BAB
7
BUNYI bising di rumah Balqis malam itu langsung
tidak mencuit hati Balqis yang remuk rendam. Setengah jam lagi dia akan di
nikahkan dengan orang yang tidak dia kenali asal usulnya kecuali nama sahaja.
Dia benci dengan perkahwinan ini sungguh kalau dia dapat lari pasti dia akan
melompat dari tingkap rumahnya itu. tapi dia tidak mahu memalukan orang tuanya.
Siaplah kau Zhariff kau akan menyesal kerana setuju nak kahwin dengan aku. Bisik
hati Balqis dengan penuh rasa jahat.
“ Kak Qis dah sedia ke nak di ijabkabulkan?” tanya
Hani yang datang menjenguk Balqis di dalam bilik pengantin. Hani Nampak cantik
bergaya dengan baju kurung berwarna hijau dipadankan dengan tudung yang
berwarna senada dengan warna baju. Wajahnya hanya disolek tipis. Cantik pulak
adik aku ni, macam dia pula yang nak kahwin. Omel Balqis sendirian.
“ Sedia atau tidak bolos aja dinding itu.” seloroh
Balqis meniru gaya Zizan dalam rancangan Bolos.
Hani ketawa pecah perut mendengar jenaka Balqis.
Dalam keadaan begini pun Balqis masih boleh berlawak. Kalau perempuan lain
pasti berdebar-debar menunggu untuk menjadi isteri orang tapi kakak kesayangan
Hani ini lain daripada yang lain.
“ Kakak ni, pengantin lelaki dah sampai tu. Tak lama
lagi jadi isteri oranglah kakak Hani ni. Lepas tu bolehlah Hani dapat anak buah
kan kak.” Hani mengenyit matanya pada Balqis yang hanya mencebikkan bibir yang
telah di solek oleh mak andam sebentar tadi.
Balqis mengempal penumbuknya dan ditunjukkan pada
Hani yang berani mengusiknya.
“ Kau beranak je sendiri. Tak kuasa aku.” Ujar
Balqis. Dia Nampak cantik dengan baju pengantin berwarna putih dipadankan
dengan selendang yang berwarna putih bermanik- manik. Wajahnya Nampak berseri
tapi hatinya berdongkol dengan pelbagai perasaan.
Hani tergelak mendengar kata- kata Balqis dengan
selamba pipi tembam kakaknya dicubit geram membuatkan Balqis menjerit
kesakitan.
“ Kakak ni cantiklah hari ini memang bertuah Abang
Zhariff kahwin dengan akak pasti bahagia terasa.” Ujar Hani lagi menambah geram
di hati Balqis namun di diamkan sahaja.
Tidak lama kemudian Mak Kiah datang menjengah
memanggil Balqis kerana sudah sampai masanya untuk majlis akad nikah
berlangsung. Dengan penuh debaran Balqis melangkah keluar diiringi dengan Hani
dan Mak Kiah. Dup dap,dup dap..
RYAN kelihatan tenang duduk beralaskan bantal di
ruang tamu rumah bakal mertuanya. Dia memandang sekeliling cuba mencari pengantin
perempuan merangkap bakal isterinya nanti namun hampa kerana wajah pengantin
perempuan ditutupi dengan kipas oleh pengapitnya. Pandangannya di tuju pada
wanita yang duduk di sebelah pengantin perempuan. Macam pernah kenal je wanita
itu tapi di mana ya? Ryan menggigit bibir cuba mengingat. Tetapi kehadiran Tok
Kadi membantutkan niat Ryan untuk berfikir dengan panjang lebar. Jantung Ryan
bagai berhenti berputar apabila terlihat wajah Tok Kadi yang sedang tersenyum
manis seolah menyatakan yang beberapa minit lagi dia akan dinikahkan dengan wanita yang tidak diketahui
asal usulnya. Sungguh dia tidak rela.
“ Kamu sudah bersedia?” tanya Tok Kadi dengan
senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Seronok nampak Tok Kadi ni, aku yang nervous macam nak mati je dia tak tahu.
Tak mengapa semalam kan aku dah practice
mesti boleh lepas. Ryan cuba menyedapkan hatinya yang berdebar tak tentu arah.
Ryan hanya mengangguk. Tok Kadi memandang ke
sekeliling, meminta persetujuan tetamu yang hadir untuk memulakan upacara akad
nikah. Ternyata semua hadirin termasuk wali pihak perempuan setuju untuk
memulakan akad nikah.
Tok Kadi menarik nafas dalam sebelum melafazkan
ijab.
