Tetamu Rindu

Tuesday, 8 January 2013

RYT ( Bab 19&20)


BAB 19

SURAYA memfokuskan pandangan pada Balqis yang duduk termenung di mejanya. Dia pelik melihat sikap Balqis yang agak berlainan hari ini. Gadis itu tidak banyak bercakap malah sepatah ditanya sepatah yang dijawab dan paling menyakitkan hati apabila ditanya soalan lain tetapi jawapan diberikan lain hingga menimbulkan tanda tanya di benak Suraya. Adakah gadis itu mempunyai masalah dengan Ryan? tetapi selama mereka berkahwin belum pernah Suraya mendengar mereka bergaduh.

Lantas Suraya mengangkat punggung menuju ke meja Balqis yang masih lagi leka termenung. Dia mengelengkan kepala apabila Balqis masih belum menyedari kehadirannya.

“ Assalamualaikum Qis!” sergah Suraya dengan sengaja.

“ Wa’alaikummusalam!” jawab Balqis spontan. Dia mengurut dadanya kerana terkejut. Pantas dia mendongakkan kepala.

“ Kau rupanya Sue. Terkejut aku. apa hal?” tanya Balqis.

Suraya melabuhkan duduk di hadapan Balqis. kebetulan pada waktu itu ada kerusi kosong di hadapan Balqis. Nampaknya bolehlah di bergosip dengan Balqis hari ini. Gumam hati Suraya.

“ Aku nampak kau asyik termenung je. Apa kes? Ada masalah ke?” tanya Suraya tanpa berselindung.

“ Tak ada masalah. Aku biasa je. Kau je yang lebih- lebih macamlah tak pernah tengok aku termenung.” Dalih Balqis. Jelas sangat ke aku termenung? Soalnya dalam hati.

“ Memanglah aku biasa nampak kau termenung tetapi taklah macam kali ini. Lain macam je aku tengok. Sikap kau pun berbeza hari ini. Kau okey ke tak?” Suraya mengulang pertanyaannya. Wajah teman kesayangannya dipandang.

Balqis mengetap bibir. Dia sendiri tidak mengerti apa yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini. Selepas peristiwa semalam dia menjadi tidak keruan. Segala perbuatan Ryan dan kelembutan lelaki itu terbayang di matanya membuatkan Balqis rimas sendiri dan apa yang kerap terbayang di fikirannya adalah peristiwa di mana lelaki itu memeluknya. Sungguh dia tidak dapat berkata apa-apa waktu itu. Masih terasa hangatnya pelukan lelaki itu.

Balqis megeluh. Adakah Ryan sengaja ingin mempermainkan perasaannya? Balqis bimbang jika Ryan terus melayan dia sebegitu, dia akan tewas. Dia takut jika hati dia jatuh sayang pada lelaki itu walhal sememangnya saat ini dia memang menyayangi lelaki itu tetapi sayangnya sekadar sahabat baik. Bagaimana kalau perasaan itu bertukar? Balqis mengeluh lagi.

“ Qis, banyak kali kau mengeluh kenapa ni?” tanya Suraya. Dia menyentuh lengan Balqis dengan lembut. Balqis tersentak. Pandangannya difokuskan pada laman wajah Suraya yang masih menanti jawaban daripadanya.

Dia mengelengkan kepala buat kesekian kalinya.

“ Kau ada masalah dengan Ryan?” Teka Suraya.

“ Taklah. Aku okey je dengan dia.” Jawab Balqis pantas tetapi sedikit sebanyak hatinya bergetar bila nama Ryan disebut. Kenapa erk?

“ Habis tu? Kau dah mula jatuh cinta dengan dia? Aku tengok dari cara kau ni macam orang dilamun cinta je.” Tambah Suraya serkap jarang.

Balqis tersentak. “ Banyaklah kau punya jatuh cinta. Kau tahu ke orang jatuh cinta ni macam mana lagaknya? Kau pernah jatuh cinta ke?” Tempelak Balqis pantas.

“ Tahu. Macam kaulah.” Jawab Suraya spontan sambil ketawa.

Balqis menunjukkan penumbuknya dengan muka sengaja dimasamkan. Jatuh cinta? Arh, tak mungkin!

“ Untuk pengetahuan kau, Ummu Balqis ni kalis cinta tau apatah lagi nak jatuh cinta pada Ryan. He is my best friend. Takkan itu kau tak tahu. Dia hanya kawan dan kekal sebagai seorang kawan.” Sangkal Balqis.

“ Kalis cinta konon, Qis tak ada manusia yang kalis cinta termasuk kau. Cinta itu fitrah dan merupakan keperluan bagi hidup manusia. Tanpa cinta manusia itu nothing jadi kau jangan nak menyangkal yang kau tak perlukan cinta.” Ujar Suraya bersungguh- sungguh.

“ Aku tahu Sue tapi bagi aku cinta itu just kehendak manusia. Bila kita memerlukan baharulah kita cari dan bagi aku buat masa ini aku tak perlukan cinta daripada sesiapa pun. cuba kau tengok dalam akhbar ke berita ke berapa banyak yang terkorban kerana cinta? Berapa banyak manusia jadi bodoh kerana cinta? Sanggup pukul isteri, bunuh kekasih, bunuh diri hanya kerana cinta. Bukankah itu menunjukkan yang cinta itu penuh dengan kekejaman. Aku tak nak jadi mangsa salah seorang daripada itu. Biarlah aku hidup dengan cinta ALLAH dan cinta keluarga serta kawan- kawan aku.” Balas Balqis mematahkan hujah Suraya.

Terkelip- kelip mata Suraya mendengar kata- kata Balqis yang ada benarnya. Cerdik betul perempuan ini berkata- kata.

“ Itu yang kau pandang dari segi yang negatif. Cuba kau lihat cinta itu dari segi positif pula. Bukankah cinta itu mendatangkan kedamaian dalam diri kita. Kau tak mahu ke rasa dicintai seperti orang lain?” tanya Suraya pula.

“ Cinta yang mendamaikan jiwa itu hanya cinta kepada Maha Pencipta sahaja Sue. Aku hanya mencintai seseorang bila masanya sudah tiba. Buat masa sekarang aku hanya menantikan petunjuk daripada ALLAH kerana aku percaya jodoh itu telah ditetapkan oleh ALLAH sejak dahulu lagi dan aku sebagai hamba-Nya hanya menantikan isyaratnya saja.” Ujar Balqis.

Suraya termenung sebentar. Dia tersenyum. Begitu teguh pendirian Balqis seteguh tugu negara.

“ Tapi kau tak rasa ke yang Ryan tu jodoh kau?” soal Suraya tiba- tiba.

Balqis tergelak. Dia dah mula dah. Berapa kali aku nak cakap yang aku tak ada perasaan pada Ryan. Payah betul nak fahamkan orang yang tak faham ni. Nak cakap lembab dah jadi cikgu. Bebel Balqis dalam hati.

“ Tak. Aku tak rasa walau sedikit pun. Macam aku cakap pada kau antara aku dan Ryan hanya kawan baik. Dia tak cintakan aku dan aku pun tak cintakan dia. Dalam hati dia hanya ada nama Zarryn. Takkan kau tak tahu. Zarryn itu cinta mati Ryan. Walaupun dia tak cakap tapi aku tahu dia masih mengharapkan kehadiran Zarryn dan aku tak terfikir pun nak menggantikan tempat Zarryn sebab hanya Zarryn bertakhta dalam hati Ryan.” Ucap Balqis bersama dengan senyuman yang hambar.

Apa yang dikatakan adalah apa yang dirasakan. Dia yakin Ryan masih menantikan Zarryn. Wanita pertama yang mendapat tempat di hati Ryan. Tidak mudah untuk melupakan insan pertama yang hadir dalam hidup kita begitulah keadaan Ryan sekarang ini.

“ Tetapi Zarryn tu sejarah silam Ryan. Aku rasa mungkin dia dah dapat lupakan Zarryn kalau tidak, tak mungkin dia pilih kau jadi isteri kau dan bukan kawan dia yang lain. Kau tahukan ramai kawan- kawan kita syok habis dengan dia cuma dia je yang pilih kau.”

“ Habis itu kau pun syok jugak kat dia?” tempelak Balqis sambil tergelak.

Suraya menarik muka. Ke situ pula.

“ Hampir- hampirlah tapi aku sempat sedarkan diri sebab aku sedar antara dia dan aku bagai langit dengan bumi lagipun dia memang baik dengan kau. Dia lebih selesa dengan kau so aku anggap dia kawan jelah.” Balas Suraya tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi.

Balqis hanya mencebik. Yelah tu. macamlah aku tak yang kau pun ada hati juga kat si Ryan tu. gumam Balqis dalam hati.

“ Kalau kau rasa macam tu, aku ini lagilah macam syurga dengan neraka. Dia kaya, kacak, popular, cerdik dan berpengaruh sedangkan aku ni dahlah budak kampung, tak cantik, tak cerdik, tak seksi, kasar, tak pandai jaga hati dia dan yang penting aku ni memang tak memenuhi ciri- ciri wanita idaman Ryan. Dia lelaki hebat Sue tak padan dengan aku yang sederhana ni tambahan lagi dia orang yang berpangkat. Sedangkan aku?nothing Sue. Aku sedar siapa aku.” Jawab Balqis sambil menundukkan wajah.

Sudah berapa kali Ryan menyatakan yang dia tidak mempunyai ciri- ciri wanita idamannya. Jika sekali lelaki itu menyatakannya mungkin dia tidak berkecil hati tetapi jika sudah banyak kali sedikit sebanyak dia merasa rendah diri dan berkecil hati. Singa di hutan mana nak sama dengan anak ikan di lautan. Ada ke pepatah begitu?

“ Tak baik kau membandingkan semua itu Qis. Aku rasa Ryan bukan jenis lelaki begitu. Dia lelaki yang baik sesuai dengan kau. Cuma korang tak nak cari perasaan itu. cuba kau tanya hati kau Qis, takkan tak ada sekelumit kasih kau untuk Ryan?”

“ Ada tetapi sekadar kawan. Aku dengan dia akan berpisah Sue bila dia jumpa dengan gadis idaman dia. Aku tak nak menyimpan atau menanam perasaan lain selain perasaan sayang dan kasih sebagai seorang kawan. Aku tak nak kecewa aku tak suka dikecewakan. Walaupun aku tak pernah rasa kecewa tapi aku tahu sakitnya bila dikecewakan. Aku nak kau tahu yang aku dan Ryan bersatu disebabkan terpaksa tanpa ada sedikit pun rasa cinta or what so ever.” Tegas Balqis.

“ Bagaimana kalau tiba- tiba kau terjatuh cinta pada Ryan?” soal Suraya masih belum berpuas hati.

Balqis terdiam sejenak. Jatuh cinta dengan Ryan? Hmmm….

“ Dah nama pun terjatuh, aku bangunlah balik…” Jawab Balqis selamba. Dia tersengih.

Suraya menepuk dahi. Memang sakit hati kalau bercakap dengan Balqis. Ada sahaja yang nak dijawabnya. Namun, kedengaran loceng berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat maka perbualan mereka turut ditamatkan oleh Balqis.

 

BALQIS termenung di balkoni sambil menghirup udara segar petang itu. Pertanyaan demi pertanyaan daripada Suraya bermain di benaknya. Macam mana kalau aku terjatuh cinta dengan Ryan? Apa aku nak buat? Tanya Balqis sendirian.

“ Hmm…apa nak buat ek?” dia bertanya pada dirinya sendiri. Kemudian dia menggelengkan kepala.

