Tetamu Rindu

Sunday 1 September 2013

Cinta Si Gadis Kebun ( Bab 8 )


“ISYA, bangun. Kita sembahyang Subuh sama-sama. Nanti habis waktu pulak.” Hakimi Danial mengejutkan Aisya yang sedang lena tidur. Aisya kalau sudah tidur memang tak akan bangun cepat. Kalau letak bom sebelah pun belum tentu boleh terjaga.
“Isya…cepat bangun. Subuh dah nak habis ni.” Hakimi Danial masih lagi berusaha untuk mengejutkan Aisya.
“Nasi lemak satu lepas tu saya nak milo tabur satu ya, bang.” Ujar Aisya sambil mata terpejam rapat. Mulutnya terkumat-kamit. Entah apa yang dibebelkan tak tahulah.
Hakimi Danial ketawa dan menggelengkan kepala. Masaklah bini aku ni. Kuat betul makan sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Gumam Hakimi Danial.
Hakimi Danial menggoncang-goncang bahu Aisya. Akhirnya Aisya berjaya dikejutkan.
“Kenapa awak kejut saya?Saya tengah syok-syok makan nasi lemak tadi. Awak ni kacau betullah.” Hakimi Danial pula dimarahnya.
“Banyaklah awak punya nasi lemak. Sekarang saya nak awak bangun pergi mandi and kita sembahyang subuh berjemaah.” Arah Hakimi Danial dengan suara agak tegas.
“Sekejap lagilah. Saya mengantuk lagi ni.”Aisya menarik kain selimut yang berada dihujung kakinya.
Amboi..boleh lagi dia nak sambung tidur.Hakimi Danial mula bengang. Dia memang pantang kalau orang melambat-lambatkan solat.
“Aisya, bangun cepat. Awak jangan paksa untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan penyesalan pada diri awak.” Ugut Hakimi Danial. Namun ugutan Hakimi Danial itu langsung tidak diendahkan oleh Aisya. Malah dia menutup mukanya dengan selimut yang tebal itu. Hakimi Danial sudah hilang sabar.
Aisya ni sudah lebih. Terpaksalah aku ambil wuduk kali kedua sekejap lagi. Gumam Hakimi Danial dalam hati.
Oooo..tak nak bangun ya. Sekejap ya aku nak bagi pengajaran yang bermakna buat kau Aisya. Sekejap kau tahulah langit tu tinggi ke rendah. Hakimi Danial senyum kambing.
Hakimi Danial menanggalkan kopiahnya dan meletaknya diatas meja sisi. Lengan baju Melayu disingsing hingga ke siku. Badannya dibongkokkan dan sepantas kilat badan Aisya kini berada dalam dukungan Hakimi Danial. Menjerit Aisya dibuatnya. Mimpi yang indah terus hilang serta-merta.
“Awak buat apa ni? Turunkan saya.” Aisya mula meronta-ronta dalam dukungan Hakimi Danial.
“Inilah saja cara untuk sedarkan orang macam awak. Saya kejut awak elok-elok awak tak nak bangun. So, sekarang awak tanggunglah akibatnya.” Hakimi Danial tersengih. Kakinya laju melangkah menuju ke bilik air. Pintu bilik air dikuak menggunakan kakinya. Badan Aisya yang kecil molek itu diletakkan di dalam kolah air yang kosong. Aisya cuba keluarkan diri namun tindakannya dimatikan oleh Hakimi Danial.
“Awak duduk diam-diam kat dalam tu.” Arah Hakimi Danial.
“Awak nak buat apa kat saya ni?”
“Saya nak mandikan awak sebab awak ni jenis yang susah  sangat nak bangun dan mandi pagi.” Tangan Hakimi Danial ligat memulas kepala paip.
“Awak….”Aisya tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila air sudah jatuh diatas kepalanya. Sejuknya…..
Hakimi Danial menjirus dan menggosok-gosok kepala Aisya.
“Inilah pengajaran buat orang yang degil macam awak.” Bebel Hakimi Danial.Niat dihatinya bukan ingin mendera tapi hanya ingin memberi pengajaran agar Aisya tidak malas untuk bangun solat subuh.
“Bak sinilah paip tu. Saya boleh mandi sendiri. Saya bukannya budak kecil. Awak pergi keluar sekarang. Saya nak mandi.” Arah Aisya sambil menggigil kesejukan. Paip yang berada ditangan Hakimi Danial dirampas.
“Cepat sikit mandi. Jangan tertidur pulak dalam kolah tu sudahlah.”Pesan Hakimi Danial sebelum keluar dari bilik air.
Aisya hanya mendengus dan menjeling kepada Hakimi Danial.
Lantak kaulah nak jeling ke nak juling ke mata kau. Apa yang penting solat subuh harus dilaksanakan. Ngomel Hakimi Danial dalam hati.


