“ISYA, bangun. Kita sembahyang Subuh sama-sama.
Nanti habis waktu pulak.” Hakimi Danial mengejutkan Aisya yang sedang lena
tidur. Aisya kalau sudah tidur memang tak akan bangun cepat. Kalau letak bom
sebelah pun belum tentu boleh terjaga.
“Isya…cepat bangun. Subuh dah nak habis ni.” Hakimi
Danial masih lagi berusaha untuk mengejutkan Aisya.
“Nasi lemak satu lepas tu saya nak milo tabur satu
ya, bang.” Ujar Aisya sambil mata terpejam rapat. Mulutnya terkumat-kamit.
Entah apa yang dibebelkan tak tahulah.
Hakimi Danial ketawa dan menggelengkan kepala.
Masaklah bini aku ni. Kuat betul makan sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Gumam
Hakimi Danial.
Hakimi Danial menggoncang-goncang bahu Aisya.
Akhirnya Aisya berjaya dikejutkan.
“Kenapa awak kejut saya?Saya tengah syok-syok makan
nasi lemak tadi. Awak ni kacau betullah.” Hakimi Danial pula dimarahnya.
“Banyaklah awak punya nasi lemak. Sekarang saya nak
awak bangun pergi mandi and kita sembahyang subuh berjemaah.” Arah Hakimi
Danial dengan suara agak tegas.
“Sekejap lagilah. Saya mengantuk lagi ni.”Aisya
menarik kain selimut yang berada dihujung kakinya.
Amboi..boleh lagi dia nak sambung tidur.Hakimi
Danial mula bengang. Dia memang pantang kalau orang melambat-lambatkan solat.
“Aisya, bangun cepat. Awak jangan paksa untuk
melakukan sesuatu yang mendatangkan penyesalan pada diri awak.” Ugut Hakimi
Danial. Namun ugutan Hakimi Danial itu langsung tidak diendahkan oleh Aisya.
Malah dia menutup mukanya dengan selimut yang tebal itu. Hakimi Danial sudah
hilang sabar.
Aisya ni sudah lebih. Terpaksalah aku ambil wuduk
kali kedua sekejap lagi. Gumam Hakimi Danial dalam hati.
Oooo..tak nak bangun ya. Sekejap ya aku nak bagi
pengajaran yang bermakna buat kau Aisya. Sekejap kau tahulah langit tu tinggi
ke rendah. Hakimi Danial senyum kambing.
Hakimi Danial menanggalkan kopiahnya dan meletaknya
diatas meja sisi. Lengan baju Melayu disingsing hingga ke siku. Badannya
dibongkokkan dan sepantas kilat badan Aisya kini berada dalam dukungan Hakimi
Danial. Menjerit Aisya dibuatnya. Mimpi yang indah terus hilang serta-merta.
“Awak buat apa ni? Turunkan saya.” Aisya mula
meronta-ronta dalam dukungan Hakimi Danial.
“Inilah saja cara untuk sedarkan orang macam awak.
Saya kejut awak elok-elok awak tak nak bangun. So, sekarang awak tanggunglah
akibatnya.” Hakimi Danial tersengih. Kakinya laju melangkah menuju ke bilik
air. Pintu bilik air dikuak menggunakan kakinya. Badan Aisya yang kecil molek itu
diletakkan di dalam kolah air yang kosong. Aisya cuba keluarkan diri namun
tindakannya dimatikan oleh Hakimi Danial.
“Awak duduk diam-diam kat dalam tu.” Arah Hakimi
Danial.
“Awak nak buat apa kat saya ni?”
“Saya nak mandikan awak sebab awak ni jenis yang
susah sangat nak bangun dan mandi pagi.”
Tangan Hakimi Danial ligat memulas kepala paip.
“Awak….”Aisya tidak dapat meneruskan kata-katanya
apabila air sudah jatuh diatas kepalanya. Sejuknya…..
Hakimi Danial menjirus dan menggosok-gosok kepala
Aisya.
“Inilah pengajaran buat orang yang degil macam
awak.” Bebel Hakimi Danial.Niat dihatinya bukan ingin mendera tapi hanya ingin
memberi pengajaran agar Aisya tidak malas untuk bangun solat subuh.
“Bak sinilah paip tu. Saya boleh mandi sendiri. Saya
bukannya budak kecil. Awak pergi keluar sekarang. Saya nak mandi.” Arah Aisya
sambil menggigil kesejukan. Paip yang berada ditangan Hakimi Danial dirampas.
“Cepat sikit mandi. Jangan tertidur pulak dalam
kolah tu sudahlah.”Pesan Hakimi Danial sebelum keluar dari bilik air.
