BAB 25
BUNYI kompang yang dipalu memenuhi segenap ruang Hotel Saga tengah
hari itu. lebih daripada seribu tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis
persandingan pasangan raja sehari iaitu Aryani dan Zariel. Kedua pasangan itu
kelihatan cantik dengan pakaian sedondon yang ditempah khas daripada Rizalman,
pereka fesyen terkenal tanah air.
Ternyata kedua mempelai itu kelihatan gembira dan bahagia kerana
di kelilingi oleh orang- orang tersayang. Dalam kemeriahan kerana diraikan,
sempat juga Aryani melemparkan senyuman yang manis pada Mardiyah yang hanya
boleh di pandang dari kejauhan. Kelihatan kakak iparnya itu sibuk melayan anak-
anak yatim dari rumah Nur Cahaya yang telah dijemput oleh Datin Zarina.
“ Diya, cantik jugak adik ipar kau ek? Kenapa kau tak cakap pada
aku yang suami kau ada adik secantik macam dia. Kalau tak boleh aku ngurat.” Usik
Yusuf sambil berbisik.
“ Sssh..cakap perlahan- lahan tak boleh ke? Kalau orang lain
dengar apa yang kau cakap ni, naya aku tau.” Marah Mardiyah sambil muka di
masamkan.
Yusuf hanya tergelak kecil. Dia memandang sekeliling mereka hanya
ada anak- anak kecil yang memang tidak tahu menahu tentang apa yang
dibicarakan.
“ Kau rasa Zahara ini faham ke apa yang aku cakap?” tanya Yusuf
sambil tersengih.
Mardiyah menjeling pada Zahara yang berumur lima tahun yang duduk
bersebelahan dengannya. Anak kecil itu
hanya tersegih pada Mardiyah. Kemudian matanya beralih pada laman wajah Yusuf
yang bersih. Dia mengetap bibir dan denga sengaja dia meyiku lengan sepupunya
itu.
“ Sajalah tu nak kenakan aku.” Mardiyah mencebik. Yusuf tergelak.
“ Assalamualaikum..” sapa satu suara.
Mardiyah berpaling dan terseyum bila melihat Raqeem berdiri di
hadapannya. Lelaki itu segak dengan baju melayu tersarung di tubuhnya yang
tegap. Bibir lelaki itu juga tidak lekang dengan senyuman yang boleh
mengetarkan jiwa pada sesiapa yang melihat.
“ Wa’alaikumusalam. Eh, awak Raqeem, saya ingat siapa tadi.”
“ Boleh saya duduk?” Tanya Raqeem ramah.
“ Eh duduklah.”
Mardiyah mempelawa Raqeem untuk duduk di sebelahnya manakala Yusuf
hanya tersenyum penuh makna pada Mardiyah.
“ Oh sebelum saya lupa kenalkan ini Yusuf sepupu saya dan Yusuf
ini Raqeem. Office mate aku.” Ujar
Mardiyah memperkenalkan mereka berdua.
Raqeem dan Yusuf saling bersalaman dan menukar senyuman.
“ Okeylah Diya aku nak tengok budak- budak yang lain pulak. Kau
tahulah Isya tak dapat datang ni terpaksalah aku yang tolong umi jaga anak-
anak ni. Aku cau dahululah.” Yusuf meminta diri dan meninggalkan Mardiyah dan
Raqeem.
“ Cantik awak hari ini?” Puji Raqeem sambil tersenyum manis.
“ Tak adalah. Biasa- biasa saja.” Ucap Mardiyah merendah diri.
Wajahnya sudah merona merah.
“ Kalau awak tak rasa awak cantik, tak mengapa tapi saya tetap nak
cakap awak cantik hari ini.” Ujar Raqeem lagi.
Mardiyah hanya menunduk. Dia merenung baju kurung moden berwarna
ungu yang dipakainya. Bagi Mardiyah penampilannya biasa sahaja cuma hari ini
wajahnya disolek dengan solekan tipis. Tetapi Mardiyah tidak tahu solekannya
telah membuatkan wajahnya bertambah seri.
“ Awak dah lama ke buat kerja- kerja amal ni?” tanya Raqeem sambil
meneguk air sirap yang diambil sebentar tadi.
“ Emm, dah lama dah sejak saya lepas belajar lagi. Seronok tau
buat kerja- kerja macam ini. Kalau kita buat kerja- kerja amal, barulah kita
tahu hargai erti kehidupan sebenar. Awak tak pernah ke buat kerja- kerja macam
ini?” tanya Mardiyah pula.
“ Err, bukan tak pernah cuma masa yang menghadkan saya untuk buat
kerja- kerja begitu.” Jelas Raqeem berterus terang.
Mardiyah tersenyum. Dia dah agak orang yang kaya seperti Raqeem
pasti tiada masa untuk melakukan kerja masyarakat seperti yang biasa dia
lakukan.
“ Sometime kita kena
cari masa untuk membuat amal sebab amalan yang akan menentukan kehidupan kita
di akhirat kelak.”
Raqeeem mengangguk tanda setuju dengan kata- kata gadis itu.
“ Betul saya setuju sebab itu saya selalu cari masa untuk ke rumah
Nur Cahaya dengan awak tapi time saya
tak busy awak pulak busy. Mungkin suatu hari nanti awak
boleh temankan saya. Saya nak sangat keluar dengan awak.” Tutur Raqeem lembut.
“ InsyaAllah.”
Dia membalas senyuman Raqeem yang ikhlas. Mata bundarnya melilau
memandang seluruh dewan yang dipenuhi dengan orang ramai. Tiba- tiba matanya
terpaku pada sepasang mata yang sedang merenung ke arahnya. Berderau darah
Mardiyah bila mata itu terus merenungnya dan dengan pantas Mardiyah menundukkan
wajah. Dia masih belum dapat memaafkan atas apa yang lelaki itu sudah lakukan
padanya semalam. Dia benci melihat wajah yang hanya menambahkan sakit di
hatinya.
“ Awak dah ada boyfriend?”
tanya Raqeem tiba- tiba mengejutkan Mardiyah.
“ Hah? Kenapa tanya macam itu?”
Raqeem ketawa melihat wajah Mardiyah yang berkedut seribu.
“ Yelah semasa saya tengok awak dengan Yusuf tadi saya ingat dia boyfriend awak. Cemburu jugak saya.”
Ucap Raqeem bersama tawa.
“ Ada ke awak fikir Yusuf tu boyfriend
saya. Saya tak ada boyfriendlah
apatah lagi special boyfriend.” Balas
Mardiyah.
Raqeem tersenyum senang.
“ Kalau begitu, ada tak peluang untuk saya?”
Serentak Mardiyah berpaling. Dia terpana. Apa yang harus dijawab?
AMMAR mendengus bila melihat isterinya sedang duduk berbual mesra
dengan lelaki lain tetapi tiada apa yang dapat dia lakukan hanya dapat
memandang daripada kejauhan dengan hati yang membengkak. Tapi jika difikirkan
balik untuk apa dia sakit hati padahal antara dia dan Mardiyah tiada apa- apa
hubungan. Mungkinkah dia cemburu? Kalau perasaan itu adalah perasaan cemburu,
ya Ammar memang dilanda perasaan cemburu saat ini.
Mungkin gadis itu masih marah padanya berkenaan peristiwa semalam.
Ammar akui memang dia yang bersalah kerana membiarkan dirinya hanyut terbuai
perasaan tetapi hubungan mereka halal dan apa yang berlaku semalam bukanlah
satu dosa malah dia berhak terhadap gadis itu walaupun dia tidak pernah
menerima Mardiyah sebagai isterinya. Alamak,keadaan Ammar semakin rumit.