“ Tuan Ryan Zhariff bin Tuan Razlan aku nikahkah
engkau dengan Ummu Balqis binti Ismail dengan mas kahwin RM1000, tunai.”
“ Aku terima nikahnya Ummu Balqis binti Ismail
dengan mas kahwin RM1000, tunai.” Dengan sekali lafaz Ryan menyempurnakan ijab
dan kabul namun nama penuh pengantin perempuan yang dikabulkan tadi sama dengan
nama teman baiknya sendiri. Tanda tanya mula mengusai minda Ryan. Alah bukan
Balqis je yang ada nama macam tu. Bisik hatinya lagi.
Keadaan di dalam rumah itu mula riuh rendah dengan
suara tetamu yang hadir. Ternyata Puan Rahina gembira kerana anak bongsunya
akhirnya berkahwin dan itu sudah cukup membuat Puan Rahina senang hati apatah
lagi melihat anaknya yang segak berbaju melayu, bersongkok dan bersamping ala- ala pahlawan melayu gitu.
Selesai upacara akad nikah dan doa, Ryan dibawa
untuk berjumpa dengan wanita yang telah sah menjadi isterinya tadi. Hatinya
masih belum berhenti berdetak. Semakin bertambah kencang, maklumlah kali
pertama bersua muka. Dia tidak tahu sama ada isterinya cantik atau buruk.
Entah- entah macam dinosaur zaman purba tak pun macam zombi kampung pisang.
Ryan menelan air liur tak dapat untuk di bayangkan. Jeng! Jeng!
BALQIS gelisah di tempat duduk. Dia telah selamat
diijab kabulkan sebentar tadi. Hampir menitis air matanya kerana terlampau
sedih kerana gelaran anak dara yang disandangnya telah berubah kepada gelaran
isteri yang belum tentu dapat digalasnya. Sebak terasa apabila mendengar lelaki
yang telah menjadi suaminya melafazkan dengan sekali lafaz sahaja. Tapi suara
lelaki itu macam pernah di dengar namun dia terlupa. Balqis cuba mengintai
wajah suaminya namun dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana lelaki yang
memakai baju melayu satin berwarna putih itu duduk membelakangkannya.
“ Tahniah akak, akak dah jadi isteri orang.” Ujar
Hani yang duduk di sebelahnya selaku pengapit yang menutup wajahnya dengan
kipas yang berukiran cantik. Naik rimas Balqis dibuatnya.
Bertalu- talu Balqis di hadiahkan dengan ciuman di pipi
oleh sanak saudara yang datang membuatkan Balqis merasakan dirinya di sayangi.
Namun dia terkilan di saat hari yang bahagia walaupun pada dasarnya tidak
bahagia sahabat baiknya tidak dapat hadir kerana dia turut dinikahkan pada
malam ini.
“ Qis, pengantin lelaki dah sampai.” Ucap Mak Kiah
dengan lembut. Dia gembira akhirnya anak gadisnya bertemu jodoh juga. Dia
tersenyum dengan penuh bahagia.
Balqis semakin gementar sekali dalam seumur hidupnya
dia menghadapi gementar tahap dewa. Sumpah lepas ini dia takkan berkahwin lagi.
Tapi bukankah kahwin itu sekali dalam seumur hidup?
Upacara membatalkan air sembahyang akan berlangsung
tidak lama lagi, pengantin lelaki semakin hampir tapi Balqis semakin
menundukkan wajah sehingga mahu mencecah lantai. Dadanya di landa getaran yang
hebat membuatkan dia seperti mahu terkucil. Ditelan air liur beberapa kali
namun dirasakan perit dikerongkong. Aduh macam mana ni?
“ Assalamualaikum.” Bunyi suara garau itu
menyentakkan Balqis dari lamunan. Macam pernah aku dengar suara ni tapi di mana
ya? Soalnya dalam hati. dengan bibir yang terketar-ketar dia menjawab salam
lantas mendongak untuk memandang wajah lelaki yang telah berani
memperisterikannya itu dan...
“ Kau?!!”
“Kau?!!”
Suara mereka
serentak. Lantas tanpa mempedulikan orang ramai Balqis berdiri kerana terkejut
melihat jasad lelaki yang berada di hadapannya sekarang. Kepalanya terasa
berdenyut-denyut memikirkan kemungkinan yang bermain di fikirannya sekarang.
“ Qis, macam mana kau boleh ada kat sini? Dan kenapa
kau pakai cantik- cantik ni?” tanya Ryan seperti orang yang kebingungan. Orang
yang berada di situ pelik melihat ‘perbincangan’ pengantin lelaki dan pengatin
perempuan yang dilihatnya seperti orang yang kehilangan arah.
