Tetamu Rindu

Sunday 1 September 2013

Cinta Si Gadis Kebun ( Bab 10 )


HAKIMI Danial menghampiri Nek Timah yang sedang leka mengupas kulit bawang. Punggungnya dilabuhkan atas kerusi yang berhadapan dengan Nek Timah.
“Eh, Kimi rupanya. Ingatkan siapa tadi.” Nek Timah tersenyum sehingga menampakkan gusi yang tidak bergigi itu.
“Kenapa nek?Nek ada ingat kat siapa-siapa ke?Atau nek ingat kat pakwe lama nenek.”Usik Hakimi Danial.
Lengan sasa Hakimi Danial dicubit lembut oleh Nek Timah.
“Isyyy…kamu ni ke situ pulak. Nenek mana ada pakwe lama. Nenek setia pada arwah datuk kamu seorang aje.”
“Hehehe….nenek tak nak cari pengganti atuk ke nek?” Hakimi Danial masih ingin mengusik Nek Timah.
“Kamu ni Kimi, nenek ni kan dah tua tak ada maknanya nak cari pengganti atuk kamu. Bak kata pepatah rumah kata pergi kubur kata mari…mari..marilah…” Ujar Nek Timah sambil jari-jemarinya menggamit memanggil seseorang.
Hakimi Danial hanya tergelak. Dia tidak dapat bayangkan kalau Nek Timah mencari pengganti arwah atuknya. Mesti gempak kampung itu dibuatnya.
“Isya mana?Dari tadi nenek tak nampak pun batang hidung dia.” Tangan Nek Timah ligas mengupas bawang putih pula.
“Dia keluar sekejap.”Jawab Hakimi Danial ringkas. Bawang merah yang telah dikupas kulitnya oleh Nek Timah diambil dan dipotong kecil-kecil supaya senang untuk dikisar.
“Mesti ke kebunlah tu.” Keluh Nek Timah.
“Apa yang istimewa sangat kebun tu nek sampai tiap-tiap hari Isya pergi ke kebun tu?” Soal Hakimi Danial ingin tahu. Wajah tua Nek Timah ditenung lembut.
“Kebun tu banyak menyimpan kenangan indah arwah mak ayah Isya. Setiap kali tiba musim buah pasti mak ayah Isya akan pulang ke kampung bersama-sama Isya untuk memungut buah-buahan yang ada dalam kebun tu. Kadang-kadang mereka bertiga akan bersama-sama membersihkan kebun buah-buahan tu. Nenek ingat lagi pernah satu hari mereka bertiga sanggup bermalam didusun semata-mata untuk menunggu buah durian gugur. Boleh dikatakan masa mereka dihabiskan didusun saja.” Cerita Nek Timah panjang lebar.
Hakimi Danial masih lagi fokus pada Nek Timah. Dia ingin mengetahui sebab kenapa Aisya terlalu gemar menghabiskan masa di kebun buah-buahan milik arwah ibu dan bapanya.
“Tetapi kebahagian mereka sekeluarga tidak selamanya kerana arwah ibu dan ayah Aisya terlibat dalam kemalangan jalan raya…” Mata Nek Timah berkaca. Namun dia masih dapat menahan agar air matanya tidak tumpah. Ibu mana yang tidak sebak apabila mengenangkan si anak yang harus menghadap Dia Yang Maha Esa terlebih dahulu.
Hakimi Danial agak simpati dengan nasib isterinya. Patutlah Aisya selalu menghabiskam masa di kebun rupa-rupa disitulah tempat untuk dia melepaskan rasa rindu kepada kedua ibu bapanya.
“Selepas kematian kedua ibu bapa Aisya neneklah yang menjaga dia. Nenek tak pernah larang dia kalau dia nak ke kebun sebab nenek dah tahu tujuan dia ke situ. Kalau dia merajuk ke, frust ke, marahkan orang lain ke memang kat kebun tulah tempat dia menenangkan jiwa. Nenek dah masak sangat dengan perangai Isya tu.” Cerita Nek Timah dengan beria-ia.
Kini baharulah Hakimi Danial tahu keistimewaan kebun buah-buahan itu kepada Aisya.