“ Sayang, kenapa senyap je ni?” Suara gemersik Lydia memecah
lamunan Ammar.
Ammar berpaling pada Lydia yang kelihatan jelita dengan kebaya
pendek sesuai dengan tubuh gadis itu yang langsing.
“ Just nothing. I cuma
penat je handle majlis ni.” Jawab Ammar
acuh tak acuh.
“ You kena practice tau
nanti majlis kita I nak buat yang lebih grand
daripada ini. I nak buat konsep fairytale.
You mesti segak dengan sut putih dan I mesti cantik dengan gaun labuh. Betul
tak sayang?” rengek Lydia manja sambil memeluk lengan Ammar.
Ammar yang sedang meneguk air tiba- tiba tersedak. Kahwin? Biar
betul? Selama ini Lydia tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan tetapi
kenapa sekarang gadis itu membicarakan soal ini?
“ You nak kahwin dengan I?” tanya Ammar pelik. Dia terbatuk- batuk
kecil.
Lydia mengerutkan dahi. Apa kena dengan lelaki ini?
“ Kenapa you tanya soalan macam itu? kan kita memang nak kahwin
nanti. Dulu kan you ada cakap pada I yang you nak I jadi isteri you dan memang
dulu I tak setuju sebab I belum sedia tetapi bila I tengok adik you bersanding
ni, I rasa I dah bersedia untuk jadi isteri you infact I dah tak sabar tau.” Ucap Lydia sambil tersenyum menggoda.
Dahi Ammar berpeluh. Biar betul minah ni? Dulu aku ajak kahwin
bukan main lagi banyak alasan tup- tup ajak aku kahwin pulak. Aduh macam mana
ni? Dia tak tahu lagi yang aku dah kahwin dengan Diya. Nanti apa pula cakap
Diya aku nak kahwin dengan Lydia. Eh bukan ke Diya tak kisah aku nak kahwin
dengan siapa, dia pun dah ada Raqeem. Kenapa aku fikirkan dia pula? Gumam hati
Ammar. Dia menjadi tidak keruan.
“ Am, you dengar tak apa yang I cakap ni?” rungut Lydia apabila
Ammar hanya diam membisu.
“ I dengarlah. Nanti I tanya mama I.” jawab Ammar ringkas.
“ Ala you ni, yang nak kahwin dengan I bukan mama you tapi you. Kenapa you macam tak ada mood je nak cakap pasal kahwin ni dengan
I? you dah ada orang lain ke?” Lydia mula memuncung.
Dia dapat rasakan yang Ammar sudah berubah. Sikapnya kadang-
kadang dingin membuatkan Lydia bengang. Dia rasa seolah- olah tidak di hargai
oleh lelaki itu.
“ Lydia, memang I yang nak kahwin dengan you tapi I tak boleh
ketepikan mama dan papa I. Cuba you bawak bersabar sikit. Hal nikah kahwin ni
bukan perkara main- main.” Tegur Ammar.
Dia merengus. Mula berasa rimas dengan sikap Lydia yang suka
mendesak.
“ Ehem- ehem, boleh auntie join
you all?” sapa satu suara.
Lydia dan Ammar mendongak. Kelihatan Datin Katty bersama sahabat
karibnya Tengku Haryati berdiri di samping mereka sambil tersengih. Lydia
tersenyum dengan senang hati manakala Ammar membuang pandang ke tempat lain.
Dia malas melayan Datin Katty dan Tengku Haryati yang busy body.
“ Boleh datin, tengku duduklah. Kami pun berbual kosong saja.”
Lydia bermanis muka.
Datin Katty dan Tengku Haryati melabuhkan duduk di sebelah Lydia.
Dia memandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Datin Zarina dan Datuk
Zainal yang tidak kelihatan.
“ Mama dengan papa Am kat mana? Auntie tak nampak pun.” Tanya
Datin Katty memulakan bicara.
“ Mama, papa sibuk layan tetamu kot. Am je yang rehat sekejap. Auntie
dah makan?” tanya Ammar sekadar berbasa basi.
“ Dah. Baru je lepas tadi. Cantik adik Am tu bertuah Doktor Zariel
kan Yati.” Datin Katty memuji. Sempat lagi lengan Tengku Haryati di siku
membuatkan Tengku Haryati mengangguk setuju.
Ammar hanya tersenyum. tiada apa yang perlu diperbahaskan.
“ Auntie tengok Am dengan Lydia memang pasangan yang sesuai. Bila
lagi kamu berdua hendak mendirikan rumah tangga. Yelah orang cantik macam Lydia
dan lelaki kacak macam Am ni mesti ramai peminat. Nanti kalau lambat, dikebas
orang pula.” Ujar Tengku Haryati.
Lydia ketawa manja sambil menepuk lengan kekasih hatinya itu.
“ I percaya dengan kekasih I ni, dia mesti setia dengan I.” balas
Lydia sambil menjeling Ammar yang berada di sebelahnya.
“ Memanglah Am setia dengan you tetapi kalau dah asyik digoda
mesti cair juga kan?” Datin Katty tersenyum penuh makna.
Dahi Lydia berkerut seribu manakala Ammar tersentak.
“ Apa maksud auntie?” Ammar bersuara. Dia tidak selesa dengan apa
yang dikatakan oleh Datin Katty itu.
“ Auntie bukan nak mengumpat tapi ini yang auntie rasa kalau
korang tak percaya auntie tak marah. Auntie rasa macam secretary Am tu macam nak goda Am je. Am tak perasan ke dia dekat
dengan Yani mesti ada maksud sebaliknya. Auntie cuma nak nasihatkan korang
berdua, perempuan yang tak setaraf dengan kita hanya nak kikis duit je. Macam
kawan auntie dulu, menantu dia kikis semua duit dia lepas itu lari ke overseas. Auntie tak naklah perkara ni
jadi dekat you all berdua.” Ujar
Datin Katty tanpa perasaan. Tengku Haryati pula hanya mengiakan segala kata-
kata wanita separuh umur itu.
Telinga Ammar berdesing. Dia tidak suka jika ada orang yang
mengata Mardiyah di hadapannya. Rasa panas mula menyerap dalam dirinya tetapi
dia tetap bersabar.
Manakala, Lydia mempercayai segala apa yang dikatakan oleh Datin Katty.
Rasa benci makin mendalam buat gadis yang bernama Mardiyah.
“ Betul ke datin? I dah agak dah perempuan kampung macam Mardiyah
itu memang ada hati busuk. Nampak je alim, pakai tudung tapi hati macam
longkang.” Kutuk Lydia lagi.
Datin Katty dan Tengku Haryati ketawa jahat. Jarumnya sudah
mengena.
“ Semalam, masa I tolong mama Am siapkan hantaran, I nampak secretary Am tu rapat sangat dengan Yani
dan Akhil sebab tulah I syak something,”
sampuk Tengku Haryati.
“ Betul ke Tengku? Tapi I akan pastikan yang Am takkan dekat
dengan perempuan kampung tu.” sambung Lydia lagi.
“ Auntie kenal ke dengan Diya tu sampai sanggup auntie fitnah dia
begitu. Dia kerja dengan saya dan saya tahu dia macam mana dan dia tak seperti
yang auntie katakan. Apa yang paling peting dia tak pernah goda saya…” ‘ saya
yang tergoda dengan dia.’
Kata- kata itu hanya bernaung dalam hatinya. Bukan dia hendak
membela Mardiyah tetapi dia tidak suka gadis seperti Mardiyah difitnah kerana
dia kenal dengan gadis itu apatah lagi gadis itu adalah isterinya.
