Tetamu Rindu

Saturday 31 August 2013

Cinta Si Gadis Kebun ( Bab 1 )



SETANGKAI rambutan yang berada di atas kepalanya direntap kasar. Dengan rakus buah itu dikopak dengan giginya yang tajam seperti pedang. Kulit rambutan dibuang ke tanah. Kakinya asyik bergoyang-goyang. Lepas sebiji, sebiji lagi rambutan dikunyahnya.
Tudung dikepala dibetulkan sebab senget ditiup angin. Matanya terpandang sesusuk tubuh yang amat dikenali.
“Ni mesti nak panggil aku balik ni.” Gumam Aisya sendiri. Mulutnya masih mengunyah buah rambutan.
‘’Isya, nenek kau panggil balik.” Tekaan Aisya tepat. Setiap kali kalau melihat Diana pasti ada pesanan daripada nenek kesayangannya. Maklumlah Diana tu memang orang kuat nenek Timah. Lagipun Nenek Timah sudah menganggap Diana seperti cucunya sendiri.
“Alaa..nenek ni kacau mood aku aje. Sekejap lagilah aku balik. Aku nak layan feel atas pokok rambutan ni. lagipun dah lama aku tak lepak atas pokok ni. Aku rindu sangat kat pokok ni.” Ujar Aisya sambil mengusap-usap dahan pokok rambutan itu.
“Banyaklah kau punya rindu. Tak pernah dibuat orang rindu kat pokok rambutan. Kau ni pelik-peliklah. Sudah-sudah, sekarang kau turun dan pergi balik. Nanti bising pulak nek Timah tu kang.” Arah Diana. Dia sudah biasa melayan karenah Aisya yang tak berapa nak betul itu. Umur dah mencapai dua puluh dua tahun tapi perangai mengalahkan budak yang berusia dua tahun.
“Awal lagi ni. Nanti lepas asar aku baliklah. Kau baliklah dulu ya.” Jawab Aisya sambil menunjukkan barisan giginya yang putih. Ditangannya masih memegang kemas setangkai rambutan yang merah menyala.
“Kau janganlah buat perangai macam ni. aku tak nak kau kena lecture ngan nek Timah. Sakit telinga aku dengar. Kau balik sekarang ya. Kaukan cantik. Budak cantik tak buat perangai macam ni.” Pujuk Diana. Dia memang tak suka mendengar Nenek Timah berleter. Kalau nenek Timah bersuara memang boleh mendidih tahi telinga.
Aisya menyengih apabila mendengar Diana memujinya cantik. Dia memang pantang kalau ada orang yang puji dia. Mulalah kembang-kempis lubang hidung.
‘Yalah. Aku balik sekarang.”Akhirnya Aisya mengalah. Perlahan-lahan dia turun dari pokok rambutan. Namun entah macam mana kakinya tiba-tiba tergelincir dan terus jatuh terduduk atas tanah.
“’Hahahahahahahhaha….” Satu suara entah dari mana ketawa dengan kuat dan hebatnya. Insan misteri itu ketawa berdekah-dekah sambil menekan-nekan perutnya kerana tidak tahan melihat Aisya jatuh terduduk seperti nangka busuk.
Diana dan Aisya segera menoleh ke arah suara yang asyik ketawa tak ingat dunia itu.
“Hoi…apa gelak-gelak? Kau ingat aku buat lawak ke kat sini?” Jerkah Aisya apabila melihat orang itu masih tidak berhenti ketawa. Matanya mencerlung melihat makhluk yang berani ketawakan dirinya.
Tidak semena-mena makhluk itu berhenti ketawa dan matanya memandang tepat ke anak mata hitam Aisya. Aisya terus terkedu. Kacaknya mamat ni. Bisik hatinya.
“Abang Hakimi……” Jerit Diana apabila menyedari bahawa makhluk yang asyik ketawa tadi adalah abangnya yang hampir lima tahun tidak pulang ke kampung.
Diana segera menerpa ke arah abangnya dan menyalaminya. Aisya berkelip-kelip melihat babak jejak kasih antara seorang adik dan abang.
“Bila abang balik? Kenapa tak bagi tahu Diana yang abang nak balik?” Bertubi-tubi soalan muncul dari mulut Diana. Hatinya gembira tak terkata apabila abang yang dirindui selalu kini berada dihadapannya.
“Abang baru sampai pukul 2 tadi. Abang sampai rumah tengok tak ada orang so abang merayau-rayau keliling kampung. Lepas tu nampak Diana kat sini tapi tak sangka pulak abang boleh tengok show free tadi.” Jelas Hakimi Danial sambil ekor matanya melirik kepada Aisya.