Balqis mundar- mandir sambil menggarukan kepalanya
yang tidak gatal apabila mendengar pertanyaan daripada Ryan. Dia benar- benar
bingung. Terasa ingin dihantuk kepalanya di dinding. Someone help me!. Jerit hatinya.
“ Aku rasa kau salah rumah Ryan, yang sepatutnya
datang kat aku, suami aku Zhariff bukan kau.” Ujar Balqis membela diri.
Bunga-bunga pertengkaran mula kelihatan pada mereka.
Ryan seakan tidak berpuas hati apabila wajah isteri yang dinikah adalah Balqis
bukan wanita yang dicakapkan oleh uminya. Manakala Balqis juga dalam keadaan
yang sama apabila Zhariff bertukar dengan Ryan. Apa sudah jadi?
“ Kau jangan nak salahkan aku!”
“ Dan kau juga jangan nak salahkan aku!”
masing-masing mula meninggikan suara membuatkan suasana menjadi kecoh. Kebisuan
Mak Kiah dan Puan Rahina menjadi tanda tanya kepada pengantin baharu yang
sedang bertegang urat itu.
“ Umi!” panggil Ryan.
“ Mak!” Balqis juga tidak ketinggalan. Dia perlukan
penjelasan daripada orang tua mereka.
Pandangan mereka dihalakan pada Mak Kiah dan Puan
Rahina yang berdiri sebelah menyebelah seakan tahu diri mereka akan menjadi
tumpuan oleh Balqis dan Ryan.
Puan Rahina dan Mak Kiah hanya mampu tersengih
sesama sendiri sehingga mengundang rasa curiga di hati Balqis dan Ryan.
“ Lebih baik mak cakap siapa suami Qis sebelum Qis
mengamuk kat sini.” Ugut Balqis dengan muka yang diseriuskan. Ternyata ugutan
Balqis mengundang rasa takut pada Mak Kiah.
“ Kalau Qis nak tahu, Zhariff suami Qis itu adalah
Ryan lelaki yang berdiri di hadapan Qis sekarang. Nama penuhnya adalah Tuan
Ryan Zhariff.” Ujar Mak Kiah.
“ Betul tu Qis, dan isteri kamu Ryan adalah Ummu
atau nama penuhnya Ummu Balqis. Perempuan yang kamu kenalkan pada umi tempoh
hari.”
Ternyata penerangan daripada ke dua belah pihak amat
mengejutkan Balqis dan Ryan. Kepala Ryan terasa seperti berpusing- pusing
begitu juga Balqis yang tidak boleh menerima kejutan yang maha hebat bagi
dirinya.
“ Apa?!” jerit mereka serentak. Tanpa menunggu lama
dunia Balqis dan Ryan menjadi kelam dan gelap akhirnya mereka jatuh ke lantai.
Pengsan!
SUASANA bilik pengantin di rumah Balqis sunyi sepi
seperti tidak berpenghuni. Sama ada Balqis mahupun Ryan, masing- masing
mendiamkan diri kerana masih terkejut dengan perkara yang mereka alami hari
ini. Tidak terlintas langsung di fikiran bahawa mereka di ijabkabulkan tanpa
pengetahuan mereka sendiri. Sungguh bijak ibu bapa mereka mengatur strategi
untuk mengenakan mereka berdua.
Balqis mengeluh. Ryan termenung.
“ Habis tu macam mana sekarang?” kata mereka hampir
serentak.
Ryan menjatuhkan kepalanya yang tadi tegak merenung
bintang di luar jendela manakala Balqis hanya termenung di birai katil
mengenangkan nasibnya yang terperangkap dalam dunia ciptaan dia dan Ryan.
“ Kau cakap umi kau tak suka kat aku tapi kenapa dia
kahwinkan kita juga?” soal Balqis kebingungan. Dia berpaling ke arah Ryan yang
sedang menyandarkan badan di belakang jendela. Kelihatan lelaki itu juga
kebingungan kerana jelas terpampan di raut wajahnya yang kusut.
Ryan mengeluh lagi. “ Aku tak tahu Qis. Sumpah umi
memang cakap yang dia nak pinangkan untuk aku bukan kau tapi Ummu aku terlupa
yang nama kau Ummu Balqis. Patutlah sewaktu aku akad nikah tadi nama pengantin
perempuan sama dengan nama kau. Aku ingatkan itu kebetulan aje tapi rupa-
rupanya memang betul kaulah orangnya.” Terang Ryan cuba merungkai kemusykilan
yang melanda di benak teman baiknya itu.
