Tetamu Rindu

Tuesday 15 January 2013

RYT-Bab 24


SUASANA  Kelas Enam Atas Canggih agak bising apabila Cikgu Saraswati yang mengajar subjek Sejarah keluar daripada kelas kerana masa pembelajaran sudah tamat. Kini suara riuh rendah kedengaran seperti pasar malam.

“ Oit Ryan kau tahu tak, kelas sebelah ada pelajar baru.” Beritahu Shafiq yang baharu masuk ke dalam kelas.

Ryan yang asyik merenung seseorang dari jauh berpaling muka ke arah Shafiq. Wajah temannya di pandang lama. Apa kena mengena dengan aku?

“ Perempuan ke lelaki?” Tanya Ryan acuh tak acuh. Dia hanya membiarkan Shafiq melabuhkan punggung di sebelahnya.

“ Mestilah perempuan takkan lelaki pulak. Cantik orangnya. Kau tak nak usha ke? Mana tahu berkenan di hati ke?” Tambah Shafiq lagi. dia menongkat dagu di atas meja sambil mata dihalakan tepat pada laman wajah Ryan yang kacak.

“ Malaslah. Tak ada mood. Bosan nak tackle budak baru ni sama je dengan budak- budak perempuan yang lain.” Balas Ryan tidak berminat. Dia lebih suka memerhati seseorang yang sekarang ini sedang mengulangkaji pelajaran dengan rakan sekelasnya yang lain.

Lama Ryan memandang gadis yang duduk di barisan hadapan bersebelahan tingkap. Gadis itu sedang leka mengulangkaji pelajaran tanpa sedar dirinya diperhatikan dari jauh. Ryan boleh menyapa gadis itu kalau dia mahu, cuma hari ini dia hanya memandang dari kejauhan sahaja.

“ Kau pandang apa Ryan?” Tanya Shafiq lantas menoleh ke tempat Ryan pandang.

“ Mana ada, aku pandang kat pintu depan tu. Aku macam ternampak Cikgu Anuar je tadi kat luar kelas. Tapi tak mungkinlah. Cikgu Anuar kan pergi kursus.” Bohong Ryan.

Dia tidak mahu Shafiq mengesyaki tindak tanduknya yang sedang memerhati seseorang. Biarlah menjadi rahsia untuk dirinya sahaja.

“ Ala kalau Cikgu Anuar, mesti dia dah masuk kelas sekarang.”

Shafiq seolah- olah mempercayai segala kata- kata Ryan. Kemudian dia kembali memandang pada wajah Ryan.

“ Jomlah kita pergi kelas sebelah sekejap. Aku tunjukkan kau budak baru tu. Mesti kau suka punya.” Sambung Shafiq lagi cuba memancing Ryan.

Ryan mengeluh. Dia memang tidak suka didesak tetapi demi sahabatnya itu akhirnya Ryan setuju. Lantas dia bangkit dari tempat duduknya dan melangkah untuk keluar kelas. Sewaktu dia melewati meja Balqis, dengan sengaja dia menepis bekas pensil Balqis hingga bekas pensil tersebut jatuh ke lantai dan bertaburan segala pen Balqis.

“ Ryaann!!”

Ryan menapak keluar tanpa menghiraukan Balqis yang sudah terjerit memanggil namanya dengan lantang. Dia tersenyum sendirian lantas mengikut langkah Shafiq yang menunggu di pintu belakang.

 

“ MANANYA aku tak nampak pun.” Ryan bertanya bila mereka sudah berada di dalam kelas Enam Atas Cemerlang. Kebetulan kelas Enam Atas Cemerlang pun tiada guru. Bolehlah dia melihat rupa pelajar baru yang Shafiq cakapkan itu.

“ Tu dia. Yang duduk tepi Watie tu. Cantik kan?” Shafiq meluruskan jari telunjuknya ke arah seorang gadis yang duduk dengan tenang di tempat duduknya.  Ryan berpaling.

Wajah itu cukup asing bagi Ryan tetapi wajah itu cukup cantik. Rambutnya yang panjang diikat tocang sambil anak rambut di hadapan di biarkan berjuntaian. Senyumannya cukup manis di mata Ryan malah dia rasakan hatinya sudah tertambat bila melihat senyuman itu. Apatah lagi bila gadis itu turut memandang ke arahnya dengan senyuman manis.

“ Cantiknya!” Puji Ryan tiba- tiba.

Shafiq tersengih. Akhirnya Ryan mengakuinya juga.

“ Kan aku dah cakap sekarang kau baru percaya. Jomlah kita pergi berkenalan. Untung- untung boleh jadi awek.”  Balas Shafiq sambil ketawa kecil.

Akhirnya mereka berdua menghampiri gadis tersebut yang sedang keseorangan saat ini kerana Watie sudah keluar pergi ke tandas. Keadaan ini seolah- olah memberi peluang kepada Ryan untuk berkenalan dengan gadis yang mampu mengetarkan naluri lelakinya itu.

