AISYA menongkat motosikal yang berjenama Yamaha Ego
di halaman rumah. Tidak semena-mena hidungnya menangkap bau yang cukup
menyelerakan. Serta merta perutnya berkeroncong. Namun, otaknya ligat
memikirkan sesuatu.
“Tadi aku pergi hantar nenek kat rumah Mak Cik
Jemah. Habis tu siapa yang masak ni? Best pulak bau. Tak kanlah orang bunian
kot.” Teka Aisya sendiri. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dagunya sendiri.
Aisya menguak pintu utama perlahan-lahan. Ruang tamu
senyap sunyi. Dia terdengar bunyi bising di dapur. Perlahan-lahan kakinya
melangkah ke ruang dapur. Tangannya kemas memegang helmet sebagai alat untuk
melindungi diri sendiri jikalau ada pencuri yang memecah masuk ke dalam
rumahnya.
Aisya melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke
dapur. Hatinya sedikit berdebar.
“Laaa…awak rupanya. Saya ingatkan pencuri tadi.
Nasib baik saya tak hempuk dengan topi keledar tadi.”
Hakimi Danial hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Sorrylah kalau saya buat awak takut.”Hakimi Danial
meneruskan kerjanya menggoreng ikan.
“Awak masak apa ni? Macam sedap aje sebab dari luar
tadi saya dah bau masakan awak.” Aisya cuba mengacau gulai yang sedang mendidih
dalam periuk.
Hakimi Danial hanya memandang dengan kehairan. Minah
ni tak kan tak tahu yang ini gulai apa? Nampak sangat tak pernah ke dapur.
Ish…ish.. Desisnya dalam hati.
“Kalau Aisya sayang nak tahu ini namanya gulai lemak
tempoyak ikan patin. Awak makan tak ikan patin?” Tanya Hakimi Danial dengan
nada lembut.
“Saya makan semua jenis makanan tolak kayu dengan
batu aje.” Ujar Aisya sambil gelak kecil. Hakimi Danial tidak berkelip-kelip
melihat Aisya tergelak. Manisnya…pujinya dalam hati.
“Awak ni comel bila gelak. So saya harap awak lepas
ni jangan asyik nak masam-masam mukalah. Kalau muka asyik masam mencuka nanti
muka tak cantik.”
Aisya telan liur apabila Hakimi Danial memujinya
begitu. Aku comel ke? Soalnya sendiri. Tiba-tiba pipinya merona merah.
“Kenapa awak masak semua ni?” Aisya cuba mengalih
topik.
“Saya masak untuk awak. Lagipun saya tahu awak tak
berapa pandai masak kan?”
“Saya bukan tak pandai masak tapi kurang mahir aje.”
Aisya masih ingin memenangkan dirinya sendiri. Aisyeman..ni mesti nenek yang
bocorkan rahsia kat mamat sengal ni yang aku tak pandai masak. Nenek ni memang
tak boleh simpan rahsialah. Rungut Aisya sendiri.
“Yalah tu..”Hakimi Danial mencuit hidung Aisya.
Aisya hanya mencebik bibir.
“Jangan nak muncung sangatlah. Lauk ni dah masak.
Jom kita makan. Saya dah lapar ni.” Hakimi Danial meletakkan lauk gulai lemak
tempoyak ikan patin atas meja manakala Aisya mengambil pinggan dari rak
pinggan.
Mereka makan dengan penuh berselera sekali.
“Sedap jugak awak masak. Sedap.” Puji Aisya dengan
penuh keikhlasan. Hakimi Danial hanya tersenyum. Kembang kempis, kembang kempis
hidung selepas dipuji oleh Aisya.
“Saya tahu. Kalau saya masak tak sedap takkanlah
awak tambah nasi sampai tiga kali kan.” Ujar Hakimi Danial selamba. Serta-merta
Aisya berhenti menyuap nasi ke mulut selepas ditegur begitu oleh Hakimi Danial.
Tiga kali aku tambah? Aku rasa aku baru tambah
sekali aje. Bebel Aisya dalam hati.
