SYED
ARYAN menekup wajahnya dengan telapak tangan kerana dia berharap dengan cara
itu dia dapat menghilangkan bayang wajah seorang gadis manis yang kerap
menganggu kerjanya. Namun, semakin dia memejamkan mata semakin berlumba- lumba
figura gadis itu melayang ke ruang mata dan ruang fikiran membuatkan Syed Aryan
resah dan gelisah.
Dia
membuka mata dengan luas dan melepaskan pandangan pada siling pejabatnya.
Kelihatan wajah itu sedang tersenyum manis dan mengenyitkan mata padanya. Syed
Aryan tersentak dan menggelengkan kepala. Apa kena dengan aku ni? Dia meraup
rambutnya ke belakang.
Syed
Aryan kembali menatap skrin komputer, dia cuba untuk membuat kerjanya tetapi
dia ternampak gadis itu melirik manja ke arahnya dan melemparkan ‘flying kiss’ padanya. Syed Aryan
menggigit bibir. Dia menutup komputer ribanya. Ya ALLAH apa yang terjadi pada
aku ni? Kenapa aku tak dapat lupakan dia walaupun sesaat? Rintih hati kecil
Syed Aryan.
Bunyi
ketukan di pintu mengejutkan Syed Aryan. Dia mengangkat kepala menanti pintu
biliknya terkuak. Terjengul wajah Fira dari sebalik pintu. Syed Aryan
memerhatikan penampilan Fira yang agak berlainan hari ini. Gadis itu memakai
baju kurung dan bertudung. Sejak bila Fira bertudung? Sekejap, tapi wajah itu
saling tak tumpah seperti gadis yang bermain di fikiran Syed Aryan ketika ini.
Takkan dia boleh berada di sini!
Syed
Aryan menggosok matanya buat beberapa kali. Tetapi figura gadis itu masih
berada di hadapannya sambil tersenyum manis. Jantung Syed Aryan berdebar tidak
menentu.
“
Fiya….” Terpacul nama itu daripada mulut Syed Aryan.
“
Tuan, siapa pula Fiya tu?”
Bunyi
gemersik suara itu mengejutkan Syed Aryan daripada dunia khayalannya. Wajah
Wafiya hilang di bawa angin lalu digantikan dengan wajah pelik Fira. Syed Aryan
menepuk dahi. Aku ni dah angau agaknya. Bisik hatinya.
“
Tak ada apa- apalah. Awak salah dengar agaknya. Ni sejak bila awak pakai tudung
dengan baju kurung ni. Selama ni tak pernah pun saya tengok awak pakai macam
ni,” tegur Syed Aryan bagi menutup debaran yang merajai hatinya ketika ini.
“
Alah, tuan ni baru hari ini saya start pakai tudung. Saya rasa dah sampai
masanya saya kembali pada fitrah saya. Saya dah insaf. Saya takut dengan azab
ALLAH bagi perempuan yang tak menutup aurat. Saya harap tuan tak marah saya
pakai macam ni,” ujar Fira. Ada cahaya keinsafan di sebalik matanya yang redup
itu.
Syed
Aryan tersenyum. “ Alhamdulillah kalau awak dah insaf. Buat apa saya nak marah
kalau awak nak berubah ke arah kebaikan. Sepatutnya gadis cantik macam awak ni
tak patut mendedahkan kecantikan pada lelaki- lelaki yang belum pasti jadi
suami awak sebaiknya awak simpan kecantikan awak tu pada yang berhak,” nasihat
Syed Aryan.
Fira
tersenyum gembira. Kata- kata Syed Aryan menyentuh hati wanitanya. Nasib
baiklah kau bos aku dan aku masih sedar diri kalau tidak dah lama aku pinang
kau Syed Aryan Haidar. Hai, bertuahnya Cik Kyra dapat kekasih yang baik, kacak
dan boleh tahan alimnya ni. Tapi aku rasa macam Cik Kyra tak layak pula untuk
lelaki sebaik Syed Aryan ni. Fira bermonolog sendirian.
“
Terima kasih tuan. Saya akan ingat pesanan tuan tu,”
“
Hah, ada apa awak masuk bilik saya ni?” soal Syed Aryan sambil menatap wajah
Fira yang cantik. Bila ditenung lama wajah Fira, dia seakan ternampak wajah
Wafiya membuatkan Syed Aryan kembali menunduk.
Fira
menepuk dahi. Akibat berborak dengan Syed Aryan dia hampir terlupa tujuan asal
dia masuk ke bilik Syed Aryan.
“
Hampir saya terlupa. Meeting untuk
setiap jabatan yang tuan minta saya arrangekan
dah siap. Mereka semua sudah tunggu tuan di bilik mesyuarat,” beritahu Fira.
“
Meeting antara jabatan?” Dahi Syed
Aryan berkerut. Cuba mengingati jadual dia untuk hari ini. Tetapi dalam
fikirannya kosong. Hanya wajah Wafiya yang berlegar- legar membuatkan Syed
Aryan lemas.
“
Tuan dah lupa ke? Baharu semalam tuan minta saya aturkan mesyuarat dengan
setiap ketua jabatan untuk mengetahui perkembangan untuk semua jabatan. Mereka
sedang menunggu tuan,” terang Fira. Dia sedikit pelik dengan sikap Syed Aryan
hari ini. Belum pernah bosnya itu lupa dengan setiap temujanji.
