Engkau hadir dalam hidupku,
Mengembalikan rasa yang pernah terkubur dulu,
Rasa yang membuatku keliru,
Rasa yang meresahkan ku,
Namun, harus ku sedari kau bukan milikku,
Meski aku tak pernah bermimpi untuk memiliki mu.
Engkau insan yang punya segalanya,
Pesonamu mampu memikat pada sesiapa yang memandang,
Pesonamu juga mampu menjerat hati- hati yang terleka,
Aku?
Aku insan biasa yang mengagumi dalam diam,
Memandangmu dari kejauhan,
Menyanjungi dengan kesederhanaan,
Mengharapkan pengertianmu daripadamu bernama insan.
Duhai engkau yang bernama 'dia',
Pandanglah ku di sini yang setia menanti dirimu,
Pandanglah aku dengan mata hatimu,
Pandanglah aku dengan keredhaan Tuhanmu,
Fahamilah aku yang terus menantimu,
Walau ia mengambil waktu seumur hidupku....
Serahkan segala cinta hanya untuk DIA nescaya kau akan dapat cinta yang selayaknya.- SitiKhadijah -
Tetamu Rindu
Wednesday, 16 January 2013
RYT (Bab25)- Last Entry
JAM tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi. Kelihatan
Ryan sudah tergeliat kecil. Dia tersedar kemudiannya. Matanya terbuka luas dan
mengerling ke arah jam yang berada di atas meja sisi. Lama dia termenung
sebelum dia bingkas dan duduk di birai katil.
Mata hazel miliknya beralih pandang pada Balqis yang
sedang tidur di sofa tanpa selimut. Kasihan pula Ryan melihatnya namun apakan
daya, Balqis yang berkeras mahu tidur di sofa walaupun telah dipujuk berkali-
kali oleh Ryan. Oleh kerana Balqis berkeras, akhirnya Ryan hanya membiarkan
isterinya itu tidur di sofa.
Perlahan- lahan Ryan bangun daripada duduknya dan
melangkah menuju ke arah Balqis yang sedang meringkuk kesejukan. Cuaca pagi ini
memang sejuk maklumlah berada di tanah tinggi. Suhunya memang boleh mencapai
takat beku.
Ryan melutut di depan sofa tempat pembaringan
Balqis. Dia merenung wajah itu yang masih lena diulit mimpi walaupun subuh
sudah lama masuk. Letih sangat kot. Fikir Ryan. dia menyelak sedikit rambut Balqis yang menutup
hampir sebahagian wajahnya. Dia tersenyum bila gadis itu menggeliat. Lenanya
dia tidur sampai tak sedar aku kat sini. Gumam Ryan.
‘ Ish, apa yang aku buat ni? Apasal aku tenung muka
dia?’ Tiba- tiba Ryan tersedar.
Lantas, Ryan berdiri ingin melangkah ke bilik air
untuk membersihkan diri. Namun, langkahnya terhenti apabila dia terpandangkan
selimut yang berada di atas katil. Selimut itu dicapai sebelum dia menyelimuti
Balqis yang masih belum sedarkan diri. Ryan tersenyum kecil dan berlalu.
Beberapa minit kemudian, Ryan keluar daripada bilik
mandi dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat Balqis masih lagi belum
bangun daripada tidur. Ryan menggelengkan kepala. Liatnya nak bangun Qis ni.
Desis hati Ryan. Dia menghampiri Balqis.
“ Bangun Qis…” kejut Ryan. Bahu Balqis disentuh
lembut
Namun, tiada jawapan daripada Balqis hanya dengusan
kecil yang terbit daripada bibir comel itu kerana tidurnya diganggu. Ryan
mengeluh. Subuh semakin merangkak pergi tetapi Balqis masih lagi bermalasan di
tempat tidurnya membuatkan Ryan sedikit bengang.
“ Qis, bangunlah! Subuh dah nak habis ni!” sergah
Ryan sederhana kuat di telinga Balqis membuatkan mata Balqis terbuka luas.
Dadanya berombak kencang.
Ryan ketawa besar melihat reaksi Balqis yang
terkejut beruk.
“ Itulah aku dah kejut baik- baik kau tak nak
bangun, kan dah kena.” Ujar Ryan setelah tawanya reda,
Balqis mengurut dada. Kus semangat. Kemudian dia
menggosok matanya yang berpinar. Wajah yang kelesuan diraup dengan telapak
tangan sebelum matanya tertacap pada wajah Ryan yang duduk di sampingnya.
“ Kau nak apa?” tanya Balqis masih dalam keadaan
mamai.
“ Aku nak kau pergi mandi sekarang. Subuh dah nak
habis ni. Aku tunggu kau, kita jemaah sama- sama.” Arah Ryan persis seorang
ketua.
“ Hah? Subuh dah nak habis. Kenapa tak kejutkan aku
awal- awal. Kan tak sempat pulak. Kau ni Ryan saja je nak suruh aku tambah
dosa.” Bebel Balqis lantas bangun.
Dia mencapai tuala dah baju persalinan. Terus sahaja
dia menuju ke bilik air. Dia takut tidak sempat menunaikan solat subuh. Dalam
bilik air, tak sudah- sudah dia menyalahkan Ryan kerana lambat mengejutkannya
padahal memang salah dia kerana tidur mati.
Selepas menggosok gigi dan mencuci muka, Balqis
membuka paip air untuk mandi. Saat dia melangkah di bawah shower untuk membersihkan diri tiba- tiba…
“ Argghhh!!” Balqis menjerit.
Lantas, dia merentap pintu bilik air dengan sepenuh
tenaga. Badannya yang hanya dibaluti dengan kain batik menggigil kerana terkena
air paip yang sejuk bagaikan ais batu. Dia keluar dan berdiri di hadapan pintu
bilik air dengan keadaan yang menggigil- gigil.
“ Kenapa Qis? Kenapa menjerit macam orang kena rasuk
ni?” tanya Ryan lantas menghampiri isterinya yang membisu. Dia risau bila
terdengar jeritan Balqis.
“ Kenapa air tu sejuk sangat. Macam ais?” soalan
Ryan dibalas dengan soalan oleh Balqis.
Sebaik sahaja Balqis menghabiskan ayatnya,
kedengaran Ryan ketawa lepas. Kelakar dengan soalan Balqis yang dianggap lucu.
“ Kenapa kau ketawa? Aku serius ni. Tak pernah aku
rasa sejuk begini. Macam kat Kutub Utara pulak.” Tambah Balqis lagi sambil
berpeluk tubuh.
“ Memanglah sejuk Qis oii, kan kita dekat Cameron
Highlands sekarang ni. Yang kau buka air sejuk tu kenapa? Memanglah sejuk. Kan
air panas ada. Apalah kau ni Qis aku ingatkan dah kena rasuk, rupa- rupanya tak
tahan sejuk.” Ejek Ryan bersama tawanya,
Balqis menepuk dahi. Dia lupa yang sekarang ini
mereka berada di Tanah Tinggi Cameron patutlah sejuknya lain macam. Nasib baik
Ryan ingatkan kalau tak memang dia beku dalam bilik air. Tapi sekejap, bilik
air? Aku nak mandi kan? Habis itu kenapa aku kat luar ni? Depan Ryan pulak tu,
alamak! Balqis tersedar sesuatu kemudian dia memandang dirinya yang hanya
berkemban. Kemudian matanya beralih pada Ryan yang sedang merenungnya dari atas
ke bawah.
‘ Gulrp.’ Air liur ditelan. Balqis mula menyedari
pandangan Ryan merayap di dadanya yang terdedah. Wajahnya mula terasa
berbahang. Dia malu. Dengan pantas dia menyilangkan tangan untuk menutup
dadanya daripada panahan mata Ryan. Lelaki itu hanya tersengih.
“ Kau pandang apa?” Tanya Balqis sedikit marah.
Melotot matanya memandang wajah Ryan yang selamba. Lelaki itu berdiri tidak
jauh darinya.
“ Pandang apa yang ada depan matalah.” Balas Ryan
selamba.
Dia tersenyum. Matanya masih liar memandang tubuh Balqis
yang ada di hadapannya. Rambut panjang gadis itu kebasahan mungkin kerana
terkena air sebelum gadis itu keluar daripada bilik mandi begitu juga kain
basahan yang tersarung di tubuh genit itu kelihatan basah menyerlahkan bentuk
tubuh isterinya. Ryan menelan liur cuba mengusir keinginan yang tiba- tiba
menerjah ke kamar hatinya. Jangan buat gila Ryan, Balqis kawan kau. Halang hati
Ryan.
“ Kau jangan nak fikir lebih- lebih aku karatekan.”
Balas Balqis tak lama kemudian.
Balqis lemas dengan renungan Ryan yang tajam. Dia
tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran lelaki itu. Apa yang Balqis tahu
dia ingin berlalu dari tempat itu lantas tanpa berfikir panjang Balqis masuk
kembali ke dalam bilik air meninggalkan Ryan yang masih terkebil- kebil.
‘Nasib baik kau kawan yang aku hormat Qis, kalau
tidak aku tak tahu apa yang terjadi pada kau hari ini.’ Bisik hati Ryan. dia
tersenyum nakal.
“ RYAN, kau masih ingat pada Zarryn ke?” tanya
Balqis memecah kesunyiaan pagi itu sewaktu mereka menaiki kereta kabel melihat
panorama Cameron Highlands yang indah.
Ryan sedikit tersentak dengan pertanyaan Balqis yang
tiba- tiba. Dia mendongak memandang Balqis yang sedang termenung.
“ Kenapa kau tanya aku macam tu?” soalan di balas
soalan.
“ Semalam aku dengar kau sebut nama Zarryn masa kau
tidur. Tu aku tanya.” Jawab Balqis jujur.
“ Kau cemburu ke aku sebut nama dia?” Soal Ryan
tanpa menjawab soalan Balqis.
Balqis berpaling menghadap Ryan. Bibir dicebikkan.
Cemburu? Tak kuasa!
“ Tak ada maknanya aku nak cemburu. Zarryn kan kekasih
kesayangan kau. Buang karan je aku cemburu lagipun aku tahu tak ada perempuan
yang mampu ganti tempat dia dalam hati kau kan?” ucap Balqis. dia berpeluk
tubuh.
Ryan ketawa kecil mendengar ucapan Balqis. Dia tahu
Balqis tidak pernah cemburu dengan apa yang dilakukan malah Balqis sentiasa
percaya dengan apa yang dilakukan. Itu yang membuatkan Ryan senang dengan sikap
Balqis yang tidak pernah berprangsangka buruk padanya.
“ Aku tak sengaja tersebut nama dia semalam. Mana
aku sedar apa yang berlaku. Kau jangan fikir yang bukan- bukanlah antara dia
dan aku dah berakhir. Dia dah pilih haluan hidup dia sendiri dan aku pilih
hidup aku.” jawab Ryan mendatar.
“ Kau masih cintakan dia?” soal Balqis seterusnya.
“ Entah.” Jawab Ryan pendek.
Jika boleh dia tidak mahu Balqis mengetahui
perasaannya yang sebenar terhadap Zarryn. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu
yang dia masih menanti kehadiran Zarryn dalam hidupnya tetapi itu perkara yang
mustahil.
Balqis tersenyum hambar. Dia tahu Ryan cuba mengelak
daripada soalannya tetapi Balqis mengerti yang Ryan masih mencintai Zarryn
walaupun lelaki itu tidak mengatakan. Perlahan- lahan Balqis berpaling semula
memandang panorama Cameron Highlands yang indah daripada dalam kereta kabel.
Indahnya ciptaan ALLAH. Bisik hati Balqis.
“ Kenapa diam ni?” bisik Ryan daripada belakang
Balqis.
Balqis tersentak namun dia tidak berpaling kerana
Ryan berada begitu dekat di belakangnya. Hingga terasa nafas lelaki itu yang
hangat menyentuh pipinya. Jantung Balqis kembali berdetak.
“ Kenapa kau nak tahu sangat perasaan aku pada
Zarryn? Apa bezanya pada kau?” tanya Ryan lagi bila tiada jawapan daripada
Balqis. Gadis itu lebih suka mendiamkan diri dari bercakap dan itu membuatkan
Ryan terasa janggal.
“ Tak ada apa- apa. Saja nak tahu.” Jawab Balqis
akhirnya.
Mana mungkin dia mengaku yang dia cemburu bila
mendengar Ryan menyebut nama Zarryn semalam. Walaupun di bibir dia menidakkan
tetapi di dalam hati hanya ALLAH yang tahu betapa dia terluka.
“ Lepas ni tak payahlah kau ungkitkan pasal ni lagi.
let bygone be bygone.” Ucap Ryan
lagi. dia mendekatkan badannya di belakang Balqis.
Balqis rimas. Spontan dia menolak tubuh Ryan supaya
menjauh daripadanya.
“ Kau jangan nak menggatal eh. Mulut bercakap,
tangan tu tak payah bergerak.”marah Balqis. melotot matanya memandang Ryan yang
terkebil- kebil.
“ Alah aku nak peluk sikit dah bising. Tak
romantiklah kau ni Qis. Bukan luak pun.” Balas Ryan geram.
Namun dalam hati dia tersenyum kerana akhirnya dapat
juga dia menceriakan Balqis. Dia tidak suka Balqis bermuram durja seperti tadi.
Dia lebih suka melihat Balqis marah- marah daripada gadis itu mendiamkan diri.
“ Tak luak kau cakap? Kan kau dah janji takkan
sentuh aku. Anggaplah kita ni bukan muhrim.” Bantah Balqis. dia bercekak
pinggang. Dia mendengus geram.
“ Kalau aku tak nak ikut cakap kau, kau nak buat
apa?” Ryan menguji.
Dia melangkah menghampiri Balqis. wajah gadis itu
direnung dalam.dia melihat riak gelisah di wajah Balqis.
“ Kau jangan nak main- main dengan aku. Nanti aku
jerit baru kau tahu.” Ugut Balqis gementar bila direnung oleh Ryan.
Ryan ketawa besar. Kemudian dia kembali duduk di
bangku yang telah disediakan di dalam kereta kabel tersebut. Dia tidak jadi
menyakat Balqis.
“ Kalau kau jerit pun tak ada siapa yang dengar.
Lainlah kalau kau melompat daripada cabel
car ni confirm orang akan
pandang.” Sambung Ryan.
Balqis mencebik tanpa membalas kata- kata Ryan. Dia
mengatur langkah untuk ke sebelah sana. Sedang asyik dia berjalan, tiba- tiba
kereta kabel itu sedikit bergegar membuatkan langkah Balqis menjadi huyung-
hayang. Akibatnya dia tidak dapat mengimbangkan diri dan akhirnya dia jatuh
terduduk.
“ Aduh!” Balqis mengaduh. Matanya yang terpejam
akhirnya dibuka.
Serentak wajahnya merona merah apabila melihat wajah
Ryan yang ada di hadapan mata. Rupa- rupanya dia terjatuh di pangkuan Ryan!
terkebil- kebil dia memandang Ryan yang tersenyum nakal.
“ Kalau kau nak bermanja dengan aku, kenapa tak
cakap dari tadi? Buat- buat jatuh pulak.” Usik Ryan nakal. Matanya tidak lepas
daripada memandang wajah Balqis yang sudah merah.
Balqis menelan air liur. Kurang asam Ryan. Dia cuba
bangkit tetapi ada tangan Ryan yang menghalang. Dengan selamba tangan Ryan
melingkari pinggang Balqis. hal itu menambahkan suhu kemarahan Balqis.
“ Tak ada masa aku nak bermanja dengan kau. Ingat
aku ni kucing ke? Dah lepaskan aku.” marah Balqis.
