BUNYI
bising di Pasar Besar Kuantan tidak menganggu tumpuan Arisya untuk mencari
sayur- sayuran yang dipesan oleh ibunya tadi. Arisya menghentikan langkah di
gerai yang menjual pelbagai jenis sayur.
“
Ibu nak sayur apa ek?” Arisya bercakap sendiri. Dia menyeluk poket seluarnya
untuk mengeluarkan telefon bimbit.
Namun,
perbuatan Arisya terhenti apabila dia terlihat dari kejauhan Hajah Khadijah
sedang memilih sayur- sayuran. Bakal mak mentua ku! Jerit hati Arisya. Dia
tersengih sendirian. Lalu, Arisya menapak untuk menegur Hajah Khadijah tetapi
kehadiran seorang lelaki yang cukup dikenalinya itu mematikan langkah Arisya.
Alamak, dia buat apa pulak kat sini?
Dengan
pantas dia menyorok wajahnya di sebalik petai- petai yang bergantungan. Mak cik
penjual sayur tu memandangnya dengan pandangan pelik melihat tingkah Arisya
yang kelihatan agak pelik. Arisya hanya melebarkan sengihannya. Dia mengangkat
dua jarinya. Peace!
Mata
Arisya masih lagi mengawasi gerak- geri Hajah Khadijah dan lelaki itu. Nasib
baik mereka berdua tidak perasan kehadirannya di situ jadi senanglah Arisya
menjadi pemerhati dari jauh.
Arisya
memerhatikan tingkah lelaki itu membantu Hajah Khadijah memilih sayur- sayuran.
Dia melihat wajah lelaki itu cukup tenang. Senyuman lelaki itu yang ikhlas
membuatkan hati Arisya bagaikan cair. Selama ini dia tidak pernah melihat
lelaki itu tersenyum seperti itu. Gaya lelaki itu yang lembut dalam melayani
Hajah Khadijah membuatkan Arisya terasa seperti ada sesuatu yang menjentik
hatinya.
“
Aris, kalau kau nak pilih lelaki buat suami lebih baik kau pilih lelaki yang
hormat dan sayangkan ibunya sebab kalau dia hormat ibunya jadi secara tak
langsung dia akan hormat perempuan lain,” bunyi suara Salma terngiang- ngiang
di telinga Arisya.
Arisya
tersedar daripada lamunan saat dia melihat Hajah Khadijah mengatur langkah
untuk keluar daripada pasar tersebut. Dari kejauhan dia melihat lelaki itu
mengambil segala barang- barang yang di bawa oleh Hajah Khadijah, persis anak
yang soleh. Bukan persis malah lelaki itu anak yang soleh kalau tak macam mana
dia boleh bersetuju untuk berkahwin dengan aku sedangkan dia sendiri tak kenal
aku. Hati Arisya berbisik. Ish, rasa semacam pulak hati aku ni tengok layanan
dia pada mak dia. Muka boleh tahan, hormat orang tua, agama pun boleh tahan.
Semuanya ada kriteria suami idaman aku. Arisya berangan.
Akhirnya
dia berlalu pergi tanpa membeli apa- apa. Setiap langkahnya hanya memikirkan
lelaki itu saja. Bahagia ke aku nanti hidup dengan dia? Selama aku kenal dengan
dia, tak pernah pun dia cakap baik- baik dengan aku. Asyik menyinga je kerja
dia. Aku tahulah dia polis tapi aku bukan penjenayah, cakap baik- baik takkan
tak boleh kut.
Tapi
kenapa ibu dengan abah suka sangat dengan lelaki tu erk? Apa istimewanya dia di
mata ibu dan abah sampaikan setuju dia jadi menantu mereka. Aku kena terjah ni.
Benak hati Arisya berkata- kata lantas menuju ke motorsikal untuk pulang ke
rumah.
PUAN
ALIANA memandang anak perempuannya dengan pandangan pelik. Matanya jatuh pada
tangan Arisya yang kosong tanpa membawa apa- apa barang. Tadi aku suruh dia
beli sayur, tapi dia boleh balik dengan selamba je. Bertuah punya anak perempuan.
“
Aik Aris mananya pucuk paku yang ibu mintak beli. Tak ada pun…” tegur Puan
Aliana sambil memandang wajah Arisya yang kelihatan seperti orang kebingungan.
Arisya
tidak membalas kata- kata Puan Aliana sebaliknya dia menarik kerusi di dapur
dan duduk sambil tangannya menopang dagu memandang Puan Aliana. Hatinya
membuak- buak untuk bertanya lebih lanjut tentang lelaki itu pada ibunya.
“
Ibu, kenapa ibu suka sangat dengan Uzair tu? Apa bagus sangat ke dia tu bu?”
soal Arisya tiba- tiba.
