Tetamu Rindu

Thursday 29 November 2012

Rasa Yang Tertinggal ( Bab 1&2)


BAB 1

“KEPALA otak kau! Kau ingat aku ni perempuan jenis apa hah!”jerkah Balqis sambil memandang tepat ke anak mata hazel milik  Ryan Zhariff.

“Aku tahu kau perempuan jenis yang macam mana tapi kali ini aku amat memerlukan pertolongan kau..ini soal hidup dan mati aku…please!!!”rayu Ryan.

Balqis terdiam. ‘kesian pulak mamat poyo ni.kalau tak tolong, kesian member. Tapi…’

“ Tolonglah. Kau je harapan aku sekarang ni. Aku tak nak kahwin dengan si gedik Nabila tu.”

“Kitakan sudah kawan lama.aku kenal kau,kau pulak dah kenal aku macam mana kan..kan..kan” Ryan tersengih macam kerang busuk. Mintak-mintak kau cairlah tengok senyuman aku ni.

Balqis menjeling kegelian. Serba salah Balqis dibuatnya. Balqis tidak menyangka pertemuan pada hari itu telah mengejutkan dia kerana tidak ada angin apatah lagi ribut tsunami tiba-tiba Ryan rakan baiknya yang dikenali sejak dari bangku sekolah telah mengajaknya untuk berkahwin semata-mata untuk mengelak daripada dijodohkan dengan Nabila. Gila ke apa?

Ryan masih lagi menayang mukanya yang poyo dan tidak bersalah di hadapan gadis manis bertudung putih. Pada masa yang sama dia terbayang kegedikkan Nabila ketika berhadapan dengannya.  Dia langsung tidak tertarik mahupun tergoda dengan liuk-lentok gadis kacukan Jerman itu…Eeeii…geli aku!!!

“Kenapa muka kau macam cicak kena lastik?”berkerut dahi Balqis kehairanan melihat tingkah sahabat baiknya itu.

“Eh..tak ada apa-apa lah!!aku saja je buat senaman muka!!” Ryan tersengih malu.

“Macam mana dengan permintaan aku. Kau jangan nak alih topik pulak..I need your help now!!! Takkan kau tak tahu Nabila tu macam mana. Takkan  kau tergamak melihat kawan kau hidup dengan perempuan yang macam tu…”Ryan menayang muka sedih.

“Macam nilah..kau bagi aku masa untuk berfikir. Ini bukan kerja budak-budak. Aku harap kau faham yang aku ni juga ada perasaan walaupun aku ni tak ada perasaan pada lelaki setakat ini..”pinta Balqis untuk menyedapkan hati sahabatnya itu. Kau ingat aku ni apa senang-senang nak ajak kahwin. Pantang aku dengar perkataan ‘KAHWIN’ .  Bebel Balqis dalam hatinya.

Ryan hanya mengangguk. Aku harap Balqis setuju kalau tidak mampus aku.

 

MALAM itu ketika sedang menonton rancangan Raja Lawak, Puan Rahina menghampiri anak bongsu kesayangannya.

 “Macam mana Ryan dengan cadangan umi?”

Ryan menelan air liur seperti fobia dengan pertanyaan uminya.

 “Cadangan apa umi?”Tanya Ryan sambil membuat muka pelik.

 Puan Rahina tersenyum faham benar dengan perangai anaknya yg cuba mengelak apabila soal Nabila diperkatakan. Puan Rahina bukannya apa dia benar-benar berkenan dengan perangai Nabila yang tampak sopan santun bila berjumpa dengannya. Apa yang tiada pada Nabila? Cantik,berpendidikan pandai mengambil hati dan yang penting gadis itu lengkap untuk menjadi seorang isteri kepada anak lelakinya itu.

“Umi, Ryan bukannya tak setuju dengan cadangan umi itu,tapi bagilah Ryan masa untuk Ryan pilih siapa pasangan hidup Ryan. Umi  nak tengok Ryan merana bila kahwin dengan Nabila nanti.” Ryan cuba memujuk uminya manalah tahu ada jalan untuk dia mengelak daripada dijodohkan dengan  perempuan yang tak pernah mendapat tempat di hatinya.