“ Masa bila pulak aku pegang kau. Kau yang peluk
aku.” balas Ryan. tetap dengan senyuman nakalnya.
Balqis tersedar. Memang dia yang memaut tengkuk
lelaki itu tetapi semua itu di luar tahap kesedarannya. Dengan muka yang
setebal kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Balqis melepaskan rangkulan. Dia bangun
dan memusingkan badannya membelakangkan Ryan. Dia menutup muka. Malu gila!
‘ HISH, macam mana aku boleh terpeluk dia?’ Hati
Balqis tertanya- tanya.
Nasib baik mereka sudah pun selamat turun daripada
kereta kabel. Kalau mereka lama lagi di atas sana, entah apa yang berlaku lagi.
Balqis benar- benar malu dengan kejadian tadi. Masih terbayang- bayang senyuman
nakal Ryan sewaktu mereka sekeluarga berkumpul sebentar tadi.
Oleh sebab itu Balqis mengambil keputusan untuk
menjauhkan diri daripada Ryan buat sementara waktu sehingga rasa malu yang
membaluti tangkai hatinya hilang. Sekarang ini dia bersendirian berada di kebun
bunga yang cantik memukau pandangan matanya. Lupa seketika pada Ryan bila dia
melihat bunga ros yang pelbagai warna.
“ Hai Qis…” Sapa satu suara mengejutkan Balqis yang
sedang mencium sekuntum mawar merah. Balqis mendongak dan tersenyum ramah.
“ Hai. Dani awak ni terperanjatkan saya je. Awak sorang
je ke?” Tanya Balqis sambil menjenguk ke belakang Daniel mana tahu ada Puan
Suhaila.
“ Saya seorang jelah. Saya cari awak sebab saya tak
nampak pun awak dengan Ryan tadi. Kenapa awak duduk sorang sini? Nanti kena
tinggal baru tahu.” Gurau Daniel sambil tersenyum. dia mendekati Balqis yang
sudah tersenyum manis.
“ Saya nak tengok keindahan kebun bunga ni. Cantik
betul ya. Saya suka dengan bunga- bunga di sini, macam- macam warna ada.” Ujar
Balqis sedikit teruja. Matanya di halakan ke arah bunga- bunga ros yang cantik
mengharum.
“ Awak suka warna apa?” tanya Daniel berminat.
“ Warna merah tapi warna putih ni pun cantik jugak
nampak macam bersih dan suci je.” Ucap Balqis sambil jari telunjuknya mengarah
ke arah bunga ros berwarna putih.
Daniel tersenyum. Lantas dia memetik bunga ros merah
dan putih dan dihulurkan pada Balqis yang terpinga- pinga.
“ Dani tapi ini kan…” Balqis tidak dapat meneruskan
kata. Dia terpana dengan reaksi spontan Daniel. Hatinya tidak keruan.
“ Syy…saya ambil dua kuntum je. Tak luak pun ladang
Pak Ngah saya ni.Kalau Pak Ngah marah, biar saya tanamkan semula.” Ujar Daniel
sambil mengenyitkan matanya.
Balqis terkedu tetapi dia tetap menyambut huluran
bunga daripada Daniel. Dalam hati dia menjerit suka kerana mendapat bunga
daripada orang yang disukai. Ish, Daniel ni buat aku terharu je. Bisik hati
Balqis.
“ Terima kasih Dani. Selama ni tak pernah pun ada
orang bagi saya bunga. Bunga api selalulah dapat time raya.” Balqis berlawak.
Daniel tergelak kecil. Dia merenung wajah Balqis
yang manis. Gadis itu kelihatan ringkas dengan blaus labuh dan skirt labuh.
Tudung yang melilit di kepalanya membuatkan gadis itu kelihatan ayu di
pandangan Daniel. Walaupun wajah gadis itu tidak secantik mana malah kesan
parut jerawat masih menodai pipi yang mulus itu tapi wajah Balqis tetap menarik
di pandangan Daniel. Argh, mungkin sebab aku suka padanya. Bisik hati kecil
Daniel.
“ Kalau awak nak, tiap- tiap hari saya boleh
hantarkan bunga ros kat awak. Tapi Ryan tak marah ke?” Tanya Daniel selepas
mendiamkan diri.
“ Buat apa pulak dia nak marah. Awak yang nak bagi
bukan susahkan dia pun.” Balas Balqis bersahaja. Dia mencium kuntuman mawar
yang diberikan oleh Daniel.
“ Dia tak marah awak kawan dengan saya?” soal Daniel
lagi.
“ Dani, saya kawan dengan awak sebelum saya kahwin
dengan dia. Tak ada sebab dia nak marah saya berkawan dengan awak. Saya ada hak
untuk memilih kawan dengan siapa untuk saya berkawan. Awak jangan risau, Ryan
suami yang memahami. Lagipun dia sepupu awak.” Balas Balqis sambil berpaling pada
laman wajah Daniel. Matanya menikam bebola mata Daniel yang hitam pekat.
Daniel tersenyum. Dia sedikit lega mendengar kata-
kata Balqis. Jadi dia tidak perlu risau lagi. Bukan dia tidak cuba untuk
melupakan Balqis, namun hatinya enggan mengikut arahan akalnya agar melupakan
Balqis.
“ Maknanya awak dah bagi green light jadi taklah saya risau sangat. Baiklah kalau macam itu,
saya nak tanya awak dalam banyak- banyak bunga yang ada depan mata saya ni,
awak nak bagi saya yang mana satu?” Tanya Daniel seolah- olah menguji.
Balqis tersenyum manis. Matanya kembali terarah pada
kuntuman- kuntuman mawar yang terhidang di hadapan mata. Kemudian dia
mengetuk-ngetuk dagunya berfikir. Perlahan- lahan dia mencapai satu bunga mawar
merah dan mawar kuning lalu dihulurkan pada Daniel yang sudah mengulum senyum.
“ Apa maksudnya ni?” Tanya Daniel lagi dengan kening
yang terangkat.
“ Mawar merah maknanya untuk cinta dan mawar kuning
untuk sahabat jadi maknanya cinta seorang sahabat untuk sahabatnya. Thank you for being my friend.” Balas
Balqis riang. Dia tersenyum manis.
Daniel turut terjebak dalam senyuman itu. Alangkah
bahagianya jika Balqis menjadi pelengkap hidupnya. Tetapi itu semua di dalam
khayalannya sahaja.
“ Your welcome
my cute friend.”ucap Daniel sambil cuba mencuit hidung Balqis tetapi sempat
dielak oleh gadis itu.
Akhirnya tawa mereka pecah berderai. Kelihatan
bunga- bunga cinta menyerikan hari Balqis dan Daniel walaupun tanpa mereka
sedari ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mereka dengan hati yang
membara. Kemesraan itu tidak sepatutnya terjalin. Bentak hati itu.
Tuesday, 15 January 2013
RYT-Bab 24
SUASANA Kelas
Enam Atas Canggih agak bising apabila Cikgu Saraswati yang mengajar subjek
Sejarah keluar daripada kelas kerana masa pembelajaran sudah tamat. Kini suara
riuh rendah kedengaran seperti pasar malam.
“ Oit Ryan kau tahu tak, kelas sebelah ada pelajar
baru.” Beritahu Shafiq yang baharu masuk ke dalam kelas.
Ryan yang asyik merenung seseorang dari jauh
berpaling muka ke arah Shafiq. Wajah temannya di pandang lama. Apa kena mengena
dengan aku?
“ Perempuan ke lelaki?” Tanya Ryan acuh tak acuh.
Dia hanya membiarkan Shafiq melabuhkan punggung di sebelahnya.
“ Mestilah perempuan takkan lelaki pulak. Cantik
orangnya. Kau tak nak usha ke? Mana tahu berkenan di hati ke?” Tambah Shafiq
lagi. dia menongkat dagu di atas meja sambil mata dihalakan tepat pada laman
wajah Ryan yang kacak.
“ Malaslah. Tak ada mood. Bosan nak tackle budak baru ni sama je dengan
budak- budak perempuan yang lain.” Balas Ryan tidak berminat. Dia lebih suka
memerhati seseorang yang sekarang ini sedang mengulangkaji pelajaran dengan
rakan sekelasnya yang lain.
Lama Ryan memandang gadis yang duduk di barisan
hadapan bersebelahan tingkap. Gadis itu sedang leka mengulangkaji pelajaran
tanpa sedar dirinya diperhatikan dari jauh. Ryan boleh menyapa gadis itu kalau
dia mahu, cuma hari ini dia hanya memandang dari kejauhan sahaja.
“ Kau pandang apa Ryan?” Tanya Shafiq lantas menoleh
ke tempat Ryan pandang.
“ Mana ada, aku pandang kat pintu depan tu. Aku
macam ternampak Cikgu Anuar je tadi kat luar kelas. Tapi tak mungkinlah. Cikgu
Anuar kan pergi kursus.” Bohong Ryan.
Dia tidak mahu Shafiq mengesyaki tindak tanduknya
yang sedang memerhati seseorang. Biarlah menjadi rahsia untuk dirinya sahaja.
“ Ala kalau Cikgu Anuar, mesti dia dah masuk kelas
sekarang.”
Shafiq seolah- olah mempercayai segala kata- kata
Ryan. Kemudian dia kembali memandang pada wajah Ryan.
“ Jomlah kita pergi kelas sebelah sekejap. Aku
tunjukkan kau budak baru tu. Mesti kau suka punya.” Sambung Shafiq lagi cuba
memancing Ryan.
Ryan mengeluh. Dia memang tidak suka didesak tetapi
demi sahabatnya itu akhirnya Ryan setuju. Lantas dia bangkit dari tempat
duduknya dan melangkah untuk keluar kelas. Sewaktu dia melewati meja Balqis,
dengan sengaja dia menepis bekas pensil Balqis hingga bekas pensil tersebut
jatuh ke lantai dan bertaburan segala pen Balqis.
“ Ryaann!!”
Ryan menapak keluar tanpa menghiraukan Balqis yang
sudah terjerit memanggil namanya dengan lantang. Dia tersenyum sendirian lantas
mengikut langkah Shafiq yang menunggu di pintu belakang.
“ MANANYA aku tak nampak pun.” Ryan bertanya bila
mereka sudah berada di dalam kelas Enam Atas Cemerlang. Kebetulan kelas Enam
Atas Cemerlang pun tiada guru. Bolehlah dia melihat rupa pelajar baru yang
Shafiq cakapkan itu.
“ Tu dia. Yang duduk tepi Watie tu. Cantik kan?”
Shafiq meluruskan jari telunjuknya ke arah seorang gadis yang duduk dengan
tenang di tempat duduknya. Ryan
berpaling.
Wajah itu cukup asing bagi Ryan tetapi wajah itu
cukup cantik. Rambutnya yang panjang diikat tocang sambil anak rambut di
hadapan di biarkan berjuntaian. Senyumannya cukup manis di mata Ryan malah dia
rasakan hatinya sudah tertambat bila melihat senyuman itu. Apatah lagi bila
gadis itu turut memandang ke arahnya dengan senyuman manis.
“ Cantiknya!” Puji Ryan tiba- tiba.
Shafiq tersengih. Akhirnya Ryan mengakuinya juga.
“ Kan aku dah cakap sekarang kau baru percaya.
Jomlah kita pergi berkenalan. Untung- untung boleh jadi awek.” Balas Shafiq sambil ketawa kecil.
Akhirnya mereka berdua menghampiri gadis tersebut
yang sedang keseorangan saat ini kerana Watie sudah keluar pergi ke tandas.
Keadaan ini seolah- olah memberi peluang kepada Ryan untuk berkenalan dengan
gadis yang mampu mengetarkan naluri lelakinya itu.
“ Hai, pelajar baru ek?” sapa Shafiq.
Gadis itu mendongak kemudian tersenyum pada Shafiq
kemudian beralih pandang pada wajah Ryan yang berada di sisi Shafiq. Dia
melemparkan senyuman.
“ Ha’ah. Saya baru pindah sini. Nama saya Zarryn.
Awak?” tanya gadis yang bernama Zarryn itu. Tangan dihulurkan pada Shafiq.
“ Saya Shafiq. Nice
to meet you pretty women.” Shafiq mula menyusun ayat.
Zarry hanya ketawa. Mula senang senang dengan sikap
ramah Shafiq. Kemudian mata coklatnya beralih pada lelaki yang diam membisu
sejak tadi. Lelaki itu lebih tampan berbanding Shafiq malah karismanya
terserlah dengan baju pengawas yang tersarung di badan tegapnya. Zarryn
terpesona dengan lirikan mata hazel itu.
“ Awak?” Tanya Zarryn berani. Dia menghulurkan salam
perkenalan dengan tangannya dihulurkan pada Ryan.
Ryan tersentak. Lama dia merenung tangan halus itu.
Dahinya sedikit berkerut tetapi tiada apa yang terluah. Akhirnya dia menyambut
huluran tangan Zarryn dengan senyuman yang ikhlas.
“ Saya Ryan. Ryan Zhariff. Saya ketua pengawas di
sekolah ni dan kalau ada apa- apa masalah boleh jumpa dengan saya.” Ucap Ryan.
Dia menarik tangannya kembali bila tiada ura- ura untuk Zarryn menarik
tangannya.
Jantung Ryan berdebar bila mengenggam tangan yang
lembut itu seperti ada arus elektrik yang mengalir ke dalam badannya. Tiba-
tiba di rasa di awang- awangan. Panahan mata Zarryn menusuk ke dalam jiwanya.
“ Nice to meet
you handsome boys.” Ucap Zarryn selamba sambil melirik ke arah Ryan.
kemudian dia melemparkan senyuman pada Shafiq.
Shafiq tersenyum penuh makna pada Ryan sedangkan
Ryan hanya berwajah selamba tetapi dalam hati hanya ALLAH yang tahu betapa
gementarnya perasaan dia kali ini. Inilah kali pertama Ryan merasakan perasaan yang membuai kalbu
ini. Adakah aku sudah jatuh cinta pandang pertama? Soal Ryan dalam hati.
Akhirnya, kedua sahabat itu melabuhkan punggung di
hadapan meja Zarryn dan berbual- bula tanpa sedar diri mereka diperhatikan oleh
sepasang mata yang redup. Ada senyuman hambar terukir di bibir pemiliknya.
“ RYN,Zarryn…” Panggil Ryan dalam tidurnya. Matanya
masih lagi terpejam.
Balqis baharu saja ingin melelapkan mata namun dia
diganggu dengan suara Ryan yang meracau- racau memanggil nama seseorang. Lantas,
dia bingkas daripada pembaringan dan menuju ke katil. Kelihatan Ryan sedang
tidur lena tetapi ada manik peluh yang membasahi dahi lelaki itu. Apa kena
dengan Ryan ni? Takkan dah besar pun mengigau lagi? Desis hati Balqis.
Lama Balqis merenung wajah suaminya yang sedang lena
diulit mimpi itu sebelum dia bingkas bangun untuk ke sofa tempat
pembaringannya. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara Ryan
memanggil seseorang.
“ Ryn…” Panggil Ryan dengan mata yang tertutup
rapat.
Balqis tersentak. Ryn? Pasti Zarryn yang dimaksudkan
Ryan. Teka Balqis. Dia menggigit bibir. Dia tahu sahabatnya itu masih lagi
terseksa dengan ketiadaan Zarryn. Tengoklah, dalam tidur pun Ryan masih
menyebut nama Zarryn itu bererti nama Zarryn tidak pernah terpadam dalam hati Ryan.
