau
tak…kalau tak…aku….” Aisy gelabah.
Matanya
melingas mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata untuk menakutkan Qartal.
Anak matanya tertancap pada batu-batu sungai yang melatari tanah di pinggir
sungai tersebut. Tanpa berlengah, dia mencapai seketul batu yang sederhana
besar lalu digenggam kemas.
“Aku
apa?” Cabar Qartal sambil mengorak langkah cuba menghampiri Aisy yang tidak
keruan, tidak ubah seperti cacing kepanasan.
“Jangan
dekat! Aku tak teragak-agak nak hempuk batu ni kat kepala kau!” Aisy memberi
amaran dengan langkah yang terundur ke belakang.
Qartal
senyum sinis. Dia menghentikan langkah. Kedua-dua belah tangan dicekakkan ke
pinggang.
“Kau
ni memang perasanlah perempuan. Aku tak inginlah nak sentuh kau tu. Aku cuma
nak bersihkan luka kat dahi kau tu je. Kau nak ke kuman membiak dalam luka kau
tu?” Suara Qartal kedengaran keras. Dia merenung tajam wajah Aisy yang
terkebil-kebil.
Aisy
terdiam. Mamat tak ada perasaan ni nak bersihkan luka aku? Biar betul? Detik
hati Aisy seraya meraba dahinya.
“Auchhh!”
Dia berdecit apabila jarinya tersentuh kesan luka yang masih basah. Berkerut
wajahnya.
“Janganlah
sentuh! Tangan kau kotor tu!” Suara Qartal meninggi. Segera dia menghampiri
Aisy lalu tangan Aisy ditepis kasar. Dia menekan-nekan tempat luka Aisy
menggunakan kain sama digunakan untuk mengelap luka gadis itu.
Aisy
berdecit kesakitan. Dia memejamkan mata namun dalam hatinya Tuhan saja yang
tahu. Entah mengapa ada sedikit getaran bermukim di jiwa saat tubuh sasa itu
berada dekat dengannya. Aisy mencuri pandang pada Qartal yang masih ralit
membelek lukanya.
Anak
mata Aisy terus merayap ke wajah Qartal yang serius. Memang jelas di pandangan
Aisy mata Qartal yang cukup tajam. Ada tahi lalat kecil terletak elok di hujung
mata lelaki itu. Wajah itu tampak sempurna dengan hidungnya yang mancung.
Ditambah pula dengan bibirnya yang sensual, cukup membuatkan lelaki itu nampak
seperti orang yang baik-baik. Tetapi goatees
yang menghiasi atas bibir hingga ke dagu lelaki itu mengganggu pandangan Aisy.
Sungguh serabut. Ditambah pula dengan rambutnya yang panjang. Aisy mencebik.
“Kau
tunggu sini sekejap, aku nak cari ubat.” Ujar Qartal lantas menundukkan
pandangan mencari anak mata Aisy.
Zappp!
Hatinya
terpanah. Dia menelan air liur sebelum terkaku dengan sendirinya. Redup
pandangan itu menjadikan jiwanya gelisah tanpa sebab. Tetapi Qartal tidak
membiarkan perasaan itu meracuni fikirannya lantas tubuh Aisy ditepis sebelum
dia berlalu meninggalkan gadis itu sendirian.
Aisy
terkebil-kebil. Dia cuba mengatur sistem pernafasannya yang terasa semput
dengan tiba-tiba. Bibir yang kering dibasahkan dengan lidah. Dadanya yang turun
naik diurut perlahan.
“Aku
dah gila agaknya! Pergi tenung muka mamat tu kenapa? Ingat sikit Aisy, dia yang
culik kau. Sepatutnya kau berhati-hati dengan dia. Entah apa motif dia
selamatkan kau pun kau tak tahu. Entah-entah dia berhajat nak jual kau kat Siam
sebab tu dia pura-pura baik dengan kau. Padahal dia nak culik kau daripada
Razak Hitam tu.” Aisy berbicara sendirian.
Anak
matanya masih memerhatikan tingkah Qartal yang mundar-mandir di pinggir hutan.
Sedaya-upaya Aisy cuba mempercayai apa yang dikatakan pada dirinya tadi.
Mungkin lelaki itu berpura-pura baik kerana ada sebab. Mustahil untuk seorang
pembunuh, penculik dan penjenayah berhati kering seperti Qartal boleh berubah
menjadi baik dalam sekelip mata. Sangat mustahil!
Subscribe to:
Posts (Atom)