Alhamdulillah
akhirnya slpas berhempas pulas memerah idea akhirnya mnuskrip Cinta
Karma siap sepenuhnya..cume tunggu nak hantar pada penerbit je...sebelum
SK hantar pada penerbit meh ler baca sikit teaser terakhir utk Cinta
Karma...
“Apa awak ni?!” marah Wafiya geram. Dia menguis rambutnya yang menganggu pandangan.
Syed Aryan yang tersedar, memisat- misat matanya. Dia bingkas bangun
dan duduk sambil menyandar belakang badannya di kepala katil.
“Kenapa sayang nak marah- marah ni?” soal Syed Aryan kembali. Wajah Wafiya dipandang.
Bagaikan nak termuntah Wafiya mendengar Syed Aryan membahasakannya
sayang. Konon nak memikat akulah tu. Boleh blah! Bentak hati Wafiya.
“Awak tanya saya kenapa? Awak sedar tak yang awak dah ceroboh bilik
saya? Siapa yang izinkan awak masuk dalam bilik dan tidur sebelah saya?”
soal Wafiya bertubi- tubi. Dia bingkas bangun dan bercekak pinggang.
Rasa marah mula menjalar dalam dirinya apabila Syed Aryan cuba mengambil
kesempatan.
“Laaaa…pasal tu je ke? Abang ingatkan apalah. Abang
penat sangat semalam, abang tak tahu nak tidur dekat mana. Nak tidur
dekat ruang tamu, abang tak ada selimut. Dahlah semalam sejuk sangat.
Nak tidur dekat bilik sebelah, abang tak berani sebab inikan rumah Fiya.
Jadi, abang tidurlah dalam bilik Fiya…” balas Syed Aryan memberi
alasan.
Padahal memang dia sengaja tidur di sebelah Wafiya. Akibat
terlalu rindukan isterinya, Syed Aryan mengambil risiko untuk tidur di
sebelah Wafiya walaupun dia tahu isterinya itu akan mengamuk seperti
sekarang ini.
“Awak jangan nak bagi alasan yang tak logik. Awak
boleh je mintak selimut dengan saya kan, tak perlulah tidur sekatil
dengan saya…” marah Wafiya lagi. Dia mencebikkan bibir.
Syed Aryan
turut bangun dan menghampiri Wafiya. Wajah itu ditenung sedalam-
dalamnya. Dia cuba meraih tangan Wafiya namun dengan pantas tangannya
ditepis. Syed Aryan mengeluh. Kepalanya ditundukkan.
“Siapa abang pada Fiya sekarang ni?” soal Syed Aryan serius.
“Awak bekas majikan saya,” jawab Wafiya.
Syed Aryan tersentak. Bekas majikan? Itu saja ke?
“Mungkin Fiya dah lupa status abang yang sebenarnya. Biar abang tolong ingatkan…” ucap Syed Aryan selamba.
Lantas, Syed Aryan memaut pinggang Wafiya dengan pantas. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya.
Wafiya terkejut dengan tindakan drastik Syed Aryan. Dengan pantas, dia
memejamkan mata. Dia tak sanggup untuk menghadapi kenyataan.
Syed
Aryan tersenyum melihat reaksi Wafiya yang gelabah. Rambut Wafiya
dibelai lembut. Setiap anggota wajah gadis itu direnung dengan penuh
minat. Dia mendekatkan lagi wajahnya ke wajah Wafiya.
“Fiya jangan
takut, abang nak pergi gosok gigi dulu…” bisik Syed Aryan dengan tawa
kecil. Dia melepaskan tubuh Wafiya. Hujung hidung gadis itu dicuit
sambil matanya dikenyitkan.
Wafiya membuka mata. Dia dapat merasakan
wajahnya sudah berbahang panas. Malu dengan apa yang dilakukan oleh
Syed Aryan. Wafiya menarik nafas lega apabila Syed Aryan sudah berlalu.
Kalaulah Syed Aryan betul- betul buat apa yang dikatakan, entah apa yang
akan terjadi padanya nanti. Wafiya menggeleng- gelengkan kepala.
“Fiya tak payahlah rasa lega sangat. Abang akan sambung apa yang
tergendala tadi. Fiya tunggu jelah masanya,” ucap Syed Aryan dengan
tawanya yang kuat.
Wafiya cuba menahan dirinya yang terasa ingin menjerit. Menyampah betul aku dengan dia! jerit hati Wafiya. Bengang beb!
..............................................................................................................
“Baiklah, kalau macam tu biar saya yang undur diri….”
“Fiya!!” jerit Syed Aryan pantas. Dia terkejut.
Wafiya berpaling pada suaminya yang kelihatan gelisah. Sedaya upaya
Wafiya cuba tersenyum manis namun tetap kelihatan hambar. Air mata yang
menuruni lekuk pipi tidak mampu mengurangkan rasa pedih dalam hatinya.