Balqis menunduk. Kini dia sedar, dia tidak akan
mungkin dapat menggantikan tempat Zarryn dalam hati Ryan. Dia tidak mampu
menjadi isteri idaman buat Ryan. Perlahan- lahan tanpa disedar, ada mutiara
jernih menitis dari mata Balqis buat insan yang bernama suami. Pantas, Balqis
menyeka air matanya. Dia akan kembalikan Ryan pada cintanya. Tapi bagaimana?
Dia tidak tahu bagaimana ingin menghubungi Zarryn yang hilang entah ke mana.
Akhirnya, Balqis melangkah kembali ke tempat
pembaringannya. Dia merebahkan badan. Tangannya diletakkan di atas dahi seperti
sedang memikirkan sesuatu. Aku harus lakukan sesuatu untuk Ryan. Aku tak nak
dia terseksa hidup dengan wanita yang dia tidak cintai. Tapi apa yang dapat aku
lakukan? Monolog Balqis sendirian. Disebabkan terlalu banyak berfikir, akhirnya
Balqis tertidur juga.
Sunday, 13 January 2013
Cerpen : Seksaan Cintamu
HAQ menendang tayar keretanya dengan sekuat hati.
Masa inilah dia nak rosak pula. Bebel hati Haq. Sudahlah dia nak cepat, buah
hatinya akan berlepas ke Italy beberapa minit saja lagi. Dia perlu cepat untuk
mengejar dan memujuk Damia supaya terus tinggal di Malaysia bersama dengannya.
Tetapi nampaknya harapan untuk mengejar Damia hancur berkecai. Keretanya pula
tersadai di tepi jalan.
“ Bikin panas betullah kau ni kereta. Kenapalah
dalam banyak hari, hari ni kau pilih nak rosak? Pilihlah masa Depavali ke, tahun
baru cina ke, ni tak menyusahkan aku betul,” getus Haq. Dia menggarukan
kepalanya yang tidak gatal. Apa aku nak buat ni?
Lantas dia menyeluk poket seluar dan mencapai
telefon bimbit. Sewaktu dia ingin mendail nombor, tiba- tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Battery low!
“ Arggghh!!” Haq menjerit. Masa ini juga nak low.
Sakit betul hati aku!
“ Bro, kenapa dengan kau ni?” sapa satu suara serak-
serak basah daripada arah belakang. Haq mengurut dada. Terkejut aku.
Dia berpaling. Kelihatan seorang anak muda berdiri
di hadapannya. Lelaki itu tersenyum ramah. Haq membalas ala kadar.
“ Kereta saya rosak tapi saya tak tahu apa yang
rosaknya,” balas Haq.
Lelaki tersebut terdiam sebentar lalu mendekati Haq
yang masih lagi kebingungan. Dia menjenguk ke arah bonet kereta Haq yang
terbuka luas.
“ Kebetulan aku ni kerja kat bengkel, jadi bolehlah
aku tengok- tengokkan. Mana tahu, aku dapat tolong,” balas lelaki itu lembut.
Haq hanya mengangguk dan mengizinkan lelaki tersebut
melihat apa yang patut dalam enjin keretanya itu. Dia ni namanya saja lelaki
tetapi pasal enjin- enjin kereta bukannya dia ambil tahu sangat. Buat apa susah
payah, sekarang ni banyak bengkel kereta anytime boleh hantar untuk baiki
kereta. Tapi bila dalam keadaan seperti ini, tiba- tiba Haq rasa menyesal pula
tak belajar ilmu kereta. Tak pasal- pasal kekasih hatinya terlepas daripada
genggaman.
Selepas beberapa minit, akhirnya keretanya siap
dibaiki. Entah apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut, Haq tak ambil peduli
janji keretanya siap. Dia melangkah masuk ke dalam kereta dan memulas kunci.
Yahoooo!!hidup juga akhirnya. Hati Haq menjerit. Dia tersenyum gembira.
Haq mengalih pandangan pada lelaki yang masih
tercegat berdiri di hadapannya. Dia keluar daripada kereta. Wajah lelaki
tersebut yang dipandang. Dahi Haq berkerut, wajah lelaki itu nampak lembut, apa
tidaknya wajahnya putih kemerahan, matanya bundar, hidungnya sedikit mancung
dipadankan dengan bibirnya yang merah. Lelaki ke dia ni? hatinya tertanya.
Mata Haq beralih pada dada lelaki tersebut. Nampak
rata, sah lelaki! Benak hatinya berkata. Tapi kenapa lelaki ni nampak comel je.
Budak- budak lagi kot. Sempat lagi hati Haq menilai penampilan lelaki yang
masih setia menunggu di hadapannya.
“ Hey bro,
kenapa pandang aku macam tu? Seramlah kau ni…” lelaki tersebut bersuara.
Haq tersedar dan dia tergelak kecil. Dia
menggelengkan kepala.
“ Tak ada apalah, anyway terima kasih sebab dah
tolong saya. Ambillah ni…” ucap Haq lalu menghulurkan dua keping not lima
puluh.
Lelaki tersebut tersenyum dan menolak pemberian Haq.
Haq terpaku seketika.
“ Tak apalah bro. Aku tolong ni ikhlas. Aku tak
harapkan apa- apa balasan,” ucapnya.
“ Kalau awak dah cakap macam tu, takkanlah saya nak
paksa. Terima kasih banyak- banyak. Nama saya Haq Firdaus, ni kad saya,” ujar
Haq lantas menghulurkan sekeping business card pada lelaki tersebut.
Lelaki itu menyambut huluran Haq. Terkumat kamit dia
membaca nama Haq yang tertera di atas kad tersebut.
“ Okey, nama aku panjang tapi orang panggil Feroz
je,” balas Feroz. Dia tersengih.
Haq hanya mengangguk. Dia menghulurkan tangan untuk
bersalam. Kelihatan Feroz teragak- agak untuk bersalam, kemudian dia mengangkat
tangan kanannya dan ditunjukkan pada Haq.
“ Maaflah kotor.Tapi tak mengapa, selamat berkenalan,”
ucap Feroz.
Feroz tersenyum ramah. Suka pula dia melihat
senyuman lelaki yang baru dikenalinya ini. Nampak baik walaupun orang kaya. Apa
tak kayanya, kereta yang dipakai bukan
murah tau, Mitsubishi Lancer Evolution. Kereta impiannya tu. Agak- agaknya, Haq
ni kerja apa ya? hati Detik hati Feroz.
“ Aku blah dululah Haq, dah lambat ni aku nak masuk
kerja,” ujar Feroz lagi.
Haq mengangguk. “ Baiklah..”
Dia hanya melihat Feroz berlalu ke motor EX5 yang
diparkir tidak jauh dari tempat keretanya tersadai. Haq memandang Feroz
daripada belakang.
“ Kecil betul badan dia. Sudahlah kecil, pendek pula
tu. Tak macam lelaki pun aku tengok tapi rambut dia pendek, cara jalan pun
macam jantan,” bebel Haq sendirian. Dia memandang kelibat Feroz yang
menghilang. Akhirnya bahunya di angkat. Lantaklah, bukan ada kena mengena
dengan aku pun.
******************************************************************************
DATUK Hasnah memandang wajah cucunya dengan tajam.
Cucu kesayangannya ini suka sangat menaikkan darahnya. Banyak kali dia meminta
Haq untuk bekerja di syarikat mereka tetapi Haq tetap berdegil nak bekerja
sendiri. Kerja sendiri konon, sampai sekarang cucunya itu tak kerja- kerja.
Tunggu duit jatuh daripada langit kut.
“ Opah dah bagi banyak masa pada kau untuk cari
kerja, beri peluang pada kau untuk bina kerjaya kau sendiri. Tapi kau sia-
siakan macam tu. Sekarang bagi kunci kereta kau tu pada opah,” pinta Datuk
Hasnah sambil menghulurkan tangannya.
Haq serba salah. Wajah opahnya yang garang
dipandang. Sengaja dia menayang muka kesian. Mana tahu dengan cara itu, opahnya
kesian padanya. Tapi opahnya tetap opahnya yang garang.
“ Tak payah nak tayang muka pathetic kau tu kat opah. Opah dah masak dengan perangai kau tu,
Bak sini kunci kereta!” tekan Datuk Hasnah lagi. Kali ini dia mencekak
pinggang.
Ish, opah ni tak bagi chance langsung kat aku nak berlakon. Memang hebat betul Datuk
Hasnah ni. Guman hati Haq.
“ Alah opah, bagilah peluang pada Haq sekali lagi.
Haq janji kali ni Haq akan buktikan pada opah yang Haq memang sungguh- sungguh
nak berjaya,” pujuk Haq. Dia tersenyum pada Datuk Hasnah.
“ Kau nak buat apa kali ni? Opah ajak kau kerja kat
syarikat kita, kau tak nak. Nak berdikari kononnya, okey fine, opah bagi kau masa sebulan. Tapi sekarang kau tengok, dah
lebih sebulan kau duduk melangut kat rumah. Kau ingat harta opah ni banyak,
senanglah kau nak habiskan!” bebel Datuk Hasnah lagi. Dia terduduk di atas
sofa.
Perit telinga Haq apabila Datuk Hasnah menyebut
tentang harta. Macamlah aku ni nak sangat harta dia. Tapi selama ini pun memang
akulah yang bertanggungjawab untuk menghabiskan harta dia. Alah, harta banyak
bukan boleh bawa dalam kubur lainlah kalau harta yang dibelanjakan ke jalan
Allah.
“ Haq tahu Haq salah, opah. Tapi takkanlah opah tak
nak bagi peluang kedua pada Haq? Haq nak buka perniagaan sendiri, Haq nak jadi
berjaya macam opah,” tanpa penat Haq memujuk Datuk Hasnah.
Haq tahu lama kelamaan Datuk Hasnah akan termakan
pujukannya. Alah, dia hidup dengan Datuk Hasnah sejak ibu bapanya meninggal,
sikap Datuk Hasnah memang dapat diramalkan oleh Haq.
“ Kau nak opah bagi peluang macam mana lagi?” soal
Datuk Hasnah. Walaupun geram dengan perangai Haq tapi anak muda itu tetap cucu
kesayangannya.
Haq tersenyum. Kan aku dah kata. Mesti opah tak
sampai hati nak tengok aku terseksa. Yahooo! Sayang opah!
“ Opah bagilah modal pada Haq untuk buka pernigaan
Haq sendiri lepas tu opah tengoklah prestasi Haq dalam masa enam bulan,” balas
Haq. Dia mula merangka strategi.
“ Bisnes apa yang kau nak buka?” soal Datuk Hasnah
lagi.
Haq terdiam sebentar. Sebenarnya dalam kepalanya
sekarang, tiada satu pun perniagaan yang terlintas. Dia bercakap hanya untuk
menyelamatkan dirinya sendiri. Dia tidak mahu Datuk Hasnah menarik kembali
segala kemewahan yang diberikan selama ini.
“ Errr…itu nanti Haq fikirkan,opah,” balas Haq.
Datuk Hasnah tersenyum sinis. Dia tahu Haq hanya
berdalih untuk menyelamatkan diri. Tapi tak mengapa, dia akan bagi Haq peluang
terakhir. Namun, kali ini dia akan pastikan Haq takkan dapat lepaskan diri.
“ Kalau kau tak tahu nak buka bisnes apa, biar opah
yang tentukan…”
“ Apa maksud opah?” tanya Haq pelik. Dahinya
berkerut. Wajah opah yang penuh misteri direnung lama.
Datuk Hasnah bangun daripada duduknya. Dia melangkah
ke meja yang terdapat di satu sudut rumahnya. Laci meja itu ditarik.
Haq masih tertanya- tanya apa yang Datuk Hasnah
ingin lakukan. Apabila opahnya berpaling, kelihatan opahnya memegang senaskah
portfolio yang agak tebal. Apa bendanya tu? Soal hati Haq penuh debaran.
Datuk Hasnah meletakkan portfolio di atas meja dan
ditolak ke depan Haq. Wajah cucunya yang bingung membuahkan senyuman di bibir
Datuk Hasnah. Takutlah tu.
“ Apa ni opah?” akhirnya Haq mengeluarkan suara.
“ Ini portfolio resort
kita yang ada kat Balok. Resort ini opah dah tutup,” ucap Datuk Hasnah
perlahan.
“ Kalau dah tutup, buat apa opah tunjuk pada Haq?”
soal Haq pantas.
“ Opah nak kau buka kembali resort ni. Resort ni
warisan keluarga kita juga. Walaupun ramai yang nak beli resort ni tapi opah tak nak jual sebab opah sayang resort ni,” terang Datuk Hasnah.
“ Opah nak Haq buka resort ni? Opah biar betul?” Haq
masih tidak percaya. Terkebil- kebil matanya memandang wajah opahnya yang
serius.
“ Opah dah habis betul ni. Keputusan opah muktamad,
kalau kau nak opah bagi kau peluang kedua, kau buka resort tu ataupun kau bagi semua kad kredit dan kunci kereta kau
pada opah,” ucap Datuk Hasnah separuh mengugut.
Haq mengeluh. Dia tiada pilihan akhirnya dia
mengangguk. Lebih baik aku ikut je cakap opah, kalau tak merana hidup aku.
“ Assalamualaikum, datuk, kereta dah siap…” bunyi
satu suara yang datang dari arah pintu utama membuatkan Haq dan Datuk Hasnah
berpaling.
Terbeliak biji mata Haq apabila melihat figura
lelaki yang mula menapak ke dalam rumahnya. Lelaki itu turut terkejut melihat
dia berada di situ. Feroz?
“ Feroz, kau buat apa kat sini?” tanya Haq tiba-
tiba.
Feroz hanya tersengih manakala Datuk Hasnah terdiam.
“ Aku kerja dengan Datuk Hasnah, jadi driver datuk.
Kau pula buat apa kat sini?” tanya Feroz seperti orang bodoh.
“ Inilah dia cucu kesayangan saya, Feroz. Kamu
berdua ni dah kenal ke?” soal Datuk Hasnah memecah kebuntuan kedua belah pihak
itu.
“ Opah, inilah orang yang tolong Haq masa kereta Haq
rosak tempoh hari. Tak sangka dia kerja dengan opah,” terang Haq.
Dia bangun lantas mendapatkan Feroz. Bahu Feroz
ditumbuk lembut sebagai salam perkenalan.
Auch, sakitnya. Rungut hati kecil Feroz. Kasarnya
dia ni. Macam manalah dia boleh jadi cucu Datuk Hasnah? Selama aku bekerja jadi
driver Datuk Hasnah tak pernah pula
nampak muka dia dalam rumah ini. Tapi macam mana aku nak nampak, aku manalah
pernah teroka rumah Datuk Hasnah ni. Bukan tak pernah tapi macam malas nak
ronda rumah yang besar gedabak ni. Feroz bermonolog dalam hati.
“ Kalau macam tu, bolehlah Feroz tunjukkan di mana resort ni,” suara Datuk Hasnah
memecahkan lamunan Feroz. Dia kembali memandang Datuk Hasnah dan Haq yang
sedang berbincang. Apa yang dibincangkan sampaikan nama aku masuk sekali? Soal
hatinya.
“ Nak kena pergi sekarang ke opah?” soal Haq.
“ Taklah, pergi lagi tiga tahun,” perli Datuk Hasnah
membuatkan wajah Haq berubah. Eh opah ni, bergurau pula.
Feroz menahan diri daripada tergelak. Dia mengulum
senyum melihat wajah Haq yang terkulat- kulat.
“ Okeylah, Haq pergi dulu, opah,” ujar Haq lantas
mengorak langkah ingin berlalu.
“ Eh, nanti dulu. Kau nak pergi dengan apa?” soal
Datuk Hasnah.
