“ISYA pergi mana tadi? Kenapa baru sekarang nak
balik? Zohor dah sembahyang belum?’ Bertubi-tubi soalan muntah dari mulut Nek
Timah apabila Aisya menjengah di pintu masuk.
“Isya pergi kebun sekejap. Makan rambutan. Dah
sembahyang dah nek.” Jawab Aisya acuh tak acuh. Dia memang tak suka kalau
neneknya banyak bunyi. Sakit telinga.
“Isya ni bilalah nak berubah? Suka sangat buang masa
kat kebun tu. Kalau Isya pergi cari kerja kat bandar tu kan ada jugak faedah.
Nenek ni bukannya larat sangat nak tanggung Isya lama-lama. Entah esok, entah
lusa nenek pergi jumpa Tuhan macam mana? Nenek risau kalau fikirkan Isya. Isya
tak sayang nenek ke?” Ujar Nek Timah dengan suara yang sedikit sebak.
Aisya duduk bersimpuh dihadapan neneknya.
“Nenek jangan cakap macam tu. Isya tahu yang Isya ni
banyak menyusahkan orang lain. Isya mintak maaf ya nek. Insya-Allah nanti Isya
akan cuba untuk berubah tapi nenek jangan halang untuk Isya pergi ke kebun.
Kebun tu ajelah tempat Isya tenangkan fikiran Isya. Isya janji minggu depan
Isya pergi cari kerja.” Ujar Aisya sambil mengangkat tangannya persis seorang
yang sedang berikrar.
Walaupun neneknya suka berleter namun dia tetap
menyayangi neneknya sepenuh hati. Setelah permergian kedua ibu bapanya sepuluh
tahun lalu, Nek Timah sahajalah tempatnya untuk bergantung dan berkongsi kasih.
“Baiklah. Nenek pegang janji Isya tu. Kalau Isya
gagal dapatkan kerja, nanti nenek carikan seorang suami untuk Isya ya.” Ugut
Nek Timah. Mukanya serius memandang Aisya.
Aisya telan liur. Ini kes berat. Takkanlah sebab tak
dapat kerja aku kena kahwin? Ini bukan zaman dahulu kalalah nek. Jangan ugut
macam tu. Gunalah ugutan lain. Isya muda lagi nak kahwin pun. Bebel Aisya
sendiri.
“Takkanlah kalau Isya tak dapat kerja nek nak
kahwinkan Isya. Tak bolehlah macam ni.” Bantah Aisya. Mulutnya dimuncungkan
sebagai tanda membantah.
“Tak ada tapi-tapi. Rule is a rule.”
Wahhh…nek Timah pandai speaking Londonlah.
Aisya merengek supaya nek Timah membatalkan
hasratnya untuk mencari seorang suami buatnya jika dia tidak berjaya
mendapatkan kerja dalam masa sebulan.
“Kalau ya pun nek carikanlah Isya kereta Honda ke,
rumah banglo ke, ini ada ke nek nak carikan suami untuk Isya. Isya tak kahwin
lagilah nek.” Aisya masih meneruskan pembantahannya.
Neneknya hanya menggelengkan kepala.
“No..no…no…” Jari telunjuk digoyang-goyangkan
dihadapan muka Aisya. Mata Aisya ke kiri ke kanan mengikut goyangan jari
telunjuk neneknya.
“Sekarang jangan banyak bunyi. Isya cubalah cari
kerja sampai dapat. Kalau tak dapat dalam masa sebulan ni tahu-tahulah sendiri
ya.” Neneknya mengangkat kening sambil tersenyum manis.
Aisya memuncungkan mulutnya. Hatinya cukup bengkak
dengan keputusan neneknya itu. Kuku besi betul nenek nilah. Tak boleh langsung
nak counting. Ermmm….Gumam hati Aisya.
“Jangan nak muncung sangatlah. Pergi masuk
sembahyang Asar. Nanti asar habis pulak. Lepas sembahyang jangan lupa doa supaya
cepat-cepat dapat kerja kalau tak nak kahwin.” Sinis Nek Timah. Tangannya masih
ligat melipat kain batik.
