BAB 7
MARDIYAH
menarik nafas lega apabila laporan yang di minta oleh Ammar siap sepenuhnya.
Masih kedengaran suara Ammar yang tegas meminta supaya dia menyiapkan laporan
minit mesyuarat itu secepat mungkin dan perlu dihantar pada lelaki itu sebelum
tengah malam.
“
Saya tak kira macam mana awak nak siapkan laporan itu, apa yang saya tahu saya
nak laporan itu awak hantar ke bilik saya sebelum tengah malam ini,” arahan
Ammar bagai terngiang di telinga Mardiyah membuatkannya mencebik benci.
“
Dia ingat aku ni robot agaknya nak kena buat itu dan ini dengan cepat. Dahlah
tak ada printer macam mana aku nak print report ni. Kalau aku tulis tangan
nanti dia cakap tulisan aku tak cantik. Cerewet betul mamat tu. Ah, aku hantar
guna pen drive ni jelah. Kalau dia
nak ke tak nak ke lantak dia,” bebel Mardiyah sendirian.
Lantas,
dia menarik pen drive tersebut dan
menutup komputer ribanya. Beberapa dokumen lagi dicapai untuk diserahkan kepada
Ammar. Buat seketika dia menjeling ke arah jam yang berada di pergelangan
tangan. Sudah hampir pukul 11 malam. Entah tidur ke belum majikannya itu.
Mardiyah
berdiri di hadapan pintu bilik Ammar. Dia berasa serba salah untuk mengetuk
pintu tersebut memandangkan hari sudah lewat malam dia risau jika kedatangannya
menganggu waktu lelaki itu. Tapi dia jugak yang nak aku hantar laporan ini,
bisik hatinya.
Lalu
Mardiyah cekalkan hati untuk mengetuk pintu bilik yang berwarna coklat itu.
Nafas ditarik sedalamnya apabila tiada jawapan dari dalam bilik Ammar. Ke mana
pula dia ni pergi? Hatinya tertanya. Lantas sekali lagi Mardiyah mengetuk pintu
namun hampa. Tiada jawapan.
Tanpa
berfikir panjang Mardiyah memulas tombol pintu yang tidak berkunci. Dengan rasa
berdebar dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut walaupun di satu sudut
yang lain hatinya rasa gelisah. Pintu itu dibiarkan terbuka sedikit.
Mardiyah
memandang ke kiri dan kanan namun kelibat Ammar tidak kelihatan.
“
Assalamualaikum. Encik Am kat mana?” laung Mardiyah agak kuat cuba mencari
bayang Ammar di balkoni tetapi batang hidung pun tiada.
Serentak
Mardiyah berpaling namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ammar yang
berdiri di hadapannya dengan hanya memakai tuala menutupi tubuhnya. Dengan
pantas Mardiyah menutup mata dan berpaling membelakangkan lelaki itu.
Jantungnya berdebar tidak menentu.
“
Siapa suruh kau masuk bilik aku hah?” soal Ammar sedikit garang. Dia mengelap
rambutnya dengan menggunakan tuala yang
dibalut pada tubuhnya yang sasa.
“
Sa…sa..ya dah ketuk bilik encik banyak kali tapi encik tak jawab. Saya hanya
nak hantar laporan minit mesyuarat yang encik mintak dan profil syarikat yang
encik saya minta carikan tu. Saya tak tahu yang encik tengah mandi,” ujar
Mardiyah sedikit tergagap. Dia cuba meredakan debaran di dalam dada. Melihat
keadaan Ammar separuh siap cukup membuatkan dia gelisah.
Ammar
hanya merengus. Dia memandang gadis bertudung hitam itu dari atas ke bawah.
“
Mananya laporan tu?” tanya Ammar.