“ Dengan kereta Haq lah,” balas Haq.
“ Tak ada, tak ada, kunci kereta kau tu bagi pada
opah. Mulai hari ni, Feroz jadi pemandu kau. Kalau kau nak pergi ke mana- mana,
kau pergi dengan dia. Opah tak benarkan kau memandu sampai kau buktikan
kebolehan kau mengusahakan resort tu
sampai berjaya.” Putus Datuk Hasnah.
Haq melongo mendengar kata- kata Datuk Hasnah. Ini
dah lebih! Dia ingin membalas tetapi Datuk Hasnah terlebih dahulu berlalu ke
tingkat atas. Kini, pandangannya beralih pada wajah Feroz yang masih berdiri di
sisinya. Kelihatan lelaki itu hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
******************************************************************************
“ AKU tak puas hati betul dengan keputusan opah
tarik balik kereta aku tu. Kalau macam ni, susahlah aku nak bergerak nanti,”
Haq merungut.
Sekarang tinggal dia berdua dengan Feroz. Mereka
dalam perjalanan menuju ke Resort Seri Bayu yang terletak di Balok, Kuantan.
Entah macam manalah rupanya resort
yang telah bertahun- tahun ditinggalkan itu.
“ Sebab itulah datuk arahkan aku jadi pemandu kau.
Kalau kau nak ke mana- mana kau boleh bagitahu aku, aku boleh hantarkan. Tapi
kau tak kisah ke kalau aku bahasakan ‘kau’ ni. Aku dah terbiasa pulak,” ujar Feroz
sambil tergelak kecil. Dia memfokuskan pandangannya ke arah jalan raya.
Haq berpaling. Wajah Feroz di pandang kemudian
senyuman kecil tersungging di bibirnya.
“ Aku tak kisah pun. Lagipun aku dah anggap kau
macam kawan aku. Kau tahu tak?” Haq menghentikan percakapannya untuk menelan
air liur.
“ Tak tahu…”
pintas Feroz pantas. Haq menepuk dahi.
“ Memanglah kau tak tahu, aku belum cakap apa- apa
lagi. Sebenarnya, kat sini aku tak ada kawan. Kawan- kawan aku semuanya dekat
Perak dan US,” terang Haq. Dia mula selesa untuk bercerita dengan kawan barunya
ini.
“ Tapi kau dan opah kau, asal dari Kuantan, kan?”
soal Feroz.
“ Memanglah kami orang Kuantan tapi lepas je aku
tamat UPSR, opah terus hantar aku kat Perak. Sekolah berasrama penuh kat sana.
Tamat SPM, aku terus terbang ke US sambung belajar. Awal tahun lepas baru aku
balik ke Kuantan. Aku tak ada kawan lelaki yang boleh aku ajak lepak,” tambah
Haq lagi.
“ Aku boleh je jadi kawan kau itu pun kalau kau
sudilah. Yelah, aku nikan kuli kau je. Kau tu majikan aku, mana nak sama kan?”
Feroz membalas.
Haq tersenyum. Memang semua orang melihat dia
berkereta mewah, malah rumah yang di duduki di Bukit Istana itu pun mewah tapi
sebenarnya itu harta opahnya bukan milik dia. Kalau dihitung, masuk bulan ini,
genap setahun dia menjadi penganggur tajaan Datuk Hasnah.
“ Aku cukup
bersyukur kalau kau nak jadi kawan aku. Pasal kuli dengan majikan tu kau
ketepikan saja. Aku tak kisah semua tu janji hidup aku tak bosan. Selama ini,
aku sorang- sorang je merayap dekat bandar Kuantan ni. Tak ada partner,” balas Haq.
“ Eh, takkanlah kau tak ada buah hati?” soal Feroz
pelik. Dahinya berkerut.
“ Ada, memang ada tapi dah lari bawa diri ke Italy,”
“ Tapi kenapa?” soal Feroz kembali. Dia memandang
sekilas wajah Haq yang mencuka. Wajah itu mirip dengan Kim Ji Hoon hero dalam
cerita Matchmaker Lover. Kacak dan bergaya walaupun hanya memakai t- shirt dan
berseluar jeans.
“ Dia nak kahwin dengan aku, tapi aku belum ada
kerja. Itu yang merajuk pergi ke Italy,” terang Haq.
Arggh, Damia langsung tidak memahami keadaannya.
Bukan dia tidak mahu mencari pekerjaan malah sudah banyak kali dia pergi
interview tetapi ternyata, kerja yang dilakukan tidak sesuai dengan jiwanya.
Dia cuba untuk memujuk Damia tetapi sayang, gadis itu memilih untuk pergi.
Biarlah, orang dah tak sudi buat apa nak menanti.
“ Oh, macam itu rupanya. Entahlah aku tak tahu nak
cakap apa, aku bukan pandai sangat dengan masalah perempuan ni,” ucap Feroz.
“ Lupakan pasal buah hati aku. Umur kau berapa
sekarang? Aku tengok kau ni macam muda lagi,” Haq mengalih topik.
“ Umur aku? Baru 26 tahun, kau pulak?”
“ Aku dah masuk 29 tahun,” balas Haq.
Feroz tidak menjawab. Dia hanya menganggukkan
kepala.
***************************************************************************
KEDENGARAN keluhan terbit daripada mulut Haq apabila
melihat keadaan Resort Seri Bayu yang agak uzur dan berusang. Kebanyakkan
bumbung- bumbung setiap bilik telah runtuh mungkin dilanda ribut. Bukan itu
sahaja, lalang dan semak samun memenuhi pusat peranginan tersebut. Haq
menggelengkan kepala.
“ Aku rasa aku tak mampu untuk buat semua ini. Confirm gagal!” ucap Haq tiba- tiba.
Feroz berpaling pada Haq yang berada di sebelahnya.
Dia melihat wajah itu tegang. Mungkin memikirkan cara untuk mengembalikan resort itu seperti sediakala.
“ Kau belum buat apa- apa lagi, takkan kau dah nak
mengalah dengan begitu mudah,” Feroz memberi kata- kata semangat.
Terkebil- kebil Haq memandang wajah Feroz. Wajah
lelaki itu yang putih di pandang lama.
“ Maksud kau?”
“ Dengar sini aku nak nasihat kau sikit. Kau patut
bersyukur sebab datuk bagi kau peluang untuk uruskan perniagaan ini daripada
bawah sebab ini adalah masa untuk kau mempelajari segalanya daripada susah
kepada senang. Apa lagi yang kau nak risaukan, datuk bagi kau modal kan? Lebih
senang untuk kau mulakan dengan duit yang datuk berikan. Kau beruntung Haq. Aku
ni dah lama berangan nak buka perniagaan tapi sampai sekarang aku tak dapat
kumpul duit untuk buka perniagaan aku,” ucap Feroz panjang lebar.
Dia mengalihkan pandangan ke dada laut yang membiru.
Kedudukan Resort Seri Bayu agak strategik kerana ia betul- betul berhadapan
dengan Pantai Balok dan mengadap pada matahari terbenam. Suasana ini amat
sesuai bagi pelancong- pelancong yang ingin melihat keindahan alam yang
sebenar.
“ Tapi untuk mengubah suai resort ini memakan masa yang lama, Feroz,” Haq membantah. Dia
mengeluh.
Feroz memandang wajah Haq. Mata hitam lelaki itu
ditatap tajam. Kedua tangannya memegang kedua belah bahu Haq. Kemas.
“ Kau tak boleh cakap ‘tak boleh’ kalau kau masih
belum berusaha. Usaha itu penting bagi kita sebagai manusia. Kejayaan takkan
datang tanpa usaha. Aku yakin kau boleh lakukannya. Kau tak nak ke buat datuk
dan buah hati kau bangga dengan kau? Ingat, mereka semua sayang pada kau dan
nak lihat kau berjaya. Jangan hampakan hati mereka, Haq,” ucap Feroz lagi
memberi kata- kata perangsang.
Haq terdiam. Apa yang dikatakan oleh Feroz ada
benarnya juga. Dia tak boleh mengalah sebelum berusaha. Allah s.w.t tidak suka
hamba-Nya yang suka mengeluh dan malas berusaha. Mana ada rezeki yang datang
bergolek tanpa usaha yang gigih. Bisik hatinya. Seperti ada semangat yang baru,
Haq tersenyum manis.
Lantas, dia
meraih Feroz ke dalam pelukan. Dia gembira kerana ada kawan yang berada di
sisinya saat dia keliru dalam menentukan jalan hidupnya. Walaupun Feroz baharu
saja dikenalinya tetapi dia dapat rasakan seperti Feroz itu kawan lamanya.
Feroz terkejut dengan tindakan Haq. Dia terkaku
sebentar sebelum membalas pelukan Haq. Dia menepuk- nepuk belakang badan Haq
dengan lembut.
**************************************************************************
BERMULA hari itu, Haq dan Feroz bersama- sama
berusaha membaik pulih Resort Seri Bayu. Berbekalkan duit lima puluh ribu yang
diberikan oleh Datuk Hasnah, Haq menggunakkannya sebaik mungkin. Selepas resort itu dibaik pulih, dia terpaksa
bertungkus lumus untuk mencari pekerja dan membuat iklan untuk kenalkan Resort
Seri Bayu kepada orang ramai.
Ia bukan kerja yang senang untuk menarik minat orang
ramai untuk datang ke resort yang
dahulunya telah ditutup untuk jangka masa yang lama. Namun, dengan usaha dan
dorongan daripada Feroz, Haq meneruskan permintaan opahnya sehinggalah mereka
berjaya membuka Resort Seri Bayu dengan nafas yang baharu.
“ Kita solat Zohor dululah baru kita siapkan apa
yang patut dengan resort kita ni,” ucap Haq pada Feroz yang tenang memandu.
Sejak mereka berjaya mengubah resort tersebut,
hubungan persahabatan mereka bertambah akrab malah bagi Haq, Feroz adalah kawan
yang sangat baik. Lelaki itu selalu ada saat dia perlukan untuk mencurahkan
segala perasaan dan Feroz tidak jemu- jemu memberi kata nasihat pada Haq.
Kadang- kadang Haq merasakan yang Haq adalah sahabat sejatinya. Mungkin juga
selama ini dia tidak pernah mempunyai sahabat yang baik. Tetapi selama mereka
berkawan, belum pernah dia Feroz membawa Haq ke rumahnya. Identiti Feroz yang
sebenar juga tidak diketahui oleh Haq. Siapa Feroz sebenarnya? Persoalan itu
kerap bermain di minda Haq namun masih tiada jawapan yang pasti.
Feroz hanya mengangguk dan membelok kereta ke
perkarangan Masjid al- Hidayah.
“ Jomlah kita solat dulu,” ajak Haq sambil
menanggalkan tali pinggang keledar. Dia berpaling melihat wajah Feroz yang mula
berpeluh. Aik, aku ajak solat dah berpeluh.
“ Kau pergi dulu, nanti aku ikut,” balas Feroz. Dia
mengesat peluh yang mula terbit di dahi.
“ Laaa…kita datang sekali jadi kita pergi solat
sekalilah. Selama ini, kau tak pernah solat berjemaah dengan aku. Bila aku ajak
kau solat, ada je alasan kau. Kenapa ni? Kau tak solat ke?” soal Haq kedengaran
sedikit tegang.
Memang dia berkawan baik dengan Feroz tapi itu bukan
tiket untuk dia melihat saja Feroz hanyut dengan dunianya dengan meninggalkan
solat. Bukankah, sahabat yang baik itu membawa sahabatnya ke jalan Allah?
“ Aku solatlah Haq tapi…” kata- kata Feroz mati di
situ. Sukar untuk dia jelaskan kenapa begitu sukar untuk dia mengikut Feroz
mengerjakan solat di surau. Sekarang ini dia berbelah bahagi.
“ Tapi kenapa? Kau bukannya perempuan. Kalau
perempuan tu aku fahamlah, tiap- tiap bulan uzur yang kau ni takkan uzur juga
kut,” perli Haq.
Berdesing telinga Feroz mendengarnya. Suka hati dia
je sama kan aku dengan perempuan. Aku ni lelaki tau. Lelaki tu…tulen lagi…kut….
“ Kau cakap elok- eloklah sikit, kang ada yang makan
siku aku ni,” marah Feroz sambil menunjukkan sikunya pada Haq yang sudah
tersengih.
“ Alah, siku kau tu kecik je, sekali aku pulas,
patah siku kau tu,” jawab Haq sambil tergelak kecil.
“ Banyaklah cakap kau, dah kau pergi solat dulu. Aku
nak pergi tandas,” dalih Feroz.
“ Hah, cantik jugak tu aku pun nak pergi tandas
juga. Kita pergi sekalilah kemudian kita pergi solat sama- sama,” balas Haq
kemudian membuka pintu kereta.
Feroz menepuk dahi. Dia mengeluh berat. Takkanlah
dia nak ikut aku sampai ke tandas? Matilah aku kali ini. Dengan perasaan yang
bercampur baur, akhirnya Feroz melangkah keluar daripada kereta. Dia berdiri
tegak di sisi kereta sambil membetulkan rambutnya yang masih terpacak tinggi
ala- ala pemain bola sepak Adil Zafuan.
Selepas puas melihat rambutnya di dalam cermin sisi,
Feroz mengangkat muka. Jantungnya bagaikan direntap apabila matanya berlaga
dengan anak mata Haq. Rupa- rupanya sejak daripada tadi, Haq asyik memerhatikan
tingkah lakunya.
“ Kenapa kau pandang aku macam tu?” soal Feroz.
Dadanya bergetar hebat. Ish, kenapa pula ni? Renungan mata Haq menusuk ke dalam
hati. Jangan Feroz, dia tu lelaki. Ingat kau pun lelaki pada zahirnya.
“ Aku tengok kau ni tak macam lelakilah…” ucap Haq
tiba- tiba.
Feroz terpempan. Tajam dia membalas pandangan mata
Haq. Dah kenapa dengan dia ni? Rungut hati Feroz.
“ Apa yang kau mengarut ni Haq? Aku lelakilah, tak
nampak ke muka aku ni macam lelaki,” ujar Feroz cuba menyakinkan.
“ Erk? Meh sini aku nak tengok kau ni betul- betul
lelaki ke tak,” ucap Haq.
Dia menghampiri Feroz yang masih tegak berdiri di
sebelah kereta. Wajah cuak lelaki itu mencuit hati Haq. Hampir terhambur gelak
tawanya tetapi dia masih bertahan.
Feroz mula cemas apabila Haq semakin dekat
dengannya. Dia mengundur setapak. Wajah serius Haq ditentang dengan berani.
Lelaki itu memegang wajahnya dan membelek- belek mukanya.
“ Kalau tengok kulit muka kau, macam kulit
perempuan. Licin je. Bibir kau pun tak sama macam bibir lelaki. Dahlah badan
kau ni kecil, pendek. Tangan kau pun kecil juga. Lengan kau langsung tak
berotot. Tapak tangan kau ni pun lembut
semacam je aku rasa. Aku confius dengan kau, kau ni lelaki ke perempuan?”
soalan cepu emas keluar daripada mulut Haq. Dia menundukkan wajahnya untuk
memandang Feroz yang jauh lebih rendah daripadanya.
Feroz menelan air liur. Soalan Haq membuatkan Feroz tercekik. Entah apa-
apalah cucu Datuk Hasnah ni. Lalu, Feroz menolak supaya jauh daripadanya.
