BAB 11
MARDIYAH
semakin bingung dengan sikap Ammar yang memusuhinya hampir setiap
waktu. Apa sahaja yang dilakukannya semua
kelihatan tidak betul di mata Ammar.
Maklumlah orang sudah benci, kalau sudah benci buatlah baik
sekalipun tetap dibenci. Kadang- kadang hal remeh- temeh pun lelaki itu akan
besarkan. Apa nak buat dia hanya pekerja dan Ammar adalah majikannya.
“
Am ada?” sergah satu suara mengejutkan Mardiyah.
Dia
mengangkat muka. Kelihatan Lydia sedang berdiri di hadapannya dengan riak
sombong. Naik menyampah pula Mardiyah menengoknya. Jika tidak difikirkan gadis
itu teman wanita Ammar memang sudah lama dia bagi ceramah percuma. Sudahlah
pakaiannya mengalahkan Lady Gaga, rambutnya pula perang mengalahkan air bateri
yang berkarat. Entah apa yang dipandang oleh Ammar pun Mardiyah tidak tahu.
Memang kalau daripada segi rupa memang gadis di hadapannya ini cukup cantik dan
sempurna.
“
Hoi, I tanya ni, Am ada ke tak? Yang duk termenung tu kenapa? Kerja malas tahu
nak termenung je makan gaji buta ke you ni?” lancang mulut Lydia berkata-
kata.
Memang
tak sayang mulut agaknya minah ni. Sekali aku tempeleng bisu 40 hari. Mardiyah
merungut di dalam hati. tanpa dia sedar dia tersenyum sendirian.
“
Yang you senyum sorang- sorang tu kenapa? Dah gila?” tambah Lydia lagi dengan
nada yang geram.
Dia
memandang Mardiyah yang ringkas berbaju kurung riau berwarna hitam dipadankan
dengan tudung yang turut berwarna hitam. Pada Lydia, Mardiyah memang
ketinggalan zaman. Langsung tidak pandai berfesyen. Memang nampak kekampungan dan
tidak sesuai untuk menjadi setiausaha Ammar.
“
Bukan aku yang gila tapi kau.” Desis Mardiyah perlahan cukup untuk dia seorang
sahaja yang mendengar.
“
Apa you cakap?” tanya Lydia. Dia terasa seperti mendengar Mardiyah berkata
sesuatu tetapi tidak jelas.
Mardiyah
mengeleng lantas dia tersengih cuba menutup malu.
“
Mana ada Cik Lydia. Cik nak jumpa Encik Am ke? Ada buat appointment tak?” tanya Mardiyah selamba. Anak mata hitamnya
difokuskan tepat pada wajah jelita Lydia.
“
What? Appointment? You tahu tak I ni
siapa?” balas Lydia dengan bongkaknya. Dia mengetap bibir tanda geram dengan
setiausaha Ammar yang mengada-ngada ini.
“
Tahu. Cik Lydia la.” Jawab Mardiyah ringkas.
Sempat
lagi dia menayangkan muka tidak bersalah walaupun muka Lydia sudah merah
menahan marah.
“
I ni girlfriend Ammar dan I boleh
jumpa Ammar bila- bila masa yang I suka tanpa perlu appointment you tak tahu ke?”bentak Lydia.
“
Siapa cakap? Masa saya kerja dulu, Encik Ammar ada cakap kalau sesiapa nak
jumpa dia kena buat appointment dulu.
So saya hanya menjalankan tugas.”
Mardiyah
tersenyum hingga menampakkan lesung pipit di pipinya. Dia tidak akan bertolak
ansur jika sudah melibatkan tugasnya lagipun perkara itu telah diperintahkan
oleh Ammar dan dia hanya menurut.
“
What the hell? I nak cakap dengan
Ammar sekarang dan I akan pastikan yang Ammar akan uruskan you!” marah Lydia.
Belum
sempat Mardiyah membalas kata- kata Lydia, Ammar keluar daripada biliknya
dengan wajah yang serius. Huh, Ammar mana pernah tak serius, asyik mencuka saja
kerjanya. Bebel Mardiyah dalam hati.
Lydia
tersenyum lebar. Heronya telah datang lantas tanpa menunggu lama dia mendapatkan
Ammar yang memang setia menanti di muka pintu biliknya. Lengan sasa lelaki itu
dipegang kejap hingga menimbulkan rasa meluat dalam diri Mardiyah melihat
kemanjaan Lydia yang berlebihan.
“
Apa yang berlaku ni?” tanya Ammar. Matanya memandang tepat pada Mardiyah. Mesti
perempuan ni buat kecoh lagi.
“
Sayang, you tengoklah secretary you
ni. I nak jumpa you pun dia tak bagi. Dia suruh I buat appointment dengan you
dulu. I bukannya customer you nak
kena buat appointment. Sakit hati I
tau.” Adu Lydia sambik kepalanya meluik lentok di bahu Ammar.