“Kalau boleh saya tahu semasa kematian mak dan ayah Aisya, masa tu umur Aisya berapa nek?”
“Masa tu umur Aisya baru 12 tahun. Selepas kejadian tu hampir sebulan dia tak ke sekolah. Kasihan dia nenek tengok masa tu. Alhamdulillahlah ada cikgu-cikgu dan kawan-kawan datang jumpa dia bagi semangat. Lagipun masa tu peperiksaan UPSR dah dekat. Nenek tak sanggup tengok keadaan Isya masa tu. Sedih sangat. Setiap kali nak tidur mesti dia akan cium dan peluk baju arwah mak ayah dia.” Nek Timah menyeka air mata yang mengalir dari tubir matanya.
Hakimi Danial pula hanya menahan sebak. Betapa sedihnya kisah hidup Aisya tidak seperti dirinya. Ketika berusia 12 tahun dia seronok bermain dan bergurau senda dengan mak, ayah adik-beradiknya dan kawan-kawannya. Namun dibelah sisi yang lain pula Aisya harus menanggung sebuah ujian yang begitu berat untuk kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa mengenai hakikat sebuah kehidupan.
“Eh,rupa-rupanya sudah pukul lima petang. Nenek kena ke rumah Mak Cik Gayah ni. Nenek dah janji dengan dia nak urut anak dia yang baru bersalin tu.” Nek Timah mengenakan tudung berwarna hitam dikepalanya.
“Nenek balik pukul berapa nanti?”
“Kalau cepat siap cepatlah balik. Kalau kamu nak makan kamu makanlah dulu nanti. Tak payah tunggu nenek ya sebab nenek pun tak tahu balik pukul berapa.” Nenek menyimpan barang-barang keperluan yang akan dibawa ke rumah Mak Cik Gayah ke dalam bakul rotan.
Hakimi Danial menyalami dan mencium tangan tua Nek Timah.
“Jangan lupa nanti Kimi pergi panggil Isya balik ya. Jangan biarkan dia lama-lama kat kebun tu. Dia kalau tak dipanggil balik tak ada maknanya dia nak balik. Kalau boleh tidur kat situ pun dia sanggup.” Sempat lagi Nek Timah meninggalkan pesan kepada Hakimi Danial.
Hakimi Danial hanya mengangguk tanda faham dengan pesanan yang disampaikan oleh Nek Timah sebentar tadi.
“Nenek, pergi dulu.”
“Okey nek.” Hakimi Danial hanya memandang sahaja dari kejauhan langkah Nek Timah yang semakin lama menghilang selepas membelok disimpang yang tidak jauh dari rumahnya.
Hakimi Danial mencapai kunci motor yang disangkut ditepi dinding dan segera ke motornya serta enjin dihidupkan. Dengan sekali pulasan motornya laju menuju ke jalan raya.

AISYA berjalan seorang diri sambil menyanyi-nyanyi. Tiba-tiba hatinya berasa berdebar-debar. Ditoleh ke kanan. Ditoleh ke kiri. Tiada apa-apa yang mencurigakan tetapi hatinya tetap berasa tidak tenteram seperti ada perkara buruk yang akan berlaku.
“Argghh…lantaklah. Mungkin anak kambing kot ikut aku.” Aisya cuba mententeramkan jiwanya sendiri. Aisya meneruskan langkahnya. Kali ini mulut Aisya terus terkunci tanpa menyanyikan sebarang lagu.
Namun, langkah Aisya terhenti secara automatik apabila telinganya jelas menangkap bunyi ranting kayu dipijak oleh sesuatu.
“Bunyi apa tu?Takkan kambing pijak ranting kayu kuat macam tu sekali?” Aisya telan liur sendiri. Dahinya sudah berpeluh. Anak matanya liar memandang kiri dan kanan jalan yang hanya terdapat pokok getah.
“Harimau kot.”Aisya telan liur buat kali kedua. Hati Aisya makin berdegup kencang. Aisya masih lagi tercegat seperti patung cendana di tepi jalan. Kakinya seperti diikat dengan rantai besi tidak dapat bergerak kemana-mana walaupun selangkah.
