BAB 15
LEWAT
petang itu Ammar terjaga daripada lenanya yang panjang. Dia memandang siling
biliknya yang agak sunyi ketika itu. kemudian mata hazelnya beralih pada jam
yang terletak di atas meja sisi. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Agak
lama juga dia tidur selepas menelan ubat yang diberikan Mardiyah pagi tadi.
Ammar meraup wajahnya yang kelesuan.
Dia
berpaling ke kiri dan sedikit terkejut bila melihat Mardiyah tertidur di
sampingnya sambil wajahnya ditekup ke tilam. Timbul rasa terharu dalam diri
Ammar apabila gadis itu sanggup menjaganya sampai tertidur di tempat duduknya
sendiri.
‘
Apa yang membuat kau sanggup menjaga aku sampai begini sekali?’ tanya hati
Ammar. Namun soalan itu tiada jawapan.
Perlahan-
lahan tangannya diangkat. Dia cuba untuk menyentuh kepala isterinya yang sedang
tertunduk. Namun belum sempat tangan itu menyentuh ubun- ubun Mardiyah, suara
hatinya menghalang.
‘
Bukankah kau membenci Mardiyah? Kenapa kau mahu menyentuhnya? Dahulu pernah kau
kata yang kau takkan sentuh orang yang kau tak cinta.’ Suara itu membantah perbuatan
Ammar menyebabkan perbuatan Ammar terhenti seketika. Dia menjatuhkan tangannya
semula.
Ammar
termenung sejenak. Cuba menafsir apa yang berlaku pada dirinya ketika itu.
Tiba- tiba dia mengelengkan kepalanya beberapa kali.
‘
Tak, aku tak boleh tewas dengan kebaikan yang dipamerkan oleh gadis ini.
Mungkin dia sengaja melakukan semua ini untuk menarik perhatian aku padanya.
Aku benci dia dan tak mungkin perasaan itu akan berubah.’benaknya berkata-
kata.
Ammar
cuba menepis semua kata hati yang berpihak kepada Mardiyah. Dia hanya
menjunjung egonya yang menyuruh dia untuk terus membenci isterinya itu walhal
dalam hati kecilnya berkata lain.
“
ASSALAMUALAIKUM.” Satu suara kedengaran mengejutkan Ammar yang sedang termenung
jauh. Dia tahu itu suara mamanya.
“
Wa’alaikummusalam. Mama Am kat dalam bilik.” Jerit Ammar kuat.
Ternyata
suara jeritan Ammar membuatkan Mardiyah terjaga. Dia mengosok- gosok matanya
yang sedikit berpinar. Eh, aku kat mana ni? Tanya dia kebingungan. Kepalanya
yang bertudung digarukan walaupun tidak gatal.
“
Eh, Diya pun ada. Bila sampai?” tanya Datin Zarina bila melihat Mardiyah berada
di dalam bilik anak lelakinya itu.
“
Sejak pagi tadi datin, Datuk Zainal yang suruh saya datang menjenguk Encik
Ammar sementara tunggu datin.” Jelas Mardiyah. Dia tidak mahu Datin Zarina
memikir perkara yang bukan- bukan bila melihat dia berada di situ.
“
Oh tak mengapa. Mama senang kalau kamu yang jaga Am. Senang sikit kerja mama
sebab Am ni kalau demam memang tak nak pergi klinik. Kadang- kadang nak makan ubat
pun payah.” Ujar Datin Zarina sambil menjeling pada anak kesayangannya itu.
“
Mama..” Ammar bersuara bagi menghalang Datin Zarina daripada menceritakan
tabiatnya yang payah untuk ke klinik pada Mardiyah.
Mardiyah
tersenyum. memang dia sudah dapat mengagak bila lelaki itu bermati- matian
tidak mahu ke klinik bila di ajak sebentar tadi.
“
Kenapa? Kamu takut Diya tahu yang kamu ni malas nak ke klinik bila sakit. Rela
kamu demam berminggu- minggu asalkan kamu tak nampak muka klinik kan. Lepas itu
manjanya bukan main lagi dengan mama kan?” ucap Datin Zarina lagi sambil
tergelak kecil melihat wajah Ammar yang sudah merah menahan malu.
“
Mama sudahlah. Am tak sihat ni,mama cerita yang bukan- bukan pula.” Sungut
Ammar sambil mengerling sedikit pada Mardiyah. Gadis itu hanya tersenyum manis
menampakkan lesung pipitnya. Ammar terpana seketika kerana baharu pertama kali
dia melihat Mardiyah tersenyum semanis itu.
