TUAN
ZABIR memberhentikan keretanya sebaik saja dia selamat keluar dari kawasan kampungnya.
Dadanya masih lagi turun naik mengatur nafas yang tidak sekata apabila
terbayangkan apa yang telah dia dilakukan pada Nek Hajar.
“Apa
aku dah buat ni?” soal Tuan Zabir pada dirinya sendiri. Dia memandang kedua
belah telapak tangannya. Tapak tangan ini digunakan untuk menghentak kepala Nek
Hajar sehingga pecah. Tapak tangan ini turut berlinangan dengan darah insan
yang telah banyak membantunya selama ini.
“Mak,
maafkan Zabir. Zabir tak sengaja bunuh mak. Maafkan Zabir.” Keluh Tuan Zabir
sambil meraup wajahnya.
Selama
ini bukan tidak pernah membunuh malah sudah ramai yang mati di tangannya tetapi
kali ini perasaan bercampur-baur. Sedih, kecewa dan rasa bersalah kuat
mencengkam hatinya apatah lagi bayang wajah Nek Hajar yang tidak sedarkan diri
kerap berlegar-legar di ruang minda Tuan Zabir.
Tanpa
sedar, ada air mata yang mula bertakung di kelopak mata Tuan Zabir. Dia
menumbuk stereng dengan kuat. Berharap dengan cara itu mampu mengurangkan rasa
bersalah yang merajai hati kecilnya.
Belum
sempat ketenangan datang menjengah, telefon bimbit milik Tuan Zabir berbunyi
menandakan isyarat mesej masuk. Pantas, telefon bimbit dikeluarkan daripada
poket belakang seluarnya.
Dahi
Tuan Zabir berkerut apabila melihat sekeping mesej berbentuk MMS yang
dikirimkan daripada nombor yang tidak dikenali. Tanpa menunggu lama, Tuan Zabir
menekan skrin untuk membuka video yang telah dihantar.
Buntang
mata Tuan Zabir apabila melihat seorang gadis yang dipukul dan dikasari dengan
ganas oleh seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Jeritan dan rayuan gadis itu
jelas kedengaran di telinga Tuan Zabir. Malah matanya menangkap darah yang mengalir
di pinggir bibir gadis muda itu.
“Aisy!”
Jerit Tuan Zabir tidak tertahan. Telefon yang berada di tangannya digenggam
kemas. Anak matanya mula memancarkan sinar amarah.
“Tak
guna kau Razak!” marah Tuan Zabir dengan dada yang berombak kencang. Lantas,
stereng kereta ditumbuk bagi melepaskan amarahnya.
Belum
lagi kemarahan Razak reda, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Pantas, Tuan
Zabir melihat skrin. Nombor yang tidak dikenali sedang membuat panggilan. Dia
yakin itu pasti nombor Razak. Dengan tergesa-gesa dia menjawab panggilan.
“Macam
mana King, dah dapat video tadi? Mesti kau happy
kan tengok satu-satunya waris kau dapat layanan yang first class daripada aku. Itu baru sikit. Kau mesti terhibur tengok
gambar-gambar anak kau yang manis tu. Tak sangka juga aku penjahat macam kau ni
ada anak yang setara ustazah. Pandai kau simpan kan?” Perli Razak dengan tawa
yang bergema di corong telefon.
“Tak
guna! Lepaskan anak aku!” Tempik Razak dengan kuat.
“Lepaskan
anak kau? Ooo..no..no… Bagi Red
Diamond aku dulu, baru kau dapat anak kau.” Jawab Razak cukup bersahaja.
Tuan
Zabir mengenggam penumbuk. Jika Razak berada di hadapan matanya saat ini pasti
kepala lelaki keparat itu sudah berkecai menjadi habuan pistolnya.
“Kalau
kau apa-apakan anak aku, aku akan pastikan berlian tu hancur musnah! Kau faham
tak?” Jerkah Tuan Zabir lagi.
Razak
mendengus kasar. Degil juga orang tua tak guna ni. Desis hatinya.
“Baik,
kau pilih nak serahkan berlian tu pada aku atau anak kau jadi gundik Kitai buat
selama-lamanya. Cuba kau bayangkan anak kau yang suci ni jadi pemuas nafsu aku
dan Kitai. Oh, seronoknya bila tubuh anak kau tu dalam dakapan aku. Hahaha!” Razak ketawa lepas. Sebelum
mematikan talian.
Darah
Tuan Zabir menyirap hingga ke ubun-ubun.
“Aku
bunuh kau, Razak! Aku bunuh kau!” Tempik Tuan Zabir. Sarat dengan amarah dan
dendam.
“CHEERSSSS!”
Bunyi
tin minuman keras berlaga sesama sendiri mengejutkan Aisy daripada tidurnya.
