BAB
1
“KEPALA otak kau! Kau ingat aku ni
perempuan jenis apa hah!”jerkah Balqis sambil memandang tepat ke anak mata
hazel milik Ryan Zhariff.
“Aku tahu kau perempuan jenis yang
macam mana tapi kali ini aku amat memerlukan pertolongan kau..ini soal hidup
dan mati aku…please!!!”rayu Ryan.
Balqis terdiam. ‘kesian pulak mamat
poyo ni.kalau tak tolong, kesian member. Tapi…’
“ Tolonglah. Kau je harapan aku
sekarang ni. Aku tak nak kahwin dengan si gedik Nabila tu.”
“Kitakan sudah kawan lama.aku kenal
kau,kau pulak dah kenal aku macam mana kan..kan..kan” Ryan tersengih macam
kerang busuk. Mintak-mintak kau cairlah tengok senyuman aku ni.
Balqis menjeling kegelian. Serba
salah Balqis dibuatnya. Balqis tidak menyangka pertemuan pada hari itu telah
mengejutkan dia kerana tidak ada angin apatah lagi ribut tsunami tiba-tiba Ryan
rakan baiknya yang dikenali sejak dari bangku sekolah telah mengajaknya untuk
berkahwin semata-mata untuk mengelak daripada dijodohkan dengan Nabila. Gila ke
apa?
Ryan masih lagi menayang mukanya
yang poyo dan tidak bersalah di hadapan gadis manis bertudung putih. Pada masa
yang sama dia terbayang kegedikkan Nabila ketika berhadapan dengannya. Dia langsung tidak tertarik mahupun tergoda
dengan liuk-lentok gadis kacukan Jerman itu…Eeeii…geli aku!!!
“Kenapa muka kau macam cicak kena
lastik?”berkerut dahi Balqis kehairanan melihat tingkah sahabat baiknya itu.
“Eh..tak ada apa-apa lah!!aku saja
je buat senaman muka!!” Ryan tersengih malu.
“Macam mana dengan permintaan aku.
Kau jangan nak alih topik pulak..I need
your help now!!! Takkan kau tak
tahu Nabila tu macam mana. Takkan kau
tergamak melihat kawan kau hidup dengan perempuan yang macam tu…”Ryan menayang
muka sedih.
“Macam nilah..kau bagi aku masa
untuk berfikir. Ini bukan kerja budak-budak. Aku harap kau faham yang aku ni
juga ada perasaan walaupun aku ni tak ada perasaan pada lelaki setakat
ini..”pinta Balqis untuk menyedapkan hati sahabatnya itu. Kau ingat aku ni apa
senang-senang nak ajak kahwin. Pantang aku dengar perkataan ‘KAHWIN’ . Bebel Balqis dalam hatinya.
Ryan hanya mengangguk. Aku harap
Balqis setuju kalau tidak mampus aku.
MALAM itu ketika sedang menonton
rancangan Raja Lawak, Puan Rahina menghampiri anak bongsu kesayangannya.
“Macam mana Ryan dengan cadangan umi?”
Ryan menelan air liur seperti fobia
dengan pertanyaan uminya.
“Cadangan apa umi?”Tanya Ryan sambil membuat
muka pelik.
Puan Rahina tersenyum faham benar dengan
perangai anaknya yg cuba mengelak apabila soal Nabila diperkatakan. Puan Rahina
bukannya apa dia benar-benar berkenan dengan perangai Nabila yang tampak sopan
santun bila berjumpa dengannya. Apa yang tiada pada Nabila?
Cantik,berpendidikan pandai mengambil hati dan yang penting gadis itu lengkap
untuk menjadi seorang isteri kepada anak lelakinya itu.
“Umi, Ryan bukannya tak setuju
dengan cadangan umi itu,tapi bagilah Ryan masa untuk Ryan pilih siapa pasangan
hidup Ryan. Umi nak tengok Ryan merana
bila kahwin dengan Nabila nanti.” Ryan cuba memujuk uminya manalah tahu ada
jalan untuk dia mengelak daripada dijodohkan dengan perempuan yang tak pernah mendapat tempat di
hatinya.
