KOLEKSI MINI NOVEL SK KINI SUDAH DIULANG CETAK, SESIAPA YANG INGIN DAPATKAN BOLEH HUBUNGI SK SECEPAT MUNGKIN SEBAB STOK SANGAT TERHAD..
BOLEH HUBUNGI DI:
1. https://www.facebook.com/sitikhadijah91 (sila add SK as a friend dahulu sebelum PM)
2. email: mujahidah_khadijah@yahoo.com
3. SMS & whatsApp ( 019-9700358)
*notes: SERIUS BUYER ONLY
Serahkan segala cinta hanya untuk DIA nescaya kau akan dapat cinta yang selayaknya.- SitiKhadijah -
Tetamu Rindu
Wednesday, 17 December 2014
PENGUMUMAN!!
MINI NOVEL LIMITED EDITION : CINTA SI GADIS KEBUN
PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG
HARGA:
SEM.MALAYSIA: RM 29
SABAH & SARAWAK: RM 35
(harga termasuk postage)
SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN MINI NOVEL LIMITED INI BOLEH
HUBUNGI:-
1. https://www.facebook.com/sitikhadijah91 (sila add SK as a friend dahulu sebelum PM)
2. email: mujahidah_khadijah@yahoo.com
3. SMS & whatsApp ( 019-9700358)
PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG
![]() | |||||
untuk sinopsis, boleh klik pada gambar. |
SEM.MALAYSIA: RM 29
SABAH & SARAWAK: RM 35
(harga termasuk postage)
SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN MINI NOVEL LIMITED INI BOLEH
HUBUNGI:-
1. https://www.facebook.com/sitikhadijah91 (sila add SK as a friend dahulu sebelum PM)
2. email: mujahidah_khadijah@yahoo.com
3. SMS & whatsApp ( 019-9700358)
Wednesday, 8 October 2014
PERHATIAN!
Kepada pemegang akaun Maybank KLARA ANTHONY yang telah membuat pembayaran sebanyak RM148 ke akaun maybank asma pada 30 Sept sila hubungi saya dengan kadar segera sama ada di FB ataupun di email sy mujahidah_khadijah25@yahoo.com. Ataupun boleh wasapp ke no 0199700358.. Sy tak tahu novel apa yg dibeli..
Terima kasih,
Terima kasih,
Monday, 15 September 2014
Pewaris Takhta Cinta ( Bab 10 )
SHARIFAH AKYRA tidak
berkelip memandang wajah kacak kekasih hatinya. Dia bagaikan tidak percaya
dengan pengakuan berani mati Syed Aryan yang mengaku telah bernikah dengan
pembantu rumahnya semata- mata ingin memenuhi impian arwah papanya.
“I can’t believe this honey, how could you….” Sharifah Akyra tidak
dapat menyambung kata- katanya. Dia cukup kecewa dengan apa yang berlaku.
“Sayang, I bukannya nak
sangat kahwin dengan dia tapi papa yang mintak
lagipun waktu tu papa tengah nazak, apa lagi pilihan yang I ada? Tolonglah
percaya pada I, sayang,” rayu Syed Aryan sambil mengenggam tangan Sharifah
Akyra yang lembut.
Sharifah Akyra menarik
balik tangannya dari terus berada dalam genggaman Syed Aryan. Dia cukup kecewa
malah sakit hati dengan perlakuan Syed Aryan.
“Kepercayaan I pada you
dah hilang, Ary. Kenapa you tak bincang dengan I dulu sebelum you buat keputusan?
You tahukan I sayangkan you dan I akan berada di sisi you tak kira suka mahupun
duka,” ucap Sharifah Akyra lembut.
“Please Kyra, I mohon pada you kali ini percayalah pada I. Apa yang
I lakukan itu semata- mata untuk papa I. Takkan you tak tahu yang I memang
sayang dan cintakan you setengah mati. I tak boleh hidup tanpa you. Please jangan merajuk dengan I lagi. I
dah cukup terseksa tak dapat tengok senyuman you yang manis tu,” pujuk Syed
Aryan lagi sambil memegang kedua belah bahu Sharifah Akyra yang terdedah.
Bunyi bising dalam
kelab malam itu tidak memberi kesan terhadap perbualan mereka. Liuk lentuk anak
muda yang tidak kenal erti halal haram tidak dipedulikan oleh Syed Aryan. Apa
yang penting hati wanita itu perlu diraih kembali agar dia tidak kelihatan
kecundang di mata kawan- kawannya yang lain.
Sharifah Akyra seorang
gadis yang cukup cantik dan jelita. Wajah Pan-Asia yang dimiliki gadis itu
memukau setiap mata yang memandang namun akhirnya gadis itu memilih Syed Aryan
sebagai teman istimewa. Betapa Syed Aryan rasa bangga apabila semua kawan- kawannya
memuji kehebatan Syed Aryan dalam menakluki gadis cantik seperti Sharifah
Akyra. Hal itu menyebabkan Syed Aryan perlu berhati- hati agar hati gadis manja
itu tidak terguris.
“Baiklah kali ini I
maafkan you tapi ingat I nak bagi amaran pada you jangan cuba nak curang dengan
perempuan kampung tu di belakang I. Kalau tak I akan putuskan hubungan kita,”
ugut Sharifah Akyra.