Perlahan-lahan dia membuka mata yang terasa berat. Jelas di pandangannya lima
orang lelaki sedang berkumpul sambil meneguk minuman keras dengan rakus. Satu
persatu diperhatikan oleh Aisy dengan pandangan yang menjengkelkan sebelum anak
matanya tertancap pada sepasang mata yang turut memandang ke arahnya. Aisy
terkedu. Anak matanya jatuh pada tangan lelaki itu. Tiada minuman keras hanya
air mineral saja yang dipegang. Dahi Aisy berkedut seribu.
“Minumlah
sikit, Qartal. Kau tak nak sambut ke kejayaan kita hari ni? Bos belanja kita
ni. Minumlah sikit.” Pujuk Jeff sambil menyuakan satu tin berjenama Carlsberg
kepada Qartal.
Qartal
menepis lembut. Dia kembali meneguk air mineral yang dipegangnya.
“Kau
orang kalau nak minum, minumlah. Aku tak nak mabuk. Bila mabuk siapa yang nak
jaga perempuan tu. Kalau terlepas, naiya kita kena dengan bos.” Qartal memberi
alasan.
“Alah,
perempuan tu takkan lari. Dia takkan berani. Sekarang kita tengah hutan. Dia takkan
selamat kalau lari daripada kita. Silap-silap masuk mulut rimau dulu.” Sampuk
Bob sambil ketawa lantang diikuti dengan tawa sahabatnya yang lain.
“Come on, Qartal. Minumlah sikit. Tak
luak pun. Rasalah sikit. Penat-penat kita kerja, time inilah kita nak enjoy.” Paksa Abdul sambil cuba
menyuakan tin yang berisi arak tu rapat ke mulut Qartal.
Qartal
mendengus. Dia menepis kasar. Berdeting bunyi itu terhempas ke lantai. Tanpa
mengira kawan atau lawan, Qartal mencapai pistol di atas meja lalu diajukan
tepat ke dahi Abdul yang tergamam dengan reaksi Qartal.
“Aku
paling pantang orang paksa aku. Bila aku cakap tak nak, maknanya tak nak!
Jangan nak paksa. Kalau kau tak nak kepala kau bersepai dekat sini, jangan
banyak bunyi!” Ugut Qartal dengan anak mata tepat menikam wajah Abdul yang
pucat lesi.
“Wo…Woo…
relaks Qartal. Aku tahu kau tak suka orang paksa kau tapi kita orang nak kau enjoy. Baik, kita orang tak paksa. Kalau
kau tak minum, biar kami yang habiskan.” Sampuk Jeff cuba menjernihkan suasana.
Dia mencapai satu lagi tin lalu meneguk dengan penuh selera. Terlupa bahawa itu
adalah air kencing syaitan yang bakal membawa kemusnahan pada mereka.
Qartal
mendengus lalu kembali menjatuhkan tangannya. Dia melebarkan pandangan ke
tempat lain sebelum anak matanya terpaku pada renungan anak mata yang redup
itu. Qartal mengertap bibir apabila gadis itu mencarik senyuman nipis buatnya.
Lantas, dia mengalih pandangan ke tempat lain.
“Aku
rasa macam boring pulak malam ni. Apa
kata kalau kita cari hiburan sikit.” Jeff kembali bersuara dengan sengihan
melebar.
Abdul,
Bob, Jamal dan Qartal berpaling pada Jeff. Kurang mengerti dengan kata-kata
lelaki itu.
“Kau
nak cari hiburan dekat mana, Jeff? Kau ingat dalam hutan ni ada kelab?” Abdul
membuka mulut.
Jeff
tersenyum jahat. Dia mengangkat-angkat keningnya.
“Hiburan
dah ada depan mata, buat apa kita sia-siakan.” Ujar Jeff sambil mengerling ke
arah Aisy yang terdampar di atas lantai.
“Maksud
kau, kau nak jadikan perempuan tu sebagai hiburan?” soal Bob pantas.
Jeff
mengangguk laju.
“No! Bos tak bagi kita usik sikit pun
perempuan tu. Kau jangan cari nahas Jeff!” Qartal memberi amaran.
“Tapi
kalau kita jamah sikit tak luak pun rasanya. Tak payahlah buat yang
berat-berat. Ringan-ringan jelah. Aku ni pun dah lama mengidam nak merasa anak dara
King ni.” Jawab Jamal sambil ketawa lepas.
Abdul,
Bob dan Jeff turut ikut ketawa. Hanya Qartal yang kelihatan kegelisahan.
“Aku
ada kunci rantai dia. Apa kata kita buka dulu rantai tu, barulah seronok sikit
bergelut. Takkan kita nak jamah macam tu je kan?” Cadang Abdul sambil menayang
kunci yang berada dalam tangannya.
“Cantik
cadangan kau tu. Jom!” Ajak Jamal teruja.
