TAHUN 2009
BUNYI jam loceng yang berdering mengejutkan Taufiqul
Isyraq daripada tidurnya yang panjang. Dia merengus kerana mimpinya yang indah
diganggu dengan nyaringan jam loceng yang hanya menjalankan tugas yang telah
diamanahkan oleh manusia. Dengan rasa yang amat malas Isyraq mencapai jam
loceng yang berwarna merah itu.
“ Ala baru pukul 8.30 jam ni dah sibuk nak
menjerit.” Rungut Isyraq dengan mata yang separuh terbuka. Namun bila diamati
angka jam itu dengan betul baharulah dia melompat turun daripada katil.
“ Alamak dah pukul 8.30 ni. Aku dah lambat!” jerit
Isyraq memecah kesunyian pagi itu.
Dengan tergopoh gapah dia menuju ke bilik air. Namun
Isyraq terpaksa berpatah balik bila dia terlupa membawa tuala.
“ Shit!
Ada je yang tak kena.” Bebelnya lagi.
Setelah siap merapikan diri, Isyraq dengan pantas
turun ke bawah kerana dia yakin dia telah lewat untuk ke kelas hari ini. Opps!
Bukan hari ini je malah sudah banyak hari dia terlewat maklumlah dia ikut waktu
Korea bukan Malaysia.
“ Is tak nak sarapan dulu ke?” Tegur Puan Rahimah
menyapa anak sulungnya yang kelihatan tergesa- gesa untuk keluar daripada
rumah.
“ Sorry lah mama, Is dah lambat ni. Esoklah Is sarapan
dengan mama ya.” Laung Isyraq dari muka pintu. Tangannya lincah mengikat tali
kasut yang berwarna putih itu. Tanpa berlengah dia melompat atas motor Yamaha
YZF R1 warna merah miliknya. Dia perlu sampai ke kolej dengan secepat mungkin
sebelum kelas bermula tapi nampak gayanya memang tak ada peluang untuk dia
sampai ke kolej dalam masa lima minit. Tak mungkin sama sekali!
Lima belas minit kemudian dia sampai ke kolej.
Sebaik saja dia ingin memakrir motornya di tempat selalu dia parkir, kelihatan
ada motor lain yang sudah tersadai di situ. Dengan pantas darahnya menyirap.
Dia kenal betul dengan pemilik motor itu. Memang dia ni nak cari nahas dengan
aku. Dahlah aku lambat, motor buruk tu pulak sibuk je sailang tempat aku.
Memang sakit betul hati aku ni!
Tanpa mahu membuang masa, Isyraq terpaksa memarkir
di tempat yang agak jauh daripada biasa. Dia terkocoh- kocoh untuk ke kelas
sambil mengeluarkan tag namanya. Sewaktu dia tergesa- gesa untuk masuk ke pintu
utama kolej, tiba- tiba bahunya dilanggar oleh seseorang. Dia mendengus marah.
“ Hoi! Tak nampak ke?”
Tempik Isyraq sambil memegang bahunya yang sakit. Turun naik nafasnya kerana
cuba menahan kemarahan. Dahlah aku lambat ada aje yang buat aku sakit hati.
memang nak kena mamat sasau ni. Mamat? Eh sekejap, bukan mamat tapi minah.
“ I’m sorry…” ujar
suara yang lembut itu membuatkan suhu kepanasan Isyraq turun ke tahap
sederhana. Nasib baik perempuan kalau lelaki memang dah lunyai aku kerjakan.
Habislah aku kali ini mesti Puan Marhana marah.
“ Patutnya kau yang
cakap macam itu sebab kau yang langgar aku. Habis berterabur kertas- kertas
nota aku.” Suara itu kedengaran lagi membuatkan Isyraq tersentak. Pantas
kepalanya dipanggung dan dia merenung figura gadis bertudung dan berbaju kurung
yang berdiri tegak di hadapannya itu. melawan nampak perempuan ini. Dia belum
kenal aku lagi nampaknya.
“ Habis itu kau nak
cari gaduh ke?” Cabar Isyraq. Bibirnya diketap geram.