“ Kau ni dah mengarut dan melalut tahu tak. Aku ni
lelaki. Selama kau kawan dengan aku, takkan kau tak kenal aku lagi. Kau masuk
tandas, aku ikut. Kau suruh aku bermalam dalam bilik kau, aku ikut walaupun aku
tidur atas sofa. Takkan itu kau tak percaya lagi yang aku ni lelaki?” tekan
Feroz.
Haq menganggukkan kepala. Betul juga. Kalau Feroz
perempuan, takkanlah seorang perempuan sanggup masuk tandas lelaki dan tidur
sebilik dengannya. Akhirnya, Haq tersenyum. Dia percaya bulat- bulat apa yang
dikatakan oleh Feroz.
“ Tapi, kalau kau perempuan tentu aku tak teragak-
agak masuk meminang kau,” ucap Haq berserta dengan senyuman yang manis.
Feroz terkesima. Dia mendongak memandang wajah Haq
yang cukup bersahaja. Hatinya berdenyut lagi.
“ Macam mana dengan kekasih kau yang dekat Italy
tu?” soal Feroz menguji.
“ Alah, dia tinggal kat Italy, bukannya dia tahu aku
kahwin dengan perempuan lain. Anyway, kau ada adik perempuan tak?” soal Haq
kembali.
“ Kenapa kalau aku ada adik perempuan pun?” soalan
dibalas soalan. Dia mengerutkan kening. Pelik dengan soalan Haq.
“ Kau kenalkanlah pada aku mana tahu aku boleh jadi
adik ipar kau ke. Memandangkan muka kau ni boleh tahan jambunya, aku rasa adik
kau mesti cantik, kan?” gurau Haq sambil ketawa.
Feroz mencebik.
“ Nak jadi adik ipar aku konon, belum tentu lagi
adik aku nak jadikan kau sebagai suami. Adik aku tu dahlah pelik sikit
citarasanya, dia lebih suka lelaki yang berbadan tembam dan berkulit hitam
manis. Kau tu tak ada langsung ciri- ciri lelaki idaman dia. So lebih baik kau
lupakan niat kau untuk jadikan aku sebagai abang ipar kau,” balas Feroz tidak
mahu mengalah.
Haq membulatkan matanya. Tidak lama kemudian dia
ketawa. Feroz turut ketawa. Dia merenung wajah Haq yang tenang. Dalam hatinya
terdetik sesuatu.
“ Dahlah, kita ni asyik berborak je. Solat pun belum
lagi. Jomlah,” ajak Haq selepas tawanya reda.
Feroz mula tak senang duduk. Dia gelisah dalam diam.
“ Kau pergi dulu. Nanti aku pergi. Aku nak hisap
rokok sekejap,” bohong Feroz.
Kelihatan dahi Haq berkerut. Sejak bila Feroz pandai
merokok? Selama ini belum pernah dia melihat lelaki itu merokok. Dah buang tebiat
ke?
“ Bila kau start merokok ni?” soal Haq seperti tidak
puasa hati.
“ Baru semalam. Tension bro, sebab itu aku hisap
rokok,” balas Feroz tanpa rasa bersalah.
Sebenarnya Feroz hanya menipu untuk melepaskan diri
daripada di asak oleh Haq supaya mengikutnya pergi sembahyang. Bukan Feroz
sengaja memberi alasan untuk bersolat tetapi dia ada sebabnya yang tersendiri
mengapa dia tidak boleh bersolat bersama- sama dengan Haq.
Haq mendengus. Dia tidak suka dengan sikap Feroz
yang suka mengelak. Tapi apakan daya, dia sudah berusaha untuk mengajak dan
menegur yang lain dia berserah pada Allah untuk memberi hidayah pada sahabatnya
itu.
Lalu, Haq melangkah meninggalkan Feroz yang masih
bersandar di tepi kereta. Tiba- tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Punat hijau
di tekan.
“ Hah, Jimmy? Eh, kau dah balik Malaysia ke? Nak
jumpa? Kat ECM? Okey- okey,”
***************************************************************************
LAMBAIAN tangan Jimmy disambut oleh Haq yang sedang
melilau- lilau mencari kelibat Jimmy. Dia tersenyum memandang Jimmya dari
kejauhan. Tak sangka kawannya itu bertambah kacak dan kelihatan…kelihatan jambu
macam kawannya yang sebelah ini.
Dengan kulitnya yang putih melepak, rambutnya yang
dipotong ala- ala Korea menyerlahkan lagi wajahnya yang baby face. Sekali
pandang wajah Jimmy kelihatan seperti budak perempuan yang berumur 20 tahun
padahal umur lelaki itu sebaya dengannya.
“ Hai Jimmy, dah lama kau tunggu aku?” soal Haq
lantas melabuhkan punggung di hadapan Jimmy yang tersenyum manis. Feroz juga
turut melabuhkan punggung di sebelah Haq.
Feroz perasan, Jimmy asyik merenung dirinya daripada
bawah dan ke atas. Macamlah aku tak pakai baju. Mentang- mentang aku pakai
t-shirt dan seluar jeans lusuh je, dia pandang aku semacam. Aku tahulah dia tu
bergaya sama macam Haq tapi Haq tak
pernah pandang rendah pada aku sebab itu aku sayang dia. Bisik hati Feroz.
Jimmy mengangkat kepala pada Haq tanda bertanya
siapa di sebelahnya.
“ Oh, aku kenalkan ni kawan baru aku. Namanya Feroz.
Feroz ni aku kenalkan Jimmy. Kawan aku masa dekat US dulu,” Haq memperkenalkan
mereka berdua.
Jimmy tersenyum dan menghulurkan tangan untuk
bersalam. Feroz menyambut huluran tangan itu. Dia sedikit pelik saat Jimmy
memegang kemas tangannya. Dia mengangkat pandangan dan matanya berlaga dengan
anak mata coklat cair milik Jimmy. Jimmy tersenyum penuh makna sambil memainkan
keningnya.
Haq mula mengesan sesuatu yang tidak kena daripada
cara pandangan Jimmy terhadap Feroz. Dia tidak suka pandangan itu, dia tidak
suka Jimmy mengenggam tangan Feroz dengan lama. Dia tidak suka, tapi kenapa?
Dia cukup kenal dengan gaya hidup Jimmy yang terlampau bebas sampaikan tidak
dapat membezakan yang mana halal dan haram. Gaya hidup Jimmy memang sudah
terpengaruh dengan budaya Barat yang lebih memilih lelaki untuk dijadikan teman
hidup. Nauzubillah.
“ Ehem-
ehem…” Haq berdeham.
Jimmy tersengih lantas melepaskan genggaman tangan
Feroz. Dia membetulkan duduknya. Renungan tajam daripada Haq tidak dipedulikan.
Adakah gaya hidup Haq sudah berubah menjadi sepertinya?
“ Siapa Feroz ni dengan kau? ‘kekasih’ kau ke?” soal
Jimmy sambil berbisik. Dia mendekatkan wajahnya dekat dengan wajah Haq. Dia
tidak mahu Feroz mendengar apa yang ingin dibicarakan dengan Haq.
“ Kekasih? Apa kau ni Jim? Aku bukan macam kaulah.
Dia ni kawan baik aku dan dia lelaki normal macam aku. Lagi satu mana kau nak
letak kekasih kau tu?” soal Haq sedikit geram. Dia turut berbisik. Sekilas dia
memandang wajah Feroz yang cuba mencuri- curi dengar apa yang cuba dibisikan
dengan Jimmy.
“ Tapi aku berkenanlah dengan kawan kau ni. Jadi
anak ikan aku pun okey jugak,” ujar Jimmy sambil ketawa. Kedengaran agak jahat
ketawa Jimmy.
“ Jangan harap, dia milik aku!” balas Haq secara
tiba- tiba. Dia terdiam cuba menafsir apa yang dikatakan sebentar tadi.
Dahi Jimmy berkerut mendengar kata- kata Haq.
“ Apa maksud kau?” soal Jimmy.
“ Tak ada apa- apa. Kau abaikan apa yang aku
cakapkan,” balas Haq. Dia malas memanjangkan cerita.
Makan malam mereka berlangsung dengan cerianya. Haq
perasan yang Jimmy seolah- olah menggoda Feroz. Lelaki itu seringkali merenung
wajah temannya namun Feroz kelihatan bersahaja dan selamba. Sakit juga hati Haq
apabila Jimmy merenung dan cuba menggoda Feroz dengan bermacam cara. Dia akui
Feroz memang seorang lelaki yang comel malah boleh dikatakan ‘jambu’ jika
sekali memandangnya. Haq juga akui yang dia sayang akan Feroz kerana lelaki itu
sudah dianggap seperti adiknya sendiri merangkap kawan baiknya. Dia tidak mahu
hidup Feroz musnah dengan lelaki seperti Jimmy.
“ Okeylah, Jimmy kami balik dulu,” ucap Haq sewaktu
mereka berada di tempat letak kereta.
“ Okey, balik rumah terus tau jangan melencong
pulak,” balas Jimmy dengan senyuman penuh makna.
Dahi Haq berkerut apatah lagi saat Jimmy dengan
selamba menarik tangan Feroz supaya jauh daripada Haq. Daripada jauh, Haq hanya
memerhatikan tingkah laku Feroz dan Jimmy. Kelihatan Jimmy memberikan sesuatu
kepada Feroz. Bisnes card kut. Haq cuba menyedapkan hati. Namun, saat Jimmy
tanpa segan silu mencium pipi Feroz, jantung Haq bagaikan dicabut. Nafasnya
terasa sesak dengan tiba- tiba. Dia cemburu!
***************************************************************************
“ AKU tak sangka kau pun macam Jimmy jugak,” Haq memulakan bicara selepas
agak lama mendiamkan diri. Dia masih belum dapat melupakan apa yang dilihat
sebentar tadi. Sakit hati dengan perlakuan Feroz dan Jimmy masih belum hilang.
“ Apa maksud kau ni? aku tak faham,” Feroz
mengerling sekilas pada Haq yang sedang memandu.
“ Tak faham? Atau sengaja buat tak faham. Aku tengok
selamba je kau biarkan Jimmy cium pipi kau. Kau tak geli ke?” soal Haq dengan
suara yang melengking kuat.
Feroz terpinga- pinga melihat perubahan Haq yang
tiba- tiba.
“ Jimmy tu lelaki aku pun lelaki apa yang nak
digelikan…” balas Feroz selamba.
“ Huh! Kau sedar tak yang Jim tu gay?! Atau kau ni memang jenis lelaki
macam dia? Gay!” tempik Haq.
Telinga Feroz berdesing. Dia tidak suka Haq
meninggikan suara seperti itu padanya. Selama ini jika Haq ingin menegur apa
yang dia lakukan, lelaki itu sentiasa menggunakan nada suara yang lembut tapi
sekarang lelaki itu berubah dalam sekelip mata.
“ Kau jangan nak samakan aku dengan Jim! Aku bukan
lelaki yang macam tu! aku ada maruah!”
“ Maruah konon, berpeluk, bercium tu kau kata ada
maruah? Sudahlah Feroz kau memang lelaki tak guna!” marah Haq lagi. Dia
memegang stereng kereta dengan kemas.
Haq sendiri tidak tahu kenapa dia begitu marah
dengan perbuatan Jimmy pada Feroz. Dia tak suka Feroz dengan lelaki lain sedangkan
dia juga lelaki. Hatinya mendidih bila Jimmy cuba mendekati Feroz. Dia benci
perasaan ini!
Dada Feroz berombak ganas. Kecil saja Haq di matanya
kini. Rasa ingin ditumbuk muka Haq tapi dia masih waras. Jika dia berkasar,
lelaki itu akan bertindak ganas.
“ Stop the car!”
ucap Feroz. Suaranya hampir tidak terkeluar.
“ Apa?”
“ I said, stop
the car!!” jerit Feroz dengan kuat.
Spontan Haq menghentikan kereta di bahu jalan. Feroz
menolak pintu kereta dan keluar daripada kereta Haq.
“ Feroz, kau nak ke mana tu?” jerit Haq apabila
melihat Feroz sudah melangkah menjauhinya.
“ Bukan urusan kau! Aku ni lelaki yang tak guna,
lelaki yang tak bermaruah. Kau pergilah cari lelaki lain yang boleh jadi kawan
kau!” jerit Feroz kuat. Nadanya seperti orang yang berjauh hati.
Haq mengetap bibir. Alah, merajuk pula. Tak padan
lelaki! Bebel hati Haq. Lalu, dia menutup pintu kereta dengan kuat dan mengejar
Feroz yang sudah beberapa meter meninggalkannya.
Dia menyentap lengan Feroz daripada belakang dan memalingkan
tubuh kecil itu supaya menghadapnya. Kedua belah tangan Feroz digenggam kemas
seolah- olah yang berada di hadapannya ini bukannya Feroz tetapi seorang
perempuan yang merajuk dan minta di pujuk.
“ Hey, aku tahu aku dah berkasar dengan kau tapi kau
kena tahu aku tak suka kau rapat dengan Jimmy. Aku tak nak kau jadi mangsa dan
jadi gay macam dia. Kau kawan aku,
aku tak nak kau hanyut dengan nafsu yang akan membinasakan kau sendiri. Jalan
yang Jimmy pilih itu bukan jalan Islam yang sebenar. Aku tak nak kau tersasar
dan berpaling daripada menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w,” ucap Haq penuh dengan
kata- kata nasihat.
Dia memegang wajah Feroz. Dia melihat lelaki itu
menangis. Menangis? Takkan begitu sensitif sahabatnya ini? Hati Haq terdetik
sesuatu.
“ Aku bukan seperti yang kau sangkakan. Aku bukan
macam Jimmy. Memang dia ada mintak aku jadi kekasih dia tapi aku tak nak, aku
masih ada agama dan aku masih waras. Aku pun tak sangka yang dia akan cium pipi
aku tadi. Aku tak sempat nak elak. Kalau kau tahu aku memang tak suka dengan
lelaki yang macam itu,” luah Feroz dengan wajah yang masih ditundukkan.
Sentuhan tangan kasar milik Haq yang menyapa di wajahnya membuatkan jantung
Feroz bagaikan bergendang.
Haq tersenyum. Dia lega mendengar pengakuan Feroz.
Sekurang- kurangnya dia tahu yang Feroz takkan berpaling daripadanya dan pergi
pada Jimmy. Akhirnya, Haq menarik Feroz ke dalam pelukannya. Tubuh kecil itu
didakap erat sehingga menjemput rasa debar di dada. Rasa ini bukan rasa seperti
kebiasaannya tetapi rasa ini cukup indah dan membuai kalbu.
Feroz terpana dengan perbuatan Haq. Dia berdebar-
debar saat berada dalam pelukan Haq. Belum pernah dia merasa bahagia seperti
ini. Terasa seperti hati dan jiwanya hanya untuk Haq. Lantas, dia membalas
pelukan Haq dengan erat. Adakah aku dah jatuh cinta dengan lelaki ini? Tapi tak
mungkin! Tak mungkin!
Setelah agak lama mereka berpelukan, Haq membuka
mata. Dia tersedar akan sesuatu. Orang yang berada di pelukannya ini adalah
lelaki tetapi dia rasakan seperti ada rasa lain yang menjengah ke dalam hatinya
saat tubuh kecil itu berada di dalam pelukan. Rasa itu membuatkan dadanya
bergetar hebat. Lalu, Haq menolak sedikit tubuh Feroz dan menjarakkan tubuhnya.
Buat seketika dia bagaikan kehilangan kata. Apa yang aku dah lakukan? Kenapa
perasaan ini wujud untuk kaum sejenis? Hatinya resah.
“ Aku mintak maaf…” ucap Haq sambil pandangannya
dibiarkan bertebaran ke tempat lain. Dia tidak dapat bertentang mata dengan
Feroz saat ini. Hatinya berdenyut tidak tentu arah.