Perlahan dia menghampiri Balqis yang duduk di birai
katil wajah gadis itu menunjukkan yang dia juga terkejut dengan kejadian itu.
sempat juga Ryan merenung raut wajah Balqis yang kelihatan manis pada malam
itu. Tudung yang di pakai gadis itu masih lekat di kepalanya.
“ Boleh aku duduk sini?” pinta Ryan sopan.
Balqis hanya mengangguk membiarkan Ryan melabuhkan
punggung di atas tilam yang tidak jauh darinya.
“ Sekarang ni bagaimana? Mesti umi kau dan mak aku
fikir yang kita berkahwin sebab suka sama suka tapi kenyataannya bukan macam
itu. Aku rasa baik kita terus terang pada mereka perkara yang sebenar dan
selepas itu kau…”
“ Lepaskan kau? Begitu maksud kau?” potong Ryan. Dia
menarik nafas berat sebelum menyambung.
“ Kalau perkara ini semudah yang kau cakapkan aku
rela lepaskan kau tapi ini menyangkut soal maruah keluarga kita masing- masing.
Cuba kau fikir ada ke pasangan yang bernikah hari ini, esok bercerai dan yang
dapat aibnya kelurga kita Qis. Orang akan mengata yang buruk- buruk apatah lagi
kau perempuan pasti teruk kau kena. Aku juga tak nak mempersendakan agama
dengan mempermainkan soal perkahwinan ni. Kau faham kan maksud aku?” ujar Ryan
cuba membuat Balqis faham yang soal perkahwinan tidak boleh di buat main.
“ Aku faham Ryan tapi aku tak nak kita terus
terjebak dalam ikatan yang tak menjanjikan apa- apa ni.”
“ Maksud kau?”
“ Yelah kau dan aku tak mencintai antara satu sama
lain macam mana kita nak hidup bersama kalau antara kita tak ada perasaan itu.
aku hanya anggap kau sebagai kawan baik aku je tak lebih dari itu dan takkan
boleh lebih dari seorang sahabat.” luah Balqis.
Dia meraup wajahnya yang keletihan. Sepatutnya hari
ini dialah orang yang paling gembira kerana telah menamatkan zaman bujang namun
semuanya berlaku sebaliknya. Dia rasa tertekan kerana pernikahan itu. tambahan
lagi suaminya sekarang adalah Ryan sahabat baiknya sendiri dan dia langsung
tiada perasaan cinta untuk lelaki itu. tidak sama sekali.
Ryan tersenyum hambar. Baharulah dia tahu yang
Balqis tidak mempunyai apa- apa perasaan terhadapnya walaupun mereka telah
berkawan lama sedangkan perasaannya terhadap Balqis hanya ALLAH yang tahu.
“ Aku pun tak cintakan kau tapi buat sementara waktu
ini kita teruskan aje perkahwinan ini sampai salah seorang daripada kita
bertemu dengan cinta hati masing- masing. Okey?” cadang Ryan. Namun Balqis
masih lagi gelisah. Lama anak matanya mencari kebenaran di sebalik mata hazel
milik Ryan namun apabila lelaki itu membalas renungannya dengan pantas Balqis
mengalih pandangan ke arah lain.
“ Tapi kalau tak jumpa juga bagaimana?” soal Balqis
inginkan kepastian.
Ryan hanya ketawa mendengar soalan Balqis yang
kedengaran risau. “ Kenapa kau ketawa?” marah Balqis geram.
“ Aku kan handsome mesti ramai awek- awek yang suka
kat aku tak macam kau dari dahulu sampai sekarang tak ada orang nak. Tapi misalan aku dah jumpa
cinta sejati aku nanti dan kau tetap jugak tak laku- laku, aku tak kisah kalau
kau nak jadi kekasih gelap aku.” Usik Ryan sambil ketawa geli hati melihat
wajah Balqis yang merona merah. Marah barangkali.
Balqis mengetap bibir. Geram kerana diperlekehkan
oleh Ryan. Pantas tangannya mencapai bantal lantas lengan lelaki itu dipukul
berkali- kali sehingga membuatkan Ryan menjerit kesakitan.
“ Tak guna kau Ryan, kau kutuk aku eh? Aku akan
buktikan pada kau yang aku akan jumpa cinta sejati aku dan pada masa itu kalau
kau merayu-rayu kat aku mintak balik dengan kau, aku takkan layan huh!” ujar
Balqis berkobar- kobar sambil memeluk tubuh.