“ Ada aku cakap nak
cari gaduh ke? Aku cuma cakap kau yang patut minta maaf bukan aku. Kau yang
langgar aku dan sekarang kau nak marah aku. Sungguh bersopan kau ni ya.” Getus
gadis yang bernama Hamna dengan berani. Wajah kacak lelaki dihadapannya
ditentang. Dia memang pantang dengan lelaki yang kurang ajar seperti lelaki di
hadapannya itu. Bukan dia tak kenal dengan lelaki di hadapannya itu. Cukup
kenal. Seteru nombor satu dalam hidupnya!
“ Hey Minah Gendut, kau ingat kau siapa aku
nak minta maaf. Nak minta maaf tunggu hari rayalah. Kau belum kenal aku lagi
nampaknya. Aku takkan minta maaf dengan Minah Gendut macam kau ni.” Lantang
suara Isyraq membalas kata- kata Hamna. Merah wajahnya menahan rasa marah.
Berdesing telinga Hamna
mendengar panggilan yang Isyraq berikan padanya. Berani dia panggil aku Minah
Gendut? Aku tahulah aku ni tembam tapi taklah sampai gendut. Yang sedang-
sedang saja. Mentanglah dia tu kerepeng macam keropok keping sesuka hati nak
panggil orang Minah Gendut! Bebel hati Hamna.
“ Nampaknya aku tak berminat nak kenal dengan lelaki yang
perasan bagus, sombong dan menjengkelkan macam kau ni. Perangai mengalahkan monyet. Orang macam
kau ni layak duduk di zoo sahaja sambil makan pisang kalau dah besar panjang macam
ni tak pandai nak hormatkan orang lain. And one more thing kalau tak nak minta
maaf, sudahlah aku pun tak nak terima maaf daripada orang gila macam kau ni.”
Sembur Hamna habis- habisan tanpa menghiraukan wajah Isyraq yang sudah bertukar
menjadi merah. Marah tahap cipan dan mungkin telah meningkat ke tahap gajah.
Dengan selamba Hamna
menentang pandangan Isyraq yang tajam seperti ingin menelannya hidup- hidup.
Namun Hamna hanya selamba tanpa perasaan bersalah kerana sememangnya mulutnya
itu tiada insurans nyawa walaupun memang dia tahu mulutnya itu amat memerlukan
insurans dengan segera.
Isyraq cukup terkejut
dengan kelantangan gadis itu dalam mengkritik dirinya. Dalam diam Israq merasa
tercabar dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Hamna. nafasnya diatur cuba mengawal perasaannya
yang sudah tidak keruan itu. jika dibiarkan lama pasti lahar panas itu akan
meletus.
“ Nasib baik kau ni….”
“ Perempuan.. itu kan
kau nak cakap? Dah bosan aku dengar dialog macam itu. cubalah upgrade dialog tu
contoh macam kenapalah aku ni sombong sangat ke, kalaulah aku ni lelaki.. kan sedap
sikit bunyinya.” Ujar Hamna memintas kata- kata Isyraq.
Sekali lagi Isyraq
tersentak. Dia ingin membuka mulut namun kata- katanya dipintas terlebih
dahulu. Hamna memang sudah berjaya menaikkan suhu kemarahannya ke tahap
maksimum. Ada aku backhand perempuan ni kan!
“ Kau ni memang
perempuan sewel kan. Urat dalam kepala otak kau tu dah putus agaknya. Kau ingat
ni ya Minah Gendut, aku takkan bagi hidup kau tenang sebab kau dah cari pasal dengan
aku!” ujar Isyraq dengan bahasa yang agak kasar.
Hamna mencebik. Dia
menayang muka poyo.
“
Eiii…takutnya…takutnya…” ejek Hamna sambil buat- buat gigit jari.
Tak lama kemudian dia
menjengilkan matanya pada Isyraq. Mata bulat itu ditentang berani.
“ Takutlah sangat!
Huh!!” sambung Hamna bersahaja. Lantas dia berlalu dengan ketawa yang cukup
menyakitkan hati Isyraq.
Isyraq terasa ingin
menjerit. Hamna memang seorang gadis yang cukup berani melawan kata- katanya
malah gadis itu tidak pernah mengalah jika mereka bertikam lidah sebaliknya dia
yang kalah jika berbicara dengan gadis itu. Tak apa, lain kali aku akan
pastikan kau tewas di tangan aku!
