ENCIK
ZAMRY dan Puan Aliana berpandangan. Mereka sedikit terkejut dengan hajat yang
disampaikan oleh kawan lama mereka. Mereka terdiam sebentar namun pandangan
masih lagi tertacap pada laman wajah Haji Yusuf dan Hajah Khadijah.
“
Biar betul apa yang abang cakapkan ni? Takkanlah anak kami jadi pilihan abang
dan kakak?” Akhirnya Encik Zamry bersuara.
Haji
Yusuf tersenyum. Dia memandang wajah isterinya sebelum kembali memandang wajah
kawan baiknya semula.
“
Kami dah fikir masak- masak Zam. Anak kami tu dah patut sangat mendirikan
rumahtangga. Tapi dia sahaja yang tak nak kahwin lagi. Kalau kami tak carikan
entah bila kami boleh tengok dia bernikah dan menimang cahaya mata. Kami ni
bukan apa, kami kenal Arisya tu dari kecil jadi tak salah pun kalau kami nak
jadikan dia menantu kami,” ujar Haji Yusuf cuba menyakinkan Encik Zamry dan
Puan Aliana.
“
Tapi anak kami tu bukan perempuan yang solehah malah sikapnya juga kasar. Dia
tu panas baran sikit. Kami takut anak abang tak suka pada Aris,” sampuk Puan
Aliana.
Hajah
Khadijah tersenyum dan bangun mendapatkan Puan Aliana. Tangan Puan Aliana
digenggam kemas dengan senyuman yang melebar.
“
Walaupun kami tak kenal rapat dengan Arisya tapi cukuplah kami kenal dengan
orang tuanya kerana macam mana orang tuanya begitulah juga anaknya. Bukankah
anak itu acuan daripada ibu bapanya? Sikap panas baran itu boleh dikikis.
Mungkin jika mereka disatukan mereka boleh melengkapi antara satu sama lain,”
pujuk Hajah Khadijah.
Puan
Aliana dan Encik Zamry serba salah. Keluarga Haji Yusuf merupakan keluarga yang
baik- baik malah Encik Zamry kenal dengan anak Haji Yusuf. Anak muda itu sebaik
ayah dan ibunya tetapi sanggupkah anak muda itu mengahwini anak gadisnya yang
mempunyai banyak kekurangan itu?
“
Kami pun berharap dapat berbesan dengan keluarga abang. Yelah sejak dari
kampung kita berkawan sampailah tinggal di bandar ni. Rasanya ikatan
persahabatan perlu dipanjangkan lagi. Tetapi kami perlu dapatkan persetujuan
daripada Arisya dulu. Mana tahu kalau- kalau dia dah ada pilihan hati tapi
setahu saya, dia tak ada kekasih lagi,” balas Encik Zamry membuahkan senyuman
di bibir Haji Yusuf dan Hajah Khadijah.
“
Itu yang kami nak dengar. Kami berharaplah Zam dan Alia dapat pujuk Arisya
supaya terima lamaran kami ni. Ini sahaja cara untuk melihat anak kami tu
kahwin dan kami rasa pilihan kami ni tak salah. Zam dan Alia boleh beri jawapan
bila- bila masa lagipun rumah kita ni bukannya jauh sangat pun kan?” Ujar Hajah
Khadijah.
Puan
Aliana tergelak kecil. Memang rumah mereka tak jauh pun. Selang beberapa rumah
saja.
“
Baiklah nanti saya akan pujuk Arisya. Lagipun dia sekarang ni menganggur.
Daripada dia duduk tak buat kerja lebih baik dia kahwin. Kan abang?” ucap Puan
Aliana sambil menepuk lembut lengan suaminya.
Encik
Zamry hanya mengangguk. Benar juga apa yang isterinya cakap, Arisya tu dahlah
anak sulung, buatnya tak ada orang nak meminang, jadi anak dara tua pulak anak
kesayangannya itu. Jadi dia harus bertindak cepat.
