BAB 29
PADA
masa yang sama, Ammar memandang meja Mardiyah yang kosong. Dia pelik selalunyaselepas
makan tengah hari wajah Mardiyah pasti terjengul di dalam biliknya memberikan
laporan tentang aktivitinya pada sebelah petang.
“
Kak Izzah, Diya mana?” tanya Ammar sewaktu Kak Izzah melintas di hadapannya.
Kak
Izzah menghentikan langkah dan memandang tepat pada wajah bosnya yang kacak
itu. Dia mengerutkan kening.
“
Bukankah Diya ada meeting dengan
encik kat bilik 25 pukul dua tadi?
Encik ada letak memo atas meja Diya kan?” tanya Kak Izzah balik.
Ammar
tersentak. Meeting? Bilik? Apa semua
ini?
“
Kak Izzah jangan bergurau dengan saya. Saya tak pernah bagi memo pada Diya dan
saya tak pernah buat meeting kat
bilik. Buat apa meeting kat situ?”
“
Habis itu siapa yang bagi memo itu?” soal Kak Izzah pelik.
Jantung
Ammar berdebar. hatinya juga tidak keruan seperti ada yang tidak kena.
“
Mana memo itu kak?”
Dengan
pantas Kak Izzah mencari memo yang ditunjukkan oleh Mardiyah sebentar tadi.
Selepas memo itu dijumpai lantas diberikan pada Ammar. Sepantas kilat Ammar
membaca memo tersebut dan mengerutkan dahinya.
“
Ini buka tulisan saya kak. Mesti ada yang tak kena ni. Saya nak pergi cari Diya
sebab mungkin ini bilik Datuk Hasyim.” Ammar membuat andaian.
“
Kenapa pula Datuk Hasyim nak tipu Diya?” Kak Izzah pelik.
Ammar
meraup wajahnya yang tegang. Hatinya mula risau, dia dapat merasakan sesuatu
yang buruk berlaku pada isterinya.
“
Saya tak dapat nak jawab sekarang. Kak Izzah tolong jaga ofis saya nak pergi
cari Diya. Apa- apa hal saya akan call Kak
Izzah.” Ujar Ammar.
Tanpa
menunggu jawapan daripada Kak Izzah, Ammar berlari menuju ke bilik 25 dengan
hati yang cemas. Ya ALLAH jangan ada apa- apa yang berlaku pada isteri aku.
Selamatkan dia daripada segala kejahatan. Rintih hati kecil Ammar. Pada waktu
yang sama dia menyeluk poket dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
“
Hello assalamualaikum, Raihan aku ni Ammar. Tolong datang kat hotel aku
sekarang jugak. Emergency.”
“
DIYA!”
Jerit
Ammar sewaktu pintu bilik itu ditolak daripada luar. Dia begitu terkejut bila melihat tubuh Datuk Hasyim cuba menindih
isterinya. Sepantas kilat rasa marah meyerbu ke dalam diri Ammar dan tanpa
menunggu lama dia menarik belakang baju Datuk Hasyim.
“
Celaka kau jantan!” jerit Ammar.
Lantas
satu tumbukan padu lekat pada wajah Datuk Hasyim. Datuk Hasyim terhuyung hayang
bila ditumbuk dengan begitu kuat. Dia cuba membalas, namun Ammar dengan pantas
mengelak dan satu lagi tumbukan lekat pada perut lelaki itu dengan sepenuh
tenaganya membuatkan Datuk Hasyim terbatuk hingga darah merah keluar dari
mulutnya.
“
Kau ingat dia perempuan jenis apa hah? Dasar jantan tak guna isteri dan ada dua
tak cukup lagi ke sampai isteri orang kau nak rembat. Lebih baik kau mati
daripada menyeksa anak dara orang!” tengking Ammar lagi. Satu tumbukan hinggap
lagi di pipi Datuk Hasyim. Darah panas menyirap ke dalam jiwanya. Dia belum
puas melepaskan kemarahan.
Sebaik
sahaja tangan kanannya ingin dihayunkan pada wajah Datuk Hasyim yang berdarah,
tiba- tiba suara Mardiyah yang lemah menghalang perbuatan Ammar.
“
Am…” panggil Mardiyah lemah. Gadis itu terbatuk- batuk kecil. Tubuhnya yang
terbaring di lantai kelihatan begitu tidak berdaya.
