SENYUMAN terukir di bibir Aisya sebaik saja dia
menapak dalam kedai Pak Leman. Waktu malam begini memang kedai Pak Leman akan
sunyi sepi. Maklumlah, orang kampung kebiasaannya akan tidur awal kecualilah
budak- budak muda yang kutu rayau.
Aisya mengorak langkah menuju ke satu rak yang
menempatkan pelbagai jenis coklat. Dia menelan air liur. Huih, sedapnya coklat
ni. Tapi duit aku cukup- cukup je untuk beli satu coklat. Bisik hati Aisya.
“ Argh, terpaksalah aku berkorban semata- mata untuk
dia. Kalau dia tak hargai apa yang aku buat, memang aku bagi penampar
Jepunlah,” Aisya mengomel sendirian.
Selepas puas ditilik semua coklat yang berada di
atas rak, tiba- tiba mata Aisya tertacap pada sepapan coklat Cadbury yang
sederhana besar tersusun di sebalik coklat yang lain. Hanya tinggal satu saja
coklat tersebut. Aisya tersenyum puas.
Aisya memanjangkan tangan untuk mencapai coklat
tersebut. Sebaik saja tangannya memegang coklat tersebut, tiba- tiba ada tangan
lain menyentuh tangannya. Aisya berpaling.
Kelihatan seorang lelaki sedang merenung tajam ke
arahnya sambil cuba menarik coklat yang dipegang Aisya. Wajahnya sebijik macam
Hakimi Danial. Aisya tidak mengalah. Dia membalas renungan lelaki itu dengan
tajam. Dia merampas coklat tersebut.
“ Itu coklat, saya punya!” jerit lelaki itu.
Aisya menjelirkan lidah.
“ Argh, aku punya!” balas Aisya dengan suara yang
agak meninggi.
“ Saya punya!” lelaki itu tidak mahu mengalah.
Aisya menarik nafas panjang. Lelaki itu merampas
coklat yang berada di tangan Aisya. Aisya tidak menunggu lama, dia kembali
merampas. Maka berlakulah sesi rampas- merampas di antara Aisya dan lelaki itu.
“ Lebih baik kau lepas coklat aku ni, sebelum aku
tumbuk muka kau!” ujar Aisya kemudian dia mengangkat penumbuk. Dia akan lakukan
apa saja asalkan coklat itu tidak terlepas ke tangan orang lain.
“ Aisya!” jerit satu suara membuatkan Aisya
berpaling. Pak Leman?
“Eh, Pak Leman. Bila sampai?” soal Aisya selamba.
Sempat lagi dia tersengih membariskan giginya yang putih.
“ Sampai apanya? Ni kan kedai Pak Leman,” ujar Pak
Leman dengan dahi yang berkerut. Entah kenapalah si Aisya ni.
“ Eh, yalah. Kedai Pak Leman. Aisya lupa,” balas
Aisya sambil menggarukan kepalanya yang bertudung. Dia tersengih lagi.
“ Sudah. Baru kahwin dah lupa? Ingat dekat suami
kamu ke? Ni hah, yang kamu bergaduh dalam kedai Pak Leman ni kenapa? Dah tak
ada kerja lain ke?” sambung Pak Leman dengan soalan yang bertalu- talu. Macam
peluru berpandu pula.
“ Mahu tak bergaduh, Pak Leman. Lelaki ni nak ambik coklat saya. Saya dulu yang pegang
coklat ni jadi coklat ni saya punyalah,” tingkah Aisya sambil menjuihkan bibir
pada lelaki itu yang terkebil- kebil memandangnya.
“ Aisya, kamu sedar tak dengan siapa yang kamu
bergaduh?” soal Pak Leman sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah ‘lelaki’
yang dinyatakan oleh Aisya.
Aisya mengerutkan kening. Mestilah aku sedar, aku
gaduh dengan Kimi kan? Bisik hatinya kemudian dia menoleh. Aisya tersentak,
kelihatan seorang budak lelaki berusia lebih kurang tujuh tahun sedang
tersengih menampakkan giginya yang rongak.
Aisya tersengih malu. Asyik sangat memikirkan Hakimi
Danial, sampaikan budak tujuh tahun yang tak ada gigi pun disangkakan Hakimi
Danial.
“ Hai, adik. Maaflah akak berkasar tadi. Tapi coklat
ni akak punya. Adik tak boleh makan coklat banyak- banyak. Gigi tu dah tak ada.
Adik nak ke semua gigi adik patah riuk,” Aisya memberi nasihat percuma. Dia
menggosok- gosok kepala budak lelaki tersebut.
“ Habis tu gigi akak tak patah ke makan coklat?”
soal budak lelaki itu lagi.
“ Heee…gigi akak kuat sebab akak pakai colgate. Adik
tu kecik lagi, jadi baik kurangkan makanan yang manis macam ni. Nanti kena
kencing manis lepas tu kaki adik kena potong. Adik nak macam tu?” soal Aisya
dengan wajah diseriuskan. Dia menjengilkan matanya pada budak tersebut.
