BAB
13
RYAN mengerutkan dahi apabila melihat Balqis yang
sedang tertunduk- tunduk mencari sesuatu di hadapan surau. Apalah yang dicari
Balqis tu? tanya Ryan dalam hati. Perlahan- lahan dia menghampiri Balqis.
“ Hoi!” sergah Ryan hampir ke telinga Balqis.
“ Oii mak kau
hoi!” latah Balqis bila disergah sebegitu. Lantas dia berpaling
berhadapan dengan Ryan yang sedang tergelak besar. Dia mengurut dada kerana
terkejut.
“ Agak- agaklah Ryan aku terperanjatkan aku.
Nasiblah aku muda lagi tak ada kencing manis kalau tak sure aku out of world.
Tak boleh ke bagi salam dulu.” Gumam Balqis geram.
Dia memandang Ryan dengan mata sengaja dikecilkan.
Alah Balqis kalau mengecilkan mata pun tetap tidak kelihatan kecil sebab
matanya memang besar mengalahkan bola golf. Oleh kerana itulah Ryan selalu
mengejek Balqis mengatakan yang matanya macam ikan kembung. Ada ke patut?
“ Okey, assalamualaikum Balqis!” ejek Ryan. Dia
memberi salam seolah- olah seperti ketua kelas memberi salam kepada cikgu. Gaya
salam berirama gitu. Ryan tergelak.
“ Wa’alaikummusalam. Tak senonoh kau ni Ryan.” Marah
Balqis sambil mencebikkan bibir.
“ Sejak tadi aku tengok kau terhendap- hendap,
terjengah- jengah tu kenapa? Kau cari apa? Pakwe ek?” Tanya Ryan selepas
tawanya reda. Dia berdiri menghadap Balqis sambil tangannya memegang koridor.
“ Pakwe abah kau. Aku cari gelang aku.Tadi selepas
aku ambil wuduk aku simpan dalam poket, tup- tup selepas solat tadi aku nak
pakai tak ada pulak. Itu yang aku berpusing mencari gelang tulah.” Beritahu
Balqis. Matanya melilau- lilau cuba mencari kelibat gelang kesayangannya itu. Walaupun
gelang itu gelang yang murah namun Balqis tetap menyayanginya kerana gelang itu
adalah pemberian daripada arwah neneknya sebelum neneknya meninggal dunia.
“ Betul ke kau letak dalam poket? Entah- entah kau
campak dalam tong sampah kot.” Ryan membuat andaian.
“ Ish tak adalah. Aku sayang gelang tulah takkan aku
nak buang pulak. Kau ada nampak tak batang hidung gelang aku tu?” tanya Balqis
selamba dengan muka yang tidak bersalah.
Tiba- tiba Ryan ketawa kuat. Geli hati dengan kata-
kata Balqis sebentar tadi. Gelang ada batang hidung ke? Tanya Ryan dalam hati.
“ Mancung tak hidung gelang kau tu? kalau hidung
mancung macam mat salleh aku rasa ada chance
nak jumpa.” Seloroh Ryan dengan tawa yang masih bersisa.
Balqis mengerutkan kening. Salahkah apa yang aku
cakap? Selama ini ayat itu yang selalu diguna pakai kalau tidak berjumpa dengan
sesuatu. Apa yang lawak sampai Ryan tergelak seperti cipanzi kena geletek?
Entah Balqis tidak tahu.
“ Aku serius ni Ryan. Kan aku hempuk kepala kau
dengan beg aku ni kan.” Marah Balqis sambil mengangkat beg galasnya untuk
dihempuk pada Ryan.
“ Opps, nanti dulu. Okey- okey aku tak tahu gelang
kau dekat mana tapi aku tolong kau cari ek.” Ucap Ryan lembut.
Balqis tersenyum. Tahu pun takut. Bisik hati Balqis.
Dia mengangguk bila Ryan menawarkan diri untuk mencari tetapi bunyi loceng
membuatkan pencarian Balqis dan Ryan terbantut. Balqis mengeluh. Masa untuk
latihan rumah sukan sudah bermula jadi terpaksalah dia membatalkan niat untuk
terus mencari gelangnya itu.
“ Alamak, masa rehat dah habis. Aku kena pergi dulu
ni sebab Cikgu Azizah nak jumpa. Aduh, macam mana ni? Gelang aku tak jumpa
lagi.” keluh Balqis. Wajahnya berubah sendu. Dia meraup muka dengan telapak
tangan.
Ryan yang melihat keadaan temannya itu turut
simpati. Dia tidak suka bila melihat Balqis bermasam muka. Apa dia nak buat?
Tanya Ryan dalam hati. Dia menggigit kuku.