Ammar
berpaling. Dengan pantas dia melepaskan badan Datuk Zainal yang lemah longlai
dan mendapatkan Mardiyah yang lemah. Serentak dia menanggalkan kot dan
dibalutnya pada tubuh Mardiyah yang sedikit terdedah. Tudung gadis itu yang
tercampak ke sisi gadis itu, di capai lalu diletakkan ke atas kepala Mardiyah.
Dia sedih melihat keadaan isterinya yang tidak bermaya. Bibir dan hidung gadis
itu kelihatan berdarah membuatkan naluri lelaki Ammar tersentuh.
Dia
memangku kepala Mardiyah yang lemah. Nafas gadis itu tidak teratur membuatkan
Ammar bertambah risau.
“
Diya, bertahan. Aku ada dengan kau. Kau kena kuat Diya jangan tinggalkan aku.”
Bisik Ammar ke telinga Mardiyah.
Namun
nafas Mardiyah semakin lemah. Matanya juga tertutup rapat. Dia semakin tidak
berdaya. Tiada apa yang diingatkan oleh Mardiyah saat ini hanya ALLAH yang
berada di dalam hatinya. Dia tidak kuat dan dia redha jika dia dijemput bertemu
dengan Maha Pencipta hari ini. Perlahan- lahan mata Mardiyah tertutup dan terus
terpejam.
Ammar
menggeleng laju. Dia mengoncangkan bahu Mardiyah kerana dia mahu gadis itu
sedar. Dia tidak mahu gadis itu meninggalkannya di saat hatinya mula menerima
kehadiran gadis itu. Dia tidak sanggup. Tanpa disedari air mata lelaki Ammar
menitis setitik demi setitik bila melihat wajah itu yang dipenuhi luka. Jangan
tinggalkan aku Diya…
“
AM, macam mana keadaan Diya? Dia selamat ke?” tanya Datin Zarina cemas sewaktu
dia mendapatkan Ammar di hospital petang itu. Akhil dan Datuk Zainal hanya
menunggu jawapan daripada Ammar dengan hati yang berdebar- debar.
“
Am tak tahu mama, doktor masih merawat Diya. Am tak dapat nak beritahu mama
apa- apa,,” jawab Ammar lemah. Dia tidak bermaya.
“
Papa tak sangka yang Datuk Hasyim boleh lakukan kerja terkutuk ini pada Diya
padahal dia dah ada ramai isteri, anak perempuannya juga sebaya dengan Diya.
Apa yang dia tak puas lagi.” Datuk Zainal meluahkan rasa kesal. Kepalanya
digelengkan.
“
Datuk Hasyim tu memang keparat! Am tahu dah lama dia cuba mengurat Diya tapi
Diya tak layan. Mungkin dia sakit hati pada Diya disebabkan itulah dia sanggup
menggunakan nama Am untuk memperdayakan Diya supaya datang ke bilik dia. Am
takkan maafkan orang tua tu papa.” Marah Ammar. Penumbuknya dikepalkan.
“
Sabar Am jangan ikutkan rasa marah. Pasal Datuk Hasyim, kamu jangan risau papa
akan uruskan. Sekarang ini kamu perlu doakan supaya Diya selamat.” Ujar Datuk
Zainal sambil menepuk- nepuk bahu anak lelakinya yang sedang duduk bersandar di
kerusi. Wajah Ammar kelihatan kusut. Mungkin juga risau dengan keadaan Mardiyah
yang masih dirawat.
“
Am, kau tak payah risau. Aku dah uruskan Datuk Hasyim dan aku akan pastikan dia
dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia buat pada pekerja kau.” Satu
suara kedengaran menyentakkan semua ada di situ.
Raihan
tersenyum memandang keluarga Ammar yang sedang bermuram durja. Sempat juga dia
bersalaman dengan Datuk Zainal dan Akhil.
“
Ma, pa ini Am kenalkan Inspektor Raihan dari IPD Shah Alam. Dia kawan Am masa
sekolah dulu. Dia yang akan settlekan
hal ini.” Ammar memperkenalkan Raihan kepada ahli keluarganya.
“
Baguslah. Papa juga takkan maafkan perbuatan Datuk Hasyim itu.”
Namun,
perbualan mereka diganggu dengan kemunculan Doktor Syamira yang baharu sahaja
keluar daripada bilik rawatan Mardiyah. Dengan perasaan berdebar- debar mereka
sekeluarga mendapatkan Doktor Syamira.