Puan
Aliana melongo. Lain ditanya lain pulak yang di jawab oleh Arisya sebaliknya
dia pulak yang disoal.
“
Kenapa tiba- tiba Aris nak tahu sangat ni? Selama ini Arisya tak pernah kisah
pun tentang bakal menantu ibu tu,” balas Puan Aliana sambil menyibukkan diri
mencuci ayam di singki.
“
Saja je ibu, Aris nak jugak kenal siapa bakal suami Aris nanti taklah Aris
terkial- kial bila kahwin dengan dia,” jawab Arisya selamba.
“
Kenapa Aris tak kenal dengan dia terus je?”
“
Tak naklah ibu, lebih afdal kenal melalui orang lain apatah lagi ibu kita
sendiri,” jawab Arisya petah.
Puan
Aliana tersenyum manis. Tak sangka Arisya berminat juga nak mengenali Uzair.
Ini berita baik ni. Selama ini Arisya hanya menayang muka selamba apabila dia
dan suami bertanya pendapat tentang Uzair tetapi sekarang anaknya itu dengan
rela hati nak mengenali Uzair.
“
Uzair tu anak kedua Mak Cik Dijah kau dan Pak Cik Yusuf kau. Sebelum- sebelum
ni Mak Cik Dijah kau cakap, Uzair tu tak mahu berkahwin walaupun uminya sendiri
nak carikan calon tapi kali ni tak tahu kenapa dia bersetuju nak kahwin. Dia
pernah ada pengalaman buruk dengan perempuan sebab itu dia serik nak berkenalan
dengan perempuan. Mak Cik Dijah kau cakap, Uzair tu sebenarnya pemalu dengan
perempuan sebab itulah dia pilih kerjaya sebagai polis. Itu yang Mak Cik Dijah
kau cakaplah,” terang Puan Aliana panjang lebar. Dia memandang sekilas ke arah
Arisya yang terangguk- angguk.
“ Habis tu macam mana pulak ibu boleh setuju
untuk terima Uzair tu jadi menantu ibu. Ibu bukan kenal dia sangat pun,” provok
Arisya.
“
Sebenarnya ibu dah lama kenal dengan keluarga Uzair tu, kamu je yang tak tahu.
Ibu dan umi Uzair tu kawan baik. Ibu dah kenal Uzair sejak kecil lagi masa
tinggal kat kampung dulu sampailah kami berpindah ke bandar ni hah. Ibu tengok
Uzair tu baik budaknya, sangat hormatkan umi dan ayah dia. Berbudi bahasa,
lembut je bila bercakap dengan umi. Yang paling ibu berkenan, walau sesibuk
mana pun dia bekerja di KL dulu, setiap seminggu sekali mesti dia balik melawat
umi dan ayah dia. Uzair tu memang lelaki yang bertanggungjawab Aris, beruntung
Aris dapat bakal suami macam tu,” ucap Puan Aliana.
Arisya
terdiam sebentar sambil memikirkan apa yang Puan Aliana cakapkan. Apa yang Puan
Aliana khabarkan itu memang terbukti. Dengan mata kepalanya dia melihat sikap
Uzair dalam melayani uminya tadi. Cukup sopan dan lembut. Arisya dapat rasakan
yang tiba- tiba hatinya terpaut dengan budi bahasa Uzair.
“
Ibu, Aris naik atas dululah…” ujar Arisya lemah.
Tanpa
menunggu balasan daripadan Puan Aliana, Arisya bingkas bangun dan mengorak
langkah mendaki tangga. Dia merebahkan badan di atas katil. Kedua tangannya di letakkan
di atas dahi. Kemudian dia teringatkan sesuatu lantas dia kembali berdiri dan
mengorak langkah menuju ke meja solek. Sebuah diari berkulit hitam dikeluarkan
sambil dia duduk bersila di atas katil.
Helaian
demi helain di selak kemudian tangannya terhenti di satu muka surat yang
tertulis, “ Ciri- ciri lelaki idaman”. Arisya tersenyum.
“
Ciri- ciri lelaki idaman aku, yang pertama mestilah soleh, yang kedua sedap
mata memandang, yang ketiga hormatkan ibu bapa dan yang terakhir mestilah
seorang yang hormatkan perempuan. Hmmm…agak- agak Uzair memenuhi citarasa aku
ke tak?” Arisya bercakap sendirian. Dia mengetuk dagunya sendiri.
“
Dari segi rupa bolehlah lepas walaupun tak hansome macam Shah Rukh Khan tapi
ada iras- iras Shahid Kapoor. Kira bolehlah. Nak cakap dia soleh, mungkinlah.
