Tetamu Rindu

Sunday, 9 December 2012

Rasa Yang Tertinggal (Bab 7&8)


BAB 7

BUNYI bising di rumah Balqis malam itu langsung tidak mencuit hati Balqis yang remuk rendam. Setengah jam lagi dia akan di nikahkan dengan orang yang tidak dia kenali asal usulnya kecuali nama sahaja. Dia benci dengan perkahwinan ini sungguh kalau dia dapat lari pasti dia akan melompat dari tingkap rumahnya itu. tapi dia tidak mahu memalukan orang tuanya. Siaplah kau Zhariff kau akan menyesal kerana setuju nak kahwin dengan aku. Bisik hati Balqis dengan penuh rasa jahat.

“ Kak Qis dah sedia ke nak di ijabkabulkan?” tanya Hani yang datang menjenguk Balqis di dalam bilik pengantin. Hani Nampak cantik bergaya dengan baju kurung berwarna hijau dipadankan dengan tudung yang berwarna senada dengan warna baju. Wajahnya hanya disolek tipis. Cantik pulak adik aku ni, macam dia pula yang nak kahwin. Omel Balqis sendirian.

“ Sedia atau tidak bolos aja dinding itu.” seloroh Balqis meniru gaya Zizan dalam rancangan Bolos.

Hani ketawa pecah perut mendengar jenaka Balqis. Dalam keadaan begini pun Balqis masih boleh berlawak. Kalau perempuan lain pasti berdebar-debar menunggu untuk menjadi isteri orang tapi kakak kesayangan Hani ini lain daripada yang lain.

“ Kakak ni, pengantin lelaki dah sampai tu. Tak lama lagi jadi isteri oranglah kakak Hani ni. Lepas tu bolehlah Hani dapat anak buah kan kak.” Hani mengenyit matanya pada Balqis yang hanya mencebikkan bibir yang telah di solek oleh mak andam sebentar tadi.

Balqis mengempal penumbuknya dan ditunjukkan pada Hani yang berani mengusiknya.

“ Kau beranak je sendiri. Tak kuasa aku.” Ujar Balqis. Dia Nampak cantik dengan baju pengantin berwarna putih dipadankan dengan selendang yang berwarna putih bermanik- manik. Wajahnya Nampak berseri tapi hatinya berdongkol dengan pelbagai perasaan.

Hani tergelak mendengar kata- kata Balqis dengan selamba pipi tembam kakaknya dicubit geram membuatkan Balqis menjerit kesakitan.

“ Kakak ni cantiklah hari ini memang bertuah Abang Zhariff kahwin dengan akak pasti bahagia terasa.” Ujar Hani lagi menambah geram di hati Balqis namun di diamkan sahaja.

Tidak lama kemudian Mak Kiah datang menjengah memanggil Balqis kerana sudah sampai masanya untuk majlis akad nikah berlangsung. Dengan penuh debaran Balqis melangkah keluar diiringi dengan Hani dan Mak Kiah. Dup dap,dup dap..

 

RYAN kelihatan tenang duduk beralaskan bantal di ruang tamu rumah bakal mertuanya. Dia memandang sekeliling cuba mencari pengantin perempuan merangkap bakal isterinya nanti namun hampa kerana wajah pengantin perempuan ditutupi dengan kipas oleh pengapitnya. Pandangannya di tuju pada wanita yang duduk di sebelah pengantin perempuan. Macam pernah kenal je wanita itu tapi di mana ya? Ryan menggigit bibir cuba mengingat. Tetapi kehadiran Tok Kadi membantutkan niat Ryan untuk berfikir dengan panjang lebar. Jantung Ryan bagai berhenti berputar apabila terlihat wajah Tok Kadi yang sedang tersenyum manis seolah menyatakan yang beberapa minit lagi dia akan  dinikahkan dengan wanita yang tidak diketahui asal usulnya. Sungguh dia tidak rela.

“ Kamu sudah bersedia?” tanya Tok Kadi dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Seronok nampak Tok Kadi ni, aku yang nervous macam nak mati je dia tak tahu. Tak mengapa semalam kan aku dah practice mesti boleh lepas. Ryan cuba menyedapkan hatinya yang berdebar tak tentu arah.

Ryan hanya mengangguk. Tok Kadi memandang ke sekeliling, meminta persetujuan tetamu yang hadir untuk memulakan upacara akad nikah. Ternyata semua hadirin termasuk wali pihak perempuan setuju untuk memulakan akad nikah.

Tok Kadi menarik nafas dalam sebelum melafazkan ijab.

“ Tuan Ryan Zhariff bin Tuan Razlan aku nikahkah engkau dengan Ummu Balqis binti Ismail dengan mas kahwin RM1000, tunai.”

“ Aku terima nikahnya Ummu Balqis binti Ismail dengan mas kahwin RM1000, tunai.” Dengan sekali lafaz Ryan menyempurnakan ijab dan kabul namun nama penuh pengantin perempuan yang dikabulkan tadi sama dengan nama teman baiknya sendiri. Tanda tanya mula mengusai minda Ryan. Alah bukan Balqis je yang ada nama macam tu. Bisik hatinya lagi.

Keadaan di dalam rumah itu mula riuh rendah dengan suara tetamu yang hadir. Ternyata Puan Rahina gembira kerana anak bongsunya akhirnya berkahwin dan itu sudah cukup membuat Puan Rahina senang hati apatah lagi melihat anaknya yang segak berbaju melayu, bersongkok  dan bersamping ala- ala pahlawan melayu gitu.

Selesai upacara akad nikah dan doa, Ryan dibawa untuk berjumpa dengan wanita yang telah sah menjadi isterinya tadi. Hatinya masih belum berhenti berdetak. Semakin bertambah kencang, maklumlah kali pertama bersua muka. Dia tidak tahu sama ada isterinya cantik atau buruk. Entah- entah macam dinosaur zaman purba tak pun macam zombi kampung pisang. Ryan menelan air liur tak dapat untuk di bayangkan. Jeng! Jeng!

 

BALQIS gelisah di tempat duduk. Dia telah selamat diijab kabulkan sebentar tadi. Hampir menitis air matanya kerana terlampau sedih kerana gelaran anak dara yang disandangnya telah berubah kepada gelaran isteri yang belum tentu dapat digalasnya. Sebak terasa apabila mendengar lelaki yang telah menjadi suaminya melafazkan dengan sekali lafaz sahaja. Tapi suara lelaki itu macam pernah di dengar namun dia terlupa. Balqis cuba mengintai wajah suaminya namun dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana lelaki yang memakai baju melayu satin berwarna putih itu duduk membelakangkannya.

“ Tahniah akak, akak dah jadi isteri orang.” Ujar Hani yang duduk di sebelahnya selaku pengapit yang menutup wajahnya dengan kipas yang berukiran cantik. Naik rimas Balqis dibuatnya.

Bertalu- talu Balqis di hadiahkan dengan ciuman di pipi oleh sanak saudara yang datang membuatkan Balqis merasakan dirinya di sayangi. Namun dia terkilan di saat hari yang bahagia walaupun pada dasarnya tidak bahagia sahabat baiknya tidak dapat hadir kerana dia turut dinikahkan pada malam ini.

“ Qis, pengantin lelaki dah sampai.” Ucap Mak Kiah dengan lembut. Dia gembira akhirnya anak gadisnya bertemu jodoh juga. Dia tersenyum dengan penuh bahagia.

Balqis semakin gementar sekali dalam seumur hidupnya dia menghadapi gementar tahap dewa. Sumpah lepas ini dia takkan berkahwin lagi. Tapi bukankah kahwin itu sekali dalam seumur hidup?

Upacara membatalkan air sembahyang akan berlangsung tidak lama lagi, pengantin lelaki semakin hampir tapi Balqis semakin menundukkan wajah sehingga mahu mencecah lantai. Dadanya di landa getaran yang hebat membuatkan dia seperti mahu terkucil. Ditelan air liur beberapa kali namun dirasakan perit dikerongkong. Aduh macam mana ni?

“ Assalamualaikum.” Bunyi suara garau itu menyentakkan Balqis dari lamunan. Macam pernah aku dengar suara ni tapi di mana ya? Soalnya dalam hati. dengan bibir yang terketar-ketar dia menjawab salam lantas mendongak untuk memandang wajah lelaki yang telah berani memperisterikannya itu dan...

“ Kau?!!”

“Kau?!!”

 Suara mereka serentak. Lantas tanpa mempedulikan orang ramai Balqis berdiri kerana terkejut melihat jasad lelaki yang berada di hadapannya sekarang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut memikirkan kemungkinan yang bermain di fikirannya sekarang.

“ Qis, macam mana kau boleh ada kat sini? Dan kenapa kau pakai cantik- cantik ni?” tanya Ryan seperti orang yang kebingungan. Orang yang berada di situ pelik melihat ‘perbincangan’ pengantin lelaki dan pengatin perempuan yang dilihatnya seperti orang yang kehilangan arah.

Balqis mundar- mandir sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal apabila mendengar pertanyaan daripada Ryan. Dia benar- benar bingung. Terasa ingin dihantuk kepalanya di dinding. Someone help me!. Jerit hatinya.

“ Aku rasa kau salah rumah Ryan, yang sepatutnya datang kat aku, suami aku Zhariff bukan kau.” Ujar Balqis membela diri.

Bunga-bunga pertengkaran mula kelihatan pada mereka. Ryan seakan tidak berpuas hati apabila wajah isteri yang dinikah adalah Balqis bukan wanita yang dicakapkan oleh uminya. Manakala Balqis juga dalam keadaan yang sama apabila Zhariff bertukar dengan Ryan. Apa sudah jadi?

“ Kau jangan nak salahkan aku!”

“ Dan kau juga jangan nak salahkan aku!” masing-masing mula meninggikan suara membuatkan suasana menjadi kecoh. Kebisuan Mak Kiah dan Puan Rahina menjadi tanda tanya kepada pengantin baharu yang sedang bertegang urat itu.

