Tetamu Rindu

Friday 11 January 2013

RYT (Bab21&22)


BAB 21

KHAIRUL memandang wajah Ryan yang sedang leka termenung. Dia pelik dengan sikap Ryan yang banyak menghabiskan masanya dengan termenung. Entah apa yang berada di fikiran lelaki itu.

“ Oit, Ryan kenapa dengan kau ni asyik termenung je aku tengok.” Khairul mencuit tangan Ryan membuatkan lelaki itu tersentak.

Ryan menoleh pada Khairul yang berada di hadapannya. Sekarang ini mereka berada di dalam bilik mesyuarat. Baharu setengah jam mesyuarat selesai namun dua sekawan ini masih belum berganjak.

“ Entahlah Rul sejak dua menjak dan bermenjak- menjak ni aku asyik teringatkan Zarryn je. Aku tak tahu kenapa.” Luah Ryan sambil mengeluh. Pen di tangan di putar- putar.

“ Mungkin kau rindukan dia kot. Kau ada cuba untuk hubungi dia?” tanya Khairul pula.

Ryan mengangkat bahu. Entah apa yang berlaku pada dirinya sejak Balqis meminta dia untuk mencari perempuan lain, ingatannya asyik terbayangkan wajah Zarryn yang cantik jelita. Alangkah baiknya kalau Zarryn ada di sisinya sekarang, tidak perlulah dia berlakon berkahwin dengan Balqis.

“ Selepas dia tinggalkan aku, aku dah decide tak nak hubungi dia tapi sejak kebelakangan ni aku asyik teringatkan kenangan dia dengan aku masa sekolah dulu. Kalaulah dia tak pergi tinggalkan aku mesti aku dah kahwin dengan dia.” ujar Ryan berharap.

“ Apa yang berlaku ni bukan rancangan kau dan aku rasa lebih baik kau lupakan dia dan beri tumpuan pada yang dah ada depan mata ni. Jangan jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.” Nasihat Khairul penuh dengan makna yang tersendiri.

“ Apa maksud kau Rul?” soal Ryan. Dahinya berkerut.

“ Kau faham maksud aku Ryan. Kenangan kau dengan Zarryn biarlah berlalu. Sekarang ni kau dah ada Balqis. Dia isteri kau yang sah dan sepatutnya kau mencintai dia dengan selayaknya. Jangan persiakan gadis sebaik dia.” nasihat Khairul.

Namun, Ryan hanya ketawa kecil. Mencintai Balqis? Impossible!

“ Aku hanya mampu untuk menyayangi dia sebagai seorang kawan sahaja Rul tidak lebih daripada itu. Cinta aku hanya untuk Zarryn dan akan kekal untuk dia seorang lagipun Balqis tidak pernah cintakan aku malah dia juga inginkan perpisahan daripada pernikahan ini…”

“ Dan kau akan lepakan dia begitu sahaja dengan lelaki lain?” pintas Khairul.

Sebenarnya Khairul geram dengan sikap Ryan yang berdegil untuk terus menanti Zarryn walaupun sudah terang- terangan yang Zarryn mengkhianati cinta mereka berdua apabila gadis itu meninggalkan Ryan dan memutuskan cinta mereka. Kenapalah Ryan buta dalam menilai Balqis? Walaupun Balqis nampak kasar daripada luarannya tetapi hati gadis itu sungguh murni.

Why not? Walaupun aku lepaskan dia tapi aku still boleh jadi kawan baik dia lagi.” Balas Ryan selamba. Badannya disandarkan ke kerusi.

Khairul ketawa sinis. Senangnya mulut itu berkata- kata. Cakap sahaja memang boleh tetapi Khairul yakin suatu hari nanti Ryan takkan sanggup lepaskan Balqis begitu sahaja.

“ Kalau kau lepaskan dia aku rasa kau takkan jumpa lagi dengan perempuan seperti dia. Balqis baik malah kebaikan dia membuatkan aku rasa kau tak layak buat dia begini. Tak boleh ke kalau kau cuba mencintai dia Ryan?” tanya Khairul serius. Dia memandang tepat pada mata hazel milik Ryan.