Ceh,
Akyra pandai betul kau berkata- kata cuba bayangkan kalau kau putus dengan
jutawan muda seperti Syed Aryan, siapa yang akan beri kau kemewahan lagi?
hatinya berkata- kata.
Syed Aryan melebarkan
senyuman. Dia mengangkat kedua belah tangan tanda tidak akan berlaku curang
terhadap gadis itu. Lantas tanpa segan silu Syed Aryan memeluk tubuh Sharifah
Akyra yang ramping. Walaupun Sharifah Akyra membalas pelukannya dengan hangat,
namun Syed Aryan tidak merasakan ketenangan yang dicari sebaik sahaja dia
keluar daripada rumah tetapi Syed Aryan sembunyikan rasa itu jauh dalam lubuk
hatinya.
Sharifah Akyra
mengangkat muka dan menatap wajah Syed Aryan yang kacak dengan penuh perasaan.
Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah Syed Aryan sementara tangannya
kemas memeluk tengkuk lelaki itu. Dia akan lakukan apa saja untuk memiliki
lelaki kaya itu.
Syed Aryan bagaikan
terpesona dengan renungan mata yang galak itu namun jauh di dalam hatinya
terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jiwanya gelisah secara tiba- tiba.
Pantas, saat bibir wanita itu hampir menyentuh bibirnya dengan pantas Syed
Aryan memalingkan wajahnya ke tempat lain menyebabkan ciuman Sharifah Akyra
tidak mengena.
Sharifah Akyra terkejut
dengan penolakan Syed Aryan. Lantas, dia meleraikan pelukan, wajah lelaki itu
dipandang dengan seribu tanda tanya.
“Hey,apa dah jadi ni? I ingat you sayangkan I…”
“Memang I sayangkan
you, tapi I mintak maaf, sayang. Let be our first kiss in our first night.
I hope you understand,” pinta Syed Aryan. Dia meraup wajahnya.
“Kenapa you tak
sayangkan I?” soal Sharifah Akyra lagi. Dia rasa sedikit terhina dengan
penolakan Syed Aryan. Selama ini bersusun lelaki ingin menjadi kekasihnya dan
memenuhi waktu sunyinya tetapi Syed Aryan menolaknya mentah- mentah. Memang
mendatangkan kemarahan.
“Sebab I sayangkan you,
I takkan sentuh you selagi you tak jadi isteri I yang sah and you jangan risau first
kiss I adalah untuk gadis yang yang I cinta dan gadis itu adalah you. Itu
janji I pada you, ” ujar Syed Aryan
dengan bersungguh.
Dia mengelus pipi
Sharifah Akyra dengan lembut membuatkan gadis itu tersenyum kembali. Gadis itu
kembali ke dalam dakapan Syed Aryan tanpa perasaan malu yang sepatutnya ada
dalam diri seorang manusia yang bergelar wanita.
“Ary, can I ask you something?” soal Sharifah Akyra dengan manja.
“Apa dia sayang?”
“You dengan minah
kampung tu dah ‘tu’ ke?” soal Sharifah Akyra.
Dahi Syed Aryan
berkerut. Dia mencari raut wajah Sharifah Akyra yang tersembam di dada bidangnya. Dia tidak faham
dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sharifah Akyra.
“Apa maksud you dengan
‘tu’?” tanya Syed Aryan pelik. Dahinya berlapis- lapis.
Sharifah Akyra menampar
lembut dada Syed Aryan. Dia mencebikkan bibir.
“You ni pura- pura tak
tahu pulak. You dengan minah tu dah ‘together’ ke? I mean as real husband and
wife,”
“What?! You ingat I ni apa? Suka- suka hati nak terkam anak dara
orang. Lagipun dia tu bukan taste I.
Tak selera I tengok perempuan kampung tu dahlah bertutup litup 24 jam. Rimas I
tengok. Tak ada satu pun pada diri dia yang mampu menarik perhatian I dan I nak
you tahu yang I tak pernah dan takkan pernah sentuh perempuan kuno tu. Please, not my taste darling. Bagi free pun I takkan pandang walau sebelah
mata,” ujar Syed Aryan dengan penuh rasa yakin yang dia tidak akan terpikat
pada isterinya itu.
Sharifah Akyra
tersenyum lega selepas mengetahui isi hati Syed Aryan yang sebenar. Sekurang-
kurangnya dia boleh menuntut janji daripada lelaki itu jika berlaku apa- apa
yang di luar jangkaan.
DI hamparan sejadah
yang terbentang, Wafiya Khadeeja duduk berteleku sambil menadah tangan memohon
kekuatan daripada Sang Maha Pencipta yang Maha Mengetahui segala yang telah
ditakdirkan untuknya. Walaupun dengan tubuh yang masih lemah dengan kesan luka
dan lebam yang menyakitkan, Wafiya gagahkan diri untuk Solat Sunat Tahajud dan
menyerah diri di hadapan Allah s.w.t.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau
maha mengetahui apa yang aku tidak ketahui jika ujian yang Kau berikan ini
mendekatkan aku dengan Kau, maka redhailah hatiku untuk menempuhnya dengan
berlapang dada. Aku tahu Engkau Maha Adil lagi Maha Penyayang, lindungilah aku
daripada kekejaman dunia dan jauhkan aku dari disakiti oleh hamba- hamba-Mu
yang lain.