“ Umi!” panggil Ryan.

“ Mak!” Balqis juga tidak ketinggalan. Dia perlukan penjelasan daripada orang tua mereka.

Pandangan mereka dihalakan pada Mak Kiah dan Puan Rahina yang berdiri sebelah menyebelah seakan tahu diri mereka akan menjadi tumpuan oleh Balqis dan Ryan.

Puan Rahina dan Mak Kiah hanya mampu tersengih sesama sendiri sehingga mengundang rasa curiga di hati Balqis dan Ryan.

“ Lebih baik mak cakap siapa suami Qis sebelum Qis mengamuk kat sini.” Ugut Balqis dengan muka yang diseriuskan. Ternyata ugutan Balqis mengundang rasa takut pada Mak Kiah.

“ Kalau Qis nak tahu, Zhariff suami Qis itu adalah Ryan lelaki yang berdiri di hadapan Qis sekarang. Nama penuhnya adalah Tuan Ryan Zhariff.” Ujar Mak Kiah.

“ Betul tu Qis, dan isteri kamu Ryan adalah Ummu atau nama penuhnya Ummu Balqis. Perempuan yang kamu kenalkan pada umi tempoh hari.”

Ternyata penerangan daripada ke dua belah pihak amat mengejutkan Balqis dan Ryan. Kepala Ryan terasa seperti berpusing- pusing begitu juga Balqis yang tidak boleh menerima kejutan yang maha hebat bagi dirinya.

“ Apa?!” jerit mereka serentak. Tanpa menunggu lama dunia Balqis dan Ryan menjadi kelam dan gelap akhirnya mereka jatuh ke lantai. Pengsan!

 

SUASANA bilik pengantin di rumah Balqis sunyi sepi seperti tidak berpenghuni. Sama ada Balqis mahupun Ryan, masing- masing mendiamkan diri kerana masih terkejut dengan perkara yang mereka alami hari ini. Tidak terlintas langsung di fikiran bahawa mereka di ijabkabulkan tanpa pengetahuan mereka sendiri. Sungguh bijak ibu bapa mereka mengatur strategi untuk mengenakan mereka berdua.

Balqis mengeluh. Ryan termenung.

“ Habis tu macam mana sekarang?” kata mereka hampir serentak.

Ryan menjatuhkan kepalanya yang tadi tegak merenung bintang di luar jendela manakala Balqis hanya termenung di birai katil mengenangkan nasibnya yang terperangkap dalam dunia ciptaan dia dan Ryan.

“ Kau cakap umi kau tak suka kat aku tapi kenapa dia kahwinkan kita juga?” soal Balqis kebingungan. Dia berpaling ke arah Ryan yang sedang menyandarkan badan di belakang jendela. Kelihatan lelaki itu juga kebingungan kerana jelas terpampan di raut wajahnya yang kusut.

Ryan mengeluh lagi. “ Aku tak tahu Qis. Sumpah umi memang cakap yang dia nak pinangkan untuk aku bukan kau tapi Ummu aku terlupa yang nama kau Ummu Balqis. Patutlah sewaktu aku akad nikah tadi nama pengantin perempuan sama dengan nama kau. Aku ingatkan itu kebetulan aje tapi rupa- rupanya memang betul kaulah orangnya.” Terang Ryan cuba merungkai kemusykilan yang melanda di benak teman baiknya itu.

Perlahan dia menghampiri Balqis yang duduk di birai katil wajah gadis itu menunjukkan yang dia juga terkejut dengan kejadian itu. sempat juga Ryan merenung raut wajah Balqis yang kelihatan manis pada malam itu. Tudung yang di pakai gadis itu masih lekat di kepalanya.

“ Boleh aku duduk sini?” pinta Ryan sopan.

Balqis hanya mengangguk membiarkan Ryan melabuhkan punggung di atas tilam yang tidak jauh darinya.

“ Sekarang ni bagaimana? Mesti umi kau dan mak aku fikir yang kita berkahwin sebab suka sama suka tapi kenyataannya bukan macam itu. Aku rasa baik kita terus terang pada mereka perkara yang sebenar dan selepas itu kau…”

“ Lepaskan kau? Begitu maksud kau?” potong Ryan. Dia menarik nafas berat sebelum menyambung.

“ Kalau perkara ini semudah yang kau cakapkan aku rela lepaskan kau tapi ini menyangkut soal maruah keluarga kita masing- masing. Cuba kau fikir ada ke pasangan yang bernikah hari ini, esok bercerai dan yang dapat aibnya kelurga kita Qis. Orang akan mengata yang buruk- buruk apatah lagi kau perempuan pasti teruk kau kena. Aku juga tak nak mempersendakan agama dengan mempermainkan soal perkahwinan ni. Kau faham kan maksud aku?” ujar Ryan cuba membuat Balqis faham yang soal perkahwinan tidak boleh di buat main.

“ Aku faham Ryan tapi aku tak nak kita terus terjebak dalam ikatan yang tak menjanjikan apa- apa ni.”

“ Maksud kau?”

“ Yelah kau dan aku tak mencintai antara satu sama lain macam mana kita nak hidup bersama kalau antara kita tak ada perasaan itu. aku hanya anggap kau sebagai kawan baik aku je tak lebih dari itu dan takkan boleh lebih dari seorang sahabat.” luah Balqis.

Dia meraup wajahnya yang keletihan. Sepatutnya hari ini dialah orang yang paling gembira kerana telah menamatkan zaman bujang namun semuanya berlaku sebaliknya. Dia rasa tertekan kerana pernikahan itu. tambahan lagi suaminya sekarang adalah Ryan sahabat baiknya sendiri dan dia langsung tiada perasaan cinta untuk lelaki itu. tidak sama sekali.

Ryan tersenyum hambar. Baharulah dia tahu yang Balqis tidak mempunyai apa- apa perasaan terhadapnya walaupun mereka telah berkawan lama sedangkan perasaannya terhadap Balqis hanya ALLAH yang tahu.

“ Aku pun tak cintakan kau tapi buat sementara waktu ini kita teruskan aje perkahwinan ini sampai salah seorang daripada kita bertemu dengan cinta hati masing- masing. Okey?” cadang Ryan. Namun Balqis masih lagi gelisah. Lama anak matanya mencari kebenaran di sebalik mata hazel milik Ryan namun apabila lelaki itu membalas renungannya dengan pantas Balqis mengalih pandangan ke arah lain.

“ Tapi kalau tak jumpa juga bagaimana?” soal Balqis inginkan kepastian.

Ryan hanya ketawa mendengar soalan Balqis yang kedengaran risau. “ Kenapa kau ketawa?” marah Balqis geram.

“ Aku kan handsome mesti ramai awek- awek yang suka kat aku tak macam kau dari dahulu sampai sekarang  tak ada orang nak. Tapi misalan aku dah jumpa cinta sejati aku nanti dan kau tetap jugak tak laku- laku, aku tak kisah kalau kau nak jadi kekasih gelap aku.” Usik Ryan sambil ketawa geli hati melihat wajah Balqis yang merona merah. Marah barangkali.

Balqis mengetap bibir. Geram kerana diperlekehkan oleh Ryan. Pantas tangannya mencapai bantal lantas lengan lelaki itu dipukul berkali- kali sehingga membuatkan Ryan menjerit kesakitan.

“ Tak guna kau Ryan, kau kutuk aku eh? Aku akan buktikan pada kau yang aku akan jumpa cinta sejati aku dan pada masa itu kalau kau merayu-rayu kat aku mintak balik dengan kau, aku takkan layan huh!” ujar Balqis berkobar- kobar sambil memeluk tubuh.

Ryan mencapai bantal yang digunakan Balqis untuk memukulnya tadi dan dengan pantas dia menekup wajah temannya dengan bantal tersebut. Geram kerana sikap gadis itu yang tak mahu mengalah.  “ Kau jangan nak perasan. Aku ni yang lelaki pun tak nak dengan kau apatah lagi lelaki lain.”

Balqis rimas dengan bantal yang ditekup ke mukanya lantas dia merentap bantal tersebut namun dia tersalah taktik apabila dia turut merentap tangan kasar milik Ryan menyebabkan lelaki itu terdorong ke arahnya. Tubuh mereka bersentuhan menyebabkan mereka terkesima seperti terkena kejutan elektrik. Balqis dan Ryan tergamam dengan situasi itu lama pandangan mereka bertaut. Ryan menelan air liur sedangkan Balqis gelisah. Namun keadaan itu tidak dibiarkan lama oleh Balqis, sepantas kilat juga dia menolak tubuh sasa Ryan menyebabkan lelaki itu terjatuh daripada katil. Balqis terkejut dengan tindakan rifleksnya tetapi hanya ketawa yang meletus dari bibir mungilnya.

“ Padam muka kau. Itulah kutuk aku lagi kan dah dapat hadiah. Kalau kau tak hingin kat aku, aku sepuluh kali tak hingin kat kau tau.” Balas Balqis sambil tersenyum puas kerana dapat mengenakan Ryan. Sekali sekala dapat kenakan orang best juga tambahan orang yang macam Ryan tidak boleh diberi muka sangat nanti dia juga yang kena.

Bersusah payah Ryan bangun. Dia menggosok pinggangnya yang sakit akibat terhentak di lantai satu jelingan tidak puas hati dilemparkan pada Balqis yang sedang enak ketawa bagaikan Pontianak tak cukup darah. Ngeri betul pada pendengaran Ryan. Nasibnyalah berkahwin dengan perempuan yang gelak macam Pontianak.

“ Jahatlah kau Qis. Ni kes mendera namanya nanti aku buat aduan kat Aduan Rakyat baharu kau tahu. Tak sampai setahun aku kahwin dengan kau habis patah riuk kau kerjakan aku.” Keluh Ryan sambil dia menayang muka sedih.

Balqis hanya ketawa geli hati.