Susah baginya untuk dia jelaskan sebab yang
munasabah mengapa dia menolak Nabila kerana persoalan itu amat susah
dirungkaikan dengan kata-kata. Jika diberi pilihan untuk memilih antara Nabila
dan Balqis, Ryan lebih rela memilih sahabatnya itu walaupun Balqis seorang
gadis yang agak kasar pada zahirnya. Balqis,Balqis mintak-mintak la kau setuju
dengan cadangan aku. Rintih Ryan dalam hati.
“Cuba Ryan senaraikan pada umi apa yang buruknya
tentang Nabila itu? Cantik, sopan santun sesuai sangat dengan anak umi ini”
Puan Rahina tersenyum sambil membelai rambut hitam milik anaknya itu. Dia
berharap anak lelakinya itu mengerti akan permintaannya yang satu itu.
Ryan memandang wajah bersih uminya. Dia begitu
berharap yang uminya faham perasaannya di kala ini. Hatinya bukan untuk Nabila.
Titik. Tiba-tiba akal lelakinya datang.
“Umi,macam mana kalau Ryan cakap yang Ryan sudah ada
pilihan hati? Umi percaya tak?” Ryan mengerak-gerakkan keningnya. Dia tersenyum
penuh makna. Puh! Harap-harap umi percaya.
Senyuman Puan Rahina
mati tiba-tiba. Berterbangan semua angan-angannya apabila mendengar
kata-kata terakhir anaknya itu. Selama ini Ryan tidak pernah berahsia dengannya
tapi kenyataan Ryan tadi amat memeranjatkannya.
“Ryan tak pernah cakap pun pada umi yang Ryan dah
ada buah hati.”
“Ni Ryan nak bagi tahu lah umi. Ryan dengan dia dah
kawan lama sejak sekolah lagi malah Ryan kenal dia dahulu sebelum Ryan kenal
dengan Nabila. Ryan suka dia sebab perangai dia menyenangkan hati Ryan umi.”
Ryan meneruskan lakonan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai menjilat
jari. Eh ada ke pepatah macam itu? Lantak lah janji aku terlepas. Gumam Ryan
dalam hati.
Puan Rahina memandang skrin televisyen dengan
padangan kosong sebelum wajah anaknya yang tampan dipandang. “Siapa nama gadis
yang Ryan suka itu?” Puan Rahina cuba menyelidik.
Ryan mengetap bibir. “ Ummu Balqis umi.” Jawab Ryan
pendek tetapi dalam hatinya berdebar hebat apatah lagi dia belum mendapat
persetujuan yang sebenar-benarnya daripada Balqis. Mampus aku kalau Balqis tahu
ni sah-sah aku kena baling kasut tumit tinggi ni. Tapi Balqis tak pakai kasut
tumit tinggi. Betul ke? Arh lantaklah janji aku selamat.
Puan Rahina termenung sejenak. Entah mengapa dia
dapat merasakan ada yang tidak kena dengan kenyataan anaknya itu. Dia rasakan
terlalu mendadak, selama ini Ryan tidak pernah menyebut nama mana-mana
perempuan takkan la tiba-tiba saja anak lelakinya itu mempunyai teman istimewa.
Ish, musykil ni.
“Ok kalau begitu umi nak jumpa dengan Ummu Balqis tu
boleh? Umi nak kenal-kenal dengan dia.” Puan Rahina memandang wajah bersih
anaknya yang kelihatan tenang tapi dalam hati hanya Ryan dan ALLAH yang tahu
betapa Ryan gundah gulana saat itu.
Ryan menelan air luir yang terasa perit di
kerongkong. “Boleh umi Ryan tak kisah nanti Ryan bagi tahu dia.” Ryan tersenyum
tetapi dia rasa seperti terpaksa.
“ Baiklah kalau macam itu ahad minggu depan umi nak
jumpa dia.” Putus Puan Rahina membuatkan Ryan keresahan.
Puan Rahina berlalu meninggalkan Ryan keseorangan di
ruang tamu. Dia menarik nafas lega namun
balanya belum berakhir dia harus berhadapan dengan Balqis. Gadis itu bukan
boleh main-main silap hari bulan boleh berperang. Ryan mencapai handphone. Perkara ini perlu
diselesaikan dengan segera.
“Hello, assalamualaikum, aku nak jumpa kau esok. Urgent.”