Namun, jika ujian ini
adalah kifarah daripada dosa aku yang dulu, maka ampunkanlah dosaku kerana
sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa- dosa besar. Kau ampunkanlah dosa kedua
ibu bapaku, dosa Uncle Umar, dosa ibu
mertua ku dan juga suamiku walaupun aku bukanlah isteri dan menantu impian
mereka,” rintih Wafiya dalam doanya. Air matanya tidak berhenti mengalir
seolah- olah dengan mengeluarkan air mata, dapat mengurangi kesakitan yang di
alaminya.
Wafiya teresak- esak
bila terbayangkan wajah arwah ayah dan ibunya yang telah pergi meninggalkannya
keseorang di atas muka bumi ni. Tiada lagi tempat untuk dia mengadu, tiada lagi
tempat dia mencurahkan perasaan dan tiada lagi tempat untuk dia berkongsi
perasaan suka dan duka. Cuma yang tinggal sekarang hanya kegelapan yang
menyelubungi apabila terperangkap di dalam sangkar yang di luarnya bagaikan
istana tetapi di dalamnya tak ubah seperti gua yang kelam tanpa sinar yang
dapat menyinari harinya.
“Ya Allah, dengan
nama-Mu aku maafkan segala kesalahan insan-insan yang telah menyakitiku dan
moga Kau berikan hidayah dan petunjuk kepada mereka. Kau bukakanlah hati Tuan
Ary dan Puan Sri untuk kembali ke jalan yang Kau redhai dan jangan Kau
pesongkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk. Ya Allah, jodoh dan maut itu
urusan-Mu jika memang dia di takdirkan untukku, baik untukku, agamaku, duniaku
dan akhiratku maka Kau dekatkanlah hatiku dan hatinya namun jika dia bukan
untukku, Kau damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu dan Kau berikan yang terbaik
untukku. Hanya kepada Kau aku berserah dan meletakkan harapan. Amin ya Rabbal
al-amin,”
Wafiya mengakhiri
doanya dengan meraup wajahnya yang lesu dan tidak bermaya. Rasa ketenangan mula
menjengah ke tangkai hatinya yang gundah. Wafiya terasa lapang dan damai. Dia
tersenyum nipis lalu dengan tiba- tiba dia melurut jatuh di atas tikar sejadah.
Perlahan- lahan matanya yang berair tertutup rapat.
Tanpa disedari ada seseorang
sedang memerhatikan Wafiya dengan perasaan berbaur.
Pewaris Takhta Cinta ( Bab 9 )
SYED ARYAN mundar
mandir di hadapan Puan Sri Sharifah Mastura yang duduk bersandar sambil memeluk
tubuh di sofa dalam bilik bacaan yang selalu Tan Sri Syed Umar gunakan semasa hayatnya.
“Macam mana ni mama
takkan kita nak biarkan perempuan tak guna tu bermaharajalela dalam rumah kita
sendiri. Ary tak sanggup nak mengadap muka dia hari- hari,” ujar Syed Aryan
sambil menggigit jari.
Puan Sri Sharifah
Mastura melepaskan keluhan kuat.
“Habis tu apa yang mama
boleh buat kalau dah itu arwah papa kamu nak. Papa sendiri yang tulis wasiat tu
dan wasiat tu sah di sisi undang- undang. Kita kena ikut walaupun terpaksa,”
balas Puan Sri Sharifah Mastura tegang.
“Ary tak dapat terima
mama. Tak dapat terima langsung yang perempuan kampung tu jadi mem besar dalam
rumah ni,”
Syed Aryan
menggelengkan kepalanya. Dia meraup wajahnya yang kegelisahan apabila
mengenangkan yang dia hanya menumpang di dalam rumahnya sendiri.
“Itu Ary jangan bimbang
mama akan buat dia menyesal kerana masuk dalam keluarga kita. Dasar perempuan
tak sedar diri. Dahlah budak kampung ada hati nak rampas harta keluarga kita.
Apa kata Ary ceraikan saja perempuan tu dan selepas itu kita halau dia dari
rumah ni,” Puan Sri Sharifah Mastura memberi cadangan. Dia berdiri dan menepuk
bahu anak tunggalnya itu.
Syed Aryan terdiam
sebentar. Cerai? Kemudian dia menggeleng- gelengkan kepala.
“Ary rasa ceraikan dia
bukan selesaikan masalah tapi menambah masalah. Kalau Ary ceraikan dia
sekalipun, kita tetap tak boleh halau perempuan tu dari rumah ni sebab arwah
papa dah tetapkan syarat hanya selepas enam bulan baharu perempuan tu boleh
keluar atau tukar hak milik mama,” balas Syed Aryan.
“Ye tak ye jugak. Memang dasar perempuan tak guna.
Apa yang dia dah bagi pada papa sampaikan papa sanggup berikan rumah ni pada
dia? Mama memang sakit hati dengan perempuan tu. Sebab itu mama tak suka kamu
berkawan dengan golongan bawahan tengoklah apa yang jadi. Kita bagi dia tempat
tinggal, sekarang dia yang pijak kepala kita. Habis tu apa yang kamu nak buat
dengan perempuan tu?”