“ Ish, tak boleh. Aku kena elakkan daripada jatuh cinta pada dia tapi bagaimana?”

Balqis menggigit jari cuba mencari idea yang bernas. Selepas puas berfikir kemudian dia mendapat satu akal. Balqis tersenyum sendirian.

“ Harap- harap kali ini Ryan boleh terima dengan cadangan aku..” Balqis memetik jari. Kemudian dia memandang ke arah taman mini. Kelihatan Ryan sedang membaca buku. Lantas tanpa berfikir panjang dia berlari untuk mendapatkan Ryan yang berada di taman.

“ Ryan, Ryan, aku ada cadangan…” Jerit Balqis tiba- tiba. Tanpa salam dia terus melabuhkan punggung di sebelah Ryan. Nafasnya tercungap- cungap kerana berlari.

Ryan terkejut dengan sergahan Balqis yang tiba- tiba. Dahlah tak bagi salam main redah je Balqis ni. Kus semangat. Ryan merungut.

“ Kenapa dengan kau ni? Kena sampuk ke? Tiba- tiba ke nak bagi cadangan. Cadangan ditutup.” Balas Ryan selamba. Dia menyelak helaian buku di tangannya tanpa sedikit pun berminat dengan cadangan Balqis.

“ Ryan dengarlah apa yang aku nak cakap ni. Hal ni ada sangkut paut dengan masa depan kita. Aku tahu mesti kau setuju dengan cadangan aku ni.”  Rengek Balqis tidak berpuas hati.

“ Kalau dah tahu aku setuju, tak payahlah cerita…” balas Ryan acuh tak acuh. Buku ditangan lebih menarik perhatiannya. Malah wajah Balqis langsung tidak dipandang.

Balqis menarik muka. Sakit hati apabila kehadirannya tidak dipedulikan oleh Ryan. Dia bukan main lagi beria tetapi Ryan hanya acuh tak acuh saja. Ryan memang begini, kalau dah membaca memang kewujudan Balqis tidak diendahkan. Dengan rasa sakit hati Balqis berdiri sempat lagi dia menghentak kaki tanda protes. Benci.

Sewaktu Balqis ingin melangkah pergi, tiba- tiba pergelangan tangannya disambar oleh Ryan membuatkan langkahnya terhenti. Namun, Balqis tetap memasamkan wajah. Dia memalingkan wajah ke arah lain.

“ Merajuk ke?” Soal Ryan. dia meletakkan buku dan cermin mata di atas meja. Dia memandang wajah Balqis yang dipalingkan ke tempat lain.

“ Taklah. Aku tengah bergembira ni. Tak nampak?” perli Balqis sambil menayangkan muka gembira yang dibuat- buat. Kemudian mukanya kembali ketat.

Ryan ketawa kecil dengan sikap keanak-anakkan Balqis. Dia tahu Balqis merajuk kerana dia melayan gadis itu dengan sambil lewa sahaja. Memang dia bersalah. Ryan mengaku.

“ Okey- okey, apa yang kau nak cakap tu? aku dengar sekarang.” Pujuk Ryan. dia menarik tangan Balqis supaya duduk di sebelahnya.

Balqis mencebik namun dia tetap duduk disebelah Ryan. dia memang tidak suka melayan rajuknya lama sangat kerana itu bukan dirinya. Dia berpaling pada Ryan yang masih menunggu butir bicara daripada Balqis.

“ Apa dia cadangan kau yang tak sabar- sabar kau nak cakap tu?” tanya Ryan tersenyum. tangannya diletakkan di belakang Balqis. segala fokus diberikan untuk Balqis.

“ Tadi aku terfikir pasal perkahwinan kita, kalau kau atau aku tak carikan seseorang sampai bila pun masalah kita takkan selesai…”

“ So?” Ryan memintas.

“ Apa kata aku carikan seseorang untuk kau. Maksud aku wanita idaman kau.” Cadang Balqis.

“ Apa?!” Ryan separuh menjerit. Hampir saja dia meloncat daripada bangku yang sedang didudukinya bila mendengar cadangan Balqis yang tersangatlah bernas itu.

Balqis menutup telinga mendengar jeritan daripada Ryan. Kuatnya suara mamat ni. Sakit telinga aku.

“ Macam manalah kau boleh terfikir nak bagi cadangan begitu Qis? Kau ingat aku tak laku sangat ke sampaikan kau kena carikan. Aku boleh cari sendirilah.” Protes Ryan.

“ Memanglah kau boleh sendiri. Tapi bila? Kau asyik sibuk dengan kerja. Bila kau nak tumpukan pada diri kau sendiri? Mesti kau nak bina keluarga kau sendiri kan? Ada anak, ada isteri, itukan impian setiap lelaki. Memandangkan kau sibuk, aku boleh tolong carikan. kat sekolah aku ramai cikgu praktikal yang cantik, lembut, pandai pokoknya sesuai sangat dengan kau. Mana tahu salah seorang ada ciri- ciri wanita idaman kau.” Ujar Balqis tanpa perasaan. Sempat lagi dia tersengih.

Ryan mengeluh. Kenapalah sahabatnya ini asyik membangkitkan isu yang sama sahaja. Selama dia berkahwin dengan Balqis tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mencari perempuan lain. Dia malas. Malas untuk melayan kerenah perempuan yang menyesakkan kepala tetapi kerenah Balqis tidak pula dia rasa rimas.

“ Aku malas Qis, kau tahu kan selepas hubungan aku break dengan Zarryn, aku dah malas nak berhubungan dengan mana- mana perempuan lagi. Bosanlah.” Bantah Ryan.

“ Alah kalau begitu, sampai bila masalah kita ni takkan selesai. Takkan kau nak terus hidup dengan aku je. Lagi kau bosan. Aku ni tak pandai jaga hati kau. Asyik menyakitkan hati kau je, silap- silap kau boleh dapat sakit jantung. Biarlah aku cari someone yang boleh jaga kau sampai akhir hayat kau, yang mampu berikan apa yang kau perlukan.” Ujar Balqis bersungguh- sungguh.

Ryan mendengus. Dia membetulkan duduk sambil mengadap ke arah Balqis. Dia merenung wajah Balqis yang manis. Rambut gadis itu berterbangan dituip angin membuatkan Balqis kelihatan comel di mata Ryan.

“ Apa yang aku perlukan Qis yang kau tak dapat berikan?” soal Ryan spontan.

“ Cinta dan kasih sayang sebagai kekasih.” Jawab Balqis pantas.

Ryan terdiam. Dia meraup wajahnya. Dia tidak perlukan semua itu jika Balqis masih bersama di sisinya. Itu yang Balqis tidak tahu.

“ Look Ryan, bolehlah aku kenalkan kau dengan kawan aku ni. Aku rasa dia sepadan dengan kau. Dia cantik dan kalau kau jumpa dia mesti kau terpikat dengan dia. Dia ada Ijazah Sarjana dalam bidang Perhotelan dan aku rasa memang sesuai dengan kau. Mesti banyak yang korang boleh bincangkan. Dia cantik Ryan suka aku tengok dia.” Balqis berkata ceria. Serentak wajah cantik Tengku Khairina terbayang diruang mata. 

Tengku Khairina adalah guru ganti di sekolahnya dan merupakan salah seorang teman Balqis. bila dia teringat soalan Suraya tiba- tiba sahaja dia mendapat akal untuk menjodohkan Tengku Khairina dengan Ryan. Mungkin mereka boleh menjadi pasangan yang bahagia. Siapa tahu?

“ Cantik sangat ke kawan kau tu?” Tanya Ryan tidak berminat. Dia mencapai buku yang diletakkan di atas meja. Malas melayan percakapan Balqis yang mula melalut.

“ Cantik macam Rianti Catwright yang berlakon Ayat- ayat Cinta tu. Cantik sangat. Orangnya baik, sopan- santun dan lemah lembut. Kau kenallah dengan dia. mesti kau suka.” Cadang Balqis bersungguh- sungguh. Dia menarik- narik lengan Ryan persis kanak- kanak meminta perhatian.

“ Qis, aku tak nak!” tegas Ryan.

“ Naklah!”

“ Tak nak!” balas Ryan menentang pandangan Balqis.

“ Baiklah, tak nak kawan dengan kau!” bentak Balqis. Dia memeluk tubuh dan memalingkan muka membelakangi Ryan.

Ryan menarik nafas panjang. Pening betul melayan kerenah Balqis yang suka merajuk ini. Selalunya Balqis tidak begini dan kalau Balqis begini maknanya dia betul- betul maksudkan kata- katanya. Ryan mengeluh. Perlu ke dia mengikut segala kehendak Balqis walaupun hatinya membantah?

“ Qis…” panggil Ryan sambil menyentuh bahu Balqis namun tangannya ditepis.

Ryan mengeluh. Nampaknya terpaksa dia mengalah. Memang dia tidak betah jika Balqis merajuk dengannya. Hal ini hanya Ryan akui di dalam hati sahaja. Jika Balqis merajuk dia pasti menjadi tidak keruan apatah lagi jika Balqis menarik muka seperti ini pasti dia jadi serba salah. Balqis memang pandai membuat hidupnya huru- hara.

“ Siapa nama kawan kau tu? bila nak kenalkan aku dengan dia?” Tanya Ryan lembut. Ternyata kata- katanya itu membuatkan Balqis berpaling dan satu senyuman dilemparkan pada Ryan.

“ Nama dia Tengku Khairina Tengku Kamal. Dia anak datuk tau cuma dia saja menghabiskan masanya jadi guru ganti. Tahun depan dia nak sambung belajar lagi tapi sekarang ini dia tengah siapkan tesis mengenai industri perhotelan di negara kita. Mungkin kau boleh beri tunjuk ajar pada dia. satu je yang aku nak cakap pada kau Ryan, dia memang cantik, lusa aku kenalkan kau dengan dia ye.” Cerita Balqis lagi.

Ryan hanya mendengar. Dia cuba mempamerkan minat walaupun sebenarnya dia tidak berminat langsung untuk mengenali gadis yang bernama Tengku Khairina itu. Dia lakukan semua itu hanya untuk menjaga hati Balqis sahaja. Hanya untuk gadis itu sahaja.

 

BAB 20

SUASANA di Restoren Restu Ibu malam itu agak sibuk. Kebanyakkan pelanggan datang untuk menjamu selera. Maklumlah hujung minggu pasti mereka datang untuk membawa keluarga bersiar- siar di pusat membeli- belah yang terkenal di Kuala Lumpur ini.

Lain pula dengan Balqis, dia datang ke restoren adiknya itu semata- mata untuk mempertemukan suaminya dengan Tengku Khairina. Gadis pilihan untuk suaminya. Terjenguk- jenguk wajahnya mencari raut wajah Tengku Khairina dalam keramaian orang.

Buat seketika dia mengeluh. Sudah hampir setengah jam dia menunggu namun bayang Tengku Khairina tidak juga kelihatan. Balqis memandang ke sisi, dia melihat Ryan tenang tanpa sedikit keresahan terpamer di wajahnya. Lelaki itu kelihatan cukup santai dengan baju t-shirt dan berseluar jeans. Penampilan lelaki itu kelihatan tidak kemas seperti selalunya. Rambutnya tidak disikat dengan kemas. Macam ni ke nak jumpa bakal isteri baru?

Ryan menjeling pada Balqis yang berada di sebelahnya. Gadis itu kelihatan gelisah. Mungkin menanti tetamu yang tak kunjung tiba. Namun, Ryan bagaikan ingin tergelak bila melihat wajah Balqis yang tidak berpuas hati melihat penampilannya yang agak selekeh malam ini.

