BAB 17
MARDIYAH
pelik melihat kereta Marcedes berwarna hitam berhenti di hadapannya ketika dia
sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah. Kebetulan ketika ini hanya dia
seorang sahaja di perhentian bas itu. Kegelisahan mula melanda bila tuan punya
kereta menurunkan cermin kereta.
‘
Datuk Hasyim?’ hati kecilnya berbisik penuh dengan tanda tanya.
Datuk
Hasyim keluar daripada kereta dengan membawa sejambang bunga ros yang disembunyikan
di belakangnya. Dia menghampiri Mardiyah yang ayu bertudung litup. Gadis itu
kelihatan gelisah.
“
Hai Diya, lama kita tak jumpa. Rindu betul I kat you.” Tegur Datuk Hasyim tanpa
segan silu.
Mardiyah
hanya diam membisu. Dia tidak mahu melayan kerenah Datuk Hasyim yang cukup
membuat Mardiyah meluat.
“
You tunggu teksi ke?” tanya Datuk Hasyim lagi. dia masih tidak berputus asa
untuk membuat Mardiyah membuka mulut.
Mardiyah
hanya mengangguk.
“
Kalau begitu marilah I hantarkan you. I tak kisah kalau nak hantar gadis
secantik you ni.” Datuk Hasyim mula mengayat.
Perlahan-
lahan dia mengeluarkan jambangan bunga yang disorokkan di belakang dan
dihulurkan kepada Mardiyah. Ternyata Mardiyah terkejut besar bila melihat
jambangan bunga itu sama dengan jambangan yang dia dapat sebelum ini.
Mardiyah
keliru. Tak mungkin selama ini bunga yang dia terima datangnya daripada Datuk
Hasyim? Kenapa dan untuk apa?
“ Apa semua ini datuk? Saya tak faham.”
Mardiyah bertanya.
Datuk
Hasyim tersenyum menggoda.
“
I harap you dapat terima bunga ini daripada I. sebenarnya I dah lama sukakan
you cuma you je jual mahal. I tahu kebanyakan bunga yang I kirimkan, semuanya
you buang sebab you tak terima bunga dari orang yang you tak kenal tapi
memandangkan sekarang ini you dah tahu, I
hope you like it.” Ujar Datuk Hasyim dengan senyuman yang lebar.
Dia
yakin Mardiyah tidak akan menolak dia kali ini. Tambahan dia tahu sangat semua
jenis perempuan jika ditabur dengan duit pasti akan cair.
“
Saya harap datuk jangan salah faham tapi saya memang tak dapat terima pemberian
datuk ini. Saya rasa datuk salah kalau datuk fikir saya akan terima semua
pemberian datuk saya bukan jenis perempuan macam itu.” jelas Mardiyah.
Lantas
Mardiyah berdiri. Bunga yang dihulurkan tidak diendahkan langsung. Dia bukan perempuan
murahan. Dia cuba untuk tidak mengendahkan kehadiran Datuk Hasyim ketika ini.
Hatinya rasa gelisah seperti benda buruk yang akan berlaku. Dia berisghtifar di
dalam hati.
“
Tapi I ikhlas nak kenal dengan you dengan lebih dekat lagi. I jatuh hati pada
you sejak I tengok you buat kali pertama. Maybe
it was love at the first sight.” Ujar Datuk Hasyim bersungguh- sungguh.
Kata-
kata itu membuat Mardiyah ketawa sinis. Dasar lelaki semuanya menggunakan ayat
yang manis padahal itu semua racun yang berbisa.
“
Mungkin ayat itu datuk boleh guna untuk perempuan lain tapi bukan saya. Macam
mana kalau isteri- isteri datuk tahu apa yang datuk lakukan ini. Pasti mereka
kecewa.” Tutur Mardiyah sambil berpeluk tubuh.
“
Tapi I sanggup ceraikan isteri I kalau you sanggup jadi isteri I. I serius Diya
memang I sukakan you.” Ucap Datuk Hasyim separuh merayu.
Dia
tidak akan lepaskan Mardiyah kali ini. Hatinya telah terpaut bila melihat wajah
yang menenangkan hati itu sejak kali pertama dia melihat Mardiyah bekerja di
Hotel Saga. Bermacam cara dia gunakan untuk mendekati Mardiyah namun satu pun
tidak dilayan. Ternyata sikap jual mahal Mardiyah membuatkan Datuk Hasyim makin
berkobar- kobar untuk memiliki gadis genit itu.