Sebaik saja terdengar perkataan potong kaki,
sepantas kilat budak lelaki tersebut melepaskan pegangan tangannya. Cepat-
cepat dia berlari ke luar kedai meninggalkan Aisya dan Pak Leman.
Aisya tersenyum kemenangan. Bukan susah pun nak ugut
budak kecik. Hehehe…Hati Aisya ketawa jahat. Kemudian dia tersenyum dan
mengangkat- angkat keningnya pada Pak Leman. Pak Leman hanya mampu
menggelengkan kepala melihat telatah cucu Nek Timah yang satu ni.
AISYA memarkir motor dibawah rumahnya. Barang-barang
yang diletakkan di dalam raga motor diambil. Senyuman manis meleret dibibirnya.
Dia akan pastikan misinya untuk memujuk Hakimi Danial pada malam itu akan
berjaya.
Aisya mendaki tangga dengan perlahan-lahan. Dia
meraba-raba kunci didalam poket seluar Jeans. Isyyyy….mana pulak kunci ni?
Bisik Aisya sendiri. Poket seluar disebelah kanan pula diseluk. Isyyy…tak ada
jugak. Mana kunci ni pergi? Kunci ni suka susahkan akulah. Aisya mulai bengang.
Aisya mengangkat tangan untuk mengetuk pintu namun
hajatnya terhenti serta-merta apabila pintu itu telah pun terkuak dari dalam.
Terjojol wajah Hakimi Danial di depan matanya. Aisya mengurut dadanya sendiri
kerana terkejut.
“Saya tahulah muka saya kacak macam Shahid Kapoor
tapi tak perlulah buat muka terkejut dan excited
macam tu sekali.” Hakimi Danial masih lagi berdiri dihadapan pintu utama.
Serta-merta riak wajah Aisya berubah. Mulutnya yang
terlopong tertutup secara automatiknya.
“Kacaklah sangat.” Balas Aisya sepatah. Dia kemudian
menolak sedikit badan Hakimi Danial yang menghalangnya untuk masuk ke dalam.
Isyy…mamat ni dah tahu dah badan tu besar daripada aku tak payahlah nak buat
blocking kat depan ni. Marah Aisya dalam hati.
Aikkk….minah ni boleh pulak main tolak-tolak aku?
sudahlah aku yang tolong bukakan pintu untuk dia. Tak reti-reti nak berterima
kasih betullah minah seorang ni. Bebel Hakimi Danial dalam hati sambil
menggeleng kepala mengenangkan perangai isterinya yang tidak berapa nak berbudi
bahasa itu.
“Awak pergi mana tadi?” Hakimi Danial menutup semula
pintu utama.
Tiada jawapan yang diperolehi dari Aisya.
Hakimi Danial mengambil tempat disebelah Aisya yang
khusuyuk menonton cerita Hindustan di saluran Zee Tv. Dia langsung tidak
mengendahkan Hakimi Danial disebelahnya.
“Awak dengar tak apa yang saya tanya tadi?” Nada
suara Hakimi Danial sedikit keras.
“Awak ada tanya saya ke tadi?” Aisya buat muka
selamba. Matanya masih lagi fokus pada kaca televisyen. Sesekali mulutnya akan
mengikut menyanyi-nyanyi halus mengikut lagu Hindustan tersebut.
“Adalah. Takkanlah saya tanya dinding yang tak boleh
nak dengar dan bercakap tu ataupun awak yang pekak sebab tu tak dengar apa yang
saya tanya tadi.” Tempelak Hakimi Danial.
“Saya tak pekak lagilah cuma telinga ni sudah
sebulan tak korek sebab tu tak dengar awak tanya tadi.” Jawab Aisya sambil
menayang muka selamba badaknya itu. Dia tidak mengendahkan perasaan Hakimi
Danial.
‘Aisya…tadi cakap nak berbaik-baik dengan Hakimi
Danial tapi kenapa nak berperang mulut dengan dia pulak ni. Sekarang ni kau dalam misi untuk berterima
kasih dengan dia.’ Suara hati kecil mengingatkannya dan serta-merta dia
tersedar yang dia agak keterlaluan melayan Hakimi Danial.
“Lantak awaklah.” Hakimi Danial segera mengangkat
punggungnya dan dengan tidak semena-mena tangannya diraih oleh Aisya. Dia kaku.
“Maafkan saya.” Perkataan itu meluncur laju dari
mulut Aisya. Hatinya terasa sedikit lega apabila dapat meluahkan kata-kata
tersebut.
Hati Hakimi Danial tiba-tiba terasa sedikit
tersentuh apabila mendengar kata maaf daripada Aisya. Namun dia tidak harus
cepat termakan dengan pujukan Aisya. Dia ingin menguji kesungguhan Aisya untuk
memujuk dirinya.
Tanpa berkata apa-apa Hakimi Danial melepaskan
tangannya daripada genggaman Aisya. Dia kemudian membawa diri kedalam bilik.
Hatinya tergelak kecil melihat wajah Aisya yang sedih itu.
“Dia marah lagi ke dengan aku?Tak boleh jadi ni. Aku
kena pujuk dia jugak malam ni nanti kalau tak pujuk aku tak ada orang nak lawan
cakap.” Tekad Aisya. Dia segera mengangkat punggung dan televisyen dimatikan.