“ Kau pergilah dulu. Nanti aku tolong carikan tapi
aku tak janjilah boleh jumpa ke tak. Petang karang aku bagitahu kau.” Ujar Ryan
tersenyum.
Balqis mengeluh tetapi dia tidak ada pilihan. Dia
harus turun ke padang sekarang memandangkan dia naib pengerusi Rumah Biru jadi
dia harus ke padang untuk mengawal ahli- ahli Rumah Biru.
“ Kau tolong aku ek. Nanti aku belanja air sirap
kalau kau jumpa gelang aku tu tapi kau jangan lambat pulak ke padang nanti
Cikgu Azizah marah pulak. Kau kan ketua.” Tambah Balqis lagi sambil tersenyum.
“ Baik bos. Kau cakap kat Cikgu Azizah aku lambat
sebab sakit perut. Sembelit.” Ucap Ryan sambil tergelak dengan kata- kata
sendiri.
Balqis turut tergelak dengan kata- kata Ryan. Alasan
yang biasa dia gunakan jika terlambat untuk latihan rumah sukan tetapi yang
pelik Cikgu Azizah tidak marah apabila Ryan memberi alasan yang sama. Mungkin disebabkan
Ryan pandai mengambil hati cikgu- cikgu di sekolah itu. Tidak hairanlah Ryan
menjadi pelajar kegemaran bagi cikgu- cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Abu Bakar.
Ryan mempunyai gayanya sendiri walaupun dia selalu
main- main di dalam kelas, tetapi keputusan peperiksaan dia memang ‘ gempak’
mengalahkan pelajar- pelajar lain cuma Balqis sahaja yang agak sederhana dalam
pelajaran. Namun, Ryan tidak pernah memperlekehkan Balqis dalam hal yang
berkaitan pelajaran malah lelaki idaman Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar selalu membantu Balqis untuk
meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.
“ Qis, Qis…” Panggil Ryan sambil mengawang-
ngawangkan tanganya di hadapan mata Balqis apabila mendapati Balqis termenung.
Tengah berdiri pun boleh termenung Balqis ni. Bisik Ryan dalam hati.
Balqis tersentak dan memandang tepat ke dalam anak
mata hazel Ryan. Dia tersengih- sengih.
“ Aku pergi dululah..” Balqis meminta diri.
Ryan mengangguk dan memandang Balqis sehingga hilang
daripada pandangan. Sebaik sahaja Balqis lesap, Ryan memulakan ekspidisi
mencari gelang milik temannya itu. Terbongkok- bongkok dia mencari gelang
Balqis di hadapan bilik wuduk. Kemudian dia pergi ke dalam surau namun gelang
itu tetap tidak menampakkan diri. Ryan mulai bosan.
“ Wahai gelang Balqis ke mana kau menghilang?
Cepatlah keluar aku tak ada masa nak main sembunyi- sembunyi.” Guman Ryan sendirian.
Macam orang kurang suiman pun ada lagak Ryan.
“ Miow, miow…” Panggil Ryan seperti memanggil
kucing. Memang sah Ryan perlu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Namun tiba- tiba Ryan berdiri sambil berpeluk tubuh.
Dia mengetuk dagu seperti memikirkan sesuatu.
“ Kenapa aku perlu bersusah payah nak cari gelang
Qis ni? Biarlah dia cari sendiri.” Ryan bercakap sendirian. Dia sendiri pelik
dengan dirinya sendiri. Kadang- kadang bila bersama dengan Balqis dia akan buat
perkara yang dia sendiri tidak terfikir. Kadang- kadang juga bila bersama
dengan Balqis dia akan bersikap selamba dan menjadi diri sendiri berbanding
dengan bila dengan kawan-kawan perempuannya yang lain.
“ Argh, biarlah apa salahnya kalau aku tolong dia.
Dia kawan aku jugak.” Sambung Ryan lagi sambil menyambung lagi pencariannya.
Tiba- tiba matanya tertancap pada satu benda yang
berkilau dalam pasu bunga di tepi pintu surau perempuan. Perlahan- lahan dia
menapak menuju ke pasu bunga tersebut. Dia tersenyum bila mendapati seutas
gelang emas bersaiz kecil tersadai di dalam pasu bunga itu.
‘ Qis ni, berapa kali cikgu nak pesan, kat sekolah
tak boleh pakai barang kemas. Dia pakai jugak. Tak padan dengan pengawas pusat
sumber.’ Rungut Ryan dalam hati.
