TIDUR
Aisy terganggu apabila dia merasa kepalanya seperti dibaling dengan benda
keras. Perlahan-lahan, kelopak matanya terbuka luas. Anak mata hitamnya
melilau-lilau memandang ke sekeliling sebelum dia terdengar suara seakan
berbisik memanggil dirinya.
“Kak,
bangun. Orang jahat tu dah keluar.” Panggil satu suara membuatkan Aisy bingkas
bangun. Dia terduduk sambil mencari pemilik suara halus itu.
Anak
matanya tertancap pada salah seorang
daripada dua orang anak gadis yang sedang duduk di satu sudut tidak jauh
daripada tempatnya dirantai. Di tepi anak-anak gadis itu kelihatan lima
kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang tidur dengan tangan dan kaki turut
diikat. Terbit rasa simpati dalam diri Aisy apabila melihat kanak-kanak yang
tidak berdosa dikurung dan dipukul sebelum dijual ke negara seberang.
“Akak
okey ke? Saya Ida.” Ucap Ida memperkenalkan dirinya.
Aisy
tersenyum tawar.
“Panggil
akak Kak Aisy. Akak okey. Berapa lama Ida kena kurung kat sini?” soal Aisy.
Ida
berpandangan dengan dua rakannya lain. Mereka menjongketkan bahu.
“Saya
tak pasti, kak. Rasanya dah lama kami dekat sini. Saya dengar mereka nak hantar
kami ke jeti hari ni. Kami tak nak, kak! Kami nak balik. Kami takut.” Jawab Ida
dengan air mata yang bergenangan. Terpancar riak ketakutan di wajah anak gadis
itu.
Aisy
mengeluh berat. Kalau Ida takut, dia apatah lagi. Tidak pernah terbayang dalam
fikirannya selama ini yang dia akan berhadapan dengan situasi sebegini.
“Akak
tahu. Akak pun sama. Kita cuba lepaskan diri sama-sama dan berdoa supaya polis
datang cari kita.” Ujar Aisy cuba menyedapkan hatinya sendiri.
“Tapi
bila bantuan akan sampai kak? Sekarang ni kita kat tengah-tengah hutan. Bukan
mudah polis nak kesan tempat ni.” Sampuk seorang lagi rakan Ida.
Anak
mata Aisy teralih pada laman wajah gadis muda yang berambut panjang. Gadis yang
berusia kira-kira dua puluh tahun itu memang cantik. Kulitnya putih kemerahan
namun kesan lebam tetap menghiasi wajah cantik itu.
“Memang
tak mudah tapi tak ada yang mustahil bagi Allah. Kita memang tak ada polis yang
dapat tolong kita sekarang, tapi kita masih ada Allah. Dia akan bantu kita
untuk lepas daripada penculik tu.” Ujar Aisy berbaur nasihat.
Aisy
memandang tangannya yang dirantai. Telapak tangannya masih lagi luka malah luka
itu terasa berdenyut-denyut. Tetapi Aisy tetap tahankan jua. Dia nekad untuk
melarikan diri. Tapi macam mana? Tangan dan kakinya masih terpasung. Lalu
keluhan berat dilepaskan.
“Kita
kena lakukan sesuatu, kak. Semalam saya dengar dia orang cakap, bos besar
mereka nak datang hari ni. Saya takut kak. Saya tak nak kena jual. Kesian dekat
mak ayah saya. Dia orang tentu risau sekarang ni.” Keluh kawan Ida dengan wajah
yang murung.
Aisy
tidak menjawab sebaliknya kata-kata kawan Ida itu mengingatkan dia pada Tok
Awang dan Nek Hajar. Apa agaknya nasib nenek dan datuknya sekarang ini?
“Akak
pun sama tapi kita…” Kata-kata Aisy tergantung apabila pintu pondok buruk itu
dikuak dari luar. Aisy mengesot
punggungunya ke belakang. Matanya dipejam apabila terkena pancaran matahari
saat pintu itu terbuka.
Perlahan-lahan,
Aisy membuka mata. Tegak anak matanya memandang ke hadapan. Kelihatan seorang
lelaki bertopeng menutupi separuh wajahnya berjalan ke arah Aisy dengan membawa
sebungkus makanan di tangan. Aisy menjeling benci.
Qartal
duduk mencangkung berhadapan dengan Aisy. Wajah Aisy yang lebam-lebam dipandang
sekilas sebelum anak matanya beralih pada Ida dan rakannya yang terkebil-kebil
memandang ke arah mereka berdua.
“Kau
orang lapar?” soal Qartal perlahan.
Ida
mengangguk laju. Bukan setakat lapar malah tahap kebulur. Kali terakhir mereka
diberi makanan pada petang semalam. Itu pun sekadar roti.
“Tunggu
sampai makanan sampai. Sekarang aku nak bagi tuan puteri ni makan dulu. Kalau
tuan puteri ni kebulur, aku pulak yang susah.” Ujar Qartal sambil pandangannya
kembali pada Aisy.