“
Astaghfirullah al azim datuk. Kalau datuk sanggup ceraikan isteri- isteri datuk
pun saya takkan pernah setuju untuk menerima datuk. Saya dah anggap datuk ni
macam ayah saya takkan datuk tergamak hendak memperisterikan saya. Tolonglah
jangan tambah masalah saya datuk.” Pinta Mardiyah.
Datuk
Hasyim menghampiri Mardiyah dan tanpa segan silu tangan Mardiyah diraih
membuatkan Mardiyah terkejut besar dan dengan pantas tangannya direntap. Dia
tidak akan benarkan sesiapa menyentuhnya sebarangan.
“
Apa ini datuk?! Datuk carilah orang lain dan jangan kacau saya lagi.” bentak
Mardiyah geram.
Datuk
Hasyim sudah melampui batas. Dah tua bukannya nak buat ibadah banyak- banyak
tapi ini asyik nak kacau anak dara orang. Mardiyah membebel dalam hati. dia
berharap agar ada orang yang dapat menolongnya ketika ini.
“
Tapi I sanggup bagi apa sahaja yang you nak asalkan you sudi jadi isteri I. come on Diya, I’m damn serious.” Datuk Hasyim merayu lagi.
Kali
ini dia cuba untuk memegang tangan Mardiyah namun dengan pantas Mardiyah
mengelak.
“
Sekali lagi datuk cuba sentuh saya, saya akan menjerit. Saya tak peduli berapa banyak
duit yang nak datuk taburkan tapi jawapan saya tetap sama. Saya tak nak jadi
isteri datuk. Datuk carilah perempuan lain yang lebih cantik dan lebih padan
dengan datuk.” Ujar Mardiyah tegas.
Dia
sendiri tidak menyangka yang Datuk Hasyim akan meluahkan perasaannya. Patutlah
selama ini dia merasakan yang layanan Datuk Hasyim berlainan daripada biasa.
“
Please Diya kalau I tak dapat you,
orang lain pun takkan dapat.”
Datuk
Hasyim bersuara dengan serius. Nadanya tidak nampak dia bergurau.
Mardiyah
terpempan. Nekadnya Datuk Hasyim. Namun perbualan mereka diganggu dengan bunyi
hon kereta yang berhenti di hadapan perhentian bas itu. serentak Datuk Hasyim
dan Mardiyah berpaling.
Ammar
keluar daripada kereta bila melihat kereta Datuk Hasyim tersadai di perhentian
bas itu dan paling mengejutkan Ammar bila melihat Mardiyah sedang bertengkar
dengan Datuk Hasyim. Kenapa agaknya? Ammar tertanya- tanya.
Sebaik
sahaja Mardiyah melihat kelibat Ammar, dia terus mendapatkan lelaki itu tanpa
memikirkan reaksi Datuk hasyim yang kecewa bila cintanya ditolak mentah-
mentah.
“
What going on?” tanya Ammar pelik.
Cermin mata hitam yang tersungging di hidung mancungnya ditanggalkan. Dia
memandang Datuk Hasyim dan wajah pucat Mardiyah silih berganti.
“
Tak ada apa- apa Encik Ammar. Datuk Hasyim cuma berbual- bual dengan saya.
Boleh tak encik tumpangkan saya. Saya nak balik tapi teksi tak ada.” Mardiyah
bermanis muka cuba menyembunyikan gejolak hati. dia tidak mahu Ammar mengetahui
apa yang Datuk Hasyim cakapkan kerana dia tahu Ammar tidak akan mempercayai apa
yang bakal dia cakapkan. Jika begitu, lebih baik dia diamkan sahaja.
Ammar
semakin pelik melihat sikap Mardiyah yang agak terburu- buru. Dia mengalih
pandangan ke arah Datuk Hasyim yang masih merenung ke arah mereka berdua.
Kelihatan lelaki separuh umur itu sedang memegang sejambak bunga ros merah.
Untuk siapa bunga itu? hati Ammar tertanya lagi.
“
Encik Ammar..” panggil Mardiyah.
Ammar
tersentak dan mengangguk. Lantas dia melompat masuk ke dalam kereta BMW
dan diikuti oleh Mardiyah. Namun dalam
kepalanya penuh dengan tanda tanya yang tidak mampu dijawab olehnya sendiri.