Semakin lama derapan tapak kaki itu semakin menghampiri Aisya. Semakin dekat bunyi tapak kaki itu semakin kencang jantung Aisya berdegup. Aisya cuba membaca semua ayat-ayat suci Al-quran yang terlekat dalam kepala otaknya termasuklah Alif Ba Ta..
Derapan tapak kaki itu akhinya berhenti dibelakang Aisya. Dengan kekuatan yang diberi oleh Allah S.W.T Aisya memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Aisya menjerit sekuat hati apabila terpandang seorang lelaki yang amat dikenali sedang tersengih sumbing kepadanya.
Sepantas kilat lelaki tersebut menekup mulut Aisya dengan tangan sasanya. Aisya meronta-ronta minta dilepaskan. Lelaki itu kemas memeluk Aisya. Kaki Aisya sibuk menendang-nendang kaki lelaki itu. Lelaki itu  makin mengemaskan pelukannya apabila Aisya semakin melawan.
“Lebih baik kau diam kalau kau tak nak aku apa-apakan.”Ujar lelaki tersebut.
“Lepaskan aku...” Aisya masih meronta-ronta untuk melepaskan diri.
“Aku tak akan lepaskan kau Aisya walaupun kau sudah jadi isteri orang. Aku dah lama sukakan kau takkanlah itu pun kau tak tahu.” Lelaki itu masih lagi merangkul tubuh Aisya sambil berbisik ke telinga Aisya yang dilitupi oleh tudung bawal.
“Aku tak pernah sukakan kau. Kau boleh pergi jalanlah dengan suka kau tu.” Marah Aisya. Dengan sekuat hati dia memijak kaki lelaki itu dan akhirnya dia terlepas daripada rangkulan lelaki tersebut. Lelaki tersebut menjerit kesakitan dan tanpa membuang masa Aisya memecut melarikan diri.
“Aisyaaaaa…………”Jerit lelaki itu dan mengejar Aisya dari belakang.
Aisya sudah tercungap-cungap kerana keletihan. Dalam seumur hidupnya tidak pernah dia berlari selaju itu. Dalam hati Aisya tidak putus-putus berdoa supaya ada orang yang datang untuk membantunya kerana dia sudah tidak berdaya lagi untuk berhadapan dengan lelaki tersebut.
Aisya berhenti sejenak kerana terlalu penat. Ditoleh ke belakang dan melihat lelaki tersebut sudah menghampirinya. Sebelum sempat Aisya membuka langkah kali kedua lelaki itu sudah berjaya menangkapnya.
“Kau nak lari kemana Aisya? Hari ni kau akan jadi milik aku seorang dan bukannya Kimi.”
“Tolong!!!!!”Jerit Aisya.
“Hahahahaha…jeritlah lagi. Petang-petang macam ni tak ada orang pun yang lalu-lalang kat sini. So, mudahlah sikit kerja aku.”Ujar lelaki itu sambil ketawa besar.
“Tolong!!!tolong!!!tolong!!!!” Jeritan Aisya makin kuat sehingga membingitkan telinga lelaki tersebut.
“Lepaskan aku.”Aisya terus meronta-ronta.
“Aku dah cakap tadikan yang aku takkan sesekali lepaskan kau. Hanya aku cinta kau seorang.” Lelaki itu merapatkan bibirnya untuk menjamah pipi gebu Aisya namun tidak berjaya apabila penumbuk sebuah penumbuk hinggap terlebih dahulu di pipi lelaki tersebut.
Lelaki itu jatuh terduduk. Dia memegang pipinya yang terasa pedih. Serentak pandangannya didongakkan pada seorang lelaki tegap sedang berdiri di hadapannya. Hakimi Danial? Cis, tak guna betul. Desis hatinya.
 Hakimi Danial menyinga menentang pandangan lelaki yang dikenalinya itu. Aisya ditarik dan disembunyikan dibelakangnya. Pinggang Hakimi Danial dirangkul erat oleh Aisya. Air matanya akhirnya gugurnya tanda syukur kerana Allah S.W.T telah memakbulkan doanya.
“Kau jangan sesekali terfikir untuk sentuh isteri aku.” Keras nada suara Hakimi Danial. Tangannya memegang erat jari-jemari isterinya yang sedang kemas memeluk pinggangnya.
