Tetamu Rindu

Wednesday 14 November 2012

Digari Cinta ( Bab1)


“ MAK CIK roti canai satu!” pinta Uzair pada seorang perempuan yang sedang menebar roti canai. Sekali pandang nampak macam muda lagi. Dua kali pandang macam mak cik beranak empat. Ah lantaklah macam apa pun janji aku boleh sarapan.

Arisya yang sedang menebar roti canai mendongak memandang ke arah lelaki yang memanggilnya mak cik sebentar tadi. Menempah maut betul lelaki ini. Aku yang cun melecun ni dia panggil mak cik? Sorry sikit aku anak dara lagi tau!

“ Baiklah. Nak air apa?” soal Arisya lagi walaupun telinganya berdesing.

“ Teh suam lah…” ucap lelaki itu lagi.

Arisya mengangguk. Teh suam ya? Tunggulah pembalasan daripada aku. Siapa suruh kau panggil aku mak cik. Buta ke apa?

Uzair melabuhkan duduk di meja yang sedikit jauh daripada orang ramai. Kemudian kawannya Fikry datang menghampiri. Uzair tersenyum senang.

“ Apa khabar bro?” sapa Fikry sambil melabuhkan duduk di hadapan Uzair.

Uzair tersenyum. “ Alhamdulillah. Aku baru sahaja ditukarkan ke IPD Kuantan. Gembira dapat berkhidmat di kampung halaman sendiri. Kau pulak apa cerita?” soal Uzair kembali.

Fikry tersenyum ramah. Dia menatap wajah kacak kawannya yang sudah berapa tahun tidak bertemu. Muhammad Uzair Darius merupakan kawan baik Fikry sejak mereka menuntut di sekolah menengah lagi tetapi cita- cita yang berbeza membuatkan mereka terpisah membawa haluan masing- masing dan kini mereka bertemu semula di bumi Kuantan.

“ Aku baik- baik je. Sekarang aku kerja dekat company ayah aku. Jurutera, maklumlah takkan kau tak tahu ayah aku tu memang nak aku jadi jurutera pun…” ucap Fikry.

“ Kau dah berkahwin belum?” soal Uzair lagi.

“ Belum lagi tapi insyaALLAH hujung tahun ni aku kahwinlah. Kau pulak takkan tak ada buah hati?”

“ Aku? Takkan kau tak kenal aku macam mana. Aku malas nak fikir pasal kahwin lagi. Aku sibuk dengan kerjaya aku. Sekarang ni banyak lagi kes yang belum aku selesaikan lagi. Ada bini nanti buat sesak kepala hotak aku je…” balas Uzair bersahaja.

Dia memandang ke dalam ruang restoren, mana makanan aku ni? Takkan aku mintak satu roti canai kena ambil masa bertahun buat kot. Air pun tak sampai- sampai lagi. Sakit hati aku macam ni.

Fikry tergelak kecil mendengar kata- kata Uzair. Alasan yang sama yang lelaki itu berikan sewaktu dia menanyakan perkara tersebut pada Uzair beberapa tahun yang dulu. Nampak sangat yang lelaki itu anti dengan perempuan. Sejak daripada sekolah dulu lagi, Uzair memang tak suka berkawan dengan perempuan malah dia boleh dikatakan benci pada manusia yang bernama perempuan padahal ramai perempuan yang ingin mendekati lelaki itu. Maklumlah orang kacak siapa yang tak nak dekat.

“ Cakaplah yang kau ni tak nak kahwin sebab kebencian kau pada perempuan tu tak hilang lagi kan? Cukuplah tu Uzair barang yang lepas janganlah kau kenang. Cinta kau pada Ayu tu dah jadi sejarah. Jangan sebabkan dia kau musnahkan masa depan kau,” nasihat Fikry.

Uzair tersentak apabila nama Ayu disebut. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Serentak wajah Ayu kembali melayar ke ruang fikiran membuatkan hati Uzair sakit. Dia diam membisu.

Tidak lama kemudian, pesanan yang diminta sebentar tadi sampai. Wanita itu meletakkan secawan teh dan sepiring roti canai bersama dengan kuah kari.

“ Lambat makanan sampai. Kena import dulu ke mak cik?” perli Uzair. Sakit hatinya terbawa- bawa melihat wajah selamba wanita yang berada di hadapannya. Fikry menggelengkan kepala pada Uzair tidak suka Uzair berkata seperti itu.

Arisya terpempan seketika. Amboi perli nampak. Nak cari gaduh ke? Aku no hal je. Sejak daripada tadi aku hangin dengan mamat ni. Tak habis- habis panggil aku mak cik. Bentak hati Arisya geram.