Feroz tidak membalas sebaliknya dia melangkah menuju
ke kereta. Dia turut merasakan apa yang dirasakan oleh Haq.
***********************************************************************
HAQ menghantuk lembut kepalanya ke dinding bilik.
Dia menghembus nafas dengan kuat. Bayangan wajah itu mengganggunya setiap hari.
Disebabkan wajah itu dia sudah tiga hari tidak masuk ke pejabat. Kalau boleh
dia ingin mencari alasan untuk tidak berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki? Ya
lelaki itu telah menghadirkan perasaan yang pelik dalam diri Haq. Dia rasakan
dia seperti orang gila kerana angaukan kaum sejenis dengannya.
“ Kenapa dengan aku ni? Kenapa dia juga yang aku
ingatkan saat ini?” rintih Haq. Dia meraup wajahnya yang kusut.
“ Ya Allah hapuskan rasa ini Ya Allah. Aku tak mahu
rasa yang keji ini membelenggu hati aku. Aku mahu menjadi hamba yang sentiasa
berada di jalan-Mu. Aku tidak mahu menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.
Rasa ini menyeksaku Ya Allah,” ucap Haq lagi.
Dia merebahkan diri di atas tilam. Sudah tiga hari
dia tidak keluar rumah. Setiap kali lelaki itu datang ke rumah pasti dia akan
mengelak untuk berjumpa. Haq tak boleh melihat wajah itu walaupun dia tahu
lelaki itu tidak bersalah tetapi perasaan ini yang meruntun jiwa lelakinya. Dia
tidak mahu sebarang hubungan songsang yang boleh mengheret dia ke neraka
jahanam.
“ Feroz, kenapa kau buat aku rasa macam ni? Aku rasa
macam aku dah jatuh cinta pada kau. Tapi rasa ini tak perlu wujud Feroz sebab
rasa ini tak perlu hadir,” Haq bercakap sendirian.
Ya, memang itulah dia rasakan saat dan ketika ini. Hari-
hari berdua dengan Feroz, bekerja dengan Feroz, melayan kerenah Feroz yang
manja, mendengar cerita Feroz, melepak dengan Feroz, mendengar nasihat serta
celoteh Feroz membuatkan hati Haq rasa terikat dengan lelaki itu. Hari- harinya
ceria dengan kehadiran Feroz malah kehadiran Feroz dalam hidupnya sedikit
sebanyak membantu dirinya melupakan Damia yang sehingga sekarang tiada khabar
berita.
Tetapi dia tahu rasa ini tak perlu ada kerana rasa
cinta ini akan memusnahkan hidupnya. Namun, sehari dia tidak menatap wajah
Feroz hatinya pantas di sapa angin rindu malah rasa rindu itu makin kuat
mencengkam jiwanya yang kesepian.
Lamunan Haq terhenti apabila telefonnya berbunyi.
Dia mengerutkan dahi apabila nombor yang tertera di skrin telefon bukan nombor
yang berada di dalam simpanannya. Siapa agaknya? Lantas, Haq menekan punat
hijau.
“ Hello?” ucapnya.
“ Hello, Haq aku ni Feroz…” balas suara di hujung
sana.
Gulp! Air liur di telan. Feroz? Kenapa suara dia
kedengaran lembut? Macam suara perempuan. Atau aku yang salah dengar. Jantung
aku ni pula, sudah- sudahlah berdengup tu. Tak tahan dah macam nak terlompat
keluar. Monolog Haq dalam hatinya.
“ Hah, kau. Ada apa?” soal Haq.
“ Aku saja je telefon kau guna public phone, kalau
aku telefon guna nombor aku, kau tak pernah nak angkat. Kenapa Haq? Aku ada
buat kau marah ke? Dahlah tiga hari kau tak datang resort. Banyak kerja yang
tak settle lagi,” balas Feroz. Suaranya kedengaran lembut di peluput telingan
Haq. Haq memejamkan mata. Telapak tangan diletakkan di dada. Dup, dap, dup,
dap…
“ Aku tak sihat. Esok- esok aku pergilah kerja. Kau
tak payah nak risau pasal aku. Kerja aku, aku tahulah apa yang aku buat,” ujar
Haq dingin.
“ Memanglah resort tu kau punya aku tak ada hak pun
nak masuk campur Cuma sebagai P.A yang kau sendiri lantik, aku nak ingatkan kau
je. Resort kau tengah dapat sambutan sekarang janganlah kau buat hal,” balas
Feroz. Dia sedikit terasa hati dengan kata- kata Haq.
“ Eh, kau jangan menyibuk boleh tak? Suka hati
akulah nak buat apa pun. Kau siapa nak ingatkan aku? Kau tu kawan aku je!
Sedarlah sikit!” tiba- tiba Haq menengking kuat.
Berombak dada Haq menahan rasa amarah. Sudahlah
sekarang ini dia berserabut dengan perasaan mengarutnya terhadap Feroz. Aku
memang dah gila agaknya!
“ Sampai hati kau cakap aku macam tu Haq. Aku sedar
aku siapa, tapi tak perlulah kau cakap macam ni. Aku sayangkan kau…” ucap Feroz
dengan suara yang tersekat- sekat.
Haq terpana seketika. Feroz sayangkan aku? Sayang
yang macam mana?
“ Kau jangan nak mengarut Feroz. Kau sedar tak apa
yang kau cakap ni? Aku tak sayangkan kau. Aku tak boleh ada perasaan sayang
pada kau. Kau tu lelaki, aku pun lelaki! Rasa ini tak perlu ada. Kau boleh blah
dari hidup aku!” tempik Haq lantas mematikan talian.
Dia mencampakkan I Phonenya ke atas lantai. Dia
menekup muka dengan tangannya. Terbayang di matanya wajah Feroz yang pastinya
kecewa dengan sikap kasarnya. Dia terpaksa melakukan seperti itu untuk membuang
segala rasa yang mula merajai hati. I Phonenya yang pecah berderai tidak
dipedulikan. Hatinya yang pecah berderai perlu diberi perhatian.
“ Kenapa mesti kau!!!!” jerit Haq kuat. Suaranya
bergema di segenap biliknya menyaksikan kesakitan dalam hati Haq untuk
menghakis perasaan yang indah itu.
************************************************************************
“ SENGETLAH gambar yang kau gantung tu Feroz, cuba
ke kiri sikit,” Arah Kak Lina yang sedang menolong Feroz menggantungkan gambar
di sudut dinding.
“ Saya nampak macam okey je. Senget lagi ke?” balas
Feroz.
Dia menggerakkan badannya ke kiri lalu membetulkan
kedudukan bingkai gambar tersebut.
“ Cuba kau angkat sikit. Lagi tinggi lagi cantik
akak rasa,” tambah Kak Lina. Dia memerhati Feroz yang cuba menjinjit untuk
meninggikan lagi gambar tersebut.
“ Akak ni, nak tinggilah pulak. Saya ni bukannya
tinggi sangat pun…” bebel Feroz.
Namun, dia tetap mengikut apa yang diarahkan oleh
Kak Lin. Saat dia menjinjit sambil memegang bingkai gambar yang berat, tiba-
tiba Feroz tidak dapat mengimbangi badannya yang kecil. Kerusi tempat dia
berdiri bergoyang- goyang.
“ Argghhh!!” Feroz menjerit. Dia memejamkan mata.
Hampir saja dia terjatuh tetapi mujur ada tangan yang menangkap dan dengan
pantas mencempung tubuhnya.
Perlahan- lahan, Feroz membuka mata. Zappp!
Jantungnya bagaikan direntap apabila melihat wajah itu berada dekat dengannya.
Dia sendiri tidak menyangka lelaki itu yang akan menyambutnya daripada
terjatuh. Mata mereka bertentangan memainkan irama yang membuai kalbu.
Namun, rasa itu tidak dibiarkan lama, dengan pantas,
Haq melepaskan tubuh Feroz menyebabkan Feroz jatuh terduduk di atas lantai. Dia
menggosok punggungnya yang terasa sakit. Kurang asam betul, sakit belakang aku.
Rungut hati Feroz. Perlahan- lahan dia bangun dengan memegang pinggangnya yang
terasa sakit.
Haq cuba mengusir perasaan debar yang menyerang
dadanya. Dia membelakangkan Feroz yang terkial- kial untuk bangun. Kak Lina
yang berada di tempat itu, tidak dipedulikan. Dia perlu menyelesaikan
masalahnya dengan Feroz hari ini juga. Dia tidak mahu perasaannya terus
terseksa dengan rasa yang kian mekar dalam hatinya untuk Feroz.
“ Jumpa aku dalam ofis sekarang!” arah Haq tegas.
Tiada senyuman yang terukir di bibirnya.
Kemudian, dia berlalu meninggalkan Feroz yang
tercengang. Feroz memandang Kak Lina yang masih tercegat berdiri tidak jauh
daripadanya. Kelihatan wanita itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“ Lebih kau pergi sekarang, tak pasal- pasal gunung
berapi meletus. Belum pernah Kak Lina tengok dia garang macam tu. Selama ni
muka dia tu asyik senyum je apatah lagi bila ada awak. Tapi sejak dia cuti tiga
hari ni, muka dia tu asyik monyok je. Nak cakap period, dia tu lelaki. Kak Lina
tak tahulah nak cakap apa,” ucap Kak Lina.
Feroz hanya tersenyum hambar. Apa yang Kak Lina
cakap ada benarnya. Sejak lelaki itu bercuti, perangainya berubah 360 darjah.
Nak cakap melepak memang taklah. Jika Feroz ajak, ada saja alasan yang
diberikan malah panggilannya juga tidak dijawab. Dia betul- betul terasa hati
dengan sikap Haq yang tidak mengendahkannya. Dia benar- benar rindu saat manis
mereka dulu.
Dengan langkah yang longlai, Feroz menuju ke bilik
Haq. Bermacam perkara bermain di fikirannya memikirkan Haq yang sudah berubah. Apa
salah aku Haq? Salahkah aku cakap aku sayangkan kau, sedangkan memang itu yang
aku rasakan sekarang ini. Aku sayangkan persahabatan kita tapi sampai hati kau
buat aku macam tak wujud. Rintih hati Feroz. Dia menyeka air mata yang ingin
menitis.
Dia sampai di hadapan pintu bilik Haq. Pintu
tersebut diketuk. Apabila mendengar arahan yang meminta dia masuk, Feroz
memulas tombol pintu. Dia melangkah masuk dengar hati yang bergetar. Sejak
pertengkaran tempoh hari, hubungan Feroz dan Haq semakin renggang malah Feroz
tidak lagi menjadi pemandu buat Haq kerana itu yang lelaki itu mahukan.
“ Assalamualaikum…” Feroz memberi salam dengan penuh
hormat. Dia cuba mengintai wajah Haq yang menunduk.
Haq mengangkat wajah. Mata mereka bertentangan. Haq
kehilangan kata saat melihat mata yang redup itu. Sangat menenangkan hatinya
yang keresahan. Dia meneliti penampilan Feroz yang kelihatan agak berlainan
hari ini. lelaki itu memakai kemeja lengan panjang yang sengaja disinsingkan
sehingga ke siku. Manakala, baju t-shirt berkolar bulat dipakai di bahagian
dalam. Seluar slack yang dipadankan agak besar berbanding dengan saiz tubuh
lelaki itu yang kecil.
Haq mengalihkan pandangan ke laman wajah Feroz yang
tenang. Dia melihat wajah itu kelihatan agak berlainan mungkin kerana rambutnya
yang sudah mula panjang hingga mencecah kolar baju menyebabkan wajah itu nampak
comel dan nampak seperti perempuan. Haq menggelengkan kepala. Sejak dia mula
menyimpan perasaan pada Feroz, dia selalu membayangkan yang Feroz ini bertukar
menjadi perempuan, tetapi khayalannya tidak mungkin akan menjadi kenyataan
kerana Feroz lelaki dan mana mungkin akan bertukar jantina.
“ Kenapa kau nak jumpa aku?” soal Feroz memecahkan
lamunan Haq.
Haq kembali mengangkat muka menentang wajah Feroz
walaupun dia akui agak sukar untuk berhadapan dengan Feroz saat ini. Tetapi dia
perlu lakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalahnya.
“ Aku ada hal nak cakapkan dengan kau. Aku harap kau
boleh terima,” balas Haq dingin.
“ Apa dia? Aku harap ia bukan soal peribadi,” ucap
Feroz.
Haq tidak membalas sebaliknya dia menyerahkan
sepucuk surat pada Feroz. Dia melihat dahi lelaki itu berkerut. Surat bertukar
tangan.
Dengan dada yang berdebar, Feroz membuka surat
tersebut. Bagaikan ingin terjojol biji matanya membaca surat yang berada di
dalam genggamannya.
“ Apa salah aku sampaikan kau buang aku daripada
kerja? Aku tak pernah lakukan apa- apa salah laku malah rekod kedatangan aku
pun baik. Kenapa kau dengan senang- senangnya nak pecat aku Haq?” tekan Feroz
dengan soalan yang bertubi- tubi. Air mata yang bergenang di seka dengan
jarinya yang runcing.
Dia tidak boleh kehilangan kerja ini kerana hanya
kerja inilah yang mampu dia lakukan untuk menyara keluarganya. Sebagai anak
sulung dalam keluarga, tanggungjawab mencari sesuap nasi ini amat berat untuk
dia pikul selepas kematian ayahnya beberapa tahun dahulu. Ibunya yang semakin
tua membuatkan Feroz terpaksa melakukan apa sahaja untuk menyara kehidupan
mereka sekeluarga.
“ Ini keputusan aku. Aku nak kau pergi daripada
resort ni sekarang juga dan jangan pernah tunjukkan muka kau depan aku. Aku tak
mahu ada apa- apa kaitan dengan kau lagi selepas ini,” ucap Haq tanpa rasa
bersalah. Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu betapa dia tidak sanggup
berpisah dengan Feroz. Terasa seperti menores luka di tangan, betapa sakit dan
pedih.
“ Tapi kenapa Haq? Aku takkan pergi sebelum kau
jelaskan kenapa kau pecat aku dengan tiba- tiba. Selama ini aku tak pernah
main- main masa bekerja, aku tak pernah lupa yang kau bos aku walaupun hubungan
kita rapat…” luah Feroz.
“ Hubungan kita rapat? Itu yang aku nak elakkan. Aku
tak nak rapat dengan kau. Aku tak nak kau wujud depan aku lagi. Aku tak nak
berkawan dengan kau lagi. Aku tak nak ambil tahu apa- apa pun pasal kau. Kau
faham tak?!” tengking Haq tidak semena- mena. Wajahnya bertukar merah.
Haq bingkas berdiri. Melotot wajahnya menentang
panahan mata Feroz yang berkaca. Inilah kali pertama dia melihat lelaki itu
menangis. Selama ini dia hanya melihat lelaki itu ketawa dan tersenyum namun
sekarang dia sendiri yang telah menyebabkan mata bundar itu menitiskan air
mata. Ya, memang itu yang dia inginkan. Dia ingin melihat lelaki itu terseksa
seperti mana dia rasakan saat ini kerana jatuh cinta pada seorang lelaki!
“ Kau kejam Haq! Kau kejam! Kau tak boleh jadikan
itu sebagai alasan untuk buang aku daripada kerja. Kau tak profesional. Kau
campur adukkan masalah peribadi kau dengan kerja, itu tak adil pada aku!” balas
Feroz turut menjerit. Dia sudah tidak peduli apa kedudukan Haq sekarang. Dia
cukup sakit hati dengan alasan yang diberikan oleh lelaki itu.