Datuk
Hasyim melihat kereta Ammar meluncur laju dengan perasaan berbaur. Dia tahu
Mardiyah cuba melarikan diri daripadanya tapi Datuk Hasyim tidak akan mengalah.
Gadis itu telah mencabar kelakiannya dengan menolak lamaran yang telah
diberikan. Datuk Hasyim bertekad dia tidak akan melepaskan Mardiyah.
“
Kalau aku tak dapat kau dengan cara baik, aku guna cara lain. Yang penting kau
jadi milik aku Mardiyah.” Datuk Hasyim bercakap sendirian.
Dia
memandang jambangan bunga yang berada di tangannya. Dia mencium bungan ros yang
mekar mewangi itu seolah- olah dia melihat Mardiyah di hadapannya. Tidak lama
kemudian Datuk Hasyim ketawa lepas.
“
ARE you okey?” tanya Ammar sewaktu
mereka berdua di dalam kereta.
Walaupun
dia membenci gadis itu tapi itu tidak bermakna dia tidak mengambil berat pasal
gadis itu kerana dia masih teringat permintaan mamanya supaya cuba mengenali
isi hati Mardiyah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Tambahan
pula gadis itu pernah menolongnya sewaktu dia demam tempoh hari dan sedikit
sebanyak rasa benci yang dipupuk untuk gadis itu terhakis sedikit walaupun
masih bersisa. Betul ke? Entah Ammar sendiri ragu- ragu dengan rasa hatinya.
“
Saya tak apa- apa. Encik boleh berhenti kat depan tu nanti saya naik teksi je.”
Jawab Mardiyah menyedarkan Ammar daripada lamunan. Dia memandang ke sisi.
“
Apa yang Datuk Hasyim nak dengan kau?” tanya Ammar lagi tanpa membalas
percakapan Mardiyah sebentar tadi.
Mardiyah
menunduk. Perlu ke dia ceritakan hal sebenar? Jika dia ceritakan pun pasti
Ammar menuduh dia perempuan murahan seperti yang selalu lelaki itu ucapkan.
“
Tak ada yang penting pun encik.” Jawab Mardiyah pendek. Wajahnya ditundukkan.
“
Kalau tak pandai nak tipu, lebih baik tak payah tipu. Mesti kau sembunyikan
sesuatu daripada aku kan?” duga Ammar.
Dia
memandang wajah Mardiyah yang sugul melalui kaca mata hitam yang dipakainya.
Ammar yakin isterinya itu sedang menyembunyikan sesuatu kerana sikap gadis itu
tidak seperti biasanya.
“
Encik tolong berhenti di hadapan tu. biar saya balik sendiri.” Mardiyah menukar
topik perbualan. Dia tidak mahu lelaki itu tahu apa yang berlaku pada dirinya.
Biarlah dia menanggung sendiri segala masalah yang sedang menyelubunginya.
“
Kau tak payah nak berdalih dengan aku Diya. Aku tahu pasti kau lakukan sesuatu
sampaikan Datuk Hasyim sanggup jumpa kau dekat bus stop tadi. Mesti kau goda dia kan. Dasar perempuan murah.”
Serkap jarang Ammar benar- benar merobek hati Mardiyah. Apa yang difikirkan
menjadi kenyataan. Ammar tidak pernah berfikir baik- baik tentangnya.
“
Cukup encik! Walaupun saya orang kampung saya tak pernah nak rampas suami orang
ataupun hak orang lain. Encik tak boleh menghukum saya dengan berkata begitu
tanpa mengenali saya. Saya masih ada maruah walaupun maruah saya begitu rendah
di mata encik. Lagipun buat apa encik tahu apa yang berlaku antara saya dengan
Datuk Hasyim. Saya bukan siapa- siapa dengan encik dan kita tiada hubungan yang
membolehkan encik untuk mencampuri urusan saya.” Ujar Mardiyah. Suaranya
kedengaran tegas.
Ammar
mendengus.
“
Baiklah kalau itu kata kau. Sekarang aku tak ada masa untuk campur urusan kau.
Kau nak mati ke nak hidup ke jangan cari aku.” Tutur Ammar. Suaranya
ditinggikan.
Tanpa
berlengah dia memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Sedikit pun wajah
Mardiyah tidak dipandang. Buat apa dia memandang wajah yang hanya menyakitkan
hatinya.
“
Tunggu apa lagi? keluarlah! Tadi nak sangat keluar!” Tengking Ammar.