“ Padam muka kau, aku suka tengok kau patah riuk ni bolehlah aku hantar kau kat rumah orang- orang kurang upaya mana tahu kan jodoh kau ada di sana.” Ujar Balqis dengan ketawanya yang masih bersisa.

Ryan merengus marah kerana dipermainkan oleh Balqis. Tak apa hari ini hari sabtu, hari kau kenakan aku tengoklah esok-esok aku kenakan kau kaw-kaw punya sampai kau bertaubat. Hahahahaha, bisik hati kecil Ryan.

“ Dahlah aku nak tidur penat gila ni. Tepilah sikit.” Ryan menolak kaki Balqis yang berada di atas tilam. Dia merangkak naik ke atas katil dan dengan selamba badak air Ryan membaringkan badannya di sebelah Balqis membuatkan Balqis terlopong melihat aksi berani mati Ryan tidur di sebelahnya. Gila ke dia ni nak tidur sekatil dengan aku.

“ Eh Ryan tolong sikit ye katil ini katil aku kau pergilah tidur kat bawah ni tempat aku.” Protes Balqis geram.

Ryan tidak membalas. Matanya dipejam rapat, dia berpura- pura tidur dan tidak mendengar kata-kata Balqis. Dia benar- benar penat dan hanya satu dalam fikirannya adalah tidur. Dia tahu Balqis pasti akan mengamuk sakan namun dia tidak peduli dengan semua itu kerana dia tahu Balqis akan senyap jika dia senyap.  kedingingan malam membuatkan Ryan semakin malas melayan kerenah Balqis yang jelas sedang membebel tidak berpuas hati. segala butir bicara gadis itu tidak melekat di kepalanya yang sudah pening- pening lalat.

“ Ryan kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Pergilah tidur kat bawah takkan aku nak tidur sekatil dengan kau pula!” jerit Balqis namun suaranya masih dikawal takut kedengaran oleh maknya.Balqis menggoncang tubuh Ryan yang kaku terbaring di sebelahnya dan hanya kedengaran nafas lelaki itu yang turun naik. La tidur rupa- rupanya. Desis Balqis. Dia mengeluh lagi, takkan aku nak tidur sebelah dia pula seganlah. Nampaknya kenalah aku tidur kat atas lantai. Hmm..lantai here I come..

Balqis mengambil sebijik bantal dan comforter di  hamparkan di atas lantai. Tubuh kecilnya dibaringkan di atas comforter tersebut dan tidak sampai beberapa saat dia melelapkan mata.

BAB 8

TIDUR nyenyak Balqis diganggu dengan suara Ryan yang menjerit mengejutnya bangun dari tidur. Balqis masih lagi bermalas- malasan, matanya masih terpejam rapat dan sengaja dia menggolek- golekkan badannya. Hmm, empuk sungguh lantai rumah aku ni macam tilam Vono la pulak. Detik hati kecilnya. Balqis tersenyum sendirian sambil matanya masih terpejam.

‘Tilam?’ Balqis membuka matanya luas. Sungguh dia terkejut kerana dia sedang berbaring di atas tilam sambil tubuhnya di selimuti sampai ke paras dada. Dia meraba kepalanya yang tidak bertudung hanya ada anak telekung yang masih melekat di kepalanya. Bukankah semalam dia tertidur di lantai dengan kepalanya masih ditutupi tudung? Siapa yang berani menceroboh hak privasi dia dan siapa yang mengangkat dia hingga ke atas katil ini? Balqis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serentak dia terdengar suara lelaki di dalam bilik air.

‘ Pasti Ryan punya kerja!’ jerit hatinya. Balqis bingkas dari pembaringan dan berdiri sambil bercekak pinggang menunggu ketibaan Ryan keluar daripada bilik air. Dadanya berombak kencang kerana menahan rasa marah yang memuncak, Ryan ni dah melampau mentang- mentanglah aku dah jadi isteri dia sekarang senang- senang je dia nak ceroboh yang bukan hak dia. Nak kena mamat ni dengan aku. Siaplah kau kalau keluar dari bilik air nanti. Rungut Balqis sambil menyising lengan baju kurungnya.

Pintu bilik air terkuak. Terjengul wajah kacak Ryan di hadapan Balqis yang sedang mundar- mandir sambil menggigit jari. Entah apa yang tak kena minah ni. Desis Ryan. Dengan selamba Ryan mengelap rambutnya yang basah tanpa mempedulikan Balqis yang kelihatan tidak tenteram.

“Kau ke yang angkat aku dan letak aku atas tilam ni semalam?” soal Balqis resah.

“ What?”

“ Dan kau ke yang tanggalkan tudung aku ni?”soal Balqis lagi tanpa menunggu jawapan dari Ryan.

Ryan menayang muka selamba. Dia tergelak dalam hati. memang dia yang mengangkat gadis itu dan dibaringkan di atas katil. Dia lakukan semua itu kerana kesian melihat Balqis yang meringkuk kesejukan di atas lantai dan dia tiada apa- apa niat yang tidak elok pada kawannya itu. Selain itu, memang Ryan yang menanggalkan kain tudung yang dipakai oleh Balqis semalam. Kesian dia melihat wajah keletihan gadis itu sekurang- kurangnya Balqis dapat tidur dengan selesa.

Walaupun jauh di dalam hati Ryan dia rasa tidak selesa tidur satu bilik dengan Balqis bukan kerana dia benci pada gadis itu tapi dia bimbang dia tidak dapat menahan diri. Melihat wajah sebenar Balqis sudah cukup membuat imannya yang selama ini kuat sedikit bergoyang maklumlah dia lelaki dan Balqis pula perempuan juga merupakan isterinya yang sah. Bersusah payah dia menepis bisikan- bisikan yang jahat saat dia menatap wajah temannya sewaktu dia terjaga semalam. Oleh kerana rasa hormat dia pada Balqis masih menebal dia berjaya menepis segala hasutan itu.

“ Ryan, kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni? Termenung pula. Nak kena karate ke?” bunyi suara Balqis mengejutkan Ryan dari lamunan. Hilang semua peristiwa semalam yang hanya diketahui oleh Ryan sahaja, biarlah rahsia.

Ryan memusingkan kepala. Wajah Balqis ditatap. Tampak kusut.

“ Okey aku dengar. Kalau betul aku yang angkat kau dan aku yang tanggalkan tudung kau,kenapa? Kau nak marah? Marahlah. Ada aku kisah.”ujar Ryan selamba tanpa perasaan bersalah.

Balqis mengetap bibir tanda geram. Kalau ikutkan hati mahu sahaja kepala Ryan diketuk dengan penyapu namun dia masih menghormati lelaki itu tambahan lagi Ryan sudah menjadi suaminya yang sah.

“ Aku tak suka kau buat macam itu.  Aku tak suka kau ceroboh hak privasi aku. Kau fahamkan maksud aku?”

“ Aku tak ceroboh. Masalah sekarang ini kau dah jadi isteri aku yang sah walau apa pun penerimaan kita untuk pernikahan ini, secara hukumnya aurat antara kita dah tak terbatas. Aku rasa kau tahu pasal ini kan? Waktu sekolah dulu untuk subjek agama kaulah yang paling tinggi takkan untuk masalah ini pun kau dah tak ingat.” Perli Ryan. Ternyata wajah Balqis berubah merah. Malu kerana ditegur sebegitu oleh Ryan.

“ Aku tahu tapi…”

“ Dahlah Qis, kita bincang perkara ini lain kali jelah. Sekarang ni kau pergi mandi dan kita sembahyang subuh berjemaah. Tengah hari nanti kita nak balik KL pula.” Potong Ryan membuatkan Balqis terdiam.

Tanpa menunggu lama Balqis menapak ke bilik air meninggalkan Ryan yang sedang membentangkan sejadah untuk mereka solat subuh nanti. Jauh di dalam hati Balqis tersentuh juga dengan sikap Ryan yang ambil berat dalam soal ibadat persis seorang lelaki yang mithali namun segala perasaan itu di buang jauh dari lubuk hati Balqis. Dia bimbang jika perasaan itu menjerat dirinya sendiri.

 

“MAK harap kau dapat jaga anak mak ini dengan baik seperti mana mak jaga dia sampai dia besar. Mak percaya pada kau Ryan.” Ujar Mak Kiah sewaktu mereka sekeluarga bertandang ke rumah Puan Rahina untuk majlis menyambut menantu  bagi meraikan perkahwinan di antara Ryan dan juga Balqis. Setelah hampir separuh hari keluarga dan sanak saudara Mak Kiah bertandang, kini tibalah masa untuk dia menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga Balqis kepada Ryan.

Ryan tersenyum manis. Wajah si isteri yang sedang tertunduk di tatap secara diam dan apabila gadis itu mengangkat muka, sepantas kilat Ryan melarikan pandangannya ke arah Mak Kiah.

“ Mak Kiah eh mak jangan risau selagi Qis  berada dengan Ryan, Qis akan selamat lagipun Ryan dan Qis dah lama kawan kami boleh jaga di antara satu sama lain. Betul tak Qis?” Ryan mengenyitkan mata kepada Balqis yang hanya mencebikkan bibir. Eleh depan mak aku kau cakaplah macam- macam tapi belakang mak hampeh. Rungut Balqis di dalam hati.

Namun Balqis tersentak apabila tangan Ryan menjalar mengenggam telapak tangannya. Sepantas kilat wajah Ryan yang sedang tersenyum kepada Mak Kiah di pandang. Lelaki itu berlagak selamba seolah- olah tiada apa yang berlaku sedangkan Balqis bagaikan ingin tercabut jantung bila di sentuh sebegitu. Selama ini tiada satu lelaki pun yang berani memperlakukan dia sebegitu dan hari ini Ryan sudah memecahkan rekod itu.

“ Ryan apa ni pegang- pegang?” bisik Balqis cuba mengawal suara agar tidak kedengaran oleh tetamu yang hadir. Ryan berpaling memandang wajah isterinya yang kelihatan sudah merah kemudian pandangannya jatuh pada tangannya yang selesa mengenggam tangan Balqis. Dia tersenyum.

