Tetamu Rindu

Sunday 25 November 2012

Digari Cinta (Bab 3)


UZAIR menggaru- garukan kepalanya yang tidak gatal. Fikirannya kusut memikirkan cadangan umi dan ayah yang meminta supaya dia berumahtangga dengan pilihan mereka. Hati Uzair memberontak. Baharu saja dia ditukarkan ke Kuantan, umi dah ayahnya suruh dia kahwin. Apa semua ni? Aku tak nak kahwin lagi! bentak hati Uzair geram.

Uzair masih belum dapat menerima kehadiran seorang wanita yang bergelar kekasih atau isteri dalam hidupnya. Dia masih belum dapat melupakan apa yang seorang wanita lakukan padanya. Saat hatinya benar- benar mencintai seorang wanita,tetapi cintanya diperlekehkan dan dengan mudahnya dimalukan di hadapan kawan- kawan yang lain. Kejamnya seorang insan bernama wanita. Masih jelas terimbas di fikirannya saat dia dimalukan di hadapan kawan- kawan sekelasnya yang lain.

“ Tengok- tengok Uzair bagi surat cinta pada Ayu lah. Wangi pulak tu…macam dalam cerita P Ramli!” jerit Mazlan rakan sekelasnya. Serentak seluruh kelas gamat dengan bunyi ketawa.

Uzair yang mendengar hanya terkulat- kulat. Dia rasakan wajahnya berbahang panas. Fikry yang berada di sebelah turut terdiam.

“ Ayu cuba kau bacakan apa yang Uzair tu tulis kat kau. Budak gemuk macam tu ada hati nak kat kau kan…” tambah Mazlan lagi. Dia memang sengaja ingin sakitkan hati Uzair dia benci melihat Uzair yang selalu menjadi kebanggaan cikgu- cikgu di sekolahnya kerana Uzair seorang yang pintar namun tubuhnya yang gempal itu selalu menjadi bahan usikan Mazlan dan gengnya yang lain termasuk juga Ayu.

“ Kehadapan Ayu yang manis, Uzair tak tahu nak cakap apa tapi Uzair nak Ayu tahu yang Uzair sukakan Ayu. Uzair harap Ayu sudi terima Uzair…” dengan selamba Ayu membacakan sepotong ayat yang Uzair coretkan dalam surat tersebut.

Serentak mereka ketawa mengejek apabila Ayu buat- buat ingin muntah. Sedangkan Uzair yang mendengar hanya memendam perasaan. Hancur lumat hatinya apabila diejek seperti itu. Semua pelajar dalam kelas 1 Amanah ketawa terbahak- bahak.

“ Sabar Uzair sabar. Diaorang sengaja nak kenakan kau tu…” ucap Fikry. Dia tak mengambil pusing apa yang Mazlan dan Ayu katakan. Uzair tak bersalah Cuma dia terbawa perasaan yang menyukai Ayu dengan bertindak menghantar surat pada Ayu.

Uzair bengang. Kalau tak suka tak payahlah baca surat aku depan kelas! Bentak Uzair lalu dia bangun menghampiri Mazlan dan Ayu. Surat yang berada di tangan Ayu di rampas dan di koyak- koyakkan sehingga hancur. Sama seperti hatinya yang hancur dengan sikap Ayu yang telah menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki di hadapan kawan- kawannya yang lain.

“ Kalau kau tak suka kat aku tak payahlah kau malukan aku macam ni. Hina sangat ke aku kat mata kau Ayu. Aku Cuma cakap aku suka kau tapi itu bukan tiket untuk kau malukan aku macam ni. Aku ingatkan kau perempuan yang baik. Muka nampak je lemah lembut tapi tak sangka hati kau busuk macam longkang. Sesuailah kau dengan Mazlan. Menyesal aku suka pada kau Ayu. Menyesal. Aku takkan maafkan apa  yang kau buat pada aku hari ini!” ujar Uzair dengan nada yang tegas. Hatinya sakit tidak terkata.

“ Kau ingat aku heran dengan maafkan kau tu. Eh Uzair cerminlah muka kau tu sikit, dah lah gemuk tak ada mana- mana perempuan pun yang akan sukakan kau apatah lagi aku. Selama ni aku baik dengan kau sebab aku nak kau buat semua kerja sekolah aku je tak ada masa aku nak suka budak buruk macam kau ni. Buat malu aku je,” selamba Ayu membalas. Dia menjeling pada Uzair.

Uzair mengetap gigi. Perasaan suka yang ditanamkan pada Ayu kini bertukar menjadi benci sekelip mata. Wajah gadis itu yang cantik kini bertukar hodoh di mata Uzair. Dia benci gadis itu. Benci sangat!

“ Kau memang perempuan tak guna Ayu. Kau akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang kau lakukan ni!” ucap Uzair geram.