HAKIMI DANIAL sudah tercegat seperti patung cendana di hadapan rumah. Dia hanya berbaju T merah dan track suit hitam. Sesekali tangannya didepa dan nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Udara yang nyaman dan segar itu dihirup.
“Pagi-pagi macam ni nak buat apa ya? Nak pergi jogging malas.” Bisik Hakimi Danial sendiri.
Selipar yang tersusun di depan anak tangga disarung. Dia menuju ke arah pasu-pasu bunga yang tersusun rapi di tepi rumah. Haruman bunga mawar yang sedang mekar telah menusuk lubang hidungnya.
“Subhanaallah. Cantiknya ciptaan Allah ni.” Puji Hakimi Danial. Tanpa teragak-agak dia mendekatkan hidungnya yang mancung itu pada bunga mawar yang berwarna merah. Bunga mawar itu dicium lama.
“Subhanaallah. Wanginya.”Puji Hakimi Danial lagi. Bunga itu dicium berkali-kali.
Setelah puas mencium bunga mawar tersebut tangannya rajin sahaja mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar dalam pasu bunga itu.
“Kesian kau pokok. Dah lama nenek tak jenguk kau sebab tu banyak sangat rumput-rumput kat akar kau.Kalau nak harapkan Si Aisya tu jenguk kau memang taklah. Dia tu asyik layan pokok rambutan dia aje. Pagi ni kau jangan risau biar aku yang bersihkan kau ya.” Bisik Hakimi Danial pada pokok bunga mawar itu. Kelopak mawar itu diusap lembut.
Rumput-rumput yang telah dicabut dilonggok pada satu tempat. Setelah selesai mencabut semua rumput-rumput dalam pasu bunga, Hakimi Danial berdiri dan mencapai penyapu yang tersandar baik punya di tepi dinding.
Rumput-rumput yang telah dilonggokkan tadi disapu ke dalam penyodok sampah. Setelah itu seluruh halaman rumah itu disapu bersih oleh Hakimi Danial. Tiada sehelai daun pun tertinggal di atas tanah.
Hakimi Danial berhenti rehat sebentar sambil dagunya ditongkat atas hujung batang penyapu. Peluh jantan memercik keluar dari dahinya yang licin. Jari-jemarinya segera menyeka peluh yang mengalir dari dahinya.
“Fuhhh…boleh tahan jugak peluhnya. Kalau macam ni tak payah pergi jogging tak apa. Sapu sampah je boleh keluar peluh.” Ngomel Hakimi Danial sendiri. Dagunya masih lagi terlekat pada hujung batang penyapu.
Hakimi Danial termenung buat beberapa minit. Kemudian dia memandang ke kiri dan ke kanan. Senyuman terukir dibibirnya.
Hujung batang penyapu didekatkan sedikit ke bibirnya. Hakimi Danial batuk kecil untuk membetulkan tone suaranya. Batang penyapu dipegang kemas.
Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau….”
Hakimi Danial menyanyi dengan penuh semangat sehinggakan dia tidak perasan yang segala gerak-gerinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang sedang ketawa secara diam-diam disebalik jendala.
“Parah dah suami aku ni. Tak sangka dia pun meroyan nak jadi penyanyi. Kalau suara best tak apa ini tak suara kucing Kak Bedah sebelah rumah lebih best daripada suara dia.” Ngomel Aisya disebalik tingkap. Kepalanya asyik dari tadi tergeleng-geleng melihat keletah suaminya itu.
Semakin lama semakin kuat suara Hakimi Danial mengalunkan lagu Cari Jodoh yang dipopularkan oleh kumpulan Wali. Aisya menutup kedua-dua belah telinganya kerana tidak tahan mendengar suara Hakimi Danial yang garau itu. Nasib baik neneknya awal-awal pagi lagi sudah ke pasar kalau tidak sah-sah kepala Hakimi Danial bengkak dipelangkung dengan penyapu.
Nek Timah memang pantang kalau ada orang yang buat bising pada waktu pagi kerana ia akan menganggu moodnya yang inginkan ketenangan dan kedamaian jiwa.
“Amboi, seronoknya awak menyanyi. Saya nak join boleh?” Sapa Aisya dari arah belakang. Hakimi Danial yang terkejut dengan sapaan tersebut terus berhenti menyanyi. Penyapu yang berada ditangannya dicampak ke tanah.