Susah baginya untuk dia jelaskan sebab yang munasabah mengapa dia menolak Nabila kerana persoalan itu amat susah dirungkaikan dengan kata-kata. Jika diberi pilihan untuk memilih antara Nabila dan Balqis, Ryan lebih rela memilih sahabatnya itu walaupun Balqis seorang gadis yang agak kasar pada zahirnya. Balqis,Balqis mintak-mintak la kau setuju dengan cadangan aku. Rintih Ryan dalam hati.

“Cuba Ryan senaraikan pada umi apa yang buruknya tentang Nabila itu? Cantik, sopan santun sesuai sangat dengan anak umi ini” Puan Rahina tersenyum sambil membelai rambut hitam milik anaknya itu. Dia berharap anak lelakinya itu mengerti akan permintaannya yang satu itu.

Ryan memandang wajah bersih uminya. Dia begitu berharap yang uminya faham perasaannya di kala ini. Hatinya bukan untuk Nabila. Titik. Tiba-tiba akal lelakinya datang.

“Umi,macam mana kalau Ryan cakap yang Ryan sudah ada pilihan hati? Umi percaya tak?” Ryan mengerak-gerakkan keningnya. Dia tersenyum penuh makna. Puh! Harap-harap umi percaya.

Senyuman Puan Rahina  mati tiba-tiba. Berterbangan semua angan-angannya apabila mendengar kata-kata terakhir anaknya itu. Selama ini Ryan tidak pernah berahsia dengannya tapi kenyataan Ryan tadi amat memeranjatkannya.

“Ryan tak pernah cakap pun pada umi yang Ryan dah ada buah hati.”

“Ni Ryan nak bagi tahu lah umi. Ryan dengan dia dah kawan lama sejak sekolah lagi malah Ryan kenal dia dahulu sebelum Ryan kenal dengan Nabila. Ryan suka dia sebab perangai dia menyenangkan hati Ryan umi.” Ryan meneruskan lakonan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai menjilat jari. Eh ada ke pepatah macam itu? Lantak lah janji aku terlepas. Gumam Ryan dalam hati.

Puan Rahina memandang skrin televisyen dengan padangan kosong sebelum wajah anaknya yang tampan dipandang. “Siapa nama gadis yang Ryan suka itu?” Puan Rahina cuba menyelidik.

Ryan mengetap bibir. “ Ummu Balqis umi.” Jawab Ryan pendek tetapi dalam hatinya berdebar hebat apatah lagi dia belum mendapat persetujuan yang sebenar-benarnya daripada Balqis. Mampus aku kalau Balqis tahu ni sah-sah aku kena baling kasut tumit tinggi ni. Tapi Balqis tak pakai kasut tumit tinggi. Betul ke? Arh lantaklah janji aku selamat.

Puan Rahina termenung sejenak. Entah mengapa dia dapat merasakan ada yang tidak kena dengan kenyataan anaknya itu. Dia rasakan terlalu mendadak, selama ini Ryan tidak pernah menyebut nama mana-mana perempuan takkan la tiba-tiba saja anak lelakinya itu mempunyai teman istimewa. Ish, musykil ni.

“Ok kalau begitu umi nak jumpa dengan Ummu Balqis tu boleh? Umi nak kenal-kenal dengan dia.” Puan Rahina memandang wajah bersih anaknya yang kelihatan tenang tapi dalam hati hanya Ryan dan ALLAH yang tahu betapa Ryan gundah gulana saat itu.

Ryan menelan air luir yang terasa perit di kerongkong. “Boleh umi Ryan tak kisah nanti Ryan bagi tahu dia.” Ryan tersenyum tetapi dia rasa seperti terpaksa.

“ Baiklah kalau macam itu ahad minggu depan umi nak jumpa dia.” Putus Puan Rahina membuatkan Ryan keresahan.

Puan Rahina berlalu meninggalkan Ryan keseorangan di ruang tamu. Dia menarik nafas  lega namun balanya belum berakhir dia harus berhadapan dengan Balqis. Gadis itu bukan boleh main-main silap hari bulan boleh berperang. Ryan mencapai handphone. Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera.

“Hello, assalamualaikum, aku nak jumpa kau esok. Urgent.”


