Tetamu Rindu

Thursday 29 November 2012

Rasa Yang Tertinggal ( Bab 3&4)


BAB 3

RYAN memecut laju keretanya menuju ke rumah Balqis. Dia begitu bosan duduk di rumah kerana asyik diajukan soalan oleh uminya tentang perkahwinannya dengan Nabila. Dia sudah buntu untuk mencari alasan yang perlu diutarakan kepada uminya supaya dia tidak berkahwin dengan Nabila. Ryan pun tak tahu apakah yang istimewa tentang Nabila yang menyebabkan uminya begitu berkenan dengan Nabila. Pakai baju pun tak cukup kain mengalahkan heroin Hindustan. Rambut pula perang macam tertumpah cat karat. Maki Ryan dalam hati.

Ryan tiba di hadapan rumah Balqis. Banyak betul bunga ros di rumah minah ni. Minah bunga rupanya si Balqis ni. Gumam Ryan dalam hati. Ryan mengeluarkan telefon bimbit Blackberry dan menghantar sms kepada Balqis.

Salam…cpt la kluar . Aku ada kat dpan umah ko ni..dah 2 jam aku tggu!  Mesej sudah dihantar.

Wslm…biar btul ko dekat umah aku dah 2 jam?ko wat pe kat dpan umah aku?  balas Balqis.

Aku berkhemah dpan rumah kau. Kenapa xpercaya ke? Balas Ryan lagi.

“Perempuan lambat betullah. Dahlah umi asyik membebel je dari pagi macam radio buruk ni dia buat hal, nak suruh bersiap susah sangat ke?” bebel Ryan lagi. Sedar tak sedar dia pun dah membebel macam uminya. Ke mana kuah tak tumpah kalau tak ke nasi begitulah keadaan Ryan sekarang.

Oleh kerana bosan menunggu, Ryan menuju ke kereta Toyota Camry kesayangannya. Dia termenung seketika sambil menyandarkan badan di keretanya.

“Assalamualaikum, jauh termenung nampak ingat buah hati ke?” Bunyi suara itu mengejutkan Ryan dari lamunan habis semua kenangan di masa lalu berterbangan entah ke mana. Hish, kacau daunlah dia ni. Ryan menarik nafas. Geram punya pasal. Dia barpaling namun suhu kemarahannya tiba-tiba menurun apabila terpandang figura gadis di hadapannya kini. Balqis ke ni? Soalnya di dalam hati. Gadis itu memakai baju kurung moden berwarna putih berbunga merah di padankan dengan tudung berwarna merah yang dililtkan kemas di atas kepala. Ayunya! Puji Ryan dalam hati namun dia cepat-cepat menyedarkan diri dari terus meneliti wajah kawan baiknya itu.

“Kenapa pandang aku begitu? Aku tahulah aku cantik.” Balqis tergelak sendiri. Sendiri cakap sendiri gelak. Namum, Ryan hanya mencebik. Perasan! Tapi jauh dalam hati kecilnya Ryan mengaku Balqis memang ayu pada hari ini.

“ Kenapa kau lambat? Pakai baju pun kena berjam-jam ke? Lenguh kaki aku ni tunggu kau, kau tahu tak. Kalau jemput aku masuk rumah kau ke, bagi minum kopi ke, tak apa jugak ni mesej aku pun tak balas.” Ryan mula membebel. Tak puas hati tetapi senyuman yang Balqis lemparkan padanya saat itu telah mencairkan hati lelakinya. Dia tewas.

Balqis menayang muka selamba mendengar bebelan Ryan. Mamat ni kalau dah membebel mengalahkan mak nenek. Silap-silap hari bulan maknya di kampung boleh surrender mendengar bebelan Ryan ni. Guman Balqis dalam hati namun dia memaniskan mukanya yang tak seberapa manis itu.

Relax la bro kata nak jumpa dengan bakal mak mertua kenalah lama bersiap. Itu pun tak faham ke?” soal Balqis bergurau. Keningnya yang lebat digerak-gerakkan.

Ryan mencebikkan bibirnya. Balqis memang suka bergurau tapi kadang-kadang tak kena pada tempatnya. Namun tidak dapat tidak Ryan terima Balqis sebagai kawan apa adanya.

“Dah la malas aku nak layan kau,mak aku dah tunggu kat rumah nanti lambat dia marah pula. Sudah lah bakal menantu bukan pilihannya,lambat pula tu memang confirm kau kena reject.” Ujar Ryan memandang tepat wajah temannya yang tak menunjuk sebarang reaksi itu.