“
Err, tapi terlebih dulu saya nak mintak maaf sebab saya tak sempat nak print jadi laporan tu saya ada savekan dalam pen drive ni. Saya harap encik tak kisah,” Mardiyah cuba
memberanikan diri untuk berdiri berhadapan dengan Ammar. Namun, pandangannya
ditundukkan ke lantai cuma tangannya sahaja yang menghulurkan pen drive dan juga beberapa helai
dokumen.
Ammar
menyambut huluran tersebut. Buat seketika dia menjeling pada Mardiyah yang
sedang menundukkan wajah. Dia tersenyum dalam hati. Pasti gadis itu malu
melihat keadaannya yang tidak berbaju hanya tuala membaluti tubuhnya. Itulah
datang masa aku tengah mandi, padam muka kau. Detik hati Ammar.
Selepas
membelek dokumen tersebut Ammar mendongak memandang wajah Mardiyah yang masih
lagi tertunduk. Lantas dia meletakkan dokumen tersebut di atas katil.
“
Semuanya okey, laporan tu aku check
kemudian. Sekarang dah tak ada apa-apa you
can go now,” ucap Ammar sambil berpeluk tubuh.
Mardiyah
menarik nafas lega. Dia tersenyum nipis lantas mengorak langkah untuk keluar
daripada bilik itu. Sewaktu dia ingin memulas tombol pintu kedengaran suara
asing memberi salam. Mardiyah berpandangan dengan Ammar yang kelihatan cuak.
Dia menelan air liur. Siapa?
“ASSALAMUALAIKUM…”
kedengaran suara lelaki memberi salam luar daripada bilik Ammar.
Dengan
jantung yang berdegup kencang, Ammar menarik lengan Mardiyah lantas membuka
pintu dan saat pintu itu terkuak, kelihatan lima orang lelaki berkopiah putih
berdiri di hadapan Ammar yang sedang berdiri kaku. Mindanya tidak dapat
mentafsir apa yang sedang berlaku.
“
Wa’alaikummusalam. Ada apa encik?” tanya Ammar gugup. Berpeluh dahinya menahan
rasa gementar. Sedangkan Mardiyah hanya diam kaku di belakang Ammar.
“
Maaf encik kerana menganggu, kami dari JAIP ingin membuat pemeriksaan dalam
bilik ini. Mana tahu kalau- kalau ada perkara yang tak elok berlaku. Boleh kami
masuk?” tanya pegawai agama yang bernama Ustaz Khairi itu dengan sopan selepas
menunjukkan kad kuasa yang berada di tangannya.
Ammar
serba salah. Bukan kerana dia bersalah tetapi di dalam biliknya sekarang ada
seorang gadis yang bukan muhrimnya dan itu boleh menimbulkan syak kepada
pegawai agama itu. Ammar buntu.
“
Saya rasa encik tak perlulah buat pemeriksaan sebab tiada apa yang mencurigakan
pun di sini.” Jelas Ammar cuba membuat alasan. Dia risau jika tertangkap memang
hancur hidupnya.
Ustaz
Khairi tersenyum. Dia mula mengesyaki sesuatu kerana daripada butir bicara anak
muda ini nampak sangat cuba melindungi sesuatu.
“
Dah nama pun pemeriksaan encik, jadi dah jadi tugas kami untuk membuat
pemeriksaan. Semua bilik kami dah check dan
sekarang giliran bilik encik pula. Sila beri kerjasama dengan kami atau encik
ada sembunyikan sesuatu.” Ustaz Khairi menduga.
Namun,
Ammar berkeras untuk tidak membenarkan Ustaz Khairi dan anak buahnya masuk. Tidak
dapat tidak Ustaz Khairi terpaksa merempuh Ammar yang berdiri bagi di muka
pintu bagi menghalang Ustaz Khairi. Dia melakukan semua itu kerana terpaksa
bagi menyelamatkan keadaan tapi ternyata keadaan menjadi lebih buruk bila Ustaz
Khairi melihat Mardiyah yang berdiri di belakang Ammar.