“
Doktor, macam mana dengan Mardiyah?” tanya Datin Zarina.
“
Awak semua ini ahli keluarga Cik Ainur Mardiyah ke?” tanya Doktor Syamira pula.
Serentak
mereka semua mengangguk.
“
Ainur Mardiyah selamat daripada kemungkinan dirogol cuma dia mengalami cedera
ringan di kepala kerana hentakkan di bahagian itu dan buat masa sekarang ini,
Ainur Mardiyah masih tidak sedarkan diri. Jika dia tidak sedarkan diri dalam
masa 24 jam kami khuatir dia akan koma memandangkan Ainur Mardiyah bagaikan
putus asa untuk bangkit semula. Saya harap datuk dan datin dapat membantu
memulihkan semangat Ainur Mardiyah untuk meneruskan hidup. Saya syak dia
mengalami trauma dan tidak mahu lagi meneruskan hidupnya walaupun dia boleh
berbuat sedemikian.” Terang Doktor Syamira panjang lebar.
Ammar
meraup wajahnya berkali- kali. Dia gembira bila mendengar yang isterinya
selamat tetapi kata- kata terakhir Doktor Syamira membuatkan Ammar risau.
“
Tak ada cara ke untuk pulihkan dia doktor?” Tanya Ammar pula.
Doktor
Syamira tersenyum. cermin matanya dibetulkan sedikit.
“
Kami memang tiada cara untuk memulihkan orang yang koma kerana hanya semangat
si pesakit yang dapat membantu untuk dia bangkit semula selain kita yang sihat
ini harus sentiasa berdoa kepada ALLAH kerana Dialah Pencipta kita.” Ujar
Doktor Syamira menyedarkan Ammar.
“
Saya rasa tiada apa yang perlu saya cakapkan lagi. Kalau ada apa- apa boleh
datang terus jumpa saya. Saya mintak diri dulu.” Ucap Doktor Syamira lantas
berlalu meninggalkan Ammar sekeluarga yang masih berteleku di situ.
“
Abang, Ina nak tengok Diya sekejap.” Pinta Datin Zarina sambil teresak- esak.
Datuk
Zainal mengangguk. Dia memeluk bahu isterinya dan memimpin tangan Datin Zarina
menuju ke bilik Mardiyah diikuti oleh Akhil.
Sementara
itu, Ammar hanya duduk termenung di ruang menunggu. Bukan dia tidak mahu menjenguk
Mardiyah tetapi dia tidak sampai hati untuk melihat keadaan gadis itu. dia rasa
bersalah dengan apa yang terjadi padahal itu bukan salahnya. Tetapi bagi Ammar,
dia banyak melakukan kesalahan pada Mardiyah dan dia bimbang jika isterinya itu
pergi tanpa sempat dia meminta maaf.
“
Aku tahu kau risau Am tapi dengan duduk termenung macam ini, Mardiyah tak boleh
sembuh.” Ujar Raihan lantas melabuhkan duduk di sebelah Ammar.
“
Apa yang harus aku lakukan?” tanya Ammar seperti orang bodoh.
Raihan
tersenyum. Dia pelik kenapa Ammar begitu ambil berat pasal Mardiyah padahal
gadis itu hanya pekerjanya sahaja. Tetapi melihat kepada reaksi Ammar yang
begitu risau dengan keadaan Mardiyah seolah- olah gadis itu mempunyai hubungan
istimewa dengan sahabatnya itu.
“
Seperti apa yang doktor itu cakapkan, kau harus berdoa pada ALLAH agar Mardiyah
selamat dunia dan akhirat. Jika bukan ajalnya, maka dia akan selamat tetapi
jika dah sampai masanya dia akan pergi juga. Apa- apa pun kau kena banyak
berdoa pada ALLAH sebab doa adalah senjata bagi orang mukmin.” Nasihat Raihan.
Ammar
mengeluh. Kata- kata Raihan ada gunanya.
“
Aku tak nak dia tinggalkan aku. Aku banyak buat salah pada dia. Aku menyesal
kerana mengabaikan dia selama ini.” Ujar Ammar tiba- tiba.
Raihan
tersentak. Apa maksud lelaki itu?
“
Apa maksud kau Am?” tanya Raihan pelik.