Terhinjut
bahu Mardiyah mendengar tengkingan Ammar. Sampai hati lelaki itu menengkingnya
tanpa belas kasihan. Memang Ammar tiada perasaan belas terhadapnya.
‘
Ayah, kenapa ini yang terpaksa Diya lalui?’ rintih Mardiyah. Tiba- tiba sahaja
dia teringat pada arwah Yasir yang hampir sebulan meninggalkannya.
“
Kenapa lembab sangat ni? Aku cakap keluar, keluarlah. Kau nak aku heret kau
ke?” suara Ammar semakin meninggi membuatkan Mardiyah kecut perut.
Dengan
perlahan dia membuka pintu kereta mewah itu dengan berhati- hati. namun sempat
lagi dia berpaling pada Ammar yang tegak memandang ke hadapan. Wajah bengis
Ammar dipandang sebelum mutiara jernih mula bertakung di kelopak matanya.
“
Terima kasih sebab tumpangkan saya dan saya nak mintak maaf sebab sudah
menyusahkan encik.” Ucap Mardiyah sebelum melangkah keluar dengan hati yang
hiba.
Ammar
tidak membalas kata- kata isterinya malah dengan pantas dia memecut kereta
kesayangannya meninggalkan Mardiyah bersendirian di kawasan sepi itu. Namun,
bila sampai di satu kawasan yang agak jauh daripada tempat Mardiyah
ditinggalkan, Ammar memberhentikan keretanya. Dia meraup wajahnya berkali-
kali.
Dia
terasa serba salah kerana meninggalkan Mardiyah di tempat yang sunyi dan agak
tersorok daripada orang ramai. Bagaimana kalau ada sesuatu yang berlaku kepada
isterinya itu? pasti dia yang akan disalahkan. Terbayang- bayang wajah Mardiyah
yang suram bila ditengking olehnya sebentar tadi. Rasa bersalah mula menerjah
ke kamar hati Ammar.
‘
Kasihan pula dengan dia aku tinggalkan kat situ. Nanti apa- apa terjadi mesti
mama bebelkan aku.’ Ammar bercakap seorang diri.
‘
Tapi buat apa aku fikirkan dia. Dia juga yang tak nak aku masuk campur dalam
urusan dia. Itulah degil sangat asyik nak bantah cakap aku. Memang padam dengan
muka dia.’ Suara lain mula menghasut Ammar.
Dia
mengangguk- angguk kepalanya bersetuju dengan suara itu.
‘
Tapi dia isteri kau, tanggungjawab kau.’ Suara hatinya berkata.
‘
Dia bukan isteri aku. Aku tak pernah ada isteri murahan seperti dia.’ Bantah
Ammar.
Dia
meraup rambut hitam keperangannya ke belakang.
‘
Tapi kau tetap tidak boleh abaikan dia. Walaupun kau masih tak terima dia tapi
fikirkanlah keselamatan dia sebagai seorang wanita. Kasihan dia kalau apa- apa
terjadi. Sudahlah dia anak yatim. Come on
Am, kau bukan lelaki jenis begini.’ Pujuk hati kecilnya.
Sedikit
sebanyak Ammar termakan pujukan hatinya. Tanpa menunggu lama dia menghidupkan
enjin kereta dan membuat pusingan untuk ke tempat di mana dia menurunkan
Mardiyah tadi.
Dari
jauh kelihatan Mardiyah menunggu di pinggir jalan sambil memeluk lutut. Gadis
itu kelihatan mengesat titisan air mata yang jatuh membasahi pipi mulusnya.
Ammar memberhentikan keretanya di hadapan Mardiyah. Dia menurunkan cermin
kereta.
“
Masuk!” panggil Ammar.
Namun,
Mardiyah masih lagi beku di tempat duduknya.
“
Diya, kau dengar tak aku panggil ni? Cepatlah masuk.” Arah Ammar. Dia cuba
bersabar dengan Mardiyah yang sedikitpun tidak mempedulikan panggilannya.
Dengan
hati yang memberontak Ammar keluar daripada perut kereta.
Kenapalah
aku perlu bersusah payah begini? Sungut hati Ammar. Lantas dia duduk di sisi Mardiyah. Wajah Mardiyah
yang sugul dipandang. Gadis bertudung biru itu seakan tidak mengendahkan
kehadiran Ammar di sisi. Dia dapat melihat titisan air mata dari pipi gadis itu
yang sedang termenung jauh. Entah apa yang difikirkannya.