“ Kenapa? Salah ke?” soalnya pula.

“ Aku tak suka la. Orang tengok, malu.” Jawab Balqis cuba melepaskan genggaman tangan Ryan namun Ryan tetap tidak berganjak.

“ Cik Ummu Balqis, awak tahu tak yang awak tu dah nikah dengan saya? Dan majlis ni majlis kita, kita kena tunjuk mesra sikit depan mak dan ayah kita faham? Lagipun setakat pegang tangan kau ni tak dosa pun lah.” Ujar Ryan selamba.

“ Aku tahulah tak dosa tapi..”

“ Ssshh…kau ni banyak cakaplah.” Pintas Ryan membuatkan percakapan Balqis terhenti. Dia menarik muka tidak puas hati, Ryan selalu begitu memintas percakapannya. Akhirnya, Balqis mendiamkan diri dan hanya mengikut rentak Ryan kerana tiada guna dia berbahas dengan lelaki  yang tidak pernah mahu mengaku kalah bila berdebat.

Tindakan Balqis mendiamkan diri membuatkan Ryan tersenyum sendirian. ‘ tahu pun diam,sejak dari tadi asyik duk membebel je.’ Rungut Ryan dalam hati.

“ Kau dahaga tak? Aku ambilkan air eh.” Balqis cuba mencari alasan untuk menjauhkan diri daripada Ryan, rasa tidak selesa menguasai diri apabila berada di sisi lelaki itu dengan pantas Balqis bingkas dari tempat duduknya namun Ryan lebih pantas menyambar pergelangan tangan isterinya membuatkan langkah Balqis terhenti.

‘ Hish, apa lagi la mamat seorang ni nak?’ bebel Balqis di dalam hati.

“ Aku tak nak air but boleh tak kalau kau duduk kat tepi aku ni diam- diam, ni asyik nak merayap je kerja kau. Macam kau pula pelayan kenduri kahwin ni.” Bebel Ryan. Tangan Balqis di lepaskan.

Balqis meniru gaya Ryan membebel. Macam mak nenek.

“ Kau ni mengalahkan aku je membebelnya kalah nenek moyang aku kalau kau dah start membebel. Kalaulah ada pertandingan membebel, aku sarankan kau masuk dan aku gerenti kau akan juara.” Sindir Balqis sambil ketawa lepas.

Ryan sungguh tidak berpuas hati kalau diikutkan hatinya yang panas mahu sahaja kepala Balqis diketuk dengan senduk tapi nasib baik akalnya masih waras. Bibirnya dicebikkan kepada Balqis.

“ Boleh kenapa kau tak anjurkan je?” balas Ryan tidak mahu mengalah.

Namun, belum sempat Balqis menjawab, kedengaran suara memberi salam. Mereka berdua menoleh. Alangkah terkejutnya Balqis apabila melihat sebatang tubuh berdiri di hadapannya itu. seakan mahu gugur jantungnya bila mata mereka bertentangan. Daniel! Apa yang dia buat di sini? Hati Balqis penuh tanda tanya.

“ Apa khabar Dani?” soal Ryan sambil memeluk tubuh Daniel.

Daniel yang seakan terjaga dari mimpi terus membalas pelukan Ryan. Tapi matanya tidak lepas daripada memandang wajah Balqis yang kelihatan tercengang. Nampak sangat dahi gadis itu berlapis- lapis macam kek lapis Sarawak bila dia dan Ryan saling mengenali antara satu sama lain.

“ You all kenal ke?” Tanya Balqis ingin menghuraikan kekusutan.

Ryan berpaling pada isterinya kemudian dia memandang Daniel yang tidak lepas merenung Balqis. Lain macamlah pula renungan itu. Ryan mula mengesyaki sesuatu.

“ Patutnya aku yang tanya kau, kau kenal ke sepupu aku ni? Nampak gaya macam kenal je.”

Sepupu? Balqis bagaikan tidak percaya Daniel adalah sepupu kepada teman baiknya sendiri. Selama ini dia tidak pernah tahu Ryan ada sepupu bernama Daniel dan Daniel tidak pernah menceritakan apa- apa yang berkaitan Ryan. Pening- pening!

“ Ha’ah Qis, saya dan Ryan sepupu. Saya tak sangka kawan baik yang selalu dia ceritakan pada saya selama ini adalah awak. Saya ingat nama saja sama rupa- rupanya orang pun sama. Tak sangka Ryan, kita berkongsi kawan baik yang sama.” Balas Daniel sambil tersenyum.

Ryan tersenyum. Kongsi kawan tak  apa jangan nak berkongsi isteri. Guman Ryan sendirian. Ryan masih boleh mempamerkan sikap selamba sedangkan Balqis bagaikan mahu pecah dada akibat terkejut dengan berita terkini ini. Daniel adalah sepupu Ryan dan Ryan adalah suaminya sekarang ini. Nampak gayanya tiada peluanglah dia ingin menjadi teman hidup Daniel memandangkan memang dia ada menyimpan perasaan pada Daniel dalam diam sejak di university lagi tapi kini semuanya hancur musnah akibat rancangan mereka yang telah memerangkap mereka sendiri.

 

 

Friday, 7 December 2012

Digari Cinta (Bab 5)


BUNYI bising di Pasar Besar Kuantan tidak menganggu tumpuan Arisya untuk mencari sayur- sayuran yang dipesan oleh ibunya tadi. Arisya menghentikan langkah di gerai yang menjual pelbagai jenis sayur.

“ Ibu nak sayur apa ek?” Arisya bercakap sendiri. Dia menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan telefon bimbit.

Namun, perbuatan Arisya terhenti apabila dia terlihat dari kejauhan Hajah Khadijah sedang memilih sayur- sayuran. Bakal mak mentua ku! Jerit hati Arisya. Dia tersengih sendirian. Lalu, Arisya menapak untuk menegur Hajah Khadijah tetapi kehadiran seorang lelaki yang cukup dikenalinya itu mematikan langkah Arisya. Alamak, dia buat apa pulak kat sini?

Dengan pantas dia menyorok wajahnya di sebalik petai- petai yang bergantungan. Mak cik penjual sayur tu memandangnya dengan pandangan pelik melihat tingkah Arisya yang kelihatan agak pelik. Arisya hanya melebarkan sengihannya. Dia mengangkat dua jarinya. Peace!

Mata Arisya masih lagi mengawasi gerak- geri Hajah Khadijah dan lelaki itu. Nasib baik mereka berdua tidak perasan kehadirannya di situ jadi senanglah Arisya menjadi pemerhati dari jauh.

Arisya memerhatikan tingkah lelaki itu membantu Hajah Khadijah memilih sayur- sayuran. Dia melihat wajah lelaki itu cukup tenang. Senyuman lelaki itu yang ikhlas membuatkan hati Arisya bagaikan cair. Selama ini dia tidak pernah melihat lelaki itu tersenyum seperti itu. Gaya lelaki itu yang lembut dalam melayani Hajah Khadijah membuatkan Arisya terasa seperti ada sesuatu yang menjentik hatinya.

“ Aris, kalau kau nak pilih lelaki buat suami lebih baik kau pilih lelaki yang hormat dan sayangkan ibunya sebab kalau dia hormat ibunya jadi secara tak langsung dia akan hormat perempuan lain,” bunyi suara Salma terngiang- ngiang di telinga Arisya.

Arisya tersedar daripada lamunan saat dia melihat Hajah Khadijah mengatur langkah untuk keluar daripada pasar tersebut. Dari kejauhan dia melihat lelaki itu mengambil segala barang- barang yang di bawa oleh Hajah Khadijah, persis anak yang soleh. Bukan persis malah lelaki itu anak yang soleh kalau tak macam mana dia boleh bersetuju untuk berkahwin dengan aku sedangkan dia sendiri tak kenal aku. Hati Arisya berbisik. Ish, rasa semacam pulak hati aku ni tengok layanan dia pada mak dia. Muka boleh tahan, hormat orang tua, agama pun boleh tahan. Semuanya ada kriteria suami idaman aku. Arisya berangan.

Akhirnya dia berlalu pergi tanpa membeli apa- apa. Setiap langkahnya hanya memikirkan lelaki itu saja. Bahagia ke aku nanti hidup dengan dia? Selama aku kenal dengan dia, tak pernah pun dia cakap baik- baik dengan aku. Asyik menyinga je kerja dia. Aku tahulah dia polis tapi aku bukan penjenayah, cakap baik- baik takkan tak boleh kut.

Tapi kenapa ibu dengan abah suka sangat dengan lelaki tu erk? Apa istimewanya dia di mata ibu dan abah sampaikan setuju dia jadi menantu mereka. Aku kena terjah ni. Benak hati Arisya berkata- kata lantas menuju ke motorsikal untuk pulang ke rumah.

 

PUAN ALIANA memandang anak perempuannya dengan pandangan pelik. Matanya jatuh pada tangan Arisya yang kosong tanpa membawa apa- apa barang. Tadi aku suruh dia beli sayur, tapi dia boleh balik dengan selamba je.  Bertuah punya anak perempuan.

“ Aik Aris mananya pucuk paku yang ibu mintak beli. Tak ada pun…” tegur Puan Aliana sambil memandang wajah Arisya yang kelihatan seperti orang kebingungan.

Arisya tidak membalas kata- kata Puan Aliana sebaliknya dia menarik kerusi di dapur dan duduk sambil tangannya menopang dagu memandang Puan Aliana. Hatinya membuak- buak untuk bertanya lebih lanjut tentang lelaki itu pada ibunya.

“ Ibu, kenapa ibu suka sangat dengan Uzair tu? Apa bagus sangat ke dia tu bu?” soal Arisya tiba- tiba.

Puan Aliana melongo. Lain ditanya lain pulak yang di jawab oleh Arisya sebaliknya dia pulak yang disoal.