BAB
2
Balqis memandang wajah Ryan yang kelihatan
berserabut seperti suami yang baharu kematian isteri. Kawannya itu betul-betul
kelihatan tidak keruan. Kesian pula dia melihat sahabatnya itu. Kali terakhir
dia melihat Ryan begitu iaitu sembilan tahun yang lalu apabila dia dikecewakan
oleh wanita yang amat disayanginya.
“Sudah-sudahlah Ryan aku tahu kau tengah tension tapi cubalah ceria sikit kalau
kau bermuram durja pun masalah kau takkan selesai.” Nasihat Balqis ikhlas. Dia
tahu masalah lelaki itu tapi dia masih belum menemui cara untuk
menyelesaikannya.
“ Kau cakap senanglah Qis bukan kau yang alami ini
semua. Aku yang terpaksa berhadapan dengan perkara yang mengarut ni. Kau
bukannya nak tolong aku.” Lirih suara Ryan kedengaran di telinga Balqis. Hanya
kepada Balqis harapan disandarkan memandangkan hanya gadis itu yang mengenal
dirinya sejak bertahun lamanya. Tetapi dia kecewa apabila gadis itu menolak.
Buruk sangat ke aku ni sampaikan Balqis pun tidak mahu menolong aku.
“Bukannya aku tak nak tolong kau…”
“Habis itu apa? Kau sanggup tengok aku hidup dengan
perempuan macam tu?” potong Ryan tidak berpuas hati. Wajah sahabat baiknya di
pandang. Memang Balqis tidak secantik Nabila tapi Ryan lebih menyenangi Balqis
berbanding gadis yang dilabel sopan santun oleh uminya itu. Sopan santun apa
kalau bercakap dengannya asyik nak tergesel-gesel je. Rimas Ryan di buatnya.
Balqis mengeluh. Nasi goreng kampung di kuis-kuis dengan sudu. Bunyi
bising di sekeliling seakan-akan tidak kedengaran di telinga Balqis. Dia
benar-benar buntu saat itu. Kenapa aku
yang jadi mangsa keadaan ni Ryan? Dia mengangkat wajah pada masa yang sama
matanya bertentangan dengan anak mata hazel milik Ryan tetapi dengan pantas
Balqis mengalih pandangan ke arah lain.
“Kau tolong la aku kali ni Qis. Aku janji lepas ni
aku takkan menyusahkan hidup kau lagi. I’m
promise.” Rayu Ryan lagi sambil mengangkat
tangannya seolah-olah bersumpah.
Balqis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba
mencari idea manalah tahu dia dapat
petunjuk daripada ALLAH ketika itu. Balqis memejam matanya sejenak. Ryan hanya
memandang perbuatan sahabat baiknya yang tiba-tiba terdiam. Apa yang difikirkan
oleh gadis bertudung coklat itu pun dia tidak tahu. Jangan tiba-tiba Balqis
bagi idea-idea yang mengarut sudahlah. Bukan sehari dua dia mengenali gadis
itu,sudah bertahun lamanya. Perangai gila-gila Balqis telah sebati dengan Ryan.
“Hah,aku ada idea!” jerit Balqis tiba-tiba menyentak
lamunan Ryan yang entah ke mana-mana. Dia memandang ke kiri dan ke kanan memang
sudah dijangka banyak mata yang memandang mereka setelah mendengar jeritan
Balqis tadi. Ish, Balqis ni buat malu je. Tak boleh bawak pergi majlis dia ni.
Rungut Ryan dalam hati.
Balqis menutup mulut. Opps, terlebih sudah! Dia
tersenyum sumbing. Hendak cover malu
la katakan.
“ Apa idea kau kali ni?” sambung Ryan.
“ Apa kata kalau kita pergi agensi cari jodoh? Kita cari
jodoh untuk kau.” Dengan selamba Balqis tersengih seolah-olah bangga dengan
idea yang di rasakan bernas itu. Keningnya di gerak-gerakkan.
Ryan menepuk dahi. Dah agak dah mesti Balqis akan
memberi idea yang cukup ‘berharga’.
“ Hahahaha..hebat betul idea kau tu Qis.” Ryan
menjeling tidak berpuas hati. Macamlah aku ni tak laku sangat sampaikan kena
pergi agensi cari jodoh.
“ Aku serius la Ryan.”
“ Aku tak nak!” tegas lelaki itu lagi.