“
Siapa perempuan ini? Isteri kamukah?” tanya Ustaz Khairi sinis.
Ammar
terperangkap. Dia menjatuhkan muka akibat malu kerana rahsianya sudah pecah.
“
Saya tanya perempuan ini isteri kamu atau bukan?” Ustaz Khairi mengulang
pertanyaannya buat kali kedua tapi kali ini kedengaran lebih serius.
Lambat-
lambat Ammar mengelengkan kepalanya. Dia tidak tahu harus di mana lagi hendak
dia letakkan mukanya. Malu hanya ALLAH yang tahu.
“
Bukan encik. Dia setiausaha saya.” Jawab Ammar lemah.
“
Jadi ini yang kamu cuba sembunyikan dari saya. Kamu dah buat kesalahan yang
paling berat kamu tahu tak? Berdua-duaan tanpa ikatan boleh menimbulkan syak.
Kamu ingat dia setiausaha kamu, kamu boleh buat dia macam bini. Kamu tahu tak
zina itu hukumnya dosa besar? Apa kamu tak takut pada ALLAH?” Ustaz Khairi mula
berceramah. Dia mengelengkan kepala melihat pasangan muda itu yang sedang
tertunduk. Matanya beralih pada gadis bertudung hitam yang berdiri di belakang
pemuda itu. Kelihatan gadis itu menangis.
“
Tak guna kamu menangis kalau kesalahan itu datang dari kamu sendiri. Sia- sia
kamu menutup aurat kalau maruah diri tak boleh nak dijaga. Kalau dah kemaruk
sangat kenapa tak kahwin je.” Sambung Ustaz Khairi lagi.
Panas
juga hatinya melihat umat Islam sekarang mengambil remeh soal agama.
Bersekedudukan tanpa ikatan yang sah sudah menjadi trend masyarakat pada zaman
moden ini. Sudah lupakah pada azab yang dijanjikan oleh ALLAH jika bergelumang
dengan maksiat ini. Sungguh Ustaz Khairi tidak akan memaafkan pada sesiapa yang
tertangkap jika melakukan maksiat terutama sekali berkhalwat seperti yang
berlaku kepada pasangan muda ini.
“
Tapi encik saya dengan dia tak buat apa-apa pun. Saya boleh jelaskan apa yang
berlaku sekarang ini tapi tolong jangan tuduh kami buat perkara yang tak
senonoh itu.” Rayu Mardiyah. Air matanya sudah lebat membasahi pipi. Dia tidak
sanggup mendengar tuduhan yang keluar daripada mulut Ustaz Khairi.
Ustaz
Khairi memandang anak buahnya yang lain. Mereka merupakan saksi pada malam
itu. pembantu Ustaz Khairi mengangguk
memberi tanda supaya Ustaz Khairi membenarkan gadis itu membuat penjelasan
sebelum sebarang tindakan diambil.
“
Baiklah apa alasan kamu?” tanya Ustaz Khairi. Suaranya kembali mendatar.
“
Kami tak bersalah encik dan saya datang ke bilik majikan saya atas urusan
kerja. Saya cuma hantarkan laporan itu sahaja. Saya dan dia tak buat perkara
seperti yang encik sebutkan itu.” jelas Mardiyah bersungguh-sungguh. Dia
berharap dengan penjelasannya itu segalanya akan selesai.
Ustaz
Khairi tersenyum sinis. Sedikit pun kata- kata gadis itu tidak boleh
dipercayai. Sudah hampir berbelas tahun dia bekerja di jabatan agama dan lebih
beribu alasan yang dia terima dan alasan yang digunakan oleh gadis itu bukan
alasan yang baharu.
“
Awak ada saksi?”
Pertanyaan
itu tidak mampu dijawab oleh Mardiyah mahu pun Ammar. Mereka diam membisu.