“ Kenapa tiba- tiba Aris nak tahu sangat ni? Selama ini Arisya tak pernah kisah pun tentang bakal menantu ibu tu,” balas Puan Aliana sambil menyibukkan diri mencuci ayam di singki.

“ Saja je ibu, Aris nak jugak kenal siapa bakal suami Aris nanti taklah Aris terkial- kial bila kahwin dengan dia,” jawab Arisya selamba.

“ Kenapa Aris tak kenal dengan dia terus je?”

“ Tak naklah ibu, lebih afdal kenal melalui orang lain apatah lagi ibu kita sendiri,” jawab Arisya petah.

Puan Aliana tersenyum manis. Tak sangka Arisya berminat juga nak mengenali Uzair. Ini berita baik ni. Selama ini Arisya hanya menayang muka selamba apabila dia dan suami bertanya pendapat tentang Uzair tetapi sekarang anaknya itu dengan rela hati nak mengenali Uzair.

“ Uzair tu anak kedua Mak Cik Dijah kau dan Pak Cik Yusuf kau. Sebelum- sebelum ni Mak Cik Dijah kau cakap, Uzair tu tak mahu berkahwin walaupun uminya sendiri nak carikan calon tapi kali ni tak tahu kenapa dia bersetuju nak kahwin. Dia pernah ada pengalaman buruk dengan perempuan sebab itu dia serik nak berkenalan dengan perempuan. Mak Cik Dijah kau cakap, Uzair tu sebenarnya pemalu dengan perempuan sebab itulah dia pilih kerjaya sebagai polis. Itu yang Mak Cik Dijah kau cakaplah,” terang Puan Aliana panjang lebar. Dia memandang sekilas ke arah Arisya yang terangguk- angguk.

“  Habis tu macam mana pulak ibu boleh setuju untuk terima Uzair tu jadi menantu ibu. Ibu bukan kenal dia sangat pun,” provok Arisya.

“ Sebenarnya ibu dah lama kenal dengan keluarga Uzair tu, kamu je yang tak tahu. Ibu dan umi Uzair tu kawan baik. Ibu dah kenal Uzair sejak kecil lagi masa tinggal kat kampung dulu sampailah kami berpindah ke bandar ni hah. Ibu tengok Uzair tu baik budaknya, sangat hormatkan umi dan ayah dia. Berbudi bahasa, lembut je bila bercakap dengan umi. Yang paling ibu berkenan, walau sesibuk mana pun dia bekerja di KL dulu, setiap seminggu sekali mesti dia balik melawat umi dan ayah dia. Uzair tu memang lelaki yang bertanggungjawab Aris, beruntung Aris dapat bakal suami macam tu,” ucap Puan Aliana.

Arisya terdiam sebentar sambil memikirkan apa yang Puan Aliana cakapkan. Apa yang Puan Aliana khabarkan itu memang terbukti. Dengan mata kepalanya dia melihat sikap Uzair dalam melayani uminya tadi. Cukup sopan dan lembut. Arisya dapat rasakan yang tiba- tiba hatinya terpaut dengan budi bahasa Uzair.

“ Ibu, Aris naik atas dululah…” ujar Arisya lemah.

Tanpa menunggu balasan daripadan Puan Aliana, Arisya bingkas bangun dan mengorak langkah mendaki tangga. Dia merebahkan badan di atas katil. Kedua tangannya di letakkan di atas dahi. Kemudian dia teringatkan sesuatu lantas dia kembali berdiri dan mengorak langkah menuju ke meja solek. Sebuah diari berkulit hitam dikeluarkan sambil dia duduk bersila di atas katil.

Helaian demi helain di selak kemudian tangannya terhenti di satu muka surat yang tertulis, “ Ciri- ciri lelaki idaman”. Arisya tersenyum.

“ Ciri- ciri lelaki idaman aku, yang pertama mestilah soleh, yang kedua sedap mata memandang, yang ketiga hormatkan ibu bapa dan yang terakhir mestilah seorang yang hormatkan perempuan. Hmmm…agak- agak Uzair memenuhi citarasa aku ke tak?” Arisya bercakap sendirian. Dia mengetuk dagunya sendiri.

“ Dari segi rupa bolehlah lepas walaupun tak hansome macam Shah Rukh Khan tapi ada iras- iras Shahid Kapoor. Kira bolehlah. Nak cakap dia soleh, mungkinlah. Tapi yang penting dia memang sangat hormatkan umi dan ayah dia. Tengok cara dia layan umi dia, aku rasa memang dia seorang yang berbudi bahasa tapi bila dengan aku bukan main kasarnya dia. Mungkin sebab aku kasar dengan dia kot. Hmmm…tak sangka lelaki yang aku cari semuanya ada pada dia,” ucap Arisya sendirian. Dia tergelak seorang.

 

TEPAT pukul 5.30 petang, Arisya menunggu tunangnya seperti yang telah dijanjikan namun batang hidung lelaki itu masih belum kelihatan. Arisya mengeluh kecil. Dia melabuhkan punggung di bangku yang mengadap tasik kecil buatan manusia di taman rekreasi tersebut. Angin sepoi- sepoi meniup lembut wajah Arisya.

“ Assalamualaikum…” sapa satu suara membuatkan Arisya berpaling.

Kelihatan Uzair yang lengkap berpakaian seragam polis berdiri di hadapannya. Kacak! terdetik perkataan itu di hati Arisya melihat Uzair yang tegap berdiri tanpa segaris senyuman. Dia ingat aku kisah sangat dengan senyuman dia tu. Sombong betullah bakal suami aku ni. bebel Arisya.

“ Wa’alaikummusalam. Lambatlah awak ni. dekat sejam saya tunggu awak.” Bohong Arisya.

Uzair mencebik. Nak auta akulah tu. Macamlah aku tak nampak dia baru sampai. Memang perangai macam budak- budak.

“ Baguslah, saya memang nak awak tunggu lama pun. Biar padan dengan muka awak,” balas Uzair selamba.

Arisya mengetap gigi. Suka betul dia cari pasal dengan aku. Tak mengapa, aku masih banyak masa nak kenakan dia. Kalau aku tempeleng mamat ni, jangan tanya kenapa. Sakit betul hati aku dengan perangai sombong dia ni.

“ Eiii…bercakap dengan awak ni memang boleh naikkan darah saya je. Hah, awak nak jumpa saya buat apa?” tanya Arisya kasar. Dia sudah malas mahu bertikam lidah dengan Uzair yang tidak pernah mahu mengalah.

“ Saya nak kita batalkan perkahwinan kita….” Ujar Uzair.

“ Apa?!” hampir Arisya terjerit. Bukan hampir malah dia sudah pun menjerit kuat. Dia bingkas berdiri dan mengadap Uzair yang menayang muka tak ada perasaan.

Uzair menutup telinganya dengan kedua belah telapak tangan. Sakit telinganya mendengar jeritan Arisya. Kenapa perempuan suka sangat menjerit?

“ Awak tak payah nak menjerit. Bukannya saya nak bunuh awak. Saya Cuma nak kita batalkan perkahwinan kita ni je. Saya pasti awak akan setuju kan?”

“ Siapa cakap saya setuju? Ada awak nampak muka saya ni, muka setuju ke?” tanya Arisya sambil menunjukkan ke arah mukanya.

“ Maksud awak apa?”

“ Maksud saya ASP Uzair, saya tak setuju kalau awak nak batalkan perkahwinan ni. Ada faham?” tekan Arisya.

“ Apa? Tak nak batalkan? Tapi kenapa?!” giliran Uzair pula yang menjerit. Dia terkejut dengan keputusan Arisya. Kenapa tak nak batalkan? Kenapa?! jerit hati Uzair geram.

“ Saya ada sebab yang tersendiri…”

“ Tapi buat apa kita berkahwin kalau awak dan saya tak pernah sehati sejiwa…”

“ Memanglah kita tak pernah sehati sejiwa, hati awak kat awak, hati saya kat sayalah. Tu pun jadi masalah ke?” balas Arisya selamba. Dia tidak peduli akan wajah Uzair yang telah berubah merah. Marah ke geram tu?

Uzair mengecilkan matanya memandang Arisya yang kelihatan halus di matanya. Nasib baik kau masih haram untuk aku, kalau kau adik aku, dah lama aku sekeh- sekeh kepala kau budak kecik!

“ Susah betul kan cakap dengan budak kecik macam awak ni. Bukannya nak faham. Saya tak nak kahwin dengan awak. Kalau sebelum berkahwin asyik nak bergaduh, apatah lagi bila dah kahwin lagi. Saya yakin  awak tentu tak nak kahwin dengan saya kan?

“ Inilah kalau dah fikir terlampau matang sangat. Saya akan tetap kahwin dengan awak sebab saya dah berjanji dengan ibu dan abah saya. Abah saya pun dah setuju jika saya berkahwin dengan awak ayah akan jadikan saya pengurus di restoren seperti yang saya mahukan dan saya akan lakukan apa saja asalkan cita- cita saya tercapai walaupun terpaksa berkahwin dengan mamat sengal macam awak,” balas Arisya bersahaja. Dia berpeluk tubuh sambil menentang wajah Uzair yang kelihatan kelat.

Uzair terkesima. Jadi dia nak berkahwin dengan aku semata- mata untuk memenuhi cita- cita dia bukannya sebab dia memang rela hati nak kahwin dengan aku. Inilah sebabnya kenapa aku benci sangat pada kaum Hawa ni. Suka mengambil kesempatan dalam kesempitan!

“ Awak sanggup kahwin dengan saya semata- mata nak kejar cita- cita awak? Apa jenis perempuan awak ni?”

“ Jenis yang tulenlah. Takkan palsu pulak…” potong Arisya bersahaja. Dia tersengih.

Uzair meraup wajahnya yang kelihatan. Sakit betul hatinya bercakap dengan gadis seperti Arisya.