Syed
Aryan mengeluh. Bukan lupa tetapi dia tidak dapat ingat benda lain selain
Wafiya. Hebat betul penangan gadis itu pada dirinya. Hampir dia tenggelam dalam
dunia khayalan dek kerana terbayangkan wajah gadis itu.
“
Baiklah, awak tunggu saya di bilik mesyuarat. Lima minit lagi saya sampai,”
jawab Syed Aryan.
“
Baik tuan,”
SEMUA
yang berada di dalam bilik mesyuarat itu bangun saat Syed Aryan melangkah
masuk. Semua mata terarah pada Syed Aryan yang sedang tersenyum manis. Dia
melabuhkan punggung di hujung meja.
“
Assalamualaikum semua,” ucap Syed Aryan ramah.
Kedengaran
para hadirin menjawab dengan perlahan. Syed Aryan memandang wajah kakitangannya
yang hadir satu persatu. Kemudian dia mengalihkan pandangan pada Fira.
“
Fiya mana fail laporan yang saya minta tadi?” pinta Syed Aryan tanpa sedar dia
sudah tersasul.
“
Saya Fira lah tuan bukan Fiya,” bisik Fira sambil memuncungkan mulutnya. Hari
ini sudah dua kali bosnya itu memanggil dia Fiya. Siapa Fiya tu? Girlfriend baru agaknya. Fikir Fira.
Syed
Aryan tersengih malu. Dia menggosok- gosok hidungnya bagi menutup malu.
“
Saya tersasul. Tak sengaja. Baiklah kita akan mulakan mesyuarat sekarang,” ucap
Syed Aryan.
Dia
hanya mendengar apa yang dibentangkan oleh setiap Ketua Jabatan di syarikatnya.
Namun, saat Cik Huzaifah berdiri untuk melaporkan perkara yang berlaku dalam
Jabatan Pemasaran, fokus Syed Aryan hilang kerana dia melihat Wafiya yang
berdiri di situ bukannya Cik Huzaifah. Syed Aryan memisat- misatkan matanya.
Bagaikan tidak percaya namun Wafiya masih berdiri di situ.
Syed
Aryan memandang ke tempat lain. Dia melihat Encik Bakar sedang berkata sesuatu
padanya.
“
Tuan dah jatuh cinta. Tuan dah tewas. Tuan dah terperangkap dalam jerat yang
tuan lakukan. Terimalah kenyataan tuan!” Encik Bakar berkata sambil tersenyum
sinis.
Syed
Aryan menelan air liur. Peluh mula membasahi dahinya. Dia tidak senang duduk.
Tak mungkin semudah itu dia jatuh cinta.Bukankah dia sudah mempunyai cinta
hatinya iaitu Sharifah Akyra?
“
Tuan jangan gunakan Sharifah Akyra untuk tuan lari daripada hakikat. Hakikat
yang tuan sudah jatuh cinta pada Fiya. Isteri tuan sendiri. Ingat apa yang tuan
sudah lakukan pada Fiya semalam di kolam renang?” Cik Huzaifah bertanya.
Syed
Aryan gelisah. Kolam renang? Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Terlayar
jelas di matanya apa yang berlaku semalam. Saat dia mencium gadis itu buat
pertama kali dalam hidupnya selepas mereka bergelar suami isteri. Syed Aryan
menggigit bibir. Salahkah apa yang aku lakukan semalam?
“
Memang tak salah tetapi tuan telah berjanji dengan Sharifah Akyra. Tuan sudah
lupa? Janji yang tuan akan memberikan ciuman pertama pada gadis yang benar-
benar tuan cintai. Tengok apa dah jadi sekarang. Tuan dah mungkir janji pada
Sharifah Akyra. Tuan dan jatuh cinta pada Wafiya. Mengaku jelah tuan,” sampuk
Fira.
Syed
Aryan menekup kedua belah telinganya. Dia mendengar semua orang yang berada di
dalam bilik mesyuarat ini ketawakan dirinya seolah- olah dirinya melakukan
perkara yang bodoh. Syed Aryan menggelengkan kepala. Dia tidak sanggup lagi.
“
Tuan, tuan okey ke tak ni?” suara Fira mengejutkan Syed Aryan. Dia tersedar.
Syed
Aryan mengangkat muka. Semua mata memandang ke arahnya dengan penuh tanda
tanya. Cik Huzaifah yang berdiri turut memandangnya pelik.
“
Tuan tidak apa- apa ke? Boleh saya teruskan?” soal Cik Huzaifah lembut.
Syed
Aryan menarik nafas panjang. Dia cuba untuk menenangkan dirinya yang tidak
tenteram. Fikirannya berkecamuk. Bermacam- macam perkara bermain di fikirannya
saat ini. Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja.
“
Saya rasa meeting kita sampai di sini
saja. Saya sakit kepala. Meeting ini
akan ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Saya minta maaf. Meeting dismiss.” Arah Syed Aryan.
Dia
bingkas bangun meninggalkan bilik mesyuarat yang terasa panas walaupun berhawa
dingin. Dia perlu lakukan sesuatu untuk mententeramkan hati dan perasaannya
ini. Ya, dia perlukan jawapan untuk apa yang berlaku.
Best citer ni..x sbr tggu next n3.. :) [aisyah]
ReplyDeletebila smbungn . saya da x sbar nk bace .
ReplyDeleteada next entry x..??best r...
ReplyDeleteble nk publish buku ni?
ReplyDelete