HANYA
sekali lafaz, Arisya telah sah menjadi isteri pada Uzair pagi itu. Arisya
tersenyum walaupun hatinya bagaikan ingin tercabut apabila Uzair menghampirinya
yang duduk bersimpuh dengan sopannya. Hari ini semua yang berada di dalam
Masjid Negeri Pahang menjadi saksi yang dia telah diijabkabulkan dengan mamat
sengal yang suka menyakit hatinya itu.
“
Aris hulurkan jari tu…” arah Puan Aliana menyedarkan Arisya ke dunia realiti.
Arisya
tersenyum hambar. Dia mengangkat muka memandang wajah Uzair yang kelihatan
kacak dengan baju melayu berwarna putih yang tersarung di badannya yang tegap.
Arisya sedikit gementar. Dia kembali menundukkan wajahnya dan menghulurkan
tangannya untuk Uzair sarungkan cincin.
Jantung
Arisya bergetar hebat saat jari- jemarinya disentuh oleh Uzair walaupun sekadar
untuk menyarungkan cincin. Dia rasa seperti mahu pengsan.
Uzair
memerhatikan wajah Arisya yang menunduk. Dia tersenyum kecil. Alah- alah, malu
pulak minah ni. Tak sangka singa betina macam Arisya pun tahu malu. Bisik hati
Uzair. Namun, hatinya sedikit terjentik apabila lembut tangan Arisya bersalaman
dan mencium tangannya. Lalu, dengan spontan, Uzair mengucup ubun- ubun Arisya
yang beralas tudung.
Arisya
tersentak. Laju sahaja hatinya berdenyut dengan perbuatan Uzair. Dia memandang
Salma yang berada disisinya. Kawannya itu hanya tersenyum simpul. Arisya dapat
rasakan wajahnya berbahang panas. Malulah!
“
Aku tak sangka yang kau akan nikah dulu daripada aku Uzair. Diam- diam ye kau
ada buah hati…” ucap Fikry sewaktu mereka semua berada di rumah Arisya selepas
majlis akad nikah selesai.
“
Aku pun tak tahu Fik. Ini semua kerja umi dan ayah aku. Aku ikut pilihan mereka
je…” jawab Uzair sambil meneguk air yang dihidangkan.
Majlis
yang mereka adakan cukup sederhana. Hanya ahli keluarga, sahabat handai dan
jiran- jiran terdekat yang dijemput. Tiada persandingan ataupun majlis resepsi
kerana itu yang diminta oleh Arisya. Dalam diam Uzair bersyukur kerana sikap
Arisya yang lebih mementingkan suruhan agama berbanding dengan adat kebiasaan
yang dilakukan menyenangkan kerjanya kerana Uzair juga sememangnya sukakan
majlis yang sederhana berbanding dengan majlis yang besar- besar.
“
Tapi isteri kau tu comel jugak aku tengok. Mesti lebih muda daripada kau kan?”
Uzair
mengangguk. Memang comel tapi kalau dia dah buat perangai sengalnya tu, memang
terbang melayang comelnya tu.
“
Enam tahun lebih muda daripada aku. Entah macam manalah aku nak handle perangai
yang tak berapa nak matang tu silap- silap aku jadi macam budak- budak…”
Fikry
tergelak. Dia menepuk lembut bahu Uzair. Dia turut gembira dengan perkahwinan
sahabatnya itu.
“
Masa inilah kau kena jalankan tanggungjawab kau sebagai suami. Bimbing dia
menjadi isteri yang solehah walaupun perangai dia macam budak- budak dan aku
harap kau boleh lupakan pendirian kau yang bencikan perempuan tu. Sekarang kau
ada isteri, cintailah dia sepenuh hati kau,” nasihat Fikry.
Uzair
terdiam. Kau tak tahu Fik, aku masih tak dapat lupakan apa yang seorang
perempuan lakukan pada aku. Untuk mencintai seorang perempuan macam Arisya,
memang aku tak dapat lakukan. Pendirian aku takkan luntur walaupun aku sudah
berkahwin.