“ Awak tak boleh buat keputusan ikut suka hati awak je Inspektor Uzair, awak kena fikirkan umi dan ayah awak. Ibu dan abah saya. Mereka betul- betul nak kita bersatu. Kalau ikutkan saya, memang saya tak nak kahwin dengan mamat sengal menyakitkan hati macam awak ni, tetapi bila saya fikirkan ibu dan abah saya, saya turutkan juga. Kalau awak bencikan saya, itu hak awak sebab saya tak halang pun untuk awak sukakan saya malah saya tak harap pun Cuma saya nak kita teruskan hajat ibu bapa kita sebab dengan cara ini saja kita sebagai anak boleh bahagiakan mereka,” sambung Arisya serius.

Uzair terdiam. Kata- kata Arisya kali ini ada benarnya juga. Kalau dia memutuskan perkahwinan ini tentunya hubungan keluarganya dan keluarga Arisya akan renggang sedangkan mereka sekeluarga sudah berkawan rapat sejak tinggal di kampung lagi. Uzair juga tidak mahu memutuskan silaturrahim kedua keluarga tersebut. Tapi, bagaimana dengan perasaannya saat ini? Dia memang tak dapat menerima Arisya sebagai isterinya.

“ Awak tak fikir masa depan awak? Saya tak mungkin boleh bahagiakan awak sebab saya benci pada perempuan,” balas Uzair. Dia merenung wajah Arisya yang tersenyum sinis.

“ Masa depan saya adalah keluarga saya. Saya tak harap pun awak bahagiakan saya sebab saya dah bahagia dengan kehidupan saya dan saya rasa saya tak perlu kasih sayang awak tu. Awak simpanlah kasih sayang awak tu pada orang lain. Saya Cuma perlu berkahwin dengan awak je,” ucap Arisya seperti orang yang tiada perasaan.

Uzair terkesima. Biar betul perempuan ni? Dia tak kisah kalau aku tak boleh beri kasih sayang aku pada dia, maknanya senanglah hidup aku. tak perlu aku peningkan kepala fikirkan pasal perempuan. Kadang- kadang, dia ni bagus jugak walaupun perangai macam budak kecik.

“ Baiklah, kalau itu yang awak mahukan. Saya tak kisah sebab saya dah jelaskan semuanya. Awak jangan menyesal kahwin dengan saya sebab saya memang tak boleh terima awak. Saya nak awak tahu yang saya setuju untuk kahwin dengan awak adalah sebab ibu bapa kita. Jangan sesekali awak ungkit kenapa saya tak boleh terima awak,” Uzair membuat keputusan.

Dia rasakan inilah keputusan yang terbaik. Sekurang- kurangnya dia merasa lega kerana dapat berterus- terang dengan Arisya tentang perasaannya yang benci pada perempuan supaya gadis itu tidak menyoalkan kemudian hari.

“ Ada pulak kan saya kisah awak boleh terima saya ke tidak. Awak bercakap macam saya jatuh cinta pada awak. Sorry ya Inspektor Uzair, jatuh cinta pada awak adalah perkara yang tidak mungkin saya lakukan. Awak jangan risau saya ni kalis cinta dan tak percaya pada cinta cintun yang mengarut tu. Awak jangan risau, awak boleh teruskan dengan pendirian awak dan saya akan tetap dengan pendirian saya,” tegas Arisya tersenyum.

Uzair terdiam. Dia tidak menyangka ternyata Arisya seperti dirinya juga. Cuma bezanya Arisya tidak percaya pada cinta sedangkan dia tidak percaya pada perempuan. Bagaimana mereka ingin melayar bahtera rumahtangga jika masing- masing mempunyai pegangan yang tersendiri?

 

Tuesday, 4 December 2012

Rasa Yang Tertinggal (Bab 5&6)


BAB 5

PAGI itu sungguh nyaman dan damai. Bunyi kicauan burung menambah lagi ketenangan di pagi Ahad itu. Usai solat subuh Balqis masih bermalas-malasan  di atas katil, maklumlah hari minggu dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah. Sedar tak sedar dia terlelap.

Bunyi telefon bimbit Sony Erricson miliknya mengejutkan Balqis yang lena di ulit mimpi indah. Hish, siapalah yang kacau aku pagi-pagi buta ni tak hormatkan privacy orang betullah. Bebel Balqis apabila tidurnya di ganggu. Baharu sahaja dia bermimpi Shah Rukh Khan meminangnya alih-alih terganggu pulak dek bunyi bising. Tapi bila difikir dengan logik akal, pandai ke Shah Rukh Khan meminang. Lari keliling pokok bolehlah. Balqis tergelak sendirian. Mengarut.

Bunyi ringtone Solo nanyian Iyaz berkumandang sekali lagi. Sakit sungguh hati Balqis, lantas dia bingkas bangun sempat lagi mengerling jam loceng di atas meja. Baharu pukul tujuh pagi. Orang yang call aku ni dah tak ada kerja lain ke? Memang cari nahas betul. Aku nak sembur habis-habisan nanti biar dia bertaubat tak akan kacau aku. Tak tahu ke tuan puteri Balqis nak beradu. Guman Balqis lantas mencapai telefon bimbit dan tanpa melihat skrin telefon dia terus menekan punat yang berwarna hijau.

“Assalamualaikum, Balqis speaking. Ada apa call pagi-pagi buta ni menganggu ketenteraman awam betullah. Kalau ikutkan saya boleh saman kerana anda telah membuat mimpi indah saya terganggu. Anda tidak boleh dimaafkan.” Kembang kempis hidungnya mengutarakan hujah yang dirasakan cukup bernas. Biar pemanggil itu serik kerana di sembur di awal pagi. Balqis tergelak kemenangan tapi tiba-tiba……

“Pagi buta nenek tiri kau. Dah pukul 12.30 tengah hari ni. Sah kau ni baharu bangun tidur anak dara apa kau ni tengah hari bangun patutlah tak ada orang nakkan kau kalau macam ni lah perangai kau.” Bebelan dari pemanggil itu membuatkan mata Balqis terbuka luas. Mak? Mampus aku!

“ Mak ke ni?” soalnya kebingungan. “ Taklah ayah kau,”balas suara wanita di hujung sana.

“  Tapi sejak bila pulak ayah buat pembedahan suara? Suara perempuan pulak tu tak sedap langsung,” Kritik Balqis terang-terangan sambil bibir dijuihkan seperti percaya suara itu milik  Pak Ismail, ayahnya.

“Ya ALLAH, Qis kau ni kenapa lurus sangat? Ni maklah bukan ayah kau.” Jerit Mak Kiah, emak Balqis.

Seperti terkena kejutan elekrik baharulah Balqis benar-benar tersedar. Dia tergelak besar sehinggakan bunyi ketawanya menyakitkan telinga Mak Kiah. Anak dara aku ni gelak mengalahkan langsuir kehilangan anak. Seram aku. Rungut Mak Kiah.

“ Laa…mak rupanya, Qis sangkakan memang benarlah ayah bersuara perempuan. Kenapa mak telefon Qis ni? Mak rindu eh..” usik Balqis selepas tawanya reda.

“ Rindu- rindu juga, kau bila nak balik kampung? Mak dengan ayah ada benda penting nak bincang dengan kau ni. Penting sangat. Kalau boleh dalam minggu ni kau baliklah kampung bawak Hani sekali.” Ujar Mak Kiah memulakan bicara. Balqis menggigit bibir. Ini tak ada hal lain la ni mesti nak tanya bila aku nak kahwin. Bosanlah asyik di tanya benda yang sama setiap kali pulang ke kampung.

“ Tak boleh bincang sekarang ke mak? Qis tak tahu dapat cuti ke tidak minggu ni. Qis sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Kelas tambahan untuk budak-budak PMR dan SPM dah nak mula.” Balqis mencipta alasan. “Kau jangan nak kelentong mak Qis, macamlah mak tak tahu yang kelas tambahan sekolah kau tu start bulan berapa. Bulan lepas kau cakap kelas tambahan start bulan tiga sekarang baharu bulan dua Qis.” Ujar Mak Kiah mematahkan niat Balqis untuk berbohong.

Aduh, Balqis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah kusut rambutnya akibat asyik digaru sahaja. Begitulah keadaan Balqis jika dalam kegelisahan.

“ Alah, mak nak bincang pasal apa ni? Kita bincang dalam telefon jelah.” Pujuk Balqis dengan suara yang sengaja dilembutkan.

“ Tak boleh. Kalau kau tak balik mak kira kau setuju.”

“Setuju apa pula ni mak?”

“Setuju nak dikahwinkan dengan lelaki pilihan mak.”

“Apa?!!”

 

“TAK boleh macam ni mak. Mak kena bincang dengan Qis dulu sebelum mak terima lamaran mereka. Qis belum sedia lagi nak kahwin buat masa sekarang ni.” Protes Balqis sewaktu tiba di rumah di kampungnya. Sebaik sahaja mendengar ugutan Mak Kiah untuk menerima lamaran bagi pihaknya, Balqis terus memecut kereta mengambil Hani dan pulang ke kampung tengah hari itu juga. Jarak di antara Kuala Lumpur dan Kuantan dirasakan begitu dekat. Apa tidaknya Balqis memandu melebihi had laju dek kerana terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh maknya sehingga adiknya Hani terjerit di dalam kereta kerana takut dengan gaya pemanduan Balqis yang mengalahkan Michael Shumacher. Kalau Michael Shumacher lihat gaya pemanduan kakaknya, memang sah kakaknya itu mendapat kontrak untuk berlumba di dalam F1. Dahsyat gila.

Balqis memandang wajah mak yang dirinduinya sebelum beralih ke wajah Pak Ismail yang leka membaca surat khabar. Hani pula hanya diam membisu sambil menonton televisyen di ruang tamu. Langsung tidak mahu membantunya dalam menangani permintaan Mak Kiah.