Ryan mengalihkan pandangan ke arah lain. Satu keluhan terlepas dari bibirnya yang merah. Susahnya hendak memahami apa kehendak hati. Bukan senang untuk Ryan mengalih rasa sayang sebagai seorang sahabat kepada rasa cinta. Dia tidak mampu walaupun rasa halus itu kian bercambah dalam sanubarinya. Setiap kali rasa itu bercambah, dengan pantas dia menepis. Dia tidak mahu terus bertepuk sebelah tangan lagi.

“ Kau tak tahu ke yang Balqis tak ada perasaan. Jadi aku rasa dia sendiri tidak tahu apa maknanya cinta. Dia mana pernah bercinta so aku rasa tak perlulah aku mencintai dia. buang masa aku je mencurahkan cinta pada perempuan kayu dan tak ada perasaan macam Qis tu.” Kutuk Ryan selamba dengan ketawa yang dibuat- buat.

Khairul menggelengkan kepala. Tak patut Ryan mengutuk Balqis sebegitu. Kalaulah gadis itu mendengar perbualan mereka tentu Balqis akan kecil hati.

“ Tapi dia isteri kau Ryan.”

“ Tak. Dia hanya kawan dan kekal sebagai kawan.” Nafi Ryan bersungguh- sungguh.

Khairul mengeluh. Dalam hati dia berdoa agar kawannya itu terbuka hati untuk menerima Balqis sebagai isteri dengan kata sebenar kerana dia tahu Ryan sedang menyembunyikan sesuatu melalui sinar matanya.

 

AIR mata gadis itu tidak henti- henti mengalir sejak dia melangkah pergi daripada bilik mesyuarat yang serba mewah itu. hajatnya untuk makan tengah hari bersama Ryan punah sebaik sahaja dia terdengar perbualan antara Ryan dan Khairul. Pedih sungguh hati dan jiwa wanitanya. Rupa- rupanya itu tanggapan Ryan padanya selama ini. Seorang gadis yang tidak mempunyai hati dan perasaan dan seorang gadis yang tidak layak dicintai oleh lelaki sehebatnya.

Sungguh dia berkecil hati dengan apa yang didengarinya. Walaupun dia seorang yang kasar, tetapi dia masih seorang wanita yang dikurnia hati dan perasaan. Pantas Balqis mengesat sisa air mata yang merembes di pipinya. Dia perlu kuat kerana memang dia sendiri akui yang dia tidak layak untuk berdampingan dengan Ryan. Jadi apa nak dihairankan kalau Ryan tidak boleh mencintai wanita sepertinya.

Dia sudah membuat keputusan. Dia akan padamkan segala perasaan yang dia rasakan sekarang ini pada lelaki itu. Dia akan mengikut rentak Ryan yang hanya menganggap dia hanya sebagai kawan dan kekal sebagai kawan.

 

MATA Ryan tidak lepas daripada memandang jam dinding yang berada di hadapannya. Masuk kali ini dah sepuluh kali dia menjeling jam dinding yang berbentuk bulat itu. masa terus berputar tetapi bayang Balqis masih belum kelihatan. Jam telah menunjukkan pukul 10 malam namun isterinya masih belum pulang membuatkan hati Ryan gelisah.

Sudah banyak kali dia cuba menghubungi Balqis namun tidak diangkat. Dia risau kalau terjadi apa- apa pada sahabat baiknya itu kerana baharu kali ini  Balqis pulang lewat. Ryan tidak senang duduk lantas dia berdiri dan mundar mandir di ruang tamu. Rasa hati yang gelisah cuba diredakan sehingga kedengaran enjin kereta terparkir di laman rumahnya. Ryan menarik nafas lega.

Dia menunggu Balqis masuk dengan penuh kesabaran. Dia yakin Balqis ada alasan tersendiri hingga membuatkan gadis itu pulang lewat. Dia kenal dengan sahabatnya itu. Balqis tidak akan melakukan sesuatu perkara tanpa sebab yang yang munasabah.

Pintu rumah mereka terkuak. Kelihatan Balqis melangkah masuk dengan wajah yang lesu. Di tangannya penuh dengan buku- buku latihan yang pelu ditanda dengan secepat mungkin. Sebaik sahaja Balqis melihat wajah Ryan, dia melepaskan nafas yang panjang. Tiba- tiba  dia teringat kata- kata Ryan dengan Khairul tengah hari tadi. Rasa sakit hatinya masih belum hilang namun dia cuba untuk bersikap selamba biarlah dia pendamkan segala duka jauh di lubuk hatinya.

