Tetamu Rindu

Wednesday 16 January 2013

RYT (Bab25)- Last Entry


JAM tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi. Kelihatan Ryan sudah tergeliat kecil. Dia tersedar kemudiannya. Matanya terbuka luas dan mengerling ke arah jam yang berada di atas meja sisi. Lama dia termenung sebelum dia bingkas dan duduk di birai katil.

Mata hazel miliknya beralih pandang pada Balqis yang sedang tidur di sofa tanpa selimut. Kasihan pula Ryan melihatnya namun apakan daya, Balqis yang berkeras mahu tidur di sofa walaupun telah dipujuk berkali- kali oleh Ryan. Oleh kerana Balqis berkeras, akhirnya Ryan hanya membiarkan isterinya itu tidur di sofa.

Perlahan- lahan Ryan bangun daripada duduknya dan melangkah menuju ke arah Balqis yang sedang meringkuk kesejukan. Cuaca pagi ini memang sejuk maklumlah berada di tanah tinggi. Suhunya memang boleh mencapai takat beku.

Ryan melutut di depan sofa tempat pembaringan Balqis. Dia merenung wajah itu yang masih lena diulit mimpi walaupun subuh sudah lama masuk. Letih sangat kot. Fikir Ryan. dia  menyelak sedikit rambut Balqis yang menutup hampir sebahagian wajahnya. Dia tersenyum bila gadis itu menggeliat. Lenanya dia tidur sampai tak sedar aku kat sini. Gumam Ryan.

‘ Ish, apa yang aku buat ni? Apasal aku tenung muka dia?’ Tiba- tiba Ryan tersedar.

Lantas, Ryan berdiri ingin melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Namun, langkahnya terhenti apabila dia terpandangkan selimut yang berada di atas katil. Selimut itu dicapai sebelum dia menyelimuti Balqis yang masih belum sedarkan diri. Ryan tersenyum kecil dan berlalu.

Beberapa minit kemudian, Ryan keluar daripada bilik mandi dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat Balqis masih lagi belum bangun daripada tidur. Ryan menggelengkan kepala. Liatnya nak bangun Qis ni. Desis hati Ryan. Dia menghampiri Balqis.

“ Bangun Qis…” kejut Ryan. Bahu Balqis disentuh lembut

Namun, tiada jawapan daripada Balqis hanya dengusan kecil yang terbit daripada bibir comel itu kerana tidurnya diganggu. Ryan mengeluh. Subuh semakin merangkak pergi tetapi Balqis masih lagi bermalasan di tempat tidurnya membuatkan Ryan sedikit bengang.

“ Qis, bangunlah! Subuh dah nak habis ni!” sergah Ryan sederhana kuat di telinga Balqis membuatkan mata Balqis terbuka luas. Dadanya berombak kencang.

Ryan ketawa besar melihat reaksi Balqis yang terkejut beruk.

“ Itulah aku dah kejut baik- baik kau tak nak bangun, kan dah kena.” Ujar Ryan setelah tawanya reda,

Balqis mengurut dada. Kus semangat. Kemudian dia menggosok matanya yang berpinar. Wajah yang kelesuan diraup dengan telapak tangan sebelum matanya tertacap pada wajah Ryan yang duduk di sampingnya.

“ Kau nak apa?” tanya Balqis masih dalam keadaan mamai.

“ Aku nak kau pergi mandi sekarang. Subuh dah nak habis ni. Aku tunggu kau, kita jemaah sama- sama.” Arah Ryan persis seorang ketua.

“ Hah? Subuh dah nak habis. Kenapa tak kejutkan aku awal- awal. Kan tak sempat pulak. Kau ni Ryan saja je nak suruh aku tambah dosa.” Bebel Balqis lantas bangun.

Dia mencapai tuala dah baju persalinan. Terus sahaja dia menuju ke bilik air. Dia takut tidak sempat menunaikan solat subuh. Dalam bilik air, tak sudah- sudah dia menyalahkan Ryan kerana lambat mengejutkannya padahal memang salah dia kerana tidur mati.

Selepas menggosok gigi dan mencuci muka, Balqis membuka paip air untuk mandi. Saat dia melangkah di bawah shower untuk membersihkan diri tiba- tiba…

“ Argghhh!!” Balqis menjerit.