“Aku
tak lapar.” Jawab Aisy mendatar. Dia mengalih pandangan ke tempat lain. Rasa
benci untuk melihat wajah penculik yang berhadapan dengannya ini.
“Kau
cakap apa?” soal Qartal kembali. Dia menyuakan telinganya pada Aisy.
Aisy
mendengus benci.
“Aku
tak lapar! Pekak ke?” bentak Aisy berani.
Qartal
tersentak. Dadanya berombak kecil menahan rasa marah dengan keberanian yang
ditunjukkan Aisy. Lalu, Qartal membuka bekas polistrina lalu ditolak ke arah
Aisy.
“Makan
sekarang!” arah Qartal.
Aisy
membeku. Dia memeluk lututnya sendiri. Enggan mengikuti arahan Qartal. Dia
lebih rela berlapar daripada menerima pemberian penjenayah seperti Qartal.
“Kau
degil? Kau nak aku paksa kau ke?” suara Qartal meninggi.
Aisy
tidak menjawab sebaliknya dia hanya menjeling.
“Aku
tak nak makan! Kau tak faham bahasa?” balas Aisy berkeras.
“Kau
ni dah lebih, perempuan. Kau nak mati agaknya…”
“Lebih
baik aku mati daripada jadi mangsa manusia tak guna macam kau ni!” tengking
Aisy. Dadanya berombak-ombak menahan kesabaran yang sudah terbang melayang. Dia
memberanikan diri menentang pandangan Qartal yang tajam.
“Tak
guna!” Marah Qartal. Serentak tangannya diangkat namun terhenti apabila melihat
sepasang mata bundar milik Aisy merenung tajam ke arahnya.
“Kenapa
tak pukul je aku? Takut kalau bos kau yang keparat tu tahu? Pengecut!” hambur
Aisy lagi. Dia sudah tidak peduli tentang siapa lelaki di hadapannya itu.
Qartal
hilang kesabaran. Lantas, satu tamparan kecil hinggap di pipi gadis itu sekadar
untuk mendiamkan Aisy.
“Sekali
lagi kau berbunyi, aku tak agak-agak nak robek mulut kau tu.” Ugut Qartal.
Aisy
mencebik. Ingat aku takut agaknya. Silap-silap mulut kau tu aku pijak. Jawab
Aisy cuma dalam hati.
“Makan
sekarang!” arah Qartal lagi. Dia menolak bekas makanan tersebut dekat dengan
Aisy.
Namun,
Aisy tetap enggan. Dia menolak kembali bekas makanan tu pada Qartal.
“Aku
tak nak makan. Aku nak keluar daripada sini. Lepaskan aku! Sia-sia saja kau
kurung aku sebab memang aku tak tahu apa-apa pasal berlian tu. Kalau betul abah
aku ada curi berlian tu daripada kau, kau mintak dengan dia bukan aku!” ujar
Aisy. Air matanya menitis tanpa dia sedar apabila menyebut tentang ayahnya.
“Nak
mintak dengan bapak kau? Sampai mampus pun dia takkan bagi. Satu-satunya cara
nak dapatkan berlian tu balik, kita orang terpaksa gunakan kau. Orang yang dia
sayang. Tapi tak tahulah kalau-kalau dia lebih sayangkan berlian tu daripada
nyawa anak dia sendiri.” Jawab Qartal sambil menilik kukunya sendiri.
Aisy
terdiam. Kedengaran esakan kecil terbit daripada bibirnya. Puas dia cuba
menguatkan hatinya tetapi apabila menyebut tentang ayahnya, hati Aisy sedikit
rapuh. Terbayang di ruang mata wajah Tuan Zabir yang semakin berusia. Rindunya
semakin mengasak jiwa tetapi masih wujudkan peluang untuk dia menatap wajah
ayahnya itu?
“Sekarang
aku letak makanan ni kat sini. Lantaklah kalau kau nak makan ke tak. Peduli apa
aku. Kau yang kebulur bukan aku.” Sambung Qartal apabila Aisy tidak membalas
kata-katanya.
Pantas,
dia bangkit dan menuju ke satu sudut yang disediakan untuk mengawasi
tawanan-tawanan mereka. Qartal melabuhkan punggung di kerusi plastik yang telah
disediakan. Anak matanya dibiarkan mengawasi gerak-geri Aisy yang kelihatan
termenung panjang. Wajah gadis yang bertudung itu diamati dalam diam.
Dia
tidak menyangka orang sejahat King mempunyai anak semanis Aisy. Tampak sopan
tapi kuat melawan. Malah berkali-kali dia dihamburkan dengan kata-kata pedas
oleh Aisy. Qartal mencebik sendirian.
“Kak
Aisy…” panggil Ida sambil anak matanya memandang Qartal dan Aisy silih
berganti. Dia bimbang jika Qartal menyedari yang dia sedang memanggil Aisy.
Aisy
mengesat sisa air matanya dengan menggunakan lengan sebelum berpaling pada Ida.
Dia mengangkat kening pada gadis remaja itu.