‘Cis, minah ni kacau daun aje aku nak layan mood. Spoil betullah.Aku baru nak test suara kot-kot boleh masuk AF tup-tup dia pulak yang datang mengacau.’ Bebel Hakimi Danial dalam hati.
“Awak ni kacau ajelah.Syuhhhh…syuhhhh…pergi main jauh-jauh.” Hakimi Danial cuba menghalau Aisya.
“Berani awak halau saya ya tapi saya nak bagi tahu awak sesuatu boleh?” Aisya cuba berlagak serius.
“Apa dia?” Hakimi Danial ingin tahu.
“Suara awak best…”
“Ya ke? Terima kasih.” Ucap Hakimi Danial dengan senyuman terukir lebar dibibir. Dia gembira kerana dipuji oleh Aisya. Dia sudah agak yang suaranya memang best.
“Suara awak best kalau awak tak menyanyi sebab suara kucing Kak Bedah sebelah rumah kita ni lebih sedap daripada suara awak.” Sambung Aisya apabila kata-katanya sebentar tadi dipotong oleh Hakimi Danial.
‘Kurang asam minah ni. Berani dia complaint suara aku tak sedap. Siapa dia untuk mengatakan suara aku tak best.Tadi aku tengok kucing Kak Bedah bukan main khusyuk lagi dengar aku menyanyi sampai tertidur dia lepas dengar suara aku yang best lagi enak berkrim ni.’ Ngomel Hakimi Danial sendiri.
“Eleh, awak dengki sebab suara saya merdukan. Saya tahu awak tu memang dah lama dengki dengan saya.Betul tak…betul tak?” Hakimi Danial mengecilkan matanya sambil jari telunjuknya digoyang-goyangkan didepan mata Aisya.
“Tak ada maknanya nak dengkikan awak. Suara awak tu bingit tahu tak. Rasa macam nak pecah gegendang telinga saya dengar awak menyanyi tadi.” Aisya berpura-pura menggorek telinganya yang tersembunyi disebalik tudung bawal hitam.
“Eleh…padahal awak sukakan dengar suara saya. Entah-entah tadi secara diam-diam tanpa pengetahuan saya awak rakam suara saya dan lepas tu jadikan ringtone awak kan..” Ujar Hakimi Danial disertakan dengan gelak kecil.
“Eeeee….suara awak yang macam kodok pisang tu saya nak jadikan ringtone? Memang taklah cik abang oiii…” Balas Aisya sambil menjuihkan bibirnya. Hakimi Danial hanya membuat muka selamba apabila suaranya disamakan dengan suara kodok pisang.
“Kodok pisang pun kodok pisanglah janji saya bangga dengan suara yang telah dikurniakan oleh Allah pada saya ni. Saya nak masuk dalam sekejap. Saya nak mandi. Awak duduk sorang-sorang kat sini dengan pokok bunga tu.” Hakimi Danial menyerahkan penyapu yang dipegang kepada Aisya. Aisya menyambutnya tanpa berkata apa-apa.
“Cakap sikit sentap. Hati macam perempuan. Kalah aku.” Ngomel Aisya.
Aisya meletakkan penyapu yag diserahkan oleh Hakimi Danial kepadanya atas tanah. Perlahan-lahan dia menghampiri pokok bunga mawar yang sedang mekar didalam pasu bunga.
“Eh bunga, tadi aku tengok bukan main lagi Si Kimi tu cium kau. Seronoklah kau ya. Dasar bunga gedik. Dia tu suami aku tahu tak. Jangan cuba-cuba nak goda dia dengan bau dan warna kau yang mengancam ni.” Marah Aisya pada bunga mawar yang tak berdosa itu. Jari telunjuknya diluruskan pada bunga mawar yang kaku tidak bernyawa.
“Kalau aku nampak dia cium kau lagi lepas ni siap kau aku kerjakan. Kalau tak batang kau daun kau aku cabut nanti. Ingat amaran aku ni ya. Ini adalah last warning.” Pesan Aisya sambil tangannya menjentik kelopak bunga mawar yang mekar itu.
“Aku blah dulu. Kau ingat pesan aku tadi ya.” Aisya menunjal-nunjal bunga mawar itu sebelum beredar dari situ.


1 comment:

  1. Hahaha.. Best baca cite minah kebun niy.. Face exercise i.. Hihi.. Tamatkan kat blog ke niy ... I suka cite ala ala sengal but nature cam niy..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.