Sememangnya Ryan sengaja berpakaian begini kerana dia mahu rancangan yang Balqis aturkan gagal. Dia tidak mahu berkenalan dengan Tengku Khairina atau sesiapa sahaja. Bagi Ryan cukuplah dia datang hanya untuk menjaga hati Balqis. dia tidak mahu isterinya itu terus- terusan menarik muncung seperti cekodok tak jadi.

“ Mananya Qis, kawan kau tu? lagi lima minit dia tak datang, aku balik.” Ugut Ryan.

“ Janganlah macam tu Ryan, kejap lagi datanglah tu. sabarlah sikit.” Balas Balqis.

Tidak lama kemudian muncul seorang gadis berblaus labuh dan bertudung ala- ala Yuna berdiri di hadapan meja Ryan dan Balqis. serentak kedua- duanya mendongak. Balqis melemparkan senyuman sedangkan Ryan hanya menayang muka selamba tanpa sedikit pun rasa minat untuk meneliti wajah jelita yang berada di hadapannya.

“ Maaflah Kak Qis Rina lambat sikit. Payah betul nak cari parking tadi. Dah lama ke Kak Qis tunggu?” Tanya Tengku Khairina lantas bersalam dengan Balqis. Pada Ryan, hanya senyuman yang dilemparkan.

“ Eh tak mengapa Rina, akak faham. Malam- malam macam ni memang payah sikit nak dapat parking. Rina dah makan? Apa kata kalau kita order dulu. Akak pun minum air je dari tadi.” Balqis memberi cadangan.

 Kemudian dia mengamit pelayan supaya datang kepadanya. Selepas membuat pesanan, Balqis menumpukan perhatian kepada Tengku Khairina yang kelihatan begitu cantik di matanya. Dia berpaling pada Ryan yang berada di sisinya, kelihatan Ryan lebih berminat bermain game di dalam handphonenya daripada memandang wajah Tengku Khairina. Kayu betul mamat ni.

“ Ini akak kenalkan, Ryan. sepupu akak.” Kenal Balqis.

Spontan Ryan mengangkat muka memandang Balqis. Sepupu? Sejak bila? Ryan tidak berpuas hati namun dia tetap tersenyum pada Tengku Khairina. Dia tahu ini semua mesti kerja Balqis yang ingin menjodohkan dia dengan Tengku Khairina.

“ Apa khabar tengku?” Ryan berbasa- basi.

“ Eh tak payah panggil saya tengku. Panggil Rina je. Lagipun Kak Qis panggil saya macam tu je. Seganlah kalau panggil saya tengku.” Tengku Khairina membalas. Senyuman manis dilemparkan.

Ryan tersengih lantas mengunci mulut. Tak ada apa yang perlu dibahas lagi. Namun, renungan Balqis yang membawa makna tersirat membuatkan Ryan mengerutkan dahi. Dia menyambung bermain Bounce yang ada di dalam telefon bimbitnya.

“ Sepupu akak memang macam ni Rina, pemalu sikit. Lama- lama biasalah. Apa kata kalau kalian berbual dulu. Akak nak cari adik akak sekejap.” Balqis meminta diri. Cuba memberi ruang kepada Ryan untuk berbual dengan Tengku Khairina.

Ryan tersentak lantas dia memandang Balqis dengan wajah yang tak puas hati. kenapa mesti dia ditinggalkan dengan Tengku Khairina? Apa yang mereka ingin bualkan? Ryan geram dengan Balqis. Tapi tak mengapa, balik nanti siaplah kau aku kerjakan. Hati Ryan berbisik penuh dendam.

Balqis berlalu meninggalkan Ryan dan Tengku Khairina. Dia memandang wajah Tengku Khairina yang cantik jelita. Memang cantik dan sempurna wajah itu malam ini. Penampilan gadis itu amat memikat. Gaya tudung yang dikenakan dan baju yang dipakai memang up to date berbeza dengan Balqis yang sentiasa berbaju kurung dan bertudung labuh namun hati Ryan tidak langsung tertarik dengan gaya itu.

Lantas senyuman dilemparkan kepada gadis itu. Bila Tengku Khairina tersenyum, Ryan tersengih. Begitulah seterusnya sehinggalah makanan yang dipesan sampai.

“ Jemput makan Rina.” Pelawa Ryan.

“ Terima kasih.” Balas Tengku Khairina pendek.

“ Dah lama awak kawan dengan Balqis?” Tanya Ryan cuba berbual. Bosan juga kalau asyik membisu sahaja.

“ Rasanya dah dekat tiga bulan sejak saya mengajar dekat sekolah tu. Kak Qis baik orangnya. Dia selalu tolong saya kalau saya ada masalah dengan pengajaran.” Cerita Tengku Khairina jujur.

Ryan tersenyum. memang Balqis seorang yang baik malah sudah banyak pengorbanan yang dilakukan Balqis untuk dirinya.

“ Daripada cerita Balqis, Rina nak buat tesis tentang hotel ya? Kalau Rina tak keberatan, saya mungkin boleh tolong.” Pelawa Ryan. dia menyuap nasi goreng ayam ke dalam mulut. Matanya terus difokuskan ke wajah Tengku Khairina yang iras- iras pelakon Indonesia, Rianti Catwright.

“ Oh Kak Qis ada cerita ke? Memanglah saya kena buat tesis tentang salah sebuah hotel yang terkemuka di KL ni cuma saya belum berkesempatan untuk ke hotel tersebut.” Balas Tengku Khairina.

“ Hotel apa yang awak nak lakukan tesis tu?”

“ Hotel Golden Pearl.” Balas Tengku Khairina pantas.

Ryan tersenyum. Itu hotel aku. Dia tidak menyangka yang Tengku Khairina berminat untuk mengetahui tentang hotelnya itu.

“ Kenapa awak nak buat tesis tentang hotel itu? bukankah banyak lagi hotel- hotel yang terkemuka di KL ni misalannya Palace of the Golden Horses, Hilton dan banyak lagilah. Apa istimewanya Hotel Golden Pearl jika nak dibandingkan dengan semua?” Tanya Ryan seakan menemuduga.

Tengku Khairina tenang. Lantas dia tersenyum manis.

“ Hotel- hotel yang awak sebutkan tadi dah banyak orang buat penyelidikan jadi tak salah rasanya saya pilih Hotel Golden Pearl untuk dijadikan bahan kajian saya. Lagipun pemilik hotel ini adalah bumiputera yang merupakan orang Melayu jadi sebagai orang Melayu saya bangga kerana hotel milik bangsa kita menjadi hotel pilihan pelancong- pelancong asing setaraf dengan hotel- hotel yang lain.

 Selain itu, kemajuan yang ditunjukkan oleh Hotel Golden Pearl amat membanggakan dan kalau tidak salah saya tak lama lagi dalam tahun depan Hotel Golden Pearl akan buka cawangannya di Singapore dan Indonesia. Itu satu pencapaian yang amat membanggakan. Disebabkan itulah saya berminat sangat untuk mengetahui bagaimana cara pengurusan dan strategi yang dilakukan oleh Hotel Golden Pearl hingga boleh berjaya hingga ke tahap ini.” Terang Tengku Khairina panjang lebar.

Ryan tersenyum lagi. nampaknya banyak benda yang Tengku Khairina tahu tentang hotelnya tetapi hanya satu yang Tengku Khairina tidak perasan lagi bahawa dia adalah salah seorang daripada pewaris Hotel Golden Pearl. Mesti Balqis belum khabarkan pada Tengku Khairina.

“ Banyak betul yang awak tahu tentang Hotel Golden ye. Saya bangga. Awak dah jumpa belum dengan Pengarah Urusan Hotel Golden?” tanya Ryan.

Wajah Tengku Khairina berubah mendung. Sudah banyak kali dia ingin berjumpa dengan Tuan Ryan Zhariff bin Tuan Razlan yang merupakan pengarah urusan hotel tersebut tetapi gagal. Lelaki itu asyik sibuk dan jadualnya begitu padat mengikut kata setiausaha Tuan Ryan.

“ Setakat ini saya belum dapat jumpa lagi dengan dia. Mungkin dia sibuk maklumlah usahawan berjaya macam Tuan Ryan memang payah nak berjumpa.” Luah Tengku Khairina.

Ryan tersengih. Memang dia cukup sibuk sejak kebelakangan ini. Maklumlah banyak projek yang perlu disiapkan.

“ Saya rasa masalah awak dah selesai. Esok datang ke pejabat pukul 10 pagi. Saya tunggu.” Jawab Ryan selamba.

Tengku Khairina mengerutkan dahi. Apa maksud lelaki ini?

“ What do you mean?”

“ Saya Tuan Ryan Zhariff yang awak nak jumpa tu…”Ucap Ryan selamba bersama dengan sengihan yang lebar. Dia mengacau-ngacau straw yang terdapat di dalam gelasnya. Buat- buat muka tak tahu pula Ryan ni.

Hampir sahaja Tengku Khairina menjerit. Melopong mulutnya melihat wajah Ryan yang berada di hadapannya. Biar betul ini Tuan Ryan Zhariff, kenapa nampak lain? Selama ini wajah Tuan Ryan yang dilihat sangat bergaya berbeza dengan lelaki di hadapannya ini. Tetapi kalau nak cakap Ryan menipu tak mungkin kerana wajah lelaki itu memang mirip Tuan Ryan. Baharu Tengku Khairina perasan.

“ Saya macam tak percaya yang awak ni Tuan Ryan Zhariff, kenapa lain benar?” soal Tengku Khairina jujur. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah Ryan yang putih kemerahan.

Ryan tergelak. Memang dia sudah agak, pasti Tengku Khairina tidak cam wajahnya yang kelihatan selekeh. Perlahan- lahan Ryan membetulkan rambutnya yang kusut dan diselak ke belakang. Mungkin kali ini baharu Tengku Khairina perasaan.

“ Amacam sekarang sama tak dengan Tuan Ryan yang awak nak jumpa tu? Saya memang pakai macam ini kalau nak keluar. Takkan saya nak pakai kot juga kalau pergi jalan- jalan. Kalau awak tak percaya lagi, awak boleh tengok saya kad pengenalan saya.” Ujar Ryan sambil tersengih.

Tengku Khairina ketawa kecil. Sekarang dia percaya yang Ryan adalah Tuan Ryan yang dia ingin berjumpa. Tidak sangka dunia terlalu kecil. Lantas dia tersenyum.

“ Maaf, tuan saya betul- betul tak perasan tadi. Kak Qis pun tak bagitahu saya yang sepupu dia adalah Pengarah Urusan Hotel Golden Pearl.”

Ryan tersengih. Balqis memang semua perkara dia lupa kecuali makan dan tidur. Kutuk Ryan dalam hati. Namun, perbualan mereka diganggu dengan kedatangan Balqis yang pantas duduk di sebelah Ryan. Gadis itu memandang Ryan dan Tengku Khairina dengan mata yang bercahaya. Dia berharap Ryan akan suka dengan Tengku Khairina.

“ Rancak berbual. Apa yang dibualkan?” tanya Balqis selamba. Dia mengalih pandangan pada Ryan. Lelaki itu hanya tersenyum tanpa mengucapkan sepatah kata.

“ Kenapa akak tak bagitahu pada saya yang sepupu akak ni Pengarah Urusan Hotel Golden Pearl? Segan saya dengan Tuan Ryan.” ucap Tengku Khairina.