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak ni tapi awak
janji jangan marah tau.” Dengan lembut Hakimi Danial bersuara.
Aisya mengangkat muka memandang tepat ke anak mata
Hakimi Danial.
“Awak tak tanya lagi macam mana saya nak marah.”
Gurau Aisya.
“Kita pindah rumah nak tak? Takkan selama-lamanya
kita nak duduk kat rumah nenek awak ni.”
“Pindah?” Terjojol biji mata Aisya. Mulut pula
ternganga.
“Yalah pindah.” Jawab Hakimi Danial.
“Tak boleh. Saya tak nak pindah. Saya nak duduk jaga
nenek kat sini. Kalau awak nak pindah, awak pindahlah seorang diri. Saya tak
nak ikut.” Ujar Aisya dengan nada yang tegas.
“Tapi Aisya takkanlah kita nak duduk kat dalam rumah
selama-lamanya. Kita kenalah berdikari sendiri. Hidup macam suami isteri yang
lain. Nanti kalau ada anak takkan kita masih nak duduk bawah ketiak nek Timah
lagi. Awak tak malu kat orang kampung ke?”
“Buat apa malu kat orang kampung. Bukan dia orang
yang bagi saya makan. Saya langsung tak hairan dengan cakap orang kampung ni. Nanti
kalau dia orang dah penat bercakap dia orang diamlah.” Aisya cuba menegakkan
pendiriannya.
Aisya memang tidak mahu tinggal berdua dengan Hakimi
Danial. Dia tidak betah bila bertentang mata dengan Hakimi Danial. Setiap kali
mata mereka berdua bertentangan jantungnya akan berdegup kencang seperti mahu
gugur dibuatnya.
“Awak ni memang keras kepalalah. Sekarang saya tak
mahu dengar apa-apa alasan lagi. Bulan depan kita pindah rumah. Kita pindah ke
Kuala Lumpur sebab bulan depan saya dah kena start kerja. Saya dah bagi tahu
pada Nek Timah. Nek Timah pun dah setuju. So sekarang tak ada alasan untuk awak
bangkang arahan saya.” Tegas Hakimi Danial.
“Saya tak nak ikut awak. Awak pindahlah sorang. Read
my lip ok. Saya tak nak pindah.” Ucap Aisya satu persatu ayat.
“Awak tengok mulut saya pulak ya. Ada saya kisah.”
Balas Hakimi Danial pula. Aisya mendengus kasar. Dia mencuci tangannya rakus.
Kemudian dengan kaki yang menghentak-hentak lantai dia keluar meninggalkan
Hakimi Danial seorang diri di meja makan itu.
Hakimi Danial hanya menggeleng kepalanya melihat
kedegilan isterinya.
“Macam budak-budak dia ni.” Gumam Hakimi Danial
sendiri.
“DIA ingat dia siapa. Sedap-sedap je nak aku ikut
arahan dia.” Bebel Aisya sambil kakinya laju melangkah menuju ke kebunnya.
Disitulah tempat untuk dia menenangkan perasaannya yang sentiasa berkecamuk.
“Tapi kalau diikutkan memang dia ada hak untuk
perintah aku supaya ikut arahan sebab diakan suami aku.” Aisya menggaru
kepalanya sendiri.
“Arrgghhh…lantaklah. Ada aku kisah dengan semua tu.”
Aisya menepuk-nepuk sebatang pokok yang sedang ranum dengan buah rambutan
berwarna kuning. Aisya senyum sendiri.
“Rindunya aku kat kau pokok. Dah lama aku tak jenguk
kau orang semua. Mesti kau orang rindukan aku kan.” Aisya bercakap-cakap dengan
pokok rambutan itu serta dengan semua pokok yang berada dalam kebun arwah ayah
dan ibunya.
Sepantas kilat, Aisya kini sudah berada di atas
pokok rambutan tersebut. Setangkai rambutan dicapai. Dia menikmati buah
rambutan itu dengan penuh berselera sekali. Sesekali dia akan menyanyi-nyanyi
sambil menggoyang-goyangkan kakinya yang terjuntai dari dahan pokok rambutan
itu.