“ Hai, pelajar baru ek?” sapa Shafiq.

Gadis itu mendongak kemudian tersenyum pada Shafiq kemudian beralih pandang pada wajah Ryan yang berada di sisi Shafiq. Dia melemparkan senyuman.

“ Ha’ah. Saya baru pindah sini. Nama saya Zarryn. Awak?” tanya gadis yang bernama Zarryn itu. Tangan dihulurkan pada Shafiq.

“ Saya Shafiq. Nice to meet you pretty women.” Shafiq mula menyusun ayat.

Zarry hanya ketawa. Mula senang senang dengan sikap ramah Shafiq. Kemudian mata coklatnya beralih pada lelaki yang diam membisu sejak tadi. Lelaki itu lebih tampan berbanding Shafiq malah karismanya terserlah dengan baju pengawas yang tersarung di badan tegapnya. Zarryn terpesona dengan lirikan mata hazel itu.

“ Awak?” Tanya Zarryn berani. Dia menghulurkan salam perkenalan dengan tangannya dihulurkan pada Ryan.

Ryan tersentak. Lama dia merenung tangan halus itu. Dahinya sedikit berkerut tetapi tiada apa yang terluah. Akhirnya dia menyambut huluran tangan Zarryn dengan senyuman yang ikhlas.

“ Saya Ryan. Ryan Zhariff. Saya ketua pengawas di sekolah ni dan kalau ada apa- apa masalah boleh jumpa dengan saya.” Ucap Ryan. Dia menarik tangannya kembali bila tiada ura- ura untuk Zarryn menarik tangannya.

Jantung Ryan berdebar bila mengenggam tangan yang lembut itu seperti ada arus elektrik yang mengalir ke dalam badannya. Tiba- tiba di rasa di awang- awangan. Panahan mata Zarryn menusuk ke dalam jiwanya.

Nice to meet you handsome boys.” Ucap Zarryn selamba sambil melirik ke arah Ryan. kemudian dia melemparkan senyuman pada Shafiq.

Shafiq tersenyum penuh makna pada Ryan sedangkan Ryan hanya berwajah selamba tetapi dalam hati hanya ALLAH yang tahu betapa gementarnya perasaan dia kali ini. Inilah kali pertama  Ryan merasakan perasaan yang membuai kalbu ini. Adakah aku sudah jatuh cinta pandang pertama? Soal Ryan dalam hati.

Akhirnya, kedua sahabat itu melabuhkan punggung di hadapan meja Zarryn dan berbual- bula tanpa sedar diri mereka diperhatikan oleh sepasang mata yang redup. Ada senyuman hambar terukir di bibir pemiliknya.

 

“ RYN,Zarryn…” Panggil Ryan dalam tidurnya. Matanya masih lagi terpejam.

Balqis baharu saja ingin melelapkan mata namun dia diganggu dengan suara Ryan yang meracau- racau memanggil nama seseorang. Lantas, dia bingkas daripada pembaringan dan menuju ke katil. Kelihatan Ryan sedang tidur lena tetapi ada manik peluh yang membasahi dahi lelaki itu. Apa kena dengan Ryan ni? Takkan dah besar pun mengigau lagi? Desis hati Balqis.

Lama Balqis merenung wajah suaminya yang sedang lena diulit mimpi itu sebelum dia bingkas bangun untuk ke sofa tempat pembaringannya. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara Ryan memanggil seseorang.

“ Ryn…” Panggil Ryan dengan mata yang tertutup rapat.

Balqis tersentak. Ryn? Pasti Zarryn yang dimaksudkan Ryan. Teka Balqis. Dia menggigit bibir. Dia tahu sahabatnya itu masih lagi terseksa dengan ketiadaan Zarryn. Tengoklah, dalam tidur pun Ryan masih menyebut nama Zarryn itu bererti nama Zarryn tidak pernah terpadam dalam hati Ryan.

Balqis menunduk. Kini dia sedar, dia tidak akan mungkin dapat menggantikan tempat Zarryn dalam hati Ryan. Dia tidak mampu menjadi isteri idaman buat Ryan. Perlahan- lahan tanpa disedar, ada mutiara jernih menitis dari mata Balqis buat insan yang bernama suami. Pantas, Balqis menyeka air matanya. Dia akan kembalikan Ryan pada cintanya. Tapi bagaimana? Dia tidak tahu bagaimana ingin menghubungi Zarryn yang hilang entah ke mana.

Akhirnya, Balqis melangkah kembali ke tempat pembaringannya. Dia merebahkan badan. Tangannya diletakkan di atas dahi seperti sedang memikirkan sesuatu. Aku harus lakukan sesuatu untuk Ryan. Aku tak nak dia terseksa hidup dengan wanita yang dia tidak cintai. Tapi apa yang dapat aku lakukan? Monolog Balqis sendirian. Disebabkan terlalu banyak berfikir, akhirnya Balqis tertidur juga.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.