“Kalau aku kena reject,aku selamat lah kau tu je yang parah kena kahwin paksa.” Balas Balqis sambil ketawa. Dia meloloskan diri ke dalam kereta sebelum sempat Ryan membalas kata-katanya.

Ryan hanya mampu tersenyum.

KERETA yang di pandu Ryan meluncur laju membelah jalan raya. Tiada sepatah kata yang di ungkapkan oleh dua insan itu. Mereka hanyut dalam dunia masing-masing. Balqis memandang ke luar tingkap memikirkan bagaimana penerimaan umi Ryan terhadap dirinya. Walaupun pada zahirnya Balqis mempamerkan sikapnya yang selamba tanpa perasaan di hadapan Ryan namun jauh di dalam lubuk hati dia merasakan debaran yang lain dari biasa seolah-olah seperti apa yang dia alami sekarang adalah realiti dan bukan rekaan mereka berdua. Keluhan kecil terkeluar dari bibir mungilnya.

Ryan menjeling apabila mendengar keluhan Balqis namun dia hanya mendiamkan diri malas bertanya, biarlah gadis itu melayani perasaannya sendiri. Ryan faham gadis itu perlukan ketenangan. Ryan bersyukur kerana akhirnya Balqis mahu menolong,kalau tidak jenuh dia mencari alasan bagi mengelak daripada dijodohkan dengan Nabila.

Bukannya Ryan menolak tuah, menikah dengan Nabila adalah impian bagi tiap lelaki yang melihat gadis itu. Miliki rupa paras yang cantik dan gaya yang cukup menggoda, namun bagi Ryan itu semua bukan menjadi tumpuan utama jika dia ingin memilih teman hidup. Kekecewaan lalu sangat memberi kesan yang dalam pada Ryan sehingga dia takut untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah sekali dia jatuh cinta dan sekali dia merana. Namun Ryan sedar sejauh mana pun dia mengelak, akhirnya dia harus kembali kepada fitrah manusia yang diciptakan berpasang-pasangan. Persoalannya siapakah yang akan menjadi teman sehidup sematinya? Ryan menjeling ke sisi. Balqis?


BAB 4

“ASSALAMUALAIKUM” Ryan memberi salam sewaktu tiba di rumahnya. Balqis hanya mengikut dari belakang. Darah gemuruhnya masih tidak hilang-hilang sejak daripada tadi. Kenapa hatinya berdebar sangat-sangat sedangkan itu hanya lakonan. Sabarlah wahai hati,ini hanya sementara. Pujuk dirinya sendiri.

“Kenapa dengan kau ni? Aku tengok gelisah semacam je. Relax la umi aku tak makan orang dia makan nasi juga macam kita.” Ryan cuba bercanda sekali gus cuba mententeramkan Balqis yang kelihatan gementar. Wajah gadis itu dipandang, walaupun kelihatan pucat namun serinya tetap ada.

Balqis hanya mampu melemparkan senyuman walaupun dirasakan hambar. Wajah kacak temannya dipandang lama  bukannya dia tidak mahu bertenang tapi ketenangan itu yang tidak datang kepadanya buat masa sekarang.

“Wa’alaikummusalam.” Bunyi suara wanita menyentakkan Balqis. Dia berpaling. Kelihatan seorang wanita berdiri di hadapannya. Masih cantik walaupun agak berusia. Balqis yakin itu adalah umi Ryan kerana ia dapat dilihat daripada wajahnya yang mirip Ryan. Walaupun Balqis dan Ryan berkawan lama,tetapi Balqis jarang datang ke rumah lelaki itu. Dia segan kerana kehidupan Ryan yang mewah jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang serba kekurangan.

“Dah lama umi tunggu,kamu ke mana? Lambat sangat sampai rumah.” Soal Puan Rahina. Wajah Ryan di pandang sebelum pandangannya jatuh tepat pada gadis bertudung yang berdiri di sebelah anak lelakinya. Gadis itu kelihatan gugup lantas senyuman di lemparkan.

Balqis membalas senyuman itu dengan seikhlas hati. Tangan yang dihulurkan disambut dan dicium penuh hormat. Hilang semua kegelisahan dan perasaan gementar yang bersarang dalam hati saat bertentang mata dengan ibu sahabatnya itu.

“Maaf umi tadi jalan jam ada accident sebab itu lambat.” Bohong Ryan dengan muka yang sengaja diseriuskan. Padahal dia lambat gara-gara Balqis yang lambat bersiap. Takkan nak bagi tahu umi yang dia lambat disebabkan Balqis mesti umi fikir yang bukan-bukan pasal Balqis. Bisik hatinya.

