ISYRAQ mengerling pada Hamna yang diam membisu di
sebelahnya sebelum matanya jatuh pada tapak tangan Hamna yang berbalut. Dia menarik
nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Agak kekok berada dalam suasana di
mana Hamna hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa- apa.
“ Ehem- ehem!” Isyraq cuba berdeham. Matanya
menjeling ke arah Hamna yang masih lagi kaku. Matanya hanya terkebil- kebil
memandang bumbung kereta. Dah bisu ke?
“ Jangan fikirkan sangat apa yang perempuan tu
cakap. Dia tengah tak ada pedoman, itu yang merepek bukan- bukan tu,” Isyraq
bersuara cuba menghidupkan suasana.
“ Kau benci aku kan? Kau menyampah tengok aku kan?
Kenapa kau selamatkan aku?” soal Hamna tiba- tiba. Tetapi matanya masih tidak
berganjak daripada merenung bumbung kereta.
Isyraq tersentak. Dia menelan air liur yang terasa
kelat. Kenapa pulak dia tanya soalan cepu emas saat ni? Apa aku nak jawab?
“ Errr…kebetulan aku lalu dekat situ, takkan aku nak
biarkan je, macam tak logiklah pulak kan?” dalih Isyraq dengan suara yang
tenggelam timbul akibat menahan rasa gementar.
“ Tapi apa yang Damia cakap tu semuanya betul, aku
ni dahlah hodoh. Kau pun cakap macam tu jugak kan? Tak ada sesiapa pun yang
sukakan perempuan hodoh macam aku ni. Tapi ada hati nak rampas kekasih orang,”
balas Hamna dengan ketawa kecil. Nampak sangat canggung dalam tawanya itu.
Namun, setitis air matanya gugur.
Benar, kata- kata yang Damia lemparkan masih
berbekas dalam hatinya. Dia tahu Damia tengah marah waktu itu tetapi kata- kata
itu tetap menikam tepat ke jantungnya. Lelaki bodoh manalah yang suka perempuan
macam aku ni? desis hatinya.
“ Kau jangan nak mengarut boleh tak? Kau tak payah nak
ingat apa yang Damia cakapkan seba dia tu bukannya be..be…” kata- kata Isyraq
terhenti apabila dia melihat mata Hamna berair. Hati lelakinya tersentuh
melihat air mata yang jarang dilihatnya itu. Inilah kali pertama dia melihat
gadis berani seperti Hamna menangis di hadapannya.
Lalu, Isyraq memberi isyarat untuk berhenti. Dia
memberhentikan keretanya di tepi jalan. Tapi pinggang yang membalut tubuhnya ditanggalkan. Lalu, tubuhnya
dipalingkan ke arah Hamna yang sedang memejamkan mata. Dia mengangkat tangan
untuk menyentuh bahu Hamna namun perbuatannya terhenti apabila teringatkan yang
Hamna tidak suka disentuh. Dia melepaskan keluhan berat.
“ Buat apa kau fikirkan apa yang orang lain kata
pada kau? Jadi diri sendiri cukuplah, Hamna. Pada aku, kau bukanlah perempuan
yang hodoh malah kau cukup sempurna di mata aku…” ucap Isyraq tanpa memikirkan
terlebih dahulu apa yang diucapkan.
Hamna terkedu mendengar kata- kata yang terbit
daripada mulut Isyraq. Aku tak salah dengar ke tadi? Kau cukup sempurna di mata
aku, apa maknanya ini? soal hati Hamna. Tiba- tiba jantungnya berdenyut.
Lantas, dia membuka mata membalas pandangan Isyraq
Isyraq terkelu apabila bertentangan mata dengan
Hamna saat ini. Hah, sudah apa yang berlaku pada aku ni?
“ Apa maksud kau?” soal Hamna.
Isyraq melarikan pandangan ke tempat lain. Dia tidak
menjawab soalan Hamna sebaliknya dia menghidupkan kembali enjin kereta dan
memakai tali pinggang keledar. Pertanyaan Hamna dibiarkan sepi tanpa jawapan
kerana dia sendiri tidak menyedari apa yang telah diucapkan.
“ Aku hantar kau balik!” tegas Isyraq.
Hamna menarik muka. Dia perlu tahu apa yang Isyraq
maksudkan. Apa yang ingin lelaki itu sampaikan sebenarnya? Namun, Hamna tahu
tiada gunanya memaksa Isyraq untuk menerangkan kerana Isyraq bukannya lelaki yang
mudah untuk menurut kata orang lain apatah lagi kata- kata itu daripada
perempuan yang dibencinya
Akhirnya mereka berdua diam membisu sehinggalah
Isyraq menghentikan kereta di hadapan rumah sewa Hamna.