Mereka
berempat bingkas bangun dan mendekati Aisy yang sudah tersedar. Gadis itu
kelihatan cuak apabila empat orang lelaki mengelilingi dirinya. Hatinya
berdengup tidak tentu hala saat ini. Hanya doa dan zikir yang dilaung-laungkan
oleh hatinya.
“Woi,
kau orang jangan jadi gila!” Marah Qartal lantas menarik bahu Jamal yang sudah
mula memegang kaki Aisy.
“Kalau
kau tak nak join kami, kau tolong
rakam aksi kita orang dengan anak King ni. Tak sabar betul aku nak rasa.” Ucap
Jamal sambil menepis tangan Qartal yang memaut bahunya.
Abdul
mula bertindak membuka kunci di kaki dan tangan Aisy sebelum Jeff memegang
kedua-dua belah tangan Aisy.
“Lepaskan
aku! Lepaskan aku!” Tempik Aisy kuat. Dia meronta-ronta malah kakinya
meneranjang sesiapa saja yang mendekat.
Qartal
mula mundar-mandir. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan saat ini. Melihat
Aisy dikerjakan sebegitu rupa membuatkan hatinya menjadi panas mendadak.
Pantas, dia mendapatkan Jeff. Bahu lelaki itu ditarik kasar.
“Kau
jangan buat kerja gila, Jeff! Kau nak mati ke kalau bos tahu!” Suara Qartal
meninggi.
“Kalau
kau tak bagi tahu, bos takkan tahu. Alah, setakat raba-raba sikit je bukan luak
pun dara budak ni!” Balas Jeff agak kasar. Dia menjengilkan matanya pada Qartal
yang dianggap telah menganggu masanya.
“Tolong!
Tolong!” Jerit Aisy dengan sekuat tenaganya yang masih bersisa. Tetapi nasibnya
malang apabila mulutnya ditekup kasar. Tercungap-cungap dia cuba menyedut
oksigen.
“Ada
hati nak mintak tolong. Kau kena bayar atas apa yang bapak kau dah
lakukan!” Balas Jamal sarat dengan
dendam.
Tangannya
cuba merentap tudung yang dipakai oleh Aisy tetapi Aisy bertindak pantas dengan
menggigit tangan Jeff yang menekup mulutnya. Entah daripada mana datangnya
semangat, Aisy terus bertindak ganas. Kepalanya dihantukkan ke muka Jamal yang
berada di dekatnya. Pautan di tangannya terlerai. Kesempatan itu diambil oleh
Aisy lalu dia mencapai rantai besi lalu dilibas ke muka Abdul dan Jamal.
Kedua-dua lelaki itu jatuh tersembam di atas lantai akibat libasan yang kuat
daripada Aisy.
Aisy
bingkas bangun dengan dada yang berombak ganas. Dia kini sudah bebas daripada
rantaian. Saat ini dia berhadapan dengan Bob dan Jeff yang cuba menangkap
tubuhnya. Anak mata Aisy mengerling ke arah pintu pondok yang tidak berkunci.
Inilah kesempatan untuk dia melarikan diri.
“Berani
kau melawan perempuan? Kau memang nak kena!” Marah Jeff apabila nafsunya tidak
dapat dipuaskan.
“Selagi
Allah tak cabut nyawa aku, selagi itulah aku akan pertahankan maruah aku
daripada manusia setan macam kau!” Balas Aisy kasar. Dia mengenggam kemas
rantai besi yang hendak dijadikan senjata untuk serang balas. Dia tahu
keempat-empat lelaki ini telah mabuk dan agak sukar untuk mereka melawan saat
ini.
“Kau
takkan selamat!” Balas Jeff lalu meluru ke arah Aisy.
Aisy
sudah nekad. Saat Jeff mendekat, saat itulah Aisy melibas rantai besi itu
dengan sekuat tenaga dan libasan itu tepat kena di muka Jeff. Pantas, Aisy
menolak tubuh kering lelaki itu lalu kakinya mengarah laju ke muka pintu tanpa
sempat untuk Bob menghalang.
“Tak
guna! Bob tangkap perempuan tu!” Laung Jeff lantang.
Dengan
kepala yang berpusing, Bob terus membuka langkah untuk mengejar Aisy yang telah
berjaya melarikan diri. Langkah Bob diikuti oleh Jeff, Jamal dan Abdul. Mereka
memegang kulit wajah mereka yang terluka akibat dilibas dengan rantai oleh
Aisy.
Qartal
hanya tergamam melihat insiden yang berlaku di hadapan mata. Nafas ditarik
sedalam mungkin sebelum dihembus dengan perlahan. Dia mengerling pistol yang
terletak di atas meja sebelum seulas senyuman terukir di bibirnya yang
terlindung di sebalik topeng.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.