“ Kenapa kau pulang lewar Qis? Tak pernah kau buat perangai macam ni.” Tanya Ryan sewaktu Balqis melewati ruang tamu. Gadis itu sedikit pun tidak menegurnya apatah lagi tersenyum padanya seperti selalu yang gadis itu lakukan.

Balqis memakukan langkah. Dia berpaling pada Ryan dengan muka selamba tanpa perasaan.

“ Sebab tak pernah buat, tu aku buat.” Cukup selamba jawapan Balqis.

“ Kau pergi mana? Kenapa aku call, kau tak angkat? Dah tu pukul 10 malam baru nak balik kenapa tak balik pagi esok je terus?” Marah Ryan lagi bila soalannya dijawab dengan acuh tak acuh.

“ Saja aku tak nak angkat. Banyak kerja. Ingatkan nak balik pagi esok jugak lepas subuh tetapi memandangkan baju aku ada dekat rumah kau, sebab itu aku balik.” Balas Balqis bersahaja tanpa rasa bersalah. Biar Ryan sakit hati seperti mana yang Balqis rasakan sekarang ini.

Ryan sedikit terkejut mendengar jawapan daripada Balqis. walaupun dengan nada yang lembut tapi setiap patah perkataan yang dilontarkan menikam jantung Ryan. Dia bengang. Balqis tidak pernah sesinis ini jika bercakap dengannya. Apa dah jadi?

“ Qis, aku tanya elok- elok ni tak boleh kau jawab elok sikit.” Ryan mulai bengang.

Balqis mengangkat bahu. Jawab marah, tak jawab pun marah. Balqis mendengus. Tanpa menjawab soalan daripada Ryan dia mengatur langkah untuk masuk ke biliknya. Dia tersangatlah letih memandangkan banyak kerja yang terpaksa dia siapkan sebelum cuti persekolahan ini. Ditambah pula masalah dalaman yang dialaminya membuatkan Balqis bertambah tertekan dan jika dia tertekan, dia akan mendiamkan diri seperti yang dia ingin lakukan sekarang ini.

“ Qis, tunggu dulu aku belum habis cakap lagi…”

Dengan pantas Ryan menarik pergelangan tangan Balqis yang baharu melangkahkan kaki di anak tangga pertama. Balqis berpaling dan berdiri berhadapan dengan Ryan dengan muka masam mencuka. Pantas sahaja tangannya ditarik balik. Dia tidak akan membiarkan Ryan menyentuhnya lagi.

“ Kau nak apa lagi? aku penatlah.” Balqis mula membentak.

“ Cuba kau bagitahu aku, kenapa kau balik lambat? Aku risau tengok kau begini.” Suara Ryan kembali mengendur. Dia merenung wajah Balqis yang kelihatan tidak bermaya.

“ Penting ke untuk kau tahu? Aku rasa tak ada bezanya kan?” Balas Balqis pula.

Please Qis, kalau kau ada masalah tell me. Mungkin aku boleh tolong tapi jangan buat aku risau dengan balik lewat macam ni.” Pujuk Ryan lagi. dia tidak tahu apa yang bermain di minda Balqis saat ini kerana Balqis hanya menayang muka selamba. Nak cakap merajuk, tak pula. Nak cakap marah, intonasi suaranya mendatar sahaja.

“ Aku okeylah Ryan cuma penat sikit. Banyak kerja yang aku kena selesaikan sebelum cuti ni. Aku balik lewat pun sebab nak selesaikan kerja ni. Kau tak payah nak risau sebab banyak benda lagi yang kau perlu risaukan selain aku. Aku ni bukan penting sangat pun.” ujar Balqis sambil tersenyum hambar.

“ Tapi Qis….”

“ Dahlah Ryan, aku penat. Esoklah kita sambung cerita itu pun kalau ada masa.” Pintas Balqis tanpa sempat Ryan berkata apa-apa.

Perlahan- lahan dia mengorak langkah menuju ke tingkat atas. Kata- kata terakhir daripada Ryan dibiarkan berlalu begitu saja.