Balqis megerut dahi. Accident? Bila pula la accidentnya? Sah kelentonglah mamat ni.

“Oh ya ke? Tak mengapa janji kamu selamat sampai dengan bakal menantu umi ni. Tak kenalkan dengan umi ke?

Ryan tersengih. Nampak mood uminya macam ok je. Yes!!

“Ok umi Ryan kenalkan,inilah Ummu Balqis yang Ryan cakapkan tu. Dia ni kawan lama Ryan sejak Ryan tingkatan satu lagi cuma dia ni jarang datang rumah kita. Maklumlah Qis ni pemalu sikit orangnya umi.” Terang Ryan. Sekali-sekala dia menjeling kearah Balqis yang duduk bertentang dengannya. Gadis itu hanya mendiamkan diri dan itu yang merisaukan Ryan. Janganlah uminya syak apa-apa memandangkan dia dan Balqis tidak semesra seperti pasangan yang bercinta yang lain.

Puan Rahina memandang Balqis yang duduk tidak jauh darinya. Boleh tahan juga Balqis ni sopan,ayu dan nampak seperti orang yang terpelajar. Pandai juga anak aku ini pilih calon menantu. Bisik hati kecil Puan Rahina. Dalam diam dia terpikat dengan ketenangan dan kelembutan yang terpamer di wajah gadis di hadapannya itu.

“Qis kerja apa sekarang?” Tanya Puan Rahina menyelidik.

“Buat masa sekarang saya mengajar dekat sekolah sebagai cikgu tapi kalau time cuti saya tolong adik saya dekat restoran.” Ujar Balqis sambil tersenyum. Lesung pipit di pipi kanannya terserlah.

“Oh jadinya Qis ni ada buat bisnes jugalah?”

“Taklah besar mana cuma kecil-kecilan je.” Jawab Balqis jujur.

Puan Rahina tersenyum. Mulai senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh Balqis.

Ryan melihat ada tanda positif pada wajah uminya. Dia dapat merasakan yang peluang untuk melepaskan diri dari dijodohkan dengan Nabila adalah cerah. Pandai juga Balqis berlakon. Boleh menang award ni. Tak pernah dia melihat Balqis sesopan dan tersipu-sipu seperti itu persis wanita melayu pertama. Mungkin Balqis bersikap sedemikian kerana bercakap dengan uminya jikalau mereka berdua jangan harap Balqis bercakap selembut itu. Kasar mengalahkan lelaki. Kadang-kadang Ryan terfikir dia berkawan dengan lelaki ataupun perempuan,haraplah Balqis mengenakan tudung kalau tak,tak tahulah. Pening Ryan dibuatnya.

 

“QIS pandai memasak tak?”soal Puan Rahina sewaktu mereka berdua di dapur untuk menyiapkan makanan tengah hari. Ryan pula hilang entah ke mana dan itu yang membuatkan Balqis sakit hati. bukannya mahu menolong tapi dibiarkan Balqis keseorangan menjawab soalan Puan Rahina yang menyesakkan kepala otaknya yang sememangnya tengah sesak.

“Qis taklah pandai masak sangat makcik tapi bolehlah sikit-sikit,setakat nak hidup dua tiga hari itu boleh la kot.” Jawab Balqis tersengih seperti kerang busuk.

Puan Rahina tergelak kecil.” Janji anak makcik tak ada masalah kebuluran bila kamu dah berkahwin nanti.” Ujar Puan Rahina membuatkan Balqis hampir tersedak. Nasib baik dia dapat mengawal kalau tidak memang gerenti tersembur. Jikalau tersembur ke lantai itu boleh dimaafkan tapi buatnya dia tersalah sembur ke muka Puan Rahina tak dapat dibayangkan.

“InsyaALLAH makcik.” Hanya itu yang mampu dijawab.

Banyak yang mereka bualkan semasa makan tengah hari. Semua berkisarkan tentang gelagat-gelagat Ryan di waktu kecil. Rupa-rupanya banyak lagi yang Balqis belum tahu pasal Ryan walaupun mereka telah berkawan lama. Baharu Balqis tahu yang Ryan tidak suka akan makanan yang yang pedas dan itu amat berlainan dengan dirinya yang lebih sukakan makanan yang pedas-pedas. Nampaknya banyak perbezaan antara dia dan Ryan.

“Agaknya bila kamu rasa masa yang sesuai untuk adakan majlis?” soalan Puan Rahina.

Ryan tersedak. Balqis resah. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku nak cari alasan apa lagi ni.

