TAN Sri Syed Umar
terjaga daripada tidur singkatnya. Dia meraup muka berkali- kali. Kenangan
semalam kembali bertamu di fikirannya. Kenapa agaknya? Adakah ini satu
petunjuk? Tan Sri Syed Umar tertanya- tanya. Tidurnya sering dihantui dengan
janji- janji yang terlafaz bersama dengan Soleha, wanita pertama dan terakhir
yang dicintai.
Namun, perkara itu
sudah bertahun berlalu mungkin Soleha sudah berumahtangga dan mempunyai ramai
anak. Sejak mereka bertemu buat kali terakhir di Pantai Selamat 30 tahun yang
lalu, Tan Sri Syed Umar tidak pernah lagi mendengar berita tentang Solehah.
Hatinya begitu merindui
Solehah walaupun sekarang dia sudah mempunyai isteri dan anak. Rindu kepada
kekasih lama mengatasi rasa cinta pada isterinya Sharifah Mastura, wanita pilihan
mamanya.
Lamunan Tan Sri Syed
Umar terganggu dengan bunyi ketukan di muka pintu. Serentak kepalanya tegak
semula.
“Masuk!” Arah Tan Sri
Syed Umar.
Kelihatan pintu terkuak
dan muncul seorang lelaki berbadan sasa menuju ke arah Tan Sri Syed Umar yang
sedang duduk di kerusi empuknya.
“Jemput duduk, Muzamil.”
Pelawa Tan Sri Syed Umar bersama senyuman.
Muzamil hanya tersenyum
dan melabuhkan duduknya di hadapan Tan Sri Syed Umar. Wajah ayah angkat
kesayangannya dipandang. Ada garis sendu di wajah itu. Kenapa agaknya?
“Kenapa ayah panggil
Amil ni?” Tanya Muzamil lembut.
“Ayah ingat nak Amil
buatkan wasiat untuk ayah. Ayah takut tak sempat nanti.”
“Apa yang ayah cakap
ni? Ayahkan masih sihat. Masih handsome
lagi.” Gurau Muzamil.
Tan Sri Syed Umar
tergelak kecil mendengar kata- kata anak angkatnya itu. Muzamil adalah anak kepada
pemandunya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun
yang lalu. Emak Muzamil pula telah meninggal dunia sewaktu melahirkan Muzamil
ke dunia. Oleh itu Tan Sri Syed Umar mengambil keputusan untuk mengambil
Muzamil sebagai anak angkatnya.
“Kalau Allah nak ambil,
Dia tak kira sama ada sihat atau tidak, Mil. Lagipun ayah memang bercadang nak
buat wasiat supaya nanti tak ada yang berebutkan harta ayah.” Ujar Tan Sri Syed
Umar.
Dia tersenyum hambar
kerana tiada siapa tahu dia mengidap penyakit jantung sejak beberapa tahun yang
lalu. Hal itu disembunyikan daripada anaknya mahupun isterinya. Penyakit yang
telah merebak itu membuatkan nyawa Tan Sri Syed Umar bagaikan di hujung tanduk
kerana bila- bila masa sahaja dia akan kembali menemui Sang Pencipta.
Muzamil terdiam. Kalau
itu yang ayahnya mahukan takkan dia ingin menghalang. Memandangkan dia adalah
peguam keluarga Tan Sri Syed Umar maka sudah menjadi tanggungjawabnya untuk
mengikuti arahan Tan Sri Syed Umar. Tetapi ada sesuatu yang masih membelenggu
fikiran Muzamil.
“Tapi dulu ayah ada
bagitahu selagi ayah tak jumpa dengan bekas kekasih ayah tu, ayah takkan buat
wasiat. Macam mana ayah dah jumpa dengan dia ke?” Soal Muzamil cuba merungkai
persoalan yang bermain di benaknya selama ini.
Tan Sri Syed Umar
mengeluh. Itu yang sering menganggu fikirannya saat ini. Entah mengapa wajah
Soleha kerap bermain di fikirannya sekarang ini.