“ KENAPA kau lambat
hari ni, Is? Puan Marhana asyik tanya kau je. Dah dua kali kau ponteng kelas,”
sapa Elyas sewaktu dia terlihat kelibat Isyraq di kafe.
Dia melabuhkan punggung
di hadapan Israq yang kelihatan tegang. Lelaki itu diam membisu.
“ Aku bangun lambat
hari ni. Sampai je kat kolej, aku terlanggar pulak minah senget tu. Nak masuk
kelas, memang tak sempatlah…” terang Isyraq. Dia menyedut air 100 plus yang
dibeli sebentar tadi.
“ Minah senget? Siapa
pulak?” soal Elyas lurus. Dia membetulkan cermin mata yang hampir terlurut.
“ Hamna tulah. Siapa
lagi, kalau suka sangat cari pasal dengan aku. Dahlah dia parking motor buruk
dia kat tempat yang aku selalu parking, tak pasal- pasal aku kena parking bawak
pokok. Dahlah jauh dari pintu pagar. Aku memang tak puas hati dengan Minah
Gendut tu. Kalau dia lelaki memang dah lama jadi arwah aku rasa,” Isyraq meluahkan
rasa geramnya. Penumbuk digenggam.
Elyas tergelak kecil.
Dia menggeleng- gelengkan kepala.
“ Kau panggil Hamna tu
Minah Gendut?” tanya Elyas sambil menahan tawanya.
Dengan pantas Isyraq
mengangguk. Wajahnya masih lagi tegang. Tiada senyuman yang terukir di
bibirnya. Memang Isyraq seorang yang susah untuk senyum. Disebabkan wajahnya
yang garang itulah, tiada perempuan yang berani untuk dekat dengannya malah
tiada seorang perempuan tu yang berani mendekati dirinya kecuali seorang. Siapa
lagi kalau bukan perempuan yang mulutnya tiada insurans tu, Ezlaili Hamna.
“ Kenapa kau panggil
dia macam tu. Aku tengok dia tak gendut pun. Okey je,” balas Elyas. Dia turut
menyedut teh o ais yang dibeli sebentar
tadi. Wajah Isyraq dipandang.
“ Entah, aku sakit hati
sangat dengan dia. Kau tahu, dia boleh samakan aku dengan monyet kat zoo.
Selamba je dia kutuk- kutuk aku. Siapa tak bengang? Kalau boleh nak je aku
sepak- sepak muka dia tu. Dah lama aku sakit hati dengan minah tu,” luah
Isyraq.
Dia membuang pandangan
ke tempat lain. Tiba- tiba matanya tertacap pada lama wajah seseorang yang
sedang berbual dengan rakannya. Gadis itu tersenyum dan ketawa. Isyraq
mendengus, setiap kali dia pandang ke tempat lain pasti akan terlihat wajah
gadis itu. memang cukup menyerabutkan dan menyemakkan matanya.
“ Aku tengok kau selalu
je gaduh dengan Hamna, padahal kau orang berdua ni satu kelas sejak semester
pertama lagi. Tak boleh ke kalau kau orang berdua berdamai untuk sem terakhir
ni?”
“ Tak boleh! No
way! Aku takkan berdamai dengan perempuan
otak mereng macam Hamna tu. Aku takkan lupa apa yang dia buat dekat aku,
disebabkan dia aku terpaksa repeat paper TITAS kau tahu tak? Dia suka sangat
campur urusan aku. Aku tak suka orang masuk campur urusan aku!” tegas Isyraq.
Elyas terdiam. Dia cukup
maklum dengan kisah Isyraq dan Hamna. Disebabkan Hamna yang mengadu perbuatan
Isyraq yang meniru semasa ujian bulanan menyebabkan carry mark Isyraq dipotong
dan keputusan peperiksaan akhirnya tidak dapat membantu Israq untuk lepas
subjek Tamadun Islam Tamadun Asia. Sejak daripada kejadian itu, Isyraq telah
melancarkan perang pada Hamna namun yang peliknya Hamna hanya menayang muka tak
ada perasaan. Walaupun pelbagai kata- kata kutukan yang Isyraq lemparkan, namun
gadis itu hanya melemparkan senyuman sinis. betul- betul kebal hati seorang
perempuan bernama Ezlaili Hamna.