Ryan mencapai bantal yang digunakan Balqis untuk
memukulnya tadi dan dengan pantas dia menekup wajah temannya dengan bantal
tersebut. Geram kerana sikap gadis itu yang tak mahu mengalah. “ Kau jangan nak perasan. Aku ni yang lelaki
pun tak nak dengan kau apatah lagi lelaki lain.”
Balqis rimas dengan bantal yang ditekup ke mukanya
lantas dia merentap bantal tersebut namun dia tersalah taktik apabila dia turut
merentap tangan kasar milik Ryan menyebabkan lelaki itu terdorong ke arahnya.
Tubuh mereka bersentuhan menyebabkan mereka terkesima seperti terkena kejutan
elektrik. Balqis dan Ryan tergamam dengan situasi itu lama pandangan mereka
bertaut. Ryan menelan air liur sedangkan Balqis gelisah. Namun keadaan itu
tidak dibiarkan lama oleh Balqis, sepantas kilat juga dia menolak tubuh sasa
Ryan menyebabkan lelaki itu terjatuh daripada katil. Balqis terkejut dengan
tindakan rifleksnya tetapi hanya ketawa yang meletus dari bibir mungilnya.
“ Padam muka kau. Itulah kutuk aku lagi kan dah
dapat hadiah. Kalau kau tak hingin kat aku, aku sepuluh kali tak hingin kat kau
tau.” Balas Balqis sambil tersenyum puas kerana dapat mengenakan Ryan. Sekali
sekala dapat kenakan orang best juga tambahan orang yang macam Ryan tidak boleh
diberi muka sangat nanti dia juga yang kena.
Bersusah payah Ryan bangun. Dia menggosok
pinggangnya yang sakit akibat terhentak di lantai satu jelingan tidak puas hati
dilemparkan pada Balqis yang sedang enak ketawa bagaikan Pontianak tak cukup
darah. Ngeri betul pada pendengaran Ryan. Nasibnyalah berkahwin dengan
perempuan yang gelak macam Pontianak.
“ Jahatlah kau Qis. Ni kes mendera namanya nanti aku
buat aduan kat Aduan Rakyat baharu kau tahu. Tak sampai setahun aku kahwin
dengan kau habis patah riuk kau kerjakan aku.” Keluh Ryan sambil dia menayang
muka sedih.
Balqis hanya ketawa geli hati.
“ Padam muka kau, aku suka tengok kau patah riuk ni
bolehlah aku hantar kau kat rumah orang- orang kurang upaya mana tahu kan jodoh
kau ada di sana.” Ujar Balqis dengan ketawanya yang masih bersisa.
Ryan merengus marah kerana dipermainkan oleh Balqis.
Tak apa hari ini hari sabtu, hari kau kenakan aku tengoklah esok-esok aku
kenakan kau kaw-kaw punya sampai kau bertaubat. Hahahahaha, bisik hati kecil
Ryan.
“ Dahlah aku nak tidur penat gila ni. Tepilah sikit.”
Ryan menolak kaki Balqis yang berada di atas tilam. Dia merangkak naik ke atas
katil dan dengan selamba badak air Ryan membaringkan badannya di sebelah Balqis
membuatkan Balqis terlopong melihat aksi berani mati Ryan tidur di sebelahnya.
Gila ke dia ni nak tidur sekatil dengan aku.
“ Eh Ryan tolong sikit ye katil ini katil aku kau
pergilah tidur kat bawah ni tempat aku.” Protes Balqis geram.
Ryan tidak membalas. Matanya dipejam rapat, dia
berpura- pura tidur dan tidak mendengar kata-kata Balqis. Dia benar- benar
penat dan hanya satu dalam fikirannya adalah tidur. Dia tahu Balqis pasti akan
mengamuk sakan namun dia tidak peduli dengan semua itu kerana dia tahu Balqis
akan senyap jika dia senyap. kedingingan
malam membuatkan Ryan semakin malas melayan kerenah Balqis yang jelas sedang
membebel tidak berpuas hati. segala butir bicara gadis itu tidak melekat di
kepalanya yang sudah pening- pening lalat.
“ Ryan kau dengar tak apa yang aku cakap ni?
Pergilah tidur kat bawah takkan aku nak tidur sekatil dengan kau pula!” jerit
Balqis namun suaranya masih dikawal takut kedengaran oleh maknya.Balqis
menggoncang tubuh Ryan yang kaku terbaring di sebelahnya dan hanya kedengaran
nafas lelaki itu yang turun naik. La tidur rupa- rupanya. Desis Balqis. Dia
mengeluh lagi, takkan aku nak tidur sebelah dia pula seganlah. Nampaknya
kenalah aku tidur kat atas lantai. Hmm..lantai here I come..