Mardiyah
cuba menahan rasa melihat drama satu episode yang dilakonkan oleh Lydia di
hadapannya. Rasa nak termuntah pun ada tapi dia tetap bertenang walaupun dia
dapat melihat bunga- bunga api di wajah Ammar.
“
Mardiyah, betul ke apa yang Lydia bagi tahu?” soal Ammar dengan nada yang
marah.
Perlahan-
lahan Mardiyah menganggukkan kepala. Dia tertunduk kerana tidak dapat menentang
pandangan mata Ammar yang tajam. Memang sejak dia mula bekerja lagi dia tidak
dapat menentang mata Ammar dengan jangka masa yang lama. Dia sendiri tidak tahu
kenapa.
“
Apasal kau ni lembab sangat? Lydia ni kekasih aku takkan itu aku nak ingatkan
banyak kali. Siapa kau nak halang dia dari jumpa dengan aku hah?”keras suara
Ammar kedengaran walaupun nada yang perlahan.
Hati
Mardiyah tersentuh. Dia cukup terhiris dengan kata- kata Ammar. Lelaki itu
telah merendahkan dia di hadapan Lydia sehinggakan wanita itu tersenyum
kemenangan.
“
Memang dia ni lembab sayang. Yang you ambik dia kerja kenapa? Dahlah kampung.”
Lydia menambah untuk mencukupkan rasa meluat di dalam hati Mardiyah.
Ammar
hanya mendiamkan diri tetapi dia masih menunggu jawapan daripada Mardiyah.
Hatinya begitu sakit melihat wajah lembut Mardiyah. Memang dia sengaja mencari
pasal dengan Mardiyah kerana dia mahu menambah kebencian pada gadis itu yang
sememangnya di bencinya.
“
Saya hanya ikut arahan encik je. Encik pernah cakap yang encik takkan layan
orang yang tak buat appointment. Saya
hanya menjalankan kerja saya.” Jawab Mardiyah tergagap- gagap. Dia tahu hari
ini dia akan menjadi mangsa kemarahan lelaki itu.
Lydia
tersenyum puas. Dia tahu Ammar pasti menyebelahinya kerana lelaki itu
mencintainya walaupun selama mereka bercinta Ammar tidak pernah mengungkapkan
kata- kata keramat yang diharapkan. Tetapi itu Lydia tidak peduli janji Ammar
menjadi miliknya dan dia tidak akan lepaskan lelaki kacak itu pada perempuan
lain.
“
Kerja kepala otak kau! Kau tahu Lydia kekasih aku yang kau tahan dia dari jumpa
aku kenapa? Mulai hari ini kalau dia nak jumpa aku, kau tak payah nak minta appointment kau bawa je jumpa aku.
Takkan semua itu aku nak ajar. Belajar dah tinggi tapi lembab tahap budak
tadika lebih baik tak payah jadi secretary
kalau benda ni nak kena ajar.” Tengking Ammar lantang.
Beberapa
pasang mata memandang ke arah mereka. Mardiyah malu, sangat malu apabila
ditengking di depan kakitangan lain. Terasa seperti dirinya tidak berharga.
Dadanya mula terasa sebak. Dia menundukkan wajah.
“
Saya mintak maaf encik.” Ujar Mardiyah perlahan.
Tiada
guna dia bertegang urat dengan Ammar kerana lelaki itu lebih berkuasa ke
atasnya. Jika dia melawan, silap hari bulan dia akan kehilangan kerja. Dia
tidak mahu kehilangan kerja ini kerana hanya inilah punca pendapatannya.
Ammar
mendengus. Suara Mardiyah yang lembut tidak mampu mengusir perasaan marah yang
bertandang dalam hatinya sejak peristiwa malam itu. Dia tidak akan sesekali
memaafkan Mardiyah tentang apa yang berlaku walaupun bukan kesalahan gadis itu
seratus peratus.
“
Kau ingat dengan kata maaf boleh selesai semua perkara. Dengar sini Mardiyah
aku tak nak kau ulang kesilapan kau ini dan jika perkara ini berlaku lagi,
nahas kau.” Ammar memberi amaran. Jari tulunjuknya diluruskan tepat ke muka
Mardiyah.
Mardiyah
hanya mengangguk lemah. Hatinya cukup terluka dengan layanan Ammar yang kasar
dengannya. Bahasa yang digunakan oleh lelaki itu cukup mengambarkan bahawa dia
cukup membenci diri Mardiyah.
“
Sudahlah sayang tak payahlah you layan perempuan lembab ni. I datang nak jumpa
you ni. I miss you hard.” Bisik Lydia
manja sambil mengesel-geselkan badannya pada Ammar. Memang cukup gedik.
Ammar
menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Lydia. Dia tidak suka Lydia bermanja
sampai begitu sekali. Ammar risau jika ada gossip liar yang akan tercetus di
pejabat itu jika ada yang melihat Lydia berkelakuan sedemikian.
“
Kali ni aku maafkan kau.” Ucap Ammar.
Dia
menarik tangan Lydia menuju ke biliknya tapi langkahnya terhenti bila dia
teringatkan sesuatu.