“
Sudahlah menangisnya. Jom aku hantarkan kau balik. Dah nak malam ni kan tak
pasal- pasal kenan culik di hantu hutan simpan pulak.” Usik Ammar seakan
memujuk.
“
Kenapa encik patah balik?” tanya Mardiyah serentak berpaling. Mata mereka
bertentangan buat seketika membuatkan lidah Ammar kelu secara tiba- tiba untuk menjawab
pertanyaan gadis itu. Panahan mata Mardiyah seolah- olah menikam kalbunya.
Dengan pantas Ammar mengalih pandangan ke arah jalan raya yang lengang. Dia
mengigit bibir.
“
Kenapa aku tak boleh patah balik ke?” tanya Ammar balik.
Mardiyah
tersenyum sedikit. Dia terpana seketika bila Ammar menghulurkan sapu tangan
kepadanya. Dia memandang wajah kacak milik Ammar.
“
Ambillah sapu tangan ini. Lap air mata tu.” Arah Ammar lembut tapi suaranya
sengaja dikeraskan.
Ammar
sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berlembut dengan Mardiyah petang itu. Semuanya
terjadi sebaik sahaja dia melihat wajah Mardiyah yang basah dengan air mata
hingga membuatkan hati Ammar serta merta menjadi lembut. Dia sendiri tidak tahu
mengapa dan kenapa.
Mardiyah
mencapai sapu tangan berwarna merah itu. perlahan- lahan dia mengesat air
matanya yang masih bersisa. Dia menangis bukan kerana ditinggalkan tetapi dia
menangisi apa yang telah terjadi padanya sejak kebelakangan ini. Dia sendiri
tidak menyangka yang Ammar berpatah balik cuma hatinya terdetik dengan siapakah
lagi dia ingin meminta pertolongan memandangkan Yusuf dan Quraisya berada di
luar kota buat masa sekarang.
Kehadiran
Ammar seolah- olah lelaki itu mendengar bisikan hatinya yang memerlukan
pertolongan saat itu dan apa yang dia
tidak sangka adalah Ammar boleh
berlembut dengannya. Walaupun suara itu masih lagi kedengaran kasar tetapi
kelembutannya tetap ada.
“
Apa yang kau menungkan tu? Tak nak balik ke?” suara Ammar kedengaran
mengejutkan Mardiyah daripada lamunan. Dia tersenyum malu.
“
Atau kau nak aku dukungkan?” tambah Ammar lagi sambil tergelak kecil.
Sedangkan
wajah Mardiyah sudah bertukar kemerahan. Dia malu kerana ditegur begitu oleh
lelaki itu. Dia hanya tersenyum bila mendengar tawa Ammar buat pertama kali
dalam hidupnya. Tanpa berlengah dia mengikuti langkah Ammar memasuki kereta dan
buat pertama kali mereka tidak bertikam lidah.
BAB 18
“
LAMBAT along balik hari ini? Pergi dating
dengan Kak Lydia ke?” Tanya Aryani sewaktu melihat abang sulungnya
melintasi taman mini tempat dia bersantai petang itu.
Ammar
tersenyum melihat adik bongsunya yang sedang santai sambil mengirup teh bersama
dengan Datin Zarina. Ammar mendekati mereka.
“
Taklah Yani. Orang tak dating petang- petang macam ni. Malam-malam baharu
syok.” Jawab Ammar sambil mengenyit matanya.
“
Eleh, kalau nak dating tak perlu
tunggu malam along. Kan lebih afdal kalau dating
siang hari syaitan pun tak ada.” Jawab Aryani bergurau.
Datin
Zarina hanya tergelak mendengar jawapan anak perempuannya yang agak lucu.
“
Syaitan kalau nak keluar tak kira siang atau malam cik adik oii. Kalaupun
syaitan tak ada, nafsu tu tetap ada. Sebab itulah kita kena kuatkan iman untuk
mengelakkan godaan syaitan ataupun hawa nafsu. Faham tak adikku sayang?” tanya
Ammar.
Aryani
hanya tersengih lebar. Betul apa yang dikatakan oleh abangnya itu tetapi
mengapa abangnya tetap memilih Lydia yang boleh dikatakan seksi tahap dewa
kalau itu semua bukan sebab nafsu?