“ Aku nak kau jugak!” Sambung Ryan tak nak mengalah.
“Adoyai, kau tak nak bagi aku pilihan A,B,C,D ke?”
“ Tak ada pilihan untuk kau kali ini”
Balqis memejam matanya buat kesekian kalinya mencari
akal untuk melepaskan diri. Akhirnya dia mendapat kata putus dari hatinya.
Tepuk dada tanya iman.
“Aku boleh tolong kau, tapi dengan satu syarat…”
“ Apa syaratnya?” pintas Ryan pantas. Hatinya
melonjak gembira dengan keputusan Balqis yang
mahu menolongnya. Hilang stress.
“Aku tak nak kahwin dengan kau tapi aku just pretend jadi awek kau je sampai kau
jumpa perempuan yang betul-betul layak
jadi isteri kau.” Balqis memberi penerangan tentang rancangan yang baharu
terlintas di fikirannya sebentar tadi.
Bukan dia tidak mahu menolong Ryan tetapi dia sedar siapa dirinya jika
hendak dibandingkan dengan lelaki itu yang punya segalanya. Dia bukan wanita
yang layak berdampingan dengan lelaki kacak itu. Itu keputusan yang telah
dibuat oleh Balqis selepas Ryan meminta pertolongan daripadanya.
“Tapi macam mana kalau umi aku tahu?” suara Ryan
memecah lamunan Balqis.
Balqis tersenyum. “Kalau kau tak bagi tahu umi kau
dia takkan tahu. Pandai-pandailah berlakon kalau nak selamat.” Ujar Balqis. Air
tea o’ ais di sudut perlahan.
Lama Ryan memikirkan cadangan itu. Dia risau jika
tembelangnya pecah. Tapi belum cuba belum tahu asalkan dia lepas daripada asakan
uminya agar berkahwin dengan Nabila.
Akhirnya Ryan mengangguk setuju. Balqis menarik
nafas lega.
BALQIS menghempas tubuh di atas katil,penat sungguh
dia hari itu walaupun tiada apa yang dibuat namun masalah yang melanda Ryan
menyesakkan kepala otaknya yang memang sudah sesak.
‘Betul ke apa yang aku lakukan ni?’ soal Balqis
dalam hati.
‘Betul lah tu tak ada yang salah pun kau tolong
dia.’ Bunyi satu suara mengejutkan Balqis. Dia memandang ke kiri dan ke
kanan,tiada orang. Balqis mengeluh,rupa-rupanya suara daripada hati kecilnya.
Dia tergelak sendirian. Tak salah aku tolong Ryan lagipun dia kawan baik aku
dan aku hanya berpura-pura menjadi awek dia bukannya jadi bini dia. Aku tak
sanggup jadi bini dia…hehehe..ketawa Balqis dalam hatinya.
Balqis bangkit lalu menuju ke bilik air untuk mandi.
Dia perlu menyegarkan badannya yang hangat dan lemah.
Selepas beberapa minit, dia pun keluar
lalu mengenakan baju tidur satin nipis
berwarna hijau. Begitu seksi dia malam ni. Balqis ke ruang tamu dan
menghenyak punggungnya atas sofa dan
menekan remote control televisyen LCDnya. Tak ada cerita best lah malam
ni..bosan betul aku!!!gumam Balqis dalam hatinya. Kemudian dia menutup televisyen dan masuk ke dalam
biliknya. Laptop Acer yang berwarna
hitam yang terletak di atas meja sisi katillnya dicapai dan diaktifkan. Balqis melayari laman web Facebook untuk
melihat berita-berita terkini mengenai kawan-kawannnya.. Laman web facebook
merupakan suatu laman web sosial yang menjadi kegemaran remaja zaman sekarang
untuk mencari kenalan-kenalan baru. Balqis pun tak terkecuali.
Malam itu
dia hanya melayan facebooknya. Dia lupa sejenak akan masalah yang berkaitan
dengan dia dan Ryan. Pada malam itu juga dia tidur lebih kurang pukul 3 pagi
kerana asyik melayan kawan-kawan lamanya dalam facebooknya. Lagipun esok hari
ahad hari cuti untuknya jadi bolehlah
dia tidur lewat sikit.