“ Dah sampai. Turunlah!” ucap Isyraq dingin. Tidak
sedikit pun dia memandang wajah Hamna yang sudah berkerut.
Tanpa banyak bicara, Hamna membuka pintu selepas
mencapai beg sandang yang terdapat di tempat duduk belakang.
“ Terima kasih,” ucap Hamna sebelum menolak pintu
kereta.
“ Hmmmm…” balas Isyraq pendek.
Hamna hanya mengangkat bahu. Dia pelik dengan
perubahan Isyraq yang tiba- tiba menjadi dingin. Tadi bukan main lagi lelaki
itu kelihatan risau bila tangannya berdarah. Malah lelaki itu sanggup
menemaninya sehingga ke dalam klinik bagi memastikan dia berjumpa dengan doktor
tapi sekarang ini lelaki itu bagaikan Isyraq yang dahulu. Kasar dan dingin.
Siapa kau sebenarnya, Is? Soal hati Hamna.
“ Eh, tunggu dulu!” halang Isyraq.
Hamna menoleh. Lalu, sebungkus plastik putih
dicampakkan pada Hamna.
“ Ubat tu jangan lupa pulak!” ucap Isyraq selamba.
Hamna menahan perasaan. Dia ni memang kurang ajar
kan? Main campak je. Sakit betul hati aku! benak Hamna berkata- kata. Namun,
dia tidak mempamerkan sebarang riak.
“ Terima kasih!” hanya itu yang terkeluar.
“ Dah keluar, syyhh…syhhh..” halau Isyraq dengan
cukup bersahaja.
Hamna mengetap bibir. Dia keluar namun dengan
senjaga dia menghempas pintu kereta dengan kuat sebagai tanda protes. Aku benci dia!
FIKA pulang tidak lama selepas itu. Dia masuk ke
dalam rumah selepas memberi salam. Kelihatan Hamna terbaring di atas sofa
sambil lengannya menutup mata. Kedengaran nafas gadis itu yang turun naik.
Fika duduk di sofa sebelah sambil merenung wajah
Hamna yang kelihatan kepenatan. Namun, dia masih pelik dengan apa yang apa yang
disaksikan sebentar tadi. Hamna dan Isyraq berpegangan tangan? Ke mana gadis
itu pergi bersama Isyraq dalam keadaan yang tergesa- gesa? Mesti ada sesuatu
yang berlaku. Bisik hati Fika.
Kalau diikutkan rasa hati, ingin saja dia
mengejutkan Hamna dan meminta penjelasan daripada gadis itu tapi buat masa
sekarang dia tahu tidak mungkin Hamna ingin membuka mulut.
“ Kalau benci takkan sampai boleh ikut naik kereta
sekali? Siap pegang tangan lagi tu? Biar betul si Hamna ni takkan dah jatuh
cinta dengan mamat hati batu tu kut?” Fika bercakap sendirian sambil mengetuk
dagunya.
Matanya tidak berganjak daripada memandang Hamna
yang sedang tidur. Dia mesti mencari jawapan terhadap apa yang berlaku. Lalu,
dia mencapai telefon bimbit milik Hamna yang berada di atas meja. Baru saja dia
ingin menekan punat telefon, tiba- tiba mata Hamna terbuka. Fika terkejut
sehingga telefon bimbit yang dipegang terjatuh di atas lantai.
Hamna terkejut melihat kelibat Fika yang berada di
hadapannya, lalu dia bingkas bangun apabila terdengar dentingan di atas lantai.
Telefon aku! jerit hatinya lalu mencapai telefon bimbitnya yang terjatuh. Dia
memandang Fika penuh curiga.
“ Macam mana telefon aku boleh jatuh?” soal Hamna
serius.
Fika tersengih mempamerkan giginya yang bersih.
“ Heee…aku terlanggar phone kau tadi, itu yang
jatuh. Janganlah marah, okey?” balas Fika berbohong. Nak mati kalau Hamna tahu
aku sengaja nak check telefon dia? Tak pasal- pasal aku dapat penumbuk sulung
minah ni. desis hati Fika.
Hamna menayang muka tidak percaya. Ya ke terlanggar?
Tak nampak macam terlanggar pun. Bisik hati Hamna mulai curiga.
“ Betul, aku tak sengaja tertepis telefon kau tu.
Kau ni, dengan aku pun tak percaya ke? Anyway, kau balik dengan apa? Aku tak
nampak pun motor kau?” soal Fika mengalih tumpuan Hamna.