“Ary tak nak ambil tahu
pasal dia. Mama uruskan dia ikut suka hati mama. Ary tak nak ambil kisah,” ucap
Syed Aryan dengan muka tak ada perasaan.
Puan Sri Sharifah
Mastura tersenyum penuh makna. Memang itu yang dia mahukan. Dia akan membuat
Wafiya tidak betah tinggal di rumah itu. Dulu cinta mak kau yang merampas suami
aku sekarang aku takkan berdiam diri dengan membiarkan kau merampas harta aku,
Fiya. Kalau aku tak dapat balas dendam pada mak kau, jadi kau yang harus terima
balasan akibat perbuatan mak kau yang tak guna itu. Bisik hati Puan Sri Sharifah
Mastura penuh dengan dendam kesumat dan apa yang pasti dia tidak akan
melepaskan Wafiya sebelum gadis itu membayar harga sakit hatinya.
“TOLONG Puan Sri
lepaskan saya. Sakit Puan Sri!” rintih Wafiya dengan air mata yang lebat
mengalir di pipi.
Dia cuba melepaskan
genggaman tangan Puan Sri Sharifah Mastura yang kuat mencengkaman rambutnya.
Dia mengadu kesakitan tetapi Puan Sri Sharifah Mastura bertindak dengan lebih
ganas dengan menampar pipinya berkali- kali.
“Tahu sakit. Hati aku
yang sakit kau tak tahu. Kalau tak sebabkan janji laki aku dengan mak kau, aku
takkan dapat menantu sampah macam kau ni. Dulu mak kau menggatal dengan laki
aku dan sekarang kau berangan nak jadi mem besar dalam rumah ni. Lebih baik kau
cermin muka kau tu sikit atau kau tak pernah cermin muka kau selama ni. Mari
sini aku tunjuk muka kau biar kau sedar diri!” herdik Puan Sri Sharifah Mastura
lagi.
Dengan tidak
berperikemanusiaan, Puan Sri Sharifah Mastura menarik rambut Wafiya dan
mengheret tubuh kurus itu ke hadapan cermin. Dia menunja-nunjal kepala Wafiya
supaya gadis itu berdiri di hadapan cermin. Apabila Wafiya sudah berdiri, Puan
Sri Sharifah Mastura menarik kepala Wafiya ke belakang sedikit supaya kepala
Wafiya tegak memandang ke arah cermin.
“Kau pandang muka kau
tu betul- betul, sesuai tak dengan anak aku yang kacak tu. Kau sedar tak kau tu
tak ubah macam sampah di mata Ary malah kau lebih murah daripada pelacur di
jalanan. Kau tak payah nak berangan nak duduk dalam mahligai yang indah ni.
Budak kampung macam kau ni patut sedar diri, dahlah busuk, kotor ada hati nak
jadi anak raja!” tambah Puan Sri Sharifah Mastura dengan kasar. Tanpa belas dia
terus menghina Wafiya yang sudah menangis teresak- esak.
Wafiya terus- terusan
menangis. Remuk redam hatinya apabila dicaci dan dicerca sedemikian rupa
seperti dia tiada maruah dan harga diri. Ya Allah, kepada-Mu hamba berserah.
Tolonglah hamba-Mu ini. Rintih hati Wafiya bersama tangisan dan kesakitan.
“Saya tak mintak Tan Sri berikan rumah ini pada
saya, Puan Sri. Maafkan saya Puan Sri jika saya ada buat salah pada Puan Sri
tapi tolong lepaskan saya Puan Sri. Sakit…” rayu Wafiya lagi. Dia cuba
meleraikan cengkaman tangan Puan Sri Sharifah Mastura di rambutnya tetapi
semakin dia cuba semakin kuat Puan Sri Sharifah Mastura kuat.
“Kau nak aku lepaskan
kau ye?”
Pantas Wafiya
mengangguk dengan wajah yang berkerut. Dia cuba menahan kesakitan yang semakin
membalut dirinya. Namun, tanpa di sangka- sangka, Puan Sri Sharifah Mastura
menolak tubuh kurus Wafiya sehingga gadis itu jatuh tersungkur di atas lantai.
Tubuhnya yang kurus di sepak sesuka hati oleh wanita yang tidak
berperikemanusiaan itu.
“Rasakan kau dasar
perempuan sundal, perempuan sial!” jerit Puan Sri Sharifah Mastura lagi.
Seperti dirasuk iblis,
Puan Sri Sharifah Mastura memukul dan menyepak tubuh Wafiya dengan sesuka
hatinya tanpa ada sedikit belas kasihan dalam hatinya yang bergelar wanita. Dia
hanya inginkan kepuasan agar dendamnya terhadap Soleha terbalas.
Manakala Wafiya tidak
dapat berbuat apa- apa. Dia hanya menahan kesakitan yang tidak bertepi. Dia
hanya mampu mengerang kesakitan dan merayu agar tubuhnya yang lemah tidak terus
menjadi mangsa pukulan Puan Sri Sharifah Mastura. Namun, semakin dia merayu,
semakin kuat habuan yang diterima daripada Puan Sri Sharifah Mastura. Wafiya
hanya mampu berserah bersama air mata yang tidak berhenti mengalir mengenangkan
nasib diri yang diperlakukan seperti binatang.