Pada pagi itu Balqis bangun pukul 10 pagi dan nasib
baik pada hari itu dia mendapat ABC (Allah Bagi Cuti) dan haram untuk dia
bersolat. Selepas membersihkan diri dia ke dapur untuk menyediakan sarapan
pagi. Namun, ketika menuruni tangga dia terhidu bau masakan yang amat
enak.Setibanya dia di dapur dia melihat adiknya sedang memasak nasi lemak. Adik
aku ni tahu je favourite aku..kata Balqis dalam hati.
“Kenapa kau
tak kejutkan aku? kalau tak kita boleh masak sama-sama. Barulah romantik
sikit.”kata Balqis kepada adiknya sambil meneguk air oren yang disediakan
diatas meja.
“Aku dah
kejutkan kau pukul 6 tadi tapi kau keras membatu je aku tengok. so aku masaklah
sorang. Lagipun bukan selalu aku masak untuk kau kan?” bidas Hani sambil senyum
kambing.
“Banyak lagi ke nak masak?
“Semua dah beres. Tunggu makan je. Jomlah makan.”
Ajak Hani.
“Sedap kau masak. Kalau kau kahwin gerenti laki kau
dah tak makan kat luar…”gurau Balqis sambil tergelak kecil.
“Kau jangan nak ngada-ngada ok!! Kau tu bila nak
kahwin?. Aku dak tak sabar nak timang anak saudara and aku pasti mak kat kampung pun tak sabar jugak nak timang cucu.”
Jawab Hani sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
“Siapa cakap aku tak nak kahwin. Aku memang nak
kahwinlah..”
“Cuma aku tak jumpa lagi Prince Charming aku.”balas Balqis sambil tersenyum dan mencubit pipi tembam adiknya.
Dia berlalu ke sinki untuk membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan.
“Sakitlah wei!”tempik Hani sambil menggosok pipinya.
Sepantas kilat Hani bingkas bangun dan mencubit pinggang ramping kakaknya yang
sedang khusyuk membasuh pinggan.
“Opocot kau!!!” Balqis melatah.
“Padan muka
kau. Siapa suruh kau cubit pipi aku!” balas Hani sambil tergelak.
“Kurang ajar kau!! Nasib baik aku tengah buat kerja
kalau tak memang lunyai kau aku kerjakan.”Balqis menunjuk penumbuk sambil
menjelir lidahnya.
“Tak takut
pun!” bidas Hani dan berlalu ke ruang tamu untuk menonton berita pagi.
Balqis
tergelak kecil dengan karenah adiknya. Hani merupakan adik bongsu yang sangat
manja dan rapat dengan Balqis. Hani pandai berdikari dan tidak suka menyusahkan
kakaknya serta keluarganya.
Balqis teringat ketika mereka berdua bersama-sama
kerja di restoran yang terletak jauh di
Bandar Kuantan. Bermacam-macam kenangan pahit dan duka yang mereka alami
bersama-sama demi mendapatkan duit untuk membayar yuran pengajian mereka.
Kesusahan itulah yang menyebabkan mereka begitu rapat dan saling menolong
antara satu sama lain. Semoga hubungan yang baik ini terus berkekalan. Doa
Balqis dalam hati.
“Hoi, lamanya kau basuh pinggan? Kau basuh pinggan
ke buat pinggan atau teringatkan Daniel?” tempik Hani di ruang tamu sambil
tergelak besar. Dia puas hati kerana dapat mengenakan kakak kesayangannya itu.
“Aku teringat kat Daniel. Kenapa jealous ke?” laung Balqis.
“Aku tak jealous
langsung. Suka sangat-sangat. Aku redha kalau dia jadi abang ipar aku” balas
Hani.
Kurang ajar kau.Gumam Balqis dalam hatinya. Dia
tersenyum sendiri apabila mendengar nama Daniel. Daniel merupakan kawan lama
yang dikenali sewaktu dia menuntut di UTM. Daniel seorang jejaka yang mampu
mencairkan hati semua wanita jika memandangnya. Namun, Balqis berkawan dengan
Daniel bukan kerana kekacakannya tetapi keikhlasan Daniel untuk berkawan walaupun Balqis tidak mempunyai rupa paras
yang cantik macam kebanyakan perempuan yang cuba berdamping dengan lelaki itu.
best..
ReplyDelete