“ Kalau dia baik dengan adik- adik I sekalipun itu tak ada kena
mengena dengan auntie sebab mama I pun tak kisah. Diya dan Yani berkawan takkan
itu pun salah? Kita hidup dalam dunia ni jangan asyik nak membezakan taraf kita
dengan orang lain je sebab mati nanti pun pakaian kita tetap sama juga,”
tempelak Ammar perlahan tetapi cukup sinis.
Datin Katty terkulat- kulat. Dia tiada jawapan.
“ Apa kena dengan you ni sayang. Sejak bila pula you pandai
sebelah pada budak kampung tu?” marah Lydia.
“ Dia ada nama Lydia.” Tegur Ammar. Tetapi suara dia masih
terkawal.
Lydia mendengus. Dia tidak suka dengan sikap Ammar yang
menyebelahi Mardiyah padahal dahulu lelaki itu cukup benci jika mendengar nama
Mardiyah.
“ I malas nak bertekak dengan you. I nak cari Akhil sekejap
sementara itu you layanlah ‘ IB’ ni sampai petang.” Ucap Ammar meminta diri.
Dia berdiri tapi suara Lydia menghentikan langkahnya.
“ IB? apa tu?” tanya Lydia kebingungan.
Datin Katty dan Tengku Haryati menanti jawapan daripada mulut
Ammar.
“ IB tu internet bergerak. Banyak yang you boleh tahu daripada auntie-
auntie tercinta ini. Okey I keluar sekejap.” Jawab Ammar selamba dia lansung
tidak mempedulikan wajah Datin Katty dan Tengku Haryati yang berubah. Marahlah
tu. Ada aku kisah. Ammar tergelak dalam hati.
Sewaktu dia berpaling dia tersentak bila Mardiyah berada betul-
betul di hadapannya. Mata mereka bertentangan seketika sebelum Mardiyah meminta
diri untuk berjumpa dengan Aryani. Ammar menelan liur yang rasa tersekat di
kerongkong, jantungnya juga bergetar hebat apabila anak mata itu menikam jauh
ke dalam sanubarinya walaupun tiada segaris senyuman diberikan padanya. Ammar
menarik nafas panjang serentak dia meletakkan telapaknya di dada. Dia dapat
rasakan jantung berlari pantas. Apa dah jadi ni?
USAI solat Isyak, Mardiyah menadah tangan memohon doa kepada ALLAH
s.w.t supaya dipermudahkan urusannya di dunia dan juga di akhirat kelak. Dia
juga tidak lupa memohon kepadaYang Maha Berkuasa supaya ditempatkan arwah
ayahnya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Sebaik sahaja nama
ayahnya di sebut, hati Mardiyah dirundung sebak. Seakan teringat kembali
kenangan manis bersama ayahnya dahulu dan apa yang paling diingatinya ialah nasihat
Yasir yang masih tersemat di dalam ingatannya.
“ Ayah pilih nama Ainur Mardiyah ini untuk Diya adalah sempena
nama ketua segala bidadari di syurga dan ayah harap Diya dapat menjadi bidadari
di hati orang lain.” Ucap Yasir bersama senyuman.
Kepala Mardiyah di belai dengan kasih sayang yang tidak terhingga.
Dia yakin suatu hari nanti Mardiyah akan jadi seorang perempuan yang berguna
dan akan menjadi wanita yang solehah.
Mardiyah tersentak bila terasa air mata menitis dia atas
lengannya. Dia menyapu sisa air mata tersebut. Pilunya di dalam hati bila dia
tidak dapat menjadi seperti apa yang ayahnya mahukan. Dia tidak dapat menjadi
bidadari di hati semua orang. Hal ini terbukti bila ibunya sendiri membuang dia
daripada hidup dan suaminya sendiri tidak mengakui dia sebagai isteri.
Mardiyah mengeluh. Entah apa yang akan berlaku dalam hidupnya
lagi. Selagi dia boleh bertahan, dia akan bertahan kerana dia tahu pasti ada
hikmah di sebalik apa yang berlaku dalam hidupnya itu.
Perlahan- lahan Mardiyah bangun daripada tempat duduknya. Tiba-
tiba tekaknya terasa haus. Dia menyangkut sejadah dan kain telekung di penyidai
yang telah disediakan. Malam ini merupakan malam terakhir dia tinggal di rumah
Datin Zarina kerana majlis perkahwinan Aryani sudah selesai petang tadi.
Mardiyah bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dia
terpaksa menipu Quraisya semata- mata untuk memenuhi hajat Datin Zarina dan
Aryani supaya bermalam di rumah mereka.
Tiba- tiba dia teringat tentang pertanyaan Raqeem yang dianggap
pelik oleh Mardiyah.
“ Kalau begitu, ada tak peluang untuk saya?”
Pertanyaan itu bergema dalam fikiran Mardiyah. Seriuskah lelaki
itu dalam berkata- kata? Jika benar lelaki itu menyukai dia, tetapi adakah dia
juga turut menyukai lelaki itu. Mardiyah mengetuk dagunya. Serentak wajah kacak
Raqeem terlayar ke ruang fikiran. Memang lelaki itu mempunyai ciri- ciri lelaki
idamannya tetapi Mardiyah merasa dirinya tidak layak untuk lelaki sehebat
Raqeem. Mardiyah menarik nafas panjang dia berdiri di hadapan cermin cuba
meneliti wajahnya di dalam cermin.
Mardiyah tahu dia tidak secantik Lydia dan juga Aryani malah
Quraisya lebih cantik daripadanya. Wajah dia boleh diketegorikan sebagai sedap
mata memandang sahaja dan tidak hairanlah jika Nizam pun lari pada wanita yang
lebih cantik. Itu hanya pendapat Mardiyah tetapi dia tidak sedar sebenarnya
setiap manusia diberikan kelebihan dan keburukan masing- masing. Akibat
daripada perbuatan Nizam yang berkahwin dengan wanita lain, Mardiyah menjadi
seorang yang rendah diri.
‘Jadi adakah aku sesuai dengan Raqeem?’ Mardiyah bermonolog
sendirian.
Perlahan- lahan dia mengelengkan kepala.
‘ Jangan nak cari pasal Diya, kau tu dah berkahwin. Habis macam
mana dengan laki kau tu?’ hatinya menegur.
Mardiyah mencebikkan bibir. Laki? Siapa laki aku? Tanya dia balik.
Dia tidak pernah menganggap yang Ammar itu adalah suaminya kerana lelaki itu
tidak pernah menghormati perasaannya sebagai perempuan. Sikapnya yang dingin
cukup membuatkan Mardiyah sakit hati. Cuma sejak dia tinggal beberapa hari di
rumah Datin Zarina ini, lelaki itu sedikit sebanyak cuba berlembut dengannya
dan apa yang tidak dapat dilupakan adalah sewaktu dia dan Ammar terkunci di
dalam bilik Aryani. Dia tidak akan lupakan saat pertama kali lelaki itu
menyentuhnya sejak hampir dua bulan mereka berkahwin secara rahsia.
Mardiyah mencapai sikat lalu menyikat rambutnya yang ikal mayang.
Dia merenung dirinya yang santai dengan gaun malam yang dihadiahkan oleh Aryani
sewaktu pertama kali dia tidur di rumah itu. Mardiyah tersenyum bila
mengingatkan kebaikan Aryani dan Datin Zarina kepadanya.
Selepas puas meneliti wajahnya di dalam cermin, Mardiyah berkira-
kira untuk ke dapur. Namun langkahnya terhenti bila melihat penampilannya yang
separuh siap. Apa tidaknya gaun malam yang dipakai hanya separuh lutut dan
mendedahkan betisnya yang putih. Lengan gaun yang pendek itu cukup membuatkan
Mardiyah rasa seksi. Perlu ke tukar baju? Tanya hati Mardiyah. Serentak dia
memandang jam di dinding. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 11.30 malam. Pastinya
penghuni banglo ini sudah nyenyak dibuai mimpi kerana sewaktu Mardiyah meminta
izin untuk berehat tadi Datin Zarina dan Datuk Zainal sudah pun berlalu ke
bilik diikuti dengan yang lain kecuali Ammar. Bayang lelaki itu tidak
kelihatan.
