Tetamu Rindu

Thursday 14 November 2013

Ingkar Cinta ( Teaser )

Memandangkan ramai yang bertanyakan kisah Zaf dan Wardah jadi SK letakkan teaser untuk tatapan anda semua ye...Sebenarnya entry Ingkar Cinta dah berakhir dekat blog...untuk sambungan kena nantikan novelnya ye...okey, SK letakkan teaser sikit ye untuk lepaskan rindu korang semua pada Zaf dan Ada...

KAD undangan perkahwinan yang berwarna merah jambu itu direnung lama. Sedaya upaya dia cuba menahan rasa sebak yang bermukim di hati. Kad ini diberikan oleh abangnya semalam dan baharu hari ini dia mempunyai kekuatan untuk membuka kad tersebut. Sudah sekian lama dia menyepikan diri daripada kampung dan semalam dia mendapat satu berita yang tidak disangka-sangka.
“Ini kad kahwin dia. Abang harap kau dapat bersabar, ya. Abang boleh je tak bagi kad ini pada kau tapi abang tak nak kau salahkan abang kalau dapat tahu perkahwinan dia daripada orang lain lagipun mak dia memang nak kau datang majlis anak dia ni. Dia pun pernah jadi kawan kau dulu. Sampai bila kau nak sembunyikan diri macam ni, dik?” soalan daripada abangnya membuatkan dia termenung panjang.
Sampai bila aku nak sembunyikan diri? Sampai bila aku nak mengelak daripada bertemu dengannya? Tetapi apabila aku bersemuka dengannya, hati aku akan bertambah sakit apabila mengetahui dia bukan untukku. Monolog hatinya.
“Kadang-kadang melarikan diri itu lebih baik daripada menghadapi kenyataan yang hanya menyakitkan hati, bang.” Jawabnya dengan hati yang membengkak.
“Zafran yang abang kenal sejak kecil bukan macam ni. Mana pergi Zafran Wildan yang gagah dan perkasa yang tak pernah mengaku kalah dengan cinta mahupun wanita? Mana pergi adik abang yang tak pernah kisah tentang soal hati, yang tak pernah kisah tentang perasaan orang lain? Mana perginya adik abang yang itu?” soal Zahirul sambil menggoncangkan bahu Zafran yang kelihatan lemah.
Zafran tidak menjawab sebaliknya dia hanya menundukkan wajah. Dia cuba menyembunyikan rahsia hatinya yang kecewa dengan berita yang diterimanya tadi.
“Zaf manusia biasa, bang. Zaf berubah jika ada sesuatu yang berjaya mengubah hati Zaf dan dia telah berjaya mengubah hati Zaf yang dingin terhadap cinta sehinggakan Zaf rasa terbuai dengan rasa cinta itu. Mungkin salah Zaf juga kerana mendekatinya dengan cara yang salah tapi cara yang salah itu menunjukkan Zaf satu rasa yang betul,” balas Zafran dengan suara yang sayu.
Dia menggenggam kad jemputan yang berada di tangannya. Hembusan bayu petang menyejukkan hatinya yang tidak keruan. Dia tidak menyangka dalam tempoh masa empat tahun ini, akhirnya gadis itu akan menjadi milik orang lain dalam masa dua minggu dari sekarang. Bukan dia tidak redha tetapi hatinya sedikit terkilan.
Sepanjang empat tahun dia melarikan diri dari kampung, banyak perkara telah merubah pandangannya tentang cinta dan kehidupan. Kehidupannya di Madrasah Darul Iman membuatkan dia lebih tenang. Ternyata selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Dia akan menghampiri kita.

Allah itu lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya sendiri. (Qaf: 16)

Sekarang ini baharu Zafran sedar, untuk mendapatkan cinta manusia dia perlu meraih cinta Ilahi terlebih dahulu. Hampir setahun dia menuntut di Madrasah Darul Iman dan cuba mencari jati dirinya sendiri akhirnya dia sudah menemui ketenangan yang dicari selama ini. Biarpun tanpa gadis itu, biar pun tanpa sesiapa akhirnya dia sudah bertemu dengan cinta yang hakiki itu.

9 comments:

  1. Yeayy ada pun ingkar cinta even teaser je but terubat sikit rindu dekat zaf. Hmmm don't worry zaf. I'm here for you ~ hehehe kak SK. Ingkar cinta ni akan jadi novel jugak ke? Bila? Tak sabarnya nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp...insya allah ingkar cinta pun akan dinovelkan juga...bila tu yang tak dpt nak jawab...hihihi...nanti SK akan update lagi teaser ye...

      Delete
  2. Wow finally. I've been waiting this ingkar cinta for long time. Hmm rindunya dkt zaf dgn ada. Bila agaknya dapat hug this novel ya? Can't wait to grab this novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa2...sorry SK terlupa pulak pasal zaf ngan ada ni...tp dont worry SK akan cuba update teaser ye sebelum novel ini diterbitkan tp xthulah bila...mungkin lmbat lagi...hehehe

      Delete
    2. Oh it's okay kak SK. Asalkan ada teaser pun dah terubat rindu dekat zaf dgn ada. Saya just wondering apa dah jadi dkt zaf. Kesian dia. Meh sini saya rawat hati dia. Hehehe

      Delete
    3. hahaha....kalo zaf tahu ni melompat dia suka...silap2 Ada pun dia tinggal...hihihi

      Delete
  3. Kakak! Wahhh.rindunye dkt zaf ! Akak , bglah zaf dgn adaa plk . Bg membako sikit ati aja . Hahaha . Bile la dpt penuhkan koleksi buku akak ye . Ada tempat kosong untk zaf tau . Ngehhh

    ReplyDelete
  4. Wahhhh ada pun zaf dekat sini. Hehehe zaf ni jangan sedih sedih. Sinilah dekat saya. Saya akan buat zaf happy. Hehehe over pulak ;)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.