“
Dengan keadaan encik ini yang separuh siap dan keadaan awak yang yang tidak
mampu mengemukakan saksi atas alasan awak tadi, saya boleh simpulkan yang awak
berdua bersalah kerana berdua- duaan dalam bilik yang sunyi tanpa ikatan yang
sah dengan keadaan yang mencurigakan. Sila berikan kad pengenalan dan ikut kami
ke balai.” Putus Ustaz Khairi.
Ternyata
kata- kata itu umpama halilintar buat kedua-dua insan itu. Ammar tergamam
manakala Mardiyah hanya mampu menangis dia atas kesalahan yang tidak pernah dia
lakukan. Tiada apa yang boleh dia lakukan untuk membela diri lagi. Dia
memandang Ammar yang memandangnya dengan pandangan yang sarat dengan kebencian.
“
Ini semua salah kau. Kau yang harus bertanggungjawab!” bisik Ammar dengan nada
yang kasar. Bahasanya sudah bertukar dengan serta merta.
Mardiyah
terkedu saat itu. kesalahan itu diletak atas bahunya. Apa yang harus dikatakan
pada ayah dan ibunya nanti?
BAB 8
“
SAYA minta maaf datuk, tak ada apa- apa yang boleh saya lakukan lagi. memang
anak datuk bersalah kerana berdua- duaan dalam bilik tanpa ada mahram yang
boleh dijadikan saksi. Alasan yang diberikan juga tidak boleh diterima akal.
Memang datuk cakap mereka ke situ atas urusan kerja tapi itu tidak bermakna
mereka boleh berdua-duaan hingga boleh mendatangkn fitnah dan syak.” Ujar Ustaz
Khairi memberi penjelasan pada Datuk Zainal dan Datin Zarina.
Datuk
Zainal mengeluh. Sementara Datin Zarina tidak kering air mata mengenangkan apa
yang berlaku pada anak sulungnya itu. Satu kenyataan yang tidak dapat diterima
apabila anak yang menjadi kebanggaannya telah ditangkap basah dengan seorang
gadis yang dikenalinya. Sungguh Datin Zarina malu untuk berhadapan dengan
masyarakat nanti apatah lagi dengan kawan- kawannya bila mendapat tahu Ammar
ditangkap basah.
“
Saya malu ustaz, saya tak sangka anak saya akan buat perkara itu. Saya tak tahu
apa lagi yang boleh saya lakukan saat ini.”
“
Saya pun tak tahu nak cakap apa. Selama ini Mardiyah tak pernah buat perkara
yang tak senonoh seperti ini. Saya kenal benar dengan anak saudara saya tu. nak
cakap dengan lelaki pun dia malu- malu itu yang saya tak percaya dengan apa
yang berlaku.” Sampuk Pak Din, bapa saudara Mardiyah.
Pak
Din tidak menyangka panggilan yang diterima lewat malam itu mendatangkan bala
buat keluarga adiknya. Selepas menerima telefon daripada Kamariah yang
mengatakan bahawa anak saudaranya telah ditangkap basah dengan majikannya di
Kuantan. Dengan tergopoh gapah dia memandu dari Kuala Terengganu ke Kuantan.
Dia terpaksa menjadi wakil Yasir selaku ayah Mardiyah kerana adiknya itu
diserang sakit jantung sebaik sahaja mendapat berita ini. Entah apa nasib
adiknya sekarang.
“
Hanya satu yang saya dapat cadangkan di sini untuk menutup malu keluarga datuk
dan Encik Din sekarang ini. Tapi saya tidak tahu sama ada cadangan ini akan
diterima oleh anak- anak encik atau tak..” Ustaz Khairi bersuara mematikan lamunan
Pak Din.
“
Apa dia ustaz? Kami akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan maruah keluarga
kami.” Pak Din membalas sambil Datuk Zainal mengiyakan.
Ustaz
Khairi tersenyum.
“
NO way papa, Am tak setuju dengan apa
yang papa cakapkan itu. Am tak nak kahwin dengan dia. Am tak bersalah!” tegas
Ammar.