“Fiya sanggup berkorban apa saja untuk abang sebab Fiya sayangkan
abang. Tak mungkin kan Fiya rampas kasih sayang seorang anak pada
ibunya. Fiya tak nak ulangi kesilapan arwah ibu kerana cintakan arwah
papa. Biarlah cinta kita tak menjadi karma untuk keluarga abang. Berapa
kali Fiya cakap yang cinta kita tak mungkin bersatu tapi abang degil,
abang buat Fiya jatuh cinta pada abang sekali lagi tapi Fiya tak
menyesal jadi isteri abang. Biarkan Fiya pergi, abang….” ucap Wafiya.
Suaranya tenggelam timbul akibat menahan rasa sendu yang semakin
menghimpit dada.
Syed Aryan menggelengkan kepala. Air matanya turut
menitis laju. Dia tak mahu berpisah dengan Wafiya. Cintanya sudah utuh
buat isterinya seorang.
“Abang takkan biarkan Fiya pergi. Hanya Fiya
yang abang cinta. Percayalah pada abang, sayang. Abang tak mungkin
bahagia dengan orang lain,” balas Syed Aryan sambil memegang kedua belah
bahu Wafiya.
“Cinta boleh dicari bang tapi kasih sayang seorang ibu
tiada gantinya…” balas Wafiya masih bertekad untuk berpisah dengan Syed
Aryan.
Syed Aryan terpempan. Serta merta tangan yang memegang kedua
belah bahu Wafiya jatuh dengan sendirinya. Luluh hatinya mendengar
kata- kata Wafiya.
“Fiya nak mengalah? Fiya sanggup tengok abang bersama dengan perempuan lain?” soal Syed Aryan bertalu- talu.
Wafiya menangis. Mana mungkin dia sanggup. Inilah kali pertama dia
jatuh cinta dan benar- benar cintakan seorang lelaki yang bergelar
suami.
“Fiya tak nak apa yang terjadi pada arwah ibu dan arwah papa
berulang kembali. Cukuplah apa yang terjadi pada mak long untuk kita
jadikan pengajaran bang. Fiya tak nak cinta kita memecah belahkan
keluarga abang. Fiya dah terbiasa hidup susah, sedangkan abang sudah
terbiasa dengan kemewahan. Mana mungkin abang sanggup untuk tinggal
dengan Fiya…” balas Wafiya.
Sekali lagi Syed Aryan terpempan dengan kata- kata Wafiya. Dia mengeluh berat.
“Begitu senang Fiya ukur cinta abang. Hanya kerana duit dan harta Fiya
sanggup minta abang tinggalkan Fiya. Fiya ingat abang ni lelaki jenis
apa?!” tengking Syed Aryan.
Puan Sri Sharifah Mastura yang menjadi
pemerhati hanya tersenyum melihat pertelingkahan yang terjadi antara
Syed Aryan dan musuh utamanya itu. Dia yakin Syed Aryan akan memilihnya.
Dia menepuk bahu Sharifah Akyra yang masih menangis.
Esak tangis Wafiya kedengaran apabila ditengking oleh Syed Aryan. Namun, dia perlu kuat. Cinta memang perlukan pengorbanan!
“Fiya tahu abang lelaki dan suami yang baik sebab itu Fiya nak abang
jadi anak yang baik juga. Abang bertuah sebab masih ada mama tapi
Fiya…Fiya tak ada siapa- siapa lagi. Abang berbaktilah pada mama abang,
Fiya sanggup mengalah demi kebahagiaan abang sekeluarga…”
“Kebahagiaan abang ada dengan Fiya!” tegas Syed Aryan lagi.
“Fiya mintak maaf, bang. Izinkan Fiya pergi….” Ucap Wafiya sayu.
Dia mencapai tangan Syed Aryan lalu dikucup lembut. Dengan langkah yang
berat, Wafiya gagahkan diri untuk berlari meninggalkan Syed Aryan yang
termangu tanpa kata.
Syed Aryan terkedu. Seluruh alamnya terasa
kosong saat Wafiya meleraikan pegangannya. Dia hanya mampu melihat
Wafiya berlari dengan rasa sebak yang menghurung dada. Air mata yang
kering, kini tumpah lagi. Dia ingin menjerit memanggil nama Wafiya namun
suaranya tidak kedengaran.
“Fiya! Jangan tinggalkan abang!” jerit Syed Aryan akhirnya.
“Baiklah, kalau macam tu biar saya yang undur diri….”
“Fiya!!” jerit Syed Aryan pantas. Dia terkejut.
Wafiya berpaling pada suaminya yang kelihatan gelisah. Sedaya upaya Wafiya cuba tersenyum manis namun tetap kelihatan hambar. Air mata yang menuruni lekuk pipi tidak mampu mengurangkan rasa pedih dalam hatinya.