“
Apa yang tercegat kat situ lagi? Pergi buat air untuk Lydia.” Arah Ammar keras.
Mardiyah
hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia mengelap air mata yang
menitis tanpa dia sedar lantas langkahnya dihayunkan menuju ke pantri. Tanpa
dia sedari insiden tadi diperhatikan oleh seseorang.
PINTU
bilik diketuk sebelum dia melangkah masuk. Mardiyah kelihatan sudah dapat
menenangkan diri selepas kejadian tadi dan kini dia berada di bilik Ammar
dengan menatang dulang yang berisi air minuman untuk kekasih tercinta suaminya.
“ Here you come perempuan kampung.”
Sinis Lydia.
Dia
menyilangkan kakinya yang putih gebu sambil memandang tepat pada Mardiyah. Sekarang
ini Ammar tiada dan tiba masanya untuk dia mengenakan Mardiyah yang amat
menyakitkan hatinya.
“
Kalau I jadi you kan, dah lama I berhenti kerja dari sini. Buat apa kalau terus
kerja kalau bos sendiri tak suka. Entah- entah you tak nak berhenti sebab you
dah sangkut dengan boyfriend I tu. I
tahu boy I tu kacak orangnya tapi sorry lah dia tak layan orang kampung
macam you ni.” Sindir Lydia lagi dengan muka bangga.
Mardiyah
hanya mencebikkan bibirnya. Menyampah dengan kata- kata Lydia yang
mengada-ngada. Macamlah aku nak sangat kat boy
kau tu. Kalaulah kau tahu yang boy kesayangan
kau tu laki aku tentu kau terjun bangunan hotel
ni. Jawab Mardiyah tetapi hanya di dalam hati.
Lydia
sakit hati kerana tiada balasan daripada Mardiyah. Dia harus mencari jalan lain
untuk mengerjakan Mardiyah. Saat itu dia ternampak Mardiyah sedang menatang
dulang yang berisi air yang panas dan serta merta dia mendapat idea jahatnya.
Sewaktu
Mardiyah melangkah menuju dekat dengan Lydia untuk meletakkan dulang tersebut,
dengan pantas kaki Lydia menahan kaki Mardiyah hingga membuatkan langkah gadis
itu tersandung. Habis tumpah air teh o’ suam yang dibawa Mardiyah tumpah
mengenai lengan gadis itu. tetapi sedikit sebanyak air itu terpercik juga pada
Lydia.
Mardiyah
mengaduh kesakitan, nasib baik air itu hanya suam bukan panas tapi walaupun suam, ia turut memberi kesan
merah pada tangan Mardiyah. Dia tahu memang Lydia yang memetis kaki dia
sebentar tadi tapi dia masih bersabar.
“
Aduh sakitnya.” Adu Mardiyah sambil memegang tangannya yang merah. Dia cuba
untuk bangun tapi keadaan sudah terlambat.
Saat
itu juga Ammar masuk ke dalam biliknya dan melihat insiden itu. terkedu dia
bila melihat Lydia sedang mengerang kesakitan sambil memegang betisnya seperti sedang
menyembunyikan sesuatu. Di satu sudut yang berdekatan dengan Lydia pula,
kelihatan Mardiyah sedang mengemas cawan yang berselerakan di lantai.
“
Whats going on?” tempik Ammar pada
Mardiyah.
Mardiyah
tersentak. Lydia mendongak. Yes! Kali
ini dia menang lagi.
“
Aduh, honey sakitnya kaki I, kaki I
dah melecur. Ini semua pasal perempuan ini yang sengaja tumpahkan air atas kaki
I. nampak sangat dia berdendam dengan I sayang.” Adu Lydia sambil berpura- pura
menangis. Tapi dalam hati dia tergelak besar melihat wajah cuak Mardiyah.
Memang hebat betul lakonan Lydia kali ini.
Mardiyah
terkejut. Dia berpaling memandang Lydia yang tidak jauh darinya. Ternyata
wanita itu hanya tersenyum jahat. Dia berpaling semula ke arah Ammar dan
mengelengkan kepala. Bibirnya terketar- ketar kerana cuba menjelaskan sesuatu.
“
Apa alasan kau pula kali ini?” tengking Ammar. Suaranya seperti halilintar
menusuk ke telinga Mardiyah.
Dia
mendapatkan Lydia yang sedang mengongoi kesakitan. dibeleknya kaki wanita itu
yang terdedah. Memang terdapat kesan merah tapi tidaklah seteruk mana.
“
You okey ke?” Tanya Ammar lembut.
Lydia
mengangguk sambil menjeling pada Mardiyah yang diam terkaku. Dia puas, tapi
belum puas sepenuhnya.
“
Kaki I sakit sayang, I takut tak boleh jalan pulak. Nanti macam mana I nak catwalk? Ini semua setiausaha you punya
pasal. I nak dia lap kaki I sekarang!”
bentak Lydia.