“
Apa yang dikatakan along itu ada benarnya Yani sebab itulah kita sebagai
perempuan kena menjaga maruah diri dengan menutup aurat agar dipandang mulia
oleh masyarakat dan kalau lelaki pula, kalau nak memilih isteri kenalah yang
pandai menjaga maruah diri dan menutup aurat sebab wanita cantik memang senang
dicari tapi isteri yang solehah amat sukar diperolehi ibarat mencari permata
dalam lautan. Kalau jumpa dengan permata itu jaga dan peliharalah baik- baik
sebab kalau hilang tak mungkin akan bertemu lagi dengan permata yang sama.”
Ujar Datin Zarina panjang lebar.
Setiap
kata- katanya penuh dengan makna yang tersirat dan sengaja ditujukan buat anak
lelakinya itu. dia berharap suatu hari nanti Ammar akan tersedar antara kaca
dan permata yang mana satu harus dipilih.
Ammar
tertunduk. Dia tahu kata- kata itu ditujukan khas untuknya tetapi dia tidak
dapat memaksa hatinya untuk menerima Mardiyah secara drastik kerana hatinya
lebih memilih Lydia kerana Lydia merupakan gadis yang sempurna. Cantik, pandai
bergaya, popular dan bila mereka keluar bersama pasti ramai mata yang memandang
hingga membuatkan Ammar bangga. Tetapi Ammar juga tidak dapat menipu hati
kecilnya bila perasaan cinta tiada untuk Lydia. Untuk siapa Ammar sendiri tidak
tahu.
Memang
Datin Zarina menerima Mardiyah dalam kehidupan mereka walaupun cara pernikahan
mereka berlaku dengan sebab yang mengaibkan tetapi mamanya seolah- olah tidak
mempedulikan semua itu. Kata mamanya, ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu tanpa
sebab. Tapi apa sebabnya Ammar masih tercari- cari.
“
Kamu dah jemput Diya untuk makan malam esok Am?” pertanyaan Datin Zarina
menyentakkan lamunan Ammar. Dia meraup mukanya.
“
Dah mama tapi dia cakap kemungkinan dia tak boleh datang sebab ada date dengan Raqeem.” Ujar Ammar.
Suaranya kedengaran mendatar.
“
Raqeem? Anak Datuk Iskandar ke?” tanya Datin Zarina pelik. Dahinya berkerut.
“
Ha’ah ma. Dia orang dan keluar malam besok. Mama tak payah berharap sangatlah.”
Ujar Ammar.
Memang
dia tahu sejak kebelakangan ini dia melihat Mardiyah semakin rapat dengan
Raqeem dan Raqeem pula seolah- olah menaruh perasaan pada Mardiyah. Dia dapat
melihat perasaan itu daripada sinar mata Raqeem bila lelaki itu menatap wajah
Mardiyah.
“
Abang Raqeem dan Kak Diya ada hubungan ke long?” tanya Aryani. Dia tahu tentang
kewujudan Mardiyah sebagai kakak iparnya cuma dia tidak berpeluang untuk
bertemu dengan wanita yang selalu diceritakan oleh mamanya. Walaupun dia tahu
abangnya amat membenci gadis yang bernama Mardiyah itu tetapi Aryani tidak
mengambil keputusan terburu- buru untuk membenci kakak iparnya itu.
“
Entah along tak tahu. Along tak ambil kisah pun tentang dia.” Ammar
menjongketkan bahu.
“
Tapi kalau Raqeem tu suka pada Diya, mama tak hairan.” Kata- kata Datin Zarina
membuatkan Ammar berpaling pada mamanya.
“
Maksud mama?” tanya Aryani.
“
Diya seorang yang baik. Sesuai sangatlah dengan Raqeem. Umi Raqeem mesti suka
dapat calon menantu seperti Diya.” Jawab Datin Zarina seraya menjeling ke arah
anak lelakinya yang sudah berubah wajah.
Ammar
mengetap gigi. Nampaknya Datin Zarina suka jika Mardiyah bersama dengan Raqeem.
Sedangkan dia? Hatinya semakin sakit melihat keintiman isterinya dengan Raqeem
yang sememangnya memiliki segalanya. Rupa, harta dan pangkat. Sesiapa sahaja
boleh terpikat tidak terkecuali isterinya.
“
Tapi Kak Diya kan still isteri along.
Kalau pun Abang Raqeem suka pada Kak Diya mereka tak boleh bersama selagi along
tak lepaskan Kak Diya.” Aryani masih keliru.