Dahi Balqis berlapis. Kemudian dia menepuk dahi. Dia terlupa yang Ryan adalah Pengarah Urusan di hotel tersebut. Selama ini Ryan jarang berceritakan tentang hotelnya pada Balqis. Hampir saja dia terlupa yang dia berkahwin dengan salah seorang pewaris Hotel Golden Pearl yang terkenal itu.

“ Maaf Rina, akak lupa. Jadi kalian dah berkenalan ke? Jadi selepas ni bolehlah Rina mintak tolong Ryan ceritakan tentang industri perhotelan yang Rina fikirkan itu. Ryan ni hebat orangnya tau..” Puji Balqis sambil menjeling pada Ryan yang sedang tersengih seperti kerang busuk.

“ Saya tahu kak sebab itu saya nak buat kajian tentang kejayaan hotel Tuan Ryan. Terima kasih Tuan Ryan atas kerjasama tuan. Esok saya datang ke office.” Ujar Tengku Khairina sopan.

Ryan mengangguk. Sempat lagi dia menunjukkan muka bangga di hadapan Balqis dengan kening sengaja digerak- gerakkan. Memang Ryan sengaja ingin menyakiti apatah lagi bila dia melihat bibir Balqis yang mencebik benci, lagi Ryan suka.

“ Anyway kak saya nak ucapkan terima kasih jugak pada akak sebab temukan saya dengan Tuan Ryan. saya tak sangka akak dan Tuan Ryan sepupu saya ingatkan suami akak.” Ucap Tengku Khairina tiba- tiba membuatkan Balqis tersedak.

“ Kenapa Rina cakap begitu?” Tanya Balqis pelik. Dia berpandangan dengan Ryan.

“ Muka akak dengan Tuan Ryan nampak sama. Nampak serasi jadi tak peliklah kalau saya kata akak dengan Tuan Ryan suami isteri sebab saya selalu dengar orang kata kalau muka seiras ni ada jodoh tapi mustahillah kan, akak kan dah kahwin.” Sambung  Tengku Khairina lagi tanpa mengesyaki hubungan sebenar antara Ryan dan Balqis.

Tengku Khairina tahu yang Balqis sudah berumahtangga tetapi dia belum mengenali siapa suami Balqis kerana sewaktu Balqis berkahwin dia masih belum bekerja di sekolah itu.

Terkulat- kulat Balqis mendengar ucapan Tengku Khairina. Ada ke dia cakap muka aku dengan muka Ryan serasi. Eh, tolonglah! Bentak Balqis dalam hati tetapi dia hanya tersenyum hambar sedangkan Ryan di sebelahnya sudah tidak dapat menahan tawa. Merah wajahnya cuba menutup tawa yang bakal meletus bila- bila masa. Padam muka kau Qis, nak kenakan aku at last orang kenakan kau balik. Gumam hati Ryan.

“ Eh tak adalah Rina. Ada- ada saja Rina ni.” Balas Balqis. sempat lagi dia menyiku lengan Ryan yang mengulum senyum.

Baharu saja Tengku Khairina ingin membalas kata-kata Balqis, telefon bimbitnya berbunyi membuatkan perbualan mereka terbantut. Selepas beberapa minit dia berbual di telefon, dia memandang semula pada Balqis dan Ryan.

“ Kak Qis, Tuan Ryan, saya terpaksa minta diri dulu. Tunang  saya dah tunggu kat bawah.” Ujar Tengku Khairina.

Serentak Ryan dan Balqis berpandangan. Tunang?

“ Tunang?!” Mereka bersuara serentak.

Tengku Khairina mengangguk laju. Dia tersenyum manis. Lantas dia berdiri dan bersalaman dengan Balqis.

“ Ya kak dah enam bulan saya bertunang dan insyaALLAH bulan depan saya akan menikah. Jemputlah datang nanti ye. By the way terima kasih atas dinner ni. Saya terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum.” Ucap Tengku Khairina dan beredar daripada situ meninggalkan Ryan dan Balqis.

Ryan memandang wajah Balqis yang agak kecewa dengan berita yang didengarinya. Nampaknya ‘calon isteri’ untuknya sudah berpunya dan itu cukup membuatkan hati Ryan digeletek apatah lagi bila Balqis memandang ke arahnya. Spontan, ketawa yang ditahan- tahan terhambur keluar. Agak kuat dan mungkin akan menyakitkan telinga Balqis.

 

KETAWA Ryan masih lagi kedengaran walaupun ketika ini mereka berada di dalam kereta. Balqis mengetap bibir kerana ditertawakan oleh Ryan. Entah apa yang lawak, Balqis sendiri tak tahu. Suka benar lelaki itu ketawa. Tak penat ke? Balqis menarik muka.

“ Yang kau asyik gelak sejak dari restoren adik aku sampai ke dalam kereta ni kenapa? Dah kena rasuk? Tak pun dan kena sawan monyet.” Balqis mula membentak. Dia menarik tali pinggang keledar dengan perasaan geram. Wajahnya dipaling ke luar tingkap.

“ Mahu aku tak gelak, tak sangka ‘bakal isteri’ aku tunangan orang. Kau tak selidik dulu ke status dia sebelum kenalkan pada aku. Nasib baik aku tak terus propose dia kalau tak naya aku kena  backhand dengan tunang dia. Apalah kau Qis, lain kali kalau nak jadi ejen cari jodoh, buat kerja betul- betul.” Balas Ryan dengan tawa yang masih bersisa.

Balqis mendengus marah. Ryan memang suka naikkan darahnya. Dia sendiri tidak tahu yang Tengku Khairina sudah mempunyai tunangan dan kalau dia tahu, dia tidak akan kenalkan Ryan dengan Tengku Khairina kalau dia hanya akan ditertawakan oleh Ryan.

“ Aku cuma nak yang terbaik untuk kau Ryan. Aku tak mahu mana- mana perempuan mainkan perasaan kau lagi sebab itulah aku pilih Rina untuk kau. Aku rasa dia perempuan yang sesuai dengan kau. Kalau aku tahu dia dah ada tunang aku takkan buat kerja gila ni. Aku cuma nak kau bahagia dengan perempuan yang sempurna untuk dijadikan isteri.” Ujar Balqis. suaranya sudah berubah sayu. Sedikit sebanyak dia terasa hati dengan Ryan.

Ryan menggigit bibir. Dia terlepas cakap. Aduh, emo pulak Balqis ni. Pantas dia menarik lengan Balqis supaya gadis itu berpaling mengadapnya. Namun, tangannya ditepis. Merajuk lagi nampaknya gadis ini.

“ Qis, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Janganlah merajuk begini. Aku tahu kau lakukan semua ini untuk aku tapi aku tak perlukan itu semua. Aku hargai setiap pengorbanan dan perkara yang kau lakukan untuk aku tapi percayalah selagi kau masih bersama aku, aku tak perlukan mana- mana perempuan. Cukuplah kau seorang.”

“ Tapi sampai bila Ryan, sampai bila? Aku tak mahu terus hidup dalam pembohongan ni. Aku penat. Aku nak kau jumpa seorang yang baik sebelum kita berpisah.” Pintas Balqis laju. Dia berpaling kepada Ryan dan memandang tepat ke mata Ryan walau pun samar- samar. Dia berharap Ryan faham dengan apa yang cuba disampaikan olehnya.

Ryan tersenyum kecil. Lantas tangan Balqis dicapai dan digenggam erat. Susah untuk dia terangkan kenapa dia tidak memerlukan mana- mana wanita lagi apa yang pasti selepas dikecewakan sembilan tahun yang lalu, dia berasa serik untuk menyerahkan hati dan cintanya pada mana- mana perempuan. Bukan tiada yang sudi menjadi temannya tetapi Ryan masih belum dapat melupakan kekecewaan dahulu. Hanya Balqis yang dapat dia dampingi kerana gadis itu merupakan kawan baiknya.

“ Jodoh itu di tangan ALLAH Qis, selagi Dia tidak mahu mempertemukan aku dengan mana- mana gadis selagi itulah kau harus bersama aku. Soal jodoh bukan boleh buat main sebab perancangan ALLAH melebihi perancangan kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Kau boleh je atur  pertemuan aku dengan mana- mana perempuan yang kau nak tetapi kau juga tak boleh menentang kehendak takdir yang mungkin tidak akan berpihak pada kau. Aku nak kau redha je dengan apa yang berlaku pada kita. Jika ditakdirkan kita berpisah, aku akan terima dengan hati yang terbuka dan jika kau dah ada pilihan hati kau cakap pada aku. InsyaALLAH aku akan lepaskan kau.” Ujar Ryan panjang lebar memujuk isterinya yang sedang merajuk.

Perlahan- lahan Ryan menyentuh wajah Balqis. Dagu gadis itu diangkat. Dia merenung ke dalam anak mata Balqis yang hitam pekat. Dia melihat ada sendu di mata itu. Kenapa agaknya?

Balqis terdiam. Dia lakukan semua itu bersebab. Dia tidak mahu hatinya tertawan dengan sikap lembut dan penyayang yang ditunjukkan oleh Ryan. Dia takut hatinya akan terjerat disebabkan itu dia mahu Ryan melepaskan dia. Balqis juga risau dia tidak dapat bertahan lama memandangkan hatinya bukanlah sekuat mana.

“ Aku tak sesuai dengan kau Ryan…” ucap Balqis perlahan. Hanya dia yang mendengar apa yang diucapkan.

“ Apa kau cakap Qis, aku tak dengar.” Tanya Ryan meminta kepastian. Dia merapatkan sedikit badanya kepada Balqis. Wajah isterinya direnung lama.

“ Eh, tak ada apa- apalah. Kalau begitu aku carikan perempuan lain untuk kau ye.” Balqis bersuara tapi kali ini kedengaran ceria. Dia mendongak membalas pandangan Ryan.

Ryan tergelak lantas menjarakkan tubuhnya. Tangan Balqis dilepaskan. Dia menggelengkan kepala.

“ Aku tak nak. Aku dah serik. Nanti entah tunang siapa yang kau bawak. Kalau tunang orang masih boleh dimaafkan lagi buatnya kau tersalah bawak bini orang ke janda orang ke, mati aku dibuatnya. Cukuplah sekali ni Qis.” Balas Ryan sambil ketawa lepas.

Balqis turut ketawa. Kata- kata Ryan ada benarnya juga tetapi sampai bila mereka akan terus begini menjalani bahtera perkahwinan tanpa apa- apa perasaan. Hanya lakonan semata- mata untuk mengaburi mata ibu bapa masing- masing.

“ Takkan dan takut kot atau kau ni pengecut. Takut dengan perempuan?hmmm…” ujar Balqis seolah- olah mencabar. Dia tersenyum sinis.

Ryan berpaling pada Balqis. dia melihat ada senyuman sinis tersungging di bibir yang comel itu. Macam nak cabar aku je Qis ni. Bisik hati Ryan.

“ Aku bukan penakut atau pengecutlah. Aku tak aniaya anak dara orang je…” balas Ryan membela diri.

“ Alah, cakaplah yang kau memang penakut dengan perempuan.” Cabar Balqis lagi. dia tersenyum mengejek. Dia tahu Ryan memang pantang dicabar. Lelaki ego katakan.

“ Qis, aku bukan penakut okey!” suara Rya semakin keras. Dia rasa seperti egonya tercabar bila Balqis mengatakan dia penakut. Dia merenung Balqis dengan tajam namun renungan itu tidak memberi kesan pada Balqis.

“ Dah memang kau penakut. Tak mahu mengaku pulak.”