Dia
menarik-narik tangan Ammar seperti budak kecil meminta coklat. Dia akan
pastikan rancangan jahatnya akan tercapai kerana telah lama dia sakit hati
dengan Mardiyah sejak insiden di restoran KFC tempoh hari.
Mardiyah
terkesima dengan permintaan Lydia yang dianggap sangat keterlaluan. Dia tidak
akan sesekali tunduk pada perempuan jahat seperti Lydia. Dia berharap agar
Ammar tidak menuruti kemahuan teman wanitanya yang sawan tahap kronik itu.
Tetapi
harapan dia hanya tinggal harapan apabila dengan suara yang lantang Ammar
memaksa Mardiyah untuk mengelap kaki Lydia yang terkena percikan air teh itu.
alah bukan banyak mana pun, boleh lap sendiri cuma Lydia sengaja hendak mencari
pasal.
“
Kau dengar tak apa yang dia cakap? Aku nak kau bersihkan kaki girlfriend aku sekarang!” arah Ammar
tegas.
Mardiyah
hanya berteleku di situ. Dia mengelengkan kepala.
“
Kau jangan nak degil Diya, aku cakap sekarang!” tengking Ammar tidak berpuas
hati. Lydia pula hanya tersenyum bangga.
“
Saya tak nak. Lagipun bukan kesalahan saya. Cik Lydia yang sengaja petis kaki
saya sampai terjatuh. Bukan salah saya.” Tegas Mardiyah sambil tertunduk.
Dia
berdiri dan cuba untuk melangkah keluar daripada bilik yang menyesakkan dada
itu tapi dengan pantas pergelangan tangannya disambar oleh Ammar dengan
kasarnya membuatkan Mardiyah memejamkan mata menahan kesakitan.
“
Kau jangan nak lari. Salah kau tetap salah kau. Aku nak kau ikut cakap Lydia
sekarang! Aku tak nak dengar alasan yang merapu daripada kau dan jangan nak
melawan aku.” Tegas Ammar lagi. dia mula naik berang dengan perangai Mardiyah
yang suka melawan.
Tangan
Mardiyah dicengkam kemas. Jika gadis itu mengelengkan kepala dia akan
menguatkan lagi cengkamannya.
“
Kau nak ikut atau tak?” tanya Ammar sambil mencengkam pergelangan tangan
isterinya.
Mardiyah
menahan rasa sakit yang mula menjalar ke segenap sanubarinya. Setitik demi
setitik air matanya gugur ke bumi bagi menahan rasa pedih yang menikam hingga
ke lubuk hati. Sakit tangannya kerana melecur di tambah pula dengan cengkaman
tangan sasa Ammar cukup membuatkan Mardiyah menitiskan air mata.
“
Tak nak. Jika encik paksa saya sekalipun saya takkan ikuti kemahuan kekasih
encik ini.” Bantah Mardiyah. Dia tidak akan sesekali mengalah bila harga diri
dia menjadi pertaruhan. Biarlah lelaki itu menyeksa dia sekali pun dia tidak
akan kalah.
Ammar
mengetap bibir. Geram kerana gadis itu sudah pandai membantah. Tanpa perasaan
dia menguatkan lagi cengkaman itu sehinggakan Mardiyah mengaduh kesakitan. dia
cuba melepaskan genggaman tangan Ammar yang kemas namun apalah sangat tenaga
yang dia ada.
“
Lepaskan saya encik, atau saya akan adukan perkara ini pada datuk.” Ugut
Mardiyah.
“
Kau ingat papa aku akan layan perempuan macam kau ni?” balas Ammar pula. Dia
seakan terlupa bahawa Lydia sedang menonton sandiwara mereka.
“
Saya tetap pekerja encik dan saya ada hak.” Jawab Mardiyah.
“
Hak? Jangan nak berangan. Aku takkan lepaskan tangan kau sebelum kau buat apa
yang Lydia mahu.” Tengking Ammar.
Anak
mata coklatnya menikam tepat anak mata Mardiyah yang berair menahan kesakitan.
dahi gadis itu juga turut berlapis- lapis. Jauh di dalam hati Ammar dia turut
tersentuh melihat air mata gadis itu namun, egonya tetap menghalang rasa kemanusiaan
itu. dia benci pada Mardiyah dan dia akan pastikan gadis itu merana.
“
Lebih baik saya mati daripada ikut cakap kekasih encik yang gila ini!” bentak
Mardiyah sambil menarik tangannya sepenuh tenaga yang dikumpulkan.
Ammar
terkesima mendengar bentakkan yang keluar daripada bibir mungil itu. terasa
seperti egonya dicabar oleh gadis itu. ini baharu kali pertama pekerja berani
melawannya dan dia tidak akan tinggal diam. Berombak dada bidangnya menahan
rasa marah yang meruap- ruap.
“
Kurang ajar!” tempik Ammar seraya menghayunkan tangannya untuk menampar
Mardiyah namun ada suara yang menghalang.
“
Ammar! Apa yang kau nak buat tu?” Datuk Zainal menjerit di muka pintu bilik
yang separuh terdedah.