Aisya berdengus. Dia berdiri dengan gaya yang tidak
bermaya.
“Isya masuk sembahyang dulu ya nek.” Aisya minta
diri. Nada suaranya agak mendatar. Nek Timah hanya mengangguk.
“Maafkan nek Isya. Nek bukan berniat nak hancurkan
hidup Isya tapi itu sahajalah cara yang nek boleh buat supaya hidup Isya lebih
terjamin. Nek ni dah tua. Bila-bila masa aje nek boleh pergi menghadap Allah.
Kalau Isya kahwin lega sikit nek. Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang akan
jaga Isya bila nenek tak ada nanti.” Luah Nenek Timah dalam hati. Dia tidak
berdaya untuk meluahkannya kepada Aisya. Biarlah keputusannya nampak seperti
kejam tapi itu semua adalah untuk kebaikan cucunya sendiri.
“JANGAN ku dipandang hina…..Hanya kerna aku
penganggur….Jangan pula ku dilupa….Hanya kerna aku penganggur…Aku hanya insan
biasa…Ingin juga hidup bahgia…Ohoo...nasibku…Aku penganggur…Ohoo...nasibku….Aku penganggur…Puas sudah mencari kerja..Memang nasib aku penganggur…Masih
belum diterima…Memang nasib aku penganggur” Aisya menyanyikan lagu Allahyarham
Sudirman sambil menyapu bedak dipipi. Sesekali sikat rambut dijadikan mikrofon.
Nenek Timah yang sedang menggoreng nasi didapur
hanya menggeleng kepala apabila mendengar suara Aisya yang sumbang lagi
menyakitkan telinga itu.
Aisya merapikan tudung dikepala. Dia mencalitkan
sedikit gincu dibibir agar tidak kelihatan pucat. Maklumlah nak pergi temuduga
mestilah berseri dan bermaya. Kalau muka pucat lesi macam mayat sah-sah tak ada
majikan yang hendak ambil kerja. Aisya melihat wajahnya sendiri dicermin.
Cantik juga aku ni.Pujinya sendiri. Dia kemudian mencapai fail dan beg tangan
yang berada di atas katil.
“Amboi, cantiknya cucu nenek pagi ni? Nak pergi
mana?” Soal Nenek Timah sambil meletakkan pinggan atas meja.
“Nak pergi interviewlah nek. Hari ni Isya nak cari
kerja. Isya tak nak kahwin awal.” Sinis Aisya.
“Baguslah kalau macam tu. Nenek doakan Isya
cepat-cepat dapat kerja tapi ingat kalau Isya masih tak dapat kerja jugak dalam
masa sebulan ni tahu-tahulah ya.” Nenek Timah mengingatkan Aisya pasal
perjanjiannya tempoh hari.
“Isya ingatlah nek. Isya akan pastikan yang Isya
akan dapat kerja jadi tak perlulah kahwin.” Aisya tersengih menunjukkan barisan
giginya yang putih. Nenek Timah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan
Aisya.
“Okey. kita tengok siapa yang kena.” Ujar Nenek
Timah sambil mengangkat-angkat kening. Sebijik macam Ziana Zain.
Aisya memandang jam ditangan. Dia menghabiskan sisa
milo suamnya.
“Isya dah lewat ni nek. Nanti terlepas bas pulak.
Isya pergi dulu ya. Nenek doakan supaya Isya dapat kerja ek.” Nenek Timah hanya
mengangguk. Aisya menyalami dan mencium tangan neneknya.
Insya-Allah Isya akan dapat kerja. Nenek sentiasa
doakan apa sahaja yang terbaik buat Isya. Bisik hati nenek Timah.
Langkah Aisya terhenti dihadapan Syarikat Ah Chong
Sdn.Bhd. Tangannya menyeluk poket baju kurungnya dan mengeluarkan alamat
syarikat yang memanggilnya untuk ditemuduga.
“Syarikat Ah Chong Sdn. Bhd. Betullah ni alamatnya.”