Dia
berpeluk tubuh. Dia tidak akan sesekali menerima cadangan papanya supaya
mengahwini Mardiyah bagi menutup aib yang telah dilakukannya. What the hell? Cuit dia pun tidak,
takkan aku nak kena kahwin pulak. Batin Ammar menjerit.
Mardiyah
tidak berkata apa- apa dia hanya diam di samping Pak Din namun air matanya
tidak berhenti mengalir saat melihat mama Ammar. Dia tidak sangka Datin Zarina
yang dikenalinya minggu lepas di rumah Nur Cahaya adalah mama kepada Ammar.
Terasa ingin pengsan dengan kejutan yang diterimanya saat itu. terasa tebal
mukanya saat berhadapan dengan wanita yang dihormati olehnya itu.
“
Am, papa minta sangat dengan kamu sekarang ini tolong ketepikan ego kamu itu
dan fikir pasal keluarga kita. Pasal nama baik papa dan mama. Papa tak sangka
kamu boleh buat kerja kotor ni dan sekarang papa nak kamu bertanggungjawab
dengan apa yang berlaku.” Tegas Datuk Zainal.
Datuk
Zainal tahu jika dia tidak bertegas dengan anaknya itu, Ammar tidak akan
mengikuti kata- katanya kerana Ammar memang seorang yang keras kepala dan
kadang- kadang dia akan lakukan hanya mengikut kata hati sahaja tanpa memikir
baik buruknya.
Bilik
itu sunyi sepi. Tiada siapa yang bersuara. Masing- masing hanya mendiamkan
diri. Ammar semakin tertekan dengan permintaan Datuk Zainal yang dianggap
keterlaluan. Jika dia bernikah dengan Mardiyah, apa yang hendak dijawab pada
Lydia nanti. Pada rakan perniagaan yang lain. Ini semua salah Mardiyah, jika
gadis itu tidak datang ke biliknya pasti semua ini tidak akan terjadi. Dia
benci Mardiyah. Benci sebenci-bencinya.
“
Saya merayu pada awak Ammar tolong nikahi Mardiyah. Saya tak mahu dia dijadikan
bahan cacian nanti. Memang saya marah atas apa yang dia lakukan ini kerana
perbuatannya ini telah memalukan kami sekeluarga tapi tolong jangan tambahkan
malu kami dengan membiarkan perkara ini tidak diselesaikan.
Saya
tahu Ammar sekeluarga orang berada, tidak ada orang yang berani bercakap- cakap
pasal apa yang berlaku ini tapi bagi kami orang yang hidup dengan serba
kekurangan apa yang penting bagi kami adalah maruah dan harga diri. Saya tak
minta banyak Cuma tolong nikahi Mardiyah hari ini juga.” Pinta Pak Din penuh
diplomasi. Jika diikutkan hatinya yang mendidih dengan sikap Ammar yang
mengambil remeh soal maruah, memang teruk dia belasah anak muda itu namun
kekerasan tidak membawa ke mana.
“
Pak Long, kalau Encik Ammar tak bersetuju tak payahlah paksa. Diya tak kisah
kalau Diya tak kahwin pun, Diya sanggup bayar denda itu pak long. Diya sanggup
pergi jauh dari keluarga kita asalkan ayah dan ibu tidak dicaci.” Ujar Mardiyah
lemah. Air matanya sudah tidak henti- henti mengalir.
Dia
bertambah hiba bila mendapat tahu ayahnya tengah sakit tenat akibat terkejut
dengan apa yang berlaku. Memang perkara yang berlaku ini memberi impak yang
besar pada keluarga mereka tambahan lagi ayah Mardiyah merupakan bilal di
kampungnya. Tentu ayahnya malu besar bila mendapat tahu anak gadis yang
disayanginya di tangkap basah di tengah malam.