Semut-semut yang melintasinya pasti akan ditiup
sehingga tercampak dan terbang jauh dari pandangannya. Agak-agaknya apalah
salah semut tu berjalan-jalan didepan mata dia. Aisya ni langsung tak boleh
tengok semut-semut itu bahagia sikit.
“Aisya, Aisya buat apa atas pokok tu? Cepat turun.
Tak elok orang perempuan duduk atas pokok.” Jerit Hakimi Danial dari bawah
pokok. Niat dihatinya adalah untuk mengajak isterinya pulang ke rumah.
“Awak tak nampak ke saya tengah makan buah rambutan
atas pokok ni takkanlah pancing ikan pulak atas pokok. Apalah awak ni.” Jawab
Aisya sambil menjeling Hakimi Danial yang mendongak memandangnya dari bawah
pokok.
“Saya cakap turun. Turun cepat. Jangan sampai saya
tebang pokok rambutan ni nanti.” Ugut Hakimi Danial.
Aisya sudah membuat jelingan maut kepada Hakimi
Danial.
“Awak jangan berani nak tebang pokok rambutan
kesayangan saya ni. Jangan pernah ada angan-angan pun tau.” Balas Aisya.
Kalau mamat ni berani sentuh pokok rambutan aku
siaplah dia aku kerjakan. Ngomel Aisya dalam hati.
“ Hahahahaha….” Hakimi Danial hanya mampi tergelak
mendengar balasan daripada mulut isterinya itu.
“Kenapa awak gelak pulak? Saya rasa saya tak buat
lawak pun.”
“Awak ni comellah.” Tidak semena-mena kata-kata itu
muncul laju dari mulut Hakimi Danial. Serta-merta membuatkan Aisya diam membisu
dan pipinya merona merah. Selama ini tidak pernah ada lelaki yang memujinya
comel. Kembang kempis, kembang kempis hidungnya.
“Awak turun ya. Tak elok perempuan comel macam awak
duduk atas pokok tu. Hilang kecomelan awak tu nanti.” Hakimi Danial terus
memujuk. Aisya memekakkan telinganya. Mulutnya rakus mengunyah isi buah
rambutan.
Hakimi Danial mencekak pinggang melihat Aisya yang
langsung tidak menghiraukan pujukannya.
“Budak ni degil betul. Nak tarik telinga dah besar
panjang. Nak rotan pulak, dia ni isteri aku. Takkanlah aku nak rotan isteri aku
sendiri…Haishhh.” Bebel Hakimi Danial dalam hati. Dia mengeluh panjang.
“Awak cepatlah turun. Dah nak masuk maghrib ni. Awak
nak saya buat apa lagi supaya awak turun dari pokok ni?” Kaki Hakimi Danial
laju menendang batang pokok rambutan yang besar itu.
“Awak jaga sikit kaki awak tu. Jangan sedap-sedap
aje nak tendang pokok saya ni. Kalau awak nak saya turun dari pokok ni sekarang
boleh, tapi dengan satu syarat…” Aisya mengangkat jari telunjuknya.
Aduh..nak suruh turun dari pokok pun kena pakai
syarat bagai ke? Ngomel Hakimi Danial sendiri.
“Okeylah. Apa syaratnya? Awak jangan mintak syarat
yang merapu-rapu sudah.” Hakimi Danial mengalah. Aisya tersenyum puas.
Hehehehe…tahu pun mengalah. Aisya bersorak dalam
hati.
“Syaratnya ialah kita jangan pindah dari rumah nenek
saya. Kita tinggal kat situ sampai bila-bila. Setuju?” Aisya tersenyum manis.
Hakimi Danial menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia kelihatan seperti
memikirkan sesuatu.
“Okey. Saya setuju dengan syarat awak tu.
Dah…dah…sekarang saya nak awak turun dari pokok itu cepat. Jangan sampai saya
berubah fikiran pulak.” Ugut Hakimi Danial. Tangannya menepuk dahinya yang
digigit nyamuk. Terburai perut nyamuk itu ditepuk oleh tangan jantan milik
Hakimi Danial.