Hamna tersentak. Alamak, macam mana aku nak jawab
ni? Dia menggaru- garukan kepalanya yang tidak gatal.
“ Aku balik dengan kawan…” jawab Hamna selamba. Dia
mengesat peluh yang mula memercik di dahi.
“ Kawan? Siapa kawan kau?” soal Fika pelik walaupun
dia tahu siapa kawan yang dimaksudkan oleh Hamna.
Hamna tidak keruan. Aduh, banyak tanyalah pulak.
Takkan aku nak cakap, aku balik dengan Isyraq, mahu dimakinya aku nanti. Bisik
hati Hamna.
“ Acummmm!” Hamna pura- pura bersin. Dia menggosok-
gosok hidungnya.
“ Aku ngantuklah, aku masuk bilik dululah ye,” ucap
Hamna pantas berdiri. Ini saja cara yang boleh dilakukan untuk mengelak
daripada disoal oleh Fika.
“ Na tunggu dulu. Mana cermin mata kau?” soal Fika
lagi. Dia memandang Hamna yang berdiri membelakanginya itu. Reaksi temannya itu
tidak seperti biasa seolah- olah Hamna sedang menyembunyikan sesuatu yang dia
tidak tahu.
“ Cermin mata? oh…tadi aku jatuh lepas tu cermin
mata aku pecah…” jawab Hamna tergagap- gagap. Jelas dia berbohong.
“ Oh, pecah…okey…” balas Fika.
Hamna menarik nafas lega. Cepat- cepat dia berlalu
ke dalam bilik sebelum Fika bertanya soalan yang bukan- bukan.
ZAIM dan Redza memandang wajah Isyraq yang kelihatan
bermasalah. Walaupun mereka lepak bertiga tapi Zaim dapat rasakan yang mereka
hanya berdua. Isyraq sudah hilang dalam lamunan yang entah ke mana.
“ Hey bro, kau ni kenapa? Aku tengok macam ada
masalah je. Cuba story sikit dekat kitaorang, mana tahu boleh tolong,” ucap
Zaim sambil menyiku lengan Isyraq.
Isyraq tersedar lantas kembali memandang wajah
sahabat- sahabatnya yang masih setia menanti jawapan daripadanya.
“ Tak masalah pun. Aman je hidup aku…” balas Isyraq
tersengih. Dia meneguk air yang tersedia di hadapan mata.
“ Ke kau gaduh dengan awek kau? Damia tu apa cerita?
Aku dengar dia dengan si Faizal anak Datuk Mustafa tu, betul ke?” soal Redza
sambil mengacau straw di dalam gelasnya.
Isyraq mencebik. Sebut tentang Damia, masih
terbayang lagi apa yang gadis itu telah lakukan pada Hamna. Rasa sakit hati itu
masih bersisa walaupun bukan dia yang diserang tetapi melihat keadaan Hamna
yang tidak berdaya melawan membuatkan Isyraq rasa mahu dilempangnya muka Damia
yang cantik itu.
“ Hubungan aku dengan dia dah lama over. Tak nak aku
perempuan macam tu, senang- senang je tinggalkan aku sebabkan jantan. Dia tak
tahu ke yang Datuk Mustafa tu sepupu ibu aku. Segala cerita dia dengan Faizal
dalam kocek akulah,” jawab Isyraq selamba.
Zaim dan Redza terangguk- angguk. Hampir mereka
terlupa yang Isyraq memang ada hubungan keluarga dengan Faizal Cuma yang
bezanya, Faizal itu kaki perempuan sedangkan Isyraq Cuma lelaki yang biasa-
biasa saja, tidak terlalu menonjol walaupun harta ibu dan ayah Isyraq sama
banyak dengan ayah si Faizal itu.
“ Ya tak ya jugak. Habis tu, kau fikirkan apa? Pasal
musuh ketat kau tu…Si Minah Gendut tu ke?” Zaim mengutarakan soalan.
Isyraq yang sedang meneguk air tiba- tiba tersedak.
Dia terbatuk- batuk. Masa inilah pula dia nak sebut pasal minah tu. Macam tahu-
tahu je aku tengah fikirkan perempuan tu sekarang ni. Bisik hati Isyraq. Dia
mengesat mulutnya.
“ Tak ada nama lain ke yang kau nak sebut?” balas
Isyraq menarik muka bosan. Bosan dekat luaran je tapi dalam hati berdenyut
hebat apabila teringatkan si gadis.
“ Rasanya buat masa sekarang hanya itulah musuh yang
kau ada. Aku tengok si Elyas tu macam syok je dekat si Hamna tu. Agak- agak
mereka couple ke?” soal Zaim tiba- tiba.