Ammar
terdiam. Dia sudah terlepas cakap. Walaupun dia tidak menyatakan secara
kasarnya, tetapi dia tahu Raihan pasti sudah mengesyaki sesuatu.
“
Apa hubungan kau dengan Mardiyah, Am. Aku rasa kau dengan dia bukan sekadar
majikan dan pekerja tapi lebih daripada itu. Kau tak nak cerita pada aku ke?”
Tanya Raihan lagi. kali ini kedengaran lebih mendesak.
Ammar
serba salah. Perlukah aku ceritakan semuanya?
BAB 30
RUANG
kamar Mardiyah sunyi sepi pada malam itu. Datuk Zainal dan Datin Zarina sudah
pulang ke rumahnya sejam yang lalu kini tinggal Ammar yang duduk menjaga
Mardiyah yang sedang terbaring lesu di atas katil. Mata gadis itu terpejam
rapat dan pernafasannya hanya di bantu dengan alat pernafasan sahaja. Timbul
simpati di hati Ammar buat si isteri.
Perlahan-
lahan dia mencapai jari- jemari Mardiyah yang runcing lalu dikucup dengan penuh
syahdu. Wajah Mardiyah yang lesu dipandang dengan simpati.
“
Diya, kau kena kuatkan semangat dan jangan putus asa. Aku tahu kau kuat untuk
hadapi semua ini, walaupun kau tak nak bangkit untuk aku tapi cubalah kau sedar
untuk keluarga kau. Mereka masih memerlukan kau dalam hidup mereka. Aku dah call adik- adik kau tadi dan mereka
semua datang nak melawat kau. Takkan kau tak bangun jumpa mereka. Aku rasa ibu
kau pun datang sekali. Bangunlah Diya..” ucap Ammar lembut.
Telapak
tangan Mardiyah yang sejuk digenggam erat. Sesekali dia mengucup tangan itu dan
Ammar dapat rasakan rasa kasih yang semakin mekar untuk gadis itu. Dia tidak
mampu untuk mengelak lagi.
“
Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau, lukakan perasaan kau tapi aku lakukan
semua itu sebab aku rasa apa yang berlaku pada kita ini tak adil pada aku.
Disebabkan itu aku membenci kau tanpa memberi peluang pada diri aku untuk kenal
kau dengan rapat. Tetapi selepas aku kenal kau, aku dapat rasakan yang kau
bukan seperti yang aku fikirkan malah kau jauh lebih baik daripada apa yang
pernah aku cakapkan.
Aku
suka tengok kau bila kau malu- malu sebab itu aku suka menyakat kau. Aku ingat
mama pernah cakap yang kau ini cantik, hati kau cantik. Memang aku menafikan
tetapi dalam hati aku mengaku yang kau memang cantik. Kalau kau dengar apa yang
aku cakapkan ini pasti kau cakap aku gila kan? Tetapi itu kenyataannya Diya.
Aku cuba untuk membenci kau semula tetapi aku tak mampu sebab hanya bayang
wajah kau sering bermain di minda aku. Aku tak tahu apakah maksud semua
perasaan ini. Aku tak ada jawapannya Diya. Aku keliru dengan apa yang aku
rasakan sekarang ni, kalau kau tahu apa maksud semua perasaan ini tolong
bagitahu aku.” Luah Ammar panjang lebar.
Hanya
saat ini dia dapat meluahkan perasaan sebenarnya pada Mardiyah kerana di waktu
lain dia tidak berkesempatan memandangkan waktu untuk dia bertemu dengan
Mardiyah agak terbatas walaupun mereka suami isteri.
Ammar
memejamkan matanya dan berharap saat dia mencelikkan mata, dia dapat melihat
mata isterinya terbuka namun harapannya hampa bila dia membukakan mata, Mardiyah
tetap kaku di situ. Ammar mengeluh berat. Apa yang harus aku lakukan?
“
Kau kena banyak berdoa Am kerana doa adalah senjata orang mukmin.”
Tiba-
tiba kata- kata Raihan terngiang- ngiang di mindanya.
Tanpa
berlengah lagi Ammar menuju ke bilik air lalu mengambil wuduk untuk mengerjakan
solat hajat. Dia mahu isterinya sembuh seperti sediakala.
PERLAHAN-
LAHAN mata Mardiyah terbuka. Dia bangun daripada pembaringan dan mendapati
dirinya berada di satu kawasan lapang yang sangat cantik. Kawasan hijau yang di
penuhi rumput menghijau.