Langkahnya laju mengikut Hakimi Danial dari belakang.
Hakimi Danial menepuk-nepuk bantalnya. Matanya
terasa amat berat. Tak sabar rasanya untuk menutup mata. Aisya dibelakangnya
hanya berkelip-kelip memandangnya.
“Yang awak terpacak kat belakang saya kenapa?Awak
nak jadi bodyguard saya ke?”
Namun Aisya mampu tersenyum sambil menayang barisan
giginya yang putih. Sudah rupa macam model iklan Colgate pulak.
Hakimi Danial tidak mengendahkan senyuman manis
Aisya. Sekarang apa yang berada dalam fikirannya ialah TIDUR.
Hakimi Danial sudah terlentang diatas sofa.
Tangannya diletakkan atas dahi sambil mencuba untuk memejam mata yang agak
berat itu.
Aisya masih tercegat seperti patung cendana didepan
Hakimi Danial. Matanya berkelip-kelip memandang Hakimi Danial yang sudah
bebaring bersedia untuk tidur.
Mamat ni tak ada perasaan ke?Takkan dia tak perasan
yang aku dah lama tercegat kat depan dia ni?Monolog Aisya.
Perlahan-lahan Hakimi Danial menurunkan lengan yang
berada cantik punya atas dahinya yang licin.
“ Aisya, yang awak tercegat kat situ kenapa?Ada cita-cita
nak jadi patung kat Muzium Madame Tussaud ke?” Ujar Hakimi Danial sambil
memandang tepat ke arah Aisya. Matanya sedikit layu.
“Nah…saya nak bagi awak ni.” Dengan senyuman manis
Aisya menghulur sekeping coklat Cadbury yang siap diikat riben berwarna merah.
Mata Hakimi Danial tiba-tiba segar. Nak tergelak pun
ada dengan tindakan Aisya malam tu.
Dia ingat aku ni budak-budak ke sampai nak kasi coklat
bagai. Aisya…Aisya…Gumam Hakimi Danial.
“Awak buang tabiat apa malam-malam buta bagi saya
coklat. Tak boleh tunggu esok ke?” Hakimi Danial bersuara sambil memejam mata.
“Tak boleh. Saya kena bagi pada awak malam ni
sebagai tanda terima kasih sebab dah selamatkan daripada jatuh tempoh hari.
Selain tu, saya nak minta maaf sebab dah berkasar dengan awak tempoh hari.”
Suara Aisya agak lembut dan rendah. Hakimi Danial membuka matanya dan memandang
tepat pada anak mata Aisya.
Ada sinar kesungguhan dan keikhlasan disebalik anak
mata yang berwarna hitam itu. Senyuman manis terbit dibibir Hakimi Danial.
Kemudian dia bangun dan duduk menghadap Aisya yang masih tercegat dihadapannya.
Huluran daripada Aisya disambut. Cadbury yang
terikat dengan riben merah itu dipandang dengan penuh bermakna.
“Terima kasih untuk Cadbury ni tapi saya ni jenis
yang tak makan coklat……”
“Ya ke?Kenapa awak tak cakap awal-awal yang awak tak
makan coklat?”
“Awak tak tanya. Lagipun mana saya tahu yang awak
nak belikan coklat untuk saya. Lain kali belilah kereta ke. motor ke, laptop ke
ini tidak beli coklat aje.” Gurau Hakimi Danial.
“Amboi, demand nampak. Ini dah kira okeylah ni saya
belikan coklat untuk awak. So, sekarang awak dah maafkan sayalah ya?” Tanya
Aisya sambil berkelip-kelip banyak.
“Errmmmmm…..” Hakimi Danial menggaru-garu dagunya
yang tidak berjanggut itu. Aisya dengan muka tenang menunggu jawapan daripada
mulut Hakimi Danial.
“Tengoklah dulu saya nak maaf ke tidak. Sekarang
saya nak tidur dulu. Mata saya dah mengantuk.” Hakimi Danial segera berbaring
dan menutup seluruh tubuhnya termasuk wajahnya dengan kain gebar. Hatinya
gembira bukan kepalang kerana dapat mengenakan Aisya.
Aisya mengetap bibir. Geram….
“Sampai hati awak. Tak nak kawan dengan awak dah.
Bye…good night.” Ucap Aisya kecewa lalu dia melangkah ke katilnya. Hatinya
cukup sebal dengan Hakimi Danial.
‘Orang nak dah minta maaf nak buat sombong pulak.
Aku tak nak tegur kau esok.’Marah Aisya sendiri. Bantal peluk dipeluk erat dan
matanya tertutup dengan sendirinya.
Hakimi Danial membuka gebarnya perlahan-lahan
apabila pasti yang Aisya sudah nyenyak tidur. Tanpa disangka-sangka Hakimi
Danial tersenyum sendiri sambil memeluk erat coklat pemberian daripada Aisya.
‘Terima kasih, Isya. Aku maafkan kau.’ Ujar Hakimi
Danial dalam hati. Kemudian dia tertidur dan diulit lena yang indah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.