“ Siapa kau nak mengajar aku tentang etika kerja.
Ingat sikit kau tu Cuma driver opah aku je. Kau tak payah berangan nak dapat
lebih daripada tu. Aku tak nak kau kerja dengan aku, apa yang boleh kau buat?”
cabar Haq.
“ Aku perlu alasan yang kukuh Haq kenapa kau buang
aku. Kau mengaku aku kawan kau, tapi kenapa kau buat aku macam ni?” suara Feroz
kembali mengendur.
“ Aku tak boleh terangkan pada kau perkara yang
sebenarnya…”
“ Tapi aku berhak untuk tahu!” tekan Feroz memintas
percakapan Haq.
Telinga Haq berdesing mendengar bentakan daripada
Feroz. Dia tidak dapat menahan perasaan dengan sikap Feroz yang suka menekan.
“ Kau pernah rasa jatuh cinta tak?” soal Haq.
Feroz menggelengkan kepala.
“ Itu yang masalahnya. Aku dah jatuh cinta tapi
cinta aku ni kotor, kau tahu tak?” balas Haq.
“ Apa maksud kau Haq?”
“ Kau tak tahu macam mana rasanya bila jatuh cinta
pada lelaki. Lelaki yang sama jenis dengan kau dan seharusnya rasa itu tak
perlu hadir sebab aku rasa sangat jijik dengan diri aku sendiri!” luah Haq.
Tanpa disedari di menempik kuat.
Turun naik dadanya menahan rasa amarah yang terbit
dalam diri. Wajah Feroz kelihatan berbalam- balam.
Feroz terpana seketika. Haq jatuh cinta pada lelaki?
Biar betul. Siapa lelaki itu? Soalnya dalam hati. Perlahan- lahan dia cuba
mendekati Haq. Cuba menenangkan perasaan sahabatnya itu. Mungkin lelaki itu
telah mengalami saat yang sukar.
“ Kau jangan dekat dengan aku! Aku tak suka.
Sekarang aku nak kau pergi. Pergi!” jerit Haq lagi.
“ Haq, aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada
kau Cuma aku nak kau tahu walau apa pun yang terjadi kau tetap kawan aku. Aku
sayangkan kau…”
“ Jangan, jangan sesekali kau cakap aku sayang pada
aku sebab itu akan menghiris perasaan aku. Kau tak faham perasaan aku Feroz.
Aku benci dengan apa yang aku rasakan ini. Aku benci bila aku jatuh cinta pada
kau!” luah Haq tanpa segan silu.
Feroz terdiam. Dia tergamam. Dia membisu seribu
bahasa. Fikirannya seolah memutarkan kembali apa yang telah diucapkan oleh Haq.
“ Kau jatuh cinta pada aku?” soalnya tergagap- gagap
sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah mukanya sendiri.
Giliran Haq terdiam. Dia meraup wajahnya yang
berserabut. Dia sudah tersasul. Sepatutnya dia tidak perlu mengatakan semua itu
pada Feroz. Lelaki itu tak perlu tahu apa yang dirasakan olehnya.
“ Ya. Mesti kau jijik dengan aku kan? Aku pun tak
tahu bagaimana perasaan ini boleh muncul dalam hati aku tetapi setiap hari aku
jumpa dengan kau, perasaan itu makin mekar malah aku mengaku aku cemburu bila
Jimmy cuba dekat dengan kau sebab selama ini aku rasakan kau adalah milik aku.
Aku tak nak kongsi kau dengan orang lain. Kau dah buat aku hampir gila, Feroz.
Tolonglah demi aku, tolong pergi daripada hidup aku,” ucap Haq seakan merayu.
Tanpa disedari air matanya sudah mengalir. Dia
terduduk di atas kerusi sambil menekup wajahnya ke atas meja. Rasa yang menikam
dadanya dirasakan tersangat perit.
Feroz benar- benar terpana dengan apa yang dilihat.
Haq menangis kerana aku? Serentak air mata Feroz lebat menuruni lekuk pipinya.
Dia merapati Haq. Bahu lelaki itu disentuh lembut.
Haq mengangkat wajahnya yang sudah lencun dibasahi
dengan air mata. Dia tidak malu untuk mengalirkan air mata di hadapan Feroz
kerana dia ingin Feroz tahu betapa terseksa jiwanya kerana mencintai seseorang
yang tak wajar dicintai.
Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh
cinta pada kaum sejenis tetapi kali ini dia telah terperangkap dalam sangkar
cinta ciptaan Feroz. Hati dan fikirannya hanya menyebut nama lelaki itu.
sehinggakan Haq merasa jijik pada diri sendiri.
Feroz memegang pipi Haq. Dia merenung ke dalam anak
mata itu yang berkaca. Dia melihat sinar cinta yang penuh kedukaan di sebalik
anak mata itu. Bukan salah Haq kerana jatuh cinta malah Feroz juga mengaku yang
dia turut mencintai Haq sebagaimana Haq mencintainya namun rasa itu terbatas.
“ Rasa itu bukan menyeksa kau malah ia turut
menyeksa aku, Haq. Aku sayang dan cintakan kau tapi aku tahu kita mungkin
takkan bersatu. Baiklah kalau itu yang kau inginkan, Feroz akan pergi daripada
hidup kau dan kalau cinta itu perlukan pengorbanan, aku bersedia berkorban
untuk kau. Tapi satu saja aku minta daripada kau, jangan pernah rasa jijik
dengan cinta yang telah tumbuh dalam hati kau sebab cinta itu suci Cuma hati
kita saja yang kotor kerana tak dapat menilai kesucian cinta itu,” ujar Feroz
panjang lebar.
Air matanya sudah tidak dapat ditahan. Dia juga
merasakan sakit kerana cintanya yang tidak dapat bersatu. Dia tidak boleh
menentang kehendak takdir, dia tidak boleh melawan arus walaupun dia benar-
benar mencintai lelaki yang berada di hadapannya ini.
Tersentuh hati Haq mendengar apa yang dikatakan oleh
Feroz. Dia bersalah kerana jatuh cinta pada lelaki. Dia juga yang bersalah
kerana membiarkan rasa itu terus merebak ke sanubarinya. Tetapi apa yang dia
dapat lakukan, dia hanya insan yang lemah. Dia tidak mahu cinta berlandaskan
nafsu semata- mata, dia tidak mahu menodai kesucian cinta itu kerna dia tahu
mencintai seseorang yang sejenis merupakan satu dosa besar. Dia tidak mahu
menjadi kaum yang dimurkai oleh ALLAH. Biarlah, dia akan cuba membunuh rasa
yang pernah wujud ini demi keredhaan hidup sebagai hamba-ALLAH.
“ Tak ada apa yang perlu aku katakan lagi Feroz.
Cinta kita bukan cinta yang suci. Cinta yang tersemai ini cinta yang kotor.
Sepatutnya ia tak wujud tapi aku biarkan ia terus bernaung di hati aku
sehinggakan aku sendiri terseksa. Sekarang, demi Tuhan kita Yang Satu, aku
mintak kau pergi daripada hidup aku. Pergi..pergi…” ucap Haq sayu. Dia
menundukkan wajah.
Tangan Feroz yang masih memegang pipinya
dirungkaikan. Dia menolak tangan Feroz supaya menjauh. Dia tidak mahu memandang
wajah itu lagi kerana itu akan menambah rasa sakit di hati.
Feroz terkaku. Namun, dengan perlahan- lahan dia
berdiri. Dia menyapu sisa- sisa air mata yang masih berbekas. Ya, demi Tuhan,
demi kau Haq, aku akan pergi…bisik hati Feroz.
“ Kalau itu yang kau mahukan Haq, aku akan ikut.
Tapi aku nak kau tahu yang aku tak pernah menyesal sebab mencintai lelaki
bernama Haq Firdaus. Selamat tinggal, Haq….” Ucap Feroz.
Dia berpaling sebelum melangkah dengan perlahan-
lahan. Dia memejamkan mata. Setitis demi setitis air matanya gugur mengikuti
langkahnya yang longlai.
Haq tidak memandang. Tidak sanggup untuk memandang
orang yang disayanginya pergi meninggalkannya di saat hatinya begitu menyayangi
lelaki itu. Haq terasa ingin menjerit. Ya Allah, kuatkanlah iman aku
terhadap-Mu.
***********************************************************************
“ OPAH, Haq nak kahwin…” ucap Haq petang itu.
Datuk Hasnah yang sedang leka membaca majalah
perniagaan di laman rumahnya mendongak memandang wajah Haq. Kelihatan wajah
cucunya itu sembab. Matanya juga merah. Apa yang dah berlaku?
“ Baguslah kalau kau nak kahwin. Dah lama opah
tunggu kau bawak cucu menantu untuk opah. Apa nak di tunggu lagi, bawalah
perempuan pilihan kau tu jumpa opah,” balas Datuk Hasnah dengan senyuman. Dia
kembali menatap dada majalah.
Haq melabuhkan punggung di hadapan Datuk Hasnah.
Spontan dia mencapai tangan Datuk Hasnah dan mengenggamnya dengan lembut. Dia
cuba menghalau rasa resah yang membelenggu dirinya saat ini. Dia perlu kuat
untuk melawan segala bisikan syaitan yang merasuk akal dan mindanya. Jika
berkahwin adalah pilihan yang betul untuk memulihkan keadaan, dia sanggup untuk
berkahwin dengan mana- mana perempuan sekalipun.
“ Haq tak ada calon, opah. Opah tolong carikan calon
isteri untuk Haq. Haq akan kahwin dengan sesiapa pun yang opah pilih,” balas
Haq. Suaranya kedengaran lemah dan tidak bermaya.
Datuk Hasnah memandang wajah cucunya dengan pelik.
Selama dia membesarkan Haq, belum pernah dia melihat cucunya selemah ini.
Wajahnya pucat dan tidak bermaya malah mata itu tidak lagi bercahaya.
“ Haq ada masalah? Kalau Haq ada masalah, ceritalah
pada opah. Mungkin opah boleh tolong selesaikan,’ ucap Datuk Hasnah separuh
memujuk. Dia mengelus belakang telapak tangan Haq dengan lembut. Matanya terus
menatap anak mata Haq yang suram.
“ Soal hati dan perasaan memang tak boleh
diselesaikan, opah,” balas Haq perlahan. Dia mengalih pandangannya ke tempat
lain.
Dia memeluk tubuh dan menyandarkan badannya ke
belakang. Buat seketika dia memejamkan mata, serentak wajah lelaki itu kembali
terlayar di ruang fikiran membuatkan Haq kembali membuka mata.
Pandangannya bertembung dengan mata Datuk Hasnah.
Dia melepaskan keluhan berat. Mengapa jalan cerita cinta hidupnya begitu sukar?
“ Kalau kau tak ceritakan pada opah, macam mana opah
nak tolong? Kenapa kau nak kahwin dengan tergesa- gesa macam ni? Feroz dah tahu
niat kau ni?” soal Datuk Hasnah sengaja menyebut nama Feroz.
Haq terpempan seketika apabila nama Haq disebut.
Kenapa nama itu juga yang menjadi pilihan Datuk Hasnah?
“ Hal ni tak ada kena mengena dengan Feroz…” balas
Haq acuh tak acuh.
“ Tapi dia kawan baik kau, kan?”
“ Itu dulu opah. Sekarang Feroz dah tak kerja lagi
dengan kita. Dia dah berhenti,” ucap Haq menenerangkan hal yang sebenar.
Datuk Hasnah terkejut. Dia dapat rasakan ada sesuatu
yang tidak kena berdasarkan apa yang dikatakan oleh Haq.
“ Tapi kenapa Feroz tak cakap apa- apa pun pada
opah. Haq, kalau kau nak kahwin dengan perempuan lain disebabkan Feroz, opah
rasa kau kena tahu sesuatu….”
“ Haq tak nak tahu apa- apa lagi tentang dia. Haq
nak bina hidup Haq tanpa dia. Biarlah, Haq tahu apa yang Haq rasakan ini tidak
harus ada tapi Haq manusia biasa. Haq tak tahu dari mana datangnya perasaan itu
tetapi Haq harus kembali pada fitrah yang lelaki diciptakan berpasangan dengan perempuan, bukannya sesama
lelaki,” luah Haq tanpa disedari.
Datuk Hasnah terpinga- pinga. Cucu aku suka pada
lelaki? Ya Allah, lelaki mana pula ni? Feroz ke? Nauzubillah.
“ Maksud Haq, Haq sukakan Feroz?” penuh tanda tanya
di wajah Datuk Hasnah.
Haq mendiamkan diri. Mengangguk pun tidak,
mengiyakan pun tidak.
“ Haq malas nak bangkitkan soal ni lagi, opah.
Tolonglah Haq, opah. Carilah wanita yang boleh Haq jadikan isteri…” rayu Haq.
Datuk Hasnah mengeluh panjang. Masalah yang dialami
cucunya ini memang cukup berat.
“ Baiklah, opah akan tolong. Tapi kau tak kisahkan
sesiapa pun yang opah pilih untuk jadi isteri kau?” soal Datuk Hasnah inginkan
kepastian.
Haq mengangguk laju. Demi kebaikan semua orang, dia
rela korbankan perasaan kasih, cinta dan sayang itu asalkan dia tidak
terjerumus ke lembah yang lebih hina sehingga boleh membuatkan cinta itu tidak
lagi berharga.
“ Haq akan terima sesiapa saja yang opah pilih. Haq
janji!”
***************************************************
SUASANA Masjid Negeri Pahang meriah dengan kehadiran
orang ramai bagi meraikan majlis pernikahan cucu tunggal Datuk Hasnah. Bunyi
bising di perkarangan masjid langsung tidak menganggu tumpuan Haq yang masih
setia menanti pengantin perempuannya yang tidak kunjung datang.
Hadirin yang hadir sudah berpeluh menanti pengantin
perempuan, namun Haq masih lagi tenang duduk bersila di hadapan Tok Kadi. Dia
memandang ke sekeliling mencari kelibat Datuk Hasnah namun batang hidung
opahnya tidak kelihatan. Mana pula opah ni pergi? Soal hatinya.
Tiba- tiba matanya tertancap pada sebatang tubuh
yang sedang berdiri sambil diiringi oleh opahnya dan di bawa ke ruang tengah.
Haq tersenyum sebaik sahaja melihat wajah lembut yang mendamaikan jiwa walaupun
gadis itu mengenakan purdah yang menutup separuh daripada wajahnya. Itulah dia,
wanita pilihan Datuk Hasnah. Cantik dengan pakaian pengantin yang tersarung di
tubuh genitnya.
“ Baiklah, pengantin perempuan dah pun sampai, jadi
bolehlah kita teruskan majlis ini…” ucap Tok Kadi dan disambut dengan anggukan
oleh para hadirin.
Selepas memberikan beberapa tazkirah ringkas, Tok
Kadi kemudiannya menghulurkan tangan pada Haq untuk berjabat. Haq menyambut.
Debaran di dada semakin kuat. Hilang segala ingatannya pada Feroz, tumpuannya
hanya pada lafaz yang akan di akadnya sebentar nanti.
“ Haq Firdaus, aku nikah akan dikau dengan Saidatul
Fairus Ibtisam binti Azlan dengan mas kahwinnya RM500, tunai….” Tok Kadi
melafazkan ijab.
Haq mengulang kembali lafaz tersebut dengan tenang.
Hanya sekali lafaz dia dengan rasminya menjadi suami kepada wanita pemilik nama
Saidatul Fairus Ibtisam binti Azlan. Haq cukup bersyukur kerana akhirnya dia
dapat menjadi seorang suami kepada seorang wanita.