BAB 2

Balqis memandang wajah Ryan yang kelihatan berserabut seperti suami yang baharu kematian isteri. Kawannya itu betul-betul kelihatan tidak keruan. Kesian pula dia melihat sahabatnya itu. Kali terakhir dia melihat Ryan begitu iaitu sembilan tahun yang lalu apabila dia dikecewakan oleh wanita yang amat disayanginya.

“Sudah-sudahlah Ryan aku tahu kau tengah tension tapi cubalah ceria sikit kalau kau bermuram durja pun masalah kau takkan selesai.” Nasihat Balqis ikhlas. Dia tahu masalah lelaki itu tapi dia masih belum menemui cara untuk menyelesaikannya.

“ Kau cakap senanglah Qis bukan kau yang alami ini semua. Aku yang terpaksa berhadapan dengan perkara yang mengarut ni. Kau bukannya nak tolong aku.” Lirih suara Ryan kedengaran di telinga Balqis. Hanya kepada Balqis harapan disandarkan memandangkan hanya gadis itu yang mengenal dirinya sejak bertahun lamanya. Tetapi dia kecewa apabila gadis itu menolak. Buruk sangat ke aku ni sampaikan Balqis pun tidak mahu menolong aku.

“Bukannya aku tak nak tolong kau…”

“Habis itu apa? Kau sanggup tengok aku hidup dengan perempuan macam tu?” potong Ryan tidak berpuas hati. Wajah sahabat baiknya di pandang. Memang Balqis tidak secantik Nabila tapi Ryan lebih menyenangi Balqis berbanding gadis yang dilabel sopan santun oleh uminya itu. Sopan santun apa kalau bercakap dengannya asyik nak tergesel-gesel je. Rimas Ryan di buatnya.

Balqis mengeluh. Nasi goreng  kampung di kuis-kuis dengan sudu. Bunyi bising di sekeliling seakan-akan tidak kedengaran di telinga Balqis. Dia benar-benar  buntu saat itu. Kenapa aku yang jadi mangsa keadaan ni Ryan? Dia mengangkat wajah pada masa yang sama matanya bertentangan dengan anak mata hazel milik Ryan tetapi dengan pantas Balqis mengalih pandangan ke arah lain.

“Kau tolong la aku kali ni Qis. Aku janji lepas ni aku takkan menyusahkan hidup kau lagi. I’m promise.” Rayu  Ryan lagi sambil mengangkat tangannya seolah-olah bersumpah.

Balqis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba mencari  idea manalah tahu dia dapat petunjuk daripada ALLAH ketika itu. Balqis memejam matanya sejenak. Ryan hanya memandang perbuatan sahabat baiknya yang tiba-tiba terdiam. Apa yang difikirkan oleh gadis bertudung coklat itu pun dia tidak tahu. Jangan tiba-tiba Balqis bagi idea-idea yang mengarut sudahlah. Bukan sehari dua dia mengenali gadis itu,sudah bertahun lamanya. Perangai gila-gila Balqis telah sebati dengan Ryan.

“Hah,aku ada idea!” jerit Balqis tiba-tiba menyentak lamunan Ryan yang entah ke mana-mana. Dia memandang ke kiri dan ke kanan memang sudah dijangka banyak mata yang memandang mereka setelah mendengar jeritan Balqis tadi. Ish, Balqis ni buat malu je. Tak boleh bawak pergi majlis dia ni. Rungut Ryan dalam hati.

Balqis menutup mulut. Opps, terlebih sudah! Dia tersenyum sumbing. Hendak cover malu la katakan.

“ Apa idea kau kali ni?” sambung Ryan.

“ Apa kata kalau kita pergi agensi cari jodoh? Kita cari jodoh untuk kau.” Dengan selamba Balqis tersengih seolah-olah bangga dengan idea yang di rasakan bernas itu. Keningnya di gerak-gerakkan.

Ryan menepuk dahi. Dah agak dah mesti Balqis akan memberi idea yang cukup ‘berharga’.

“ Hahahaha..hebat betul idea kau tu Qis.” Ryan menjeling tidak berpuas hati. Macamlah aku ni tak laku sangat sampaikan kena pergi agensi cari jodoh.