Namun,
perbualan mereka diganggu dengan suara orang memberi salam. Kelihatan Arisya
terjengul di muka pintu. Wajah kepenatan anaknya itu dipandang lama. Hajah
Khadijah dan Haji Yusuf turut memandang bakal menantunya dengan senyuman manis.
Arisya
melemparkan senyuman pada Hajah Khadijah dan Haji Yusuf. Dia mengorak langkah
menghampiri tetamu dan menyalami Hajah Khadijah dengan penuh santun. Pada Haji
Yusuf hanya dilemparkan senyuman manis.
“
Aris dari mana ni?” soal Hajah Khadijah basa basi.
“
Aris dari ECM. Jalan- jalan je mak cik. Nak shoping tak ada duit lagi. Abah tak
bagi gaji,” ujar Arisya selamba. Sempat lagi dia mengenakan abahnya yang sudah menggelengkan
kepala.
“
Aris kerja kat mana sekarang ni? ibu Aris cakap Aris menganggur.” Tambah Haji
Yusuf cuba mengenali bakal menantunya itu.
“
Aris kerja kat restoren abahlah sementara dapat kerja tetap. Kelulusan tahap
diploma dengan result yang cukup- cukup makan tak tahulah ada orang nak
tawarkan kerja ataupun tidak pak cik,” balas Arisya ramah.
“
Eh, jangan cakap macam itu. Kerja kat restoren abah Aris kan lebih baik. Aris
dapat kembangkan perniagaan abah Aris. Lagipun abah Aris tu perlukan tenaga muda
untuk bangunkan restoren tu kalau bukan Aris siapa lagi kan?” ujar Haji Yusuf
memberikan kata- kata semangat.
Arisya
terdiam sebentar. Betul juga kata pak cik ni. Aku boleh uruskan restoren tu
kalau dah tak ada orang nak ambil aku kerja sangat. Taklah aku menjadi
penganggur terhormat sangat kan? Thank you pak cik sebab bagi idea yang bernas.
“
Hmmm…Aris setuju cakap pak cik tu. Nantilah Aris bincang dengan abah. Kan
abah?” tanya Arisya sambil mengangkat kening pada Encik Zamry.
“
Boleh aje untuk anak abah yang sorang ni. Nanti kita bincang. Aris pergi masuk
dalam jangan nak menyampuk orang tua nak bercakap ni…”
“
Alah abah ni, Aris nak juga bersembang dengan kawan- kawan abah. Bosan duduk
terperap dalam bilik…”
“
Aris….” Tegur Puan Aliana membuatkan Arisya zip mulutnya. Kalau ibu sudah
bersuara lebih baik diam kan tak pasal- pasal kena bebel. Tak nak aku dengar
bebelan umi yang kalahkan radio rosak.
“
Yelah- yelah. Pak cik, mak cik Aris naik dulu ye nanti ada deejay radio
berbunyi kan…” ujar Arisya selamba sambil melirik ke arah ibunya yang sudah
menjengilkan mata.
Dahi
Hajah Khadijah dan Haji Yusuf berkerut.
“
Deejay radio?” tanya mereka hampir serentak.
“
Yup, kalau pak cik dengan mak cik nak tahu ibu Aris ni ada bakat jadi deejay
radio tau. Kalau membebel memang kalah deejay yang dah pencen…” ucap Arisya
petah mengenakan ibunya sendiri.
Serentak
Haji Yusuf dan Hajah Khadijah ketawa sedangkan wajah Puan Aliana sudah memerah.
Geram dengan sikap Arisya yang suka mengusik.
“
Ya ALLAH budak bertuah ni pergi masuk bilik ibu kata!”
“
Yelah- yelah. Baik mem!” ucap Arisya sambil meletakkan tangannya di dahi
seolah- olah menabik pada Puan Aliana. Dia tergelak dan berlalu selepas
bersalaman dengan Hajah Khadijah.
“
Nakal betul Aris tu kan?” ucap Hajah Khadijah selepas tawanya reda melihat
telatah Arisya sebentar tadi.