Walaupuan dia tidak begitu mengenali wanita pilihan
opahnya ini tetapi dia tetap menerima apa adanya. Melihat kepada penampilan
wanita pilihan Datuk Hasnah yang berpurdah ini, mungkin Saidatul Fairus ini
bukan calang- calang orang.
Haq akui dia cukup senang dengan peribadi Saidatul
Fairus yang sangat menjaga tingkah laku dan pergaulannya walaupun waktu itu
mereka telah pun mengikat tali pertunangan.
Haq tersedar daripada lamunan apabila Datuk Hasnah
menepuk lembut bahunya. Dia tersenyum manis walaupun hatinya tidaklah semanis
senyumannya. Buat seketika dia menjenguk ke pintu menanti kehadiran seseorang
yang begitu diharapkan.
“ Haq, sekarang masa untuk sarung cincin cu…” bisik
Datuk Hasnah di telinga Haq.
Haq mengangguk. Dia bangun dan menuju ke arah
isterinya yang duduk bersimpuh sambil ditemani oleh beberapa orang pengapit.
“ Assalamualaikum…” ucap Haq. Suaranya sedikit
bergetar. Dia cuba mengintai wajah isterinya yang sedang menunduk.
“ Wa’alaikummusalam…” suara yang serak- serak basah
itu menjawab sambil mengangkat kepala. Mata mereka bertentangan.
Walau dia tidak dapat melihat keseluruhan wajah
Saidatul Fairus tetapi dia tahu gadis itu sedang tersenyum. Mata gadis itu yang
bundar turut mengalirkan air mata kegembiraan.
Haq mencapai tangan Saidatul Fairus dan menyarungkan
cincin bertatahkan berlian ke jari gadis itu. Sebagai balasan, Saidatul Fairus
turut menyarungkan cincin perak ke jari manisnya. Kemudian, gadis itu mencium
lembut tangannya.
Saat tangannya dikucup lembut, Haq merasakan hatinya
begitu sayu. Indahnya perhubungan yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Dia
bersyukur kerana memilih jalan yang diredhai berbanding jalan nafsu yang hanya
sementara.
“ Saya cintakan awak…”
Terdengar bisikan itu saat kucupan itu bertandang di
tangannya. Dahi Haq berkerut. Begitu mudah wanita ini mengungkapkan kata cinta
tetapi apa salahnya, memang dia wajib mencintai suaminya sendiri. Tetapi dia
dapat rasakan satu perasaan aneh sewaktu menatap mata gadis itu. Redup dan
tenang mengingatkannya pada seseorang.
***************************************************
PINTU terkuak daripada luar. Haq menjenguk ke dalam
kamar pengantin yang berhias cantik. Kelihatan isterinya sedang duduk berteleku
di birai katil. Haq tersenyum dalam diam. Dia mula mengorak langkah menghampiri
Saidatul Fairus.
“ Assalamualaikum…” salam dihulurkan penuh
kelembutan.
“ Wa’alaikummusalam…” balas Saidatul Fairus sambil
mendongak memandang Haq yang sudah melabuhkan punggung di sisinya.
Haq kehilangan kata. Lidahnya bagaikan terkelu untuk
memulakan bicara apatah lagi gadis yang berada di hadapannya ini bukanlah orang
yang dikenalinya. Namun, sejak melafazkan ijab dan kabul petang tadi, Haq sudah
berjanji yang dia akan cuba menjadi suami yang terbaik untuk wanita yang
bergelar isterinya itu.
“ Boleh saya buka purdah awak tu?” soal Haq lembut.
Saidatul Fairus menggelengkan kepala. Di matanya
tergambar senyuman yang mekar di sebalik purdah berwarna hitam yang dipakainya.
“ Kenapa geleng kepala? Saya suami awak, saya berhak
melihat wajah awak,” balas Haq lagi. Dia inginkan pengertian.
“ Bukan saya nak menidakkan hak awak tapi saya
inginkan satu kepastian daripada awak….”
“ Kepastian apa?” soal Haq memintas percakapan
Saidatul Fairus.
“ Sebelum awak menikahi saya, awak pernah jatuh
cinta pada sesiapa tak?” soal Saidatul Fairus berterus terang.
Wajah Haq berubah. Dia rasakan semua itu tidak perlu
dibangkitkan lagi. Dia ingin melupakan segalanya walaupun dia sedikit terkilan
kerana lelaki itu tidak hadir di hari bahagianya. Memang jauh di sudut hati
perasaan kasih itu masih wujud tetapi Haq berfikir secara waras, cinta yang
tersemai di dalam hatinya itu takkan pernah bersatu.
“ Kenapa Datul nak tahu? Perkara yang lepas
biarkanlah lepas, abang tak nak ingat apa yang berlaku sebelum ni…” balas Haq.
Bahasanya juga sudah bertukar.
“ Datul cuma nak tahu siapa yang pernah hadir dalam
hidup abang sebelum Datul. Sekurang- kurangnya Datul tak fikir bukan- bukan
nanti bila ada yang bercakap perihal abang,” balas Saidatul Fairus lembut. Dia
mencapai tangan Haq dan mengenggam dengan lembut.
Haq mengeluh. Dia memandang tangannya yang kemas
dalam pegangan Saidatul Fairus.
“ Betul Datul nak tahu?” soal Haq inginkan
kepastian.
Saidatul Fairus hanya mengerdipkan kelopak matanya
tanda mengiyakan. Dia menanti bicara daripada Haq dengan penuh kesabaran dan
debaran.
“ Abang memang ada cintakan seseorang, malah abang
mengaku abang kahwin dengan Datul sebab abang nak buang perasaan cinta abang
pada dia. Abang cuba buang dia daripada fikiran abang, daripada hidup abang dan
daripada hati abang tapi abang tak boleh. Abang tak macam mana cinta ini
mengikat abang sampai macam ni sekali sedangkan abang dah berjanji dengan diri
abang untuk mencintai wanita yang menjadi isteri abang,” terang Haq. Dia
menundukkan wajah. Tidak sanggup untuk melihat penerimaan Saidatul Fairus bila
mengetahui perkara yang sebenar.
“ Datul dapat rasakan yang sampai sekarang pun abang
masih mencintai dia,kan? Bertuahnya perempuan tu sebab dapat menduduki hati
abang…”
“ Dia bukan perempuan Datul…dia lela..ki..” pintas
Haq dengan suara yang tersekat.
Spontan genggaman di tangannya dilepaskan oleh
Saidatul Fairus. Gadis itu menjarakkan diri. Haq nampak jelas yang gadis itu
terkejut dengan pengakuannya.
“ Lelaki?” soalnya dengan suara yang tertahan-
tahan.
“ Ya orang yang abang cintai itu adalah seorang
lelaki. Mesti Datul jijik dengan abang kan sebab jatuh cinta dengan kaum
sejenis tapi percayalah Datul abang masih waras dan abang masih berpegang teguh
pada ajaran Islam. Abang sanggup putuskan persahabatan abang dengan dia semata-
mata kerana ALLAH. Abang tak nak ALLAH melaknat abang kerana mempunyai perasaan
yang songsang ni,” jelas Haq.
Dia mematah- matahkan jarinya. Rambutnya diraupkan
ke belakang. Sukaranya mengungkapkan rasa hati yang lama terpendam. Terasa
seksa untuk mengakui bahawa cinta yang pernah menghuni hati adalah cinta yang
terlarang.
“ Perasaan yang abang rasakan itu tak songsang…”
ujar Saidatul Fairus tiba- tiba.
Haq terkejut. Dia memandang Saidatul Fairus yang kelihatan
tenang.
“ Apa maksud Datul? Abang jatuh cinta pada lelaki,
itu satu kesalahan dan itu satu kesilapan yang telah abang lakukan tapi kenapa
Datul cakap itu bukan satu rasa yang songsang? Abang sendiri jijik dengan diri
abang tapi Datul macam tak ada apa- apa pula,” balas Haq. Dia sendiri pelik
dengan penerimaan Saidatul Fairus yang kelihatan selamba.
“ Rasa itu tak songsang bang sebab rasa cinta itu
ALLAH yang telah ciptakan. Bagaimana cinta itu boleh kotor sedangkan ALLAH itu
Maha Cinta. Dia hadirkan perasaan cinta dalam diri abang itu disebabkan
perasaan itu suci dan bukannya kotor seperti yang abang cakapkan. Percayalah
bang, cinta yang mengalir dalam hati abang itu cinta yang tulus setulus cinta
Feroz kepada abang,” ucap Saidatul Fairus tiba- tiba.
Haq terkesima seketika. Feroz? Bagaimana Saidatul
Fairus boleh mengenali nama Feroz sedangkan gadis itu belum pernah berjumpa
dengan Feroz. Haq semakin pelik.
“ Mesti abang tertanya- tanyakan macam mana Datul
kenal lelaki yang bernama Feroz tu kan?” Soalan Saidatul Fairus memecah
kebuntuan Haq.
Haq mengangguk laju. Terkebil- kebil dia memandang
mata isterinya yang canti menawan.
“ Abang buka purdah Datul ni dan abang akan dapat
jawapannya,” sambung Saidatul Fairus lagi.
Haq makin tercengang. Dalam hatinya mula berdetak
sesuatu. Laju sahaja jantungnya berdengup apabila Saidatul Fairus memintanya
untuk membukakan purdah yang dipakai. Haq menelan air liur. Rasa resah mula
menyelubungi dirinya. Apa kaitan Saidatul Fairus dan Feroz. Mungkin nama kedengaran
sama tapi jantina mereka berbeza. Detik hati Haq.
Namun, dia mengikut apa yang dipinta oleh Saidatul
Fairus. Dengan tangan yang terketar- ketar dia membuka pin tudung yang dipakai
oleh isterinya lalu meletakkan tudung itu di atas tilam.
Haq bagaikan terpaku melihat wajah yang terzahir di
hadapannya. Dengan rambut yang panjang melepasi bahu dipadankan dengan wajahnya
yang bujur sirih ditambah dengan kulitnya yang putih kemerahan, Haq bagaikan
terpukau melihat keindahan ciptaan ALLAH di hadapan matanya.
Tetapi bukan itu yang membuatkan Haq terpesona,
namun wujud sebenar Saidatul Fairus merupakan satu kejutan buat Haq. Dia kenal
wajah itu. Dia kenal pemilik mata itu. Malah, dia cukup kenal dengan senyuman
berserta suara serak- serak basah itu. Tapi tak mungkin dia!
Dengan pantas Haq bingkas berdiri. Dadanya mula
berombak. Permainan apakah yang ingin diciptakan oleh isterinya itu.
“ Ini tak mungkin…macam mana Datul boleh bertukar
dengan…”
“ Feroz?” soal Saidatul Fairus.
Haq mengangguk. Dia meraup wajahnya untuk kesekian
kali. Otaknya berserabut memikirkan kemungkinan yang menjengah fikirannya.
“ Sebenarnya dari awal perkenalan kita, Datul dah
buat kesalahan. Datul nak berterus terang pada abang yang Datul bukanlah lelaki
seperti sangkaan abang. Datul terpaksa sembunyikan identiti sebenar Datul
semata- mata untuk cari menampung keluarga Datul yang susah. Datul lebih selesa
dengan berperwatakan lelaki kerana dengan gaya itu lebih mudah untuk orang
terima Datul bekerja. Dalam sehari Datul lakukan banyak kerja sampailah jadi
driver opah…” terang Saidatul Fairus sambil menundukkan wajahnya. Mutiara
jernih mula bertakung di kelopak mata.
Haq melepaskan keluhan berat.
“ Jadi betullah Saidatul Fairus Ibtisam binti Azlan
adalah Feroz, kawan baik dan juga orang yang abang cintakan itu?” soal Haq
meminta kepastian.
Saidatul Fairus mengangguk lemah. Dia pasti Haq akan
memarahinya dan mungkin akan melepaskannya.
“ Ya, Datul dan Feroz adalah orang yang sama. Cinta
yang abang rasakan itu bukan cinta yang songsang jauh sekali cinta yang
terlarang. Cinta abang pada Feroz berlandaskan fitrah yang sebenar bukan kerana
nafsu. Cinta abang pada Feroz disebabkan hati abang lebih mengenali naluri
wanita Feroz berbanding sikap lelaki yang cuba Feroz tampilkan. Cinta abang
bukan satu kesalahan dan kesilapan malah cinta abang membuka mata Feroz untuk
kembali kepada fitrah,” ucap Saidatul Fairus panjang lebar.
Haq meraup wajahnya beberapa kali. Lalu tanpa amaran
dia memeluk tubuh Saidatul Fairus a.k.a Feroz dengan kejap. Air matanya
mengalir tanda kesyukuran kerana selama ini dia masih lagi normal.
“ Ya ALLAH, syukur pada-Mu ya ALLAH kerana
mengembalikan cinta aku dengan cara yang paling indah. Abang selalu terfikir
yang abang akan kehilangan Feroz tetapi ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Abang tak sangka cinta abang pada Feroz diredhai ALLAH sehinggakan
Dia menyatukan Feroz dan abang dalam ikatan yang suci. Benar kata Feroz dulu,
cinta kita bukan cinta kotor tetapi cinta kita cinta yang suci kerana cinta itu
tak pernah kotor melainkan hati dan nafsu kita yang mengotorkan cinta itu. Ya
ALLAH, abang cintakan Feroz, dulu kini dan insya-ALLAH mungkin sampai abang
mati,” ucap Haq dengan penuh rasa kesyukuran.
Dia mengeratkan pelukannya. Dahi Feroz di kucup
lembut.
“ Alhamdulillah, aturan ALLAH itu tak pernah silap
bang. Waktu opah datang melamar Feroz, dengan lapang dada Feroz terima pinangan
abang. Sejak daripada tu, Feroz dah ubah penampilan Feroz menjadi seperti yang
abang nampak sekarang ni. Feroz dah tak nak hidup dalam kepura- puraan lagi.
Feroz nak jadi perempuan yang dapat mengisi hidup abang,” ucap Feroz lembut.
Haq menolak sedikit tubuh Feroz dan merenung ke
dalam anak mata yang hitam pekat itu. Dia tersenyum manis.
“ Tapi kenapa Feroz nak orang panggil Feroz dengan
panggilan ‘Feroz’ dan bukannya Fairus?” soal Haq penuh tanda tanya.
“ Sebab nama ‘Feroz’ tu senang sikit nak sebut
berbanding Fairus dan nampak lebih lelaki,” balas Feroz dengan senyuman yang
ceria.
Haq ketawa kecil sambil menarik lembut hidung Feroz
yang mancung.
“ Pandai ya Feroz kenakan abang. Maknanya opah dah
tahu yang Feroz ni perempuan bukannya lelaki?”
“ Yelah abang, sayang. Feroz kan kerja dengan opah
mestilah opah ada butir- butir peribadi Feroz. Abang je yang tak pernah nak
ambil tahu pasal jantina Feroz…” balas Feroz sambil tergelak kecil.
Haq turut tergelak. Dia kembali memeluk Feroz. Kali
ini dia benar- benar merasakan ketenangan menyapa hatinya. Terima kasih ALLAH
kerana menciptakan rasa yang cukup indah ini. Cinta yang kau titipkan dalam
hati aku ini tak pernah silap kerana setiap cinta yang hadir itu adalah pemberian
dan anugerah daripada-Mu. Aku cuba meninggalkan cinta yang terlarang tetapi Kau
telah menggantikan cinta yang terlarang itu menjadi cinta yang cukup indah. Maha
Suci Engkau Ya ALLAH…
Subscribe to:
Posts (Atom)