“Emm Ryan rasa tahun ni tak sesuai lagi untuk mendirikan rumahtangga, banyak kerja umi. Kerja di hotel tu berlambak tambahan lagi bulan depan ada konsert dari artis luar negara pasti hotel kita jadi tumpuan utama pelancong dan sudah semestinya Ryan sibuk.” Ryan mencipta alasan. Sempat lagi dia menjeling ke arah Balqis yang kelihatan tenang. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Kamu pula macam mana Balqis?”Tanya Puan Rahina

Balqis mengetap bibir. Dia tidak tahu apa alasan yang harus diberikan. Dia bukan seperti Ryan yang senang mencari alasan dalam masa seminit. Aduh macam mana ni.

“Saya ikut Ryan je makcik. Lagipun tahun ni memang saya sibuk juga. Mungkin tak dapat cuti.” Bantai jelah janji alasan boleh terima dek akal. Bisik hati kecilnya.

Puan Rahina terdiam seketika mendengar alasan anak lelaki dan bakal menantunya. Macam dah berpakat je mereka ni. Baik,kau orang nak main tarik tali dengan aku ya. Kita tengok siapa yang terkena nanti. Puan Rahina mula menyusun strategi.

“Dah kau orang cakap macam itu umi tak boleh nak halang la. Sekurang-sekurangnya umi lega kamu dah ada calon isteri yang boleh jaga kamu nanti. Taklah umi risau sangat anak bujang umi ni tak laku.”

Hampir terhambur ketawa Balqis nasib baik sempat di kawal kalau tak memang ada chance kangkung goreng belacan lekat di muka Ryan. Apa tidaknya, Ryan yang memiliki rupa paras yang boleh dikatogerikan handsome dikatakan tidak laku oleh uminya sendiri. Geli hati Balqis bagai di geletek.

Ryan menjeling tajam apabila melihat ada bunga-bunga tawa yang ingin meletus dari bibir gadis di hadapannya itu.  Geram di buatnya sehinggalah Balqis mengangkat tangan tanda menyerah tetapi senyuman masih tidak lekang dari bibir gadis itu. Akhirnya Ryan turut terjebak dalam senyuman itu.  


GELAK tawa Balqis bergema di setiap ruang kereta Ryan. Sakit telinga dibuatnya, entah apa-apa minah ni asyik dari tadi gelak. Ni mesti gelakkan aku. Rungut Ryan.

“Kau ni kenapa? Asyik ketawa dah meroyan eh tak pun kau ada sawan tahap kronik?” marah Ryan.

Balqis menghentikan tawanya. Dia memandang wajah Ryan yang nampak  kemerahan, marah barangkali. “Sorry,sorry bukan  maksud aku nak gelakkan kau cuma aku geli hati je. Lelaki idaman Malaya di label tak laku oleh uminya sendiri. Ini berita sensasi ni kalau pelajar-pelajar sekolah kita tahu memang gerenti mereka berlumba-lumba nak isi borang nikah dengan kau.” Ujar Balqis sambil ketawa yang masih belum reda.

Terasa seperti mahu dicubit gadis di sebelahnya itu. “Eleh,memaku dulang paku serpih mengata orang kau pun sama jugak dengan aku. Tak laku. Cuma bezanya aku lelaki dan kau perempuan. Lelaki kalau tak kahwin tak mengapa, tapi perempuan tak kahwin orang akan lebel andartu, macam kaulah.” Balas Ryan tidak mahu mengalah. Serentak tawa terlepas dari mulutnya.

Balqis berpaling ke arah Ryan dengan pandangan tajam. Pantang sungguh dia kalau ada orang panggil dia andartu. Memang orang itu menempah batu nisan sebelum waktunya.

“ Kau mengata aku eh? Aku tarik balik pertolongan aku kan.” Ugut  Balqis sambil jari telunjuk diluruskan ke arah Ryan.

“ Mana aci main ugut-ugut ni Balqis tu tak ikhlas namanya.”Protes Ryan.

“Aci tak aci, aci kat kedai mutu kalau kau nak jumpa. Kau mengutuk aku siapa suruh. Aku bukannya tak laku cuma jodoh tak sampai. Lainlah macam kau jodoh dah datang tapi kau tolak. Jual mahal betul.” Jawab Balqis tidak mahu mengalah. Ryan mencebik. 

“ Itu bukan jodoh, itu bala namanya. Kau tahukan aku dah malas nak involve dalam alam percintaan ni, buang masa aku je baik aku duduk rumah tengok tv lagi baik dari bercinta.” Ujar Ryan. Stereng  kereta dibelok ke kiri untuk menuju ke rumah Balqis.