Lantas, dia merentap pintu bilik air dengan sepenuh tenaga. Badannya yang hanya dibaluti dengan kain batik menggigil kerana terkena air paip yang sejuk bagaikan ais batu. Dia keluar dan berdiri di hadapan pintu bilik air dengan keadaan yang menggigil- gigil.

“ Kenapa Qis? Kenapa menjerit macam orang kena rasuk ni?” tanya Ryan lantas menghampiri isterinya yang membisu. Dia risau bila terdengar jeritan Balqis.

“ Kenapa air tu sejuk sangat. Macam ais?” soalan Ryan dibalas dengan soalan oleh Balqis.

Sebaik sahaja Balqis menghabiskan ayatnya, kedengaran Ryan ketawa lepas. Kelakar dengan soalan Balqis yang dianggap lucu.

“ Kenapa kau ketawa? Aku serius ni. Tak pernah aku rasa sejuk begini. Macam kat Kutub Utara pulak.” Tambah Balqis lagi sambil berpeluk tubuh.

“ Memanglah sejuk Qis oii, kan kita dekat Cameron Highlands sekarang ni. Yang kau buka air sejuk tu kenapa? Memanglah sejuk. Kan air panas ada. Apalah kau ni Qis aku ingatkan dah kena rasuk, rupa- rupanya tak tahan sejuk.” Ejek Ryan bersama tawanya,

Balqis menepuk dahi. Dia lupa yang sekarang ini mereka berada di Tanah Tinggi Cameron patutlah sejuknya lain macam. Nasib baik Ryan ingatkan kalau tak memang dia beku dalam bilik air. Tapi sekejap, bilik air? Aku nak mandi kan? Habis itu kenapa aku kat luar ni? Depan Ryan pulak tu, alamak! Balqis tersedar sesuatu kemudian dia memandang dirinya yang hanya berkemban. Kemudian matanya beralih pada Ryan yang sedang merenungnya dari atas ke bawah.

‘ Gulrp.’ Air liur ditelan. Balqis mula menyedari pandangan Ryan merayap di dadanya yang terdedah. Wajahnya mula terasa berbahang. Dia malu. Dengan pantas dia menyilangkan tangan untuk menutup dadanya daripada panahan mata Ryan. Lelaki itu hanya tersengih.

“ Kau pandang apa?” Tanya Balqis sedikit marah. Melotot matanya memandang wajah Ryan yang selamba. Lelaki itu berdiri tidak jauh darinya.

“ Pandang apa yang ada depan matalah.” Balas Ryan selamba.

Dia tersenyum. Matanya masih liar memandang tubuh Balqis yang ada di hadapannya. Rambut panjang gadis itu kebasahan mungkin kerana terkena air sebelum gadis itu keluar daripada bilik mandi begitu juga kain basahan yang tersarung di tubuh genit itu kelihatan basah menyerlahkan bentuk tubuh isterinya. Ryan menelan liur cuba mengusir keinginan yang tiba- tiba menerjah ke kamar hatinya. Jangan buat gila Ryan, Balqis kawan kau. Halang hati Ryan.

“ Kau jangan nak fikir lebih- lebih aku karatekan.” Balas Balqis tak lama kemudian.

Balqis lemas dengan renungan Ryan yang tajam. Dia tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran lelaki itu. Apa yang Balqis tahu dia ingin berlalu dari tempat itu lantas tanpa berfikir panjang Balqis masuk kembali ke dalam bilik air meninggalkan Ryan yang masih terkebil- kebil.

‘Nasib baik kau kawan yang aku hormat Qis, kalau tidak aku tak tahu apa yang terjadi pada kau hari ini.’ Bisik hati Ryan. dia tersenyum nakal.

 

“ RYAN, kau masih ingat pada Zarryn ke?” tanya Balqis memecah kesunyiaan pagi itu sewaktu mereka menaiki kereta kabel melihat panorama Cameron Highlands yang indah.

Ryan sedikit tersentak dengan pertanyaan Balqis yang tiba- tiba. Dia mendongak memandang Balqis yang sedang termenung.

“ Kenapa kau tanya aku macam tu?” soalan di balas soalan.

“ Semalam aku dengar kau sebut nama Zarryn masa kau tidur. Tu aku tanya.” Jawab Balqis jujur.

“ Kau cemburu ke aku sebut nama dia?” Soal Ryan tanpa menjawab soalan Balqis.

Balqis berpaling menghadap Ryan. Bibir dicebikkan. Cemburu? Tak kuasa!

