“HOI,
bangun!” jerkah Jeff sambil menepuk-nepuk kasar pipi Aisy yang lebam. Dia mengambil
air mineral lalu direnjis-renjis ke arah Aisy yang sudah dirantai kaki dan
tangannya.
Mata
Aisy bergerak-gerak sebelum terbuka dengan perlahan-lahan. Kepalanya masih
terasa berpusing-pusing namun Aisy gagah dirinya untuk mencelikkan mata. Sebaik
saja kelopak matanya terbuka, terpampang wajah yang cukup asing daripada
pandangannya. Pantas, Aisy bingkas dan mengesotkan tubuhnya ke belakang.
Aisy
panik apabila melihat tubuhnya yang dirantai kaki dan tangan. Anak matanya
meliar memandang persekitaran yang agak janggal di pandangannya. Ini bukan
rumah tok. Aku kat mana ni? Soal hati Aisy mulai cuak.
“Kat
mana ni? Kau orang siapa?” soal Aisy sambil menarik lututnya hingga ke dada.
Tangannya yang dirantai ke hadapan memudahkan dia untuk memeluk lutut. Dia benar-benar
ketakutan saat ini. Melihat pandangan lelaki botak itu cukup menggerunkan hati
Aisy.
“Kita
kat syurga ni, sayang. Tak nampak ke istana indah ni?” sindir Jeff sambil
ketawa lepas.
Tawanya
disambut oleh kawan-kawannya yang lain. Aisy menelan air liur. Fikirannya
kembali berputar pada peristiwa sebelum dia pengsan. Terimbau di fikirannya
wajah Tok Awang dan Nek Hajar yang dibelasah teruk oleh sekumpulan samseng yang
menceroboh masuk ke rumahnya.
“Kau
nak apa? Apa salah aku dengan kau?” soal Aisy sebak. Sedaya upaya dia cuba
menahan air mata daripada gugur tetapi dek kerana rasa takut yang kian
menjalar, setitis demi setitis mutiara jernih gugur daripada kelopak mata.
“Kau
memang tak salah dengan kami tapi bapak kau tu dah menyusahkan kami semua!” jawab
Jeff sambil mencekak pinggang.
“Aa…apa
yang abah aku dah buat pada kau?” soal Aisy lagi. Dia menundukkan wajah. Tidak
berani untuk menentang pandangan tajam lelaki asing itu.
“Kau
tak tahu apa yang bapak kau buat?” soalan dibalas soalan oleh Jeff.
Aisy
menggeleng laju. Dia melarikan wajah apabila Jeff mendekatkan wajahnya. Ya
Allah, selamatkan aku! Rintih hati Aisy semakin ketakutan. Menggigil tubuhnya
apabila dagunya dipaut kasar oleh Jeff.
“Jangan
sentuh aku!” bentak Aisy berani. Dia menepis tangan Jeff yang tanpa amara cuba
menyentuh wajahnya.
Jeff
mencerun tajam memandang Aisy. Terasa egonya dicabar dengan suara Aisy yang
meninggi. Pantas, rambut Aisy yang dibaluti tudung dicekak kasar. Jeritan Aisy
langsung tidak mendatangkan belas dalam diri Jeff.
“Kau
nak tahu apa yang bapak keparat kau dah buat? Dia curi berlian daripada kami.
Sekarang aku nak berlian tu. Kau tahu tak mana bapak kau simpan berlian tu?”
soal Jeff dengan gigi yang sengaja dikancingkan.
“Aku
tak tahu! Abah aku takkan buat kerja-kerja kotor tu!” balas Aisy membela
abahnya. Dia cuba melepaskan cengkaman tangan Jeff di rambutnya. Namun, dia
tidak berdaya. Sungguh, kulit kepalanya teras perit dan sakit.
Jeff
ketawa lepas. Dia melepaskan cengkaman daripada rambut Aisy yang tertutup oleh
tudung. Dia menuju ke arah rakan-rakannya yang lain. Tangannya disangkutkan ke
bahu Bob sementara pandangannya dibiarkan tertancap pada wajah Aisy yang
ketakutan.
“Kau
silap besarlah, perempuan! Bapak kau tu ketua segala kerja-kerja kotor. Mungkin
kau bodoh sebab percayakan bapak kau tu. Hari ni biar aku cerita siapa bapak
kau yang sebenar. Kau nampak tak budak-budak dan perempuan-perempuan tu?” soal
Jeff.
Dia
kembali menghampiri Aisy. Kepala Aisy ditarik lalu memaksa gadis itu supaya
berpaling ke satu sudut dinding tidak jauh daripada tempat Aisy duduk.