MAK MILAH menjerit
memanggil nama Wafiya dari luar bilik anak gadis itu. Dia tahu Puan Sri
Sharifah Mastura telah melakukan sesuatu pada Wafiya kerana dia mendengar
jeritan suara gadis itu merayu pada Puan Sharifah Mastura.
Pewaris Takhta Cinta ( Bab 8 )
SYED ARYAN termenung
panjang mengenangkan papanya yang telah tiada di sisi mereka sekeluarga. Tan
Sri Syed Umar telah menghembuskan nafas terakhir selepas dia dan Wafiya selamat
dinikahkan malam itu juga. Sungguh Syed Aryan tidak menjangkakan sebaik sahaja
dia melihat mesin hayat yang terhenti secara tiba- tiba, dia berfikir bahawa
dia akan kehilangan papanya tetapi Tan Sri Syed Umar kembali bernafas buat
seketika.
Masih jelas di fikiran
Syed Aryan saat papanya meminta dia menikahi Wafiya di hadapannya. Tiada
pilihan lain, Syed Aryan terpaksa meminta Muzamil untuk mencari jurunikah dan
saksi serta wali hakim untuk membolehkan dia bernikah dengan Wafiya. Syed Aryan
tahu mamanya tidak bersetuju dengan pernikahan itu tetapi selepas dipujuk
akhirnya mamanya mengalah.
Sekarang, Tan Sri Syed
Umar sudah kembali kepada Penciptanya meninggalkan dirinya dengan tanggungjawab
sebagai seorang suami juga sebagai ketua syarikat. Apabila dihitung ternyata sudah
seminggu mereka sekeluarga berkabung dengan pemergian Tan Sri Syed Umar.
Mamanya, hanya murung dan asyik termenung sama seperti dirinya yang merindukan
Tan Sri Syed Umar.
Namun lamunannya
terhenti apabila telinga Syed Aryan menangkap bunyi bising di dalam rumah dan
tanpa menunggu lama dia bergegas berlari ke dalam rumah. Kelihatan Puan Sri
Sharifah Mastura sedang menolak Wafiya sehingga gadis itu jatuh terduduk. Apa
yang berlaku ni?
“Apa yang berlaku ni,
mama?” tanya Syed Aryan sambil mendapatkan mamanya.
“Perempuan ni patut
kita halau je dari rumah. Disebabkan
dia papa kamu mati dan disebabkan dia kamu kena berkahwin dengan dia. Dasar
perempuan pembawa sial!” jerkah Puan Sri Sharifah sambil menunjal kepala
Wafiya.
Wafiya menangis. Dia
memberanikan diri untuk menentang wajah Puan Sri Sharifah Mastura dan Syed
Aryan yang hanya diam membatu melihat perlakuan mamanya.
“Bukan saya penyebab
kematian Tan Sri, Puan Sri dan bukan saya yang pinta untuk berkahwin dengan
Tuan Ary. Ini semua takdir, Puan Sri.” balas Wafiya berani. Dia mengesat air
matanya yang masih lebat menuruni lekuk pipi.
“Takdir? Pandai kau
menjawab kan. Kau dengan mak kau yang dah mampus tu sama sahaja dah merampas
keluarga aku. Kau ingat aku tak tahu yang mak kau ada hubungan sulit dengan
laki aku. Dasar keturunan tak tahu malu. Mak dengan anak sama je. Aku tahulah rancangan kau. Kau cuma
nak kan harta keluarga aku kan? Hey
perempuan kampung, kau jangan nak berangan!” jerit Puan Sri Sharifah Mastura
sambil menendang kaki Wafiya.
Wafiya menjerit kesakitan
sedangkan Syed Aryan memandang tanpa perasaan melihat isterinya diperlakukan
seperti itu oleh mamanya.
“Puan Sri sabar jangan
buat Fiya macam ni,” tiba- tiba Mak Milah datang mendapatkan Wafiya yang
terdampar di lantai rumah.
“Mak Milah jangan nak
menyibuk. Perempuan tak sedar diri ni perlu tahu kedudukan diri dia yang
sebenarnya. Entah apa- apa keturunan berangan nak berkahwin dengan keturunan
yang baik- baik,”
“Tapi ini bukan caranya,
Puan Sri. Ary tak kesian ke tengok isteri Ary ni?” Mak Milah mengalih pandangan
pada Syed Aryan yang setia berdiri di sebelah mamanya.
“Itu bukan urusan saya,
Mak Milah. Saya hanya menunaikan permintaan papa je selebihnya pandai- pandailah dia uruskan sendiri. Lagipun apa
yang yang dikatakan oleh mama tu betul. Dia patut sedar diri siapa diri yang
sebenar. Mentang- mentang arwah papa ambil dia jadi anak angkat, nak naik
kepala pula. Sorry sikit dia tak
layak nak jadi menantu dalam keluarga ni. Malulah nak mengaku pembantu rumah ni
sebagai isteri,” selamba sahaja Syed Aryan berkata- kata tanpa rasa bersalah.
Dia sempat melemparkan senyuman sinis pada Wafiya yang memandang wajahnya
dengan mata yang berair. Ingat aku nak kesian ke?
Wafiya terkesima dengan
kata- kata Syed Aryan. Bukan kau ke yang minta aku mengahwini kau di hadapan
Tan Sri Syed Umar? Pertanyaan itu hanya berlegar di dalam fikiran Wafiya
sahaja.