“
Aku kat mana ni?” tanya Mardiyah sendirian.
Matanya
melilau mencari kelibat orang yang boleh dia tanyakan namun tiada sesiapa di
situ membuatkan Mardiyah semakin pelik. Dia bangkit dan meneruskan perjalanan.
Sampai di satu tempat, dia terlihat ada satu pohon yang rendang yang mana di
pohon itu terdapat satu buaian yang cukup indah. Mardiyah tersenyum lantas
menuju ke buaian itu.
“
Diya…” panggil satu suara mengejutkan Mardiyah. Dia berpaling.
“
Ayah?”
Mardiyah
pelik bagaimana ayahnya boleh ada di tempat yang sunyi seperti ini. Rasanya
tiada orang lain selain dia di situ.
Yasir
tersenyum melihat anak gadisnya yang memakai pakaian serba putih itu. dia
gembira kerana dapat bertemu dengan Mardiyah di situ tetapi Yasir tahu tempat
Mardiyah yang sebenarnya bukan di situ.
“
Macam mana ayah boleh sampai kat tempat ni?” Tanya Mardiyah pelik.
“
Sepatutnya ayah yang tanya Diya, macam mana Diya boleh sampai kat tempat ini?
Ini memang tempat ayah.” Ujar Yasir sambil tersenyum.
Mardiyah
masih lagi tercengang namun dengan pantas dia mencapai tangan Yasir untuk
bersalaman namun dia pelik kerana tidak dapat memegang tangan ayahnya. Tangan
itu seolah- olah seperti bayang yang boleh ditembusi.
“
Kenapa Diya tak boleh pegang ayah?” Mardiyah sudah mula teresak.
“
Diya jangan menangis, mungkin belum tiba masanya untuk dia bersama ayah. Tempat
Diya bukan di sini, tempat Diya bersama ibu dan adik- adik. Ayah tak benarkan
Diya berada di sini pergilah Diya balik pada pangkuan suami Diya.” Tutur Yasir
tenang.
Mardiyah
menggelengkan kepala. Dia tidak mahu pergi daripada tempat itu kerana dia rasa
cukup tenang berada di situ apatah lagi ayahnya ada bersama.
“
Diya tak nak balik. Diya nak tinggal dengan ayah kat sini lagipun kalau Diya
balik tiada siapa yang sayangkan Diya. Ibu dah tak nak terima Diya, Am pun tak
pernah nak terima Diya sebagai isterinya. Biarlah Diya tinggal kat sini ayah.
Diya tenang kat sini.” Balas Mardiyah penuh berharap.
Yasir
menggelengkan kepala tidak bersetuju dengan kata- kata anak gadisnya itu.
“
Ini bukan tempat kamu Diya. Belum tiba masanya untuk kamu tinggal di sini.
Pulanglah kamu pada keluarga kamu yang masih memerlukan. Pulanglah sayang…”
pujuk Yasir.
“
Diya tak nak ayah. Diya nak tinggal dengan ayah. Diya rindu ayah.” Ucap Mardiyah
masih lagi berkeras.
“
Tak boleh Diya. Kebahagiaan sedang menanti kamu di sana pergilah kamu
mengapainya dan jangan sesekali melepaskan kebahagiaan itu anakku.” Balas
Yasir. Dia mengelus ubun- ubun Mardiyah. Dia tersenyum manis
“
Tiada erti kebahagiaan kalau ayah tak ada bersama Diya. Diya rela korbankan
hidup Diya asalkan dapat hidup bersama- sama ayah.” Ucap Mardiyah.
Tangisan
Mardiyah mula kedengaran. Teresak- esak dia menangis bila melihat ayahnya sudah
mengatur langkah untuk meninggalkan dirinya. Mardiyah mula terasa cemas. Dia
tidak mahu kehilangan ayanhnya sekali lagi.
“
Kamu tak boleh menentang kehendak takdir Diya, apa yang berlaku pada ayah sudah
ditetapkan. Kita dah tak boleh nak hidup satu keluarga lagi seperti dulu sebab
ayah bukan lagi seperti kamu. Ayah hanya dapat melihat kamu daripada jauh
sahaja dan ayah akan sentiasa berdoa pada ALLAH agar kamu sentiasa dilindungi.