Kelihatan dua orang anak gadis dan lima orang kanak-kanak dalam lingkukan tujuh
hingga sepuluh tahun sedang duduk bersandar di sudut dinding. Semuanya
kelihatan letih dan tidak bermaya. Malah, wajah mereka dipenuhi luka-luka dan
kesan lebam.
“Tak
lama lagi budak-budak dan perempuan tu akan dijual ke luar negara untuk
dijadikan peminta sedekah atau pun pelacur. Kau nak tahu siapa tauke besar
dalam kerja-kerja macam ni?” soal Jeff sambil menarik kasar tudung Aisy.
Aisy
mula menganggis teresak-esak. Hatinya bagaikan ingin pecah menahan rasa
gementar dan takut. Dia takut untuk menerima kenyataan abahnya melakukan
pekerjaan terkutuk itu.
“Nak
tahu tak?!” jerkah Jeff lalu menampar kasar wajah Aisy. Terteleng wajah Aisy
disebabkan tamparan keras itu. Ada darah mengalir daripada celah bibirnya.
Dengan rasa terpaksa, Aisy menganggukkan kepala.
“Hah,
macam tulah! Bapak kaulah taiko segala kerja-kerja haram. Berlian yang aku curi
pun dia dah rembat. Jadi kau tak payah peliklah kenapa bapak kau boleh hidup
kaya-raya.” Ujar Jeff sambil bingkas bangun.
“Jeff,
cukuplah tu. Kita tunggu bos datang. Kalau apa-apa jadi pada perempuan ni, kita
juga yang susah.” Ucap Qartal cuba mengekang perbuatan Jeff yang terlalu
berkasar dengan Aisy.
Jeff
terdiam. Dia mengibas-ngibas tangannya. Kata-kata Qartal ada benarnya juga.
Lebih baik Razak yang uruskan perempuan itu.
“Aku
cuma geram dengan bapak dia ni. Sebabkan dia, nyawa kita dalam bahaya sekarang.
Kalau kita tak dapat semula berlian tu dalam masa dua minggu, nyawa kita yang
akan melayang, Qartal. Kau nak mampus ke? Aku tak nak mampus lagi!” ujar Jeff
sambil menggosok-gosok kepalanya yang tidak berambut.
“Kau
ingat kita orang ni nak mati ke, Jeff? Tapi kalau kau balun budak tu sampai
mati pun dia takkan jawab. Lebih baik kita tunggu keputusan bos. Mana tahu bos
nak jual perempuan ni kat seberang. Lumayan juga habuan yang kita dapat nanti.”
Sampuk Bob yang berdiri di sisi Qartal.
Topeng
ketiga-tiga lelaki itu sudah ditanggalkan cuma Qartal saja masih selesa memakai
topeng yang menutupi hidungnya hingga ke mulut. Rambutnya yang panjang
dibiarkan lepas sehingga menutupi dahi. Langsung tidak terlihat wajahnya yang
sebenar.
Aisy
tersentak apabila mendengar perkataan ‘jual’. Dia tidak mahu dijadikan barang
dagangan. Maruahnya tidak semurah itu!
“Lepaskan
aku! Lepaskan akulah setan!” jerit Aisy tidak semena-mena.
Dia
bingkas bangun dan cuba untuk meleraikan rantai yang mengikat tangan dan
kakinya. Namun, semuanya sia-sia. Rantai itu terlalu utuh untuk dileraikan.
“Cuba
ulang apa yang kau cakap tadi…” Jeff kembali menghampiri Aisy.
Dia
menyuakan telinganya pada Aisy. Seolah-olah meremehkan Aisy yang sedang
terikat. Dada gadis itu kelihatan berombak menahan rasa. Marah mungkin. Tebak
Jeff.
“Lepaskan
aku! Pekak ke? Aku tak ada kena-mengena dengan kehilangan berlian bodoh kau tu!
Abah aku tak salah. Kau yang gila!” tempik Aisy melepaskan kemarahan yang
terpendam.
Panggg!
Buat
kesekian kalinya pipi Aisy ditampar dengan kuat. Sehingga membuatkan hidung dan
bibir Aisy pecah berdarah. Tetapi Aisy tidak mengalah. Dia akan melakukan apa
saja untuk menyelamatkan dirinya daripada cengkaman penculik yang tak berhati
perut seperti Jeff.
“Perempuan
tak guna! Sekali lagi kau berbunyi, aku tak teragak-agak nak tembak mulut kau!”
tengking Jeff lantas mengeluarkan pistol yang terselit di pinggangnya.
Qartal
dan Bob berpandangan. Dua lagi rakan mereka yang bersiap-siaga di luar pondok
penyembunyian mereka turut menjenguk ke dalam rumah. Suasana menjadi tegang.