“Belum lagi. Ayah tak
tahu nak cari dia dekat mana. Ayah dah pernah pergi dekat kampung lama tapi
ramai yang cakap dia dah berpindah ikut suami barunya. Sekarang ini ayah buntu
nak cari dia dekat mana.” Luah Tan Sri Syed Umar.
Hanya Muzamil yang tahu
tentang kisah Soleha dan janji yang pernah dia buat dengan Soleha dahulu kerana
hanya Muzamil yang memahami isi hatinya yang begitu rindukan Soleha.
“Ayah tak cuba tanya
orang kampung ke mana tahu mereka tahu Mak Cik Soleha itu ada dekat mana.”
“Ayah dah tanya dah
mereka cakap Mak Cik Soleha berpindah ke Kuantan tetapi Kuantan tu besar. Mana
ayah nak cari dia, Mil.” Keluh Tan Sri Syed Umar.
Muzamil terdiam
sejenak.
“Ayah jangan risau. Mil
aku tolong ayah cari Mak Cik Soleha. Mil nak jugak tengok wanita yang mampu
buat ayah Mil jadi begini. Mama Mastura tahu tentang hal ini ayah?” Tanya
Muzamil.
Tan Sri Syed Umar
mengelengkan kepala.
“Dia tak tahu dan ayah
nak Mil rahsiakan hal ini dari pengetahuan Mama Mastura.” Pinta Tan Sri Syed
Umar. Muzamil mengangguk.
Bagi Muzamil Tan Sri Syed
Umar adalah seorang lelaki yang berjiwa kental. Walaupun dia telah menjadi
seorang lelaki yang berjaya tetapi tiada siapa tahu gejolak hatinya di dalam.
Pada Muzamil tempat Tan Sri Syed Umar meluahkan perasaannya yang tidak dapat
diceritakan pada isterinya.
Oleh itu, Muzamil
merasakan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari Soleha untuk Tan Sri
Syed Umar. Walaupun tidak dapat bersatu dalam sebuah ikatan, cukuplah mereka
bertemu untuk menyambung janji lama yang telah terpatri.
PUAN Sri Sharifah Mastura
tersenyum pada suaminya saat dia melangkah masuk ke dalam kamar mereka. Puan
Sri Sharifah Mastura tahu dia telah melakukan kesalahan kerana pulang lewat ke
rumah. Pasti dia marah lagi. Desis hati Puan Sri Sharifah Mastura.
“You ke mana malam-
malam buta baru balik?” Tanya Tan Sri Syed Umar tegas. Buku Tafsir al- Quran
diletakkan di atas meja sisi. Figura isterinya yang baharu melangkah masuk ke
dalam bilik direnung tajam.
“I baru balik dari
rumah Lily, hari ini dia sambut birthday
anak dia. Tak salah kalau I pergi untuk meraikannya.” Jawab Puan Sri Sharifah
Mastura tergagap- gagap.
Tan Sri Syed Umar
bengang. Pergi ke parti apanya kalau tiap- tiap hari balik lewat. Kadang-
kadang Tan Sri Syed Umar merasa menyesal kerana sanggup menerima Puan Sri
Sharifah Mastura menjadi isterinya. Wanita itu tidak pernah menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah. Sering sahaja perintah dan
teguran Tan Sri Syed Umar dibantah. Namun, masa tidak dapat diundurkan kembali.
Segalanya telah tersurat di atas sana dan Tan Sri Syed Umar menerima dengan
redha.
“Tiap- tiap hari you
cakap benda sama. Pergi parti, pergi dinner
dengan kawan , pergi spa. Takkan semuanya sampai lewat malam. You sedar tak
yang you tu isteri I. Takkan I nak tunggu you balik rumah tiap- tiap hari. Cuba
bertanggungjawab sikit, Mas!” Tan Sri Syed Umar mula melenting. Dia bangkit
daripada duduknya dan menghampiri isterinya.