Aisya hanya mendengus dan menjeling kepada Hakimi
Danial.
Lantak kaulah nak jeling ke nak juling ke mata kau.
Apa yang penting solat subuh harus dilaksanakan. Ngomel Hakimi Danial dalam
hati.
HAKIMI DANIAL sudah tercegat
seperti patung cendana di hadapan rumah. Dia hanya berbaju T merah dan track
suit hitam. Sesekali tangannya didepa dan nafas ditarik dan dihembus
perlahan-lahan. Udara yang nyaman dan segar itu dihirup.
“Pagi-pagi macam ni nak buat apa
ya? Nak pergi jogging malas.” Bisik Hakimi Danial sendiri.
Selipar yang tersusun di depan anak
tangga disarung. Dia menuju ke arah pasu-pasu bunga yang tersusun rapi di tepi
rumah. Haruman bunga mawar yang sedang mekar telah menusuk lubang hidungnya.
“Subhanaallah. Cantiknya ciptaan
Allah ni.” Puji Hakimi Danial. Tanpa teragak-agak dia mendekatkan hidungnya
yang mancung itu pada bunga mawar yang berwarna merah. Bunga mawar itu dicium
lama.
“Subhanaallah. Wanginya.”Puji
Hakimi Danial lagi. Bunga itu dicium berkali-kali.
Setelah puas mencium bunga mawar
tersebut tangannya rajin sahaja mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar dalam
pasu bunga itu.
“Kesian kau pokok. Dah lama nenek
tak jenguk kau sebab tu banyak sangat rumput-rumput kat akar kau.Kalau nak
harapkan Si Aisya tu jenguk kau memang taklah. Dia tu asyik layan pokok
rambutan dia aje. Pagi ni kau jangan risau biar aku yang bersihkan kau ya.”
Bisik Hakimi Danial pada pokok bunga mawar itu. Kelopak mawar itu diusap
lembut.
Rumput-rumput yang telah dicabut
dilonggok pada satu tempat. Setelah selesai mencabut semua rumput-rumput dalam
pasu bunga, Hakimi Danial berdiri dan mencapai penyapu yang tersandar baik
punya di tepi dinding.
Rumput-rumput yang telah dilonggokkan
tadi disapu ke dalam penyodok sampah. Setelah itu seluruh halaman rumah itu
disapu bersih oleh Hakimi Danial. Tiada sehelai daun pun tertinggal di atas
tanah.
Hakimi Danial berhenti rehat
sebentar sambil dagunya ditongkat atas hujung batang penyapu. Peluh jantan
memercik keluar dari dahinya yang licin. Jari-jemarinya segera menyeka peluh
yang mengalir dari dahinya.
“Fuhhh…boleh tahan jugak peluhnya.
Kalau macam ni tak payah pergi jogging tak apa. Sapu sampah je boleh keluar
peluh.” Ngomel Hakimi Danial sendiri. Dagunya masih lagi terlekat pada hujung
batang penyapu.
Hakimi Danial termenung buat
beberapa minit. Kemudian dia memandang ke kiri dan ke kanan. Senyuman terukir
dibibirnya.
Hujung batang penyapu didekatkan
sedikit ke bibirnya. Hakimi Danial batuk kecil untuk membetulkan tone suaranya. Batang penyapu dipegang
kemas.
“Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan
aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim
rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak
laku-laku
pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih
hatiku
Siapa yang mau….”
Hakimi Danial menyanyi dengan penuh
semangat sehinggakan dia tidak perasan yang segala gerak-gerinya sedang
diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang sedang ketawa secara diam-diam
disebalik jendala.
“Parah dah suami aku ni. Tak sangka
dia pun meroyan nak jadi penyanyi. Kalau suara best tak apa ini tak suara
kucing Kak Bedah sebelah rumah lebih best daripada suara dia.” Ngomel Aisya
disebalik tingkap. Kepalanya asyik dari tadi tergeleng-geleng melihat keletah
suaminya itu.
Semakin lama semakin kuat suara
Hakimi Danial mengalunkan lagu Cari Jodoh yang dipopularkan oleh kumpulan Wali.
Aisya menutup kedua-dua belah telinganya kerana tidak tahan mendengar suara Hakimi
Danial yang garau itu. Nasib baik neneknya awal-awal pagi lagi sudah ke pasar
kalau tidak sah-sah kepala Hakimi Danial bengkak dipelangkung dengan penyapu.
Nek Timah memang pantang kalau ada
orang yang buat bising pada waktu pagi kerana ia akan menganggu moodnya yang
inginkan ketenangan dan kedamaian jiwa.
“Amboi, seronoknya awak menyanyi.