“Eleh boleh bla la tak involve dalam alam percintaan konon, Nampak awek cun cair iman di dada. Macam la aku tak kenal kau tu Ryan.” Balqis terus-terusan mengutuk.

“Okay, we’ll see. Aku takkan jatuh cinta pada sesiapa pun.” Jawab Ryan penuh keyakinan. Memang itu tekadnya selepas dia putus cinta dengan Zarryn seorang gadis yang berjaya membuka pintu hatinya untuk menerima cinta. Walaupun mereka bertemu di alam persekolahan dan lazimnya cinta di alam persekolahan dikenali sebagai cinta monyet, namum bagi Ryan tiada istilah cinta monyet ataupun cinta babun antara dia dan Zarryn. Segalanya indah dan tak mampu di gambarkan dengan kata-kata betapa dia bertuah memiliki cinta gadis secantik Zarryn.

Tetapi dek kerana kelalaian Ryan dalam mengejar cinta Zarryn yang tidak berbelah bagi dia dikecewakan apabila mendapat tahu Zarryn yang dicintai sepenuh hati telah curang di belakangnya dan secara terang-terangan gadis itu memilih lelaki lain yang lebih kaya dan meninggalkannya tanpa alasan yang munasabah.

Puas dia mencari dan cuba menghubungi kekasih yang amat dirindui tapi semuanya sia-sia kerana Ryan mendapat maklumat yang Zarryn telah berpindah ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan sekali gus mengikut buah hatinya yang baru. Saat itu Ryan rasakan hidupnya sunyi sepi. Hatinya remuk, kasih sayang yang diberi tak dihargai. Hampir sahaja dia putus semangat tapi hadir Balqis sebagai sahabat memberi kata-kata semangat untuk dia meneruskan hidup. Dia masih ingat akan kata-kata Balqis di saat dia menitiskan air mata di hadapan gadis itu.

“Jangan kau terlalu ikutkan perasaan kau nanti ia akan memakan diri kau sendiri. Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa dia kerana di sini ada insan yang masih menyayangi kau. Abah dan umi kau masih memerlukan anak lelakinya yang kuat dan tabah dan bukannya anak lelaki yang lemah seperti kau sekarang ini. Dia pergi bermakna dia tidak baik untuk kau kerana lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik. Lepaskan dia daripada hati kau, jika dia benar-benar jodoh yang ditetapkan untuk kau maka dia akan kembali kepada kau. Ingatlah Ryan ALLAH tidak menguji hamba-hambanya dengan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNYA. Beserah pada ALLAH dan semuanya akan kembali seperti biasa.”  Masih kedengaran nasihat balqis di peluput telinga Ryan dan atas nasihat itu Ryan bangkit untuk meneruskan kehidupan dan melupakan masa lalunya.

‘Terima kasih Qis.’ Ucapnya di dalam hati.

“Okey, dah sampai dah.” Suara lembut Balqis menyentakkan Ryan dari lamunan. Entah bila dia memberhentikan kereta pun dia tidak sedar. Alih-alih sudah sampai di hadapan rumah Balqis.

Balqis membuka pintu kereta untuk turun tetapi kedengaran suara Ryan menghalang.

“Terima atas bantuan kau untuk aku. Aku takkan lupa segala bantuan yang kau hulurkan pada aku. Kau lah kawan yang the best yang pernah aku jumpa.” Ujar Ryan dengan lembut. Wajah Balqis yang berkulit cerah itu ditatap lembut. Bertuah dia mempunyai kawan sebaik Balqis. Kata orang kawan di waktu senang mudah di cari tetapi kawan di waktu susah, sukar untuk di temui. Beruntungkah dia memiliki kawan seperti Balqis?

“Alah tak payah kau nak jiwang-jiwang karat dengan aku. Aku tolong kau selagi aku mampu.” Balqis tersenyum manis menampakkan lekuk di pipinya.

Ryan membalas dengan seikhlasnya. Itulah Balqis yang dikenalinya sentiasa memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan.

“ Okeylah aku balik dulu. Apa-apa hal kau call aku.” Pantas dia keluar daripada perut kereta. Belum sempat Ryan menggerakkan kereta, cermin kereta Camrynya diketuk dari luar. Dia menurunkan cermain. “Apa lagi ni Qis?” soalnya sambil ketawa kecil.

“Jangan lupa carikan tarikh yang sesuai. Kitakan nak kahwin tak lama lagi.” Ujar Balqis bergurau. Ryan hanya mampu ketawa dan ketawa.

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.