Hasrat
Ammar terhenti. Dia berpaling. Papa! sejak bila pula papa ada dalam ofis ini.
Soal Ammar dalam hati.
Mardiyah
menangis dan mendapatkan Datuk Zainal. Dia berdiri di belakang Datuk Zainal
bagi mendapat perlindungan. Dia takut dengan Ammar yang hampir sahaja
memukulnya.
“
Tak malu ke angkat tangan pada perempuan?” tanya Datuk Zainal lagi. tapi kali
ini suaranya sudah mula mengendur. Dia memandang wajah menantunya dengan
simpati sebelum matanya tuntas pada laman wajah Ammar yang tegang.
“
Perempuan ini kurang ajar. Am kena ajar dia sikit.” Balas Ammar.
“
Bukan cara ini nak mengajar. Ini bukan mengajar tapi mendera namanya. Papa
takkan benarkan kamu menyakiti Mardiyah sebab nak bela kekasih kamu.” Ucap
Datuk Zainal membela Mardiyah.
“
Tapi pa, dia dah melampau.” Ammar bersuara.
“
Papa tak nak dengar apa- apa alasan lagi. jumpa papa di ofis dan awak Cik
Lydia..”
Lydia
berdiri. Dia memandang wajah Datuk Zainal dengan berani. Dia tidak menyangka
yang Datuk Zainal akan campur tangan.
“
Saya rasa lebih baik Cik Lydia balik dahulu sebab kalau nak bercinta bukan di
sini tempatnya.” Sambung Datuk Zainal sinis.
Lydia
terkulat-kulat kerana diperli oleh Datuk Zainal.
“
Diya kamu boleh keluar sekarang. Tiada sesiapa yang boleh ganggu kamu lagi.”
ujar Datuk Zainal lembut. Dia tersenyum manis pada menantu rahsianya itu.
kesian dia melihat wajah polos itu yang basah dengan air mata.
“
Baik datuk.”
MARDIYAH
menangis teresak- esak di pantry sambil memegang pergelangan tangannya yang
sudah merah. Sakit tidak terkata hanya Tuhan yang tahu. Sampai hati Ammar
memperlakukan dirinya hingga begitu rupa. Salahnya bukan besar sangat cuma
Lydia yang membesarkan perkara itu. Ternyata Ammar memang tidak boleh menerima
dirinya walhal dia telah menurut kata lelaki itu yang mahu pernikahan mereka
dirahsiakan. Jika inilah seksaan yang bakal diterimanya selama bergelar isteri
lelaki itu, lebih baik dia berpisah sahaja.
“
Diya, awak okey?”tegur satu suara mengejutkan Mardiyah yang sedang melayan
perasaan.
Mardiyah
berpaling. Kelihatan Raqeem berdiri di muka pintu sambil tersenyum manis
meyerlahkan ketampanan semula jadinya. Mardiyah membalas senyuman Raqeem dengan
ikhlas walaupun dia terasa hambar.
“
Saya okey je.” Balas Mardiyah.
“Tapi
kenapa saya tengok muka awak sedih je.” Tanya Raqeem menghampiri Mardiyah yang
sedang berdiri di tepi singki sambil memegang pergelangan tangannya. Mesti ada
sesuatu yang tidak kena.
“
Tak ada apa-apa encik saya okey je.”
Raqeem
tersenyum. dia tahu Mardiyah sedang menyembunyikan sesuatu.
“
Tak payah berencik dengan saya, panggil nama je. Saya rasa selesa kalau awak panggil
saya macam awak panggil kawan- kawan awak. Rasa lebih dekat.” Raqeem memulakan
bicara.
Sememangnya
dia suka dengan Mardiyah. Dia cuba mendekatkan diri dengan Mardiyah tetapi
gadis itu seakan tidak mengerti bahasa yang dia cuba sampaikan tetapi itu tidak
mematahkan semangat Raqeem untuk mendekati Mardiyah.
“
kenapa dengan tangan awak? Sakit ke? Saya tengok muka awak berkerut semacam
je.” Tegur Raqeem sambil anak matanya memandang tangan Mardiyah.
Mardiyah
mengeluh.
“
Tangan saya melecur sikit sebab tertumpahkan air tadi. Tapi tak teruk mana
pun.” Balas Mardiyah. Dia membalas pandangan Raqeem yang tampak risau.
“
Tak teruk apanya. Tengok habis merah tangan awak ni. Nasib baik sikit saje
kalau melecur satu badan bagaimana? Siapa yang susah? Saya juga yang susah.”
Mardiyah
terkedu. Raqeem begitu mengambil berat terhadap dirinya membuatkan hati
kecilnya tersentuh. Baharu pertama kali dia rasa dihargai oleh seseorang.
Raqeem
menuju ke kabinet. Dia mencari sesuatu. Sesuatu yang boleh dijadikan ubat untuk
memulihkan tangan Mardiyah yang melecur. Satu persatu laci kebinet di buka.
“
Awak cari apa tu?” tanya Mardiyah pelik.