Uzair tersedar daripada lamunan apabila terdengar bunyi kicauan burung. Dia tersentak dan beristighfar panjang. Walaupun peristiwa itu telah bertahun- tahun berlalu, namun Uzair masih belum dapat lupakan apa yang seorang wanita telah lakukan padanya. Sejak dari hari itu dia tanamkan kebencian pada seorang wanita. Sikapnya banyak berubah akibat daripada tekanan perasaan yang dihadapi malah tubuhnya yang gempal sedikit sebanyak susut apabila dia meningkat ke tingkatan tiga. Uzair yang dikenali sebagai budak buruk bertukar menjadi seorang lelaki yang kacak dengan izin ALLAH.

Waktu itu Uzair sudah tidak fikirkan pasal perempuan. Hidupnya dipenuhi dengan aktiviti- aktiviti seperti bersukan malah dia bergiat aktif dalam Kadet Polis sehinggalah dia menjadi seorang yang terkenal di sekolahnya. Pada waktu itu, Ayu kembali cuba menarik perhatiannya dan menagih maaf daripada Uzair namun hati Uzair sudah keras. Tiada nama perempuan di hatinya kecuali umi dan adik- adiknya. Titik!

Sekarang umurnya sudah mencapai 28 tahun, uminya asyik menggesa supaya dia menerima calon menantu yang uminya cadangkan. Bagaimana dia nak menerima kalau hatinya tidak pernah terbuka untuk perempuan?

“ Arghhhh!!” jerit Uzair sambil menyepak tin minuman yang terdapat di atas jalan taman rekreasi itu. Tin tersebut melambung tinggi setinggi rasa kusut yang melanda fikiran Uzair saat ini.

 

“ ADOIII!!” jerit satu suara. Kuat dan lantang.

Arisya yang sedang asyik bersiar- siar di taman rekreasi belakang rumahnya terkejut apabila sebiji tin minuman ringan mendarat tepat di atas kepalanya. Sakitnya bukan kepalang. Siapalah yang sesuka hati buat tin terbang ni kat kepala aku. Aku tengah ada masalah time nilah ajak bergurau. Memang nak kena. Aku tak kira aku nak orang ni bertanggungjawab!

Pantas, Arisya mengambil tin minuman tersebut dan berpaling ke belakang. Dia melihat ada seorang lelaki yang berjalan berseorangan memandang ke arahnya. Hah, itu pun kau. Jangan ingat kau boleh lari daripada Arisya Yusra. Aku akan kejar kau sampai dapat. Tegas hati Arisya.

Dia mempercepatkan langkah menghampiri lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih dan berseluar jeans. Kelihatan lelaki itu begitu santai seolah- olah tiada apa yang berlaku.

“ Hoi bro tunggu dulu!” jerit Arisya lantang.

Dahi Uzair berkerut mendengar suara gadis yang menjerit ke arahnya. Pakai baju kurung tapi bahasa mak aii memang tak pernah belajar Bahasa Melayu agaknya. Gumam Uzair sendirian. Dia berdiri kaku di tempatnya menunggu gadis itu menghampirinya.

Semakin dekat gadis itu semakin dahi Uzair berkerut. Macam aku pernah nampak je minah ni. Dekat mana erk? Kejap- kejap, muka dia macam muka ‘mak cik’ yang kurang ajar tempoh hari. Takkan dia kot?

Arisya mengetap gigi. Perasaan geramnya masih berbaki apabila lelaki itu merenungnya tajam. Tapi bila diamati wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya. Di mana ya? Oh ya, ni kan lelaki yang berani mati panggil aku mak cik dan lelaki yang suka- suka hati sekolahkan aku tempoh hari. Ya ALLAH kecilnya dunia. Memang tak ada orang lain dah kalau yang dengki kan aku sanggup sepak tin hingga kena kepala aku. Memang dia!

“ Awak yang sepak tin ni kan?” sergah Arisya tak tertahan. Dia menentang wajah Uzair dengan berani. Berkelip- kelip matanya mendongak memandang Uzair yang jauh lebih tinggi.

“ Wa’alaikummusalam. Cantik betul budi bahasa awak kan? Dah la tak bagi salam lepas tu nak tuduh- tuduh orang pulak,” tempelak Uzair. Sempat lagi dia memerli gadis comel di hadapannya ini.

Arisya mendengus. Kurang asam punya lelaki sempat lagi dia bahasakan aku. Tak boleh jadi ni, aku tak boleh kalah dengan dia.

“ Eh, suka hati sayalah nak bagi salam ke tak. Masalah sekarang awak dah buat satu kesalahan. Selamba je awak sepak tin ni dekat kepala saya. Awak ingat saya tak bayar zakat fitrah ke? Awak memang nak cari pasal dengan saya kan?” marah Arisya lagi.

Dia meniup tudung yang ditiup angin petang dengan dada yang berombak kasar. Sakit betul aku tengok muka lelaki ni. Rasa macam nak tumbuk je tapi tak boleh, haram.

“ Awak tak boleh sesuka hati ayam awak je nak tuduh saya sepak tin tu kena kepala awak. Awak ada bukti? Tak ada kan. Entah- entah awak tu yang suka sangat nak cari pasal dengan saya!” balas Uzair tidak mahu mengalah.