Puan Sri Sharifah
Mastura merengus. Dia bosan dengan sikap suaminya yang suka mengongkong. Dia
ingin bebas seperti anak muda lain. Dia ingin menikmati dunia ini sebelum dia
menghembuskan nafas terakhir. Bukankah dunia ini diciptakan untuk berseronok?
“I bosanlah duduk
terperap je dekat rumah. Bila you
pergi kerja I tinggal sorang dengan Mak Milah tu. Anak kita bukannya ada dekat
sini. Kalau dia ada boleh I hilangkan bosan I.” Balas Puan Sri Sharifah
Mastura.
Dengan selamba Puan Sri
Sharifah Mastura duduk di bangku meja solek. Dia menanggalkan segala barang
kemas yang tersangkut di leher dan telinganya. Lama dia memerhatikan wajahnya
di cermin. Masih cantik walaupun usianya sudah melebihi 40 tahun.
“You jangan nak bagi
alasan lapuklah Mas. Kalau anak kita ada dekat rumah ni pun, you tetap balik
lewat. Apa dah jadi dengan you Mas. Hormat sikit I ni sebagai suami you. Ini
tak semua cakap I you nak bantah. Tengok cara you berpakaian, bersolek. You
buat semua ini untuk siapa Mas? Cuba bagitahu I?” Soal Tan Sri Syed Umar lagi.
Wajahnya kelihatan
tegang. Dia benar- benar putus harapan untuk mengubah isterinya menjadi wanita
yang solehah. Pendampingnya di syurga kelak. Puan Sri Sharifah Mastura sukar
untuk dinasihati malah kata- kata Tan Sri Syed Umar disangkal keras. Bukan Tan
Sri Syed Umar tidak bertegas, tetapi hati wanita itu terlalu keras untuk
menerima hidyah Yang Maha Kuasa.
“I buat ini semua untuk
you. You tak bangga ke kalau kawan- kawan you puji you ada isteri yang cantik
macam I ni. Walaupun I dah berusia tapi kecantikan I tetap kekal tau. Nanti you
jugak yang dapat nama.” Jawab Puan
Sri Sharifah Mastura mendabik dada dengan kecantikkan yang dianugerahkan
kepadanya.
“I tak perlukan
kecantikan, Mas. I hanya perlukan seorang isteri yang solehah yang dapat
menjadi pendamping I di syurga nanti. Kecantikan akan hilang bila jasad dan di
mamah bumi nanti tapi amal dan pahala tidak akan luput walaupun bumi ini
terpecah sekali pun. I harap sangat pada you Mas, berubahlah. Kita makin tua,
anak kita dah besar panjang you tak malu ke pada dia?”ujar Tan Sri Syed Umar
terkilan. Nada suaranya mendatar.
Memang Tan Sri Syed
Umar mengakui yang isterinya seorang wanita yang cantik dan hebat malahan
kecantikannya tidak dimamah usia. Tetapi bukan itu yang Tan Sri Syed Umar
mahukan. Dia mahu Puan Sri Sharifah Mastura menjadi wanita yang muslimah
menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri dan hamba Allah dengan sempurna.
Puan Sri Sharifah
Mastura mendengus benci. Nak ceramah akulah tu. Bosan betul! Jerit hati Puan
Sri Sharifah Mastura. Lantas dia menghempas sikat yang ke atas meja solek.
Tuala yang tersidai di capai dan tanpa mempedulikan suaminya, Puan Sri Sharifah
Mastura berlalu ke bilik air dengan wajah yang bengang.
Tan Sri Syed Umar
mengeluh hampa. Reaksi yang sudah dijangkakan daripada Puan Sri Sharifah
Mastura bila dia membangkitkan isu yang sama. Tan Sri Syed Umar meraup wajahnya
berkali- kali.
‘Ya Allah, bantulah aku
dalam menghadapi ujian yang kau kirimkan melalui wanita yang kau berikan
kepadaku. Mudah- mudahan aku dapat memperoleh hikmah daripada ujian ini.’ Desis
hati Tan Sri Syed Umar.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.