Balqis mengambil sebijik bantal dan comforter di hamparkan di atas lantai. Tubuh kecilnya
dibaringkan di atas comforter
tersebut dan tidak sampai beberapa saat dia melelapkan mata.
BAB
8
TIDUR nyenyak Balqis diganggu dengan suara Ryan yang
menjerit mengejutnya bangun dari tidur. Balqis masih lagi bermalas- malasan,
matanya masih terpejam rapat dan sengaja dia menggolek- golekkan badannya. Hmm,
empuk sungguh lantai rumah aku ni macam tilam Vono la pulak. Detik hati
kecilnya. Balqis tersenyum sendirian sambil matanya masih terpejam.
‘Tilam?’ Balqis membuka matanya luas. Sungguh dia
terkejut kerana dia sedang berbaring di atas tilam sambil tubuhnya di selimuti
sampai ke paras dada. Dia meraba kepalanya yang tidak bertudung hanya ada anak
telekung yang masih melekat di kepalanya. Bukankah semalam dia tertidur di
lantai dengan kepalanya masih ditutupi tudung? Siapa yang berani menceroboh hak
privasi dia dan siapa yang mengangkat dia hingga ke atas katil ini? Balqis
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serentak dia terdengar suara lelaki di
dalam bilik air.
‘ Pasti Ryan punya kerja!’ jerit hatinya. Balqis
bingkas dari pembaringan dan berdiri sambil bercekak pinggang menunggu ketibaan
Ryan keluar daripada bilik air. Dadanya berombak kencang kerana menahan rasa
marah yang memuncak, Ryan ni dah melampau mentang- mentanglah aku dah jadi
isteri dia sekarang senang- senang je dia nak ceroboh yang bukan hak dia. Nak
kena mamat ni dengan aku. Siaplah kau kalau keluar dari bilik air nanti. Rungut
Balqis sambil menyising lengan baju kurungnya.
Pintu bilik air terkuak. Terjengul wajah kacak Ryan
di hadapan Balqis yang sedang mundar- mandir sambil menggigit jari. Entah apa
yang tak kena minah ni. Desis Ryan. Dengan selamba Ryan mengelap rambutnya yang
basah tanpa mempedulikan Balqis yang kelihatan tidak tenteram.
“Kau ke yang angkat aku dan letak aku atas tilam ni
semalam?” soal Balqis resah.
“ What?”
“ Dan kau ke yang tanggalkan tudung aku ni?”soal
Balqis lagi tanpa menunggu jawapan dari Ryan.
Ryan menayang muka selamba. Dia tergelak dalam hati.
memang dia yang mengangkat gadis itu dan dibaringkan di atas katil. Dia lakukan
semua itu kerana kesian melihat Balqis yang meringkuk kesejukan di atas lantai
dan dia tiada apa- apa niat yang tidak elok pada kawannya itu. Selain itu,
memang Ryan yang menanggalkan kain tudung yang dipakai oleh Balqis semalam.
Kesian dia melihat wajah keletihan gadis itu sekurang- kurangnya Balqis dapat
tidur dengan selesa.
Walaupun jauh di dalam hati Ryan dia rasa tidak
selesa tidur satu bilik dengan Balqis bukan kerana dia benci pada gadis itu
tapi dia bimbang dia tidak dapat menahan diri. Melihat wajah sebenar Balqis
sudah cukup membuat imannya yang selama ini kuat sedikit bergoyang maklumlah
dia lelaki dan Balqis pula perempuan juga merupakan isterinya yang sah. Bersusah
payah dia menepis bisikan- bisikan yang jahat saat dia menatap wajah temannya
sewaktu dia terjaga semalam. Oleh kerana rasa hormat dia pada Balqis masih
menebal dia berjaya menepis segala hasutan itu.
“ Ryan, kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni? Termenung
pula. Nak kena karate ke?” bunyi suara Balqis mengejutkan Ryan dari lamunan.
Hilang semua peristiwa semalam yang hanya diketahui oleh Ryan sahaja, biarlah
rahsia.
Ryan memusingkan kepala. Wajah Balqis ditatap.
Tampak kusut.
“ Okey aku dengar. Kalau betul aku yang angkat kau
dan aku yang tanggalkan tudung kau,kenapa? Kau nak marah? Marahlah. Ada aku
kisah.”ujar Ryan selamba tanpa perasaan bersalah.
Balqis mengetap bibir tanda geram. Kalau ikutkan
hati mahu sahaja kepala Ryan diketuk dengan penyapu namun dia masih menghormati
lelaki itu tambahan lagi Ryan sudah menjadi suaminya yang sah.