Lelaki itu menggosok pipinya yang sakit ditumbuk oleh Hakimi Danial. Dia meludah ke kiri. Hatinya panas tak terkira.
“Eh Kimi, kalau kau nak tahu Aisya tu hak aku bukannya kau.” Marah lelaki itu. Nafasnya turun naik.
“Siapa cakap Aisya ni hak kau? Sedar diri tu sikit, Zack. Aisya ni sekarang dah sah jadi isteri aku dan secara automatik jugak dia adalah hak aku.” Hakimi Danial meninggikan suaranya. Aisya sudah kecut perut mendengar suara Hakimi Danial yang garau dan garang itu. Tidak pernah dia mendengar suara Hakimi Danial menengking seperti itu.
Arrggghhh, aku tak peduli dia isteri kau ke siapa ke yang penting aku sayang dan cintakan dia.” Mata Zack menentang anak mata Hakimi Danial.
“Aku tak pernah cintakan kau dan tak akan cintakan kau Zack.” Setelah lama berdiam diri dibelakang Hakimi Danial akhirnya Aisya bersuara. Dia kini berdiri disebelah Hakimi Danial. Tangannya kemas memegang lengan sasa Hakimi Danial. Hakimi Danial memandang wajah Aisya melalui ekor matanya. Tangannya menyentuh jari-jemari Aisya.
“Tapi Aisya aku cintakan kau. Aku dah lama cintakan kau sejak kau kecil lagi. Kita kahwin ya Aisya.” Rayu Zack.
“Kepala otak kau berjambul. Sedap-sedap kau aje nak ajak bini orang kahwin. Dia isteri aku. Dia tak boleh kahwin dengan kau.” Tengking Hakimi Danial.
“Kau diam. Ini semua kau punya pasal. Kalau kau tak kahwin dengan Aisya pasti Aisya sudah jadi milik aku sekarang. Kau memang siallah Kimi.” Zack meluru ke arah Hakimi Danial dan menghadiahkan sebiji penumbuk ke muka kacak Hakimi Danial. Hakimi Danial jatuh tersungkur ke tanah.
“Kimi, awak tak apa-apa?”Aisya memegang pipi Hakimi Danial yang kelihatan kemerahan selepas ditumbuk oleh Zack.
“Saya tak ada apa-apa. Saya okey.”Jawab Hakimi Danial.
Zack terus meluru ke arah Aisya. Tangan Aisya dipegang kasar.
“Lepaskan akulah, Zack. Kau nak bawa aku kemana ni?” Aisya menampar-nampar tangan Zack yang kemas memegang tangannya.
“Kau ikut aku. Kita kahwin ya Aisya.”
“Kau ni dah gila agaknya. Aku isteri Kimi. Aku tak akan kahwin dengan kau.” Aisya memulas-mulas tangannya supaya ia terlepas dari genggaman Zack namun hampa.
“Zackkkk…..”Jerit Hakimi Danial. Dia bangun tercegat dan meluru ke arah Zack yang sedang mengheret isterinya.
Sebiji penumbuk lagi dihayunkan ke perut Zack. Senak Zack dibuatnya. Aisya Berjaya dirampas semula oleh Hakimi Danial.
Zack tidak mahu mengalah. Dia cuba menumbuk muka Hakimi Danial namun berjaya dielak menyebabkan Zack jatuh menyembam ke tanah.
Hakimi Danial memegang leher baju Zack dan membelasah muka Zack bertubi-tubi. Berdarah mulut Zack dikerjakan oleh Hakimi Danial.
“Kimi cukuplah tu nanti mati Zack tu awak kerjakan.” Halang Aisya apabila melihat Zack sudah tidak bermaya untuk menentang Hakimi Danial.
“Kamu semua kenapa ni?” Tok Ketua memarkir keretanya dibahu jalan. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Hakimi Danial dan Zack yang sedang bergelut.
“Sudah..sudah. Kamu ni memalukan betul. Dah besar-besar pun bergaduh macam budak-budak kecik.”Marah Tok Ketua. Hakimi Danial turun dari badan Zack.
“Apa yang sebenarnya berlaku Kimi? Cuba kamu ceritakan pada Tok.”Pinta Tok Ketua sambil menolong Zack bangun.