“
InsyaALLAH Fik, aku akan cuba ikut apa yang kau cakap,”
“
Aku tahu kau masih belum dapat lupakan apa yang Ayu buat pada kau masa sekolah
dulu tapi itu semua sudah bertahun berlaku. Inilah masanya untuk kau mulakan
hidup baru, bebas daripada kenangan dulu,” tambah Fikry lagi.
Uzair
tersenyum manis pada Fikry. Sahabatnya itu tidak pernah meninggalkannya sewaktu
suka mahupun duka. Fikry adalah satu- satunya yang sudi bersahabat dengannya
sewaktu dia diejek dan dibuli dek kerana fizikalnya yang tidak setampan orang
lain ketika di bangku sekolah dulu. Tetapi sekarang sudah berubah, ramai wanita
yang cuba mendampingi Uzair namun pendiriannya tetap sama. Anti perempuan!
“
Terima kasih Fik sebab kau ingatkan aku. Tapi perbuatan Ayu tu aku masih tak
dapat lupakan walaupun aku dah maafkan dia. Sebabkan dia aku trauma dengan
cinta, aku anti perempuan dan sampai sekarang aku mengaku aku tak boleh terima
perempuan dalam hati aku,” Uzair berterus- terang sambil matanya dilemparkan
pada isterinya yang sedang asyik berbual dengan kawan- kawan dan sanak saudara.
“
Mungkin Arisya mampu untuk mengubah pendirian kau tu...” balas Fikry cuba
menyakinkan.
Uzair
hanya menjongketkan bahu. Mampu ke Arisya mengubah pendirian aku tentang
perempuan? Lalu, Uzair melemparkan pada Arisya yang sedang asyik berbual dengan
kawannya. Sekali- sekala dia melihat gadis itu senyum dan ketawa. Nampak comel
je. Ish, apa kena dengan aku ni?
“
MACAM mana kau boleh jumpa dengan suami kau yang kacak tu? Dulu masa belajar
kau tak ada kekasih pun, bercinta pun aku tak pernah tengok. Tup- tup dah
kahwin…” ujar Salma. Dia menatap wajah Arisya yang kelihatan manis dengan
memakai pakaian nikahnya.
Arisya
hanya tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi.
“
Ibu dan abah aku punya kerjalah ni. Dia orang yang nak aku kahwin dengan anak
kawan baik mereka. Jadi aku ikutlah sebab tak nak hampakan hati ibu dan abah
aku…” cerita Arisya dengan senyuman. Dia tidak menyatakan hal sebenar mengapa
dia menerima lamaran daripada umi dan ayah Uzair. Biarlah menjadi rahsia untuk
dirinya.
“
Kau rasa kau boleh bahagia ke kahwin tanpa rasa cinta macam ni?” Soal Salma
lagi. Dia meneguk air sirap yang diambil sebentar tadi.
Arisya
tersenyum. “ Bahagia atau tidak bukan terletak pada cinta sebelum kahwin
ataupun selepas kahwin, semuanya terletak pada bagaimana kita mencari bahagia
itu. Aku tengok ramai yang bercinta sebelum kahwin tapi tak sampai beberapa
tahun, bercerai jugak. Alasannya, tak ada persefahaman. Kalau tak ada
persefahaman, buat apa bercinta. Buat sakit otak je,” balas Arisya cukup
bersahaja. Itulah pendirian yang dipegang selama ini.
Salma
tergelak kecil. Dia menepuk lengan Arisya dengan lembut. Wajah comel kawannya
itu dipandang.
“
Aku tahu pendirian kau tentang cinta takkan berubah. Apa- apa pun aku harap kau
bahagia dengan Abang Uzair kau tu. Bertuah kau dapat suami yang kacak macam tu.
Polis pulak tu. Tentu dia akan jaga kau dengan baik,” ujar Salma.
Arisya
tersengih. Kalaulah kau tahu Sal, aku dengan Uzair memang tak pernah nak
berdamai. Ada saja yang nak digaduhkan. Dapatkah Uzair menjaga aku? kata- kata
itu bergema di segenap hati Arisya.
“
Dia banyak kerja lain Sal selain jaga aku. Aku boleh jaga diri sendiri,” balas
Arisya selamba.
Salma
hanya tersengih.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.