“
Itulah perangai dia kak. Tak kira dengan siapa, dekat mana memang dia suka
bercakap banyak kadang- kadang naik pening jugaklah nak layan cakap dia tu. Ada
saja yang dia nak cerita. Itu belum masuk adik- adik dia yang lain lagi. Adik-
adik dia tu selalu juga kena usik dengan Aris tu maklumlah kak umurnya baru 22
tahu tak berapa nak matang lagi. Harap- harap lepas kahwin dia boleh berubahlah
nanti,” ujar Puan Aliana penuh pengharapan.
“
InsyaALLAH Alia. Tapi akak berkenan dengan sikap berterus terang Aris tu.
Telatah dia yang banyak cakap tulah yang dapat menghiburkan kita betul tak
bang?” soal Hajah Khadijah sambil menyiku lengan Haji Yusuf.
“
Betul- betul. Apa- apa pun abang memang nak majlis pernikahan mereka dapat di
adakan secepat mungkin,”
“
APA? Mereka datang tadi nak merisik Aris?” jerit Arisya. Puan Aliana yang duduk
di sebelah Arisya menutup telinga. Tak senonoh betul anak dara aku ni sorang.
“
Yelah kawan- kawan abah dan ibu datang nak merisik kamu untuk anak lelakinya.
Mereka dah berkenan untuk jadikan kamu tu menantu mereka. Kamu setuju tak?”
soal Encik Zamry sambil matanya masih menatap dada akhbar.
Fauzan
dan Faizal ketawa perlahan mendengar berita yang disampaikan oleh abah mereka.
Ada juga rupanya orang yang mahukan kak longnya yang garang macam singa tu.
Siapalah yang malang sangat tu.
“
Nak setuju macam mana, Aris tak kenal dia pun…” balas Arisya.
Hai,
mamat manalah yang gatal nak kahwin dengan aku ni? Tapi tengok pak cik dan mak
cik yang datang tadi tu macam baik- baik je mesti anaknya juga baik. Tapi
takkan aku nak kahwin, umur aku baru 22 tahun. Muda lagi tu.
“
Pasal tu Aris tak payah risau. Lepas Aris bertunang nanti, Aris bolehlah
berjumpa dengan dia. Ibu dan ayah pernah tengok anak Pak Cik Yusuf tu. Memang
kacak orangnya. Kerja pun bagus. Lagipun ibu dan ayah tak nak hampakan harapan
Pak Cik Yusuf dan Mak Cik Khadijah yang berharap pada kamu,” pujuk Puan Aliana.
“
Tapi Aris tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab sebagai isteri orang. Aris
baru je habis belajar. Kerja pun tak dapat lagi…” bantah Arisya seakan menolak.
Dia memintal- mintal rambutnya yang panjang. Hatinya gundah gulana saat ini.
“
Kamu boleh belajar lepas kahwin nanti. Pasal kerja tu Aris jangan risau, kalau
Aris terima lamaran Pak Cik Yusuf tadi, abah akan bagi Aris uruskan restoren.
Aris gantikan tempat abah sebagai pengurus dan abah akan bagi apa saja yang
Aris mintak. Aris nak laptop kan? Nanti abah belikan tapi dengan syarat Aris
kena kahwin dengan anak Pak Cik Yusuf,” ujar Encik Zamry tiba- tiba.
Arisya
melongo. Wow, tawaran yang bagus tu! bukan saja aku dapat jadi pengurus tapi
aku dapat laptop idaman aku sebijik. Tapi aku kena kahwin dengan mamat yang aku
tak kenal. Macam mana erk? Arisya menggigit kuku. Otaknya ligat berputar.
“
Nantilah Aris fikirkan dulu tapi kalau Aris terima lamaran tu, abah kena
tunaikan janji abah tu tau.”
“
Ye sayang. Abah akan tunaikan janji abah tu,”
Uit Aris mau tima ke..
ReplyDeleteSungguh kiutt si aris ni, saper yer anak haji tu... hihihii
hahaha..saspens tu kak...:-)
Delete