“
Ubatlah. Tangan awak kan melecur. Tak boleh dibiarkan macam itu sahaja.” Ujar
Raqeem sambil menruskan pencariannya.
Mardiyah
hanya membiarkan lelaki itu meneruskan pencariannya. Akhirnya Raqeem menemui
ubat yang di carinya. Dia tersenyum ke arahnya.
“
Tunjuk tangan.” Pinta Raqeem.
Mardiyah
hanya mengikut. Tangannya ditunjuk kepada Raqeem. Lelaki itu cuba menyapu ubat
di tangan gadis itu namun pantas di halang oleh Mardiyah. Dia menarik kembali
tangannya.
“
Kenapa Diya?” Tanya Raqeem pelik. Mata Mardiyah direnung.
Mardiyah
mengeleng.
“
Saya boleh sapu ubat ini sendiri. Terima kasih sebab awak nak tolong saya.”
Ujar Mardiyah lembut. Dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan Raqeem
terhadapnya lagipun kesan melecur itu bukan kritikal sangat.
Dia
mencapai ubat daripada tangan Raqeem dan melumurkan ke seluruh tangannya yang
memerah. Berkerut dahinya menahan pedih tapi di hadapan Raqeem, Mardiyah
berlagak tenang.
Raqeem
tidak menghalang kerana dia tahu Mardiyah masih segan dengan dirinya. Tapi
Raqeem tidak akan berputus asa untuk menarik perhatian gadis pemalu itu. Dia
mengambil kesempatan memerhati wajah gadis bertudung hitam di hadapannya
sekarang.
Memang
Mardiyah tidak secantik kawan- kawan wanitanya yang lain tetapi ada sesuatu
pada wajah Mardiyah yang menarik perhatian Raqeem. Mungkin mata gadis itu yang
bundar sesuai dengan alis matanya yang sedikit lebat. Hidungnya yang sederhana
mancung memang padan dengan bibir gadis itu yang mungil. Namun, apa yang
menarik lagi pada Mardiyah adalah lesung pipit yang menghiasi pipi kanan gadis
itu.
Jika
diikutkan, gadis bertudung dan bertutup seperti Mardiyah ini tidak pernah
dipandang oleh Raqeem suatu ketika dahulu kerana bagi Raqeem gadis seperti ini
berfikiran kolot namun selepas bertemu dan berkawan dengan Mardiyah segala
persepsi dia sudah bertukar kerana dia tahu jika dia ingin berumah tangga,
gadis seperti Mardiyah yang akan di pilih.
“
Dah siap pun. Awak tak pergi makan ke?” tanya Mardiyah lantas mendongak
memandang wajah Raqeem.
Namun,
jantungnya seakan berlari pantas apabila anak mata mereka bertembung. Mardiyah
berdebar, Raqeem terkelu. Dia tertangkap kerana terlalu lama merenung wajah
gadis itu.
“
Kenapa pandang saya begitu?” Tanya Mardiyah selamba. Dia cuba meredakan debaran
di dalam hatinya.
Raqeem
melarikan pandangan ke tempat lain. Dia malu kerana ditegur oleh Mardiyah.
Itulah asyik sangat pandang anak dara orang, kan dah kantoi. Bisik hati
kecilnya.
“
Saja je tengok muka awak yang manis ni. Kalau saya balik rumah nanti tak boleh
tengok pulak.” Ujarnya memberi alasan.
“
Hah?” Mardiyah bingung. Berkelip- kelip matanya memandang Raqeem yang sudah
tersenyum simpul. Mardiyah masih tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh
Raqeem. Memang Mardiyah seorang yang lurus.
“
Tak ada apa- apalah. Saya pergi dulu. See
you later.” Ucap Raqeem sambil mengenyitkan mata dan melemparkan senyuman
yang menggoda.
Mardiyah
menelan air liur yang terasa pahit di kerongkong. Dia terasa seperti di awang-
awangan. Lelaki itu seakan menggodanya.
Mardiyah mengurut dadanya yang berdebar- debar namun akhirnya dia
tersenyum sendirian. Apa sudah jadi ini?
BAB 12
AMMAR
bersendirian di apartmentnya malam ini. Kebiasaannya Lydia selau datang melepak
di situ sambil berbual- bual kosong dengan Ammar. Tetapi sejak peristiwa dia
dicekup oleh pihak berkuasa, dia sudah tidak berani untuk menjemput Lydia ke
apartmentnya. Dia lebih senang berjumpa dengan kekasih hatinya itu di luar
daripada di apartment.
Ammar
merenung kosong siling rumahnya itu. dia benar- benar serabut saat ini apatah
bila memikirkan apa yang berlaku di pejabatnya tengah hari tadi. Rasa sakit
hati pada Mardiyah tidak pernah hilang walaupun gadis polos situ tidak
melakukan apa kesalahan kepadanya.
Apa
yang berlaku di pejabat tadi hanyalah untuk memuaskan hati dia sahaja.