Tapi yang penting dia memang sangat hormatkan umi dan ayah dia. Tengok cara dia
layan umi dia, aku rasa memang dia seorang yang berbudi bahasa tapi bila dengan
aku bukan main kasarnya dia. Mungkin sebab aku kasar dengan dia kot. Hmmm…tak
sangka lelaki yang aku cari semuanya ada pada dia,” ucap Arisya sendirian. Dia
tergelak seorang.
TEPAT
pukul 5.30 petang, Arisya menunggu tunangnya seperti yang telah dijanjikan
namun batang hidung lelaki itu masih belum kelihatan. Arisya mengeluh kecil.
Dia melabuhkan punggung di bangku yang mengadap tasik kecil buatan manusia di
taman rekreasi tersebut. Angin sepoi- sepoi meniup lembut wajah Arisya.
“
Assalamualaikum…” sapa satu suara membuatkan Arisya berpaling.
Kelihatan
Uzair yang lengkap berpakaian seragam polis berdiri di hadapannya. Kacak!
terdetik perkataan itu di hati Arisya melihat Uzair yang tegap berdiri tanpa
segaris senyuman. Dia ingat aku kisah sangat dengan senyuman dia tu. Sombong
betullah bakal suami aku ni. bebel Arisya.
“
Wa’alaikummusalam. Lambatlah awak ni. dekat sejam saya tunggu awak.” Bohong
Arisya.
Uzair
mencebik. Nak auta akulah tu. Macamlah aku tak nampak dia baru sampai. Memang
perangai macam budak- budak.
“
Baguslah, saya memang nak awak tunggu lama pun. Biar padan dengan muka awak,”
balas Uzair selamba.
Arisya
mengetap gigi. Suka betul dia cari pasal dengan aku. Tak mengapa, aku masih
banyak masa nak kenakan dia. Kalau aku tempeleng mamat ni, jangan tanya kenapa.
Sakit betul hati aku dengan perangai sombong dia ni.
“
Eiii…bercakap dengan awak ni memang boleh naikkan darah saya je. Hah, awak nak
jumpa saya buat apa?” tanya Arisya kasar. Dia sudah malas mahu bertikam lidah
dengan Uzair yang tidak pernah mahu mengalah.
“
Saya nak kita batalkan perkahwinan kita….” Ujar Uzair.
“
Apa?!” hampir Arisya terjerit. Bukan hampir malah dia sudah pun menjerit kuat.
Dia bingkas berdiri dan mengadap Uzair yang menayang muka tak ada perasaan.
Uzair
menutup telinganya dengan kedua belah telapak tangan. Sakit telinganya
mendengar jeritan Arisya. Kenapa perempuan suka sangat menjerit?
“
Awak tak payah nak menjerit. Bukannya saya nak bunuh awak. Saya Cuma nak kita
batalkan perkahwinan kita ni je. Saya pasti awak akan setuju kan?”
“
Siapa cakap saya setuju? Ada awak nampak muka saya ni, muka setuju ke?” tanya
Arisya sambil menunjukkan ke arah mukanya.
“
Maksud awak apa?”
“
Maksud saya ASP Uzair, saya tak setuju kalau awak nak batalkan perkahwinan ni.
Ada faham?” tekan Arisya.
“
Apa? Tak nak batalkan? Tapi kenapa?!” giliran Uzair pula yang menjerit. Dia
terkejut dengan keputusan Arisya. Kenapa tak nak batalkan? Kenapa?! jerit hati
Uzair geram.
“
Saya ada sebab yang tersendiri…”
“
Tapi buat apa kita berkahwin kalau awak dan saya tak pernah sehati sejiwa…”
“
Memanglah kita tak pernah sehati sejiwa, hati awak kat awak, hati saya kat
sayalah. Tu pun jadi masalah ke?” balas Arisya selamba. Dia tidak peduli akan
wajah Uzair yang telah berubah merah. Marah ke geram tu?
Uzair
mengecilkan matanya memandang Arisya yang kelihatan halus di matanya. Nasib
baik kau masih haram untuk aku, kalau kau adik aku, dah lama aku sekeh- sekeh
kepala kau budak kecik!
“
Susah betul kan cakap dengan budak kecik macam awak ni. Bukannya nak faham.
Saya tak nak kahwin dengan awak. Kalau sebelum berkahwin asyik nak bergaduh,
apatah lagi bila dah kahwin lagi. Saya yakin
awak tentu tak nak kahwin dengan saya kan?
“
Inilah kalau dah fikir terlampau matang sangat. Saya akan tetap kahwin dengan
awak sebab saya dah berjanji dengan ibu dan abah saya. Abah saya pun dah setuju
jika saya berkahwin dengan awak ayah akan jadikan saya pengurus di restoren
seperti yang saya mahukan dan saya akan lakukan apa saja asalkan cita- cita
saya tercapai walaupun terpaksa berkahwin dengan mamat sengal macam awak,”
balas Arisya bersahaja. Dia berpeluk tubuh sambil menentang wajah Uzair yang
kelihatan kelat.