Lantas dia mengambil gelang tersebut dan
membeleknya. Terdapat ukiran nama ‘BALQIS’ di atas permukaan gelang itu
membuatkan Ryan tersenyum. Patutlah Balqis sayang sangat pada gelang ini sebab
ada ukiran namanya. Lama Ryan menatap gelang itu sebelum dia tersenyum
sendirian. Lalu, dia memasukkan gelang itu ke dalam poket seluarnya. Dia
tersenyum penuh makna kerana ada sesuatu yang bermain di fikirannya saat ini
hanya dia dan ALLAH sahaja yang mengetahuinya.
“ MACAM mana Ryan kau ada jumpa tak gelang aku tu?”
Tanya Balqis selepas tamat latihan sukan. Dia mendapatkan Ryan yang sedang
bersiap sedia untuk memakai helmet.
Ryan terdiam. Dia memikirkan sesuatu sebelum
melompat ke atas motor 125ZR miliknya. Dia memandang wajah Balqis yang penuh
dengan pengharapan. Dia tersenyum hambar.
“ Aku rasa gelang kau kena curi Qis. Aku dah tawaf
satu bangunan sekolah sampai aku hampir- hampir masuk dalam tandas perempuan
nasib baik budak- budak perempuan tak ada dalam tandas tu tapi gelang kau tetap
tidak dapat aku temui.” Ucap Ryan selamba dengan membuat muka sedih. Macamlah
Balqis nak percaya sangat.
“ Maknanya kau tak jumpalah ni?” soal Balqis sedih.
Wajahnya berubah sedih.
Ryan menggelengkan kepala. “ Aku rasa macam itulah.
Kan cikgu dah cakap, kat sekolah tak boleh pakai barang kemas kenapa kau pakai
jugak? Sekarang kan dah hilang. Mesti orang curi.” Ucap Ryan lagi. Dia melirik
wajah Balqis yang mendung. Sekejap lagi hujanlah tu.
Balqis mengeluh. Apa yang harus dia jawab pada mak
dan ayahnya nanti? Mesti Mak Kiah membebel bila tahu gelang pemberian arwah
neneknya hilang. Mak kalau membebel tak dengar satu kampung tak sah malah suara
Mak Kiah mengalahkan pembesar suara sekolahnya. Disebabkan itulah Balqis gerun
bila ibunya membebel. Pening kepala dibuatnya. Jika ibunya membebel, pasti
Balqis akan berpura- pura tidur. Pernah ada sekali dia ingin pura- pura
pengsan, tapi itu akan membahayakan dirinya juga. Buatnya Pak Ismail bawa di ke
hospital, tidak ke naya dia.
“ Masalahnya aku tak sengaja terpakai pagi tadi. Aku
tak perasan pulak. Ish macam mana ni. Apa aku nak jawab dengan mak aku nanti?”
Balqis mula risau. Dia menggigit kuku.
“ Tak payahlah jawab. Bila mak kau tanya kau buat
tak tahulah. Kau cakap adik kau pinjam ke.” Ryan mengajar.
“ Kau nak ajar aku tipu ek?” Balqis mengecilkan
matanya sambil jari telunjuk diluruskan ke muka Ryan.
Ryan hanya mampu tersengih- sengih. Bukan mengajar,
cuma menurunkan ilmu sahaja. Dia berbisik di dalam hati.
“ Mana ada. Aku cuma bagi kau jalan penyelesaian
saja. Tapi kalau kau tak nak dengar cadangan aku, kau cakaplah pada mak kau
yang gelang kesayangan kau tu hilang.” Ucap Ryan sambil menghidupkan enjin
motornya. Dia mengjongketkan bahu.
Balqis mengeluh buat sekian kalinya. Nampaknya dia
tiada pilihan terpaksa juga dia mencipta alasan walaupun sebenarnya dia tidak
suka menipu malah dia tidak pernah menipu sesiapa pun.
“ Nampaknya I
have to do so. Mesti mak aku membebel. Sakitlah telinga aku nanti.” Keluh
Balqis.
Ryan hanya ketawa kecil. Kalaulah Balqis tahu
perkara sebenarnya mesti gadis itu mengamuk sakan silap hari bulan boleh kalah
gajah mengamuk. Gajah pun takut hendak dekat kalau lihat Balqis mengamuk.
Memang buruk. Kutuk Ryan dalam hati.
“ Kalau dah takut sakit telinga, kau sumbat dengan
botol susu dalam telinga kau. Gerenti kau tak dengar mak kau bebel dan kalau
nasib kau baik, boleh pekak seumur hidup. Kalau pekak seumur hidup kau tak
payah dah dengar orang membebel. Senang hidup kan?” jawab Ryan sambil ketawa
terkekeh- kekeh.
