TEMPAHAN untuk mini novel kedua SK ( JIKA
BENAR KAU CINTA ) sudah DIBUKA sekarang... Ada sesiapa yang berminat x?
hihi..Sesiapa BERMINAT boleh berikan NAMA dan NO.TEL untuk tempahan
terlebih dahulu sebab terhad kepada 100 buah sahaja...HARGA akan dimaklumkan kemudian...boleh PM SK di FB ataupun beri nama dan no phone kat email mujahidah_khadijah25@yahoo.com
Serahkan segala cinta hanya untuk DIA nescaya kau akan dapat cinta yang selayaknya.- SitiKhadijah -
Tetamu Rindu
Saturday, 23 November 2013
Saturday, 16 November 2013
Ingkar Cinta ~ Teaser
“Berapa lama kau kenal dia, Ada?” soal Zafran
tiba-tiba.
Wardah mengerutkan kening. Pandangannya dilabuhkan
di wajah Zafran.
“Siapa?” soalnya pendek.
“Bakal suami kaulah takkan aku pulak,” balas Zafran
bergurau.
Wardah tersenyum nipis.
“Sejak semester akhir aku kenal dia sampailah
sekarang,” balas Wardah sambil tangannya lincah membentangkan alas meja lalu
diletakkan dihamparkan di atas meja.
“Kau betul-betul kenal dia ke, Ada?” soal Zafran
lagi. Dia merenung anak mata Wardah yang duduk agak jauh daripadanya.
“Apa maksud kau?”
“Kau kenal dia tak sampai setahun dan kau ambil
keputusan untuk hidup dengan dia buat selama-lamanya? Kau betul-betul kenal dia
ke?” soal Zafran sekali lagi.
Wardah mengetap bibir. Dia sedikit tersentap dengan
soalan Zafran yang seolah-olah menguji ketahanan hatinya sedangkan lelaki itu
sudah sedia maklum yang Emir Rehan akan menjadi suaminya tidak lama lagi.
“Kadang-kadang untuk mengenali seseorang itu tidak
perlu masa lama kerana hanya hati yang mengenal hati. Kau kena ingat Zaf jodoh
kita tak semestinya dengan orang yang lama kita kenal, mungkin jodoh kita
dengan baru kita kenal. Aku percaya tentang itu,” balas Wardah tenang.
Zafran terpempan. Kata-kata Wardah tepat mengenai
batang hidungnya sendiri. Dia menundukkan wajah.
“Aku tahu aku dah tak ada peluang tu tapi kau kena
tahu sesuatu Ada, apa yang aku cakapkan pada kau dulu tak pernah berubah sama
ada kau terima aku sebagai sahabat ataupun tidak. Cinta bukan sesuatu yang
mudah untuk dialihkan, Ada. Bila ia dah menyapa hati, ia akan terus lekat dalam
hati seperti digam. Itulah yang aku rasakan saat ini. Bukan aku tak cuba
lupakan apa yang pernah aku katakan pada kau tapi mustahil semua itu boleh
hilang dalam sekelip mata kan, Ada?” balas Zafran mengharapkan pengertian
daripada Wardah.
Wardah terdiam sejenak. Dadanya mula bergendang
tidak menentu mendengar kata-kata Zafran. Kenapa kisah lalu juga yang ingin
diungkit? Sedangkan dia ingin melupakan semua itu.
“Aku tahu kau dah berubah, Zaf. Aku yakin kau bukan
Zaf yang dulu lagi…”
“Tapi kenapa susah sangat kau nak terima aku
walaupun aku terlambat untuk jadi teman hidup kau tapi tak boleh ke kalau kau
terima aku sebagai kawan kau semula? Hina sangat ke aku pada mata kau, Ada?
Hina sangat ke?” kali ini Zafran seolah-olah emosi. Dia mendekati Wardah.
Wardah gelisah. Dia mengundurkan langkah setapak ke
belakang. Renungan anak mata yang hitam pekat itu meresahkan dirinya. Apa yang aku
nak jawab?
“Zaf, tolong jangan paksa aku. Aku dah maafkan kau,
itu sudah cukup untuk kau tahu kan. Apa lagi yang kau nak selain kemaafan atas
kesalahan kau dulu?” soal Wardah pula. Langkahnya terhenti apabila tubuhnya
terlanggar meja. Dia berdiri kaku di hadapan Zafran.