“ Okey tapi kau jangan lupa pula dengan holiday kita dengan umi lusa.” Ucap Ryan. suaranya dikuatkan sedikit agar Balqis mendengar. Ryan pelik dengan sikap dingin yang Balqis tunjukkan. Selama ini walau penat sekalipun Balqis tetap akan tersenyum padanya tetapi kali ini tiada senyuman manis untuknya. Tiba- tiba Ryan jadi rindu untuk menatap senyuman manis berlesung pipit milik Balqis. Hai, apa dah jadi ni?



BAB 22
“ KAU nak ke mana ni Ryan? Kenapa kau tak ikut Pak Din je?” Tanya Balqis apabila Ryan membelokkan keretanya ke tempat lain tidak mengikut Pak Din, pemandu keluarga Ryan.

“ Aku ikut shortcut la Qis, cepat sikit sampai…” balas Ryan lantas berpaling sekilas memandang wajah Balqis yang bertudung hitam itu.

Sekarang ini mereka dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands seperti yang keluarga Ryan cadangkan dahulu. Kalau ikutkan hati Balqis ingin saja dia mengundurkan diri daripada terlibat dalam percutian ini tetapi apabila terkenangkan Puan Rahina dan Tuan Razlan dia jadi tidak sampai hati.

Tambahan lagi Daniel ada sekali itu yang membuatkan Balqis tidak membatalkan percutian ini dan kalau diikutkan hatinya lagi ingin sahaja dia pergi bersama Daniel tetapi bila fikirkan apa kata Puan Rahina terpaksalah dia pergi bersama dengan Ryan tambahan pula Ryan adalah suaminya bukan Daniel.

“ Tapi hari nak hujan ni. Kat luar tu macam nak ribut je tak bahaya ke guna jalan ni?” Balqis mula gelisah.

Ryan tersenyum lantas mengenggam tangan Balqis.

“ InsyaALLAH tak bahaya.” jawabnya.

Seperti ada kejutan elektrik Balqis menarik tangannya daripada genggaman tangan Ryan. Sakit hati dia melihat perlakuan Ryan, bila berada di hadapannya bukan main dia dilayan seperti seorang isteri tetapi bila di belakang, dia dikutuk habis- habisan.

“ Kenapa?” Tanya Ryan sedikit tersentak dengan reaksi Balqis.

“ Tak ada apa- apa. Aku bukan hak kau jadi jangan nak sentuh lebih- lebih.” Balqis memberi amaran. wajahnya serius tiada secalit pun senyuman yang terukir di bibir mungilnya.

Ryan ketawa. Dia rasa geli hati dengan kata- kata Balqis. selama ini bukan dia tidak pernah pegang tangan Balqis malah tubuh genit itu sentiasa jadi mangsa pelukannya tetapi dia masih menjaga batas- batasnya namun kenapa hari ini Balqis nak naik angin?

“ Kenapa kau ketawa? Aku tak buat lawak.” Ujar Balqis. dia berpaling memandang wajah Ryan yang tenang memandu. Sakit hatinya melihat senyuman di wajah itu.

“ Selama ini aku pegang tangan kau, kau tak marah pun. kenapa hari ini nak emo pulak?” tanya Ryan kemudian dia ketawa kecil.

“ Itu dulu Ryan mulai hari ini aku tak benarkan kau pegang, sentuh or whatever. Antara kau dengan aku ada batasnya. Jangan kau nak lampaui batas tu. Anggaplah kita bukan muhrim.” Balqis memberi kata putus. Dia berpeluk tubuh dan memandang ke hadapan.

Ryan sedikit terpana dengan ucapan Balqis. Mati terus senyuman manisnya. Dia berpaling ke arah Balqis yang berada di sisinya. Tegangnya muka gadis itu.

“ Okey kalau itu yang kau nak. Aku tak kisah lagipun aku belum kebulur lagi nak sentuh anak dara orang.” Jawab Ryan kasar dan sinis.

Ternyata jawapan itu cukup menghiris hati Balqis. Ryan memang tidak pernah tahu menjaga hatinya. Walaupun jawapan itu bersahaja tetapi ia tetap memberi kesan dalam hati Balqis. Balqis terdiam lantas memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Dia menggigit bibir, cuba menahan rasa sebak yang mula berlagu di jiwanya.