“
Betullah apa yang mama cakap kan? Diya berhak untuk tahu dia kan sudah jadi
isteri kamu.” Datin Zarina sengaja menekankan perkataan isteri agar Ammar sedar
yang gadis di hadapannya sekarang adalah isterinya yang sah.
Mardiyah
terdiam dan menunduk begitu juga Ammar.
“
Emm, memandangkan datin dah sampai, saya minta diri dahulu. Saya risau takut-
takut Quraisya cari saya pula nanti.” Mardiyah mengubah topik. Dia bingkas
bangun daripada tempat duduknya.
“
Eh tunggu dahulu Diya. Boleh tak kalau kamu tolong hidangkan makanan yang mama
bawa ini untuk Am. Nanti sejuk tak sedap pula.” Pinta Datin Zarina seraya menghulurkan
mangkut tingkat pada Mardiyah.
Mardiyah
menyambut huluran daripada Datin Zarina dan beredar ke dapur meninggalkan Ammar
dan Datin Zarina di bilik yang mewah itu.
“
Sejak bila mama bahasakan diri mama dengan Mardiyah mama?” tanya Ammar sedikit pelik.
Memang
dia perasan yang mamanya membahasakan dirinya mama dengan Mardiyah. Sedangkan
dia tidak suka jika Datin Zarina rapat dengan Mardiyah.
“
Sejak dia jadi menantu mama. Kenapa kamu tak suka ke?” soal Datin Zarina pula.
Wajah Ammar yang sedang terbaring dipandang.
“
Memang Am tak suka. Am tak pernah terima dia dalam hidup Am tapi kenapa mama
senang je terima dia sebagai menantu. Am tak suka macam ni mama.” Luah Ammar.
Datin
Zarina tersenyum nipis.
“
Mama tak paksa kamu untuk terima Diya tapi kamu tak boleh paksa mama untuk
tidak terima dia dalam keluarga kita. Mama kenal Diya sebelum kamu berdua
bernikah dan mama cukup suka dengan budi bahasa dia dan mama rasa dia yang
paling sesuai untuk jadi menantu mama.” Jawab Datin Zarina ringkas.
Sememangnya
itu yang dirasakan saat ini. Memang Mardiyah sesuai untuk menjadi isteri kepada
anaknya itu.
“
Itu tidak bermakna Am sesuai dengan dia ma. Am tak suka dia dan Am tak boleh
terima dia dalam hidup Am. Am rasa tak lama lagi Am akan lepaskan dia.” Tutur
Ammar perlahan.
Dia
berharap agar Datin Zarina faham dengan kemahuannya yang tidak mahu Mardiyah
sebagai teman hidup apatah lagi sebagai isteri.
“
Kadangkala dalam hidup kita, kita tidak akan dapat apa yang kita suka tetapi
kita dapat apa yang kita benci kerana kadang- kadang apa yang kita benci itu
adalah yang terbaik buat kita. Sebab ALLAH akan memberikan apa yang kita
perlukan bukan apa yang kita inginkan. Mama harap Am faham maksud mama.”
Nasihat Datin Zarina.
“
Mungkin Diya jodoh kamu..” sambung Datin Zarina lagi sambil mengusap kepala
anak lelakinya itu.
Ammar
mengelengkan kepala. Menidakkan kata Datin Zarina.
“
I don’t think so mama. Dia bukan type Am dan Am akan pastikan yang dia
tidak akan jadi isteri Am untuk jangka masa yang lama..”
“
Encik jangan risau saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Cuma
saya perlu sedikit waktu untuk kembali semangat saya sebelum saya tinggalkan
kehidupan encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk
bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada
kehidupan encik. Boleh?” sampuk Mardiyah tiba- tiba.
Luluh
hatinya bila mendengar perbualan Ammar dan Datin Zarina. begitu kecil dia di
mata Ammar malah lebih kecil daripada semut merah. Dia tidak pernah direndahkan
sebegini rupa. Hancurnya hati hanya ALLAH yang tahu. Buat kedua kalinya hati
Mardiyah bagai disiat- siat dengan kata- kata Ammar. Tetapi dia sedikit pun
tidak menyalahkan Ammar kerana dia tahu lelaki itu hanya mahu berterus terang
dengan Datin Zarina.
Ammar
terkelu begitu juga dengan Datin Zarina. masing- masing terdiam.