Satu sahaja pesan ayah, bukalah pintu hati kamu untuk menerima cinta daripada
lelaki yang benar- benar sayang pada kamu kerana di situ kamu akan temui
kebahagiaan tapi ingat jangan tersalah menilai kebaikan dan cinta yang
diberikan kepada kamu.” Nasihat Yasir lantas berlalu.
Mardiyah
tercengang. Dia mati akal untuk menghalang ayahnya yang semakin menjauh. Dia
cuba memanggil namun suaranya tidak terkeluar. Tiba- tiba dia terdengar suara
mengalunkan ayat- ayat suci. Dia berlari menuju ke arah suara yang tidak tahu
di mana puncanya. Dia rasakan itu adalah suara ayahnya tetapi suara itu
kedengaran lembut dan menenangkan.
“
Ayah!” panggil Mardiyah.
Namun
tiada jawapan. Dia bersendirian di tempat yang lapang itu. dia memandang ke
kiri dan kanan namun tiada sesiapa yang menyahut panggilannya hanya kedengaran
suara yang lembut mengalunkan ayat- ayat suci al- Quran.
“
Pulanglah Diya kamu kepada yang sepatutnya. Dia sedang menunggu kamu.
Pulanglah.” Suara Yasir bergema.
Mardiyah
sudah mula berpeluh bila mendengar suara ayahnya itu. dia makin tertekan.
Manakala suara itu semakin kuat kedengaran. Mardiyah tidak tahan dan akhirnya……
“
AYAH!!” jerit Mardiyah lantas matanya
yang terpejam kini sudah terbuka.
Ammar
yang sedang khusyuk membaca surah Yassin terhenti bila mendengar jeritan
daripada mulut Mardiyah. Dengan pantas dia mendapatkan Mardiyah yang sedang
terbaring di atas katil. Gadis itu kelihatan kebingungan seperti baharu
dikejutkan dari mimpi yang panjang.
“
Alhamdulillah Diya kau dah sedar.” Ucap Ammar gembira. Dia duduk di sisi
Mardiyah sambil tersenyum gembira. Ternyata doanya di makbulkan oleh ALLAH.
“
Saya di mana sekarang?” tanya Mardiyah bingung.
“
Kau ada kat hospital. Segalanya sudah selamat.” Balas Ammar.
Mardiyah
memegang kepalanya yang berdenyut. Dia cuba mengingat apa yang terjadi padanya
sehingga dia boleh sampai ke hospital. Tiba- tiba wajah Datuk Hasyim yang sedang tersengih terlayar ke fikirannya. Dia
teringat yang lelaki tua itu cuba mencabul kehormatannya. Serentak air mata
Mardiyah berlinang. Dia memandang ke kiri dan kanan, takut- takut lelaki tua
itu ada bersama dia sekarang ini.
“
Datuk tu cuba buat benda yang tak senonoh pada saya…saya takut..” adu Mardiyah.
Dengan
bersusah payah dia bangun dan memeluk lututnya. Dia benar- benar ketakutan.
“
Diya kau jangan fikir apa- apa, sekarang kau berehat..”
“
Tak..saya memang tak suka dia. Saya dah tolak dia baik- baik tapi dia tetap nak
balas dendam pada saya. Apa salah saya pada dia? Saya memang tak dapat terima
dia tapi dia paksa saya.” Rintih Mardiyah lagi. dia menangis.
Ammar
mengetap bibir. Dia yakin pasti Mardiyah masih lagi tertekan dengan apa yang
terjadi. Ini semua Datuk Hasyim punya pasal kalau tidak pasti isterinya tidak
akan jadi seperti ini.
“
Cukuplah tu Diya, aku tahu kau tak bersalah..”
“
Tak. Awak tak tahu. Saya ingat awak yang minta saya ke bilik itu tetapi rupa-
rupanya dia nak perangkap saya. Kalaulah saya tahu, saya takkan pergi. Pasti
awak jijik tengok saya kan lepas apa yang berlaku pada diri saya ni. Tapi tak apa
saya tak salahkan awak dah memang nasib saya begini…” ujar Mardiyah sayu.
Kali
ini dia menekup mukanya ke lutut. Dia menangis teresak- esak mengenangkan
peristiwa pahit yang berlaku pada dirinya. Dia dapat rasakan yang dirinya
kotor.