Mardiyah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia yakin Ammar
sudah tidur dan tanpa berlengah dia memulas tombol pintu dengan perlahan-
lahan. Selepas memandang ke kiri dan ke kanan Mardiyah keluar. Nampaknya line clear.
TEPAT pukul 11. 30 malam kereta Ammar memasuki laman rumah banglo
miliknya. Rasa penat menjalar ke dalam dirinya apatah lagi sebentar tadi dia
terpaksa menemani Lydia di apartment kerana gadis itu mahu memperkenalkan Ammar
dengan teman- temannya yang lain. Kalau diikutkan Ammar yang penat, sudah lama
di cabut lari tetapi dia tidak tahan mendengar rengekan Lydia yang merimaskan.
Akhirnya dia turutkan jua.
Perlahan- lahan tombol pintu dipulas. Rumahnnya kelihatan gelap
mungkin semua sudah tidur. Fikir Ammar. Tiba- tiba tekaknya terasa haus dengan
pantas kakinya dihayunkan ke dapur.
Setibanya dia di dapur, Ammar terlihat sebatang tubuh sedang
berdiri tegak di hadapannya. Dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana cahaya
hanya samar- samar sahaja.
“ Yani ke tu?” Tanya Ammar. Dia pelik kalau Aryani, kenapa adiknya
berdiri di dalam gelap begitu bukankah Aryani takut gelap.
Ammar tidak berpuas hati. dia memetik suis lampu yang berada
berhampiran dengannya. Saat suis lampu terbuka dia dapat melihat dengan jelas
figura wanita yang berdiri membelakanginya. Namun sewaktu dia ingin menghampiri
gadis tersebut tiba- tiba matanya terpandang kilauan emas di atas lantai.
Dengan pantas dia membongkokkan badan dan mencapai seutas rantai tangan yang
terukir huruf A. M. Siapa punya? Dahi Ammar berkerut. Tak mungkin Aryani punya.
“ Yani?” tegur Ammar.
Bahu gadis yang dianggap Aryani itu disentuh.
Mardiyah tersentak. Dahinya berpeluh. Habislah aku kali ini.
Serentak dia berpaling.
Ammar terpegun bila melihat wajah gadis yang berada di hadapannya
sekarang, memang bukan Aryani tetapi sebaliknya Mardiyah. Penampilan gadis itu
sungguh berlainan daripada biasa malah inilah kali kedua Ammar melihat Mardiyah
tanpa tudung di kepala dan gaun malam yang dipakai gadis itu agak mendedahkan
kulitnya hingga membuatkan Ammar terpesona.
“ Diya, kau buat apa dalam gelap tadi?” tanya Ammar cuba
menyembunyikan rasa lain yang mula menjentik tangkai hatinya.
“ Err.. saya haus sebab tu saya turun minum sekejap. Encik dari
mana?” tanya Mardiyah tergagap- gagap.
Sebenarnya dia tidak selesa dengan pandangan Ammar yang agak
berlainan daripada biasanya. Mungkin kerana penampilannya yang tidak bertudung
sekarang ini. Perlahan- lahan Mardiyah menarik sedikit bajunya untuk menutup di
bahagian dadanya yang agak terdedah.
“ Aku dari apartment Lydia. Mama dengan yang lain dah tidur ke?”
tanya Ammar selamba. Matanya difokuskan pada laman wajah isterinya yang
kelihatan resah.
Mardiyah mengangguk.
“ Kalau tak ada apa- apa saya masuk bilik dahulu ye.” Mardiyah meminta diri. Dia
menundukkan wajah.
“ Nanti dahulu. Ini kau punya ke?” pertanyaan Ammar mematikan
langkah Mardiyah. Dia berpaling.
Ammar menunjukkan rantai tangan yang berada dalam genggamannya.
Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.
Mardiyah gelabah. Dia memandang pergelangan tangannya. Bagaimana
rantai tangan itu berada dalam genggaman Ammar? Dahi Mardiyah berkerut.
“ Macam mana boleh ada dengan encik?” tanya Mardiyah pelik.
Ammar hanya tersenyum.
“ Kau nak ke?”
“ Kalau nak, datanglah ambil.” sambung Ammar sambil menghulurkan
rantai tangan itu pada Mardiyah.
Mardiyah melangkah setapak demi setapak hingga jarak dia dengan
Ammar hanya terpisah beberapa sentimeter sahaja lagi. dia mula gelisah kerana
tiada tanda- tanda Ammar akan memberikan rantai tangan kesayangannya itu.
“ Kenapa jauh sangat? Datanglah dekat lagi.” panggil Ammar seolah-
olah menggoda.
Dia memandang Mardiyah daripada hujung rambut hingga hujung kaki.
Ammar tersenyum nakal. Dia teringat peristiwa sewaktu dia terkunci di dalam
bilik Aryani bersama dengan Mardiyah. Dia tidak akan pernah lupa pertama kali
dia menyentuh gadis itu walaupun hanya sekadar ciuman.
“ Encik tolong berikan rantai tangan itu.” pinta Mardiyah.
Kalau boleh dia tidak mahu berlama- lama di situ kerana dia tidak
suka dengan pandangan Ammar yang menjamah setiap inci tubuhnya. Dia tidak mahu
kejadian tempoh hari berulang lagi.
Ammar menghulurkan rantai tangan itu pada Mardiyah dan sewaktu
gadis itu ingin mengambilnya, Ammar mengenggamnya kembali. Dia ketawa kecil
melihat wajah Mardiyah yang mula merona merah.
“ Please sir, jangan
main- main.” Bentak Mardiyah.
“ Dekat sikit. Aku janji aku tak akan apa- apa kan kau.” Ucap
Ammar seolah- olah berbisik. Dia tersenyum manis.
Mardiyah serba salah. Dadanya pula mula memainkan irama yang tidak
tahu apa muziknya. Kenapalah lelaki ini buat perangai lagi?
Dengan langkah yang berat, Mardiyah melangkah setapak menjadikan
jarak antara dia dan Ammar hanya seinci sahaja. Nafas Mardiyah sudah mula tidak
teratur apatah lagi panahan anak mata hazel lelaki itu tepat memandang wajahnya
hingga membuatkan Mardiyah tertunduk malu.
“ Please Encik Am,
rantai tangan itu amat bermakna buat saya. Rantai tangan itu pemberian daripada
arwah ayah saya.” Rayu Mardiyah dengan wajah yang tetap ditundukkan.
“ Tak payah panggil encik, kita bukan dalam ofis.” Ujar Ammar.
“ Tapi….”
Kata- kata Mardiyah mati apabila Ammar menghulurkan rantai tangan
miliknya. Dia meneguk air liur. Perlahan- lahan Mardiyah mencapai rantai tangan
tersebut namun saat jari jemarinya menyentuh rantai tangan tersebut dengan
pantas tangannya ditarik oleh Ammar hingga membuatkan dia terdorong ke hadapan
dan jatuh ke dalam pelukan suaminya.
Berderau darah Mardiyah dibuatnya. Dia memandang wajah Ammar yang
begitu hampir dengan wajahnya namun lelaki itu hanya bersikap biasa tetapi
tiada siapa yang tahu gejolak hatinya di dalam. Mardiyah cuba menolak tubuh
sasa milik Ammar namun lelaki itu semakin mengetatkan pelukannya membuatkan
Mardiyah tidak keruan. Dia dapat merasakan wajahnya berbahang akibat malu
dengan perbuatan Ammar.