“
Saya tahu kehadiran saya hanya menyusahkan hidup datin dan encik. Tapi saya tak
mintak semua itu. saya tak mintak untuk jadi isteri encik sebab saya sedar
siapa saya di mata encik. Tapi percayalah saya akan pergi daripada hidup encik
tiga bulan dari sekarang. Saya janji. Saya sudah tak nak susahkan hidup sesiapa
lagi.” ucap Mardiyah tenang.
Walaupun
kedengaran mendatar tetapi rasa sebak turut menyelubungi perasaan Mardiyah
sekarang ini. Dia memandang Datin Zarina dan Ammar silih berganti. Dia masih
menunggu jawapan daripada Ammar yang hanya mendiamkan diri.
“
Baiklah kalau itu yang kau mahu. Aku takkan halang lagipun kau dan aku bukan
ada hubungan dan kau tak penting pun dalam hidup aku.” Jawab Ammar selamba.
“
Am kenapa cakap macam ni?” Datin Zarina menyampuk.
Keadaan
anak dan menantunya semakin teruk dan dia harus melakukan sesuatu untuk
menolong mereka.
“
Dah itu yang dia nak mama takkan Am nak halang.” Ujar Ammar lagi.
Mardiyah
hanya menundukkan wajah. Dia menghampiri Datin Zarina dan menghulurkan tangan
untuk bersalaman.
“
Saya minta diri dulu datin dan terima kasih atas peluang yang encik berikan
pada saya.” Ucap Mardiyah sebelum melangkah pergi.
Sebaik
sahaja dia berpaling membelakangi Datin Zarina dan Ammar, setitis air matanya
menitis ke bumi. Ya, aku ada tiga bulan lagi untuk menamatkan semua ini.
BAB 16
MATA
Ammar melilau- lilau mencari kelibat Mardiyah yang tidak kelihatan sedari tadi.
Jam sudah masuk pukul 9.10 minit namun batang hidung Mardiyah langsung tidak
kelihatan hingga menimbulkan rasa bengang dalam diri Ammar. Dia memang pantang
jika ada kakitangan yang datang lewat ke pejabat kerana dia seorang yang
menepati waktu. Memang Mardiyah sengaja cari pasal dengan dia. Tambahan pula
sekarang ini demamnya masih belum pulih sepenuhnya namun digagahi juga untuk ke
pejabat kerana dia bosan duduk terperuk di rumah mamanya.
Ammar
menghampiri meja Kak Izzah yang sedang khusyuk dengan kerjanya.
“
Kak Izzah ada nampak Mardiyah tak? Kenapa dia tak datang lagi dah pukul berapa
ni?” tanya Ammar sopan.
Kak
Izzah mendongak memandang wajah kacak milik Ammar.
“
Saya tak tahulah encik. Dia tak ada call
saya pun selalunya kalau ada apa- apa dia akan inform saya dahulu.” Terang Kak Izzah.
Dia
dapat rasakan gunung berapi Ammar akan meletus pada Mardiyah pagi ini. Melihat
air muka Ammar yang garang itu pun, Kak Izzah tahu yang Ammar sedang memendam
kemarahan. Kak Izzah pun pelik kenapa Ammar suka sangat memarahi Mardiyah.
Kadang- kadang tanpa sebab gadis genit itu di maki. Cuma sejak Ammar demam dan
tidak datang ke pejabat, Kak Izzah tidak lagi mendengar cacian lelaki itu untuk
Mardiyah. Tapi apa yang pelik lagi sikap Ammar dingin hanya dengan Mardiyah
tetapi dengan staf yang lain Ammar sentiasa bermanis muka.
“
Kalau dia dah sampai, suruh dia jumpa saya immediately.”
Ujar Ammar tegas. Dia mengetap bibir tanda geram.
Kak
Izzah tersedar dari lamunan dengan pantas mengangguk.
“
Baiklah encik nanti saya akan sampaikan tapi itu pun Diya dah sampai tapi
dengan Encik Raqeem..” kata- kata Kak Izzah mati di situ bilat melihat Mardiyah
yang anggun berjubah labuh berjalan seiringan dengan Raqeem. Salah seorang
pegawai di hotel itu. Dia kehairanan.
Ammar
berpaling bila mendengar kata- kata Kak Izzah dan memang sah Mardiyah sedang
berjalan bersama Raqeem. Hatinya mula terasa sesuatu bila melihat Mardiyah
tersenyum pada Raqeem. Dia hanya menunggu Mardiyah sampai di hadapannya akan di
sembur habis- habisan.