“ Aku tak suka kau buat macam itu. Aku tak suka kau ceroboh hak privasi aku. Kau
fahamkan maksud aku?”
“ Aku tak ceroboh. Masalah sekarang ini kau dah jadi
isteri aku yang sah walau apa pun penerimaan kita untuk pernikahan ini, secara
hukumnya aurat antara kita dah tak terbatas. Aku rasa kau tahu pasal ini kan?
Waktu sekolah dulu untuk subjek agama kaulah yang paling tinggi takkan untuk
masalah ini pun kau dah tak ingat.” Perli Ryan. Ternyata wajah Balqis berubah
merah. Malu kerana ditegur sebegitu oleh Ryan.
“ Aku tahu tapi…”
“ Dahlah Qis, kita bincang perkara ini lain kali
jelah. Sekarang ni kau pergi mandi dan kita sembahyang subuh berjemaah. Tengah
hari nanti kita nak balik KL pula.” Potong Ryan membuatkan Balqis terdiam.
Tanpa menunggu lama Balqis menapak ke bilik air
meninggalkan Ryan yang sedang membentangkan sejadah untuk mereka solat subuh
nanti. Jauh di dalam hati Balqis tersentuh juga dengan sikap Ryan yang ambil
berat dalam soal ibadat persis seorang lelaki yang mithali namun segala
perasaan itu di buang jauh dari lubuk hati Balqis. Dia bimbang jika perasaan
itu menjerat dirinya sendiri.
“MAK harap kau dapat jaga anak mak ini dengan baik
seperti mana mak jaga dia sampai dia besar. Mak percaya pada kau Ryan.” Ujar
Mak Kiah sewaktu mereka sekeluarga bertandang ke rumah Puan Rahina untuk majlis
menyambut menantu bagi meraikan
perkahwinan di antara Ryan dan juga Balqis. Setelah hampir separuh hari
keluarga dan sanak saudara Mak Kiah bertandang, kini tibalah masa untuk dia
menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga Balqis kepada Ryan.
Ryan tersenyum manis. Wajah si isteri yang sedang
tertunduk di tatap secara diam dan apabila gadis itu mengangkat muka, sepantas
kilat Ryan melarikan pandangannya ke arah Mak Kiah.
“ Mak Kiah eh mak jangan risau selagi Qis berada dengan Ryan, Qis akan selamat lagipun
Ryan dan Qis dah lama kawan kami boleh jaga di antara satu sama lain. Betul tak
Qis?” Ryan mengenyitkan mata kepada Balqis yang hanya mencebikkan bibir. Eleh
depan mak aku kau cakaplah macam- macam tapi belakang mak hampeh. Rungut Balqis
di dalam hati.
Namun Balqis tersentak apabila tangan Ryan menjalar
mengenggam telapak tangannya. Sepantas kilat wajah Ryan yang sedang tersenyum
kepada Mak Kiah di pandang. Lelaki itu berlagak selamba seolah- olah tiada apa
yang berlaku sedangkan Balqis bagaikan ingin tercabut jantung bila di sentuh
sebegitu. Selama ini tiada satu lelaki pun yang berani memperlakukan dia
sebegitu dan hari ini Ryan sudah memecahkan rekod itu.
“ Ryan apa ni pegang- pegang?” bisik Balqis cuba
mengawal suara agar tidak kedengaran oleh tetamu yang hadir. Ryan berpaling
memandang wajah isterinya yang kelihatan sudah merah kemudian pandangannya
jatuh pada tangannya yang selesa mengenggam tangan Balqis. Dia tersenyum.
“ Kenapa? Salah ke?” soalnya pula.
“ Aku tak suka la. Orang tengok, malu.” Jawab Balqis
cuba melepaskan genggaman tangan Ryan namun Ryan tetap tidak berganjak.
“ Cik Ummu Balqis, awak tahu tak yang awak tu dah
nikah dengan saya? Dan majlis ni majlis kita, kita kena tunjuk mesra sikit
depan mak dan ayah kita faham? Lagipun setakat pegang tangan kau ni tak dosa
pun lah.” Ujar Ryan selamba.
“ Aku tahulah tak dosa tapi..”
“ Ssshh…kau ni banyak cakaplah.” Pintas Ryan
membuatkan percakapan Balqis terhenti. Dia menarik muka tidak puas hati, Ryan
selalu begitu memintas percakapannya. Akhirnya, Balqis mendiamkan diri dan
hanya mengikut rentak Ryan kerana tiada guna dia berbahas dengan lelaki yang tidak pernah mahu mengaku kalah bila
berdebat.