“ Encik, lepaskan saya. Jangan ulangi apa yang encik pernah
lakukan tempoh hari. Saya tak suka,” pinta Mardiyah. Dia meronta- ronta.
Ammar hanya tersenyum namun tangannya tetap kejap memeluk pinggang
ramping isterinya. Dia sendiri tidak mampu menghalang perasaan yang sedang
menyerang dirinya saat ini. Perasaan yang tidak pernah dia rasakan selama ini
dengan mana- mana gadis.
“ Panggil aku Am je..” bisik Ammar di telinga Mardiyah.
“ Please let me go.”
Rayu Mardiyah lagi. Dahinya sudah berpeluh kerana cuba melepaskan diri daripada
Ammar.
“ Kenapa takut ke?” bisik lelaki itu. Dia semakin kemaruk. Kemaruk
dengan perasaan yang begitu indah bermain di kalbunya.
Ammar membelai rambut isterinya yang panjang. Dia tersenyum
menggoda sebelum jari jemarinya mengelus lembut pipi Mardiyah yang gebu dan
matanya tidak lepas daripada merenung bibir mungil gadis itu yang mampu
mengoyahkan imannya. Bibir merah itu yang telah membuatnya hilang pertimbangan
tempoh hari dah sekarang sekali lagi perasaan aneh itu menyerang dirinya. Ammar
mendekatkan lagi wajahnya. Dekat dan semakin dekat hingga tercium haruman yang
terbit daripada setiap inci tubuh itu membuatkan keinginan dia semakin kuat
untuk gadis itu.
Mardiyah semakin gelisah namun dia seakan terpaku dengan renungan
mata Ammar yang redup hingga membuatkan dia tidak dapat berbuat apa- apa. Dia
dapat rasakan nafas dia dan Ammar bersatu saat wajah lelaki itu menghampiri
wajahnya.Mardiyah tidak mampu bertahan lama kerana dia bimbang dia akan tewas
lagi di tangan lelaki itu. Namun,tiba- tiba….
“ Ehem- ehem…” bunyi deheman mengejutkan kedua insan tersebut.
Kedua- duanya berpaling. Mereka tersentak bila melihat Aryani dan
Datin Zarina berdiri di muka pintu dapur. Lalu dengan pantas Ammar melepaskan
pelukan di pinggang Mardiyah. Dia mengigit bibir. Malu tak terkira namun dia
hanya bersikap selamba. Mereka terperangkap.
Begitu juga dengan Mardiyah. Dia tertunduk malu kerana memang
pasti Aryani dan Datin Zarina melihat apa yang berlaku di antara dia dan Ammar.
Wajah Mardiyah bertambah merah bila melihat Aryani yang tersenyum simpul.
“ Eh mama dengan Yani tak tidur lagi ke?” tanya Ammar tergagap-
gagap.
“ Nak tidur dah tapi mama risau kamu tak balik lagi sebab itulah
mama turun. Tak sangka Diya pun tak tidur lagi.” tutur Datin Zarina sambil mata
coklatnya beralih pada laman wajah Mardiyah yang memerah.
“ Diya dah nak masuk tidur ni datin eh mama…” ujar Mardiyah
tersasul. Dia cuba menelan air liur yang terasa pahit.
Aryani dan Datin Zarina menahan gelak bila mendengar suara
Mardiyah yang gelabah.
“ Diya masuk dulu ye. Selamat malam.” ujar Mardiyah lantas
melangkah dengan pantas meninggalkan ruang dapur.
Pandangan Datin Zarina dan Aryani beralih pula pada Ammar yang
menayang muka tidak bersalah. Lelaki itu kelihatan bersahaja dengan berdiri
berpeluk tubuh namun di dalam hatinya hanya ALLAH yang tahu betapa berdebarnya
bila melihat wajah mama dan adiknya.
“ Along tak nak masuk tidur jugak ke?” tanya Aryani sambil
tersenyum penuh makna.
“ Err.. along memang dah nak masuk tidur. Yani ni kenapa tak tidur
lagi kesian Ariel sorang- sorang dalam bilik.” Balas Ammar. Sengaja dia ingin
mengenakan adiknya.
“ Abang Ariel dah tidur along. Along dengan Kak Diya buat apa
tadi?” soal Aryani lagi dengan kening yang digerak- gerakkan.
“ Buat apa? Mengarutlah Yani ni?”
“ Oh mama ada orang tak mengaku nampaknya. Yelah orang tu kan
pengantin baru juga.” Ucap Aryani. Dia dan Datin Zarina tergelak bila melihat
wajah Ammar yang terkulat- kulat.
Ammar mencapai segelas minuman lalu diteguk dengan rakus. Berpeluh
dahinya kerana cuba mencari alasan yang munasabah yang patut diberikan.
“ Along nak masuk tidur dululah. Malas nak layan Yani ni.” Ammar
menukar topik.
Dia berlalu menuju ke tingkat atas tetapi suara Aryani sempat
singgah ke telingannya.
“ Kalau nak masuk tidur tu jangan sampai tersalah masuk bilik anak
dara orang pula.” Laung Aryani disambut dengan gelak tawa Datin Zarina.
Ammar menutup telinga. Dia tidak mahu mendengar apa- apa lagi
cukuplah dia terperangkap dengan perbuatannya kali ini.
“ Shut up you Yani!”
Jerit Ammar lantas menutup pintu biliknya dengan kuat.
Aryani tergelak besar begitu juga dengan Datin Zarina.
“ Akhirnya misi kita berjaya mama. Nampaknya along dah boleh
terima Kak Diya.”
“ Tapi along Yani tak cakap apa- apa pun. Entah- entah dia tak
suka kot.” Datin Zarina risau.
“ Tak mama, Yani yakin tak lama lagi along akan tewas dengan
egonya dan akan sedar bahawa Kak Diya adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk
dia.” Ucap Aryani bersungguh- sungguh.
Datin Zarina hanya mengangguk. Setuju dengan kata- kata Aryani
BAB 26
AMMAR
meraup rambutnya ke belakang. Dia resah memikirkan apa yang berlaku pada
dirinya sejak kebelakangan ini. Dia menjadi tidak keruan bila bayangan wajah
itu tidak mahu hilang daripada ingatannya. Sudah puas dia lakukan untuk
melupuskan bayangan senyuman itu tetapi semakin ingin Ammar lupakan semakin
kuat ingatannya terhadap senyuman itu.
Ammar
mengeluh berat. Dia menekup wajahnya ke meja kerja miliknya.
‘
Apa yang berlaku pada aku ni? Kenapa aku asyik teringatkan dia? Tak mungkin
aku…’ Ammar tidak meneruskan kata. Perlahan- lahan dia menggelengkan kepala.
Bayangan wajah itu menghantuinya ke mana sahaja dia pergi dan apa yang
memeningkan Ammar, jika sehari dia tidak menatap wajah itu hatinya akan di sapa
angin rindu. Apakah maksud semua perasaan ini? Ammar keliru.
Ammar
mengangkat muka dan cuba untuk meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Matanya
dihadapkan ke skrin komputer namun bukan tulisan yang dia lihat tetapi wajah
itu. Ammar bengang.
‘
Kenapa dengan aku ni? Apa yang dia dah buat pada aku? Mana perginya rasa benci
yang aku tanamkan untuk dia?’ Ammar terasa ingin menjerit.
-
Takkan kau dah tewas dengan dia kot? Satu suara menyapa.
‘ Tak aku takkan tewas dengan perempuan seperti itu.’ Ammar
membantah.
-
Habis itu kenapa kau tak boleh lupakan dia? Kau dah jatuh cinta
dengan dia. Kau dah tewas. Suara itu tergelak besar.