Jeff dan Aisy beradu pandangan.
“Kau
pengecut! Kau nak bunuh aku? Bunuhlah!” cabar Aisy garang. Mencerlun anak
matanya menentang pandangan Jeff yang tajam.
“Kau
jangan cabar aku, perempuan!” Jeff memberi amaran. Rahangnya berlaga sama
sendiri akibat menahan rasa amarah yang membuak dalam dadanya. Picu pistol
ditarik. Kepala Aisy dijadikan sasaran.
Aisy
cuba memberanikan diri. Walhal dalam hati betapa kecut perutnya apabila melihat
muncung pistol revolver itu betul-betul dihalakan tepat ke dahinya. Sekali
petikan, pasti otaknya berkecai.
‘Ya
Allah, andai ini penamat hidup aku, Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku. Tetapi
aku masih berharap agar Kau selamatkan aku daripada seksaan ini, Ya Allah. Aku
tak mahu pergi menghadap-Mu dengan keadaan yang tidak sempurna.’ Monolog Aisy
bersama air mata yang laju menuruni lekuk pipi.
Kebisuan
Aisy menambahkan rasa sakit hati Jeff. Belum pernah ada gadis yang berani
mencabar dirinya. Kali ini biar dia menamatkan riwayat gadis degil seperti
Aisy. Lantas, picu pistolnya terus ditarik. Jeff nekad!
Bang!
Tembakan
Jeff tersasar ke udara apabila tangannya ditepis oleh Qartal. Sepantas kilat,
Qartal berjaya merampas pistol daripada tangan Jeff. Dia mencampakkan pistol
milik Jeff jauh ke belakang.
“Kau
dah gila ke, Jeff? Kau lupa perempuan tu tawanan bos kita? Kau nak cari nahas
ke? Kalau perempuan ni mati, aku yakin kau pun akan mati!” jerkah Qartal sambil
menolak bahu Jeff.
Jeff
tersedar. Dia meraup wajahnya. Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan.
“Perempuan
ni memang cari pasal. Kalau bukan sebab kau, pasti maut yang menjemput dia
malam ni!” bentak Jeff cuba mendapatkan Aisy sekali lagi.
Aisy
menjerit lalu mengelak. Qartal pantas bertindak dengan menangkap tubuh Jeff
bagi menghalang lelaki itu menyerang Aisy.
“Sudahlah,
Jeff! Kau akan keruhkan lagi keadaan. Sekarang kau keluar dulu. Biar aku yang
jaga perempuan ni.” Qartal memberi idea.
Dia
memandang wajah Jeff dan Aisy silih berganti. Sebaik saja dia bertembung
pandang dengan Aisy, satu jelingan dihadiahkan oleh gadis itu.
“Baik,
kali ni aku bagi perempuan ni peluang. Tapi Qartal, kalau bos arahkan untuk
bunuh perempuan ni, kau serahkan pada aku. Aku tak sabar nak cabut nyawa
perempuan tak guna ni!” balas Jeff kasar sambil menuding jari pada Aisy yang
sedang berdiri sambil melekapkan belakang tubuhnya di dinding.
“Kau
yang tak guna!” Aisy melawan.
“Perempuan
ni kan, sekali aku…”
“Sudahlah
tu, Jeff! Kau keluar sekarang. Bob, Leman, kau bawak Jeff keluar. Biar aku
uruskan perempuan ni!” arah Qartal.
Bob
dan Leman hanya menurut. Dia menarik lengan Jeff supaya menjauhi Qartal dan
Aisy. Tubuh orang kanan Razak itu ditarik hingga ke luar pondok buruk milik
mereka. Pintu ditutup rapat.
AISY
menarik nafas lega. Spontan dia duduk kembali. Anak matanya melingas memandang
lelaki bertopeng yang mundar-mandir di hadapannya. Dahi Aisy berkerut kerana
cuba mengamati wajah lelaki itu yang tidak kelihatan kerana ditutupi topeng dan
rambutnya yang panjang.
Jantung
Aisy berdetak kencang apabila lelaki asing itu menghampiri sebelum duduk
berhadapan dengannya. Aisy melarikan pandangan ke tempat lain. Renungan anak
mata yang tajam itu cukup membuatkan Aisy tidak selesa.
“Boleh
tak kalau kau bagitahu aje kat mana bapak kau sorokkan berlian tu? Kita orang
pun tak payah buang masa layan kerenah kau.” Qartal bersuara sambil merenung
wajah Aisy yang comot.
Aisy
menjeling tajam.
“Lepaskan
aku!” ujar Aisy tegas.
Qartal
melepaskan keluhan. Tegak anak matanya membalas renungan Aisy yang tidak
berpuas hati.