Balqis mengetap bibir. Geram kerana dipermainkan
oleh Ryan. Memang sakit hati kalau bercakap dengan Ryan. Bercakap dengan Ryan
umpama bercakap dengan orang utan di Sabah sana. Tidak pernah serius. Serentak
dia menjeling pada Ryan yang masih tergelak. Tanpa berfikir panjang dia menarik
kuat beg galas yang berada di atas belakang Ryan membuatkan lelaki itu hampir
terjatuh kerana tidak sempat bersedia. Nasib baik motornya masih bertongkat
kalau tidak, memang dia jatuh menyembah bumi.
“ Kasar bergurau Qis. Kalau aku jatuh tadi macam
mana? Hilanglah maruah aku sebagai lelaki handsome
di sekolah ni? Tak ada awek nak kat aku nanti.” Ujar Ryan dengan bangganya.
Dia memandang wajah Balqis yang manis bertudung
sekolah. Walaupun berwajah biasa tetapi wajah itu menenangkan hati Ryan setiap
kali dia memandang. Hal itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun cukup
hanya dia yang mengetahui kerana dia tidak mahu orang menyalah tafsir pula.
“ Handsomelah sangat. Muka macam rumah hantu tak
siap sebab itu tak ada awek nak kat kau.” Jerit Balqis yang sudah mahu mengatur
langkah untuk pulang. Dia berpaling namun kata- kata Ryan melekat di
telinganya.
“ Macam mana awek nak kat aku kalau mereka fikir kau
awek aku.” sayup- sayup kedengaran suara Ryan menyebabkan Balqis tersenyum
sendirian. Dia tidak membalas percakapan Ryan.
‘ Apa- apalah Ryan. Malas aku nak layan cakap kau.’
Ucap Balqis lantas melangkah bersama temannya Suraya.
BAB
14
RYAN kelihatan segak dengan baju kemeja berwarna
hitam, berseluar slack turut berwarna hitam menyerlahkan kulitnya yang putih
kemerah- merahan. Wajahnya yang memang kacak bertambah kacak apabila segaris
senyuman dilemparkan buat staf- staf yang bertugas di dalam pejabat itu. Dengan
senyuman itu cukup untuk mencairkan hati kakitangan perempuan yang bekerja
dengannya.
“ Selamat pagi Tuan Ryan. Gembira nampak hari ini.
Ada apa- apa ke?” Tanya Wanda selaku setiausahanya.
“ Selama ini saya tak gembira ke? Saya rasa tiap-
tiap hari saya gembira mungkin awak tak perasan kot.” Jawab Ryan tersenyum. Dia
memandang wajah setiausahanya yang cantik jelita.
Wanda hanya tersenyum manis. Hilang akal kalau aku
tak perasan muka bos sikit punya handsome. Kenapalah tuan tak pilih aku jadi
isterinya. Kalau aku jadi bini dia untungnya aku. bisik hati kecil Wanda. Tak
payahlah nak berangan Wanda, Ryan takkan jadi milik kau pun.
“ Saya perasan tuan. Tersangatlah perasan.” Jawab
Wanda tergelak kecil.
“ Hmm baguslah. Apa appointment saya hari ni?” tanya Ryan sambil membelek hari bulan
yang terdapat atas meja Wanda.
“ Hari ini tuan ada meeting dengan Tuan Razlan pasal pembinaan resort di Terengganu tu
dan satu lagi tadi umi tuan call, dia
cakap kalau tuan sampai pejabat dia mintak tuan call dia balik sebab dia call handphone
tuan tak dapat.” Beritahu Wanda selepas menyelak diari yang sememangnya
dikhaskan untuk mencatat segala aktiviti harian Ryan.
“ Oh, yeke? Terima kasih.” Ucap Ryan sambil berlalu
meninggalkan Wanda yang masih tersengih- sengih. Apa yang seronok pun tak tahu.
“ Kasih diterima tuan…” balas Wanda selepas melihat
kelibat Ryan menjauh daripadanya. Wanda hanya berani di belakang majikannya
tetapi bila di hadapan lelaki kacak itu dia kehilangan kata- kata. Maklumlah
terpesona dengan karisma yang Ryan miliki.
“ Nasib baik kau dah kahwin bos, kalau tak ish….”
Wanda tidak menghabiskan kata- katanya. Dia mengelip-ngelipkan matanya. Macam
gatal je.
“ HELLO, assalamualaikum, kenapa umi call Ryan?” Tanya Ryan sewaktu
menghubungi Puan Rahina. Dia bersandar di kerusi empuknya.
“ Wa’alaikumussalam. Umi try call kau tapi tak dapat. Umi call Qis pun tak berjawab. Ish ke
manalah korang pergi?” Bebel Puan Rahina di hujung talian.