‘ Tak. Aku tak akan jatuh cinta dengan dia dan aku tak mungkin
tewas. Akan aku buktikan yang aku tak ada perasaan pada dia! Aku benci dia!’
-
Hahahaha..jangan jadi bodoh Ammar, kau boleh tipu orang lain, kau
boleh tipu perasaan kau tetapi kau tak boleh tipu aku sebab aku adalah hati kau
dan hati memang tak boleh menipu. Sampai bila kau nak menafikan perasaan kau
tu?
Ammar mendengus keras.
‘ Aku takkan tewas. Boleh bla dengan perasaan itu sebab yang pasti
aku takkan jatuh cinta pada dia. Takkan sesekali dia mendapat tempat di hati
aku.’ Balas Ammar tegas.
-
Tapi kau dah terlambat Am. Kau dah terlambat.
‘ Aku akan buktikan pada kau!’
Lantas Ammar bingkas daripada kerusi empuknya dan menuju ke luar
bilik untuk mencari Mardiyah. Dia akan pastikan yang dia tidak akan tertewas
dengan kata hatinya yang dianggap bodoh itu.
“
Diya, mana kertas kerja yang aku mintak semalam? Siap tak lagi?” tanya Ammar
dengan muka yang bengis.
“
Dalam proses Encik Am. Bukan ke encik cakap encik nak kertas kerja tu esok?”
tanya Mardiyah pelik.
Ammar
bercekak pinggang. Mardiyah kelihatan ayu berbaju kurung sedikit sebanyak
mencuit hati Ammar namun dengan segera perasaan itu ditepis.
“
Siapa kau nak bantah aku? Aku bos kau dan aku nak kertas kerja tu hari ini
juga. Kalau tak siap kau jangan balik!” Arah Ammar tanpa sedikit pun belas
kasihan.
Jelas
Mardiyah terkejut.
“
Saya tahu encik bos saya tapi encik tak boleh buat macam ni. Banyak dokumen
lain yang saya perlu siapkan hari ini. Encik tolong bagi ruang saya untuk
siapkan mana yang penting dahulu.” Bantah Mardiyah.
“
Aku nak kertas kerja itu hari ini. Noktah!” balas Ammar tetap dengan
keputusannya.
Dia
lakukan semua itu hanyalah semata- mata ingin menyakitkan hati Mardiyah kerana
dia mahu gadis itu membantah cakapnya dengan cara itu, mudah untuk dia membenci
gadis itu.
Mardiyah
mengeluh. Ammar memang tidak adil untuk dirinya. Dengan kepayahan dia menurut
perintah yang dikeluarkan oleh Ammar dengan rasa berat. Nampaknya terpaksalah
dia bekerja lebih waktu hari ini.
“
InsyaALLAH encik.” Balas Mardiyah pendek.
“
Assalamualaikum…” satu suara menyapa memyebabkan perbualan antara Mardiyah dan
Ammar yang dingin terhenti serta merta.
“
Wa’alaikummusalam..” jawab mereka hampir serentak.
“
Apa hal ni? Nampak macam tegang je.” Sapa Raqeem sambil mendekati meja
Mardiyah.
“
Tak ada apa- apalah Qeem. Kau tak pergi lunch
lagi ke?” Tanya Ammar berdalih.
“
Aku memang nak pergi tapi aku nak jemput bidadari aku dulu.” Jawab Raqeem
selamba sambil menjeling ke arah Mardiyah dengan penuh perasaan.
Mardiyah
terpana manakala Ammar terkejut. Pantas sahaja dirinya dipagut rasa cemburu.
Berderau darahnya bila Raqeem mengatakan isterinya sebagai bidadari lelaki itu.
Tak boleh jadi ni.
“
Oh, jadi kau nak ajak Diya lunch
dengan kau sekarang ni?” soal Ammar inginkan kepastian. Dia menahan rasa sakit
yang menjalar ke setiap hatinya. Tahu pun sakit hati.
Raqeem
hanya mengangguk lantas matanya beralih pada wajah Mardiyah yang ayu. Gadis itu
kelihatan sedikit resah.
“
Jomlah Diya, apa yang awak tunggu lagi?”
“
Saya mintak maaf Qeem, hari ini saya tak boleh temankan awak lunch sebab saya ada banyak kerja yang
perlu diselesaikan. Tapi saya janji lain kali saya teman awak.” Ucap Mardiyah
lembut.
Bagaikan
dihiris dengan pisau, hati Ammar terasa nyilu. Suara itu sungguh mesra
kedengaran di telinga Ammar. Tetapi suara itu hanya dihadiahkan buat Raqeem dan
bukan untuk dia yang lebih berhak ke atas gadis itu. Ego Ammar tercabar namun
dia diamkan sahaja.
“
Alah kerja itu boleh sambung lepas ini kan? Kalau awak tak makan nanti awak
sakit dan kalau awak jatuh sakit, saya jugak yang susah.” Balas Raqeem memujuk.
Dia
memang selalu mengambil berat pasal Mardiyah kerana dia memang suka dengan
gadis itu dan dia juga mengaku yang dia sudah mula jatuh sayang pada gadis
bertudung litup itu tetapi belum ada kesempatan untuk meluahkan perasaan itu.
Mardiyah
tertunduk malu. Raqeem memang suka berkata seperti itu tetapi kali ini Mardiyah
cukup malu bila bercakap di hadapan Ammar tambahan lelaki itu sedang memandang
dirinya dengan tajam seolah- olah memberi amaran yang tidak dapat diteka oleh
Mardiyah.
“ I think I can’t Qeem.” Balas Mardiyah.
“
Hmm.. kalau begitu tak mengapalah saya tak paksa. Saya tolong bungkuskan awak
makanan ye? Awak suka nasi goreng kampung kan?” soal Raqeem lagi.
Jantung
Ammar bagaikan tersentap kali ini mendengar setiap patah perkataan yang keluar
daripada mulut Raqeem. Nampak sangat perasaan lelaki itu terhadap Mardiyah.
Ammar mengetap bibir. Geram beb.
“
Apa- apa saja Qeem janji boleh makan. Anyway
thanks.” Ucap Mardiyah sopan. Dia tersenyum.
“
Anytime sweetheart.” Balas Raqeem
sambil mengenyitkan matanya.
Mardiyah
terpana.
Ammar
menarik nafas panjang melihat sandiwara di hadapan matanya. Sabarlah wahai
hati.
“
Nampaknya Ammar, kau yang kena teman aku launch
hari ini. Lagipun dah lama aku tak lepak dengan kau. Jom.” Ajak Raqeem tanpa
menghidu perubahan wajah Ammar yang diserbu angin cemburu.
“
Jomlah aku dah panas ni.”
“
APA hubungan kau dengan Diya sebenarnya? Aku tengok kau macam suka je dengan
dia.” Ammar memulakan bicara. wajah kacak Raqeem dipandang.
“
Good question. Actualy memang aku sukakan Diya tapi aku belum sempat luahkan
perasaan aku pada dia. Aku takut dia tak boleh terima.” Raqeem berterus terang.
Ammar
cuba menenangkan hatinya yang tidak keruan saat ini. Bagaikan ingin pecah
dadanya bila sahabatnya itu menyukai isterinya. Tetapi Ammar tidak boleh
menyalahkan Raqeem seratus peratus kerana Raqeem tidak tahu hubungan sebenar
antara dia dan Mardiyah. Namun Ammar tetap tidak dapat terima apabila isterinya
‘di ayat’ oleh orang lain di hadapan matanya sendiri. Terasa seperti egonya
sebagai suami dicabar walaupun satu dunia tahu yang dia amat membenci Mardiyah
namun jauh dalam hati kecilnya hanya dia dan Maha Pencipta tahu apa yang
berlaku.
