Tetamu Rindu

Tuesday 11 April 2017

TERKINI!

Alhamdulillah, dengan rasminya novel SK yang keenam sudah diterbitkan. Insya-Allah akan berada di pasaran bermula minggu hadapan. Kalau ada yang nak dapatkan daripada SK, boleh email di siti.khadijah5602@gmail.com atau pun wasapp di nombor 0199700358.

HARGA:
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM 29
SABAH & SARAWAK : RM 32

TERBITAN: PENERBITAN KARYASENI.
KELUARAN: APRIL 2017

SINOPSIS:
Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam kerana ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek perbuatan si ayah, Aisy menanggung akibatnya!

Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya. Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Aisy diselamatkan berkali-kali oleh Qartal sewaktu dalam bahaya ketika melarikan diri. Namun, keadaan bertambah kusut apabila tanpa sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal.

"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal. "- AISY RAISYA. 

"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!"- QARTAL. 

Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kemunculan UMAR FARUQ sebaik saja Aisy berjaya diselamatkan. Lelaki itu telah meletakkan Aisy dalam situasi yang sukar. Situasi di mana emosi dan perasaannya diuji dengan begitu hebat. Hatinya musnah dek kebenaran yang telah tersingkap.

"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!"- UMAR FARUQ. 

Siapa Qartal dan Umar Faruq yang sebenarnya? Dapatkah Aisy mencari Qartal yang hilang? Mampukah Aisy memberi kemaafan kepada Tuan Zabir setelah lelaki itu membuat hidupnya kucar-kacir? Antara dendam dan simpati, manakah yang akan menguasai hati?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.