“
Saya mintak maaf encik sebab terlewat. Kereta saya rosak.” Ujar Mardiyah
sewaktu sampai di hadapan Ammar yang sudah menunggunya sedari tadi. Raqeem
hanya berdiri di belakang Mardiyah selaku saksi kejadian.
“
Kau tahu sekarang ini pukul berapa? Jam kau rosak ke?” tanya Ammar cukup sinis.
Dia memandang Mardiyah dan Raqeem silih berganti.
Mardiyah
menelan air luir. Dia tahu dia akan dimarahi tetapi janganlah di hadapan Raqeem
dan Kak Izzah. Dia malu.
“
Saya tahu saya lambat sebab itulah saya nak mintak maaf. Kereta saya rosak dan
terpaksa masuk workshop jadi sebab
itulah saya tumpang Raqeem. I mean
Encik Raqeem.” Mardiyah memperbetulkan bahasanya.
Dia
tidak mahu Ammar tahu yang dia dan Raqeem bersahabat baik dan dia tidak mahu
Ammar menuduh dia mengambil kesempatan pada Raqeem pula.
“
Ada aku kisah dengan kereta kau. Aku tak mahu tahu masalah kau yang aku nak
tahu aku tak nak pekerja aku datang lewat faham!” tengking Ammar memecah
gegendang telinga Mardiyah.
Mardiyah
menikus. Apa yang ditakutkan sudah terjadi.
“
Am, come on janganlah tengking-
tengking macam ini. Memang kereta Diya rosak aku saksinya. Dia yang call aku tadi minta aku ambilkan dia.
Kau jangan berkasar sangat lagipun ini kali pertama Diya datang lambat.” Ucap
Raqeem membela Mardiyah.
“
Ini bukan urusan kau Qeem, dia pekerja aku dan aku berhak mengajar dia.” Ucap
Ammar dengan nada marah. Berombak- ombak dadanya menahan rasa amarah.
“
Tapi ini bukan cara yang betul nak mengajar Am, dia tak salah. Dia tak sengaja.
Kau tak boleh nak hukum dia dengan kesalahan yang tak disengajakan.” Terang
Raqeem. Dia menentang wajah Ammar yang tampak kemerahan.
Sebagai
pegawai sumber manusia dia ada hak untuk menegur Ammar jika berlaku
ketidakadilan terhadap kakitangan bawahan walaupun Ammar adalah ketua mereka.
Ammar
terdiam. Hatinya benar- benar sakit bila Raqeem membela Mardiyah. Pasti mereka
ada hubungan. Ammar mula rasa curiga. Dia mendengus marah.
“
Kali ini aku beri kau peluang tapi ingat sekali lagi kau lambat. You are fired!” tegas Ammar lantas
berlalu ke biliknya dengan perasaan sebal.
Mardiyah
hanya tertunduk dengan perasaan bercampur baur. Ammar memang tidak pernah
berubah walau selautan kebaikan yang ditaburkan Ammar tidak pernah mengambil
pusing apatah lagi mengambil berat. Mardiyah mula merasa yang hiba. Mutiara
jernih mula bertakung di kelopak mata.
“
Diya saya harap awak tak berkecil hati dengan sikap Am itu. dia memang tegas
kalau soal kerja tapi secara peribadi dia seorang yang baik. Saya kenal dia dah
lama dah masak sangat dengan perangainya itu.” pujuk Raqeem bila melihat wajah
Mardiyah yang murung.
Raqeem
faham mesti Mardiyah terluka dengan sikap Ammar yang terlampau tegas dalam
bekerja hingga membuatkan hati gadis pujaannya itu berkecil hati. Namun, Raqeem
akan cuba sedaya mungkin untuk mengembalikan keceriaan di wajah Mardiyah.
“
Tak mengapa Qeem, saya dah terbiasa dengan sikap Encik Ammar begitu. Saya tak
terasa hati pun. Awak jangan risau.” Ucap Mardiyah. Dia cuba menyembunyikan air
mata yang hampir menitis.
Mardiyah
tersenyum pada Raqeem. Dia tidak mahu Raqeem susah hati dengan perangai Ammar
yang tidak pernah baik dengannya. Dia juga tidak mahu Raqeem tahu tentang
hubungan dia dan Ammar. Biarlah perkara itu terus menjadi rahsia sampai
semuanya selesai.
“
Kalau awak dah cakap macam itu saya rasa lega sikit. Saya ni tak boleh tengok
awak masam- masam tau nanti lesung pipit awak tu tak nampak.” Ujar Raqeem
bergurau membuatkan Mardiyah tersenyum.