Ryan geram. Bibir itu tidak henti- henti mengatakan dia penakut. Tercabar juga maruahnya sebagai lelaki. Aku tak penakutlah, lebih- lebih lagi dengan perempuan. Sanggah hati kecil Ryan. Dia mengetap bibir lantas tanpa menunggu lama, dia memaut pinggang Balqis kemudian menarik tubuh genit itu rapat kepadanya. Dia akan membuktikan bahawa dia bukan pengecut ataupun penakut.

Balqis tergamam. Terasa tubuhnya begitu rapat dengan Ryan hingga terasa hembusan nafas lelaki itu yang tidak teratur. Dia menelan air liur bila pandangannya bersabung dengan anak mata Ryan yang tajam sedang merenungnya. Balqis kaget.

“ Kenapa? Takut?” Tanya Ryan seolah berbisik. Dia mengetatkan lagi pelukannya. Biar gadis itu sedar siapa dia yang sebenarnya.

“ T..aakk..aku taakk ta..kutt cuma seram je. Lepaskan aku boleh.” Pinta Balqis dengan suara terketar- ketar. Dadanya mula memainkan irama yang tidak tentu hala apatah lagi wajah suaminya begitu rapat dengan wajahnya.

“ Sekarang siapa yang penakut? Aku atau kau? Hmmm…” soal Ryan lagi. Dia menatap wajah Balqis yang manis bertudung. Kelihatan bibir gadis itu terketar- ketar mungkin takut di apa- apakan. Ryan tersenyum menggoda. Batinnya mula terasa lain bila Balqis berada di dalam pelukkannya.

“ Okey- okey fine aku mengaku kalah. Kau bukan penakut aku cuma bergurau je.” Ujar Balqis mengaku kalah. Dia tersengih. Perlahan- lahan dia menolak tangan Ryan yang melingkari pinggangnya. Dia rasa tidak selesa diperlakukan begitu apatah lagi di dalam kereta yang sempit ini. Sesak nafas dibuatnya.

“ Tapi aku tak bergurau…” ucap Ryan perlahan.

Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Balqis. Dia ingin melihat sejauh mana keberanian Balqis dalam mencabarnya walaupun  ketika ini dia dapat rasakan ada perasaan lain sedang mengalir di dalam dirinya.

“ Ryan, lebih baik kau lepaskan aku. Kan tak pasal- pasal lebam bijik mata aku tumbuk. Jangan nak mengatal dengan aku. Aku serius ni lepaskan aku.” Balqis kembali kasar. dia mengepal penumbuknya lantas ditunjukkan di hadapan muka Ryan. Balqis mula cuak dengan tingkah laku Ryan. Bagaikan mahu pecah dadanya  menahan debaran yang maha kuat.

Namun, lain pula reaksi Ryan. Lelaki itu dengan berani mendekatkan lagi wajahnya ke wajah Balqis. Matanya difokuskan di bibir Balqis yang merah basah. Dia tahu Balqis tidak keruan saat ini sedangkan hati Ryan bagaikan ingin digeletek bila melihat wajah cuak Balqis.

Balqis menjadi tidak keruan. Jantungnya berdebar hebat. Naluri wanitanya tidak tentu arah. Lantas dia memejamkan mata apabila terasa wajah Ryan semakin menghampiri. Balqis takut untuk menghadapi kenyataan. Tetapi tiba- tiba kedengaran suara hilai tawa yang bergema di segenap ruang kereta tersebut.

Balqis membuka mata bila mendengar suara Ryan ketawa. Lelaki itu ketawa terbahak- bahak sambil menekan perutnya. Tiba- tiba sahaja darah merah meyerbu ke muka Balqis.Dia malu kerana Ryan mempermainkan dia sebegitu. Berombak dada Balqis menahan amarah. Kurang ajar punya kawan! Siap kau!

“ Kau ingat aku jahat sangat ke? Kelakar kau ni Qis. Aku tak sejahat yang kau fikirkan walaupun aku ada satu nafsu tapi aku tak sanggup nak buat jahat pada kau.” Ujar Ryan selepas tawanya reda. Dia mengelap sisa air mata yang keluar akibat terlampau banyak ketawa.

Balqis menarik nafas panjang. Tak guna!

“ Kau memang nak cari pasal dengan aku Ryan.” Marah Balqis.

Lantas tanpa berfikir panjang satu tumbukan hinggap di bahu Ryan. Walaupun tidak sekuat mana tetapi tetap mendatangkan kesakitan di bahu lelaki itu. Biar padam muka dengan Ryan suka sangat menyakitkan hati Balqis.

“ Auuchh! Sakitlah Balqis.Teruknya kau ni.” Balas Ryan sambil menggosokkan bahunya yang masih berbekas dengan tumbukan tangan kecil Balqis. dahinya berkerut menahan kesakitan.

“ Padam muka kau! Suka sangat sakitkan hati aku. Lepas ni aku takkan bagi peluang pada kau lagi looser!” Bentak Balqis. dia berpaling ke hadapan dan berpeluk tubuh. Dia mendengus marah.

“ I’m not looser okey!” balas Ryan.

“ Yes you are. Very annoying. I hate you.” Jerit Balqis geram.

Ryan menutup telinga. Mak aii kuatnya suara!

 

 

Wednesday, 2 January 2013

RYT (Bab 17&18)


BAB 17

DANIEL tersenyum melihat Balqis yang termengah- mengah selepas mereka selesai berjoging pagi itu. Sejak daripada dahulu lagi dia dan Balqis akan selalu berjoging pada setiap pagi Sabtu di taman rekreasi tidak jauh daripada rumah Balqis. Walaupun Daniel tahu tidak manis dia membawa isteri orang keluar, tetapi persahabatan di antara dia dan Balqis melebihi segalanya.

Dia sudah terbiasa dengan rutin harian yang mereka jalani sejak dahulu lagi. sejak Balqis belum berkahwin dan Daniel rasa tiada yang salah jika dia hanya membawa Balqis untuk berjoging. Dia tahu pasti Ryan tidak keberatan memandangkan Ryan tahu persahabatan dia dan Balqis.

“ Susah betul saya nak jumpa awak sejak dua menjak tiga menjak ni. Sibuk sangat ke dengan Ryan sampaikan lupa terus pada saya. Sampai hati awak tau Qis.” Tutur Daniel sewaktu Balqis melabuhkan duduk di bangku sebelahnya. Dia memandang Balqis yang santai berbaju t-shirt lengan panjang dan berseluar track.

“ Kenapa awak cakap macam tu Dani? Saya tak pernah lupakan awaklah. Awak kawan baik saya sama seperti Ryan. antara awak dan dia tidak ada bezanya cuma yang menjadi bezanya sekarang saya dah kahwin dengan dia. itu sahaja. Awak janganlah ambil hati mungkin sejak kebelakangan ini saya sibuk sangat dengan peperiksaan budak- budak kat sekolah tu sebab itulah saya tak ada masa dengan awak.” Terang Balqis lembut. Dia membalas renungan mata Daniel yang lembut menatap wajahnya.

Daniel tersenyum. Dia faham dengan kerjaya Balqis sebagai guru amat sibuk dengan pelbagai urusan cuma dia agak terkilan kerana Balqis seolah tiada waktu dengannya. Tengok sahaja minggu lepas, Balqis terpaksa membatalkan rancangan mereka untuk bermain boling kerana terpaksa mengikut Ryan ke rumah uminya. Kadang- kadang Daniel merasa cemburu namun dia sedar tidak guna dia cemburu kerana gadis itu sememangnya milik orang lain.

“ Saya faham Qis. Saya bergurau je kerja cikgu dengan engineer memang berbeza tapi saya nak tanya awak satu soalan kenapa awak jadi cikgu sekolah menengah? Kenapa tak jadi pensyarah je lagipun masa kolej dahulu awak ambil Pengurusan Teknologi kan kenapa tak jadi pengurus?” tanya Daniel. Dia menumpukan sepenuh perhatian pada Balqis.

Balqis tersenyum kecil. “ Saya suka budak- budak sebab itulah saya sanggup jadi cikgu daripada pensyarah. Saya takut kalau saya jadi pensyarah nanti, saya terpikat dengan student saya pulak.” Ucap Balqis sambil ketawa kecil. Daniel pun turut ketawa.

“ Saya pun suka budak- budak cuma tak ada peluang untuk jadi cikgu sebab saya rasa memang saya tak ada bakat nak jadi cikgu. Nak jadi cikgu perlu kesabaran yang tinggi nak- nak bila dapat student yang degil mengalahkan anak jin. Macam mana awak handle budak- budak macam tu?” tanya Daniel lagi. Dia cukup tabik dengan Balqis yang sanggup berkorban dengan menjadi pendidik kepada anak bangsa.

“ Senang saja. Saya letakkan tempat saya sama dengan budak- budak yang degil itu. budak- budak tu degil bukan sebab dia tak nak belajar cuma dia perlu perhatian yang lebih daripada cikgu. Kebanyakan saya tengok cikgu- cikgu sekolah suka membandingkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai sebab itulah pelajar yang degil ni akan memberontak sebab mereka tak suka dibandingkan. Dah mereka tak pandai nak buat macam mana dan disitulah cikgu memainkan peranan, cuba dekati mereka, fahami mereka.

Saya akui memang payah nak faham dengan budak- budak macam ni tapi at least kita cuba juga. Saya selalu tanamkan yang kekerasan seperti rotan dan denda tidak akan memberi effect pada budak- budak ni tapi bila kita guna psikologi insyaALLAH akan berjaya maklumlah kalau kita guna reverse psychology dia akan sampai ke dalam hati.” ujar Balqis panjang lebar. Seronok betul dapat bercerita si Balqis ini.

Daniel mengangguk tanda setuju setiap butir bicara yang dituturkan oleh Balqis. Ternyata Balqis memang seorang yang bijak walaupun kadangkala perangai Balqis ini mengalahkan budak- budak yang menjadi anak murid Balqis.

“ Awak memang ada ciri- ciri cikgu yang baik pasti anak murid awak suka pada awak kan? Kalau saya jadi student awak, saya pasti akan undi awak jadi best teacher of the year.” Seloroh Daniel.

Balqis tergelak sambil diikuti Daniel.

“ Eh tak adalah sampai macam itu tapi kalau nak undi pun apa salahnya.” Sambung Balqis menceriakan suasana. Mana boleh Daniel seorang sahaja yang loyar buruk, dia pun hendak turut serta. Dia ketawa. Daniel pun.

“ Awak pergi tak Cameron Highlands nanti?” Tanya Daniel mengalihkan topik perbualan mereka.

“ Pergilah. Awak? Macam mana awak tahu ni?” soal Balqis pulak. Dia semakin teruja. Pasti seronok jika Daniel turut serta.

“ Mak Ngah yang ajak keluarga saya dan saya rasa tak salah pun kalau saya ikut lagipun memang dah lama keluarga saya dan keluarga Ryan tak bercuti sama. Kali ini mesti tambah seronok kalau awak ada sekali.” Balas Daniel.

Balqis tidak dapat menyembunyikan senyumnya. Dia berpaling ke tepi dan menarik sikunya ke bawah. Yes! Daniel ikut. Hatinya menjerit gembira. Tak senonoh betul Balqis ni. Kemudian berpaling semula pada Daniel. Dia tersenyum manis.

“ Yelah lama betul saya tak pergi bercuti. Awak mesti dah selalu pergi bercuti kan?”

“ Tak jugak Qis, cuti sorang- sorang tak best, kalau ada keluarga lagi best. Apatah lagi kalau bercuti dengan anak- anak mesti seronok.” Ucap Daniel.