Ryan hanya tersengih- sengih. Memang salahnya kerana
mematikan telefon kerana tidak mahu diganggu.
“ Ryan off
telefon umi. Kalau Qis, Ryan tak tahulah kenapa dia tak jawab mungkin dia
tengah mengajar kot.” Jawab Ryan bagi pihak Balqis.
“ Lupakan jelah. Umi tahu korang berdua memang sibuk
tapi ingat malam ni datang rumah umi tau. Kita makan malam. dah lama korang
berdua tak datang rumah umi.” Rungut Puan Rahina.
Ryan menggigit bibir. Sejak dia berkahwin dengan
Balqis baharu beberapa kali dia pergi ke rumah uminya. Bukan kerana dia lupa
pada uminya tapi dia takut uminya akan membangkitkan soal anak padahal
hakikatnya dia dan Balqis tidak akan memiliki zuriat pun. mungkin Puan Rahina
masih berfikiran mereka bahagia dengan pernikahan ini.
Jika diikutkan memang Ryan bahagia hidup bersama
Balqis kerana sebagai isteri, Balqis boleh dikatakan seorang isteri yang baik
namun untuk menukarkan persahabatan kepada hubungan suami dan isteri yang
sebenar memang sukar kerana perasaan cinta untuk gadis itu tiada hanya ada
perasaan sayang sebagai seorang kawan.
“ Ryan kau ada lagi tak ni? Dengar tak apa yang umi
cakapkan ini?” suara Puan Rahina meleraikan lamunan Ryan. Dia tersenyum.
“ Dengar umi. InsyaALLAH nanti Ryan bagitahu Qis
tapi umi kenalah masak yang sedap- sedap untuk anak dan menantu umi ni.” Ujar
Ryan riang. Jika boleh dia tidak mahu uminya mengesyaki apa- apa dengan
perkahwinan dia dan Balqis. Apabila tiba masa yang sesuai, dia akan menjelaskan
pada uminya dan hari itu akan tiba jika dia sudah bertemu dengan wanita yang
layak menjadi pendamping hidupnya.
“ Mestilah umi masak yang sedap- sedap untuk korang
berdua. Tapi jangan tak datang pulak.” Sungut Puan Rahina.
Ryan tergelak. Takut sangat uminya ini. Mesti umi
rindu pada Balqis. bisik hati Ryan.
“ Mestilah Ryan datang umi. Ryan akan lakukan apa
sahaja untuk umi.” Bodek Ryan.
“ Yelah kau tu.Umi nak pergi pasar ni. Jangan lupa
datang.” Pesan Puan Rahina buat kali terakhir. Ryan hanya mengangguk dan
selepas memberi salam, dia meletakkan gagang telefon. Nampaknya terpaksalah dia
berlakon lagi malam ini. Ryan mengeluh buat kesekian kalinya.
Perlahan- lahan Ryan mencapai bingkai gambar
perkahwinan dia dan Balqis. dia merenung dalam gambar tersebut. Hatinya
terdetik sesuatu bila melihat wajah Balqis yang tersenyum manis di samping
dirinya. Jika dilihat dengan mata kasar memang orang akan mengatakan mereka
pasangan bahagia padahal kenyataannya berbeza. walaupun mereka berkawan baik
tetapi itu tidak bermakna rasa cinta akan hadir malah Ryan sendiri keliru dengan
perasaannya sama ada dia menyayangi Balqis disebabkan gadis itu sahabat baiknya
ataupun disebabkan lain.
Dia cuba untuk mengorek rahsia hati sendiri tetapi
dia tetap tidak mendapat jawapan. Kalaulah Balqis seperti wanita yang diidamkan
pasti Ryan akan mudah untuk jatuh cinta tetapi Balqis langsung tiada ciri- ciri
wanita idamannya. Mungkin jodohnya bukan dengan Balqis tapi kalau bukan jodoh,
kenapa mereka di satukan? Itu yang menjadi persoalan.
BALQIS merenung rantai tangan pemberian Ryan. Dia
tersenyum sendirian. Dia teringat peristiwa malam sewaktu lelaki itu
menghadiahkan rantai tangan tersebut. Balqis tidak menyangka Ryan boleh menjadi
seromantik begitu. Selama ini Ryan seorang tidak pernah mengambil tahu hal yang
remeh- temeh seperti itu.
“ Oit, jauh termenung.” Tegur satu suara mengejutkan
Balqis yang sedang leka termenung. Dia mendongak lantas tersenyum.
“ Sue aku ingatkan siapa tadi. Dah tak reti bagi
salam ke?” tempelak Balqis.