“ Tak ada maknanya aku nak cemburu. Zarryn kan kekasih kesayangan kau. Buang karan je aku cemburu lagipun aku tahu tak ada perempuan yang mampu ganti tempat dia dalam hati kau kan?” ucap Balqis. dia berpeluk tubuh.

Ryan ketawa kecil mendengar ucapan Balqis. Dia tahu Balqis tidak pernah cemburu dengan apa yang dilakukan malah Balqis sentiasa percaya dengan apa yang dilakukan. Itu yang membuatkan Ryan senang dengan sikap Balqis yang tidak pernah berprangsangka buruk padanya.

“ Aku tak sengaja tersebut nama dia semalam. Mana aku sedar apa yang berlaku. Kau jangan fikir yang bukan- bukanlah antara dia dan aku dah berakhir. Dia dah pilih haluan hidup dia sendiri dan aku pilih hidup aku.” jawab Ryan mendatar.

“ Kau masih cintakan dia?” soal Balqis seterusnya.

“ Entah.” Jawab Ryan pendek.

Jika boleh dia tidak mahu Balqis mengetahui perasaannya yang sebenar terhadap Zarryn. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu yang dia masih menanti kehadiran Zarryn dalam hidupnya tetapi itu perkara yang mustahil.

Balqis tersenyum hambar. Dia tahu Ryan cuba mengelak daripada soalannya tetapi Balqis mengerti yang Ryan masih mencintai Zarryn walaupun lelaki itu tidak mengatakan. Perlahan- lahan Balqis berpaling semula memandang panorama Cameron Highlands yang indah daripada dalam kereta kabel. Indahnya ciptaan ALLAH. Bisik hati Balqis.

“ Kenapa diam ni?” bisik Ryan daripada belakang Balqis.

Balqis tersentak namun dia tidak berpaling kerana Ryan berada begitu dekat di belakangnya. Hingga terasa nafas lelaki itu yang hangat menyentuh pipinya. Jantung Balqis kembali berdetak.

“ Kenapa kau nak tahu sangat perasaan aku pada Zarryn? Apa bezanya pada kau?” tanya Ryan lagi bila tiada jawapan daripada Balqis. Gadis itu lebih suka mendiamkan diri dari bercakap dan itu membuatkan Ryan terasa janggal.

“ Tak ada apa- apa. Saja nak tahu.” Jawab Balqis akhirnya.

Mana mungkin dia mengaku yang dia cemburu bila mendengar Ryan menyebut nama Zarryn semalam. Walaupun di bibir dia menidakkan tetapi di dalam hati hanya ALLAH yang tahu betapa dia terluka.

“ Lepas ni tak payahlah kau ungkitkan pasal ni lagi. let bygone be bygone.” Ucap Ryan lagi. dia mendekatkan badannya di belakang Balqis.

Balqis rimas. Spontan dia menolak tubuh Ryan supaya menjauh daripadanya.

“ Kau jangan nak menggatal eh. Mulut bercakap, tangan tu tak payah bergerak.”marah Balqis. melotot matanya memandang Ryan yang terkebil- kebil.

“ Alah aku nak peluk sikit dah bising. Tak romantiklah kau ni Qis. Bukan luak pun.” Balas Ryan geram.

Namun dalam hati dia tersenyum kerana akhirnya dapat juga dia menceriakan Balqis. Dia tidak suka Balqis bermuram durja seperti tadi. Dia lebih suka melihat Balqis marah- marah daripada gadis itu mendiamkan diri.

“ Tak luak kau cakap? Kan kau dah janji takkan sentuh aku. Anggaplah kita ni bukan muhrim.” Bantah Balqis. dia bercekak pinggang. Dia mendengus geram.

“ Kalau aku tak nak ikut cakap kau, kau nak buat apa?” Ryan menguji.

Dia melangkah menghampiri Balqis. wajah gadis itu direnung dalam.dia melihat riak gelisah di wajah Balqis.

“ Kau jangan nak main- main dengan aku. Nanti aku jerit baru kau tahu.” Ugut Balqis gementar bila direnung oleh Ryan.

Ryan ketawa besar. Kemudian dia kembali duduk di bangku yang telah disediakan di dalam kereta kabel tersebut. Dia tidak jadi menyakat Balqis.