“ Ha’ah encik. Jauh saya import roti tu. Made in Uganda. Try la…” selamba Arisya membalas. Dia menjeling benci.

Giliran Uzair yang terpempan. Aik, mak cik ni kurang ajar betul.

“ Oh patutlah tengok orang yang buat roti pun macam pekerja asing…” balas Uzair. Walaupun perlahan tetapi sempat didengar oleh mak cik tersebut.

Merah padam muka Arisya apatah lagi kawan lelaki tersebut ketawa kuat. Kurang ajar punya lelaki. Memang nak kena dengan aku ni. Pantang  mak saudara belah bapak aku cakap muka aku macam pekerja asing. Dia ingat muka dia handsome sangat ke?

“ Encik ni dah melampau. Saya rasa masa encik sekolah dulu memang tak belajar sivik agaknya sebab itulah kurang ajar sangat. Encik ingat muka encik tu handsome sangat ke? Muka macam Bangla ada hati cakap muka orang macam pekerja asing!” marah Arisya geram. Dia tidak peduli dengan status lelaki tersebut sebagai pelanggan janji hatinya yang sakit dapat dilepaskan.

Uzair terkejut beruk plus gorilla mendengar kata- kata berani daripada ‘mak cik’ terbabit. Ini dah lebih ni. Biar aku ajar sivik sikit kat mak cik ni. Jangan sesuka hati nak sekolahkan orang kalau dia sendiri pun kurang ajar. Pantas, Uzair bingkas bangun. Dia menentang wajah ‘mak cik’ tersebut yang nyata lebih rendah daripadanya. Melotot pandangannya membuatkan Fikry turut bingkas sambil memegang lengan Uzair yang kelihatan ‘panas’.

“ Eh mak cik, saya ingat orang tua macam mak cik tahu adab sopan rupa- rupanya lebih kurang ajar daripada orang muda. Tak payah nak sekolahkan saya kalau mak cik sendiri tak pergi sekolah. Entah- entah pergi sekolah pun ponteng sebab itu kurang ajar sangat!” balas Uzair geram. Dia mengetap gigi.

Fikry menepuk dahi. Dengan mak cik tebar roti canai pun Uzair nak cari gaduh. Buat malu kaum aku je.

“ Sudahlah tu Uzair. Ingat sikit kau tu polis jangan jatuhkan maruah kau dengan bergaduh macam budak kecik…” bisik Fikry di telinga Uzair.

“ Malaslah saya nak layan orang tak betul macam encik ni. Buang masa buat tambah dosa saya je. Kalau encik nak makan silakan, kalau tak nak, pintu restoren ni tak pernah halang encik nak blah!” balas Arisya tidak mahu mengalah. Dia menayang muka selamba seperi tiada perasaan.

Uzair bengang. Mak cik ni aku tengok kecik besar, kecik besar je. Kalau tak ada Fikry, dah lama aku mandikan mak cik dengan kuah kari. Biar dia tahu langit itu tinggi ke rendah. Ada juga rupanya dalam dunia ni mak cik yang kurang ajar tapi tak nak belajar ni. Sakit hati. sabar- sabar.

“ Saya pun tak makan la makanan mak cik ni. Bukan sedap sangat pun. Dah lah lambat. Macam ni ke nak maju. Boleh jalan lah!” ujar Uzair.

Dia membuka dompet lalu mengeluarkan sekeping duit lima ringgit dan diletakkan di atas meja sebelum berlalu meninggalkan Arisya yang tersenyum puas. Padam muka. Rasakan. Sombong sangat. Ada aku kisah dengan kau.

“ Apa bising- bising ni Aris? Dari dalam abah dengar macam orang bergaduh. Ini mesti kau buat hal lagi kan?” tegur Encik Zamry menghampiri Arisya yang sedang mengemas meja.

“ Ya ALLAH, yang kau pakai cermin mata besar bagak ni kenapa Aris? Dah buang tebiat nak jadi Harry Potter?” tempelak Encik Zamry lagi sambil menggelengkan kepala.

“ Tak adalah abah, tadi ada customer tu sombong. Dia panggil Aris mak cik. Aris geram sangat, tu yang Aris sekolahkan dia tu. lepas tu bila Aris hantar makanan yang dia mintak dia cakap macam- macam kat Aris, itu yang Aris bising tu,” jelas Arisya sambil menanggalkan cermin mata yang digunakan sewaktu menebar roti canai. Bukan apa dia sengaja memakai cermin mata besar, fesyen katakan.