“ Aku serius la Ryan.”

“ Aku tak nak!” tegas lelaki itu lagi.

“ Aku nak kau jugak!” Sambung Ryan tak nak  mengalah.

“Adoyai, kau tak nak bagi aku pilihan A,B,C,D ke?”

“ Tak ada pilihan untuk kau kali ini”

Balqis memejam matanya buat kesekian kalinya mencari akal untuk melepaskan diri. Akhirnya dia mendapat kata putus dari hatinya. Tepuk dada tanya iman.

“Aku boleh tolong kau, tapi dengan satu syarat…”

“ Apa syaratnya?” pintas Ryan pantas. Hatinya melonjak gembira dengan keputusan Balqis yang  mahu menolongnya. Hilang stress.

“Aku tak nak kahwin dengan kau tapi aku just pretend jadi awek kau je sampai kau jumpa perempuan yang betul-betul  layak jadi isteri kau.” Balqis memberi penerangan tentang rancangan yang baharu terlintas di fikirannya sebentar tadi.  Bukan dia tidak mahu menolong Ryan tetapi dia sedar siapa dirinya jika hendak dibandingkan dengan lelaki itu yang punya segalanya. Dia bukan wanita yang layak berdampingan dengan lelaki kacak itu. Itu keputusan yang telah dibuat oleh Balqis selepas Ryan meminta pertolongan daripadanya.

“Tapi macam mana kalau umi aku tahu?” suara Ryan memecah lamunan Balqis.

Balqis tersenyum. “Kalau kau tak bagi tahu umi kau dia takkan tahu. Pandai-pandailah berlakon kalau nak selamat.” Ujar Balqis. Air tea o’ ais di sudut perlahan.

Lama Ryan memikirkan cadangan itu. Dia risau jika tembelangnya pecah. Tapi belum cuba belum tahu asalkan dia lepas daripada asakan uminya agar berkahwin dengan Nabila.

Akhirnya Ryan mengangguk setuju. Balqis menarik nafas lega.

 

BALQIS menghempas tubuh di atas katil,penat sungguh dia hari itu walaupun tiada apa yang dibuat namun masalah yang melanda Ryan menyesakkan kepala otaknya yang memang sudah sesak.

‘Betul ke apa yang aku lakukan ni?’ soal Balqis dalam hati.

‘Betul lah tu tak ada yang salah pun kau tolong dia.’ Bunyi satu suara mengejutkan Balqis. Dia memandang ke kiri dan ke kanan,tiada orang. Balqis mengeluh,rupa-rupanya suara daripada hati kecilnya. Dia tergelak sendirian. Tak salah aku tolong Ryan lagipun dia kawan baik aku dan aku hanya berpura-pura menjadi awek dia bukannya jadi bini dia. Aku tak sanggup jadi bini dia…hehehe..ketawa Balqis dalam hatinya.

Balqis bangkit lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Dia  perlu  menyegarkan badannya yang hangat dan lemah. Selepas beberapa minit,  dia pun keluar lalu mengenakan baju tidur satin nipis  berwarna hijau. Begitu seksi dia malam ni. Balqis ke ruang tamu dan menghenyak punggungnya  atas sofa dan menekan remote control televisyen LCDnya. Tak ada cerita best lah malam ni..bosan betul aku!!!gumam Balqis dalam hatinya. Kemudian  dia menutup televisyen dan masuk ke dalam biliknya. Laptop Acer yang berwarna hitam yang terletak di atas meja sisi katillnya dicapai dan diaktifkan.  Balqis melayari laman web Facebook untuk melihat berita-berita terkini mengenai kawan-kawannnya.. Laman web facebook merupakan suatu laman web sosial yang menjadi kegemaran remaja zaman sekarang untuk mencari kenalan-kenalan baru. Balqis pun tak terkecuali.

  Malam itu dia hanya melayan facebooknya. Dia lupa sejenak akan masalah yang berkaitan dengan dia dan Ryan. Pada malam itu juga dia tidur lebih kurang pukul 3 pagi kerana asyik melayan kawan-kawan lamanya dalam facebooknya. Lagipun esok hari ahad  hari cuti untuknya jadi bolehlah dia tidur lewat sikit. 