Mardiyah
menundukkan wajah bila Raqeem merenungnya. Berdebar jantung dibuatnya.
“ Awak ni..” Mardiyah tersipu- sipu.
Raqeem
hanya tersenyum.
“
Okeylah awak sambung kerja awak. Nanti tengah hari kita launch sama.”
“
Baiklah.”
AMMAR
mendongak bila pintu terkuak. Kelihatan Mardiyah sedang menatang dulang yang
berisi secawan air yang pasti untuk dirinya. Hari ini gadis itu kelihatan ayu
dengan jubah labuh berwarna biru dan dipadankan dengan tudung berwarna biru
lembut. Lama Ammar merenung figura isterinya sebelum dia mengalihkan pandangan
ke tempat lain.
“
Encik ni airnya dan ubat.”
Mardiyah
meletakkan cawan dan penadol di hadapan Ammar.
Ammar
mengangkat kening. Sejak bila pula aku minta ubat? Dia tertanya- tanya.
“
Aku tak mintak ubat pun.” Balas Ammar sambil memandang tepat pada Mardiyah.
“
Saya tahu. Tapi encik tak sihat lagi jadi encik kenalah makan ubat ni.” Ujar
Mardiyah lembut. Pandangan Ammar di balas tetapi tidak lama. Dengan pantas
wajahnya ditundukkan.
Ammar
terpana. Baharu pertama kali ada seseorang yang begitu ambil berat tentang
dirinya. Hati lelakinya tersentuh.
“
Kalau aku tak nak?” duga Ammar.
“
Nanti encik tak sihat.” Jawab Mardiyah. Dia tersenyum.
Ammar
cuba menahan diri dari tersenyum. wajahnya terus- terusan di masamkan.
“
Letak je kat situ nanti aku makan. Anyway
malam besok mama aku ajak kau makan malam kat rumah.” Ucap Ammar tiba-
tiba. Dia menundukkan wajah untuk memeriksa fail- fail yang perlu dihantarkan
pada Datuk Zainal petang nanti.
“
Saya tak boleh datang encik sebab saya ada janji dengan Encik Raqeem.” Jawab
Mardiyah serba salah.
Memang
dia sudah berjanji dengan Raqeem untuk ke rumah Nur Cahaya malam esok kerana
Raqeem yang beria- ria untuk mengikut Mardiyah ke sana.
Ammar
tersentak bila nama Raqeem meniti di bibir gadis itu. serentak dia mengangkat
muka menatap wajah Mardiyah yang manis.
“
Penting sangat ke date kau dengan
Raqeem itu?” tanya Ammar cuba menyembunyikan getar di sebalik suaranya yang
tenang.
“
Tak penting sangat tapi saya dah janji.”
Ammar
mendengus. Memang sah mereka ada hubungan. Bisik hati Ammar.
“
Aku tak nak cakap banyak dengan kau. Kalau kau rasa mama lebih penting daripada
Raqeem esok kau datang tapi kalau kau rasa buah hati kau tu lebih penting, apa
aku boleh buat. Aku tak kisah kalau kau tak nak datang sebab bukan aku yang
beria- ria tapi mama. Bagi aku kau ada atau tak, tak ada bezanya.” Ujar Ammar.
Mardiyah
menunduk. Dia tahu dia tidak penting dalam hidup lelaki itu tapi itu tidak
mendatangkan masalah pun pada Mardiyah. Dia lebih suka jika begini.
“
Saya tahu saya kehadiran saya tidak ada maknanya dalam hidup encik. Saya tak
kisah. InsyaALLAH kalau saya tak ada halangan saya datang esok. Encik tolong
sampaikan salam saya pada Datin Zarina.” balas Mardiyah.
Ammar
hanya diam. Dia malas mahu bercakap banyak lagipun dia tak kuasa nak layan
perempuan macam Mardiyah.
“
Kalau tak ada apa- apa kau boleh keluar sekarang. Muak pulak aku tengok muka
kau lama- lama.”
Ammar
terus- terusan menyakiti hati Mardiyah yang sememangnya sudah terluka dan tidak
mungkin akan pulih kembali.
Tanpa
menunggu lama Mardiyah melangkah keluar daripada bilik yang hanya membuatkan
hatinya sakit. Dia berdoa kepada Tuhan agar suatu hari nanti Ammar akan
tersedar daripada keangkuhannya dan lebih menghormati orang lain.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.