Dengan terkocoh-kocoh Aisya cuba turun dari pokok
rambutan itu. Dia perlu lekas turun dari pokok itu jika tidak Hakimi Danial
akan berubah fikiran. Kalau Si Mamat Sengal itu berubah fikiran itu bermakna
dia harus tinggal serumah dan berdua-duaan dengan Si Mamat Sengal. Ohhh..tidak.
Dia tidak akan membiarkan perkara itu menjadi kenyataan.
Hakimi Danial hanya memerhatikan Aisya berusaha
untuk turun dari pokok itu. Dia setia menanti di bawah pokok rambutan tersebut.
Matanya hanya memerhatikan sahaja isterinya terkial-kial untuk turun dari pokok
itu.
Prakkkkkkkkk…..ranting pokok rambutan cekah dan
pegangan tangan Aisya terlerai dari dahan itu. Tidak semena-mena badan Aisya
mendarat baik punya di atas badan Hakimi Danial. Mata mereka bertentangan buat
beberapa saat.
‘Kacak jugak mamat ni.’ Puji Aisya dalam hati.
Matanya masih lagi terpaku pada anak mata Hakimi Danial. Bibirnya kelu tidak
berbicara.
“Dah puas dah ke selidik muka saya? Saya tahulah
muka saya ni kacak.” Hakimi Danial bersuara apabila melihat Aisya begitu asyik
menatap wajahnya. Dalam masa yang sama, hatinya juga berderau apabila berada
begitu rapat dengan isterinya. Namun dia tetap control macho.
Sepantas kilat Aisya bingkas bangun dari atas badan
Hakimi Danial. Pipinya tiba-tiba merona merah menggebu.Blushing…blushing…..
“Awak memang kuat perasanlah.” Aisya menunjal dahi
Hakimi Danial. Tanpa berkata panjang Aisya meninggalkan Hakimi Danial yang
berlari-lari anak mengejarnya dari belakang.
Spontan Hakimi Danial menarik lengan Aisya daripada
belakang. Tindakan spontan lelaki itu membuatkan Aisya jatuh dalam pelukan
Hakimi Danial. Aisya terpana. Hakimi Danial hanya tersengih dan mengangkat-
angkat kening.
“ Lepaslah!” Aisya meronta- ronta untuk melepaskan
diri.
“ Kalau saya tak nak lepaskan, macam mana?” Hakimi
Danial bermain tarik tali. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Aisya. Dia
tersenyum penuh makna.
Wajah Aisya merona merah. Dadanya juga mula berdetak
kencang. Wajah Hakimi Danial yang begitu hampir dengan wajahnya membuatkan
Aisya tidak keruan. Sudahlah di tempat terbuka begini, dia pulak buat hal.
Desis hati Aisya.
“ Awak jangan menyesal nanti!” balas Aisya geram.
Hakimi Danial menayang muka selamba. Dia tidak
mempedulikan ugutan Aisya malah dia semakin galak memeluk tubuh Aisya.
“ Saya tak takut pun!” balas Hakimi Danial
bersahaja. Suka pula dia melihat wajah Aisya yang merona merah.
‘ Oh, tak kisah ye? Jaga kau!’
Aisya cuba meronta buat kesekian kalinya namun,
Hakimi Danial masih enggan melepaskannya. Lalu, dia memijak kaki Hakimi Danial
dengan sekuat hati. Tak kisah sangat kan? Rasakanlah penangan aku. Detik hati Aisya
dengan tawa yang tertahan- tahan.
“ Aduh!” Hakimi Danial mengaduh. Spotan dia
meleraikan pelukan. Dia mengangkat kaki yang dipijak oleh Aisya. Berkerut
dahinya menahan sakit.
Aisya ketawa dan melarikan diri. Sempat lagi dia
menjelirkan lidah pada Hakimi Danial yang memandang dengan penuh rasa tidak
puas hati. Padam muka!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.