“
Ya memang kau yang patut bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Aku tak ingin
nak nikah dengan perempuan macam kau ni. Kau tahu tak?” Ammar bersuara tiba-
tiba menyentakkan mereka yang berada di situ.
Datin
Zarina terkejut dengan bahasa yang digunakan anaknya itu. sungguh kasar. Tidak
seperti selalunya.
“
Am, kenapa cakap macam itu. Kalau kamu menyalahkan Diya pun tiada gunanya juga
sebab perkara ini dah berlaku. Mahu atau tidak kamu mesti bertanggungjawab.
Anggap sahaja ini pengorbanan yang kamu lakukan untuk keluarga kita.” Datin
Zarina mula bersuara. Dia perlu menyedarkan anak lelakinya itu supaya tidak
terus hanyut dengan perasaan benci pada Mardiyah. Ammar perlu bersikap matang
dan rasional.
“
Tapi mama Am tetap tak mahu kahwin dengan dia. Am tak nak perjudikan hidup Am
dengan hidup dengan perempuan ni.”
Ammar
tetap dengan pendiriannya. Dia memandang wajah Mardiyah yang tertunduk. Rasa
benci makin meresap ke dalam jiwanya saat melihat wajah sendu gadis itu. rasa
ingin dibunuh sahaja wanita yang telah menghancurkan masa depannya itu.
“
Am, mama tak nak dengar apa-apa alasan lagi daripada kamu. Keputusan mama
muktamad kamu harus kahwin dengan Mardiyah malam ini juga. Tolong buang sifat
pentingkan diri kamu itu dan cuba fikirkan maruah keluarga kita. Ini bukan
perkara kecil tapi ia melibatkan maruah dan harga diri kita.” Ucap Datin
Zarina.
Dia
tidak akan memberikan Ammar peluang untuk lari dari tanggungjawab lagi. Pak Din
dan Datuk Zainal sekadar menjadi pemerhati Datin Zarina dan Ammar.
Ammar
mengeluh berat. Dia tiada pilihan tetapi itu bukan beerti dia kalah pada
pujukan Datin Zarina kerana dia ada agenda dia yang tersendiri.
“
AM dah gila ke? Am tahu tak apa yang Am buat ni akan mengeruhkan lagi keadaan.”
Datin Zarina gelisah dengan keputusan Ammar yang dianggap gila.
“
Mama nak Am kahwin dengan perempuan ni, Am dah kahwin. Sekarang Am tak nak
tinggal dengan dia ataupun tengok muka dia dalam rumah kita. Am menyampah
dengan perempuan yang dah hancurkan hidup Am ni,” jawab Ammar selamba tanpa
sedikit pun memandang wajah Mardiyah yang basah dengan air mata.
Mardiyah
menangis teresak- esak. Sungguh pilu hatinya bila hidupnya diperkotak- katikkan
oleh lelaki itu. Dia sendiri tidak redha dengan pernikahan itu tetapi dia tidak
berdaya untuk merubah apa yang telah tersurat untuknya. Hanya kepada ALLAH dia
meletakkan segala harapan bila takdir telah mempermainkan hidupnya.
“
Astaghfirullah al azim Am, cuba bawak mengucap. Ingat ALLAH nak, ingat ALLAH.
Kamu harus terima takdir hidup kamu dengan redha. Diya dah jadi isteri kamu dan
dia harus sentiasa berada di sisi kamu,” Suara Datin Zarina lembut. Dia akan
cuba sedaya mungkin bagi menghalang Ammar daripada melakukan perkara yang buka-
bukan.
“Kalau
kamu benci pada Diya, kamu lepaskan dia,” sambung Datin Zarina tiba- tiba
membuatkan Ammar berpaling memandang mamanya. Satu senyuman sinis dilemparkan.
Tanpa
membalas percakapan Datin Zarina, Ammar menapak ke hadapan Mardiyah. Direnung
wajah gadis yang amat dibenci itu sedalamnya. Dia harus membalas segala
perbuatan gadis itu. Dia tidak akan memberikan gadis itu hidup dengan bahagia.