“
Kenapa kau rasa dia tak boleh terima kau. Kau kan baik dengan dia.”
“
Entah aku rasa macam dia sembunyikan sesuatu daripada aku tapi aku rasa dia
juga sukakan aku cuma biasalah perempuan, malu nak mengaku.” Ucap Raqeem sambil
ketawa kecil.
“
Aku tengok Diya tu perempuan biasa- biasa saja dan bukan seperti taste kau. Bagaimana kau boleh terpikat
dengan dia? Aku ingat lagi kau cakap pada aku dulu yang kau tak suka pada
perempuan yang bertudung. So apa dah
jadi sekarang? Diya bertudung kan.” Duga Ammar. Perlahan- lahan dia menyuapkan
nasi ayam ke dalam mulut.
Raqeem
ketawa. Memang dia pernah berkata begitu tapi sekarang semua sudah berubah
malah sikap playboy yang dimilikinya
sedikit demi sedikit terhakis dalam dirinya sejak dia bertemu dengan Mardiyah.
“
Waktu tu aku tak matang Am. Aku hanya fikirkan keseronokan sahaja dan aku fikir
perempuan yang cantik dan seksi boleh buat aku bahagia tetapi kenyataannya
bukan begitu. Lama- lama aku fikir baharulah aku sedar yang aku memerlukan
seorang isteri yang mampu mendampingi aku di alam sana nanti dan aku rasa
Mardiyah ada ciri- ciri isteri yang aku cari sebab di umur aku sekarang ini,
aku hanya nak cari isteri bukannya perempuan simpanan.” Luah Raqeem bersungguh-
sungguh.
Ammar
terdiam. Nampaknya, Raqeem begitu bersungguh- sungguh ingin mendapatkan
Mardiyah sebagai suri hidupnya tetapi adakah Ammar akan lepaskan Mardiyah untuk
lelaki itu?
“
Bagaimana jika Mardiyah dah berpunya maksud aku dia dah ada boyfriend ke, suami ke?” perkataan suami
diperlahankan.
Sekali
lagi Raqeem tergelak.
“
Aku dah tanya dia dan memang jelas yang dia masih lagi single dan aku memang ada harapan.”
“
Girlfriend kau yang keliling pinggang
tu macam mana?” tanya Ammar tidak puas hati.
“
Yang itu cuma girlfriend je. Tak
penting pun.”
“
Kau tanya aku ni macam kau tak suka je aku dengan Mardiyah.” Sambung Raqeem.
Dia memandang tepat pada bola mata Ammar.
Ammar
tersedak. Dia terbatuk kecil.
“
Eh tak adalah. Aku cuma nak tahu je.” Jawab Ammar selamba.
“
Entah- entah kau suka dia kot..” duga Raqeem.
“
Selama ini kau pernah ke tengok aku bermesra dengan dia?” tanya Ammar pula cuba
melindungi debaran di dada bila di asak soalan seperti itu.
“
Iya tak ya jugak. Kau mana pernah baik dengan dia lagipun kau dah ada Lydia
kan? Lydia tu berkali ganda cantik daripada Mardiyah betul tak?”
Ammar
hanya mengangguk.
“
Tapi bagi aku kalau cantik mana perempuan itu tetapi kalau hati dah tak suka
tak jadi jugak sebaliknya bila hati dah sayang, yang buruk pun boleh jadi yang
paling cantik.”ujar Raqeem bersama senyuman.
Ammar
hanya terdiam. Sedikit sebanyak kata- kata itu terkena tepat pada batang
hidungnya.
MARDIYAH
menutup mulutnya yang tidak berhenti menguap kerana mengantuk padahal sudah dua
cawan Nescafe telah diteguknya tapi matanya tetap juga mengantuk. Dia tidak
boleh tidur kerana banyak lagi kerja yang perlu dibereskan untuk dihantar pada
Ammar besok pagi walaupun jam sudah menginjak ke angka 10.
Dia
memandang sekeliling. Sunyi sepi pejabatnya waktu itu. hanya dia seorang sahaja
yang berada di pejabat itu. Teman- temannya yang lain tentu sudah lena dibuai
mimpi. Ini semua Ammar punya pasal kalau lelaki itu tidak memberi kerja last minute pasti dia juga sudah lena
dibuai mimpi indah. Mardiyah memandang bilik Ammar yang masih lagi terang. Tak
balik lagi ke mamat tu? tanya hati Mardiyah. Namun dia hanya menjongketkan
bahu.
Mardiyah
menyambung kerja menaipnya yang tak siap- siap daripada tadi. Sudah naik lenguh
jari- jemarinya kerana asyik menaip, air pun sudah habis. Mardiyah mengeluh.
Buat seketika dia menekup wajahnya ke meja berhajat ingin melepaskan penat yang
sudah menjalar ke segenap urat nadinya.
“
Tak balik lagi ke? Dah malam ni.” Tegur satu suara mengejutkan Mardiyah yang
hampir terlelap.
“
Oii mak kau. Ya ALLAH Encik Am. Terkejut saya.” Ucap Mardiyah separuh melatah.
Dia mengurut dada yang berombak laju.
Ammar
tergelak mendengar latahan isterinya. Tak tahu pula yang Mardiyah ada penyakit
latah.
“
Apalah kau ni muda- muda lagi dah latah. Aku bukan hantulah.” Balas Ammar.
“
Ish, encik jangan sebut benda alah tu kan ‘dia’ datang nanti.” Marah Mardiyah.
“
Benda apa?” tanya Ammar buat- buat pelik. Dia sengaja ingin mengenakan
isterinya itu.
“
Benda yang encik sebutlah.” Tekan Mardiyah. Matanya melilau ke kiri dan ke
kanan. Takut- takut ada makhluk lain yang bersama mereka waktu ini. Maklumlah
waktu malam adalah waktu siang bagi makhluk ALLAH yang satu itu. Penakut juga
Mardiyah ini rupa- rupanya.
“
Benda apa? Aku tak sebut apa- apa pun.”
“
Alah, yang encik sebut hantu tu lah.”
“
Apa?” tanya Ammar lagi. dia menahan diri daripada tersenyum.
“
Hantu!” tutur Mardiyah separuh menjerit.
“
Kau yang sebut nama tu bukan aku. Tak tahu kalau ‘dia’ datang jumpa kau. Aku
tak nak tolong.” Usik Ammar.
Mardiyah
menutup mulutnya yang terlanjur menjerit. Dia menelan air liur berkali- kali
kerana sememangnya dia takut dengan makhluk yang bernama hantu itu. Hal ini
kerana sewaktu kecil Yusuf dan sepupunya yang lain suka menyakatnya dengan
menyamar jadi hantu- hantu yang popular seperti pocong dan Pontianak disebabkan
itu Mardiyah jadi penakut sedikit. Sedikit jelah.
“
Alah, saya tak takut pun.” Balas Mardiyah berani.
“
Betul ke? Kalau begitu aku balik dululah kau teruskan kerja.” Ucap Ammar.
Tak
takut konon tapi dahi dah berpeluh. Gumam Ammar. Dia tahu Mardiyah berbohong
tapi dia sengaja ingin menguji.
“
Baiklah. Encik baliklah dulu. Saya tak apa- apa.” Suara Mardiyah terketar-
ketar.
“
Betul ni kau tak nak balik lagi? dah malam ni. Tapi tak apa nanti bila aku
balik, mesti kau dapat teman yang rambut dia panjang matanya tak macam mata
manusia.” Ammar tak henti- henti mengusik. Hatinya tergelak besar bila melihat
wajah isterinya yang terkulat- kulat.
Mardiyah
menggosok tengkuknya yang meremang. Dadanya turut berdebar bila membayangkan
apa yang dikatakan oleh suaminya sebentar tadi.