Ammar
sebak, dengan perlahan- lahan dia menghampiri Mardiyah yang sedang terhinjut-
hinjut menahan tangisan yang semakin kuat. Dia juga turut sebak melihat keadaan
Mardiyah yang tidak bermaya itu. Timbul rasa simpati yang mendalam buat gadis
malang itu. Dengan lembut, Ammar mencapai tangan isterinya namun dengan pantas
tangannya ditepis oleh Mardiyah. Ammar tersentak.
“
Jangan sentuh saya!” marah Mardiyah. Wajahnya bertukar menjadi garang. Melotot
dia memandang Ammar yang kebingungan.
“
Ini aku, Diya…bukan Datuk Hasyim.” Ujar Ammar memujuk. Dia mendekati Mardiyah.
Ternyata
Mardiyah seperti tidak kenal dengan Ammar. Dia menepis tangan lelaki itu dengan
sekuat tenaganya yang tidak seberapa. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun
menyentuh dirinya termasuk lelaki di hadapannya itu.
“
Bawak mengucap Diya, ingat ALLAH. Cuba kau sedarkan diri kau tu, jangan biarkan
peristiwa itu menganggu fikiran kau.” Ucap Ammar cuba menyedarkan Mardiyah yang
separuh sedar itu.
“
Saya tahu lelaki seperti awak hanya mahu mengambil kesempatan pada diri saya saja.
Saya benci awak, saya benci lelaki!” jerit Mardiyah tiba- tiba.
“
Astaghfirullah-al-azim, Diya…mengucap sayang…” pujuk Ammar. Tanpa disedari
perkataan yang selama ini tersekat di kerongkong akhirnya keluar juga untuk
gadis itu. Ammar terkesima sendiri.
Mardiyah
terdiam sebentar. Dia terpana dengan apa yang diucapkan Ammar. Sayang? Lelaki
itu tidak pernah berbicara selembut itu dengannya tapi kali ini buat pertama
kalinya dia mendengar perkataan itu ditujukan untuk dia.
Ammar
kelu untuk menyambung kata. Macam manalah aku boleh terlepas cakap? Dia
tertanya sendirian. Perlahan- lahan dia mengangkat muka memandang wajah
Mardiyah yang sugul. Gadis itu masih lagi menangis membuatkan Ammar jadi
bimbang. Mungkin juga isterinya itu masih lagi trauma dengan apa yang berlaku.
Dengan
lembut Ammar memegang kedua belah bahu Mardiyah yang sedang menangis. Bila
tiada balasan daripada Mardiyah, Ammar memaut dagu isterinya dengan lembut. Dia
tidak mahu menyakiti isterinya itu.
Mardiyah
tidak dapat lagi membendung kesedihan yang dirasakan saat ini lalu dengan
pantas dia memeluk tubuh Ammar dengan kejap. Dia menghamburkan segala kesedihan
dan kekecewaannya di dada bidang itu. Dia sudah tidak peduli tentang reaksi
Ammar yang terkejut dengan tindakannya yang luar kawalan cuma apa yang dia tahu
dia perlukan seseorang untuk melepaskan tangisannya.
Ammar
sedikit terpana namun akhirnya dia turut membalas pelukan Mardiyah bila dia
rasakan Mardiyah betul- betul tertekan saat itu. Belakang tubuh isterinya
digosok dengan lembut berharap agar gadis itu mendapat ketenangan.
“
Semuanya akan pulih Diya. Aku akan jaga kau, tak perlu kau takut lagi. Aku ada
untuk kau.” Bisik Ammar di telinga Mardiyah yang ditutupi dengan kain tudung.
“
Takkan selamanya awak mahu menjaga saya. Saya bukan perempuan yang baik untuk
awak, Apa yang sering awak cakapkan pada saya sudah pun terjadi. Saya perempuan
kotor, tak ada siapa yang mahukan saya lagi. lebih baik saya mati saja.” Ucap
Mardiyah bersama tangisan yang panjang.
“
Astaghfirullah-al-azim. Istighfar Diya, kau masih suci. Tak ada apa- apa yang
berlaku kepada kau pada masa itu. Kau selamat.” Tutur Ammar lagi. dia
mengeratkan lagi pelukan terhadap isterinya.
Mardiyah
menggeleng.
“
Awak tipu. Awak cuma nak ambil hati saya kan? Saya tahu awak jijik tengok saya
kan?” ujar Mardiyah sambil menolak tubuh Ammar. Air mata yang asyik merembes
keluar di sapu dengan telapak tangan.