“ Mak rasa budak lelaki tu baik untuk kau Qis. Ayah kau pun setuju juga. Dah kau lambat sangat bawa calon suami, bila mak tengok gambar budak tu mak terus berkenan. Keluarga dia baik walaupun kaya tapi tak meninggi diri. Terima jelah selagi orang masih nak kat kau ni. Dah berapa banyak pinangan orang kampung ni yang kau tolak takkan kau nak tunggu mak dengan ayah ni mati dulu baharu kau nak kahwin.” Rintih Mak Kiah. Dia tidak mengerti dengan fikiran anak sulungnya yang asyik megelak apabila soal kahwin diutarakan. Nak suruh kahwin pun susah betul anak-anak zaman sekarang ni. Itu disuruh berkahwin bukannya berperang.

“ Bukan itu maksud Qis mak, Qis belum jumpa jodoh Qis. Bila dah jumpa nanti Qis kahwin lah tapi tak tahu bila.” Balqis memujuk Mak Kiah dengan lembut. Laju sahaja tangannya membantu Mak Kiah melipat kain. Nak membodek katakan.

“ Itu saja alasan yang kau ada dari dulu lagi bila mak suruh kau kahwin. Tak tahu, belum ada jodoh lagilah tak ada alasan lain ke?” Mak Kiah tidak berpuas hati. kalau di ikutkan hampir semua kawan yang sebaya dengan Balqis sudah mendirikan rumahtangga dan bertunang, Cuma tinggal Balqis yang belum berteman.

Apabila ada orang yang datang untuk meminang Balqis terus sahaja Mak Kiah terima lagipun yang datang meminang itu bukan calang-calang orang, pemilik hotel yang terkenal di Kuala Lumpur. Tambahan, mereka sanggup untuk menyediakan semua barang-barang pengantin bagi pihak keluarga Balqis tapi dengan syarat majlis pernikahan hendaklah diadakan sebulan dari sekarang memandangkan ibu kepada pihak lelaki itu tidak mahu melambatkan majlis tersebut bimbang anak lelakinya menolak.

“ Nak buat macam mana mak, alasan itu yang Qis ada buat masa sekarang. Nanti Qis fikirkan alasan lain pula ya.”sempat lagi Balqis berseloroh. Hani yang mendengar kata-kata kakaknya hanya mampu menahan gelak. Faham benar sikap kakaknya yang suka membuat lawak di waktu-waktu genting seperti ini. “Qis rasa baik mak tolak la pinangan tu. Balqis tak kenal pun lelaki tu macam mana Qis nak kahwin.” Balqis terus-terusan membantah.

Mak Kiah memandang wajah anak gadis yang berada di hadapannya itu. memang Balqis tidak memahami perasaan seorang ibu. Dia hanya mahu melihat anakya bahagia di samping suami dan anak-anak dan bila dia dijemput pulang oleh Ilahi nanti ada orang yang akan menjaga Balqis dengan baik seperti dia menjaga anak gadisnya sekarang ini.

“ Kau suka agaknya tengok mak kempunan nak lihat kau duduk atas pelamin  mendirikan rumahtangga. Bukan susah pun mak nak kau tunaikan permintaan mak untuk kali ini. Susah sangat ke? Kau memang tak sayang mak.” Mak Kiah bersuara lirih. Sayu kedengaran di telinga Balqis.

“Mak, janganlah cakap macam ni. Qis sayang mak tapi ini menyangkut soal masa depan Qis mak, hati Qis belum terbuka untuk sesiapa lagi. Qis belum bersedia. Maafkan Qis mak.” Balas Balqis seolah-olah merayu.

 Susah untuk dia terangkan mengapa dia susah untuk menerima cinta. Pada Balqis cinta itu bukan mudah malahan dia tidak pernah berfikir untuk jatuh cinta pada mana-mana lelaki tambahan tahap kepercayaannya kepada lelaki amat sedikit. Bukan benci tapi kurang berminat memikirkan soal hati dan perasaan. Tak rock la. Oleh sebab itu, dia langsung tidak mengambil pusing soal cinta sehinggalah perkara itu di bangkitkan oleh Mak Kiah.

Mak Kiah bangkit dari tempat duduknya. Melotot pandangannya ke arah Balqis. Dia benar-benar kecewa dengan sikap anaknya yang tidak mahu mempedulikan masa depan sendiri.

“ Kalau kau tak nak ikut cakap mak, anggap saja mak dah mati! Mak tak mahu ada anak yang derhaka macam kau ni!” jerit Mak Kiah secara tiba- tiba membuatkan Pak Ismail dan Hani terkejut beruk.

“ Kiah apa yang awak merepekkan ni? Kalau budak tu tak nak ikut jangan di paksa. Berdosa tau awak cakap macam itu.” tegur Pak Ismail. Isterinya itu kalau ada orang yang tidak mendengar kata pasti akan melenting tak tentu pasal dan sekarang Balqis yang menjadi mangsa.

“ Biarkan bang. Budak macam dia kena ajar sikit biar dia dengar cakap kita. Jangan asyik nak ikut kepala dia je. Qis kau buat la pilihan sama ada nak ikut cakap mak atau nak jadi anak derhaka.” Teagas Mak Kiah lagi lantas berlalu dari situ meninggalkan Balqis yang termangu sendirian. Setitik air matanya gugur ke bumi jua.

Apa lagi pilihan yang aku ada? Apa yang harus aku lakukan?

 

“ TAK boleh begini umi. Kenapa umi tak tanya persetujuan Ryan dulu sebelum umi buat keputusan. Ryan tak setuju dengan tindakan umi 200 peratus umi. Ni berkait dengan masa depan Ryan, umi tak boleh sewenang-wenangnya pilih bakal calon isteri untuk Ryan. Ryan boleh pilih sendiri lagipun Ryan bukan tua sangat pun baharu 27 tahun.” Bantah Ryan apabila Puan Rahina memaksanya untuk berkahwin dengan gadis pilihan uminya yang entah siapa-siapa. Bengang campur bingung di buatnya.

“ Tengok tu bang anak bertuah ni cakap dia tak tua. Kamu tahu tak kawan yang sebaya kamu kebanyakkan dah ada anak dua orang takkan kamu nak bujang sampai mati.” Marah puan Rahina mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak lelaki bongsunya.

“ Taklah sampai mati umi setakat nazak tu kira okey lah.” Jawab Ryan pantas membuatkan Tuan Razlan tergelak. Tapi apabila melihat suhu kepanasan isterinya yang akan meletup bila- bila masa membantutkan niat Tuan Razlan untuk ketawa dengan lebih kuat. Cepat-cepat Tuan Razlan mengalihkan pandangan ke peti televisyen LCDnya. Takut.

“ Ryan jangan nak main- main dengan umi ya. Umi serius ni. Umi nak kamu kahwin juga dengan gadis pilihan  umi tu. Muktamad.” Tegas Puan Rahina tanpa memberi pilihan kepada Rya untuk membela diri.

Ryan menghela nafas berat. Bukankah bulan lepas dia telah membawa Balqis sebagai calon isteri pada uminya, walaupun secara diam dia menipu Puan Rahina tapi segalanya sudah jelas yang dia sudah mempunyai pilihan sendiri. Apa sudah jadi dengan umi aku ni? Bisik hati Ryan.

“ Umi, kan Ryan dah ada Balqis untuk dijadikan calon isteri umi kan dah setuju dulu, kenapa nak bangkit balik soal ni. Ryan malaslah umi.” Bentak Ryan tidak berpuas hati. tempoh hari semasa Balqis di bawa berjumpa dengan Puan Rahina, uminya itu memberi reaksi positif tapi kenapa hari ini lain pula. Ryan bertambah bingung.

“ Ada ke umi cakap umi setuju dengan pilihan Ryan tu? Umi tak cakap apa-apa pun.”

“ Tapi umi….” Ryan tidak dapat meneruskan kata-kata. Dia  benar- benar bingung. Wajahnya di raup berkali-kali mengharap  ketenangan akan meresap ke dalam jiwanya saat itu.

Puan Rahina menggelengkan kepala. Ryan tidak boleh di beri peluang lagi. Kali ini anak lelakinya itu harus menurut kata- katanya. Tidak boleh tidak.

“ Yang awak nak paksa-paksa anak kita ni kenapa ina? Biarlah dia tentukan masa depan dia, dengan siapa dia nak berkahwin. Buatnya dia tak berkenan dengan pilihan awak bagaimana? Yang terseksa dia juga bukan awak.” Tegur Tuan Razlan. Dia seolah-olah tidak bersetuju dengan cadangan isterinya untuk menikahkan Ryan dengan gadis yang Tuan Razlan sendiri tidak kenal. Kata Puan Rahina, Ryan pasti setuju dengan pilihannya tapi sekarang lain pula jadinya.

“ Abang, Ina tahu siapa yang Ina pilih untuk jadi menantu kita. Orangnya baik, sopan- santun, beradab dan yang pasti dia boleh jaga anak bujang kita ni hah” Puan Rahina masih belum berputus asa. Dia akan terus memujuk kalau tidak menjadi juga, dia akan guna cara lain. Ugutan. Ya dia akan mengugut Ryan sampai anaknya itu mahu mengikut kata-katanya.

“ Itu kata awak Ina, buktinya Ryan tak setuju dengan cakap awak tu. Awak batalkan aje peminangan tu.” Ujar Tuan Razlan yang nyata memihak kepada Ryan.

Bagaikan berada di dalam syurga betapa bahagianya Ryan apabila Tuan Razlan berpihak kepadanya. Ternyata Ryan memang tidak tahu cara apa lagi yang harus dilakukan untuk menepis cadangan Puan Rahina.

“ Senanglah abang cakap, Ina tak kira Ina nak Ryan kahwin juga dengan gadis tu. Umi dah bincang dengan keluarga dia bulan depan kamu nikah.” Tegas Puan Rahina.

Ryan tersentak. Apa lagi kali ni? Dahlah kena kahwin paksa dan sekarang puan Rahina mengatakan yang bulan hadapan dia harus menikah. Ya ALLAH, bala apakah ini?