“
Tak mengapa nanti saya boleh berkawan dengan dia.” Balas Mardiyah teragak-
agak.
“
Okey kalau macam itu aku balik dulu. Bye…”
Ammar
melambaikan tangan dan berpaling untuk melangkah pergi. Dia pasti Mardiyah akan
memanggil namanya sebentar lagi dan dia cuma perlu menghitung. Satu, dua, tiga,
empat, lima…..
“
Encik Ammar, tak salah kan kalau kerja ni saya sambung pagi esok. Saya penatlah.”
Panggil Mardiyah membuatkan langkah Ammar terhenti. Dia tersenyum sendirian
sebelum berpaling. Dah agak dah.
“
Kau tak nak overtime ke?”
“
Saya rasa dah terlampau lebih overtime
ni. Boleh tak saya sambung esok?” tanya Mardiyah ingin kepastian.
“
Kalau aku tak bagi, kau tetap nak balik jugak kan?”
Demi mendengar kata- kata Ammar, Mardiyah
terus mencapai beg tangannya dan dengan pantas mendapatkan Ammar yang berdiri
tidak jauh daripadanya. Akibat rasa takut dan seram yang menebal dia memeluk
lengan Ammar tanpa dia sedar.
Ammar
sedikit terkejut dengan reaksi Mardiyah yang nampak begitu takut. Terasa tangan
gadis itu sejuk memeluk lengannya. Ammar tersenyum.
“
Takut ke?” tanya Ammar.
“
Eh mana ada.” Jawab Mardiyah tersengih.
“
Kalau tak takut kenapa sejuk sangat tangan tu?”
Mardiyah
tersentak. Baharu dia tersedar yang dia dengan tidak sengaja terpeluk lengan
lelaki itu yang sasa. Mardiyah malu sendiri. Perlahan- lahan dia menjatuhkan
tangannya.
“ I’m sorry. Saya tak sengaja.” Ucap Mardiyah malu.
Ammar
hanya melemparkan senyuman.
“
Dahlah jom balik. Atau kau nak tidur kat ofis ni?” perli Ammar.
Dengan
pantas Mardiyah mengelengkan kepala. Biarlah diupah seribu pun dia takkan duduk
bersendirian di dalam pejabat yang sunyi sepi ini. Selisih malaikat 44.
“
Kau balik dengan apa?” soal Ammar sewaktu mereka berada di tempat letak kereta.
Kawasan itu sunyi sepi yang ada hanya dia dan Mardiyah.
“
Saya drive macam biasalah. Kenapa
encik?”
“
Sekarang kita di luar pejabat tak payah panggil aku encik. Berapa kali aku nak
pesan hmm..” bantah Ammar.
Dia
merenung anak mata Mardiyah yang hitam pekat hingga membuatkan gadis itu
tertunduk.
“
Saya mintak maaf.”
“
Its okey, kau tak payah drive biar aku hantar.” Ujar Ammar tiba-
tiba.
Mardiyah
tersentak.
“
Tak payahlah encik eh maksud saya Am, saya tak nak menyusahkan awak. Rumah saya
jauh daripada rumah awak.” Hampir tersasul Mardiyah memanggil Ammar.
Ammar
tersenyum manis.
“
Dah lewat malam ni. Kau pun dah penat sangat aku tengok. Nanti kalau jadi apa-
apa kat jalan macam mana? Dahlah tak payah nak membantah.”
Mardiyah
serba salah. Memang benar dia mengantuk saat ini dan mungkin dia tidak dapat
memandu dengan betul tetapi pada waktu yang sama dia tidak mahu menyusahkan
Ammar.
“
Apa yang nak difikirkan lagi tu. jom balik atau kau nak tunggu Cik Ponti dukung
kau.” Ugut Ammar.
Sebaik
sahaja mendengar nama Cik Ponti yang dipendekkan daripada Pontianak, Mardiyah
terus sahaja melompat ke dalam kereta Ammar tanpa perlu dipaksa. Penakut betul
perempuan ini.
Ammar
hanya tergelak melihat tingkah gadis itu yang gelabah.
Setelah
lima belas minit memandu akhirnya kereta Ammar berhenti di hadapan rumah sewa
Mardiyah. Dia memandang ke sisi melihat isterinya yang telah terlena di
bahunya. Patutlah gadis itu senyap sepanjang perjalanan rupa- rupanya gadis itu
terlelap dengan sendirinya.
Ammar
tersenyum lagi. Suka benar dia melihat wajah Mardiyah yang sedang tidur lena
seperti tidak menyedari yang mereka telah sampai di rumahnya. Perlahan- lahan
Ammar menyentuh pipi isterinya yang gebu sebelum jarinya mencuit hidung
isterinya yang separuh mancung. Ammar seakan terleka dengan perbuatannya hingga
tidak menyedari tentang janji yang dibuat pada dirinya pagi tadi. Semua itu
hilang sebaik sahaja melihat wajah Mardiyah yang tenang.
“
Diya..Diya.. bangun dah sampai ini.” Kejut Ammar.
Perlahan-
lahan Mardiyah membuka mata. Dia mendongak lantas terkejut bila menyedari
keadaan yang sebenar. Aduh macam mana aku boleh terlena atas bahu dia pula?
Nanti apa kata dia. Gumam Mardiyah dalam hati. dia menundukkan wajah dan
membetulkan duduknya.
“
Saya mintak maaf. Tak sengaja tertidur atas bahu awak.”
“
Tak mengapa. Dah pergi masuk tidur dah lewat ni esok lambat pula ke pejabat.”
Tutur Ammar lembut.
Mardiyah
sedikit terharu dengan sikap Ammar yang tiba- tiba berubah. Dia menjadi semakin
pelik. Sekejap baik sekejap dingin. Mana satu Ammar yang sebenar? Pertanyaan
itu hanya bermain di benak Mardiyah.
“
Baiklah. Anyway terima kasih sebab
tolong hantarkan saya.” Ucap Mardiyah sambil tersenyum manis hingga menampakkan
lesung pipit di pipi kanannya.
Ammar
terpesona. Pantas sahaja jantungnya berdetak. Dia mengetap bibir menahan rasa
halus yang mula menjalar membelit tangkai hatinya.
“
Sama- sama. Esok pukul sembilan aku jemput kau. Jangan lambat.” Pesan Ammar.
“
Eh, tak payahlah saya boleh pergi dengan teksi.”
“
Ainur Mardiyah, esok pukul sembilan aku datang jemput kau. No objection.” Pintas Ammar.
Mardiyah
mati kutu. Jika Ammar sudah memutuskan maka dia tidak boleh membantah lagi.
“
Baiklah.”
“
Emm..Diya..” panggil Ammar tiba- tiba. Dia menarik pergelangan tangan isterinya
dengan lembut.
Mardiyah
yang sudah menapak keluar berpaling memandang wajah suaminya dengan wajah yang
pelik. Lelaki itu kelihatan sedikit resah. Kenapa agaknya?
“
Ya kenapa?”
“
Err.. good night.” Tutur Ammar tergagap. Jantung sedikit berdebar.
Mardiyah
hanya tersenyum manis. Dia menarik kembali tangannya.
“
Sama- sama.”
“
Eh, Diya….” Panggil Ammar lagi sambil menarik lengan Mardiyah membuatkan gadis
itu berpaling.
“
Kenapa?”
“
Aku terlupa sesuatu…”
“
Apa dia?”
Chuppp!!
Satu ciuman lekat di pipi Mardiyah membuatkan Mardiyah tergamam. Dia menyentuh
pipinya.
“ Good night kiss!”
Mardiyah
terpempan.
sangatlah romantik....bestnya!!
ReplyDelete