Uzair
terkesima. Jadi dia nak berkahwin dengan aku semata- mata untuk memenuhi cita-
cita dia bukannya sebab dia memang rela hati nak kahwin dengan aku. Inilah
sebabnya kenapa aku benci sangat pada kaum Hawa ni. Suka mengambil kesempatan
dalam kesempitan!
“
Awak sanggup kahwin dengan saya semata- mata nak kejar cita- cita awak? Apa
jenis perempuan awak ni?”
“
Jenis yang tulenlah. Takkan palsu pulak…” potong Arisya bersahaja. Dia
tersengih.
Uzair
meraup wajahnya yang kelihatan. Sakit betul hatinya bercakap dengan gadis
seperti Arisya.
“
Awak tak boleh buat keputusan ikut suka hati awak je Inspektor Uzair, awak kena
fikirkan umi dan ayah awak. Ibu dan abah saya. Mereka betul- betul nak kita
bersatu. Kalau ikutkan saya, memang saya tak nak kahwin dengan mamat sengal
menyakitkan hati macam awak ni, tetapi bila saya fikirkan ibu dan abah saya,
saya turutkan juga. Kalau awak bencikan saya, itu hak awak sebab saya tak
halang pun untuk awak sukakan saya malah saya tak harap pun Cuma saya nak kita
teruskan hajat ibu bapa kita sebab dengan cara ini saja kita sebagai anak boleh
bahagiakan mereka,” sambung Arisya serius.
Uzair
terdiam. Kata- kata Arisya kali ini ada benarnya juga. Kalau dia memutuskan
perkahwinan ini tentunya hubungan keluarganya dan keluarga Arisya akan renggang
sedangkan mereka sekeluarga sudah berkawan rapat sejak tinggal di kampung lagi.
Uzair juga tidak mahu memutuskan silaturrahim kedua keluarga tersebut. Tapi, bagaimana
dengan perasaannya saat ini? Dia memang tak dapat menerima Arisya sebagai
isterinya.
“
Awak tak fikir masa depan awak? Saya tak mungkin boleh bahagiakan awak sebab
saya benci pada perempuan,” balas Uzair. Dia merenung wajah Arisya yang
tersenyum sinis.
“
Masa depan saya adalah keluarga saya. Saya tak harap pun awak bahagiakan saya
sebab saya dah bahagia dengan kehidupan saya dan saya rasa saya tak perlu kasih
sayang awak tu. Awak simpanlah kasih sayang awak tu pada orang lain. Saya Cuma
perlu berkahwin dengan awak je,” ucap Arisya seperti orang yang tiada perasaan.
Uzair
terkesima. Biar betul perempuan ni? Dia tak kisah kalau aku tak boleh beri
kasih sayang aku pada dia, maknanya senanglah hidup aku. tak perlu aku
peningkan kepala fikirkan pasal perempuan. Kadang- kadang, dia ni bagus jugak
walaupun perangai macam budak kecik.
“
Baiklah, kalau itu yang awak mahukan. Saya tak kisah sebab saya dah jelaskan
semuanya. Awak jangan menyesal kahwin dengan saya sebab saya memang tak boleh
terima awak. Saya nak awak tahu yang saya setuju untuk kahwin dengan awak
adalah sebab ibu bapa kita. Jangan sesekali awak ungkit kenapa saya tak boleh
terima awak,” Uzair membuat keputusan.
Dia
rasakan inilah keputusan yang terbaik. Sekurang- kurangnya dia merasa lega
kerana dapat berterus- terang dengan Arisya tentang perasaannya yang benci pada
perempuan supaya gadis itu tidak menyoalkan kemudian hari.
“
Ada pulak kan saya kisah awak boleh terima saya ke tidak. Awak bercakap macam
saya jatuh cinta pada awak. Sorry ya Inspektor Uzair, jatuh cinta pada awak
adalah perkara yang tidak mungkin saya lakukan. Awak jangan risau saya ni kalis
cinta dan tak percaya pada cinta cintun yang mengarut tu. Awak jangan risau,
awak boleh teruskan dengan pendirian awak dan saya akan tetap dengan pendirian
saya,” tegas Arisya tersenyum.
Uzair
terdiam. Dia tidak menyangka ternyata Arisya seperti dirinya juga. Cuma bezanya
Arisya tidak percaya pada cinta sedangkan dia tidak percaya pada perempuan.
Bagaimana mereka ingin melayar bahtera rumahtangga jika masing- masing
mempunyai pegangan yang tersendiri?
hihihii, kawen je lah yunkkk oiii
ReplyDeletehahaha..:-D
Delete