Kertas tersebut dimasukkan semula ke dalam poket baju kurungnya.
Sebelum melangkah masuk, Aisya menadah tangan dan
berdoa.
“Ya Allah, Kau permudahkanlah temuduga pada hari ni.
Aku berharap semoga aku dapat kerja ni. Aku tak mahu kahwin lagi. Amin…” Aisya
meraup tangan kemukanya. Aisya menarik dan menghembus nafas. Ada sedikit
debaran didada. Maklumlah ini adalah temuduganya yang pertama setelah dua bulan
menganggur.
“Cik Aisya ada apa-apa pengalaman kerja tak?” Soal
penemuduga yang hanya dikenali sebagai Encik Johari. Matanya menentang anak
mata Aisya. Gugup Aisya dibuatnya apabila matanya bertembung dengan anak mata
coklat Encik Johari.
Encik Johari, tolonglah jangan pandang aku macam tu.
Aku ni gugup sikit kalau tengok lelaki kacak macam Encik Johari ni. Gumam Aisya
dalam hati.
“Saya tak ada pengalaman kerja lagi maklumlah baru
habis belajar.”Jawab Aisya pendek tapi dengan nada yang agak gugup. Encik
Johari tersenyum manis.
Alahai…comelnya dia senyum. Puji Aisya.
“Sebenarnya syarikat kami ni memerlukan calon yang
mempunyai pengalaman kerja. Jadi, saya minta maaf banyak-banyak.” Ringkas
sahaja kata-kata Encik Johari. Aisya hampa.
“Kalau macam tu tak apalah Encik Johari. Terima
kasih sebab sudi panggil saya untuk ditemuduga.” Agak lirih nada suara Aisya.
“Saya harap awak tak lemah semangat untuk terus
mencari kerja. Saya tahu awak boleh dapat kerja yang lebih baik dari ni sebab
awak seorang calon yang bagus tapi saya tak boleh nak buat apa-apa sebab
syarikat ini memang memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman kerja. Kalau
syarikat tak meletakkan apa-apa syarat saya pasti akan mengambil awak kerja di
syarikat ni.”
“Tak apalah Encik Johari. Mungkin tak ada rezeki
saya kat sini. Kalau macam tu saya keluar dululah ya. Terima kasih kerana sudi
menemuduga saya.Assalamualaikum.” Aisya meminta diri. Hatinya sedikit kecewa.
Kecewa kerana tidak berjaya mendapat jawatan sebagai Penolong Pengurus Sumber
Manusia. Jawatan itulah yang menjadi idaman Aisya selamai ini.
Aisya melangkah keluar dari syarikat itu dengan
retak seribu dihatinya.
“Asyik nak yang ada pengalaman aje. Habis tu macam
mana dengan nasib orang yang tak pernah ada pengalaman kerja macam aku ni?
Diskrimasi betul. Masaklah aku kalau macam ni. Macam mana aku nak dapatkan
kerja dalam masa sebulan ni.” Bebel Aisya sendiri.
Aisya menghempaskan punggungnya atas pangkin yang
berada dibawah pokok mempelam. Fail dan resume diletakkan ditepi.
“Oittt..jauh termenung. Ingat kat siapa tu?” Sergah
Diana dari belakang.
‘Ceh..kau rupanya. Terkejut aku. Aku ingatkan siapa
tadi.”
“Kenapa?Kau tunggu seseorang ke?” Gurau Diana. Diana
menghenyak punggung disebelah Aisya. Wajah sahabatnya yang kuyu itu dipandang.
“Aku tunggu Lee Min Ho datang. Kau ni datang ni nak
apa?”
“Tak ada apa. Saja je datang nak borak-borak dengan
kau. Aku tengok kau ni macam ada masalah besar aje?” Mata Diana masih lagi
melekat pada wajah cemberut Aisya.
Aisya menghela nafas panjang.
“Tadi aku pergi interview. Tapi sayang tak dapat.”
“Ooo pasal tu je. Kau janganlah frust macam ni.