Ryan berpaling ke sisi. Melalui kaca mata hitamnya dia melihat Balqis termenung. Wajah itu kelihatan mendung malah keceriaan yang biasa menghiasi wajah bujur sirih itu tidak kelihatan. Balqis seperti dalam kesedihan atau dia terasa dengan kata- kata aku tadi? Ryan bertanya pada diri sendiri. Ah, lantaklah siapa suruh dia mulakan. Lebih baik aku diamkan diri. Ryan membuat keputusan.

Perjalanan diteruskan dengan suasana yang sunyi sepi hanya alunan radio yang kedengaran. Jam menunjukkan pukul tujuh malam namun Ryan masih lagi tenang memandu. Sekali sekala dia mengeluh kerana terpaksa memandu dalam keadaan yang licin kerana hujan baharu saja turun dengan lebat. Berkerut dahinya mengelak dahan- dahan kayu yang jatuh di atas jalan. Memandu dalam keadaan hujan lebat memerlukan tumpuan yang tinggi.

 Namun, tiba- tiba seekor anak tupai melintas di tengah jalan membuatkan Ryan terpaksa membrekkan keretanya dengan segera. Akibat daripada brek mengejutnya tubuh Balqis terdorong ke hadapan.

“ Astaghfirullah-al-azim. Apa kena dengan kau ni Ryan?” tanya Balqis dengan nada yang sedikit marah.

I’ m sorry. Tadi ada anak tupai melintas sebab itu aku terpaksa brek emergency. Aku tak sengaja. Kau okey ke?” tanya Ryan risau.

“ Hmmm..” jawab Balqis pendek.

Ryan kembali memutar kunci Honda CRVnya namun tiba- tiba keretanya tidak berfungsi. Dia mengelap peluh di dahi. Masuk kali ini dah tiga kali dia cuba menghidupkan keretanya namun tetap gagal. Apa kes pula ni? Bentak Ryan dalam hati.

“ Kenapa Ryan?” soal Balqis lagi. suaranya tidak lagi setegang tadi. Tali pinggang keledar yang menlingkari pinggangnya ditanggalkan.

“ Kereta ni tak nak hidup pulak. Entah apa yang rosaknya.” Balas Ryan tanpa memandang wajah Balqis. Dia mencuba buat kesekian kalinya namun tetap gagal. Ryan mengeluh.

“ Kau tunggu kat dalam kereta, biar aku keluar. Tengok apa yang patut. Mungkin enjin problem kot.” Sambung Ryan lagi. dia berkira- kira untuk keluar. Hujan di luar semakin lebat.

“ Hujan lebat ni Ryan. Dahlah tak ada payung. Nanti kau demam pulak. Kau tu bukannya boleh kena hujan sikit mula nak demam.” Bebel Balqis.

Ryan tersenyum kecil. Risau juga Balqis padanya. Ingatkan tahu buat muka ketat je.

“ Kau tak payah risau. Anti body aku kali ini lebih kuat. Lagipun kena hujan bukan kena asid.” Jawab Ryan selamba.

Tanpa mempedulikan Balqis, Ryan melangkah keluar daripada kereta. Dia sedikit menggigil  kerana terkena hujan yang bagaikan air batu. Dengan cuaca yang gelap amat payah bagi Ryan untuk melihat kerosakan keretanya. Dia membuka bonet tapi tiada satu yang dapat dilihat kerana kawasan itu sungguh gelap.

“ Okey ke Ryan?” Tanya satu suara mengejutkan Ryan yang sedang termenung memikirkan sesuatu. Lantas dia mendongak. Kelihatan Balqis berdiri di sisinya tanpa sebarang pelindung yang melindungi kepalanya daripada terkena air hujan.

“ Qis, kau ni buat aku terkejut je. Kenapa kau keluar? Hujan lebat ni dah tu tak pakai payung pulak. Dah pergi masuk biar aku handle sorang je.” Arah Ryan. Balqis mencebik.

“ Eleh, tak payah nak buat macam kau pakarlah Ryan. Bukan aku tak tahu yang kau tak tahu nak baiki kereta. Nanti lebih rosak pulak kereta kau ni.” Ejek Balqis. dia tidak mempedulikan bajunya yang sudah lencun disimbah dengan air hujan.

“ Bisinglah kau ni Qis.” Marah Ryan.