“Fiya sanggup berkorban apa saja untuk abang sebab Fiya sayangkan abang. Tak mungkin kan Fiya rampas kasih sayang seorang anak pada ibunya. Fiya tak nak ulangi kesilapan arwah ibu kerana cintakan arwah papa. Biarlah cinta kita tak menjadi karma untuk keluarga abang. Berapa kali Fiya cakap yang cinta kita tak mungkin bersatu tapi abang degil, abang buat Fiya jatuh cinta pada abang sekali lagi tapi Fiya tak menyesal jadi isteri abang. Biarkan Fiya pergi, abang….” ucap Wafiya. Suaranya tenggelam timbul akibat menahan rasa sendu yang semakin menghimpit dada.
Syed Aryan menggelengkan kepala. Air matanya turut menitis laju. Dia tak mahu berpisah dengan Wafiya. Cintanya sudah utuh buat isterinya seorang.
“Abang takkan biarkan Fiya pergi. Hanya Fiya yang abang cinta. Percayalah pada abang, sayang. Abang tak mungkin bahagia dengan orang lain,” balas Syed Aryan sambil memegang kedua belah bahu Wafiya.
“Cinta boleh dicari bang tapi kasih sayang seorang ibu tiada gantinya…” balas Wafiya masih bertekad untuk berpisah dengan Syed Aryan.
Syed Aryan terpempan. Serta merta tangan yang memegang kedua belah bahu Wafiya jatuh dengan sendirinya. Luluh hatinya mendengar kata- kata Wafiya.
“Fiya nak mengalah? Fiya sanggup tengok abang bersama dengan perempuan lain?” soal Syed Aryan bertalu- talu.
Wafiya menangis. Mana mungkin dia sanggup. Inilah kali pertama dia jatuh cinta dan benar- benar cintakan seorang lelaki yang bergelar suami.
“Fiya tak nak apa yang terjadi pada arwah ibu dan arwah papa berulang kembali. Cukuplah apa yang terjadi pada mak long untuk kita jadikan pengajaran bang. Fiya tak nak cinta kita memecah belahkan keluarga abang. Fiya dah terbiasa hidup susah, sedangkan abang sudah terbiasa dengan kemewahan. Mana mungkin abang sanggup untuk tinggal dengan Fiya…” balas Wafiya.
Sekali lagi Syed Aryan terpempan dengan kata- kata Wafiya. Dia mengeluh berat.
“Begitu senang Fiya ukur cinta abang. Hanya kerana duit dan harta Fiya sanggup minta abang tinggalkan Fiya. Fiya ingat abang ni lelaki jenis apa?!” tengking Syed Aryan.
Puan Sri Sharifah Mastura yang menjadi pemerhati hanya tersenyum melihat pertelingkahan yang terjadi antara Syed Aryan dan musuh utamanya itu. Dia yakin Syed Aryan akan memilihnya. Dia menepuk bahu Sharifah Akyra yang masih menangis.
Esak tangis Wafiya kedengaran apabila ditengking oleh Syed Aryan. Namun, dia perlu kuat. Cinta memang perlukan pengorbanan!
“Fiya tahu abang lelaki dan suami yang baik sebab itu Fiya nak abang jadi anak yang baik juga. Abang bertuah sebab masih ada mama tapi Fiya…Fiya tak ada siapa- siapa lagi. Abang berbaktilah pada mama abang, Fiya sanggup mengalah demi kebahagiaan abang sekeluarga…”
“Kebahagiaan abang ada dengan Fiya!” tegas Syed Aryan lagi.
“Fiya mintak maaf, bang. Izinkan Fiya pergi….” Ucap Wafiya sayu.
Dia mencapai tangan Syed Aryan lalu dikucup lembut. Dengan langkah yang berat, Wafiya gagahkan diri untuk berlari meninggalkan Syed Aryan yang termangu tanpa kata.
Syed Aryan terkedu. Seluruh alamnya terasa kosong saat Wafiya meleraikan pegangannya. Dia hanya mampu melihat Wafiya berlari dengan rasa sebak yang menghurung dada. Air mata yang kering, kini tumpah lagi. Dia ingin menjerit memanggil nama Wafiya namun suaranya tidak kedengaran.
“Fiya! Jangan tinggalkan abang!” jerit Syed Aryan akhirnya.
rindu aryan dan wafiya, bile nk publish ni?x sabar nk beli..hikhik..:P
ReplyDeleteKk crita ny hanya smpai bab 35 aj y?
ReplyDeleteCrita yg kk tulis ni best semua tp mcm cerita digantung, ga tau mcm mna ending ny, yg sy penasaran crita rindu dalam sepi, , crita ny mcm digantung..klu beli novel ny crita ny lgkp y kk?
ReplyDelete