Insya-Allah nanti adalah tu rezeki kau. Jangan give up okey.” Diana memberi
semangat kepada Aisya. Bahu Aisya diusap lembut.
“Pasal kerja tu memang aku frust pun dan ada lagi
yang lebih besar yang telah menyemakkan kepala otak aku ni.” Luah Aisya. Mukanya
serius. Tiada langsung senyuman dibibir mungilnya.
“Pasal apa? Nek Timah nak jual kebun buah kau ke?”
Diana meneka.
Aisya menggeleng kepala sambil mencebik bibir. Diana
menggaru kepala.
“Kalau bukan pasal kebun kau pasal apa lagi?”
“Nenek nak carikan aku calon suami kalau dalam masa
sebulan ni aku tak dapat kerja.” Luah Aisya dengan nada yang agak kecewa. Mulut
Diana ternganga luas namun mulut itu segera ditutup oleh Aisya.
Minah ni overacting betul. Statement aku bukannya
suspen sangat pun. Lainlah kalau Lee Min Ho masuk minang aku barulah sesuai nak
terlopong macam tu. Leter Aisya dalam hati.
“Wauuu..bestnya kau.”Diana tersenyum sumbing sambil
kening terangkat-angkat.
Aisya menjengilkan matanya yang bulat itu.
“Apa yang bestnya?”
“Bestlah sebab dapat kahwin awal.” Diana makin galak
menyakat Aisya.
Tidak semena-mena peha Diana dicubit oleh Aisya.
Terus ketawa Diana terhenti secara automatik.
“Sakitlah wei. Aku gurau je tadi. Kau ni sejak bila
pandai serius-serius ni?”
“Padan muka kau. Siapa suruh gelakkan aku. Aku cakap
serius kau boleh gurau-gurau pulak. Nek Timah tu serius je nak kahwinkan aku
kalau aku tak dapat kerja. Aku serabut sangat sekarang ni. Aku tak tahu dah kat
mana lagi nak cari kerja. Kerja sekarang bukannya senang nak dapat. Bukannya macam
cari gula-gula kat kedai.” Ujar Aisya panjang lebar. Apa yang terbuku di relung
hatinya diluahkan kepada teman baiknya.
“Kalau nek Timah dah cakap macam tu aku dah tak
boleh nak tolong apa dah. Apa yang mampu aku tolong adalah aku akan tolong
doakan agar kau bahagia dengan siapa sahaja lelaki yang nek Timah pilihkan
untuk kau…hahahaha” Diana masih lagi tidak berhenti menyakat Aisya. Apalagi
tapak tangan Aisya mendarat baik punya di bahu Diana.
“Kau ni memang langsung tak boleh tolong akulah.
Macam ni kawan.”
“Habis tu kau nak aku tolong kau macam mana lagi? Ce
kabor?” Soal Diana. Wajah kawannya yang kusut itu dipandang.
“Kau tolong carikan kerja untuk aku boleh?” Aisya
tersengih.
“Boleh..boleh blahhhh….aku nak cari kerja untuk kau
kat celah mana? Kau ingat kerja tu boleh dapat kat celah kaki, celah kuku.
Senang-senang kau ikut aje cakap nek Timah tu. Mungkin itu yang terbaik untuk
kau kot. Lagi satu kau kena ingat tak semesti yang kita rasa buruk itu teruk
untuk kita dan tidak semestinya yang kita nampak baik itu elok untuk kita. Kita
tak tahu entah-entah yang buruk itu adalah yang terbaik untuk kita.” Dengan sekali
nafas sahaja Diana menuturkan kata-kata tersebut.
Tidak
berkelip-kelip mata Aisya memandang Diana ketika menyampaikan kata-kata
tersebut.
Wah..pandai jugak si Diana ni berkata-kata. Sampai
aku pun pening dengan kata-kata dia ni. Haishhh…..Desis Aisya.
“Entahlah. Aku buntu sekarang ni. Aku tak tahu dah
nak buat apa. Nenek aku tu bukannya boleh counting-counting. Kalau aku bagi
rasuah pun dia bukannya terima. Susahlah kalau macam ni. Aku tak nak kahwin
lagi. Aku ada impian aku sendiri.”Keluh Aisya.