“Kau
memang degil kan? Susah sangat ke nak bagi berlian tu? Kau lebih sayangkan
berlian tu daripada nyawa kau sendiri? Kau memang bodoh!” ucap Qartal dengan
kasar.
“Kau
yang bodoh! Aku tak tahu apa-apa pasal berlian tu dan abah aku takkan buat
benda yang haram!” tegas Aisy lagi.
Qartal
ketawa sinis. Rambut yang menganggu pandangan, diselak ke belakang.
“Bercakap
dengan perempuan keras kepala macam kau ni memang tak guna. Sepatutnya aku
biarkan aje Jeff tembak mulut kau ni. Banyak sangat bunyinya.” Omel Qartal lalu
bingkas bangun sebelum berpaling membelakangi Aisy.
Namun,
bunyi esakan dari arah belakang mematikan langkah Qartal.
“Aku
tak tahu apa masalah kau dengan ayah aku tapi aku tak bersalah. Aku tak tahu
apa-apa pasal berlian tu. Kenapa kau culik aku? Aku bukan orang kaya. Nenek dan
atok aku orang miskin. Dia orang tak dapat nak bayar duit tebusan kalau duit
yang kau nak.” Rintih Aisy.
Dia
mengalah. Esakannya semakin menjadi-jadi. Hatinya sayu mengenangkan nasib diri
yang masih belum diketahui. Sungguh saat ini dia takut. Dia takut untuk
menghadapi kenyataan saat ini dia dijadikan tebusan untuk mendapatkan sebutir
berlian yang entah di mana hilangnya.
Qartal
menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan. Sedaya upaya dia cuba untuk
tidak termakan dengan rintihan gadis manis itu.
“Orang
yang patut dipersalahkan adalah bapak kau sendiri. Dia yang buatkan kau
terperangkap kat sini. Jadi kau yang kena bayar apa yang dia dah lakukan.” Ucap
Qartal perlahan tapi masih didengari oleh Aisy.
Aisy
tidak mampu menahan perasaannya. Dia menangis semahu-mahunya.
“Diam!
Kalau kau menangis sampai buta sekali pun, tak ada siapa yang dapat selamatkan
kau.” Sambung Qartal sambil berpaling.
Jelas
di pandangannya tubuh Aisy yang melurut jatuh di atas lantai. Gadis itu menekup
wajahnya ke lantai yang penuh debu dan kotoran. Raungan dan tangisan gadis itu
bergema di dalam pondok buruk yang dijadikan markas untuk kumpulan mereka
bersembuyi daripada pihak polis.
“Tok,
nek, selamatkan Aisy. Abah, selamatkan Aisy…” rintih Aisy lagi tanpa
mempedulikan Qartal yang masih tercegat di hadapannya.
Qartal
mendengus. Dia menghampiri Aisy. Lengan Aisy ditarik sehingga gadis itu
terduduk semula. Dagu Aisy dipaut kasar oleh Qartal. Bunyi tangisan gadis itu
begitu membingitkan telinganya.
“Diam.”
Ujar Qartal dengan suara yang mendatar. Namun dadanya berombak menahan rasa
marah dengan sikap Aisy yang tidak mendengar kata.
Aisy
terus-terusan menangis. Dia menjadi lemah dalam sekelip mata. Dia tidak peduli
pada kehadiran Qartal yang berada di hadapannya. Dia larut dalam perasaan sedih
yang begitu mencengkam jiwa wanitanya.
“Aku
cakap diam, maknanya diamlah!” jerkah Qartal garang.
Aisy
tersentak. Tegak anak matanya memandang wajah lelaki bertopeng di hadapannya.
Serta-merta tangisan berhenti secara mendadak. Dadanya berombak kencang.
Otaknya bercelaru tika ini. Lantas, dia menepis tangan Qartal yang memegang
dagunya. Dia bangun dan cuba untuk melarikan diri.
“Lepaskan
aku! Lepaskan aku! Aku nak keluar dari sini!” racau Aisy tidak ubah seperti
orang kurang siuman.
Dia
menarik rantai yang mengikat kaki dan tangannya. Tarikan yang kuat itu
membuatkan telapak tangannya berdarah. Apabila dia tidak berjaya, Aisy mula
merentap-rentap rantai itu dengan kuat.
“Aku
takkan jadi mangsa kau! Lepaskan aku! Lepaskan aku!!” jerit Aisy dengan
lantang.
Qartal
mula hilang kesabaran. Pantas, tubuh Aisy ditolak kasar sehinggakan tubuh genit
itu terhentak di dinding sebelum jatuh terjelopok di atas lantai. Tangisan Aisy
terhenti. Dia semakin lemah lalu perlahan-lahan matanya terpejam rapat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.