Lantas dia cuba mengoyang- goyangkan wayar yang berselirat yang berada di dalam bonet kereta tersebut. Entah apa silapnya tiba- tiba tangannya tersentuh enjin kereta yang panas membuatkan Ryan terjerit kecil.

“ Aduh!” jeritnya.

“ Kenapa Ryan?” Soal Balqis cemas.

Pantas dia menarik tangan Ryan yang terkena enjin panas tersebut. Jari jemari lelaki itu dituip penuh perasaan agar kesakitan yang dirasa oleh Ryan hilang.

“ Qis…” Panggil Ryan lembut.

“ Apa? Sakit lagi ke? Nanti aku cari ubat ye. Aku rasa ada dalam handbeg aku. Kau tunggu kejap ye.” Ucap Balqis penuh dengan rasa cemas. Dia berura- ura untuk melangkah namun lengannya di tarik oleh Ryan.

“ Yang sakit tangan kanan bukan tangan kiri.” Ujar Ryan. Dia cuba untuk menahan diri daripada tergelak.

Balqis terkelu. Serentak wajahnya terasa berbahang. Dengan pantas dia melepaskan tangan kiri Ryan dan berlari masuk semula ke dalam kereta. Malunya hanya Tuhan yang tahu.

Ryan hanya ketawa melihat telatah Balqis. Malulah tu.

 

“ AKU rasa kita kena call Pak Din atau umi. Cakap kat mereka yang kita lambat sikit.” Ujar Ryan sewaktu melangkah masuk ke dalam kereta. Dia memandang Balqis yang sedang berpeluk tubuh.

Balqis mencari telefon bimbitnya di dalam handbeg. Kemudian dia ingin menekan nombor namun sebaik sahaja dia menekan punat on, telefon bimbitnya berbunyi. Battery low! Balqis mengeluh. Takkanlah dalam masa- masa kecemasan begini, telefonnya buat hal. Sekarang ini mereka bukan dalam cerita sinetron Indonesia.

“ Kenapa Qis?” Ryan menyoal.

Low battery. Guna handphone kau lah.” Balas Balqis.

Pantas, Ryan menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon Blackberry miliknya. Alamak! Handphone aku. Jerit Ryan dalam hati. Handphone kesayangannya lencun dibasahi air. Mungkin terkena semasa dia keluar sebentar tadi.

Phone aku dah masuk air Qis…” ujar Ryan lemah.

Akhirnya kedua insan itu mengeluh. Mereka terdiam memikirkan apa yang patut dilakukan memandangkan hari semakin gelap pasti Puan Rahina dan Tuan Razlan sudah sampai ke destinasi mereka.

“ Ryan apa kata kalau….” Bicara Balqis terhenti saat dia berpaling menghadap Ryan. tubuh lelaki itu kelihatan menggigil. Dahinya juga kelihatan berpeluh. Apa dah jadi dengan Ryan ni? Pantas Balqis mendekatkan sedikit badannya pada Ryan. Dahi lelaki itu diraba. Mak aii, panasnya.

“ Ryan, badan kau panas ni. Mesti kau demam lagi. Kan aku dah cakap kau tak boleh kena air hujan. look kau dah demam. Apa aku nak buat ni?” Balqis mula cemas. Dia memandang ke kiri ke kanan. Lantas dia mencapai tisu lalu peluh yang memercik di dahi Ryan dilap penuh prihatin.

Tiba- tiba mata Balqis tertacap pada sebuah pondok yang tidak jauh daripada tempat kereta mereka terparkir. Kelihatan ada sebuah pelita yang tergantung di tiang pondok usang itu. Ada orang tinggal ke dekat tempat yang sunyi ini? Hati Balqis mula bertanya. Serentak bulu tengkuknya meremang. Namun, segera dia menepis perasaan takut yang mula menjengah hatinya. ALLAH kan ada. Bisik hati Balqis.

“ Ryan, jom kita keluar. Mungkin kita boleh berteduh kat sana. Dalam kereta ni panas. Nanti kau bertambah demam pulak. Mungkin kat sana ada orang yang boleh tolong kita.” Ujar Balqis.

