“ QIS tunggu dulu.” Panggil Ryan sewaktu mereka
sampai di rumah.
Balqis berpaling. Dia ingatkan Ryan akan terus
bersama dengan Zarryn tetapi ternyata lelaki itu mengikutinya pulang. Balqis
melepaskan keluhan. Langkahnya dihentikan.
“ Kau nak apa lagi?” Tanya Balqis malas. Dia
menghempaskan tubuh di sofa. Wajah cemberut Ryan dipandang tanpa perasaan.
“ Kenapa kau tak balik rumah terus? Sempat lagi kau
pergi jumpa Daniel kat luar ek. Kau ingat aku ni apa? Ada aku izinkan kau
keluar dengan Daniel?” Soalan Balqis dibalas soalan.
“ Kau ni kelakarlah Ryan, kalau aku balik pun bukan
kau ada kat rumah pun. Pasal aku nak jumpa Daniel atau sesiapa pun bukan hak
kau nak halang. Lagipun kau keluar dengan Zarryn ada aku halang? Tak ada kan so mine your own business.” Balas Balqis
agak sinis.
Ryan tersentak. Balqis sudah berani melawannya.
Baharu semalam mereka berbual mesra di telefon. Sesungguhnya Ryan memang tidak
sabar menanti kepulangan Balqis dari kampung memandangkan sudah dua hari mereka
tidak berjumpa, terbit juga rasa rindu pada temannya itu. Oleh itu, awal pagi
lagi dia sudah bangun untuk menunggu kepulangan isterinya tetapi panggilan
daripada Zarryn yang mengajaknya untuk sarapan membantutkan niat Ryan untuk
menunggu Balqis. Dia tidak menyangka akan terserempak dengan Balqis dan Daniel
di Mid Valley. Panas hatinya melihat kemesraan mereka hanya ALLAH yang tahu
tetapi dipendamkan sahaja.
“ Sejak bila kau pandai melawan aku Balqis? Apa pun
yang berlaku dengan perkahwinan kita, kau tu masih isteri aku yang sah dan aku
berhak untuk tidak membenarkan kau keluar dengan lelaki lain.” Tegas Ryan
dengan suara yang tegang.
“ Kau keluar dengan perempuan lain boleh pula? Aku
dan Daniel hanya sekadar kawan tapi kau dan Zarryn? Hanya ALLAH yang tahu apa
hubungan korang. Aku tak pernah larang untuk kau keluar dengan Zarryn dan kau
jangan nak halang aku keluar dengan sesiapa saja yang aku suka.” Bidas Balqis
geram. Asyik kita je yang tak boleh buat itu dan ini, dia boleh pulak. Bebel
hati Balqis.
“ Hal ini tak kena mengena dengan Zarryn, Qis. Kau
tak malu ke keluar dengan Daniel sedangkan kau tu isteri orang. Kalau kau
terserempak dengan umi atau abah apa aku nak jawab dengan mereka nanti?”
Kemarahan Ryan masih belum reda. Tajam dia merenung wajah Balqis yang kelihatan
tenang.
Balqis tersenyum sinis.
“ Kau cakaplah yang isteri kau ni curang!”
“ Qis!” Tengking Ryan dengan suara melengking.
Kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum. Tangan yang diangkat hampir singgah
ke muka Balqis.
Balqis terkesima. Dadanya berombak kencang. Belum
pernah Ryan berkasar seperti ini dengannya. Balqis sebak. Pertengkaran mereka
terhenti hanya mata mereka sahaja bertautan. Balqis kecewa. Ryan kesal.
Perlahan- lahan tangannya diturunkan.
“ Sekali lagi kau buat macam ni aku takkan teragak-
agak…”
“ Nak pukul aku?” Potong Balqis pantas. Dengan
berani dia menentang wajah kacak Ryan. Wajah itu dipandang dengan penuh
kebencian.
“
Kau ingat aku akan biarkan kau sentuh aku? Boleh jalanlah!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.