Dia membayangkan kehidupan berkeluarga. Pasti seronok jika ada isteri yang  setia menunggunya di rumah sewaktu pulang kerja dan anak- anak yang sentiasa bermain di hadapan matanya. Daniel memang teringin untuk berumah tangga namun takdir cintanya masih belum ditemui.

“ Betul itu tapi kenapa awak tak kahwin lagi Dani?” tanya Balqis tiba- tiba. Sejak dahulu lagi dia ingin bertanyakan soalan itu cuma masa yang tidak mengizinkan. Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk dia mengorek rahsia hati Daniel. Maklumlah Daniel ini seorang yang perahsia malah setiap tingkah dan perbuatannya terhadap Balqis mengundang seribu pertanyaan pada Balqis.

Kadang- kadang lelaki berkaca mata itu begitu lembut dengannya malah Balqis selalu merasa yang Daniel menyukainya seperti mana dia menyukai lelaki itu. Namun, jika difikirkan balik mana logik lelaki tampan seperti Daniel menyukainya.

“ Soalan awak tu bahayalah. Soalan cepu emas dan cepu perak. Tak mampu saya nak jawab.” Jawab Daniel. Dia melemparkan pandangan ke hadapan.

“ Saya cuma nak tahu je sebab sepanjang kita kawan, awak tak pernah sebut pasal girlfriend ke pasal someone special ke, saya takutlah kalau kita persahabatan kita ini akan melukakan orang lain je.” Balqis berterus- terang. Dia mengambil kesempatan dengan merenung wajah Daniel yang tenang.

“ Masa kita di kolej dulu, pernah tak awak tengok saya kawan dengan perempuan lain selain awak?” tanya Daniel balik. Dia menatap anak mata Balqis yang bersinar. Rasa tenang menyapa hati Daniel.

Balqis mengelengkan kepala. Seingat Balqis, dia tidak pernah melihat Daniel keluar dengan perempuan lain selain darinya walaupun Balqis tahu ramai budak- budak junior yang mengejar Daniel. Maklumlah lelaki kacak seperti Daniel siapa yang tidak tertarik. Wajah yang ala- ala Iqram Dinzley sudah cukup untuk membuatkan mata- mata anak gadis tertarik pada lelaki itu.

“ Hah, awak dah ada jawapannya tak perlu lagi saya jawab.” Balas Daniel sambil mengenyitkan matanya pada Balqis.

Balqis mengerutkan dahi. Kurang mengerti dengan apa yang yang dikatakan oleh Daniel.

“ Maksud awak?”

“ Saya tak ada perempuan lain Qis, hanya awak yang saya nampak sejak dari zaman kolej sampailah sekarang jadi awaklah someone yang special tu.” Balas Daniel sangat bersahaja.

Namun belum sempat Balqis bertanya lebih lanjut Daniel bangkit dari tempat duduknya dan meneruskan larian. Bagi Daniel tidak guna jika dia mengungkapkan apa yang dia rasa kerana ternyata Balqis sudah menjadi hak milik orang lain. Biarlah dia pendam rasa yang tertinggal untuk gadis itu.

Balqis mengarukan kepalanya yang beralaskan tudung. Dia cuba untuk mentafsirkan kata- kata Daniel. Lama dia mencongak akhirnya dia tersenyum sendirian. Rasa bagai mahu menjerit apabila Daniel mengatakan dia adalah seseorang yang istimewa.

“ Yahooo!” jeritnya tiba- tiba. Namun bila dilihat ada mata yang memandang Balqis menutup mulut. Alamak dah tak ayu menjerit macam ni. Gumam hati Balqis.

Tidak lama kemudian, dia bangun dan turut mengejar Daniel yang sudah ke depan. Hatinya berbunga riang seperti bunga- bunga kertas yang jatuh bertaburan di halaman rumahnya. Biasalah jika orang yang kita suka turut suka pada kita pasti dunia menjadi indah tetapi itu sekadar suka. Bolehkah perasaan suka bertukar menjadi cinta?

 

“ TAK bolehlah Ryan. Kau ni mengarut je.” Marah Balqis. Dia terpaksa mendongak memandang wajah Ryan yang tinggi melangit. Ish, lelaki ini tingginya macam hantu galah saja lagaknya. Bebel Balqis bila terpaksa mendongak untuk bercakap dengan Ryan maklumlah ketinggian Ryan yang enam kaki itu cukup menyeksa bagi orang yang berketinggian ala- ala seven dwarf dalam Snow White seperti Balqis ini.

“ Kau kena tolong aku Qis, kejap lagi budak tu datang. Aku tak kisah kau nak cakap apa pun dekat dia tapi pastikan yang budak form four dah tak datang cari aku. Aku rimas kena kejar setiap hari. Dah tu setiap hari dia selit kad bawah meja aku. Bagi surat yang penuh dengan perfume ingat ini zaman tok kaduk ke nak bagi surat. Kalau bagi e-mail aku layan jugaklah.” Ujar Ryan sambil tersengih.

Balqis menepuk dahi. Ini mesti masalah kena kejar di peminat fanatik lagi. Sejak kumpulan muzik yang diketuai oleh Ryan sebagai vokalis untuk pertandingan nyanyian antara kelas di sekolah mereka menjadi juara, Ryan selalu dikejar oleh pelajar- pelajar perempuan di sekolah mereka. Balqis sendiri tidak menyangka yang Ryan ada bakat dalam bidang nyanyian, suara pun boleh tahan tidaklah sumbang sangat. Mungkin disebabkan itu Ryan dan kumpulannya yang diberi nama Mental Band menjadi juara. Balqis pun turut berbangga kerana kelas mereka menjadi juara.

Namun, sekarang yang menjadi masalahnya, apabila terlalu ramai peminat maka otak Balqis pun akan menjadi semak kerana terpaksa membantu Ryan untuk mengelak daripada berjumpa daripada peminat- peminatnya itu.

“ Aku dah penat menipu Ryan. Macam- macam dah alasan yang aku bagi. Kau sakit perutlah, kau kena tibilah, kau sakit buah pingganglah cuma satu lagi aku tak cakap pada mereka dan kalau aku cakap benda ni mesti budak- budak tu takkan kacau kau lagi…”

“ Apa dia?” tanya Ryan ingin tahu.

“ Tuan Ryan Zhariff dah meninggalkan dunia yang fana ini.” Jawab Balqis. Kemudian dia tergelak terkekeh- kekeh.

Kelekuk!

Kepala Balqis diketuk dengan botol air mineral membuatkan tawa Balqis terhenti. dia mendongak memandang wajah Ryan yang selamba. Merah padam wajah Balqis. Geram kerana lelaki itu mengetuk kepalanya tanpa izin.

“ Apa kau ni?!Kau ingat ayah aku tak bayar zakat fitrah ke? Suka- suka hati nak ketuk kepala aku.” Marah Balqis. dia mengetap bibir.

“ Siapa suruh kau cakap aku meninggal dunia. Tak baik tau kau doakan aku pendek umur.” Getus Ryan. Dia menayang muka sedih.

“ Bukan aku doakan habis dah tak ada alasan yang aku nak bagi lagi. Itulah kau aku dah nasihat, cakap jelah yang kau dah bertunang kau tak nak. Sekarangkan dah susah.” Bebel Balqis.

Dia menongkat dagu di koridor berhadapan dengan pusat sumber. Langit yang terbentang dipandang. Balqis menarik nafas kemudian dia menghembuskan perlahan- lahan. Tenangnya namun bila dia pandang ke sisi dia melihat wajah Ryan. Sejak bila lelaki itu berdiri di sisinya Balqis tidak tahu. Menyerabutkan betul.

“ Payahlah kalau nak bagi alasan macam itu. Nanti heboh satu sekolah pulak. Nanti mesti ramai cikgu yang bertanya. Kau tahukan aku ketua pengawas kat sini malulah aku.” Balas Ryan turut menongkat dagu.

Susah betul jadi orang popular ni selalu saja jadi buruan. Ini baharu menang pertandingan antara kelas bukan menang Juara Lagu. Hati Ryan terdetik. Dia tidak suka menjadi buruan pelajar- pelajar sekolah itu. Dia rimas bila setiap pergerakannya diperhatikan malah dia berjalan pun orang pasti akan pandang. Dia serabut sebab itulah dia meminta pertolongan daripada Balqis untuk memberi alasan pada pelajar- pelajar perempuan yang ingin datang berjumpa dengannya.

Paling Ryan tidak boleh bertahan apabila ada sekumpulan pelajar perempuan yang datang untuk belajar dengan dia. Bila diajar bukannya hendak belajar tetapi sibuk bertanyakan nombor telefonnya. Bila Ryan tidak mengendahkan maka banyaklah surat cinta yang diterima. Pening Ryan dibuatnya.

Pada Balqis dia sandarkan harapan untuk membantunya memandangkan Balqis seorang perempuan yang kasar dan tegas. Mungkin bila melihat wajah Balqis yang tegas itu, pelajar perempuan yang meminatinya akan takut. Walaupun Balqis seorang perempuan yang kasar, tetapi Ryan suka berkawan dengan gadis itu kerana Balqis tidak pernah menunjukkan minat padanya ataupun pada rupa parasnya yang menjadi gilaan para pelajar di sekolah itu malah Ryan yang terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalan dengan Balqis memandangkan Balqis seperti tidak mengendahkan kewujudannya dalam kelas mereka.

“ Abang Ryan!” Panggil seorang gadis dari jauh sambil melambaikan tangan kepada Balqis dan Ryan yang sedang termenung panjang.

Ryan tersentak. Balqis pun. Mereka berpandangan. Alamak, musibah sudah datang! Jerit hati Ryan. Lantas dia berdiri di belakang Balqis atau lebih tepat menyorok di belakang Balqis.

“ Tak payahlah kau nak menyorok Ryan, kau tu bukannya kecik sangat pun tinggi mengalahkan zirafah ada hati nak menyorok kat belakang aku yang macam pokok bonsai ni. Dia dah nampak kaulah.” Bisik Balqis sambil berpaling sedikit ke belakang.

Ryan gusar apabila gadis itu menghampiri mereka dan berdiri di hadapan dia dan Balqis. Dia tidak suka diganggu apatah lagi dengan Amalina budak tingkatan empat ini. Walaupun ada wajah yang cantik namun Ryan tidak suka melihat wajah yang cantik itu. Menyerabutkan matanya.

“ Rupanya Abang Ryan ada dekat sini. Tadi saya pergi ke kelas Abang Ryan tapi kawan- kawan abang cakap abang kat library tu yang saya datang sini.” Ucap Amalina dengan senyuman manis.

Abang? Hati Balqis tertanya- tanya. Wekk! Dia rasa seperti mahu muntah bila ada orang membahasakan Ryan dengan sebegitu rupa. Geli- geleman Balqis dibuatnya namun  Balqis tetap menayangkan muka poyo. Cool beb.

“ Saya ada tugas kat blok ni, sebab tu saya tak ada kat kelas lagipun masa rehat tak boleh lepak dalam kelas.” Balas Ryan lembut. Walaupun ada getar di hujungnya.

Balqis ingin tergelak melihat wajah kelat Ryan. Baharu bercakap dengan perempuan sudah tidak tentu hala. Maklumlah banyak sangat peminat sampaikan tidak terkata sahabat baiknya itu.

“ Oh ye ke? Tak mengapalah saya datang ni nak bagi ini kat Abang Ryan…” ujar Amalina. Dia menghulurkan coklat Cadbury yang berikat reben berwarna pink pada Ryan.