Isyraq tersentak. Pantas pandangannya dipakukan pada
wajah Zaim. Darahnya berderau tiba- tiba.
“ Mana boleh diaorang couple!” bantah Isyraq tiba-
tiba.
Zaim dan Redza terperanjat. Dia memandang wajah
Isyraq pelik. Dah kenapa tiba- tiba nak melenting pulak ni?
“ Kenapa tak boleh pulak? Elok sangatlah Elyas
dengan Hamna. Sama- sama nerd!” balas Redza.
“ Maksud aku, takkanlah Elyas nakkan si Minah Gendut
tu,” Isyraq membetulkan ayatnya. Suaranya kedengaran sedikit gagap. Dia
mengelap peluh di dahi.
“ Okey apa, lagipun Elyas tu bukannya nak ikut kita
dah, asyik back up perempuan tu je. Molek sangatlah kalau kahwin nanti,”
“ Aku tak setuju!” pintas Isyraq pantas.
Zaim dan Redza berpandangan. Berkerut dahi mereka
melihat reaksi Isyraq yang tiba- tiba menyangkal apa yang mereka katakan.
“ Kau ni kenapa, Is?” soal Zaim akhirnya.
Isyraq menggigit bibir. Dia hanya mampu tersengih
dan menggaru- garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa dengan aku, ya?
“ Tak ada apa- apa. Saja je tak setuju…” balas
Isyraq selepas tiada alasan yang boleh dia berikan.
Lagi berkerut muka Zaim dan Redza. Kenapa aku rasa
yang perangai Is ni macam pelik je hari ini? desis hati Zaim Cuma dalam hati.
“ Kau lupakanlah cerita pasal minah tu dengan Elyas.
Aku nak tanya pendapat korang ni, kalau orang sakit, selalunya kita nak bagi
apa erk?” soal Isyraq mengalih topik bualan.
“ Siapa yang sakit?” soal Redza pula.
“ Adalah, anak mak cik aku punya kawan. Mak aku
suruh belikan hadiah,” jawab Isyraq selamba.
“ Anak mak cik kau punya kawan tapi kenapa kau yang
kena beli hadiah?” giliran Zaim yang menyoal.
Isyraq menepuk dahi. Takkan itupun nak dipersoalkan
juga?
“ Banyak tanyalah kau ni, jawab jelah. Aku tak nak
belanja kan…” ugut Isyraq dengan mata yang sengaja dibulatkan.
Zaim dan Redza mengangkat tangan tanda kalah. Mereka
tersengih.
“ Biasanya aku tengok mak aku belikan buah- buahan
kalau dalam drama pun macam tu jugak. Depends pada siapa yang kau nak bagi.
Kalau nak bagi dekat buah hati baik bagi bunga ke coklat ke tapi memandangkan
kau cakap yang sakit tu mak cik kau punya kawan jadi kau bagilah buah oren ke
buah epal ke jangan kau bagi buah catur sudah…” balas Zaim disambut dengan gelak
tawa oleh Redza. Isyraq hanya ketawa kecil.
“ Oh macam tu. Kau pula, Redza?” soal Isyraq sambil
memandang Redza yang sedang mengunyah keropok lekor yang terhidang di depan
mata.
“ Dulu masa awek aku demam aku bagi ubat demam je…”
jawab Redza sambil tersengih.
“ Hampeh!” balas Isyraq sambil menepuk kepala Redza
yang ketawa kuat.
Isyraq terdiam seketika. Aku nak bagi apa erk? Tapi
yang aku concern sangat pasal dia tu kenapa? Hatinya tertanya- tanya. Entahlah!
KERETA Honda CRV diberhentikan agak jauh dari rumah
itu. Dia meninjau kawasan perumahan itu yang sunyi sepi. Buat seketika, Isyraq
menjeling ke tempat duduk sebelah pemandu. Dia tersenyum apabila semua barang-
barang yang dikatakan oleh Zaim telah dibeli.
“ Biasanya aku tengok mak aku belikan buah- buahan
kalau dalam drama pun macam tu jugak. Depends pada siapa yang kau nak bagi.
Kalau nak bagi dekat buah hati baik bagi bunga ke coklat ke tapi memandangkan
kau cakap yang sakit tu mak cik kau punya kawan jadi kau bagilah buah oren ke
buah epal ke jangan kau bagi buah catur sudah…”
Kata- kata Zaim terngiang di telinga membuatkan
Isyraq tersenyum sendirian. Akibat tidak tahu apa yang harus dibeli, akhirnya
Isyraq membeli semua apa yang disebut oleh Zaim. Buah oren, bunga dan coklat
semuanya lengkap.