Sebenarnya Ammar sengaja ingin menyeksa Mardiyah kerana jika gadis itu terseksa
dia dapat rasakan sakit hatinya terbalas. Oleh itu, dia jadikan Lydia sebagai
alasan untuk menyeksa isterinya itu. jika difikir dengan fikran yang waras,
perbuatan Ammar memang tidak patut tetapi api kemarahan yang marak dalam
dirinya tidak boleh padam setiap kali dia memandang wajah manis itu.
Ammar
mengeluh. Sampai bila sandiwara ini akan berakhir. Sampai bila dia harus
menyembunyikan pernikahan ini daripada pengetahuan Lydia dan orang lain.
Setakat ini hanya keluarga dia dan Mardiyah yang mengetahui wujudnya pernikahan
itu. dia mahu kisah dia dan Mardiyah ditamatkan dengan segera tapi bagaimana?
Setiap kali dia ingin melepaskan Mardiyah, dia teringat pada Datin Zarina yang
pernah merayu padanya agar tidak melepaskan gadis itu.
Dia
memejamkan mata buat seketika. Wajah Mardiyah terlayar ke ruang mindanya membuatkan
Ammar teringat perbualan dia dengan Datuk Zainal siang tadi.
“
PAPA tahu kamu benci sangat dengan Diya but
please jangan buat macam tu lagi. dia ada perasaan juga Am.” Ujar Datuk
Zainal.
Wajah
Ammar yang sedang duduk di atas sofa di pandang. Nasib baik dia datang tepat
pada waktunya, jika tidak memang tangan sasa Ammar hinggap di pipi Mardiyah.
“
Dia yang melawan Am papa. Memang patut Am tampar perempuan macam itu. perempuan
murah!” ucap Ammar penuh kebencian. Panasnya masih lagi beruap- ruap.
Datuk
Zainal mengelengkan kepalanya yang separuh beruban. Semakin tertekan dengan
sikap Ammar yang sangat membenci Mardiyah padahal gadis malang itu sudah sah
menjadi isterinya dua minggu yang lalu.
“
Am, tak baik cakap dia begitu. Walaupun kamu benci dia disebabkan peristiwa
itu, jangan kamu menghukum dia sampai macam ini sekali. Dia juga manusia biasa.
Kemarahan yang kamu tanamkan untuk Diya tidak akan bawa kamu ke mana- mana.
Ingat nak, kemaafan itu dendam yang cukup indah.” Nasihat Datuk Zainal sambil menepuk
lengan Ammar.
Ammar
mencebik. Hatinya tidak dapat menerima sebarang nasihat yang berkaitan dengan
Mardiyah. Dia benci dan itu keputusannya.
“
Am takkan maafkan dia pa. Am benci dia dan Am akan pastikan yang dia hidup
merana.” Ucap Ammar penuh perasaan.
Datuk
Zainal terkedu. Betul ke ini anak lelaki yang dia didik selama 27 tahun dengan
penuh ilmu agama? Ammar seakan tidak redha dengan takdirnya.
“
Am, jangan terlampau membenci Mardiyah, dia itu isteri Am..”
“
Am tak ada isteri. Dia bukan isteri Am.” Pintas Ammar dengan tegas. Tangannya
disilangkan.
“
Astaghfirullah al azim, cuba bawak mengucap Am, kamu jangan cuba menentang apa
yang telah ditetapkan untuk kamu. Mungkin Mardiyah jodoh terbaik yang telah
ditetapkan oleh ALLAH untuk kamu. Jika ikutkan hati papa, memang papa marah
dengan apa yang berlaku dalam keluarga kita tapi papa tahu semua yang berlaku
ini ada sebab dan hikmahnya. Papa percaya yang kamu tidak akan melakukan
perkara yang akan merosakan hidup orang lain sebab itulah papa anggap apa yang
jadi pada kamu hanya kemalangan. Kalau papa boleh terima ini dengan hati yang
terbuka, kenapa kamu tak boleh terima Mardiyah dalam hidup kamu?” tanya Datuk
Zainal serius. Dia mahu tahu alasan anak sulunngnya itu.
Mata
Ammar direnung dalam. Anak mata coklat
itu sememangnya sarat dengan kebencian bila nama Mardiyah disebut.
“
Tapi hati Am sakit pa, sakit sangat bila tengok muka dia. Memang Am tahu Am
dengan dia tak bersalah tapi jika pada malam itu dia tak datang kat bilik Am,
Am tak kena cekup dengan dia.” Luah Ammar.
Wajah
Datuk Zainal dipandang. Dia meraup rambut kebelakang. Dia benar- benar tertekan
sekarang ini.
“
Cuba Am fikir bukankah Am yang mintak supaya Diya hantarkan laporan itu dalam
bilik kamu. Maknanya dia dah buat apa yang kamu arahkan dan kamu tidak boleh
terus- terusan menyalahkan dia dan membenci dia hingga memberi kesan pada
prestasi kerja kamu. Am sendiri jelas dengan apa yang berlaku pada malam itu
kan?” Balas Datuk Zainal pula cuba menyedarkan Ammar.