Suraya tersenyum sambil menutup mulut. Dia lupa
Balqis memang menitikberatkan soal memberi salam ini. Kalau boleh setiap masa
dia mahu orang lain memberi salam. Suraya cukup arif dengan sikap Balqis yang
satu ini. Sejak daripada bangku sekolah lagi memang inilah sikap Balqis.
“ Sorry
lupalah. Assalamualaikum..” ujar Suraya tersenyum.
Balqis membalas senyuman Suraya lantas menjawab
salam gadis itu. dia membiarkan Suraya melabuhkan duduk di kerusi di
hadapannya.
“ Aku nampak kau pandang je gelang yang Ryan bagi
tu. ada apa-apa ke? Atau kau rindukan dia.” usik Suraya tersengih- sengih.
Sengaja dia ingin menyakat Balqis.
Suraya sudah mengetahui hakikat sebenar perkahwinan
antara dua sahabat baiknya itu kerana Balqis sendiri yang menceritakan hal yang
sebenar. Jika diikutkan dia sendiri pelik bagaimana Balqis boleh bersetuju untuk
berkahwin dengan Ryan memandangkan dalam hidup Ryan, gadis yang dicintai hanya
Zarryn kerana Zarryn adalah cinta pertama lelaki itu. Apabila Balqis
menceritakan hal yang sebenar baharulah Suraya mengerti yang mereka menjadi
mangsa keadaan bila umi Ryan menganggap mereka pasangan yang sedang hangat
bercinta. Itulah siapa suruh cari pasal. Nak berlakon jadi kekasih kan dah kena
kahwin. Gumam hati Suraya.
“ Tak ada maknanya aku nak rindukan dia. lebih baik
aku rindukan Daniel.” Jawab Balqis selamba.
“ Daniel bukan laki kau pun. Ryan itu kekasih halal
kau.” Balas Suraya mengerutkan dahi. Pelik dengan kata- kata Balqis. dia
menghirup air teh o ais yang telah berada di hadapannya.
“ Tapi Daniel tu kawan aku. Tak salah rasanya aku
rindukan dia. Asyik tengok muka Ryan je nak jugak aku tengok muka sepupunya
tu.” balas Balqis bersahaja. Dia mengerak- gerakkan keningnya sambil tersenyum
penuh makna.
“ Daniel sepupu Ryan ke?” tanya Suraya terkejut.
“ Ha’ah, aku pun baru tahu masa majlis dekat rumah
Ryan hari itu. selama ini aku kawan dengan Ryan, tak pernah pulak dia cerita
pada aku pasal Daniel. Daniel pun sama tak pernah cerita pasal Ryan pada aku.”
terang Balqis tenang.
Suraya mengangguk. Ternyata dunia ini kecil juga.
Pusing- pusing, akhirnya jumpa orang yang sama. Mungkin juga takdir atau pun
kebetulan sahaja.
“ Habis itu, Ryan tahu kau suka Daniel?” soal Suraya
lagi.
Balqis termenung sejenak. Akhirnya dia menggeleng.
Belum tiba masanya untuk Ryan tahu perasaan dia pada Daniel mungkin apabila
Ryan sudah bertemu dengan cinta sejatinya dia akan memberitahu hal ini pada
Ryan.
“ Belum tiba masanya kot. Aku belum sedia lagipun
aku belum tahu perasaan Daniel pada aku sebab selama aku kawan dengan dia, dia
macam biasa- biasa je. Aku tak nak aku bertepuk sebelah tangan. Entah- entah
dia langsung tiada perasaan pada aku.” jawab Balqis. Wajahnya berubah serius.
Tiba- tiba peristiwa kali pertama bertemu dengan Daniel terlayar kembali di
ruang fikiran.
PAGI yang cerah dengan awan yang berarak cantik
membuatkan suasana menjadi tenang dan damai. Balqis juga berasa tenang hari itu
maklumlah kebanyakan kelas pagi berjalan seperti biasa dan kelas pada sebelah
petangnya dibatalkan. Hal itu yang menyebabkan Balqis gembira.
Dengan hati yang riang Balqis menuruni tangga kolej untuk
menunggu bas. Hari ini dia keseorangan memandangkan kawannya Faiqah tidak ada
bersama. Namun itu langsung tidak mengangu Balqis. Dia menuruni tangga dengan
aman tanpa menyedari tangga yang dia turuni itu sebenarnya licin kerana baharu
sahaja dimop oleh mak cik cleaner.
Tiba- tiba…
“ Ouch!” jerit Balqis memecah kesunyian pagi itu.
Dia tergelincir daripada tangga itu dan hampir
terjatuh tetapi nasibnya baik hari ini kerana ada sepasang tangan yang
menangkap lengannya dan menghalang Balqis daripada terjatuh. Kalau tidak mesti
jadi seperti nangka busuk gayanya.