“Mungkin nek Timah buat semua ni ada sebab. Mungkin
dia tengok kau asyik melepak kat kebun tu aje buang masa. Siapa suruh kau buang
masa kat kebun tu. Aku rasa kalau awal-awal dulu kau cari kerja pasti nek Timah
tak ambil keputusan macam tu.”
“Aku bukan buang masa kat kebun tu tapi kebun tu
ajelah tempat untuk aku menenangkan fikiran. Lagipun kebun tu hak milik arwah
mak ayah aku. Bila aku duduk kat kebun tu aku rasa macam arwah mak ayah aku ada
sekali. Rindu aku pada dia orang akan terubat kalau aku rindukan dia orang.”
Mata Aisya sedikit berkaca apabila terkenang arwah mak dan ayahnya.
Suatu ketika dahulu Aisya selalu mengikuti arwah
ayah dan ibunya membersihkan kawasan kebun buah-buahan itu. Dia selalu juga
dimarahi oleh ayahnya kerana gemar memanjat pokok rambutan. Kadang-kadang tu
Aisya ada juga cuba-cuba untuk memanjat pokok durian. Setiap kali dia cuba
untuk memanjat pokok durian telinga kecilnya akan ditarik oleh Pak Cik Hamdan.
Selepas itu dia terus mematikan niatnya untuk
memanjat pokok durian. Sekarang dia hanya gemar memanjat pokok rambutan sahaja.
Aisya segera menyeka air mata yang hampir tumpah
dari tubir matanya. Nasib baik Diana tidak perasan yang matanya berair kalau
tidak kantoilah dia. Dia tidak mahu dipanggil budak cenggeng. Dia harus tabah
dan kuat.
“Kalau macam tu den tak dapek nak nolongnya. Okeylah
aku balik dulu. Nanti mak aku cari pulak.” Diana bangun dari pangkin itu dan
menyarung selipar.
“Nanti kalau kau kahwin jangan lupa jemput aku tau.
Biar aku jadi pengapit kau ya.” Sakat Diana. Aisya membaling kulit pisang
kepada Diana. Ketawa Diana meletus kerana dapat menyakat Aisya.
“Banyaklah kau punya kahwin. Aku tak nak kahwinlah.”
Jerit Aisya. Diana ketawa berdekah-dekah melihat Aisya tercegat bercekak
pinggang.
Isyyyy…aku tak nak kahwinlah. Bencinyaaaaaa….Batin
Aisya menjerit kuat.
“Macam mana Isya? Dah dapat kerja belum?” Tegur
Nenek Timah. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Aisya sambil mengipas-ngipas
mukanya dengan hujung selendang.
Aisya yang sedang berlunjur membaca komik Ujang
bingkas bangun. Hatinya memang tidak suka dengan soalan yang diutarakan oleh
Nenek Timah.
“Tak dapat lagilah nek. Nenek kan tahu yang sekarang
bukan senang nak dapat kerja. Dia orang semua nak calon yang ada pengalaman.
Isya ni mana pernah kerja.” Keluh Aisya. Nenek melirik senyum.
“Kenapa nenek senyum pulak? Nenek senyum macam tu
ada gaya macam nenek lampir pun ada. Takut pulak Isya dibuatnya.” Gurau Aisya
sambil tergelak kecil.
“Nampak gayanya nanti nenek dapat cucu menantulah
ya?” Kening Nek Timah terangkat-angkat.
“Cucu menantu?” Aisya buat muka poyo.
“Cucu menantulah. Nenekkan pernah cakap kalau Isya
tak dapat kerja dalam masa sebulan, nenek akan kahwinkan Isya. Lupa ke?”
Aisya tepuk dahi sendiri.
“Ala nek..kita batal ajelah perjanjian tu. Bukan
senang nak cari kerja sekarang ni. Nenek janganlah seksa Isya macam ni nanti Isya
larikan.” Ugut Aisya.