Mata Wardah melilau memandang sekeliling, bimbang
juga jika ada mata yang memandang mereka berdua. Nanti boleh menimbulkan
fitnah.
“Aku
sayangkan kau, Wardah. Aku sayangkan kau…” luah Zafran sayu.
Thursday, 14 November 2013
Ingkar Cinta ( Teaser )
Memandangkan ramai yang bertanyakan kisah Zaf dan Wardah jadi SK letakkan teaser untuk tatapan anda semua ye...Sebenarnya entry Ingkar Cinta dah berakhir dekat blog...untuk sambungan kena nantikan novelnya ye...okey, SK letakkan teaser sikit ye untuk lepaskan rindu korang semua pada Zaf dan Ada...


KAD undangan perkahwinan yang berwarna merah jambu
itu direnung lama. Sedaya upaya dia cuba menahan rasa sebak yang bermukim di
hati. Kad ini diberikan oleh abangnya semalam dan baharu hari ini dia mempunyai
kekuatan untuk membuka kad tersebut. Sudah sekian lama dia menyepikan diri
daripada kampung dan semalam dia mendapat satu berita yang tidak
disangka-sangka.
“Ini kad kahwin dia. Abang harap kau dapat bersabar,
ya. Abang boleh je tak bagi kad ini pada kau tapi abang tak nak kau salahkan
abang kalau dapat tahu perkahwinan dia daripada orang lain lagipun mak dia
memang nak kau datang majlis anak dia ni. Dia pun pernah jadi kawan kau dulu.
Sampai bila kau nak sembunyikan diri macam ni, dik?” soalan daripada abangnya
membuatkan dia termenung panjang.
Sampai bila aku nak sembunyikan diri? Sampai bila
aku nak mengelak daripada bertemu dengannya? Tetapi apabila aku bersemuka
dengannya, hati aku akan bertambah sakit apabila mengetahui dia bukan untukku.
Monolog hatinya.
“Kadang-kadang melarikan diri itu lebih baik
daripada menghadapi kenyataan yang hanya menyakitkan hati, bang.” Jawabnya
dengan hati yang membengkak.
“Zafran yang abang kenal sejak kecil bukan macam ni.
Mana pergi Zafran Wildan yang gagah dan perkasa yang tak pernah mengaku kalah
dengan cinta mahupun wanita? Mana pergi adik abang yang tak pernah kisah
tentang soal hati, yang tak pernah kisah tentang perasaan orang lain? Mana
perginya adik abang yang itu?” soal Zahirul sambil menggoncangkan bahu Zafran
yang kelihatan lemah.
Zafran tidak menjawab sebaliknya dia hanya
menundukkan wajah. Dia cuba menyembunyikan rahsia hatinya yang kecewa dengan
berita yang diterimanya tadi.
“Zaf manusia biasa, bang. Zaf berubah jika ada
sesuatu yang berjaya mengubah hati Zaf dan dia telah berjaya mengubah hati Zaf
yang dingin terhadap cinta sehinggakan Zaf rasa terbuai dengan rasa cinta itu.
Mungkin salah Zaf juga kerana mendekatinya dengan cara yang salah tapi cara
yang salah itu menunjukkan Zaf satu rasa yang betul,” balas Zafran dengan suara
yang sayu.
Dia menggenggam kad jemputan yang berada di
tangannya. Hembusan bayu petang menyejukkan hatinya yang tidak keruan. Dia
tidak menyangka dalam tempoh masa empat tahun ini, akhirnya gadis itu akan
menjadi milik orang lain dalam masa dua minggu dari sekarang. Bukan dia tidak
redha tetapi hatinya sedikit terkilan.
Sepanjang empat tahun dia melarikan diri dari
kampung, banyak perkara telah merubah pandangannya tentang cinta dan kehidupan.
Kehidupannya di Madrasah Darul Iman membuatkan dia lebih tenang. Ternyata
selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Dia akan menghampiri kita.
Allah itu lebih
dekat kepada manusia daripada urat lehernya sendiri.
(Qaf: 16)
Sekarang ini baharu Zafran sedar, untuk mendapatkan
cinta manusia dia perlu meraih cinta Ilahi terlebih dahulu. Hampir setahun dia
menuntut di Madrasah Darul Iman dan cuba mencari jati dirinya sendiri akhirnya
dia sudah menemui ketenangan yang dicari selama ini. Biarpun tanpa gadis itu,
biar pun tanpa sesiapa akhirnya dia sudah bertemu dengan cinta yang hakiki itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