Balqis memejamkan mata. Dia pelik kerana tidak
berasa sakit. Kemudian dia membuka mata dan serentak pandangannya bertaut
dengan sepasang mata yang terhalang dengan cermin mata. Balqis mengerutkan kening.
Siapa pula ni? Balqis berfikir.
“ Awak tak apa- apa?” tanya lelaki itu lembut.
Balqis tersedar lantas berdiri tegak dan menarik
kembali tangannya daripada pegangan lelaki itu. Ish malunya, nasib baik
berlapik kalau tidak batal air sembahyang aku. Desis hati Balqis. wajahnya
merona merah kerana malu.
“ Awak okey ke tak ni? Saya tengok macam blurr je..”
suara lelaki itu kedengaran lagi menyentakkan lamunan Balqis. dia berpaling dan
tersengih.
“ Saya okey. Terima kasih sebab tolong saya.” Balas
Balqis sambil tersengih- sengih. Nak tutup malulah katakan.
Lelaki itu tersenyum manis membuatkan hati Balqis
berdebar secara tiba- tiba. Siapa dia ni? Handsomenya. Detik hati Balqis.
“ Sama- sama. Lain kali jalan elok- elok sikit. Baca
papan tanda yang mak cik cleaner itu
letak jangan main redah je. Kan jatuh, patah kaki susah pulak nak jalan.”
Lelaki itu memberi nasihat percuma.
Balqis mengangguk dengan muka yang kelat. Tak pasal-
pasal aku kena ceramah. Aku terjatuh bukan tak nampak tangga yang licin, tapi
kasut aku ni hah, tinggi tiga inci. Nasiblah kau Balqis siapa suruh pakai kasut
tumit tinggi. Balqis membebel pada diri sendiri.
“ Alright sir
thanks for your advice.” Jawab Balqis selamba. Dia ingin berlalu tetapi
suara lelaki itu menghalang.
“ Saya Daniel…” ucap lelaki itu apabila melihat
Balqis sudah mahu melangkah pergi.
“ So?....”
Tanya Balqis sambil berpaling. Keningnya dijongketkan dan matanya terus
difokuskan pada lelaki di hadapannya itu. Ada aku kisah ke nama dia Daniel?
Sungut Balqis dalam hati.
“ Nama saya Daniel, nama awak? Takkan tak nak
bagitahu kot.” Sambung lelaki bernama Daniel itu sambil tersenyum.
Balqis mencebik. Baharu tolong sikit dah nak tahu
nama. Tak mengapa nasib baik kau kacak. bisik hati nakal Balqis.
“ Saya Balqis, DDG, umur rahsia, tinggal dekat
asrama, asal Kuantan.” Jawab Balqis laju. Hanya menggunakan satu nafas sahaja.
Hebat betul.
Daniel tergelak melihat telatah Balqis yang spontan.
Orang tidak tanya pun, Balqis sudah menjawab. Daniel menggelengkan kepala.
“ Terima kasih atas makluman anda. Kalau begitu saya
perkenalkan diri saya. Ahmad Daniel Zahran, DDJ, tinggal dekat asrama juga.”
Balas Daniel sambil ketawa kecil.
Balqis hanya tersenyum. senang dengan sikap ramah
Daniel orang yang baharu dia kenali.
“ Nice to meet
you. I have to go. See you. Assalamualaikum…” ucap Balqis sambil berlalu.
Dia mengangkat tangan pada Daniel yang tersenyum manis.
“ Wa’alaikumussalam…”
“ MACAM itu ke kau kenal Daniel?” tanya Suraya
selepas tawanya reda. Kelakar pula mendengar cerita pertemuan pertama Balqis
dan Daniel. Macam dalam cerita Hindustan pun ada juga.
“ Yelah. Malu kau tahu tak masa dia sambut aku dari
terjatuh. Nasib baik dia pegang lengan aku je kalau tak kecoh satu kolej aku
buat aksi terlampau dekat tangga.” Balas Balqis sambil ketawa lepas. Dia
menutup mulut selepas beberapa pasang mata memandang ke arahnya.
“ Itulah siapa suruh kau gatal sangat nak pakai
kasut tumit tinggi. Kau bukan biasa pakai kasut tinggi- tinggi. Kalau aku jadi
kau aku tak dah tak guna dah tangga tu. Malu tu..” ujar Suraya.
Balqis tergelak. Itu Suraya bukan dia. Memang dia
seorang pemalu tetapi kalau pasal perkara kecil dan remeh seperti itu, Balqis
buat selamba sahaja. Lantaklah apa orang hendak cakap.