Pada pagi itu Balqis bangun pukul 10 pagi dan nasib baik pada hari itu dia mendapat ABC (Allah Bagi Cuti) dan haram untuk dia bersolat. Selepas membersihkan diri dia ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Namun, ketika menuruni tangga dia terhidu bau masakan yang amat enak.Setibanya dia di dapur dia melihat adiknya sedang memasak nasi lemak. Adik aku ni tahu je favourite aku..kata Balqis dalam hati.

 “Kenapa kau tak kejutkan aku? kalau tak kita boleh masak sama-sama. Barulah romantik sikit.”kata Balqis kepada adiknya sambil meneguk air oren yang disediakan diatas meja.

 “Aku dah kejutkan kau pukul 6 tadi tapi kau keras membatu je aku tengok. so aku masaklah sorang. Lagipun bukan selalu aku masak untuk kau kan?” bidas Hani sambil senyum kambing.

“Banyak lagi ke nak masak?

“Semua dah beres. Tunggu makan je. Jomlah makan.” Ajak Hani.

“Sedap kau masak. Kalau kau kahwin gerenti laki kau dah tak makan kat luar…”gurau Balqis sambil tergelak kecil.

“Kau jangan nak ngada-ngada ok!! Kau tu bila nak kahwin?. Aku dak tak sabar nak timang anak saudara and aku pasti mak kat kampung pun tak sabar jugak nak timang cucu.” Jawab Hani sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“Siapa cakap aku tak nak kahwin. Aku memang nak kahwinlah..”

“Cuma aku tak jumpa lagi Prince Charming aku.”balas Balqis sambil  tersenyum dan mencubit pipi tembam adiknya. Dia berlalu ke sinki untuk membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan.

“Sakitlah wei!”tempik Hani sambil menggosok pipinya. Sepantas kilat Hani bingkas bangun dan mencubit pinggang ramping kakaknya yang sedang khusyuk membasuh pinggan.

“Opocot kau!!!” Balqis melatah.

 “Padan muka kau. Siapa suruh kau cubit pipi aku!” balas Hani sambil tergelak.

“Kurang ajar kau!! Nasib baik aku tengah buat kerja kalau tak memang lunyai kau aku kerjakan.”Balqis menunjuk penumbuk sambil menjelir lidahnya.

 “Tak takut pun!” bidas Hani dan berlalu ke ruang tamu untuk menonton berita pagi.

 Balqis tergelak kecil dengan karenah adiknya. Hani merupakan adik bongsu yang sangat manja dan rapat dengan Balqis. Hani pandai berdikari dan tidak suka menyusahkan kakaknya serta keluarganya.

Balqis teringat ketika mereka berdua bersama-sama kerja di restoran  yang terletak jauh di Bandar Kuantan. Bermacam-macam kenangan pahit dan duka yang mereka alami bersama-sama demi mendapatkan duit untuk membayar yuran pengajian mereka. Kesusahan itulah yang menyebabkan mereka begitu rapat dan saling menolong antara satu sama lain. Semoga hubungan yang baik ini terus berkekalan. Doa Balqis dalam hati.

“Hoi, lamanya kau basuh pinggan? Kau basuh pinggan ke buat pinggan atau teringatkan Daniel?” tempik Hani di ruang tamu sambil tergelak besar. Dia puas hati kerana dapat mengenakan kakak kesayangannya itu.

“Aku teringat kat Daniel. Kenapa jealous ke?” laung Balqis.

“Aku tak jealous langsung. Suka sangat-sangat. Aku redha kalau dia jadi abang ipar aku” balas Hani.

Kurang ajar kau.Gumam Balqis dalam hatinya. Dia tersenyum sendiri apabila mendengar nama Daniel. Daniel merupakan kawan lama yang dikenali sewaktu dia menuntut di UTM. Daniel seorang jejaka yang mampu mencairkan hati semua wanita jika memandangnya. Namun, Balqis berkawan dengan Daniel bukan kerana kekacakannya tetapi keikhlasan Daniel untuk berkawan  walaupun Balqis tidak mempunyai rupa paras yang cantik macam kebanyakan perempuan yang cuba berdamping dengan lelaki itu.

 

1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.