Buntang bijik mata Balqis melihat coklat kegemarannya diberikan pada Ryan namun Ryan hanya membatukan diri. Lelaki itu memandang wajahnya seolah- olah memberi isyarat supaya Balqis mengatakan sesuatu.

“ Adik ni nama apa? Form berapa?” Sampuk Balqis setelah agak lama mendiamkan diri.

Mata Amalina beralih pada wajah Balqis yang berada di hadapannya. Dia tidak sedar pun kewujudan Balqis di situ hanya wajah kacak Ryan yang dilihatnya.

“ Nama saya Amalina kak. Form four.” Jelas Amalina.

“ Oh, okey. Mari ikut akak sekejap.” Pinta Balqis sambil menarik lengan Amalina dan membawa gadis itu jauh sedikit daripada Ryan. Nampaknya terpaksalah dia selesaikan semua ini.

“ Ada apa kak?” tanya Amalina pelik.

“ Amalina suka pada Ryan ke?” soal Balqis tanpa menjawab pertanyaan Amalina.

Amalina tersipu- sipu malu sebiji macam kucing Parsi. Getik pula Balqis melihatnya. Namun tidak lama selepas itu, Amalina mengangguk.

“ Akak nasihatkan Amalina batalkan saja niat Amalina tu…” ucap Balqis penuh misteri.

“ Kenapa kak? Akak suka pada Abang Ryan jugak ke?” potong Amalina pantas.

Balqis menepuk dahi. Minta simpang aku suka pada lelaki macam Ryan. perangai tak matang seperti budak separuh umur. Sempat lagi Balqis mengutuk Ryan dalam hati.

“ Bukanlah. Akak Cuma tak nak Amalina kecewa suatu hari nanti sebab Ryan ni bukan macam lelaki lain.”

“ Maksud akak apa?” Amalina mula termakan dengan lakonan bersahaja Balqis.

“ Dia tak suka perempuan!” ucap Balqis tiba- tiba separuh berbisik. Dia membuat muka ketat supaya Amalina percaya dengan kata- katanya. Sekilas dia memandang Ryan yang sedang memerhati mereka. Dia mengangkat ibu jari kepada Ryan tanda semuanya baik.

“ Jadi dia suka lelaki ke?” Amalina terkejut.

“ Tak jugak.”

“ So, apa yang lainnya?” Amalina semakin pelik. Berkerut beribu- ribu dahinya.

“ Dia tak minat perempuan dan dia juga tak minat lelaki atau lebih tepat dia memang tak ada perasaan kat manusia. Bukan kat manusia saja, kat binatang pun sama. Pendek kata ke panjang  kata ke memang Abang Ryan awak ni tak ada perasaan. Kosong. Sia- sia je awak suka pada dia. akak kawan dia akak tahulah.” Ujar Balqis bersungguh- sungguh. Dia menepuk- nepuk belakang Amalina cuba menyakinkan gadis itu.

“ Saya macam tak percaya pulak. Lelaki handsome macam Abang Ryan tak ada perasaan pada sesiapa pun.” ucap Amalina. Dia berpaling pada Ryan yang pada ketika ini menayang muka tak ada perasaan. Amalina kecewa kerana orang yang dia puja, tidak normal.

“ Handsome tapi tak ada perasaan nak buat apa Amalina. Buang masa awak je. Akak pun kasihan jugak pada dia tapi apalah sangat akak boleh buat. Mak dengan ayah dia dah cuba bawak dia berubat tapi tak jalan jugak. Dia memang tak ada perasaan. Lebih baik Amalina lupakan Abang Ryan ni. Amalina cakaplah pada kawan- kawan Amalina yang lain. Abang Ryan ni tak sihat. Sakitnya kronik. Sakit tak ada perasaan memang tak boleh diubati Amalina.” Tekan Balqis lagi.

Wajah Amalina berubah nampak sangat dia dilanda dengan perasaan kecewa. lambat- lambat dia mengangguk sebelum meminta diri. Coklat yang berada dalam genggamannya diberikan pada Balqis. Bukan main gembira Balqis kerana mendapat coklat kegemarannya itu. percuma pula siapa tak gembira.

Balqis berpaling dan melangkah menghampiri Ryan yang setia menanti. Muka lelaki itu penuh tanda tanya. Senangnya Balqis menguruskan Amalina sedangkan Ryan jenuh menghadapi kerenah Amalina yang ingin bermanja dengannya itu.

“ So amacam Qis? Dah beres ke?” tanya Ryan tidak sabar.

Balqis tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipitnya. Dia mengenyit mata. Selepas ini pasti tidak ada lagi pelajar perempuan yang ingin mendekati Ryan. Dia yakin dengan gosip yang bakal disebarkan oleh Amalina.

“ Done. Kerja aku dah selesai. Lepas ni kau tak payah risau sebab dia dengan budak- budak lain takkan kacau kau lagi.” ucap Balqis tenang. Dia menilik coklat yang berada di tangannya. Dia lebih berminat dengan coklat itu berbanding dengan wajah Ryan.

“ Kau cakap apa pada dia Qis?” tanya Ryan ingin tahu.

“ Aku cakap kau tak ada perasaan sebab itulah kau tak boleh suka kat sesiapa. Aku cakap kau ada penyakit perasaan yang kronik dan aku gerenti lepas ni budak- budak tu takkan kacau kau. Hebat tak aku?” tanya Balqis sambil ketawa besar.

“ Apa?!” Ryan terkejut beruk.

Balqis tidak dapat menahan tawanya. Pecah berderai di situ juga melihat wajah kelat Ryan. Itulah suruh sangat aku tolong kan dah kena. Padam muka!

 

 

 

BAB 18

RYAN terjaga dari tidur tepat pada pukul sembilan pagi. Bayangan kenangan semalam bersama Balqis hilang  dari ingatannya. Ryan menyelak selimut dan bangkit daripada pembaringan. Serta merta matanya tertacap pada anak patung beruang yang dihadiahkan oleh Balqis tempoh hari. Dia tersenyum kemudian menarik hidung anak patung tersebut.

Ryan mengeliatkan badan sedikit bagi merenggangkan badannya yang terasa lenguh. Dia menutup mulut kerana menguap lantas dia mengorak ke jendela biliknya. Ingin menghirup udara segar. Perlahan- lahan dia membuka tingkap bagi memberi ruang untuk angin masuk ke dalam biliknya. Dia menarik nafas panjang. Segarnya. Bisik hati Ryan.

Namun udara segarnya diganggu dengan bau masakan yang enak. Ryan menggosok hidungnya.

“ Bau macam sambal tumis je ni..” Ryan bercakap sendirian. Tidak lama kemudian dia tersenyum. Lantas dia melangkah menuju ke tingkat bawah.

Sampai sahaja Ryan di dapur, dia melihat belakang badan Balqis yang sedang mencuci pinggan di singki. Bau masakan tersebut benar- benar mencucuk hidung mancung Ryan. Dia tersenyum. Nampaknya Balqis tidak sedar kehadirannya, dengan perlahan- lahan Ryan menghampiri belakang Balqis dan….

“ Hah!!” sergah Ryan kuat.

“ Hoii, hantu!” latah Balqis.

Namun tidak disangka akibat terlampau terkejut, Balqis tersimbah air paip yang terdapat di dalam mangkuk ke muka Ryan! habis basah lencun Ryan dibuatnya. Ryan terkaku sedangkan Balqis hanya terlopong dengan reaksi spontannya yang terkejut.

Ryan memandang t-shirtnya yang basah kemudian dia memandang wajah Balqis yang terkulat- kulat. Malang betul Ryan kali ini.

“ Memang terbaiklah Qis kau simbah air kat aku..” ucap Ryan sambil mengibas- ngibas t-shirtnya. Rambut hitamnya yang turut basah digosok dengan tangannya.

“ Aku tak sengajalah Ryan, siapa suruh kau terkejutkan aku. Kau tahukan aku tak boleh orang sergah macam gitu. Kus semangat tau.” Balqis memohon maaf. Dia memandang wajah Ryan yang kelat. Salah kau jugak siapa suruh sergah aku. kan tak pasal- pasal mandi air paip. Balqis tergelak dalam hati.

“ Malang betul dapat isteri latah macam kau ni..” ujar Ryan.

Balqis mencebik. “ Isteri yang latah macam inilah yang kau akan rindu suatu hari nanti bila kita dah berpisah.” Balas Balqis selamba kemudian berlalu ke tingkat atas untuk mengambil tuala untuk Ryan.

Ryan hanya melongo. Dia duduk di meja makan sambil memikirkan kata- kata Balqis sebentar tadi. Aku akan rindukan dia ke? Tanya Ryan dalam hati. Dia mengetuk dagu. Namun soalannya dibiarkan tergantung kerana kedengaran derap tapak kaki Balqis menghentikan lamunannya. Dia mendongak melihat wajah Balqis yang berambut tocang sedang merenung dirinya. Ryan mengangkat kening.

“ Bangun.” Arah Balqis.

“ Kenapa pulak?” tanya Ryan tetapi dia tetap menurut arahan Balqis. dia berdiri betul- betul di hadapan Balqis. matanya tepat memanah anak mata Balqis yang hitam pekat.

Balqis tidak mempedulikan pertanyaan Ryan sebaliknya dengan selamba dia mengelap rambut Ryan yang basah termasuk wajah Ryan yang basah. Dada lelaki itu yang bidang turut di lap supaya sisa air tersebut hilang. Dia tidak mengambil pusing pada reaksi wajah Ryan yang terkejut. Buat- buat saspens la si Ryan ni.

Ryan terkesima dengan perbuatan Balqis. Pantas dia merenung ke dalam anak mata Balqis. dia dapat menemui kedamaian di situ. Dia tersenyum. perlahan- lahan kedua belah tangannya diletakkan di atas bahu Balqis.

“ Kalau ditakdirkan aku dan kau tak jumpa dengan cinta masing- masing, kau nak teruskan hubungan ini tak?” Tanya Ryan tiba- tiba.

Dia menantikan respon daripada Balqis. kelihatan gadis itu mengetuk- ngetuk dagunya sambil mata memandang  ke atas. Alahai,comel pulak dia ni. Bisik hati kecil Ryan.

“ Kau tak cintakan aku dan aku pun sama, buat apa kita bertahan kalau perasaan itu tiada. Kau pasti ada wanita idaman kau dan aku pasti ada lelaki idaman aku. walaupun kita banyak persamaan Ryan tapi sebenarnya kita jauh berbeza. Perempuan macam aku tak sesuai untuk lelaki macam kau.”  Balas Balqis serius. Dia menepis tangan sasa Ryan dan menuju ke arah kuali untuk mencedok sambal tumis yang di masaknya sebentar tadi.

Sebolehnya dia tidak mahu Ryan terus menyoalkan tentang hubungan mereka lagi kerana dia tahu hubungan mereka tidak akan ke mana, memandangkan dia tahu Ryan hanya menganggapnya sebagai sahabat sahaja dan tidak mungkin akan lebih daripada itu.

“ Apa maksud kau ‘perempuan macam kau tak sesuai dengan lelaki macam aku?’” soal Ryan pelik. Dia menghampiri Balqis.

Kedengaran Balqis mengeluh.

“ Kau sedar tak keluarga kau berpangkat, sedangkan aku hanya perempuan biasa. Tentu saja sebagai lelaki kau dambakan seorang perempuan yang lemah lembut, yang manja dan seorang perempuan yang dapat memenuhi ciri- ciri wanita idaman setiap lelaki sedangkan semua itu tiada pada aku Ryan. Aku tahu tentu kau rasa terseksa dengan perkahwinan ni kan?” tanya Balqis memandang wajah Ryan yang setia mendengar celotehnya.