“ Apa umi? Bulan depan nikah? Ryan tak nak umi. Umi jangan paksa Ryan, Ryan tak nak,tak nak.” Bentak Ryan. Dia mula mundar- mandir mengukur lantai ruang tamu yang luas terbentang di ruang matanya. Fikiran Ryan sungguh bercelaru di saat itu.

“ Umi tak kira kamu mesti ikut cakap umi kalau tidak umi akan kamu anggap kamu anak derhaka kerana tak ikut perintah umi. Ryan tahu kan syurga anak itu di bawah telapak kaki ibu. Ryan nak jadi anak derhaka ke?” ugut Puan Rahina dengan muka yang sengaja di seriuskan.

Ryan tersentak buat kesekian kalinya. Kalau dah lama-lama asyik tersentak boleh terkena penyakit kencing manis ni.

“ Umi please kalau benda lain umi minta daipada Ryan, Ryan boleh turutkan tapi kalau soal ni Ryan tak boleh nak penuhi umi. Tolonglah umi faham.” Rayu Ryan lagi berharap uminya akan berubah fikiran.

“ Dah banyak pilihan umi bagi pada kamu, tapi kamu sia- siakan. Dulu umi suruh kamu kahwin dengan Nabila banyak alasan yang kamu bagi, sekarang umi tak nak kamu membantah lagi. Ikut saja cakap umi.” Tegas Puan Rahina tidak memberi talian hayat untuk Ryan lagi.

Ryan ingin membantah tapi Puan Rahina meninggalkan Ryan termangu- mangu tidak puas hati. ingin memberontak, Puan Rahina itu uminya dan dia harus menghormati uminya. Sungguh Ryan buntu. Dia tidak diberi pilihan untuk bersuara. Arrrgghhh!!

BAB 6

TIADA kata yang terluah daripada Ryan mahupun Balqis masing-masing melayani perasaan sendiri. Tiada lagi omelan yang keluar daripada mulut Balqis yang lazimnya becok bercerita itu dan ini dengan Ryan. Dia seolah-olah kehilangan suara untuk berkata-kata tambahan lagi dengan masalah yang melanda dirinya saat ini. Dia setuju untuk barjumpa dengan Ryan pun kerana lelaki itu yang mengajaknya kalau diikutkan dia lebih rela duduk terperap di rumah sambil menunggu hari pernikahannya.

Ryan memandang wajah temannya yang suram. Beberapa kali dia mendengar keluhan dari mulut Balqis namun tiada apa yang terluah dari mulut comel itu. sudah hampir setengah jam mereka keluar bersama. Bunyi bising di dalam restoren Selera Kampung pun tidak mengganggu tumpuan Balqis yang asyik termenung sejak daripada tadi.

“ Kenapa dengan kau Qis? Aku tengok macam ada masalah je. Aku ingatkan aku je yang ada masalah rupanya kau pun ada juga ke?” Soal Ryan. Teh o’ ais limau yang dipesan dihirup perlahan. Segar.

Balqis menarik nafas sedalam- dalamnya. Dia perlu berterus terang dengan Ryan akan masalahnya yang sebenar dan mungkin ini pertemuan terakhir antara dia dan Ryan sebelum dia mendirikan rumahtangga dengan orang yang langsung dia tidak kenali.

“ Setiap manusia ada masalah mereka sendiri. Aku pun manusia normal juga.”

“ Kau normal ke? Aku ingat abnormal.” Jawab Ryan selamba. Dia cuba menceriakan suasana agar tidak dingin seperti sekarang.

Suara tawa Ryan langsung tidak menjentik hati Balqis untuk tergelak sama.

“Hahahahaha…tak lawak langsung.” Ejek Balqis geram membuatkan tawa Ryan terhenti.

“ Okey kalau kau ada masalah bagitahu aku. Aku tengok kau monyok je. Datang bulan eh?” Ryan tersengih bak kerang busuk malah lebih busuk dari kerang di pasar.

Balqis membulatkan matanya yang sudah tersedia bulat. Poyo betullah Ryan ni.

“ Kau ni aku hempuk jugakkan kau ni Ryan. Ini tak ada kena mengena dengan bulan datang ke tak.”

“ Habis itu kenapa? Aku tak sukalah tengok kau macam ni.” Rungut Ryan.

Balqis mengeluh lagi. Kenapa berat untuk dia mengungkapkan pada Ryan padahal sebagai kawan baik, Ryan patut tahu. Perlahan dia meraup muka berkali-kali.

“ Aku rasa ini kali terakhir aku jumpa kau sebab…” Balqis tidak jadi untuk meneruskan kata- kata kerana ternyata Ryan terkejut babun mendengar berita yang baharu disampaikan olehnya. Terlopong mulutnya seketika nasib baik nasi goreng sempat dikunyah jika tidak pasti jatuh ke lantai.

“ Sekarang ni bukan musim April fool Qis, mengarutlah kau ni. Kenapa pula kali terakhir aku boleh jumpa kau kan tiap- tiap hari kita boleh jumpa.” Ryan tergelak sendiri. Kepalanya di geleng-gelengkan.

Ryan merenung jauh ke dalam anak mata Balqis yang hitam cuba mencari kebenaran dari kata- kata itu dan ternyata memang benar gadis itu tidak menipu.

“ Aku akan kahwin bulan depan.”

“ What?!” jerit Ryan tiba-tiba mengejutkan pelanggan restoren yang lain. Ada yang tertumpah minuman dek kerana terkejut mendengar jeritan Ryan. Tidak kurang juga ada yang melatah.

“ Aku tahulah kau terkejut tapi tak payahlah menjerit macam aku duduk empat batu dari kau.” Marah Balqis. Sebuah jelingan dihadiahkan untuk temannya itu.

Ryan menekup mulutnya. Mata hazelnya dipandang ke kiri dan ke kanan. Memang semua mata yang ada dalam restoren itu memandangnya dengan pandangan yang berbagai-bagai. Akhirnya Ryan tersenyum manis dan mengangkat tangan dan kebanyakan anak- anak gadis membalas senyuman Ryan dengan semanis- manisnya membuatkan Ryan tersengih-sengih. Maklumlah jejaka handsome ala- ala Baim Wong sedang tersenyum anak gadis mana yang mahu melepaskan peluang.

“Sorry, sorry aku memang terkejut sangat dengan cerita kau yang sadis ni. Cepatnya kau nak kahwin. Kau cakap kat aku dulu kau tak main nak fikir pasal kahwin tapi sekarang hujan tak ribut tak, cakap nak kahwin. Aku siap check ramalan kaji cuaca, hujan pun tak hari ni. Boyfriend kau tu dah tak sabar-sabar ke?”  Ryan tidak berpuas hati. sudahlah hanya Balqis tempat dia mengadu masalah dan sekarang Balqis ingin memutuskan persahabatan mereka gara-gara gadis itu ingin berkahwin. Ini tidak adil.

Balqis menatap wajah teman yang setia berada di hadapannya itu. kenapalah mamat ni poyo sangat? Bebel Balqis dalam hati.

“ Aku tak ada boyfriend la tapi aku kena kahwin paksa dengan mak aku. Sebab tu bulan depan aku kena nikah.” Terang Balqis. Air oren di hirup perlahan cuba meredakan kegelisahan hatinya.

Tanpa menunggu lama Ryan ketawa lepas mendengar kenyataan Balqis. Terhinggut-hinggut bahunya ketawa mengundang sakit hati pada  Balqis.

“ Kenapa dengan kau ni? Gelak macam anak Pontianak nak ejek aku la tu aku bantai dengan pinggan ni baharu tahu.” Marah Balqis.

Ryan masih tergelak namun tawanya terhenti tiba-tiba. “ Samalah dengan aku.”

“ Apa yang sama?” Soal Balqis kehairanan.

“ Bulan depan aku pun kena kahwin jugak.”

“ Dengan siapa? Nabila?”

“ Taklah, dengan perempuan pilihan umi aku. Aku tak kenal pun siapa dia malah aku tak nak ambil tahu pun pasal perempuan tu biar umi aku yang uruskan semua. Dia yang beria- ria sangat. Aku tak nak.” Luah Ryan. Dia tahu hanya Balqis seorang yang memahami isi hatinya. Disebabkan itu dia selesa berkawan dengan Balqis walaupun kadang- kadang mereka selalu bertengkar.

Balqis tidak berkata apa-apa yang nyata dia juga terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Ryan. Lama wajah kacak Ryan dipandang. Sebuah keluhan berat dilepaskan.

 

BALQIS merenung siling biliknya. Sejak dua menjak tiga menjak ini dia tidak bersemangat untuk melakukan sebarang kerja. Dia hanya menghitung hari menunggu hari pernikahan. Jika bakal pengantin lain pasti bersemangat membuat persiapan untuk hari bahagia tapi semua itu bagaikan beban untuk Balqis. Dia langsung tidak mempedulikan tentang persiapan itu, semua barang- barang dan baju pengantin di beli oleh Mak Kiah dan Hani dia lebih rela menyibukkan diri dengan kerja- kerjanya yang bertimbun. Lebih tragis lagi dia tidak mahu bertemu dengan bakal suaminya walaupun berapa kali dipaksa oleh Mak Kiah. Dalam diam dia membenci lelaki yang hanya dikenali dengan nama Zhariff itu.

Tiba- tiba dia teringatkan Ryan yang mengalami perkara yang sama dengannya. Rupa-rupanya Ryan juga dipaksa berkahwin oleh uminya dan akan berkahwin pada tarikh yang sama dengan dirinya. Ternyata nasib dia dan Ryan sama mungkin sudah ditakdirkan begitu. Kenapalah dia dan Ryan menjadi mangsa dalam masalah kahwin paksa? Susah untuk dia terima dengan hati yang terbuka. Tapi apa kan daya dia hanya ingin menjadi anak yang solehah yang menurut kata- kata maknya walaupun dia harus mengorbankan kebahagiannya sendiri. Bahagiakah dia dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarganya itu?