Tindakan Balqis mendiamkan diri membuatkan Ryan
tersenyum sendirian. ‘ tahu pun diam,sejak dari tadi asyik duk membebel je.’
Rungut Ryan dalam hati.
“ Kau dahaga tak? Aku ambilkan air eh.” Balqis cuba
mencari alasan untuk menjauhkan diri daripada Ryan, rasa tidak selesa menguasai
diri apabila berada di sisi lelaki itu dengan pantas Balqis bingkas dari tempat
duduknya namun Ryan lebih pantas menyambar pergelangan tangan isterinya
membuatkan langkah Balqis terhenti.
‘ Hish, apa lagi la mamat seorang ni nak?’ bebel
Balqis di dalam hati.
“ Aku tak nak air but boleh tak kalau kau duduk kat tepi aku ni diam- diam, ni asyik
nak merayap je kerja kau. Macam kau pula pelayan kenduri kahwin ni.” Bebel
Ryan. Tangan Balqis di lepaskan.
Balqis meniru gaya Ryan membebel. Macam mak nenek.
“ Kau ni mengalahkan aku je membebelnya kalah nenek
moyang aku kalau kau dah start membebel.
Kalaulah ada pertandingan membebel, aku sarankan kau masuk dan aku gerenti kau
akan juara.” Sindir Balqis sambil ketawa lepas.
Ryan sungguh tidak berpuas hati kalau diikutkan
hatinya yang panas mahu sahaja kepala Balqis diketuk dengan senduk tapi nasib
baik akalnya masih waras. Bibirnya dicebikkan kepada Balqis.
“ Boleh kenapa kau tak anjurkan je?” balas Ryan
tidak mahu mengalah.
Namun, belum sempat Balqis menjawab, kedengaran
suara memberi salam. Mereka berdua menoleh. Alangkah terkejutnya Balqis apabila
melihat sebatang tubuh berdiri di hadapannya itu. seakan mahu gugur jantungnya
bila mata mereka bertentangan. Daniel! Apa yang dia buat di sini? Hati Balqis
penuh tanda tanya.
“ Apa khabar Dani?” soal Ryan sambil memeluk tubuh
Daniel.
Daniel yang seakan terjaga dari mimpi terus membalas
pelukan Ryan. Tapi matanya tidak lepas daripada memandang wajah Balqis yang kelihatan
tercengang. Nampak sangat dahi gadis itu berlapis- lapis macam kek lapis
Sarawak bila dia dan Ryan saling mengenali antara satu sama lain.
“ You all
kenal ke?” Tanya Balqis ingin menghuraikan kekusutan.
Ryan berpaling pada isterinya kemudian dia memandang
Daniel yang tidak lepas merenung Balqis. Lain macamlah pula renungan itu. Ryan
mula mengesyaki sesuatu.
“ Patutnya aku yang tanya kau, kau kenal ke sepupu
aku ni? Nampak gaya macam kenal je.”
Sepupu? Balqis bagaikan tidak percaya Daniel adalah
sepupu kepada teman baiknya sendiri. Selama ini dia tidak pernah tahu Ryan ada
sepupu bernama Daniel dan Daniel tidak pernah menceritakan apa- apa yang
berkaitan Ryan. Pening- pening!
“ Ha’ah Qis, saya dan Ryan sepupu. Saya tak sangka
kawan baik yang selalu dia ceritakan pada saya selama ini adalah awak. Saya
ingat nama saja sama rupa- rupanya orang pun sama. Tak sangka Ryan, kita
berkongsi kawan baik yang sama.” Balas Daniel sambil tersenyum.
Ryan tersenyum. Kongsi kawan tak apa jangan nak berkongsi isteri. Guman Ryan
sendirian. Ryan masih boleh mempamerkan sikap selamba sedangkan Balqis bagaikan
mahu pecah dada akibat terkejut dengan berita terkini ini. Daniel adalah sepupu
Ryan dan Ryan adalah suaminya sekarang ini. Nampak gayanya tiada peluanglah dia
ingin menjadi teman hidup Daniel memandangkan memang dia ada menyimpan perasaan
pada Daniel dalam diam sejak di university lagi tapi kini semuanya hancur
musnah akibat rancangan mereka yang telah memerangkap mereka sendiri.
assalam akak... ada bakat jadi penulis.. tapi ada teguran sikit dari saya.. dah banyak idea penulis sebijik macam akak.. ubahlah cara gaduh2 kahwin x rela pastu tidur kat lantai esok pagi tengok2 ada atas katil.. boring dengan adegan sama! kau cilop idea aku aku copy idea kau..-_-
ReplyDelete