“ Kau rasa aku terseksa ke Qis? Selama aku berkawan dengan kau, aku tak pernah fikirkan pasal pangkat atau keturunan malah aku tak pernah pilih rupa untuk berkawan dengan mana- mana perempuan. Aku terima semua kawan aku apa adanya. Aku tak nak kau bangkitkan lagi soal keturunan ini. Memang mana- mana lelaki pun inginkan wanita yang seperti kau cakapkan itu, tetapi tak semua yang kita nak akan kita dapat Qis kerana ALLAH lebih tahu apa yang kita perlukan berbanding dengan apa yang kita mahukan…”

“ Dan wanita yang kau mahukan bukan seperti aku kan?” pintas Balqis pantas.

Ryan terdiam. Jawapan apa yang harus diberikan pada soalan Balqis yang boleh diketegorikan sebagai soalan maut itu. Ryan menggigit bibir. Sedangkan Balqis masih menunggu jawapan daripadanya.

“ Aku rasa tak nak jawab soalan kau tu boleh tak?” tanya Ryan sambil tersengih.Orang tengah serius dia boleh lagi tersengih. Memang itulah perangai Ryan.

Balqis tersenyum lantas meneruskan kerjanya. ‘ Tak perlu kau jawab Ryan sebab aku dah tahu apa jawapannya.’ Hati kecil Balqis berkata- kata. Sedikit sebanyak hatinya terguris.

“ Lambatnya kau masak sarapan, biasanya sebelum pukul sembilan sarapan dah siap.” Ryan bersuara selepas Balqis mendiamkan diri. Dia tidak betah bila melihat mulut Balqis terkunci rapat.

“ Aku pergi jogging sekejap.” Jawab Balqis pendek.

Dia melangkah ke meja makan sambil menatang sambal tumis ikan bilis dan juga nasi lemak yang sudah siap di masak. Kemudian dia kembali ke dapur untuk mengambil air milo panas yang sudah siap dibancuh.

Ryan hanya melihat tingkah isterinya yang lincah bagaikan lipas kudung bagi menyiapkan sarapan pagi untuk mereka.

“ Joging? Kenapa tak kejutkan aku sekali? Dah lama aku tak pergi jogging.” Komen Ryan. dia mencapai gelas dan menuangkan air di dalam cawan untuk dia dan Balqis.

“ Aku pergi dengan Daniel lagipun kau tidur aku tak nak kejutkan.” Balas Balqis bersahaja.

Ryan tersentak. Pantas sahaja darahnya menyirap bila mendengar nama lelaki lain meniti di bibir Balqis namun dia hanya bersikap selamba. Dia tidak mahu Balqis mengesan perubahan air wajahnya. Lantas dia meletakkan kembali teko air dan meneguk air milo panas itu sekali gus. Dengan cara itu dia dapat menenangkan hatinya yang sedang mendidih. Apa kena pula dengan Ryan ini?

Terkebil- kebil Balqis memandang Ryan selamba meneguk air milo panas tanpa perasaan. Mamat ni okey ke tak?

“ Ryan, minum tu perlahan- lahan sikit air tu panas.” Tegur Balqis.

“ Air panas tak mengapa jangan hati panas.” Sinis Ryan. dia menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

Namun Balqis hanya menganggap kata- kata gurauan semata- mata lantas dia tersengih tetapi dia pelik juga dengan sikap Ryan yang tiba- tiba menyepikan diri. Hanya mengadap pinggan nasinya. Kebiasaannya Ryan akan berceloteh tiap- tiap apabila mereka sarapan. Lelaki itu suka bercerita itu dan ini pada Balqis dan jika lelaki itu diam maknanya adalah yang tidak kena pada Ryan.

“ Ryan..”

“ Qis..”

Mereka berkata serentak. Kedua- duanya terdiam namun tidak lama selepas itu ketawa pecah di bibir mereka berdua. Macam mana boleh tercakap sama pula. Desis hati Balqis. Alah Balqis ada chemistarylah tu.

“ Kau nak cakap apa?” Tanya Ryan selepas tawa mereka reda. Cepat benar moodnya berubah. Tadi bukan main berasap lagi bila Balqis menyebut pasal Daniel tetapi sekarang dia boleh tergelak pula. Sememangnya Ryan tidak boleh lama bermasam muka dengan Balqis kerana dia akan terasa janggal jika tidak mendengar celoteh Balqis.

“ Tak ada apalah. Saja je aku panggil kau sebab aku tengok kau masam je. Kau marahkan aku ke?” Tanya Balqis lembut. Berkelip- kelip mata bundarnya memanah anak mata hazel milik Ryan.

Ryan menarik nafas panjang. Dia memang kalah kalau Balqis memandangnya begitu. Cair juga hati lelakinya bila dipanah dengan sinar mata yang penuh ketenangan itu. lama kemudian, Ryan tersenyum.

“ Tak adalah. Aku nak menikmati masakan kau ni tulah aku diam je. Hmm, boleh tahan jugak kau masak kan? Kau belajar dengan siapa?” tanya Ryan cuba mengubah topik perbualan.

Dia tidak mahu hari minggunya rosak dengan cerita antara Balqis dan Daniel. Lagipun Balqis dan Daniel adalah sahabat baik seperti dia dan Balqis jadi buat apa dia harus marah atau ada rasa iri hati. Balqis hanya sahabatnya dan gadis itu bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Jika Balqis ada hubungan istimewa dengan Daniel pun Ryan tidak mahu mengambil pusing dengan semua itu. Ya ke? Entahlah…

“ Aku belajar dengan mak akulah. Kalau tak takkan adik aku tu boleh bukak restoren. Dia pun belajar memasak dengan aku tau. Kau nampak je aku kasar macam ni tapi hati still perempuan beb.” Ucap Balqis penuh bangga. Dia tersengih membariskan giginya yang tersusun rapi.

Ryan mencebik. Meluat dengan kata- kata Balqis. Bangga sangatlah tu.

“ Eleh, baru puji sikit dah melambung. Lepas ni malas dah aku nak puji kau.” Ujar Ryan bersahaja. Dengan selamba dia menarik tocang Balqis yang panjang hingga gadis itu terjerit kecil.

“ Aduh, sakitlah! Betullah aku cakap. Kau je yang tak nampak ciri- ciri keperempuanan yang ada dalam diri aku ni.” Balqis tergelak dengan kata- katanya sendiri.

Ryan mencebik lagi.

“ Banyaklah kau perempuan. Perangai kasar mengalahkan jantan harap kau tu pakai tudung tau kalau tak, tak tahulah aku macam mana nak handle kau ni. Aku rasa kawan- kawan lelaki aku lebih lembut daripada kau kot.” Tempelak Ryan alias mengutuk Balqis.

Ryan ketawa sedangkan wajah Balqis sudah mula memerah. Gadis ayu macam aku ni dia cakap macam jantan? Tak patut betul si Ryan ni. Memang nak menempah maut. Balqis mengecilkan matanya. Seronoknya kau gelak. Jaga kau. Dengus Balqis geram dan tanpa amaran dia menumbuk bahu Ryan membuatkan tawa lelaki itu terhenti.

“ Woi, sakitlah!” Marah Ryan terkejut. Dia menggosok lengannya yang menjadi mangsa tumbukan Balqis. Boleh tahan juga bini aku ni.

“ Padam muka kau. Siapa suruh kau kutuk aku.” Omel Balqis. dia cuba menayang muka serius tetapi hakikatnya dia ingin tergelak melihat wajah Ryan yang berkerut seribu. I like!

“ Aku rasa memang kau takkan jumpa cinta kau kalau perangai kau tak berubah. Tak ada lelaki nak kat kau.” Sambung Ryan lagi masih tidak berpuas hati.

Balqis bangun daripada tempat duduknya lantas mengangkat pinggan kotor ke dapur. Malas dia melayan cakap Ryan yang hanya tahu menyakitkan hatinya.

“ Ada aku kisah? Daniel kan ada, mungkin dia sudi terima aku kot.” Balas Balqis dalam tawanya. Macam gatal pun ada juga.

Ryan mendengus. Daniel lagi. apa yang istimewanya Daniel di mata Balqis pun Ryan tidak tahu padahal sepupunya itu bukan jenis lelaki yang banyak cakap. Daniel seorang yang pendiam malah dia juga jarang berbual dengan Daniel kerana bagi Ryan, Daniel seorang yang perahsia. Namun, mungkin juga Daniel lain bila bersama dengan Balqis.

Ryan menghantar kelibat Balqis dengan pandangan matanya. Tidak lama kemudian, dia mengekori langkah Balqis hingga ke dapur.

“ Apa istimewanya Daniel pada mata kau Qis?” tanya Ryan tiba- tiba. Dia berdiri dekat dengan Balqis yang sedang mencuci cawan yang kotor.

Balqis menghentikan pekerjaannya. Dia tersenyum sendirian sebelum mendongak memandang wajah serius Ryan.

“ Nothing special but I just like to be friend with him. Dia lain daripada lain.” Jawab Balqis.

“ Tak sama macam aku ke?” tanya Ryan lagi. bunyi macam tak puas hati je.

Balqis mengangguk penuh keyakinan. Ryan mengeluh. Dia yakin pasti Balqis menyukai sepupunya itu kerana mata gadis itu menyatakannya. Ryan dapat membaca sinar yang terpancar pada mata bundar itu yang kelihatan bersinar bila menyebut nama Daniel. Ryan menggigit kuku.

Pantas tanpa kawalan dia memeluk Balqis daripada belakang. reaksi spontan yang dia lakukan kerana hatinya terasa gelisah dan tidak tenteram. Erat tangannya memeluk pinggang Balqis yang membelakangkannya.

Balqis terkedu dengan reaksi Ryan yang tiba- tiba. Berdengup pantas jantung hatinya bila diperlakukan seperti itu kerana inilah kali pertama Ryan melakukan hal seperti itu sejak mereka berkahwin. Balqis dapat rasakan bahang tubuh Ryan menempel di belakangnya. Dia berpaling ke belakang, cuba mencari raut wajah Ryan.

“ Kenapa ni Ryan?” tanya Balqis. dia cuba meleraikan pelukan itu tetapi Ryan tidak membenarkan.

Ryan diam membisu. Dia meletakkan dagunya ke bahu Balqis. dia tahu suatu hari nanti dia akan kehilangan sahabatnya itu. Berat rasa hatinya untuk menerima hakikat yang suatu hari nanti dia akan kehilangan Balqis namun apakan daya tidak selamanya dia ingin mengikat Balqis dalam perkahwinan yang tidak mendatangkan apa- apa makna ini kerana Balqis berhak untuk bahagia walaupun kebahagiaan itu bukan bersamanya.

“ Ryan…” Panggil Balqis lembut.

“ Ummu Balqis, andai kata kau dan aku berpisah nanti, aku harap kau jangan lupakan aku sebagai kawan kau ya.” Ucap Ryan sayu.

“ Ryan please jangan cakap begini. Aku belum jumpa dengan cinta aku lagi tak perlulah kau risau. Kau kawan baik aku takkan aku nak lupakan kau pulak. Mengarutlah kau ni..” balas Balqis. dia pelik dengan sikap Ryan hari ini.

Ryan tersenyum hambar. Dia terus- terusan memeluk Balqis. Rambut Balqis yang panjang, diselak dan diselitkan di celah telinga. Satu ciuman kecil hinggap di pipi gadis itu.

Balqis terpana. Benar- benar terpana! Bukan main- main lagi.