“Kenapa Tuan Ary dan
Puan Sri buat saya macam ni? Saya tak mintak
pun semua ni,” Wafiya menangis lagi.
“Kau tak payah buat
muka kesianlah. Sekarang aku nak, kau bungkus semua kain baju kau dan kau
berambus dari rumah aku. Tak ada siapa dalam rumah ni nak terima kau apatah
lagi anak aku ni. Kau sedar tak yang kau tak layak jadi isteri sekaligus jadi
menantu dalam rumah ni. Baik kau pergi jadi orang gaji rumah orang lain!
Pergi!” jerit Puan Sri Sharifah Mastura lantang. Matanya dibeliakkan.
Wafiya tidak dapat
berkata apa- apa. Dia cuba berdiri dengan pertolongan Mak Milah. Air mata yang
merembes laju dikesat dengan belakang telapak tangan. Kalau ini ujian yang
perlu dijalani, dia akan cuba untuk menerima dengan hati yang tabah walaupun
dia bukanlah sekuat mana.
“Fiya takkan ke mana-
mana,”
Satu suara garau
menyampuk membuatkan semua yang berada di situ berpaling ke arah pintu utama.
Kelihatan Muzamil yang segak berkemeja berdiri di situ sambil membimbit briefcasenya. Tajam mata lelaki itu
merenung Puan Sri Sharifah Mastura dan Syed Aryan yang jelas terkejut dengan
kehadirannya.
“Amil…buat apa dekat
sini?” soal Puan Sri Sharifah Mastura sedikit gagap. Dia menelan air liur
bimbang Muzamil melihat apa yang dilakukan dan dikatakan pada Wafiya sebentar
tadi.
“Mama jangan risau Amil
takkan bagitahu sesiapa apa yang mama lakukan pada Fiya untuk kali ini dan Amil
harap mama takkan ulangi apa yang mama buat tu. Fiya awak jangan ke mana-
mana,”
Halang Muzamil apabila
melihat Wafiya ingin mengorak langkah menuju ke biliknya. Dia perlu
menyelesaikan masalah keluarga ini sekarang juga. Ada sesuatu yang perlu Puan
Sri Sharifah Mastura dan Syed Aryan tahu tentang kepentingan Wafiya dalam
keluarga mereka.
“Apa maksud kau, Amil?
Kenapa perempuan ni tak boleh keluar daripada rumah ni? Dia ni macam sampah tak
perlu aku simpan dalam rumah ni,” sampuk Syed Aryan. Tuturnya agak kasar di
pendengaran Muzamil.
Wafiya memejamkan mata.
Air matanya tidak berhenti mengalir apabila mendengar kata- kata kejian
daripada Syed Aryan. Hatinya bagaikan dihiris dan dicincang apabila dikeji
sebegitu rupa oleh lelaki yang bergelar suami.
Muzamil menggelengkan
kepalanya. Simpatinya tumpah pada gadis pemalu itu hingga membuatkan dirinya
berkobar- kobar untuk memiliki gadis itu agar dapat menyelamatkan dia daripada
cengkaman keluarga Puan Sri Sharifah Mastura yang kejam. Namun, Muzamil sedar
diri yang Wafiya telah pun menjadi isteri yang sah pada Syed Aryan.
“Jom kita duduk dulu.
Ada sesuatu yang perlu saya beritahu pada mama dan Ary berkenaan dengan wasiat
yang ayah suruh saya bacakan selepas seminggu dia tiada. Saya harap mama dan
Ary dapat terima dengan hati yang terbuka. Wafiya dan Mak Milah juga harus ada
saat saya bacakan wasiat,” ujar Muzamil.
Tanpa banyak bicara,
mereka semua berlalu ke ruang tamu untuk mendengar apa yang ingin dikatakan
oleh Muzamil. Selepas semuanya selesai melabuhkan duduk dengan lafaz bismillah
sebagai pembuka kata, Muzamil membacakan wasiat dengan tenang.
“Arwah Tan Sri telah
melantik Syed Aryan menjadi CEO syarikat Bayu Bina Sdn. Bhd berkuat kuasa dari
tarikh wasiat ini dibacakan dan segala saham yang terdapat di bursa saham adalah milik Syed Aryan. Segala tanah dan aset
yang berjumlah 30 juta diserahkan pada
Puan Sri Sharifah Mastura tetapi perlu dipantau oleh Syed Aryan. Arwah
Tan Sri tak nak berlaku sebarang pembaziran terhadap hartanya.
Selain itu, sejumlah
wang sebanyak satu juta telah arwah dermakan kepada rumah anak- anak yatim dan
badan- badan kebajikan di seluruh Malaysia dan duit itu perlu diagihkan
seadilnya oleh Syed Aryan dan Puan Sri. Manakala, harta- harta yang selebihnya
diberikan pada Syed Aryan sebagai anak lelaki tunggalnya,” ujar Muzamil panjang
lebar.
Syed Aryan dan Puan Sri
Sharifah Mastura tersenyum lebar. Namun, senyuman Puan Sri Sharifah Mastura
mati tiba- tiba apabila dia teringatkan sesuatu.