Saya nak join boleh?” Sapa Aisya dari arah belakang. Hakimi Danial yang
terkejut dengan sapaan tersebut terus berhenti menyanyi. Penyapu yang berada
ditangannya dicampak ke tanah.
‘Cis, minah ni kacau daun aje aku
nak layan mood. Spoil betullah.Aku baru nak test suara kot-kot boleh masuk AF
tup-tup dia pulak yang datang mengacau.’ Bebel Hakimi Danial dalam hati.
“Awak ni kacau
ajelah.Syuhhhh…syuhhhh…pergi main jauh-jauh.” Hakimi Danial cuba menghalau
Aisya.
“Berani awak halau saya ya tapi
saya nak bagi tahu awak sesuatu boleh?” Aisya cuba berlagak serius.
“Apa dia?” Hakimi Danial ingin
tahu.
“Suara awak best…”
“Ya ke? Terima kasih.” Ucap Hakimi
Danial dengan senyuman terukir lebar dibibir. Dia gembira kerana dipuji oleh
Aisya. Dia sudah agak yang suaranya memang best.
“Suara awak best kalau awak tak
menyanyi sebab suara kucing Kak Bedah sebelah rumah kita ni lebih sedap
daripada suara awak.” Sambung Aisya apabila kata-katanya sebentar tadi dipotong
oleh Hakimi Danial.
‘Kurang asam minah ni. Berani dia
complaint suara aku tak sedap. Siapa dia untuk mengatakan suara aku tak
best.Tadi aku tengok kucing Kak Bedah bukan main khusyuk lagi dengar aku
menyanyi sampai tertidur dia lepas dengar suara aku yang best lagi enak berkrim
ni.’ Ngomel Hakimi Danial sendiri.
“Eleh, awak dengki sebab suara saya
merdukan. Saya tahu awak tu memang dah lama dengki dengan saya.Betul tak…betul
tak?” Hakimi Danial mengecilkan matanya sambil jari telunjuknya
digoyang-goyangkan didepan mata Aisya.
“Tak ada maknanya nak dengkikan
awak. Suara awak tu bingit tahu tak. Rasa macam nak pecah gegendang telinga
saya dengar awak menyanyi tadi.” Aisya berpura-pura menggorek telinganya yang
tersembunyi disebalik tudung bawal hitam.
“Eleh…padahal awak sukakan dengar
suara saya. Entah-entah tadi secara diam-diam tanpa pengetahuan saya awak rakam
suara saya dan lepas tu jadikan ringtone awak kan..” Ujar Hakimi Danial
disertakan dengan gelak kecil.
“Eeeee….suara awak yang macam kodok
pisang tu saya nak jadikan ringtone? Memang taklah cik abang oiii…” Balas Aisya
sambil menjuihkan bibirnya. Hakimi Danial hanya membuat muka selamba apabila
suaranya disamakan dengan suara kodok pisang.
“Kodok pisang pun kodok pisanglah
janji saya bangga dengan suara yang telah dikurniakan oleh Allah pada saya ni.
Saya nak masuk dalam sekejap. Saya nak mandi. Awak duduk sorang-sorang kat sini
dengan pokok bunga tu.” Hakimi Danial menyerahkan penyapu yang dipegang kepada
Aisya. Aisya menyambutnya tanpa berkata apa-apa.
“Cakap sikit sentap. Hati macam
perempuan. Kalah aku.” Ngomel Aisya.
Aisya meletakkan penyapu yag
diserahkan oleh Hakimi Danial kepadanya atas tanah. Perlahan-lahan dia
menghampiri pokok bunga mawar yang sedang mekar didalam pasu bunga.
“Eh bunga, tadi aku tengok bukan
main lagi Si Kimi tu cium kau. Seronoklah kau ya. Dasar bunga gedik. Dia tu
suami aku tahu tak. Jangan cuba-cuba nak goda dia dengan bau dan warna kau yang
mengancam ni.” Marah Aisya pada bunga mawar yang tak berdosa itu. Jari
telunjuknya diluruskan pada bunga mawar yang kaku tidak bernyawa.
“Kalau aku nampak dia cium kau lagi
lepas ni siap kau aku kerjakan. Kalau tak batang kau daun kau aku cabut nanti.
Ingat amaran aku ni ya. Ini adalah last warning.” Pesan Aisya sambil tangannya
menjentik kelopak bunga mawar yang mekar itu.
“Aku blah dulu. Kau ingat pesan aku
tadi ya.” Aisya menunjal-nunjal bunga mawar itu sebelum beredar dari situ.
Hahaha.. Best baca cite minah kebun niy.. Face exercise i.. Hihi.. Tamatkan kat blog ke niy ... I suka cite ala ala sengal but nature cam niy..
ReplyDelete