“ Aris, biar apa pun customer nak cakap Aris kena sabar. Biasalah tu kalau ada customer cakap kurang ajar. Kalau tak ada customer, restoren kita ni tak laku. Cuba Aris kurangkan sikit panas baran Aris tu. Ini tak semua orang Aris nak melenting. Abah kahwinkan Aris baru tahu,” ugut Encik Zamry sambil memandang wajah anak perempuannya yang ayu.

Nampak saja wajah Arisya ni ayu tetapi perangai agak kasar dan ganas walaupun anaknya itu memakai tudung. Mungkin kerana Arisya satu- satunya anak perempuan dalam keluarga Encik Zamry membuatkan tingkah laku gadis itu sedikit kasar.

“ Alah abah, statement customer always right tu kadang- kadang tak boleh guna jugak. Ingat kita sebagai peniaga tak ada hati dan perasaan. Kalau Aris jumpa siapa yang mengkomersilkan perkataan tu memang Aris nak sekolahkan dia. Buat sakit hati je dapat customer macam lelaki tadi. macam bagus je,” marah Arisya lagi.

Encik Zamry menggelengkan kepala dengan perangai Arisya yang cepat panas baran. Apalah yang boleh dia lakukan untuk mengubah sikap Arisya yang kasar dan garang itu. Sudah penat dia dan isteri berleter namun gadis itu tetap tidak berubah. Suka cari pasal dengan pelanggan. Kalau begini hari- hari lingkuplah bisnesnya. Encik Zamry mengeluh.

 

“ KURANG ajar betul mak cik tadi. Nak je aku tumbuk muka dia kalau dia lelaki. Eiii…geramnya….” Bentak Uzair sambil menyandarkan tubuh di keretanya.

“ Sabar Uzair. Dia kan perempuan kan tak pasal- pasal kau meringkuk dalam penjara sebab tumbuk perempuan. Ingat kau tu inspector polis. Tugas kau selamatkan orang jangan kau yang selamat masuk ke dalam sudah…” balas Fikry sambil menepuk belakang Uzair.

“ Sebab aku ingat aku polislah aku sabar je. Boleh dia cakap muka aku macam Bangla. Sakit hati!”

Fikry tergelak kecil. Muka Uzair yang kacak disamakan dengan mamat Bangla, memang taklah. Uzair jauh lebih kacak dan tampan tetapi perempuan tadi memang berani mati mengutuk Uzair seperti itu.

“ Kau pun apa kurangnya, panggil dia mak cik. Itu yang dia angin tu…”

“ Tak salah ke apa yang aku panggil dia. Dah dia memang mak cik bukan salah aku panggil dia macam tu…” balas Uzair.

Mata Fikry membulat. Biar betul Uzair ni takkan dia tak nampak yang perempuan tadi masih lagi muda. Namun, Fikry hanya ketawa lepas.

“ Kenapa kau ketawa? Aku buat lawak ke?” soal Uzair pelik.

“ Mahu tak gelak. Uzair Darius, perempuan yang kau panggil mak cik tu bukan mak ciklah tapi cik lagi. Dia muda lagilah. Kau tak nampak ke muka dia tak berkedut macam mak cik- mak cik yang lain. Kau ni rabun ke apa?” balas Fikry.

Uzair terpempan. Biar betul muda lagi? Aku tengok macam orang tua je.

“ Alah mana tahu mak cik tu pakai botox ke tu kulit dia tegang je. Bukan boleh percaya perempuan zaman sekarang nak cantik punya pasal sanggup cucuk sana, cucuk sini,” ucap Uzair bersahaja. Sedangkan Fikry kembali menyambung ketawanya.

“ Aku dah lama makan kat kedai tu. Perempuan yang kau cakap mak cik tu muda lagi sebenarnya. Kalau tak silap aku umur dia baru 22 tahun. Dia tu anak tokey kedai makan tu. Aku dapat tahu pun daripada abah dia, tuan punya kedai…” terang Fikry menyedarkan Uzair. Dia terdiam.

 Maknanya aku yang salah sebab aku mulakan dulu tetapi perempuan tu tak perlulah cakap kurang ajar dengan aku. Aku memang pantang orang kurang ajar. Argh lantak dialah lepas ni memang taklah aku nak pergi kedai dia. Lebih baik aku makan kat kedai mamak. Benaknya berkata- kata.

 

4 comments:

  1. Menarik..
    Siottt je kene panggil mak cik..
    Hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....mmg nak kena si Uzair tu...kihkikih

      Delete
  2. Salam..

    Macam mana nak oder novel ni..

    Btw, saya ada PM kat facebook bertanyakan perkara yang sama..

    Terima kasih..

    p/s: Azyma Abu Bakar

    ReplyDelete
  3. Baru mula baca, I like hihihi

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.