Apabila menyebut nama
Taufiqul Isyraq siapa yang tidak kenal. Pelajar cerdik tapi tak ada perasaan.
Memang itulah sikap Isyraq yang Elyas kenal. Isyraq memang seorang yang susah
untuk senyum apatah lagi ketawa. Setiap hari tayang muka bengis muka tak ada
perasaan tapi Elyas perasan hanya satu saja perasaan yang biasa Isyraq
tunjukkan, perasaan marah! Bukannya Elyas tak tahu ramai perempuan yang cuba
mendekati Isyraq tetapi semuanya terpaksa batalkan niat kerana tidak tahan
dengan mulut lancang sahabatnya itu.
“ Yang kau asyik nak
tergedik- gedik, menggesel- gesel kat aku ni kenapa? Rimas tahu tak?”
Itulah ayat yang biasa
Isyraq gunakan apabila ada gadis yang cuba bermanja- manja dengan dirinya.
Elyas yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Muka kacak tapi perangai
masya- Allah garang habis.
“ Kau ni aku tengah
bercakap pun, kau boleh termenung. Ingatkan si Minah Gendut tu ke?” tempelak
Isyraq sambil memetik jarinya di hadapan Elyas yang kelihatan leka termenung.
Elyas tersengih-
sengih. Dia menggelengkan kepala.
“ Taklah, aku
teringatkan kau…”
“ Kenapa aku pulak? Aku
depan kau ni hah.” Pintas Isyraq.
“ Kenapa kau benci
sangat pada Hamna? Aku tengok dia baik je…” soal Elyas.
Isyraq mendengus. Tak
ada soalan lain ke? Menyampah betul aku dengan soalan yang berkaitan dengan
minah tu. Kalau dah benci memang tak ada sebab. Benci tu datang sendiri, nak
buat macam mana?
“ Kau tahukan kenapa
aku benci dia. Kalau dia tak repot kat ustaz yang aku meniru, aku takkan gagal
paper TITAS dan aku takkan repeat paper tu sampaikan bagi efek dekat pointer
aku. Dahlah aku tak suka subjek sejarah dia pulak cari pasal dengan aku. Mahu
aku tak angin.” Luah Isyraq.
“ Aku tahu pasal tu
tapi tak boleh ke kau maafkan dia…” sambung Elyas lagi.
“ Boleh tapi dalam
mimpi! Kalau boleh nak je aku hantuk kepala perempuan mereng tu!” ujar Isyraq
dengan suara yang sengaja dikuatkan. Dia memandang ke arah Hamna yang turut
memandang ke arahnya.
“ Apahal kau pandang-
pandang aku?!” soal Hamna kasar.
Dia mengangkat
kepalanya pada Isyraq yang duduk di meja tidak jauh daripadanya. Pandangan
tajam dilemparkan buat lelaki itu. Rasa sakit hati apabila teringat panggilan
yang selalu lelaki itu panggilkan padanya.
“ Na, sudahlah tu…” Fika
cuba memujuk. Dia menyentuh lengan sahabatnya itu.
“ Eh, kau ingat kau tu
cantik sangat ke, sampai aku kebulur nak pandang kau! Muka macam mak lampir,
perasan je lebih!” pintas Isyraq selamba.
“ Tak guna! Kau yang
pandang aku lepas tu kau kutuk aku. Memang terbaiklah kan. Kau, kalau tak puas
hati dengan aku baik cakap depan- depan tak payah nak kutuk- kutuk aku. Kang ada
yang makan penampar!” Hamna tak mahu kalah.
Dia sudah berdiri dan
bersiap sedia untuk menyerang Isyraq yang sudah berdiri tegak. Mereka beradu
pandangan.
“ Is, sudahlah tu.
Malulah orang tengok,” tegur Elyas turut bingkas sambil memegang lengan Isyraq.
Dengan pantas, Isyraq
menepis tangan Elyas. Dia sudah bergerak menghampiri Hamna yang memandangnya
dengan tajam. Macamlah aku takut!
“ Kau nak tampar aku?
Sampai ke? Dahlah kentot, gendut pulak tu. Tapi kalau aku tampar kau, gerenti
berpusing 40 kali!” ejek Isyraq sambil tersenyum sinis.