“ Kalau kau jerit pun tak ada siapa yang dengar. Lainlah kalau kau melompat daripada cabel car ni confirm orang akan pandang.” Sambung Ryan.

Balqis mencebik tanpa membalas kata- kata Ryan. Dia mengatur langkah untuk ke sebelah sana. Sedang asyik dia berjalan, tiba- tiba kereta kabel itu sedikit bergegar membuatkan langkah Balqis menjadi huyung- hayang. Akibatnya dia tidak dapat mengimbangkan diri dan akhirnya dia jatuh terduduk.

“ Aduh!” Balqis mengaduh. Matanya yang terpejam akhirnya dibuka.

Serentak wajahnya merona merah apabila melihat wajah Ryan yang ada di hadapan mata. Rupa- rupanya dia terjatuh di pangkuan Ryan! terkebil- kebil dia memandang Ryan yang tersenyum nakal.

“ Kalau kau nak bermanja dengan aku, kenapa tak cakap dari tadi? Buat- buat jatuh pulak.” Usik Ryan nakal. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah Balqis yang sudah merah.

Balqis menelan air liur. Kurang asam Ryan. Dia cuba bangkit tetapi ada tangan Ryan yang menghalang. Dengan selamba tangan Ryan melingkari pinggang Balqis. hal itu menambahkan suhu kemarahan Balqis.

“ Tak ada masa aku nak bermanja dengan kau. Ingat aku ni kucing ke? Dah lepaskan aku.” marah Balqis.

“ Masa bila pulak aku pegang kau. Kau yang peluk aku.” balas Ryan. tetap dengan senyuman nakalnya.

Balqis tersedar. Memang dia yang memaut tengkuk lelaki itu tetapi semua itu di luar tahap kesedarannya. Dengan muka yang setebal kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Balqis melepaskan rangkulan. Dia bangun dan memusingkan badannya membelakangkan Ryan. Dia menutup muka. Malu gila!

 

‘ HISH, macam mana aku boleh terpeluk dia?’ Hati Balqis tertanya- tanya.

Nasib baik mereka sudah pun selamat turun daripada kereta kabel. Kalau mereka lama lagi di atas sana, entah apa yang berlaku lagi. Balqis benar- benar malu dengan kejadian tadi. Masih terbayang- bayang senyuman nakal Ryan sewaktu mereka sekeluarga berkumpul sebentar tadi.

Oleh sebab itu Balqis mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ryan buat sementara waktu sehingga rasa malu yang membaluti tangkai hatinya hilang. Sekarang ini dia bersendirian berada di kebun bunga yang cantik memukau pandangan matanya. Lupa seketika pada Ryan bila dia melihat bunga ros yang pelbagai warna.

“ Hai Qis…” Sapa satu suara mengejutkan Balqis yang sedang mencium sekuntum mawar merah. Balqis mendongak dan tersenyum ramah.

“ Hai. Dani awak ni terperanjatkan saya je. Awak sorang je ke?” Tanya Balqis sambil menjenguk ke belakang Daniel mana tahu ada Puan Suhaila.

“ Saya seorang jelah. Saya cari awak sebab saya tak nampak pun awak dengan Ryan tadi. Kenapa awak duduk sorang sini? Nanti kena tinggal baru tahu.” Gurau Daniel sambil tersenyum. dia mendekati Balqis yang sudah tersenyum manis.

“ Saya nak tengok keindahan kebun bunga ni. Cantik betul ya. Saya suka dengan bunga- bunga di sini, macam- macam warna ada.” Ujar Balqis sedikit teruja. Matanya di halakan ke arah bunga- bunga ros yang cantik mengharum.

“ Awak suka warna apa?” tanya Daniel berminat.

“ Warna merah tapi warna putih ni pun cantik jugak nampak macam bersih dan suci je.” Ucap Balqis sambil jari telunjuknya mengarah ke arah bunga ros berwarna putih.

Daniel tersenyum. Lantas dia memetik bunga ros merah dan putih dan dihulurkan pada Balqis yang terpinga- pinga.

“ Dani tapi ini kan…” Balqis tidak dapat meneruskan kata. Dia terpana dengan reaksi spontan Daniel. Hatinya tidak keruan.

“ Syy…saya ambil dua kuntum je. Tak luak pun ladang Pak Ngah saya ni.Kalau Pak Ngah marah, biar saya tanamkan semula.” Ujar Daniel sambil mengenyitkan matanya.