“
Aku nak kau tahu yang aku amat benci pada kau dan aku tak mahu kau jadi
sebahagian daripada hidup aku tapi aku takkan lepaskan kau. Melihat penderitaan
kau adalah keutamaan aku sekarang. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa perempuan
tak guna. Kalau kau fikir kau boleh perangkap aku dengan idea bodoh kau tu, kau
silap besar. Kau terimalah padahnya!”
Tajam
kata- kata Ammar menusuk jantung Mardiyah menambah luka di hari Mardiyah yang
ternyata terluka. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia tidak dapat
membalas kata- kata Ammar yang cukup tajam bagaikan belati membelah
sanubarinya. Lidahnya bagaikan kelu.
“
Am, apa yang merepekkan ni, terimalah kenyataan nak. Kalau kamu terus bersikap
seperti ini masalah takkan selesai,” pujuk Datin Zarina
“
Keputusan Am muktamad mama. Kalau mama boleh terima perempuan ni tapi tidak Am.
Am takkan ceraikan dia tapi itu tidak bermakna Am akan terima dia sebagai
isteri Am. Dia dah hancurkan hidup Am dan Am takkan sesekali memaafkan dia. Am
harap mama rahsiakan perkahwinan ni daripada sesiapa pun terutama Lydia. Kalau
ada siapa yang tahu, mama tahulah nasib perempuan tak guna ni,”ugut Ammar.
Ammar
sudah membuat kata putus. Tanpa menunggu lama dia beredar dari situ dengan hati
yang membengkak. Dia benci perempuan itu. cukup benci.
“
Baiklah Am mama terima.” Ucap Datin Zarina walaupun kelibat anaknya telah
hilang daripada pandangan.
Datin
Zarina mengangkat wajah Mardiyah yang basah dengan air mata. Dia tersenyum
dalam kepayahan kerana yang nyata dia juga turut mengalirkan air mata melihat
penderitaan yang diciptakan oleh anaknya pada gadis lurus seperti Mardiyah. Dia
menyeka air mata gadis itu yang tidak pernah henti- henti mengalir.
“
Diya jangan risau mama ada. Jangan ambil hati dengan kata- kata Ammar dia
tengah marah tu. Bila semua dah reda mama pasti dia akan terima Diya” Pujuk Datin Zarina.
Mardiyah
cuba menenangkan dirinya sendiri tetapi panggilan daripada Pak Din mengejutkan
Mardiyah yang sedang hanyut dengan perasaan sedihnya.
“
Diya, kita kena balik sekarang, ayah kamu..ayah kamu..” Pak Din tidak dapat
meneruskan ayatnya. Terasa berat untuk menyampaikan berita itu kepada anak
saudaranya itu.
“
Kenapa dengan ayah pak long? Kenapa?” tanya Mardiyah gelisah.
Pak
Din memejamkan mata cuba mencari kekuatan agar dapat menjelaskan perkara itu
pada Mardiyah.
“
Ayah kamu dah..”
“
Apa pak long? Jangan buat Diya tertanya- tanya begini.” Gesa Mardiyah dengan
air mata yang merembes laju.
“
Ayah kamu dah tak ada Diya, ayah kamu dah meninggal!”
Ternyata
kata- kata Pak Din tadi membuatkan dunia Mardiyah jadi gelap gelita. Dia dapat
rasakan hanya dia seorang yang berada di situ. Dunia bagaikan berhenti berputar
bila mengetahui bahawa ayah kesayangannya telah dijemput Ilahi. Terbayang- bayang
wajah tua si ayah yang menanti kepulangannya di muka pintu. Tetapi tiba- tiba
wajah itu semakin menghilang dan menghilang.
“
Ayah!” jerit Mardiyah sebelum dia jatuh
terjelepok di lantai.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.