Hamna mengenggam tapak
tangannya. Cuba mengumpul kesabaran yang semakin menipis. Kecil saja Isyraq di
matanya.
“ Aku benci kau!!!”
tempik Hamna tak semena- mena.
Fika dan Elyas
tersentak. Mereka berpandangan. Mereka menanti reaksi daripada Isyraq yang
kelihatan selamba dengan senyuman sinisnya.
Isyraq mendekatkan
wajahnya dengan wajah Hamna. Ditenung anak mata Hamna yang terlindung di
sebalik kaca mata besar yang dipakai. Anak mata itu bulat sama seperti cermin
matanya. Macam Detective Conan pun ada juga rupa Hamna jika di amati betul-
betul. Isyraq mengutuk dalam hati.
“ Benci aku mengatasi
benci kau pada aku!” tekan Isyraq. Walaupun suaranya perlahan tapi cukup tegas.
Dengan selamba dia menunjal kepala Hamna.
Bulat mata Hamna dengan
perbuatan Isyraq. Terlopong mulutnya. Belum pernah ada yang berani menunjal
kepalanya. Sensitif tau!
“ Kurang ajar!!” marah
Hamna. Matanya sudah mengecil. Kesabarannya sudah hilang melayang.
Tanpa buang masa, dia
memijak kaki Isyraq dengan sekuat hati. Dihentak- hentak kakinya atas kaki
lelaki itu dengan rasa marah yang membuak- buak. Tak kurang dengan itu, satu
tumbukan keras lekat di perut Isyraq tanpa disedar. Huh, rasakan!
Isyraq tak sempat
menepis.
“ Adoiiii! Sakitlah!”
tempik Isyraq.
Terjongket- jongket
Isyraq memegang kakinya yang dipijak oleh Hamna. Namun, belum sempat sakitnya
hilang, perutnya terasa senak ditumbuk oleh Hamna. Isyraq tidak dapat mengimbangi badan, dia
jatuh terlentang di atas lantai.
“ Is!!!” jerit Elyas
lantas mendapatkan kawannya yang jatuh
terbungkam. Huish, tak sangka Hamna seganas itu. Buntang biji matanya melihat
aksi ganas yang Hamna lakukan.
“ Huh, rasakan! Jangan
sesekali cabar aku Is, kau akan menyesal!” jerit Hamna lagi.
“ Sudahlah tu Na, malu
orang tengok. Ganas sangat kau ni,” tegur Fika sambil menarik lengan Hamna
daripada dekat dengan Isyraq. Kalau dibiarkan pasti teruk Isyraq dikerjakan oleh
Hamna. Hamna ni bukan boleh dikira sangat, buat meroyannya sampai boleh
terbungkam Isyraq nanti.
“ Aku takkan lepaskan
kau Hamna! Kau tunggulah pembalasan daripada aku!” Isyraq masih belum kalah.
Dia memegang perut dengan dahi yang berkerut- kerut. Pautan kemas Elyas
menyukarnya untuk bergerak.
“ Fika, awak tolong
bawak kawan awak tu pergi dari sini, sekarang!” arah Elyas.
Fika mengangguk laju.
Lantas, dia mengheret Hamna supaya
menjauhi Isyraq.
“ Aku tak takut dengan
kaulah! Boleh blah dengan kau!” tempik Hamna lagi dengan lantang. Dia kelihatan
seperti orang kena rasuk.
Isyraq cuba bangun
untuk mendapatkan Hamna namun dia ditahan oleh Elyas.
“ Sabar, sabar Is.
Jangan ikutkan rasa marah tu. Isghtifar banyak- banyak!”
“ Aku tak boleh kalah
dengan dia, Elyas. Aku akan kerjakan dia cukup- cukup! Aku tak kira! Dia dah
malukan aku! Aku akan pastikan dia pun dapat malu!” ucap Isyraq sambil menumbuk
lantai kafenya.
Pandangannya di halakan
ke arah Hamna dan Fika yang semakin menjauh. Sakit hatinya semakin membukit.
Bencinya semakin mendalam. Kau akan terima akibatnya Ezlaili Hamna!
Mesti citer ni pun ada part yg sdh gak huhuhh
ReplyDeleteof kos cyah...hihihi
ReplyDeleteBEST LA KAK CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.
ReplyDelete