“Zack ni tok. Dia cuba buat yang tak senonoh dengan isteri saya. Itu yang saya belasah dia cukup-cukup tu.”Jelas Hakimi Danial sambil mencerlung tajam ke arah Zack yang kelihatan berdarah dibibir.
Astaghfirullahalazim, Zack kenapa kamu jadi macam ni? Kamu ni buat malu mak bapak kamu aje. Sekarang kamu ikut tok pergi balai. Kita settle kat balai aje.” Ujar Tok Ketua sambil mengheret tangan Zack untuk dibawa ke balai.
“Elok jugak tu tok. Biar dia insaf sikit. Jangan sedap-sedap aje nak kacau bini orang.” Hakimi Danial mengelap bibirnya yang berdarah.
“Kamu berdua pun ikut ke balai ya.” Arah Tok Ketua.
“Baiklah tok. Sekejap lagi kami berdua pergi.” Jawab Hakimi Danial ringkas.
“Awak okey tak ni?” Aisya cuba menyentuh bibir Hakimi Danial yang berdarah itu namun cepat dihalang oleh Hakimi Danial.
“Awak jangan risau saya tak ada apa-apa. Apa yang penting sekarang awak selamat dan tak ada apa-apa yang buruk berlaku pada awak.” Jawab Hakimi Danial selamba sambil memandang tepat ke anak mata Aisya. Aisya terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh Hakimi Danial.
“Tak ada apa-apa awak cakap? Mulut awak berdarah tu apa kebendanya.” Aisya cuba mengelap bibir Hakimi Danial yang berdarah dengan kain tudungnya.
Hakimi Danial hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh Aisya kepadanya.
“Okey dah. Darah tu dah berhenti dah.” Ujar Aisya sambil meniup halus pada tempat yang luka itu.
“Thanks. Sayang juga awak pada saya ya.” Usik Hakimi Danial sambil mengenyit mata.
“Sudahlah. Jom kita ikut Tok Ketua pergi balai.” Tanpa disedari Aisya menarik tangan Hakimi Danial.
“Okeylah. Jom..tapi kalau ya pun janganlah tarik tangan saya kuat sangat. Sakit tangan tumbuk Zack tadi tak hilang lagi ni. Saya takut tercabut pulak tangan ni nanti.”
Aisya segera melepaskan genggamannya apabila ditegur begitu. Malu……

 “NAH ubat awak.” Aisya menghulur beberapa biji ubat yang berwarna putih kepada Hakimi Danial.
“Saya kena makan ke semua ubat ni. Kalau tak makan boleh tak?” Hakimi Danial buat muka monyok sebagai tanda protes untuk tidak mahu makan ubat. Dalam hidupnya memang dia tidak suka makan ubat. Pahit katanya. Kenapalah orang cipta ubat semuanya pahit belaka. Lain kali ciptalah ubat yang manis-manis sedikit. Barulah selera nak makan.
“Awak wajib makan ubat ni. Kalau awak tak makan ubat ni macam mana bengkak kat muka awak tu nak sembuh.Awak nak ke muka awak bengkak macam tu buat selama-lamanya?”Pujuk Aisya dengan lembut persis memujuk anak-anak kecil.
“Alaaa…saya tak naklah makan ubat ni. Ubat ni tak best.”Rengek Hakimi Danial. Dia duduk menghadap televisyen. Tangannya menolak huluran daripada Aisya.
“Makanlah. Saya tak nak tengok awak sakit. Awak makan ubat ni ya.”
Hakimi Danial mencebik bibir sambil menggeleng kepala dengan lajunya.
Aisya meletakkan gelas berisi air atas meja. Misi untuk memujuk Hakimi Danial perlu diteruskan hingga berjaya. Chaiyok..chaiyok Aisya.
“Ala sayang bucuk-bucuk. Sayang makan ubat ya. Kalau tak makan ubat macam mana nak sembuh. Kalau lambat sembuh nanti muka tu dah tak handsome sebab bengkak sana bengkak sini. Makan ubat ya.” Pujuk Aisya lembut Dia tersenyum manis.
‘Sayang??Dia panggil aku sayang tu…Yahooooo…’sorak Hakimi Danial dalam hati.