Ammar
menggeleng laju. Dia tidak pernah merasa begitu terhadap Mardiyah sebaliknya
dia merasa menyesal kerana telah menghina maruah gadis itu. lantas, dia kembali
meraih Mardiyah kedalam pelukannya. Dia mahu gadis itu berasa selamat dan
ternyata Mardiyah tidak menolak bila Ammar kembali memeluknya sebaliknya dia
dapat rasakan ketenangan menyapa hatinya.
“
Percayalah pada aku Diya, kau masih suci. Doktor dah sahkan yang kau selamat
daripada disyaki dirogol. Kau selamat.” Ucap Ammar lembut. Kepala Mardiyah
diusap perlahan- lahan.
Mardiyah
terdiam. Sedikit sebanyak kata- kata Ammar melegakan hatinya. Dia menangis lagi
dan mengucapkan rasa syukur pada ALLAH kerana masih memelihara maruahnya
daripada tercalar. Dia rasa hidupnya kembali bermakna dan bercahaya. Pantas,
dia meletakkan kepalanya di bahu Ammar dan tidak sampai seminit pun mata
Mardiyah terpejam rapat. Dia terlena di bahu itu akibat keletihan.
Ammar
terasa hangat hembusan nafas isterinya yang lembut menampar pipi membuatkan
hatinya berasa tenang. Namun dia pelik kerana tangisan Mardiyah sudah tidak
kedengaran. Perlahan- lahan dia menolak sedikit tubuh genit milik Mardiyah dan
mengintai wajah Mardiyah yang sedang terpejam rapat. Dia tersenyum kecil. Laa..
tidur rupa- rupanya. Bisik hatinya.
Lantas, dengan berhati- hati Ammar
membaringkan tubuh itu ke katil semula. Kepala gadis itu diletakkan di atas
bantal lalu dia mengambil selimut dan menyelimuti seluruh tubuh itu. Lama Ammar
merenung wajah yang semakin mendapat tempat di hatinya itu. Dia tersenyum manis
dan perlahan- lahan Ammar menghampiri wajah manis Mardiyah. ditenung dengan
penuh perasaan yang indah.
Pantas
tanpa amaran bibirnya mengucup dahi Mardiyah dengan penuh syahdu. Kemudian
kucupannya beralih pada kedua belah pipi milik gadis itu. Ammar tersenyum lagi.
Rasa bahagia mula menular ke dalam hatinya yang dahulu tidak pernah terisi
dengan perasaan itu walhal selama ini dia sudah mempunyai kekasih tetapi
perasaannya pada Mardiyah kali ini agak berlainan. Tetapi dia masih tercari-
cari apa erti perasaan itu.
Kemudian
mata Ammar terhenti pada bibir Mardiyah yang merah merekah. Dia teringin untuk
mengucup bibir itu namun perbuatannya terhenti dengan sendirinya. Dia pasti
jika Mardiyah tahu perbuatannya sekarang ini pasti gadis itu mengamuk sakan.
Disebabkan itu dia tidak jadi meneruskan niatnya itu walaupun hatinya meronta-
ronta. Akhirnya, sekali lagi dia mengucup dahi Mardiyah buat kali terakhir.
Saat itu dia rasakan gadis itu adalah milik dia sepenuhnya. Ya ALLAH apakah
erti semua perasaan ini?
Tanpa
Ammar sedar, perlakuan dia terhadap Mardiyah telah diperhatikan oleh seseorang
dengan perasaan yang berbaur. Namun
orang itu hanya mendiamkan diri dan sanggup menjadi pemerhati dari jauh sahaja.
owh...sangatlah romantik...hahaha...padan muka ammar..kan dah fall in love dekat diya..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBoleh tak kalau postkan lagi bab 31 dan seterusnya.
TQ
Plz postkn bab strusnye...
ReplyDeleteTgh mcari novel ni...tp da abis...huhu
ReplyDeleteromantik sangat beruntung aku kalau
ReplyDeletejadi mardiyah
woaahhh!!!! sy sememangnya dh jatuh cinta ngn cerita ni!!!! btw..terima kasih sbb post!! terima kasih bebanyak!! waahh! sy akn pastikn yg sy beli novel ni!!! hmm!!!
ReplyDelete