Datin
Zarina tersenyum simpul.
“
Genap tiga bulan daripada sekarang along kau akan lepaskan Kak Diya dan tiada
orang akan tahu yang Kak Diya pernah jadi isteri along kau. Betul kan Am?”
Ammar
pantas berdiri. Dia tiada jawapan untuk itu. dia sendiri masih keliru dengan
apa yang dirasakan sekarang ini.
“
Am masuk dulu la ma. Mengantuklah.” Jawab Ammar tanpa menjawab soalan mamanya
tadi.
Datin
Zarina hanya melihat kelibat Ammar yang hilang di balik pintu. Dia tersenyum.
Ammar tidak mengiakan kata- katanya tadi maknanya masih ada harapan untuk
hubungan Ammar dan Mardiyah pulih.
“
Kenapa dengan along itu mama? Nampak macam tak suka je bila mama cakap pasal
perpisahan dia dengan Kak Diya. Entah- entah…”
Aryani
memandang Datin Zarina yang sudah tersenyum lebar.
“
Kalau betul sangkaan Yani alhamdulillah tapi apa- apa pun kita kena tolong
satukan mereka. Yani setuju?”
“
Of course la mama. Yani lebih suka
kalau along dengan Kak Diya daripada dengan Kak Lydia. Walaupun Yani tak pernal
jumpa dengan Kak Diya tapi dengar daripada cerita mama, Yani yakin Kak Diya
sesuai dengan along. Apa kata kalau masa majlis pernikahan Yani nanti kita
jemput Kak Diya bermalam kat rumah. Time
tu kita boleh dekatkan along dengan Kak Diya. Okey tak mama?” Aryani memberi
cadangan.
Lama
Datin Zarina mendiamkan diri sebelum mengangkat ibu jarinya tanda setuju.
AMMAR
menghempaskan badannya ke tilam yang tebal. Dia merenung siling rumahnya yang
terukir indah. Kata- kata mamanya berlegar- legar di ruang mindanya membuatkan
Ammar mengeluh berat.
“
Perlu ke aku lepaskan dia untuk lihat dia bersama dengan lelaki lain?” soal
Ammar sendirian. Dia mengetuk-ngetuk dagunya.
“
Memang patut pun aku lepaskan dia, aku tak cintakan dia. Aku benci dia dan tak
mungkin aku akan suka pada perempuan yang dah musnahkan masa depan aku,” Ammar
menjawab sendirian.
Dia
memejamkan mata. Namun sebaik sahaja matanya terpejam, bayangan wajah Mardiyah
yang manis menyapa ke ruang matanya membuatkan Ammar membuka matanya dengan
luas.
“
Ish kenapa muka dia pulak yang aku nampak? Mengarut betul.” Ammar membantah.
dia bangun dan mencapai tuala untuk ke bilik mandi namun belum sempat dia
melangkah, telefon bimbit Blackberrynya berbunyi.
Dia
mengeluh bila nama Lydia tertera di skrin. Lantas punat hijau ditekan dengan
perasaan malas.
“
Hello..”
“
Hello sayang, jom kita keluar.” Ajak Lydia.
“
I’m sorry Lydia, I’m not in the mood.” Jawab Ammar.
Sejak
kebelakangan ini dia memang malas untuk keluar malam apatah lagi berfoya- foya
hingga ke pagi. Ammar dapat rasakan yang hatinya sudah malas melakukan aktiviti
yang selalu menjadi rutin hariannya suatu ketika dahulu.
“
You selalu macam ni Am. Asal I ajak mesti you bagi alasan. You dah banyak
berubah you tahu tak.” Lydia mula membebel.
“
Ye ke I dah berubah. I tak perasan pun.” Jawab Ammar selamba.
“
Betul ni you tak nak keluar dengan I? kalau you tak nak keluar dengan I, I
keluar dengan lelaki lain.” Ujar Lydia separuh mengugut.
“
Baguslah, you keluarlah dengan siapa- siapa yang you suka. I tak kisah. I
benarkan.” Jawab Ammar tanpa sedikit pun perasaan cemburu. Dah nak keluar
sangat, pergi sahajalah tak payah nak susah-susah ajak aku.
Kedengaran
Lydia mendengus marah. Ammar benar- benar sudah berubah.
“
You ni kan memang tak romantik!” Marah Lydia lantas gagang telefon diletakkan.
Ammar
merenung telefon bimbitnya. Dia menjongketkan bahu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.