“Mai sini ubat tu. Bismillahirahmanirahim…” Hakimi Danial akhirnya mengalah. Ubat itu kini sudah ditelan oleh Hakimi Danial dengan terpaksa. Mukanya berkedut seribu kerana tidak tahan dengan rasa pahit ubat tersebut.
“Uweeekkkkk…pahitnya.” Hakimi Danial menjelirkan lidahnya.
“Hehehehe..kalau tak pahit bukan ubat namanya Encik Hakimi Danial sayang oii..” Ujar Aisya sambil mencubit pipi Hakimi Danial. Dia terlupa yang pipi Hakimi Danial bengkak akibat ditumbuk oleh Zack tempoh hari.
“Sakitlah. Pipi saya ni bengkak tak sembuh lagi awak pulak cubit. Nanti bertambah bengkak dia.” Hakimi Danial menggosok-gosok pipinya yang dicubit oleh Aisya.
“Sorry…sorry saya lupa. Maafkan saya ya. Saya janji lain kali saya tak buat lagi.” Aisya menyusun sepuluh jari.
“Okey. Kali ni saya maafkan awak. Lain kali tiada maaf bagi mu ya.”
“Thanks..Sayang awak.” Ucap Aisya tanpa disedarinya. Aisya bangun dari tempat duduknya namun tangannya segera disambar oleh Hakimi Danial. Aisya menggigit bibir. Alamak, tersasul!
“Awak cakap apa tadi?”
“Saya cakap apa?”
“Awak ada cakap sesuatu tadi.” Mata Hakimi Danial mendongak memandang wajah Aisya yang sedang berdiri dihadapannya.
“Saya rasa banyak yang saya cakap tadi. Apa yang saya cakap? Saya ada tersalah cakap ke?”
Minah ni nak loyar buruk dengan aku pulak..aku dengar kau cakap kau sayang akulah. Telinga aku tak pekak lagi Puan Aisya oiii…Bebel Hakimi Danial dalam hati.
“Awak cakap awak sayang saya kan?”
“Eh ya ke? Saya ada cakap macam tu ke?” Aisya menggaru-garu kepalanya yang tidak berkutu itu.
“Iyalah. Saya dengar awak cakap awak sayang saya.” Ujar Hakimi Danial sambil meleret senyuman dibibirnya.
“Mungkin awak salah dengar saya cakap saya sayang awak,” ujar Aisya tanpa menyedari kata- katanya menambah lagi senyuman di bibir Hakimi Danial. Terus hilang rasa sakitnya apabila mendengar perkataan sayang yang meluncur laju daripada celah bibir Aisya.
“Hah, maknanya betullah awak sayang saya?” tempelak Hakimi Danial dengan suara yang ceria.
Aisya tersentak. Wajahnya terus merona merah. Alamak, aku salah cakap lagi. Tak apa, Aisya kau buat muka tak ada perasaan je. Jangan bagi dia perasan perasaan kau yang sebenar. Detik hatinya.
“Erk? Bila saya cakap?” soal Aisya kembali. Dia cuba mengelak daripada bertentangan mata dengan Hakimi Danial. Apabila Hakimi Danial ingin membalas, cepat- cepat dia meninggalkan Hakimi Danial termangu- mangu di ruang tamu.
“Saya tahu awak sayang saya!!” jerit Hakimi Danial kuat sambil berdiri. Dia tersenyum puas apabila Aisya menghilang di sebalik pintu bilik tanpa berkata apa- apa. Hatinya kembang semangkuk.
Dia ingin melabuhkan punggungnya kembali tetapi tiba- tiba..
Gedebuk!
Punggungnya terhenyak ke atas lantai. “Aduh!” jerit Hakimi Danial sambil menggosok punggungnya. Berkerut dahinya menahan rasa sakit. Bertambah malu apabila dia terdengar suara tawa seseorang di hujung sana. Dengan pantas dia mendongak. Aisya!
“Ada nangka busuk jatuh ke? Kimi oiii, kalau ya pun nak bersayang-sayang pandanglah kiri kanan!” sindir Nek Timah yang berada di belakang Aisya. Serta merta tawa Aisya berhenti.
Hakimi Danial hanya mampu tersengih. Mana nak letak muka ni?

1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.