“Sekejap, rumah ni
macam mana? Amil tak sebut pun pasal rumah ni,” tanya Puan Sri Sharifah
Mastura.
Muzamil tersenyum lantas
dia membuka fail yang berwarna hitam. Buat seketika dia menjeling pada Wafiya
yang diam membeku di sebelah Mak Milah.
“Itu yang saya nak
cakapkan, mama. Arwah Tan Sri sudah buat keputusan rumah ini yang bernilai RM3
juta telah diserahkan pada anak angkat dan menantu beliau iaitu Wafiya Khadeeja
binti Uthman…”
“Apa?!!” jerit Puan Sri
Sharifah Mastura dan Syed Aryan serentak. Mereka betul- betul terkejut dengan
apa yang dibacakan oleh Muzamil.
Wafiya juga terkejut
begitu juga dengan Mak Milah cuma Muzamil sahaja yang kelihatan tenang.
“Aku rasa kau dah salah
ni Mil. Kenapa perempuan kampung tu pulak
yang dapat rumah ni? Habis tu aku dan mama aku nak tinggal dekat mana? Apa hak
perempuan ni dalam rumah ni? Dia cuma anak angkat dan kalau daripada hukumnya,
dia tak layak pun untuk terima harta arwah papa,” Soal Syed Aryan bertalu-
talu. Dia tidak berpuas hati dengan apa yang didengar sebentar tadi. Rasa
seperti mahu dikerjakan Wafiya itu secukupnya biar rasa sakit hatinya hilang
saat melihat wajah gadis itu.
“Memang jika mengikut
hukum faraid, anak angkat tidak layak untuk mendapat apa-apa harta pusaka
tinggalan ayah angkatnya, tetapi Islam itu syumul dan Allah itu Maha Adil, Ary.
Arwah Ayah Umar memberikan rumah ini pada Wafiya mengikut sistem wasiat dan
bukannya faraid. Lagipun hanya rumah ini sahaja yang diberikan pada Wafiya,
harta-harta yang lain masih milik kau dan mama,” jelas Muzamil dengan tenang.
“Memang mengarut! Aku
rasa mesti perempuan ni yang hasut papa untuk berikan rumah ni pada dia!”
tohmah Syed Aryan sambil merenung tajam ke arah Wafiya.
Muzamil hanya
menggelengkan kepala melihat sikap Syed Aryan yang terburu-buru menyalahkan
Wafiya tanpa mengetahui cerita yang sebenar.
“Surat wasiat ini sah
dan surat wasiat ini ditulis sendiri oleh arwah Tan Sri dan tiada siapa yang
memaksa arwah untuk memberikan rumah ini pada Wafiya. Semuanya atas kerelaan
arwah sendiri kerana Wafiya adalah menantu keluarga ini. Kau dan Puan Sri boleh
tinggal di dalam rumah ini bersama dengan Wafiya tanpa ada sebarang syarat
tetapi jika kau berani menghalau Wafiya, dia boleh mengambil tindakan undang-
undang kerana rumah ini telah ditukar kepada nama dia,” terang Muzamil lagi.
Syed Aryan melepaskan
keluhan berat. Dia memandang wajah Wafiya dengan penuh rasa kebencian. Dadanya
berombak kerana cuba menahan kesabaran yang semakin menipis.
“Memang mengarut, Mil.
Mama tak dapat terima rumah ni diberikan pada perempuan kampung ni. Mama nak
Mil batalkan wasiat tu secepat mungkin,” sampuk Puan Sri Sharifah Mastura cuba
bertenang walaupun hatinya memberontak untuk menampar muka Wafiya sebagai
balasan untuk hatinya yang sakit.
“Maaf mama, wasiat ini
sah di sisi undang- undang dan tidak boleh di batalkan,”
“Kalau macam tu boleh
tak kalau saya nak tukarkan nama saya pada Puan Sri dan Tuan Ary?” Wafiya mula
bersuara. Dia mengangkat muka memandang Muzamil yang tenang.
Muzamil membalas
pandangan Wafiya yang redup. Jika aku mampu, ingin saja aku menghapus kedukaan
dan air mata kau Fiya kerana aku sayang pada kau. Bicara hati Muzamil.
“Kalau Fiya nak
tukarkan nama boleh, tetapi selepas enam bulan sebab itu yang arwah Tan Sri
yang mahukan. Selepas enam bulan baru Fiya boleh tukarkan nama secara sah.
Sepanjang tempoh itu Fiya, Ary dan mama perlu tinggal satu bumbung. Ini bukan
saja wasiat tapi ia satu amanah yang perlu kita laksanakan dan Fiya perlu pikul
amanah ini kerana amanah adalah satu perkara yang akan dipertanggungjawabkan di
akhirat. Satu lagi, arwah Tan Sri telah memberikan sejumlah wang kepada Mak
Milah dan Mak Milah nanti saya berikan cek tersebut pada Mak Milah,” ujar
Muzamil tersenyum.
“Memang mengarut.
Semuanya mengarut!” bantah Puan Sri Sharifah Mastura.
“Sabar, mama. Ini semua
bukan saya yang aturkan tetapi kehendak arwah ayah sendiri. Mil harap mama dan
Ary dapat menerima Fiya sebagai ahli baru keluarga ni,” pujuk Muzamil lembut.