Ryan tidak menjawab. Matanya juga telah tertutup rapat. Bibirnya pucat. Sememangnya Ryan tidak tahan dengan cuaca sejuk apatah lagi hujan. Cepat sahaja dia diserang demam. Namun, dia terpaksa mengikut langkah Balqis yang sudah memapahnya keluar daripada kereta.

“ Kau nak bawak aku ke mana ni?” tanya Ryan lemah. Dia cuba membuka mata dengan luas.

“ Kau jangan risau. Kita pergi kat pondok sana.” Ujar Balqis sambil memapah tubuh Ryan yang sasa.

Sampai di pondok tinggal itu Balqis mengajak Ryan masuk tetapi segera ditolak oleh Ryan. Balqis pelik. Dahinya berkerut.

“ Kenapa tak nak masuk?” tanya Balqis kehairanan. Wajah Ryan yang samar- samar ditenung.

“ Tak naklah. Tak manis. Entah siapa punya rumah kau nak masuk. Nanti tuan dia datang mesti dia marah. Tak elok masuk rumah orang tanpa keizinan tuannya.” Sempat lagi Ryan memberi ceramah percuma pada Balqis.

Terkulat- kulat Balqis mendengarnya tapi apa yang dikatakan oleh Ryan ada benarnya. Dia mengetap bibir. Dalam keadaan seperti ini dia tidak dapat berfikir apa- apa selain keselamatan Ryan. Dia kasihan melihat wajah Ryan yang pucat itu.

“ Kalau begitu kita tumpang duduk kat sini jelah. Kita pinjam pelita ni sekejap. Aku rasa tuan dia tak marah.” Balas Balqis sambil tersengih.

Ryan hanya mampu tersenyum hambar. Dia semakin tidak berdaya. Kepalanya pula berdenyut laju. Dia memegang kepalanya sementara tangannya memegang tiang pondok tersebut untuk mengimbangkan badannya yang terasa terhuyung- hayang.

“ Ryan, are you okey? Kau jangan buat aku panik.” Balqis mula gelabah bila melihat Ryan seakan ingin pengsan.

Dengan pantas Balqis mendapatkan Ryan. dia perlu lakukan sesuatu agar lelaki itu dapat bertahan. Lantas dia menghampiri Ryan yang sedang bersandar di tiang pondok tersebut.

“ Tolong bukak baju Ryan.” arah Balqis serius.

Ryan tersentak. Apa hal pulak minah ni? Hatinya bertanya.

“ Kau nak buat apa?”

“ Ikut jelah. Bukan aku nak apa- apa kan kau pun. Aku cuma nak perahkan baju kau yang dah basah itu. Kalau dah perah, taklah kau rasa sejuk sangat.” Terang Balqis. dia jadi malu sendiri bila Ryan seakan curiga dengannya.

Ryan lega mendengar penjelasan Balqis. Perlahan- lahan dia membuka bajunya dan diserahkan pada Balqis. Gadis itu berpaling ke belakang saat dia membuka baju. Ryan tersenyum sendirian.

Selepas baju Ryan diperah, Balqis membantu memakaikan baju tersebut di badan Ryan. dia melakukan itu semua kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang kawan. Tetapi bagi Ryan, hati kecilnya sungguh tersentuh dengan sikap ambil berat Balqis. sehinggakan gadis itu sanggup menyelimuti tubuhnya dengan baju sejuk yang sedang dipakainya. Hampir saja air mata lelaki Ryan menitis.

Kemudian Balqis memaut pinggang Ryan dan menarik tangan lelaki itu supaya duduk di sampingnya. Apabila Ryan sudah duduk di sampingnya, Balqis membaringkan Ryan supaya lelaki itu tidur di atas pangkuannya.

“ Kau tidurlah dulu. Biar aku jaga.” Ujar Balqis lembut. Dia mengusap kepala Ryan. Dahi lelaki itu masih lagi panas.

“ Panasnya. Kau bertahan ya.” Pujuk Balqis lagi.

Sungguh saat itu Ryan rasakan hatinya sudah mula tertawan dengan sikap Balqis yang penyayang. Hati lelakinya cukup tersentuh dengan belaian Balqis yang lembut. Malah bila dia mengadu kesejukan, Balqis akan memeluknya. Ryan terkedu saat itu. akhirnya Ryan memejamkan mata. Sekelip mata sahaja dia tertidur di pangkuan Balqis di malam yang kedinginan.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.