Lalu, Isyraq mencapai telefon bimbit yang berada di
dalam poket seluar. Nombor telefon Hamna di dail. Dengan sekali deringan,
panggilannya berjawab.
“ Wa’alaikummusalam, aku dekat depan rumah kau. Kau
keluar sekarang!” arah Isyraq.
“ Buat apa depan rumah kau? Eh, suka hati akulah nak
ada depan rumah ke belakang rumah. Aku nak kau keluar sekarang. Aku tunggu
bawah pokok mangga seberang jalan rumah kau tu. Kalau kau tak keluar, aku
masuk!” ugut Isyraq.
Dia mematikan telefon bimbit. Satu senyuman sinis
terukir di bibirnya. Dia tahu Hamna memang pantang digertak. Tidak sampai lima
belas minit, akhirnya Hamna muncul di depan pintu pagar. Isyraq tersenyum
sendirian.
Isyraq memerhatikan Hamna yang semakin menghampiri,
sekali sekala kepala gadis itu memandang kawasan sekeliling, mungkin bimbang
terserempak dengan orang yang dikenali ataupun bimbang terserempak dengan Fika.
“ Kau nak apa?” soal Hamna garang. Dia mendongak
memandang wajah Isyraq yang cukup bersahaja.
“ Tak ada apa. Saja nak datang melawat…” balas
Isyraq selamba.
Hamna mengetap bibir. Dia sengaja suruh aku keluar
rumah malam- malam buta ni semata- mata nak datang melawat? Dah gila agaknya
dia ni! bentak hati Hamna. Geram pun ada juga dengan sikap Isyraq.
“ Ish, kau dah tak ada kerja ke? Banyak sangat ke
masa lapang kau sampai sanggup datang nak melawat aku ni? Setakat ni aku masih
bernafas lagi. Terima kasih!” ucap Hamna sambil menekan perkataan terima kasih.
Isyraq menahan tawa melihat wajah Hamna yang sudah
kemerahan. Marahlah tu.
“ Antara bunga, buah dengan coklat mana kau suka?”
soal Isyraq tiba- tiba.
Hamna terpempan. Pulak dah? Peninglah aku dengan
perangai dia sorang ni!
“ Semua!” balas Hamna tanpa berfikir panjang. Dia
berpeluk tubuh.
“ Baguslah!” balas Isyraq lalu dia membuka pintu
kereta di tempat duduk pemandu.
“ Apa yang bagus?” soal Hamna pelik.
“ Nah!”
Isyraq menyerahkan sejambak bunga lily berwarna
putih, sebakul buah oren yang digubah cantik berserta sepapan coklat Cadburry
pada Hamna yang masih terpinga- pinga. Belum sempat Hamna berkata apa- apa, Isyraq
terlebih dahulu melompat ke dalam keretanya. Dia berlalu meninggalkan Hamna
yang masih lagi tercengang- cengang.
Terkebil- kebil Hamna memandang kereta Isyraq yang
hilang daripada pandangan mata. Dia memandang segala pemberian Isyraq yang
berada dalam dakapannya. Dia masih lagi dihantui tanda tanya. Untuk apa lelaki
itu memberinya segala barang- barang ini? Namun, tiba- tiba bibir Hamna
menguntum senyuman tanpa paksaan. Hatinya mula berlagu indah.
Manakala, di dalam kereta Isyraq mengesat peluh di
dahi.
“ Fuhhhh, lega!” dia bercakap sendirian.
Namun, dia ketawa tidak lama kemudian apabila
teringatkan apa yang dia telah lakukan pada hari ini.
‘ Kenapa aku buat semua ini untuk dia erk? Dia yang
sakit tapi kenapa aku pulak yang lebih- lebih? Patutnya aku bersorak sakan
sebab musuh nombor satu aku sakit tapi kenapa aku tak gembira pula bila tengok
dia tak bermaya?’ soal hati Isyraq.
Dia mengetuk kepalanya sendiri. Apa yang mampu dia
katakan, segala yang telah dilakukan adalah tindakan tanpa dia sedar. Apa yang
penting dia gembira apabila dapat melihat wajah gadis itu yang kelihatan lebih
bermaya daripada yang sebelumnya. Dia gembira apabila dapat melihat wajah gadis
itu yang merona merah akibat menahan marah. Ya, Isyraq gembira apabila dapat
menatap wajah gadis itu!
“ Ya Allah, aku dah angau ke?” soal Isyraq sambil
melekapkan tangannya di dada.
‘ Dup dap, dup dap,’ bunyi jantungnya membuatkan
Isyraq tersenyum.
Best.
ReplyDelete