“Kau ingat senang untuk
kami terima perempuan tak guna dalam keluarga ni? Baik, kalau itu yang arwah
papa nak, aku terima. Hey perempuan,
kau dengar sini lepas enam bulan aku nak kau kembalikan balik rumah ni pada
mama atau aku. Kalau tak nahas kau aku kerjakan. Kau jangan sesekali cabar aku.
Dengan papa kau boleh tunjuk muka tak bersalah, tapi dengan aku jangan harap
aku kesiankan perempuan macam kau. Dasar mata duitan! Gila harta!” tohmah Syed
Aryan lagi sambil merenung tajam wajah Wafiya yang tertunduk.
Wafiya tidak mahu
berkata apa- apa. Hanya air matanya sahaja yang mampu keluar saat itu.
Kemarahan Syed Aryan memang dijangkakan.
“Ary sudahlah tu jangan
cakap macam tu. Fiya tak tahu menahu pun pasal wasiat ni,” tegur Muzamil.
“Argh, kau pun sama Amil selalu je
sebelahkan perempuan tak guna tu. Kenapa kau dah jatuh cinta ke pada dia? Huh, aku nasihatkan kau lupakan je perasaan kau tu sebab perempuan macam
ni nampak luar je baik, bertudung
konon tapi hati busuk macam longkang!” sambung Syed Aryan sarat dengan
kemarahan yang tidak pernah padam. Tanpa menunggu balasan daripada Wafiya dan
Muzamil, Syed Aryan berlalu meninggalkan ruang tamu dengan diikuti oleh
mamanya.
“You have pay for this!” tuding Puan Sri Sharifah Mastura pada
Wafiya lantas berlalu.
“SABAR Fiya, Mil tahu
Fiya tak sangka dengan apa yang papa berikan tetapi Fiya kena terima sebab ini
adalah amanah daripada Ayah Umar untuk Fiya. Ayah Umar buat semua ni sebab ayah
sayangkan Fiya dan Ary,” pujuk Muzamil apabila melihat Wafiya mengalirkan air
mata.
“Betul tu, Fiya. Fiya
jangan risau Mak Milah akan sentiasa ada untuk tolong Fiya. Walaupun Ary cakap
macam tu tapi Ary tu baik orangnya cuma dia tengah marah. Jadi Fiya bawa
bersabar ye,” sampuk Mak Milah sambil
memeluk mesra bahu Wafiya. Dia menyeka air mata Wafiya dengan menggunakan
hujung jarinya. Simpatinya tumpah buat gadis malang itu.
“Tapi saya tak layak
untuk terima pemberian uncle. Saya
cuma pembantu rumah ni saja bukannya sesiapa dan apa yang dikatakan oleh Tuan
Ary betul, saya tak ada hak ke atas rumah ni. Saya rasa lebih baik saya pergi
dari sini,” balas Wafiya teresak- esak.
“Jangan Fiya itu lagi
mengeruhkan keadaan kerana rumah ini adalah amanah daripada Ayah Umar untuk
Fiya menjaganya. Kalau Fiya nak tahu, ayah berharap dengan kehadiran Fiya dalam
rumah ini mampu mengubah mama dan Ary ke jalan Allah disebabkan itulah Ayah
Umar nak Ary dan Fiya bernikah. Tolong Fiya jangan hampakan Ayah Umar dia
sangat sayangkan Fiya,” pujuk Muzamil lagi.
“Tapi saya tak kuat,
Mil,”
“Fiya jangan risau,
Ayah Umar telah amanahkan Mil untuk menjaga Fiya jika ada berlaku perkara yang
tak diingini memandangkan Ayah Umar sudah menjangkakan perkara ini akan
berlaku. Jadi Fiya boleh anggap Mil ni sebagai abang Fiya sendiri,” ucap
Muzamil tersenyum.
Wafiya menarik nafas
panjang. Begitu berat amanah yang perlu dipikul namun atas nama amanah dia akan
cuba penuhi juga kerana dia tidak mahu hamba yang berdosa kerana tidak tahu
menjaga amanah.
“Kalau macam tu Fiya
kena panggil Amil ni Abang Amil la ye,”
usik Mak Milah sambil menepuk lembut lengan Wafiya.
Muzamil tersenyum
simpul manakala Wafiya hanya menundukkan wajah. Dia malu apabila dipanah dengan
anak mata hitam pekat itu.
“Ish, Mak Milah ni…”
“Tapi betul juga tu
Fiya, apa salahnya Fiya panggil Mil dengan panggilan Abang Amil lagipun Mil
lebih tua daripada Fiya. Baiklah mulai hari ini Fiya harus panggil Amil dengan
panggilan Abang Amil sebab Abang Amil akan jaga Fiya mulai detik ini sebagai
seorang abang. Betul tak Mak Milah?” Soal Muzamil pada Mak Milah. Dia tersenyum
manis.
Mak Milah hanya
mengangkat ibu jarinya tanda setuju. Tidak dapat tidak akhirnya Wafiya
tersenyum nipis. Namun saat dia mendongak, pandangannya bertembung dengan
pandangan Muzamil yang redup. Lelaki itu melemparkan senyuman yang ikhlas
menyebabkan hati Wafiya sedikit bergetar sebelum dia mengalihkan pandangan ke
tempat lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)