“ Buat apa aku nak malu, hero tangga aku kan ada…”
ucap Balqis tergelak. Suraya juga turut tergelak.
Namun, perbualan mereka diganggu dengan bunyi
deringan tefon bimbit Balqis. Ketawa mereka terhenti dan pantas Balqis menekan
punat hijau selepas melihat nama pemanggil tertera di skrin telefonnya.
“ Wa’alaikumussalam Ryan, kenapa?” tanya Balqis.
Jari- jemarinya menguis sisa makanan yang terdapat di dalam pinggan.
“ Umi ajak kita makan malam kat dekat rumah umi. So aku nak kau balik awal sikitlah hari
ini.” Terang Ryan di hujung talian.
“ Aku ada hal lain lah malam ni. Tak boleh hari lain
ke? Malam esok ke?” tanya Balqis lagi.
“ Hal apa? Kau tak bagitahu aku pun.” Ryan pelik.
Hatinya mula berasa curiga.
“ Aku nak keluar dengan Daniel. Nak pergi main boling
dengan kawan- kawan universiti aku dulu. Aku terlupa nak bagitahu kau semalam.”
Jawab Balqis selamba tanpa menghiraukan perasaan Ryan di hujung sana.
“ Mana lebih penting Daniel atau umi aku? Umi nak
sangat jumpa kau tapi kalau kau rasa jumpa Daniel lebih penting kau pergilah.
Aku tak ada hak nak campur urusan kau. Biar aku pergi sorang je!.” Balas Ryan
lantas meletakkan gagang telefon tanpa sempat Balqis berkata apa- apa.
“ Ryan…” panggil Balqis. Namun semuanya telah
terlambat. Ryan telah mematikan talian menyebabkan Balqis terkedu. Kenapa pulak
dengan mamat ni? Tiba- tiba nak marah. Desis hati Balqis kehairanan. Dia
merenung wajah Suraya dengan pandangan kosong.
“ Kenapa?”
“ Entahlah. Dia ajak aku pergi rumah umi dia, aku
cakap aku nak keluar dengan Daniel lepas itu dia marah- marah dan terus letak
gagang.” Terang Balqis dengan dahi berkerut.
Suraya tersenyum penuh makna. Dia mengetuk- ngetuk
dagu. Kemudian matanya memandang tepat pada mata Balqis.
“ Dia cemburu kau dengan Daniel kot.” Teka Suraya
sambil tersenyum- senyum.
“ Rubbish.
Takkanlah. Mungkin dia marah sebab aku tak nak ikut cakap dia.” Nafi Balqis.
Suraya hanya menjongketkan bahu. Dia tahu Ryan
cemburu kerana dia kenal sangat dengan dua insan yang bernama Balqis dan Ryan
ini. Kisah mereka merupakan sebahagian daripada hidupnya dan dia yakin Ryan
mesti cemburu. Mana ada suami tidak cemburu kalau isterinya keluar dengan
lelaki lain. Lebih- lebih lagi sepupu cuma Balqis sahaja yang tidak memahami.
“ Kau dah jadi isteri dia jadi tak salah kalau dia jealous kau keluar dengan lelaki lain.
Kalau dia tak jealous maknanya dia tu
dayus. Walau apa pun cara perkahwinan antara kau dan dia, korang dah terikat
antara satu sama lain dan korang bukan lagi sahabat baik seperti dulu lagi.”
ucap Suraya. Dia cuba memahamkan Balqis tentang hakikat yang sebenar tentang
hubungan Ryan dan Balqis.
“ No way.
Aku dengan dia hanya kawan baik dan kekal sebagai kawan baik sahaja.” Bantah
Balqis pantas. Dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak dapat menerima kata- kata
Suraya tadi. Ish, tak mungkin aku nak habiskan hidup aku dengan Ryan. Tak
mungkin. Hatinya berkata- kata.
“ Terpulang pada kau Qis cuma aku nasihatkan cuba
buka hati kau dan nilai perasaan kau sendiri. Mungkin dengan cara itu kau dapat
mencari rasa cinta yang telah bertapak dalam hati kau sejak dulu lagi.” ujar
Suraya dengan penuh makna. Dia merenung dalam anak mata Balqis yang hitam
pekat.
Balqis hanya ketawa mendengar kata- kata Suraya yang
dianggap terlampau melankolik. Berbunga- bunga ayatnya.
“ Aku tahu kau cikgu sastera Sue tapi tak payah buat
ayat- ayat berbunga macam tu. Macam dalam novel pulak ayat kau tu.” tutur
Balqis bersahaja. Dia menayang muka yang tidak bersalah.
Suraya terdiam. Dia menepuk dahi. Kenapalah Balqis
ini lembab sangat?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.