Aisya hanya mencebik bibir mendengar kata-kata dari Hakimi Danial.
“Okeylah Diana. Aku balik dulu. Nah ambil buah rambutan ni.” Aisya menyerahkan setangkai rambutan kepada Diana.
“Saya suka tengok awak jatuh tadi sebijik macam nangka busuk…hahahahah” Laung Hakimi Danial. Dia meneruskan ketawanya. Hampir tersembur ketawa Diana namun ditahan kerana tidak mahu memalukan kawan baiknya sendiri.
Langkah Aisya terhenti secara automatik apabila mendengar komen daripada Hakimi Danial. Hatinya mendidih tiba-tiba. Kalau letak termometer pasti pecah termometer itu dibuatnya.
“Kurang asam mamat ni. Nak kena mamat ni.” Bebel Aisya. Kulit rambutan yang berada di atas tanah diambil dan digenggam kemas dalam tapak tangannya.
Badannya dipusing ke arah Hakimi Danial. Hakimi Danial masih berdiri tegak sambil tersenyum mengejek. Aisya juga tersenyum namun dia ada agenda tersendiri yang hendak dilakukan kepada Hakimi Danial.
Tanpa disangka-sangka seketul kulit rambutan mendarat cantik di dahi Hakimi Danial. Hakimi Danial terkedu dan senyuman dibibirnya hilang serta-merta. Mulut Diana terlopong luas.
“Padan muka kau. Lain kali mulut tu jaga sikit ya. Bye…astalavista…” Aisya melangkah laju sambil ketawa. Hakimi Danial menggosok dahinya yang terkena kulit rambutan. Nasib baik kena baling dengan  kulit rambutan kalau Aisya baling dengan buah durian tadi sah-sah boleh masuk hospital.
“Abang okey ke?” Soal Diana. Matanya mendarat ke dahi abangnya.
“Abang okey aje. Kulit rambutan je kot. Tak sakit pun.”
“Alhamdulillah. Jom kita balik bang. Nanti mak bising pulak.” Ajak Diana. Hakimi Danial hanya mengangguk dan mengekori adiknya dari belakang.
“Tadi tu kawan Diana ke?”
“Yup. Nama dia Aisya. Cucu Nek Timah. Kenapa? Abang suka dia ke?” Diana serkap jarang. Dia tersengih persis kerang busuk.
“Isyy ke situ pulak. Abang tanya aje. Kenapa dia tu ganas sangat? Macam jantan pulak abang tengok dia tadi. Muka comel tapi boleh pula panjat pokok rambutan. Macam-macam perempuan zaman sekarang. Itulah padahnya kalau nak sama taraf dengan lelaki.” Bebel Hakimi Danial panjang lebar. Diana hanya mengangguk mendengar komen abangnya.
“Nak buat macam mana lagi dia memang macam tu sejak dari kecil lagi. Perangai dia memang tak boleh diubah dah. Diana pun sudah puas nasihat dia tapi Aisya tetap Aisya. Dia langsung tak makan saman.” Ngadu Diana.
Mereka berdua berjalan beriringan pulang ke rumah.
“Siapalah yang berani jadi laki dia ek?”
“Kenapa abang tanya macam tu pulak?” Diana menyoal semula abangnya.
“Yalah. Perempuan ganas macam tu ada ke lelaki yang nak?” Hakimi Danial berjalan perlahan-lahan sambil tangannya menyeluk ke dalam saku seluar track suitnya.
“InsyaAllah adalah tu lelaki yang akan memperisterikan Aisya. Dia bukannya teruk sangat pun. Lagipun setiap manusia didunia ni Allah telah jadikan ia berpasang-pasangan.”
‘Betul-betul” Hakimi Danial mengiyakan kata-kata Diana.
“Entah-entah abang kot jodoh Aisya. Lagipun Diana tengok muka abang dengan muka Aisya ada iras-iras gitu. Kata orang kalau muka ada iras-iras maknanya orang tu berjodoh.” Diana menjongkit-jongkitkan keningnya seperti Ziana Zain.
Langkah Hakimi Danial terus terhenti dengan tiba-tiba. Wajah adik kesayangannya dipandang tepat.
“Arrggggghhhh….” Diana menjerit apabila jari Hakimi Danial menarik kuat hidung mancungnya.
Hakimi Danial ketawa kuat lantas berlari-lari anak meninggalkan Diana sendiri disitu. Diana mendengus kasar dan terus mengejar abangnya yang sudah meninggalkannya jauh di belakang.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.