Balqis terkedu tetapi dia tetap menyambut huluran bunga daripada Daniel. Dalam hati dia menjerit suka kerana mendapat bunga daripada orang yang disukai. Ish, Daniel ni buat aku terharu je. Bisik hati Balqis.

“ Terima kasih Dani. Selama ni tak pernah pun ada orang bagi saya bunga. Bunga api selalulah dapat time raya.” Balqis berlawak.

Daniel tergelak kecil. Dia merenung wajah Balqis yang manis. Gadis itu kelihatan ringkas dengan blaus labuh dan skirt labuh. Tudung yang melilit di kepalanya membuatkan gadis itu kelihatan ayu di pandangan Daniel. Walaupun wajah gadis itu tidak secantik mana malah kesan parut jerawat masih menodai pipi yang mulus itu tapi wajah Balqis tetap menarik di pandangan Daniel. Argh, mungkin sebab aku suka padanya. Bisik hati kecil Daniel.

“ Kalau awak nak, tiap- tiap hari saya boleh hantarkan bunga ros kat awak. Tapi Ryan tak marah ke?” Tanya Daniel selepas mendiamkan diri.

“ Buat apa pulak dia nak marah. Awak yang nak bagi bukan susahkan dia pun.” Balas Balqis bersahaja. Dia mencium kuntuman mawar yang diberikan oleh Daniel.

“ Dia tak marah awak kawan dengan saya?” soal Daniel lagi.

“ Dani, saya kawan dengan awak sebelum saya kahwin dengan dia. Tak ada sebab dia nak marah saya berkawan dengan awak. Saya ada hak untuk memilih kawan dengan siapa untuk saya berkawan. Awak jangan risau, Ryan suami yang memahami. Lagipun dia sepupu awak.” Balas Balqis sambil berpaling pada laman wajah Daniel. Matanya menikam bebola mata Daniel yang hitam pekat.

Daniel tersenyum. Dia sedikit lega mendengar kata- kata Balqis. Jadi dia tidak perlu risau lagi. Bukan dia tidak cuba untuk melupakan Balqis, namun hatinya enggan mengikut arahan akalnya agar melupakan Balqis.

“ Maknanya awak dah bagi green light jadi taklah saya risau sangat. Baiklah kalau macam itu, saya nak tanya awak dalam banyak- banyak bunga yang ada depan mata saya ni, awak nak bagi saya yang mana satu?” Tanya Daniel seolah- olah menguji.

Balqis tersenyum manis. Matanya kembali terarah pada kuntuman- kuntuman mawar yang terhidang di hadapan mata. Kemudian dia mengetuk-ngetuk dagunya berfikir. Perlahan- lahan dia mencapai satu bunga mawar merah dan mawar kuning lalu dihulurkan pada Daniel yang sudah mengulum senyum.

“ Apa maksudnya ni?” Tanya Daniel lagi dengan kening yang terangkat.

“ Mawar merah maknanya untuk cinta dan mawar kuning untuk sahabat jadi maknanya cinta seorang sahabat untuk sahabatnya. Thank you for being my friend.” Balas Balqis riang. Dia tersenyum manis.

Daniel turut terjebak dalam senyuman itu. Alangkah bahagianya jika Balqis menjadi pelengkap hidupnya. Tetapi itu semua di dalam khayalannya sahaja.

Your welcome my cute friend.”ucap Daniel sambil cuba mencuit hidung Balqis tetapi sempat dielak oleh gadis itu.

Akhirnya tawa mereka pecah berderai. Kelihatan bunga- bunga cinta menyerikan hari Balqis dan Daniel walaupun tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mereka dengan hati yang membara. Kemesraan itu tidak sepatutnya terjalin. Bentak hati itu.

 

 

2 comments:

  1. hmm...saye ade bace novel ni dekat penulisan2u...nanti zarryn muncul dalam hidup ryan balik kn...time tuu marah..geram semua ade saye tujukn kat ryan ngan zarryn...anyways saye doakn perjalanan cetakan novel ni berjalan dgn lancar...endingnye kena yg happy-happy tau...hehehe..kalau dh dijual di pasaran bagitau cepat-cepat tau ^^

    ReplyDelete
  2. Sye dh bce dh citer ni.. Best sgt, tpi bole sye thu apa lgu yg Ryan dan Balqis nyanyi mase reunion sekolah diaorang tu?? Sye tringin nk dengarlah..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.