SEMENTARA STOK MASIH ADA!
TAJUK: REBAH DI TIRAI CINTA
ISBN : 978-967-14053-0-7
HARGA:
SEM. MALAYSIA: RM 36
SABAH / SARAWAK: RM 42
***harga termasuk postage***
CARA TEMPAHAN: email: mujahidah_khadijah25@yahoo.com
facebook : Novelis Siti Khadijah
SMS/ Whatsapp: 0199700358
SMS/ Whatsapp: 0199700358
SINOPSIS:
AKIBAT
kecewa pada cinta yang tidak kesampaian,
Indra Syahid mengambil keputusan
untuk berhijrah. Dia tidak sanggup melihat cinta hatinya menjadi milik lelaki
lain yang merupakan kawan baiknya sendiri. Disebabkan luka yang masih bernanah,
Syahid pergi membawa diri.
Pertemuan
dengan Haji Azhar telah mengubah hidup Syahid daripada seorang nelayan yang
tinggal di kampung terpencil, kini dia mendapat nafas baru dalam hidup. Namun,
kehadiran anak gadis Haji Azhar begitu menguji kesabarannya sebagai lelaki.
“Kau siapa nak ajar aku? Kau pun kuli waled
aku ada hati nak ajar aku pulak? Oh, aku lupa kau kan lelaki yang baik,
sopan-santun, berbudi- bahasa tetapi sebenarnya kau ni tak ubah macam parasit.
Kau tahu tak apa tu parasit? Oh, aku lupa lagi, kau ni budak kampung je. Budak
kampung manalah tahu erti parasit kan?” – LAILA IBTISAM
Bagi
Laila Ibtisam, kehadiran Syahid sedikit sebanyak menganggu-gugat hidupnya. Dia
bimbang jika perhatian Haji Azhar teralih pada lelaki itu pula. Sikapnya yang
kasar dan mementingkan diri sendiri menyebabkan dia dihumban ke dalam dilema.
Harta Haji Azhar ataupun berkahwin dengan Datuk Hasyim yang ternyata jauh
berusia daripadanya. Jika dia memilih untuk berkahwin dengan Datuk Hasyim, maka
dia akan kehilangan segala harta Haji Azhar. Tetapi jika dia menginginkan harta
Haji Azhar, dia perlu menerima Syahid sebagai suami.
“Walaupun saya ni mamat kampung
yang kolot, tapi taste saya tinggi. Kalau setakat Cik Laila ni beli satu
percuma satu pun saya tak nak!”- INDRA SYAHID
Demi
harta dan kekayaan yang dijanjikan, akhirnya Laila menerima Syahid sebagai
suami tetapi sikapnya yang angkuh sukar untuk dikikis. Hanya pertengkaran dan
pertelingkahan yang mewarnai hubungan mereka tetapi setiap usikan Syahid
sedikit sebanyak menyentuh hati Laila yang keras bagaikan tembok batu.
“Dan aku takkan sesekali putus asa
untuk tengok kau mengalah. Kau akan merana jika kau pilih untuk terus jadi
suami aku!”- LAILA
IBTISAM.
“Perkahwinan bukanlah satu kontrak
yang ada tamat tempohnya sebab perkahwinan tu satu perjanjian hidup dan mati
untuk kedua pasangan. Saya memang tak boleh bawa awak ke bulan tapi saya cuba
bimbing awak hingga ke syurga”- INDRA SYAHID.
Antara
kebencian, ego dan kasih-sayang manakah satu yang menjadi pilihan Laila? Adakah
kasih yang dicurahkan oleh Syahid tidak mampu mengikis rasa sombong di hatinya?
Adakah Syahid terus mengalah seperti yang diinginkan oleh wanita itu?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.