Ammar
terdiam. Hanya tangannya yang bergerak memintal tali lehernya yang telah
ditanggalkan.
“
Papa nak kamu tahu sesuatu, ayah Diya dah meninggal dunia pada malam kamu kena
tangkap. Sekarang ini Diya dah jadi anak yatim dan sebagai suami sepatutnya
kamu membela nasib dia bukan mengabaikan dia sampai begini. Kamu tahu kan apa
hukumnya tidak menunaikan tanggungjawab kamu sebagai suami? Berdosa Am apatah
lagi bila kamu biarkan isteri kamu bergaul bebas dengan lelaki yang bukan
muhrim dia.” Sambung Datuk Zainal selepas tiada balasan daripada Ammar. Dia
yakin sedikit sebanyak Ammar termakan juga dengan kata- katanya. Cuma cepat
atau lambat yang menentukannya.
Ammar
sedikit terkejut bila mengetahui Mardiyah sudah kehilangan ayah. Baharu
sekarang dia tahu. Patutlah gadis itu tidak datang kerja selama seminggu
rupa-rupa ayahnya meninggal. Timbul sedikit rasa simpati dalam diri Ammar namun
cepat- cepat dikikis.
“
Am takkan bertanggungjawab papa. Am tak rela dia jadi isteri Am, bila sampai
masanya nanti Am akan ceraikan dia. Selepas itu Am akan kahwin dengan Lydia.”
Ucap Ammar selamba tanpa menghiraukan air muka papanya yang berubah.
“
Kamu nak kahwin dengan Lydia? Kamu dah fikir masak- masak ke?” tanya Datuk
Zainal.
“
Of course papa. Hubungan Am dengan
Lydia dah nak masuk tiga tahun takkan Am nak sia- siakan macam itu je.” Jawab
Ammar. Kali ini dia benar- benar serius tapi kenapa di dalam hatinya seperti
tidak yakin dengan apa yang dituturkan. Namun rasa itu hilang dengan sendirinya.
“
Betul kamu cintakan Lydia?” Tanya Datuk Zainal sambil memandang tepat ke mata
hazel milik anaknya itu. mata yang diwarisi daripada isterinya Datin Zarina.
Ammar
mengangguk.
Datuk
Zainal tersenyum sinis. Dia tahu Ammar memang tidak berani untuk mengakui
cintanya pada Lydia kerana setahu Datuk Zainal, Ammar akan pasti kelu bila
ditanya soal cinta.
“
Papa nak dengar sendiri dari mulut kamu. Cakap yang kamu cintakan Lydia.” Pinta
Datuk Zainal sekadar menguji.
“
Apa papa ni. Betullah Am cin…” ayat Ammar tergantung. Dia menelan luir beberapa
kali. Dia cuba untuk mengulangi kata- kata itu tapi lidahnya seperti beku.
Kenapa ya?
“
Papa dah agak kamu pasti tak dapat mengungkapkannya sebab papa yakin Lydia
bukan cinta sejati kamu.” Ujar Datuk Zainal tersenyum.
Dia
yakin jodoh Ammar bukan Lydia. Mungkin orang lain dan tak mustahil orang lain
itu adalah Mardiyah.
“
Tak papa. Am yakin dia akan jadi isteri Am.” Tutur Ammar bersungguh- sungguh.
“
Baiklah kalau macam itu cakap pada papa yang kamu cintakan dia.” Uji Datuk
Zainal lagi.
Namun,
lidah Ammar tetap tidak boleh menyebut perkataan itu. Dia buntu.
AMMAR
tersedar daripada lamunan bila laungan azan Isyak sudah berkumandang di masjid
berhampiran dengan apartmentnya. Dia meraup muka yang kelesuan. Dia mengeluh
seketika bila pertanyaan Datuk Zainal menerjah ruang fikirannya.
‘Betul
ke aku cintakan Lydia?’ tanya Ammar pada diri sendiri.
Namun
soalan itu tidak dapat dijawab oleh dirinya sendiri. Ammar masih keliru dengan
perasaannya sendiri. Hampir tiga tahun dia berpacaran dengan Lydia tapi belum
pernah sekali pun dia melafazkan kata cinta buat wanita itu. Sehinggakan Lydia
sendiri marah dengan sikap Ammar itu yang dianggap tidak romantik.
Tapi
Ammar bukan peduli semua itu kerana baginya dia berpacaran dengan Lydia kerana
tidak mahu mamanya terus mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga dengan
perempuan yang dipilih oleh mamanya. Dengan kehadiran Lydia, Datin Zarina tidak
lagi banyak soal. Itu sahaja yang difikirkan oleh Ammar tetapi kali ini dia
benar- benar terperangkap apabila terpaksa menikahi Mardiyah. Wanita yang tidak
pernah dibayangkan untuk menjadi suri hidupnya.
Ammar
mengeluh lagi. akhirnya dia bingkas dan menuju ke biliknya untuk bersolat.
sedih....best....nak n3 lagi ye..
ReplyDeleteok..:-)
Delete