Aik mamat ni main bukti- bukti pulak. Kan aku buat laporan dekat rukun tetangga baru tahu. Dia ingat dia polis ke nak mintak bukti. Aku dah makin hilang sabar ni. Mamat sengal ni tak nak mengaku.

“ Awak ni memang sengal kan? Dah terang- terang hanya ada awak dan saya je kat taman ni, tentulah awak yang sepak tin tu  sebab tin tu datang dari arah belakang takkan saya saja- saja nak sepak kat kepala saya sendiri lepas tu tuduh awak. Awak ingat saya gila ke?” tambah Arisya lagi. Melotot matanya memandang wajah selamba lelaki itu.

“ Saya tak ingat awak ni gila, tapi saya yakin awak ni memang gila!” ujar Uzair cukup bersahaja. Dia menekankan perkataan gila dengan kuat biar gadis itu bertambah sakit hati. Wajah merah gadis itu mencuit hatinya.

Arisya bertambah bengang. Dia menarik nafas dalam. Kurang ajar dia cakap aku gila. Ini yang aku nak naik gila ni. Memang nak kena mamat ni!

“ Awak tu yang sengal plus gila. Saya nak awak mintak maaf dengan apa yang awak buat. Sekarang!” jerit Arisya geram.

Uzair menutup telinga. Mak aii kuatnya dia menjerit. Sakitlah telinga aku perempuan!

“ Eh sorry ye cik adik yang tak berapa nak manis. Awak jangan fikir saya akan mintak maaf. Bukan saya pun yang sepak tin tu kat kepala awak. Entah dari mana tin tu datang, awak nak salahkah saya. Lebih baik awak bawak tin tu pergi jumpa bomoh mana tahu dapat tahu siapa yang buat,” balas Uzair masih tidak mengakui perbuatannya.

Arisya mengetap bibir geram. Ada aku santau juga mamat ni kang. Suka benar buat aku sakit hati.

“ Oh terima kasihlah sebab bagi cadangan yang cuba mensyirikkan saya. Kalau saya bawak jumpa bomoh, saya bukan je nak tengok siapa yang sepak tin ni kat saya, tapi saya akan pastikan bomoh tu santau orang tu sekali biar lumpuh seumur hidup!” tekan Arisya masih belum mengalah. Dia tahu pasti lelaki itu yang menyepak tin tersebut memandangkan hanya lelaki itu sahaja yang kelihatan dalam taman tersebut.

Uzair menelan air liur. Biar betul minah ni nak santau aku. Khurafat tu. Eleh dia saja nak kenakan akulah dia biar aku mengaku. Kau ingat kau cerdik. Aku ni polis tau takkan terpedaya dengan begitu mudah. Uzair tergelak di dalam hati.

Well tu urusan awak. Saya tak nak ikut campur. Awak nak jumpa bomoh ke apa ke bukan urusan saya. Saya nak balik. Tak payahlah awak nak paksa saya mengaku. Lupakanlah pasal tin tu dah takdir awak nak kena sepak dengan tin tu, redha jelah…” balas Uzair selamba tanpa rasa bersalah. Dia malas nak melayan kerenah perempuan tu. Dahlah tak kenal. Lebih baik dia fikirkan masalah yang melanda dirinya saat ini daripada harus bergaduh dengan orang yang dia tak kenal.

“ Suka hati awak je kan. Memang pengecutlah kalau tak mengaku. Tak sangka memang lelaki semua pengecut kan macam awak!” jerit Arisya lantang. Dia tidak dapat menahan rasa sakit hatinya.

Berdesing telinga Uzair mendengar orang mengatanya pengecut. Rasa ingin ditampar je mulut gadis itu biar sedar diri. Namun, dia tetap bersabar. Dia bukan lelaki yang suka memukul orang apatah lagi perempuan walaupun dia cukup membenci kaum itu.

“ Cakaplah apa yang awak nak cakap, I don’t care!” ucap Uzair sambil berpaling untuk meninggalkan Arisya yang bengang tahap gaban.

Namun belum sempat dia melangkah jauh. Tiba- tiba…

Keletuk!! Tin minuman yang dipegang Arisya sebentar tadi bergolek di kaki Uzair. Dia terjerit kecil.

“ Adoiiii!” jeritnya sambil berpaling pada Arisya yang sudah jauh berlari. Kemudian gadis itu berpaling sambil menjelirkan lidah padanya.

“ Padam muka!!” jerit Arisya kuat dan berlari meninggalkan kawasan tersebut dengan tawa yang kuat.

“ Tak guna punya perempuan!” bentak Uzair geram. Dia menggosok- gosok kepalanya yang terasa sedikit sakit.

2 comments:

  1. Hahhaaaa... lawaklah meke ni
    Perang gilezzz..
    Sukerrrr....
    Nak baca perang lagi...

    ReplyDelete
  2. hahaha
    nasib baik bkn perang dunia...hihiihi

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.