“Kenapa?”
soalnya pendek.
Ida
tidak menjawab sebaliknya dia memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah makanan
yang tersadai di hadapan Aisy.
Aisy
yang faham dengan isyarat Ida lantas mencapai bekas makanan tersebut dengan
tangan yang masih berantai lalu makanan tersebut ditolak ke arah Ida. Sekilas
dia mengerling ke arah Qartal yang kelihatan memejamkan mata. Tidur agaknya.
Fikir Aisy.
“Terima
kasih…” ucap Ida hanya menggerakkan bibirnya. Dia mengambil bekas makanan yang
berisi nasi putih dan ayam goreng lalu dimakan dengan rakus.
Aisy
hanya tersenyum nipis melihat Ida dan rakannya. Mungkin nasib Ida lebih teruk
daripada aku. Bisik hatinya.
Tanpa
sedar perbuatan Aisy diintai oleh Qartal. Seulas senyuman terukir di bibir
Qartal yang ditutupi dengan topeng.
TUAN
ZABIR menolak pintu dengan kasar. Dadanya turun naik menahan rasa yang
bercampur baur. Antara risau, sedih dan amarah berkumpul dalam hatinya saat
ini. Namun, langkah kakinya terhenti di muka pintu. Kelihatan sekujur tubuh
yang ditutupi dengan kain pelekat terbaring kaku di atas lantai. Kedengaran
alunan surah Yassin bergema di rumah batu itu.
“Ayah….”
Desis Tuan Zabir perlahan. Dia melurut jatuh di muka pintu sambil anak matanya
tuntas memandang tubuh tua yang ditutupi kain hingga ke kepala. Dia tidak dapat
menahan kesedihan. Akhirnya, mutiara jernih menitis juga daripada sepasang mata
tuanya.
Bacaan
Nek Hajar terhenti. Dia mendongakkan kepala. Serentak, anak matanya tertangkap
pada wajah yang amat dikenali. Spontan, air mata yang telah kering kembali
bertakung. Zabir! Jerit hatinya.
Nek
Hajar bangun lalu mendapatkan Tuan Zabir yang termenung panjang. Menantunya itu
tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya air mata yang lebat menuruni lekuk pipi.
“Apa
yang dah mung buat, Zabir?” soal Nek
Hajar perlahan tetapi cukup tegas.
Tuan
Zabir mengalih pandangan. Wajah tua ibu mentuanya dipandang dengan pandangan
kosong.
“Apa
dah jadi, mak? Macam mana ayah boleh meninggal?” soalan dibalas soalan oleh
Tuan Zabir.
Nek
Hajar mengeluh panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelah Tuan Zabir yang
kelihatan murung. Itulah satu-satunya menantu yang dia ada. Selepas ketiadaan
anak tunggalnya, Tuan Zabir yang menyara kehidupan mereka sekeluarga. Segala
kemewahan dilimpahkan pada dia dan Tok Awang. Katanya sebagai membalas jasa
kerana sudi menjaga Aisy. Tetapi kini baharu Nek Hajar sedar, kemewahan yang
dilimpahkan bukan daripada sumber yang halal!
“Soalan
tu bukan untuk mak. Sepatutnya mak yang tanya apa yang mung dah buat sampai ayah mung
meninggal. Kenapa jalan ini yang mung
pilih?” Nek Hajar membalas. Dia menundukkan wajahnya menahan rasa kecewa yang
menggunung.
Tuan
Zabir tersentak. Lama dia menatap wajah Nek Hajar mencari jawapan terhadap
kata-kata ibu mentuanya itu.
“Apa
maksud, mak? Apa kena mengena Zabir dengan kematian ayah?” soal Tuan Zabir
tidak pelik.
Baharu
saja Nek Hajar ingin membuka mulut, muncul Pian di hadapan muka pintu.
“Assalamualaikum,
nek. Ada polis nak jumpa Nek Hajar.” Ucap Pian sambil menunjuk ke arah
belakang.
Nek
Hajar menjengah ke belakang. Salam Pian dijawab perlahan. Dari jauh kelihatan
dua anggota polis berpangkat inspektor sedang berjalan di halaman rumah menuju
ke ruang rumahnya. Nek Hajar tersenyum tawar sebelum anak matanya mengerling
pada Tuan Zabir yang kelihatan gelisah.
“Polis?
Buat apa polis datang sini?” soal Tuan Zabir lebih pada diri sendiri. Dia mula
resah. Dahinya berpeluh lebat. Dia tidak boleh menunjukkan wajahnya pada pihak
polis. Buruk padahnya nanti.
Lantas,
Tuan Zabir bingkas bangun dan berlari menuju ke dalam bilik saat salam
dihulurkan oleh salah seorang anggota polis tersebut.
Nek
Hajar hanya memandang tingkah-laku Tuan Zabir dengan hatinya yang membengkak.
Dia tidak menyangka jalan hitam yang dipilih oleh menantunya telah
menghancurkan hidup mereka sekeluarga dengan sekelip mata.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.