“Tak ada alasan lagi. Apa yang nenek cakap kamu kena
ikut. Kamu nak lari kemana? Setakat lari ke kebun tu apalah sangat. Nenek boleh
carilah.” Balas Nek Timah.
Alamak kantoi aku. Macam mana nenek tahu yang aku
rancang nak lari ke kebun ni? Haisshh kacaulah kalau macam ni..Bisik hati kecil
Aisya.
“Sekarang apa yang nenek nak Isya ikut cakap nenek.
Nenek buat semua ni untuk masa depan Isya jugak. Nenek nak hidup cucu nenek ni
terjamin lepas nenek mati nanti. Nenek ni bukannya muda lagi. Kata orang tu
rumah kata pergi, kubur kata lai-lai…” Ujar Nek Timah. Kemudian dia mencapai
tudung yang diletakkan atas meja dan berlalu pergi dari situ.
Aisya terkulat-kulat sendiri disitu. Otaknya sedang
mencerna apa yang dikatakan oleh Nek Timah sebentar tadi.
“Matilah aku macam ni. Haisshhh…stress betul.”
Bentak Aisya sendiri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia
melangkah masuk ke dalam bilik untuk memakai tudung dan kemudian keluar dari
rumah itu tanpa meminta izin daripada Nek Timah.
“Nenek dah jumpa dah calon suami yang terbaik untuk
Isya.”
Tersembur nasi yang dikunyah oleh Aisya. Dia
terbatuk-batuk.
“Isyy..kamu ni Isya makan tu biar senonoh sikit.
Jangan asyik nak menyembur aje.” Tegur Nek Timah. Dihulurkan segelas air suam
kepada Aisya. Gelas itu bertukar tangan.
“Nenek cakap apa tadi?” Soal Aisya inginkan
kepastian sebab dia takut entah-entah telinga dia salah dengar.
“Isya ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar.
Tadi nenek cakap yang nenek dah jumpa calon yang baik punya untuk jadi suami
Isya.”Ujar Nek Timah tenang. Ada senyuman terukir dibibir tuannya.
Mata Aisya terbuka luas dan berkelip-kelip memandang
wajah tua neneknya.
“Nenek ni biar betul? Jangan buat wakenabeb kat
sini?” Aisya menyuap nasi ke dalam mulut dengan sedikit gelojah. Nak tunjuk
proteslah tu.
“Betullah. Ingat nenek buat main-main hal kahwin.
Nenek seriuslah. Budak laki tu baik. Nenek berkenan dijadikan cucu menantu.”
Senyum Nek Timah. Tiba-tiba muncul wajah bakal cucu menantunya dibenaknya.
Sejuk mata memandang bila terkenangkan wajah bersih calon cucu menantunya itu.
“Alaaaa..tak sukalah macam ni. Isya tak nak kahwin
lagi. Isya nak enjoy dulu. Nenek batalkanlah perkahwinan ni. Kalau nenek
batalkan perkahwinan ni Isya janji Isya tak akan degil lagi. Semua yang nenek
cakap Isya akan buat.” Janji Aisya sambil mengangkat tangan persis orang yang
sedang berikrar.
“Tak ada alaaa..alaaa…Nenek dah terima pinangan dia
orang. Bulan depan Isya kena kahwin dengan budak laki tu. Kalau Isya sayangkan
nenek, Isya kena ikut cakap nenek. Anggaplah ini permintaan terakhir dari
nenek. Lepas ni nenek tak akan minta apa-apa lagi dari kamu.”Ada nada tegas
dalam bicara Nek Timah.
Aisya mendengus tanda tidak puas hati dengan
neneknya. Tangannya dicuci kasar. Dia terus bangun dan angkat kaki dari situ
meninggalkan neneknya seorang diri. Nek Timah hanya mampu menggeleng kepala
melihat kedegilan cucu tunggalnya itu.
“Nenek buat semua ni untuk kebaikan Isya. Suatu hari
nanti Isya akan mengerti kenapa nenek lakukan semua ni.” Gumam Nek Timah
sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.